Anda di halaman 1dari 17

Diterbit oleh: KONSIS Network

Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

NOTA PENTING:
• K2M ini adalah tools atau alat sokongan kepada sistem tarbiyah yang sedia ada yang khusus
kepada perkembangan da’wah tullab 1
• K2M ini adalah ekslusif untuk para murabbi 2 tarbiyah sahaja BUKAN untuk edaran umum
• Murabbi perlu mengikuti Siri Daurah I’dad Murabbi 3 sebelum mengguna K2M ini

Objektif:
1. Memperhalusi ciri munazhom fi shu’unihi (teratur dalam urusannya) kepada murabbi yang
membawa halaqah 4
2. Mengenalpasti muwasofat 5 yang perlu di sasarkan kepada binaan da’wah melalui halaqah
atau wasilah da’wah yang sesuai
3. Memberi kefahaman berkenaan sistem dokumentasi perjalanan halaqah
4. Memberikan cadangan bahan tarbiyah alternatif, wasilah dan rujukannya di samping
penggunaan silibus tarbiyah yang sedia ada
5. Memperkenalkan sistem evaluasi untuk proses pemeringkatan tahap tarbiyah

Selepas memahami K2M ini:


1. Murabbi menggunakan sistem dokumentasi yang tersusun dalam mengurus da’wahnya
2. Murabbi lebih jelas berkenaan sasaran yang perlu dicapai oleh mad’unya 6
3. Aktiviti halaqah berjalan dengan lancar menggunakan bahan-bahan tarbiyah yang sesuai
4. Perkembangan da’wah lebih pesat berikutan proses tajnid 7 berjalan dengan baik
5. Murabbi mempunyai buku laporan halaqah untuk setiap halaqah yang dibawa yang
mengandungi K2M ini

Pendahuluan
”Inna al-Akh as-Sodiq laa budda an-yakuuna murabbiyan”
Setiap al-Akh yang benar, mesti menjadi seorang murabbi
(Ungkapan Ustaz Dr. Abdullah Qadiri al-Ahdal)

Berdasarkan kata-kata yang masyhur di atas, seorang al-akh di dalam tarbiyah ini mestilah menjadi
seorang murabbi. Maka, maksud di sebalik kata-kata di atas, adalah: seorang al-akh tidak boleh
sekali-kali menganggur dari menjadi seorang murabbi. Marilah kita sama-sama beristighfar kepada
Allah s.w.t atas kealpaan kita selama ini yang telah sekian lama bergelar al-akh akan tetapi jauh dari
mempunyai ciri-ciri seorang murabbi.

Ikhwah dan akhawat sekalian bagi memudahkan pengurusan da’wah kita, dengan ini diperkenalkan
“Kit Kombat Murabbi”. Terbahagi kepada 2 bahagian yang mengandungi 6 perkara berikut:

Bahagian 1:
1. Borang Biodata Ringkas Ahli Halaqah
2. Senarai Muwasofat Tarbiyah
3. Borang Laporan Halaqah Mingguan
4. Borang Laporan Halaqah Bulanan
Bahagian 2:
1. Senarai Bahan Tarbiyah, Wasilah dan Rujukannya
2. Borang Evaluasi Mad’u (Taqyim)
3. Borang Laporan Evaluasi (Laporan Taqyim)

1 Tullab = Pelajar
2 Murabbi adalah gelaran umum bagi seseorang yang mengendalikan halaqah atau usrah. Gelaran-gelaran lain juga seperti
Mas’ul atau Naqib. Penerangan lanjut sila tajuk ”Profil Murabbi” daripada Siri Daurah I’dad Murabbi
3 Pakej Daurah I’dad Murabbi ini mengandungi tajuk-tajuk berkaitan sistem pentarbiyahan dan pengendaliannya secara

praktikal yang perlu difahami oleh seorang murabbi atau murabbiyah


4 Halaqah = liqa’, jilsah, circle. Disebut ”usrah” dalam peringkat tarbiyah tertentu

5 Muwasofat = Ciri-ciri, merujuk kepada 10 Ciri Peribadi Muslim


6 Mad’u = Mutarabbi, juga bermaksud ’anak usrah’, ’ahli usrah’ yang sedang dibawa oleh seseorang murabbi – Sila rujuk tajuk

”Profil Halaqah” dan ”Profil Murabbi” daripada Siri Daurah I’dad Murabbi
7 Tajnid = recruitment, peningkatan dari satu peringkat tarbiyah ke peringkat tarbiyah yang seterusnya

1 dari 10
Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

1. Borang Biodata Ringkas Ahli Halaqah

Rajah 1: Borang Biodata


Ringkas Ahli Halaqah

• Borang ini adalah mukasurat pertama di dalam buku laporan halaqah


• Tujuan: Murabbi tahu siapa dan berapa ramai mad’u yang sedang ditarbiyahnya
• Penerangan:
o Catatkan biodata ringkas berkenaan ahli halaqah yang dibawa dengan mengisi setiap
kolum yang disediakan
o Pastikan nama ahli halaqah yang tercatat di dalam borang ini adalah mad’u yang sedang
ditarbiyah di dalam halaqah tersebut
o Kolum ”peringkat” 8 hendaklah diisikan oleh murabbi
o Data untuk 10 orang ahli sahaja yang boleh dicatat di dalam sehelai borang ini, buatlah
salinan tambahan jika bilangan mad’u melebihi 10 orang

8 Peringkat = Mustawa tarbiyah. Contohnya: Tamhidi (01), Muayyid (02)

2 dari 10
Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

2. Senarai Muwasofat Tarbiyah

Rajah 2: Contoh Senarai


Muwasofat Tarbiyah
untuk mustawa Tamhidi
(01)

• Senarai muwasofat ini adalah mukasurat kedua selepas biodata ringkas di atas
• Tujuan:
o Murabbi tahu apakah mustawa tarbiyah halaqah yang sedang dibawanya
o Murabbi mengetahui sasaran yang hendak dicapai untuk halaqah yang sedang
dikendalikan
o Murabbi mempunyai sasaran yang bersifat objektif dalam mengendalikan setiap
halaqah mingguan begitu juga wasilah tarbiyah yang lain
• Penerangan:
o Setiap kali merancang halaqah atau wasilah tarbiyah yang lain, para murabbi
sentiasa merujuk kepada sasaran yang hendak dicapai melalui senarai muwasofat
yang sesuai dengan peringkat tarbiyah mad’u yang sedang dibina
o Daripada sasaran-sasaran ini, murabbi perlu memilih tema atau tajuk yang sesuai
yang hendak dibentangkan kepada mad’u di dalam halaqah ataupun di dalam
wasilah-wasilah tarbiyah yang lain

3 dari 10
Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

3. Borang Laporan Halaqah Mingguan

Rajah 3: Borang Laporan Halaqah Mingguan

• Borang halaqah mingguan ini bermula pada mukasurat ketiga di dalam Buku Laporan
Halaqah
• Murabbi hendaklah membuat salinan borang ini sebanyak 30 helai 9 dan dikepilkan 10
bersama Borang Biodata Ringkas Ahli Halaqah dan Senarai Muwasofat Tarbiyah yang
menjadikannya sebuah Buku Laporan Halaqah 11
• Disarankan supaya para murabbi menyediakan satu Buku Laporan Halaqah bagi setiap
halaqah yang dikendalikannya
• Tujuan:
o Murabbi dapat merekod perjalanan halaqah mingguan
o Murabbi dapat mengevaluasi dan membuat tindakan susulan terhadap
permasalahan ahli halaqahnya
o Memandu perjalanan halaqah supaya lebih tersusun
o Melatih mad’u untuk mengendalikan perjalanan halaqah disamping murabbi sebagai
penanggungjawab (mas’ul) halaqah berkenaan
• Penerangan:
o Lantik seorang pengacara majlis (mc) secara bergilir-gilir terdiri daripada ahli
halaqah tersebut:
ƒ Berfungsi sebagai setiausaha halaqah pada minggu tersebut, mencatat perjalanan
halaqah ke dalam borang

9 Bilangan helai mengikut keperluan murabbi


10 Sebaik-baiknya dikepil secara comb binding
11 Buku Laporan Halaqah mengandungi 3 dokumen utama: Biodata Ringkas Ahli Halaqah, Senarai Muwasofat dan Borang

Laporan Halaqah Mingguan

4 dari 10
Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

ƒ Menjaga masa. Minima masa yang diperuntukkan untuk perjalanan sebuah


halaqah adalah selama 2 jam. Maka mc perlu berperanan dalam menghadkan
masa setiap agenda halaqah
ƒ Memberi teguran kepada petugas-petugas yang berbicara secara meleret-leret
atau tidak penting tetapi mc perlu menjaga ruh ukhuwwah dan juga akhlaq
o Kehadiran:
ƒ Initial atau ringkasan nama mad’u di tentukan pada awal halaqah dan dijadikan
standard untuk mengenali mad’u terbabit. Contoh: Muhammad Abdullah bin
Abdullah (Initialnya: MAA)
ƒ Catat masa kehadirannya dalam halaqah
ƒ Jika ahli hadir lewat, catatkan alasannya secara ringkas

o Baramij 12 Halaqah:
1. Pembukaan – Catat masa BERMULA halaqah. Murabbi perlu
memastikan kualiti muwasofat Haarisun ’Ala Waqtihi (menjaga masa)
kepada mad’u. Agar masa yang telah disepakati untuk memulakan
halaqah benar-benar ditepati bersama

2. Al-Quran
• Murabbi boleh mempelbagaikan baramij al-Quran ini, antaranya
dengan cara:
ƒ Tilawah – Membaca ayat atau surah tertentu secara bergilir-
gilir atau melantik seorang qari untuk membacaknnya
ƒ Tadabbur – Membaca ayat atau surah tertentu seterusnya
memberikan tugasan kepada mad’u untuk
mentadabburkannya
ƒ Tafsir – Memberikan tugasan kepada mad’u untuk
menyediakan satu pembentangan tafsir ayat atau surah
terpilih
ƒ Hafazan – Murabbi memilih surah-surah atau ayat-ayat
hafazan dan ditasmi’ ketika baramij ini
• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada
mad’unya:
o Mutsaqqaful Fikri (Luas Pengetahuan)
o Shahihul Ibadah (Ibadah yang Betul)
o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah)

3. Akhbar Alam Islami


• Memberikan tugasan kepada mad’u untuk membentangkan
berita terkini dan berita-berita berkenaan hal-ehwal Islam
sedunia dan di dalam negara. Seterusnya murabbi memberi
komentar ringkas
• Pastikan petugas menyediakan ringkasan berita dan bukannya
membaca keseluruhan berita dari akhbar atau laman web.
• Biasakan petugas untuk menyediakan lampiran ringkasan berita
tersebut untuk dikongsikan dengan ahli halaqah yang lain
• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada
mad’unya:
o Mutsaqqaful Fikri (Luas Pengetahuan)
o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah)

4. Tazkirah/Hadith
• Dibentang oleh ahli halaqah

12 Baramij = Agenda atau aturcara. Baramij Halaqah = Agenda Halaqah

5 dari 10
Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

• Boleh lakukan kedua-duanya atau dipilih salah satu samada


tazkirah atau hadith bergantung kepada masa yang
diperuntukkan untuk halaqah
• Pastikan pembentangan yang dilakukan oleh mad’u
mengandungi ayat-ayat Quran atau hadith sebagai sokongan
• Murabbi sebaik-baik mencadangkan tema atau tajuk yang
hendak disampaikan agar ia menepati kehendak silibus tarbiyah
• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada
mad’unya:
o Mutsaqqaful Fikri (Luas Pengetahuan)
o Matiinul Khuluq (Akhlaq yang Mantap)
o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah)

5. Kajian Utama – Pembentangan oleh murabbi


• Baramij ini adalah TEMA halaqah pada minggu tersebut
• Berpandukan silibus tarbiyah dan juga muwasofat yang hendak
disentuh oleh murabbi kepada mutarabbinya
• Pastikan pembentangan tersebut menarik, efektif dan tidak
melebihi 45 minit 13 . Jika tema yang dibentangkan tersebut
panjang maka boleh dibahagikan kepada dua pertemuan
halaqah atau lebih
• Murabbi perlu kreatif dalam mengendalikan baramij ini agar
objektif penyampaiannya tercapai. Murabbi boleh sahaja
memanggil muwajih 14 jemputan untuk menyampaikan agenda
ini. Ini kerana seorang murabbi memang terbatas kepakarannya
dalam menyampaikan tema tertentu dan untuk mengelakkan
kebosanan ahli halaqahnya
• Murabbi perlu memastikan ahli-ahli halaqahnya mempunyai
buku catatan halaqah. Murabbi hendaklah sekali-sekala
mengumpulkan dan melihat catatan mereka

6. Infaq – Terbahagi kepada infaq halaqah dan infaq Palestin:


• Infaq Halaqah – Tenetapkan jumlah yang perlu diinfaq setiap
minggu untuk tabung halaqah dengan kesepakatan ahli. Ia
digunakan untuk melakukan aktiviti halaqah
• Infaq Palestin – RM5.00 sebulan 15 bagi setiap mad’u
• Lantik seorang bendahari tetap daripada ahli halaqah untuk
mengendalikan pengurusan tabung halaqah

7. Mutaba’ah Ibadah – Memastikan prestasi ibadah mad’u terjaga


sepanjang minggu dan mencapai sasaran muwasofat Shahihul Ibaadah
(Ibadah yang Betul). Langkah-langkahnya seperti berikut:
• Murabbi menetapkan sasaran dan kekerapan ibadah yang
hendak dicapai dengan kesepakatan ahli halaqahnya
• Sasaran-sasaran tersebut ditulis pada kolum ”Sasaran” di dalam
jadual yang disediakan
• Mad’u perlu memenuhi semua sasaran yang telah ditetapkan
pada minggu berikutnya. Mc akan mencatat samada ”/”
(tercapai) atau ”O” (gagal dicapai) pada kolum initial mad’u
tersebut
• Jumlahkan tanda ”/”. Dapatkan peratusannya daripada jumlah
ibadah didarab dengan jumlah mad’u dalam halaqah tersebut.

13 Sila rujuk tajuk “Pembentangan Efektif” daripada Siri Daurah I’dad Murabbi untuk keterangan lanjut
14 Muwajih = Pembentang, penceramah
15 Infaq bulanan Palestin adalah bersamaan dengan 1 Euro ~ RM5.00

6 dari 10
Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

Tulis peratus yang dicapai pada bahagian yang disediakan.


Sebagai contoh penandaan, sila lihat Rajah 3.1 dibawah
• Jika terdapat ibadah yang majoriti ahli halaqah gagal mencapai
sasarannya, maka ibadah tersebut menjadi ’wajib’ ditunaikan
dan menepati sasaran pada minggu hadapan. Ahli yang gagal
menepati sasaran hendaklah dikenakan ’iqab 16 . Merujuk kepada
contoh dalam Rajah 3.1 di bawah, Ma’thurat menjadi ibadah
yang ’wajib’ tercapai pada minggu hadapan

Kepentingan:
• Mutaba’ah ibadah dapat mewujudkan suasana ruhi dan saling
bersaing di antara ahli halaqah untuk mempertingkatkan
prestasi iman dan ibadah masing-masing
• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada
mad’unya:
o Shahihul Ibadah (Ibadah yang Betul)
o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah)
o Munazhzhom Fi Syuunihi (berdisiplin/tersusun
kehidupannya)

Murabbi perlu menerangkan bahawa catatan pada borang


mutaba’ah tersebut tidak menjanjikan ia (ibadah tersebut) diterima
Allah jika tidak disertakan dengan keikhlasan. Ibadah-ibadah yang
dilakukan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk siapakah yang
lebih baik. Mutaba’ah ibadah adalah sekadar ’ukuran manusiawi’
yang mana ukuran sebenar adalah hanya daripada Allah s.w.t sahaja

Mutaba’ah Ibadah Peratus tercapai : 25/40 = 62.5%


Ibadah Sasaran wmwi maa mrom aai amz
Rajah 3.1: / / / / 0
Tilawah 1Juz/mggu
Contoh Qiam 1/mggu / / / / /
bagaimana Hafazan Al-Mulk 0 0 / / 0
mengisi borang Rawatib 6 rakaat / / 0 0 0
Mutaba’ah Saum 1/mggu / / / / /
Dhuha 7/mggu 0 0 / 0 /
Ibadah
Bacaan
Riadhah 2j/mggu / / 0 / /
Ma’thurat 1/hari 0 0 0 / 0

8. Laporan Da’wah – Ahli halaqah melaporkan aktiviti da’wah masing


samada aktiviti tersebut berupa da’wah fardiyah, halaqah atau apa-apa
aktiviti da’wah lain kepada mad’unya. Mc yang merangkap setiausaha
halaqah minggu berkenaan bertugas mencatat semua laporan tersebut.
Murabbi pula sebagai moderator sesi laporan tersebut. Sila rujuk Rajah
3.2 di bawah:

Laporan Da’wah
Ahli Halaqah
Initial Mustawa Program / Hlqh / Tajuk / Catatan / Musykilah
Jumlah Hadir

Halaqah, tajuk: Tidak takabbur. 2 ahli ada test.


01 12 10
MAA Daurah Quran hari Sabtu

Ziarah kubur. Tajuk: Zikrulmaut. Alhamdulillah


01 8 8
AAI semua ahli hlqh terkesan :)

02 9 8 Ziarah tokoh da’wah, iftar jama’ie. Ahmad sakit


AMZ jd x leh datang

Rajah 3.2: Contoh bagaimana mengisi borang Laporan Da’wah

16 ‘Iqab = denda. Denda boleh berupa bayaran sejumlah wang, misalnya RM1.00 untuk setiap sasaran yang gagal dicapai.

Denda juga boleh dilaksanakan kepada ahli halaqah yang lewat hadir ke halaqah tanpa uzur syar’ie. Sistem ’iqab ini sedikit
sebanyak mampu melatih ahli halaqah lebih berdisiplin dan bersungguh-sungguh dalam mengikuti proses tarbiyah

7 dari 10
Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

• Initial – Singkatan nama ahli halaqah seperti pada bahagian


”Kehadiran” diatas
• Mustawa – Peringkat tarbiyah yang dibawa oleh ahli halaqah
tersebut. Jika Tamhidi, tuliskan ”01”, Muayyid ”02”
• Ahli Halaqah (Jumlah/Hadir) – Tuliskan bilangan sebenar
mad’unya dan bilangan mad’u yang hadir dalam
program/wasilah tarbiyah yang dilakukan pada minggu lepas
• Program / Halaqah / Tajuk / Catatan / Musykilah – Tuliskan
catatan ringkas keterangan program da’wah yang dilakukan
seperti tajuk, tempat dsb. Catatkan juga masalah-masalah mad’u
mereka secara ringkas untuk perhatian murabbi. Jika meraka
gagal melaksanakan, catatkan sebabnya

Kepentingan:
• Memastikan bahawa halaqah yang dipimpin oleh murabbi
berkenaan adalah halaqah yang muntijah 17
• Melatih ahli halaqah untuk menjadi murabbi
• Meningkatkan motivasi ahli halaqah untuk terus istiqamah dan
bersemangat untuk berda’wah pada minggu seterusnya.
• Saling takaful antara ahli halaqah untuk membantu dan
memperbaiki prestasi da’wah ahli halaqah yang lain
• Murabbi menunjukkan keseriusan tentang pentingnya
mengembangkan da’wah masing-masing dengan memastikan
bahawa baramij ini mesti dijalankan pada setiap kali halaqah
• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada
mad’unya:
o Qadirun 'Alal Kasbi (Mampu Berdikari/Mandiri)
o Qawiyyul Jismi (Tubuh Badan yang Kuat)
o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah)
o Munazhzhom Fi Syuunihi (berdisiplin/tersusun
kehidupannya)
o Nafiun Li Ghoirihi (Bermanfaat kepada yang lain)

9. Musykilah Fardi – Mencatatkan masalah-masalah atau hal-hal yang


bersifat peribadi yang boleh dikongsikan oleh ahli halaqah. Ia seperti:
Masalah keluarga, akademik, kewangan, baitul muslim, penyakit dsb.
Ahli halaqah yang lain diminta untuk memberikan perhatian kepada ahli
yang sedang bercakap dan tidak memotong perbicaraannya. Murabbi
perlu menekankan aspek adab percakapan dan mendengar. Murabbi
hendaklah menjadi pendengar yang baik dan berkomunikasi dengan
efektif

Kepentingan:
• Baramij ini sangat penting bagi murabbi mengenali mad’unya
dengan lebih mendalam
• Mengukur sejauh mana mad’u bersikap telus dalam berkongsi
permasalahan peribadinya kepada murabbi
• Murabbi dapat memerhati kualiti muwasofat berikut kepada
mad’unya:
o Saliimul Aqidah (Aqidah yang Sejahtera)
o Qadirun 'Alal Kasbi (Mampu Berdikari/Mandiri)
o Mujahidun Linafsihi (Bermujahadah)

17 Muntijah = Produktif. Halaqah yang melahirkan murabbi-murabbi baru

8 dari 10
Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

o Munazhzhom Fi Syuunihi (berdisiplin/tersusun


kehidupannya)
o Nafiun Li Ghoirihi (Bermanfaat kepada yang lain)

10. Agenda dan Tugasan Minggu Hadapan – Murabbi dan ahli halaqah
melantik petugas baru untuk baramij halaqah minggu hadapan, iaitu
tugasan: pengacara majlis (mc), akhbar, tazkirah/hadith dsbnya

11. Evaluasi Halaqah – Evaluasi perjalanan halaqah. Semua ahli halaqah


memberi markah kepada setiap kategori: Kajian Utama, Adab Halaqah,
Ukhuwwah, Fikriyah dan Ruhiyah. Markah paling rendah: 1, markah
tertinggi: 5. Kirakan purata bagi setiap markah dan bulatkan pada
markah yang sesuai. Sila rujuk Rajah 3.3 di bawah:
• Kajian Utama: Tajuk yang disampaikan oleh murabbi. Markah
diberikan berdasarkan kefahaman, kreativiti murabbi, menarik
atau membosankan, hand-out atau nota disediakan atau tidak dsb
• Adab Halaqah: Adab-adab berbincang, akhlaq, adab
menyatakan pendapat, suara, menjaga masa, saling hormat
menghormati dsb
• Ukhuwwah: Rasa nikmat ukhwwah antara ahli halaqah. Ini
dapat dilihat daripada interaksi antara ahli dalam memecahkan
permasalahan, kehadiran ke halaqah secara bersama, membawa
makanan minuman, memberi hadiah, manis muka dsb
• Ruhiyah: Prestasi ibadah ahli halaqah. Ini dapat dilihat daripada
peratus yang dicapai daripada mutabaah ibadah. Dalam contoh
diatas peratus yang dicapai adalah 62.5% maka markahnya
adalah ”3”

Evaluasi Halaqah
Perkara Kajian Utama Adab Halaqah Ukhuwwah Fikriyah Ruhiyah
Nilai 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

Rajah 3.3: Evaluasi Halaqah

Kepentingan:
• Memperbaiki prestasi murabbi dalam menyampaikan bahan
tarbiyah
• Memastikan akhlaq sentiasa terpelihara semasa halaqah sedang
berlangsung
• Mengukur ikatan ukhuwwah antara ahli-ahli halaqah dan
murabbi
• Mengingatkan tentang kepentingan ibadah, bersungguh-
sungguh dan cuba meningkatkannya dari masa ke semasa

12. Penutup – Mc meminta murabbi memberi ucapan penutup halaqah


seterusnya melantik salah seorang ahli halaqah untuk membacakan doa
Rabithah 18 dan diaminkan bersama. Seterusnya bersalaman dan bersurai.

18 Doa Rabithah boleh didapati daripada buku Ma’thurat

9 dari 10
Kit Kombat Murabbi (K2M) – Bahagian 1 ver1.0 Mac 2007

4. Borang Laporan Halaqah Bulanan

Rajah 4: Borang Laporan


Halaqah Bulanan

• Borang Halaqah Bulanan ini adalah helaian berasingan dari Buku Laporan Halaqah di atas
• Borang ini diisi dalam bentuk ringkasan oleh murabbi setiap satu bulan halaqah berlangsung
• Tujuan:
o Merekod perjalanan halaqah bulanan
o Memantau perjalanan halaqah secara menyeluruh pada setiap bulan
o Melaporkan 19 perjalanan tarbiyah bulanan kepada pengurus tarbiyah setempat
o Bagi membolehkan pengurus tarbiyah mengevaluasi aktiviti tarbiyah para murabbi
• Penerangan:
o Tarikh, Tempat dan Masa adalah sebagaimana yang tercatat di dalam Borang
Laporan Halaqah Mingguan
o Kehadiran – Bilangan ahli yang hadir/jumlah ahli halaqah
o Nama yang Tidak Hadir – Nama ahli yang tidak hadir pada halaqah minggu
berkenaan. Murabbi dapat mengesan siapakah ahli yang selalu tidak hadir
o Tajuk Kajian Utama – Tajuk penyampaian serta ringkasan tajuk berkenaan
o Muwajih Kajian Utama – Murabbi atau nama muwajih jemputan
o Mutaba’ah Ibadah – Peratus prestasi ibadah yang dicapai pada minggu berkenaan
o Wasilah Tarbiyah Lain dan Tajuk Penyampaian – Program-program lain yang
dilakukan oleh murabbi bersama ahli halaqahnya dan tajuk-tajuk yang telah
disampaikan di dalam program-program tersebut. Contohnya: mabit, iftar jama’ie,
riadah, ziarah tokoh, jaulah, rehlah dsb
o Permasalahan Utama – Masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli halaqahnya secara
ringkas yang perlu diberi perhatian khusus. Catatkan juga masalah-masalah utama
yang dihadapi murabbi dalam mengendalikan halaqah berkenaan
o Jumlah Infaq – Jumlah infaq pada minggu berkenaan
o Hal-hal Lain – Perkara atau peristiwa khas yang perlu diberi perhatian. Contohnya:
Pertukaran murabbi, murabbi diganti oleh murabbi lain, minggu peperiksaan, cuti
semester, ahli halaqah berpindah dsb

19 Pengurus tarbiyah setempat perlu mengadakan pertemuan menghimpunkan para murabbi dan seterusnya mendapatkan

laporan tarbiyah dari mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali. Dengan itu semua dokumen laporan yang dihantar perlu
diurus dengan baik. Pengurus tarbiyah perlu sensitif terhadap permasalahan dan isu-isu yang ditimbulkan oleh para murabbi

10 dari 10
BORANG BIODATA RINGKAS AHLI HALAQAH VER1.0

Negeri Pendidikan
No. Nama Penuh Tarikh Lahir No. KP Alamat rumah Ipt & Jurusan Email & Hp Peringkat1
Asal Awal
1

10

1
Peringkat atau mustawa tarbiyah diisikan oleh murabbi
10 MUWASOFAT – TAMHIDI (01)

1. SALIIMUL ‘AQIIDAH (Aqidah yang Sejahtera) 4.3. Menjauhi judi


1.1. TIdak menjampi kecuali dgn Quran Ma'tsur 4.4. Menjauhi penipuan
1.2. Tidak berhubung dengan jin 4.5. Membayar zakat
1.3. Tidak meminta bantuan dari orang yg blindung kpd jin 4.6. Membuat simpanan meskipun sedikit
1.4. Tidak menenung nasib 4.7. Tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang
1.5. Tidak mendekati tilik diamanahkan
1.6. Tidak mengusap kubur 4.8. Memelihara harta awam
1.7. Tidak meminta bantuan dari simati 4.9. Memelihara harta peribadi
1.8. Tidak bersumpah dengan selain Allah swt
1.9. Tidak mempercayai adanya sial 5. MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan)
1.10. Mengikhlaskan amal utk Allah 5.1. Mampu membaca dan menulis dengan baik
1.11. Mengimani rukun iman 5.2. Membaca satu juz tafsir Al-quran ( Juz 30 )
1.12. Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya 5.3. Memerhatikan hukum-hukum tilawah
1.13. Mensyukuri nikmat Allah swt saat mendapatkan nikmat 5.4. Menghafalkan separoh Arba'in ( 1-20 )
1.14. Sentiasa sedar syaitan adalah musuh 5.5. Menghafal 20 hadis dari Riyadhush- Sholihin
1.15. Menerima dan tunduk secara penuh kepada Allah swt dan 5.6. Mengkaji marhalah Makkiyah dan menguasai
menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah karakeristiknya
5.7. Mengenal 10 sahabat yang dijamin masuk syurga
2. SHAHIIHUL ‘IBADAH (Ibadah yang Betul) 5.8. Mengetahui hukum Thoharoh
2.1. Tidak menolak untuk adzan 5.9. Mengetahu hukum Shalat
2.2. Bersuci dengan sempurna 5.10. Mengetahui hukum Puasa
2.3. Bersemangat untuk shalat berjemaah 5.11. Membaca sesuatu yang diluar kepakarannya 4 jam
2.4. Sangat suka berjemaah dimasjid setiap minggu
2.5. Memperbaiki mutu solat 5.12. Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
2.6. Qiyamul-lail seminggu sekali 5.13. Menyadari adanya peperangan zionime terhadap Islam
2.7. Menunaikan zakat 5.14. Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yang
2.8. Berpuasa wajib menyeleweng
2.9. Berpuasa sunnat sehari dalam sebulan 5.15. Mengetahui bahaya perancang keluarga
2.10. Niat melaksanakan haji 5.16. Mendengar dengan baik
2.11. Komitmen dengan adab tilawah 5.17. Mampu memberikan pandangan
2.12. Khusyu' dalam membaca Al-Quran 5.18. Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
2.13. Hafal satu juz Al-Quran 5.19. Tidak merima syubhat yang dilemparkan ke atas kita
2.14. Berdoa pada waktu-waktu utama
2.15. Menutup harinya dengan bertaubat dan beristighfar 6. QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)
2.16. Menjadikan setiap amalan mempunyai niat 6.1. Bersih badan
2.17. Menjauhi dosa besar 6.2. Bersih pakaian
2.18. Sentiasa baca dzikir pagi hari 6.3. Bersih tempat tinggal
2.19. Sentiasa baca dzikir petang hari 6.4. Komitmen adab makan dan minum sesuai dgn sunnah
2.20. Mengingat Allah swt dalam setiap keadaan 6.5. Tidak berjaga malam berlebihan
2.21. Memenuhi nadzar 6.6. Komitmen dengan senaman 2 jam seminggu
2.22. Menyebar luaskan salam 6.7. Bangun sebelum fajar
2.23. Menahan anggota tubuh dari segala yang haram 6.8. Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
2.24. Beritikaf pada bulan Ramadhan, jika mungkin 6.9. Meninggalkan tabiat merokok
2.25. Menggunakan siwak 6.10. Menghindari tempat-tempat kotor
2.26. Sentiasa bersuci sedaya mungkin 6.11. Menghindari tempat-tempat berpenyakit

3. MATIINUL KHULUQ (Akhlaq yang Mantap) 7. MUJAAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah)


3.1. Tidak takabbur 7.1. Menjauhi segala yang haram
3.2. Mempunyai pendirian 7.2. Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
3.3. Tidak dusta 7.3. Menjauhi tempat-tempat maksiat
3.4. Tidak mencaci maki
3.5. Tidak mengadu domba 8. MUNAZHZHOM FI SYU’UNIHI (Berdisiplin)
3.6. Tidak mengumpat 8.1. Penampilan yang elok
3.7. Tidak berdusta 8.2. Tidak menjalin hubungan dengan pihak-pihak yang
3.8. Tidak mengejek menentang Islam
3.9. Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
3.10. Tidak menjadikan orang buruk sebagai teman/sahabat 9. HARISHUN ’ALA WAQTIHI (Menjaga Masa)
3.11. Menyayangi yang lebih muda 9.1. Bangun awal
3.12. Menghormati orang lebih dewasa 9.2. Menggunakan masa tertentu untuk belajar
3.13. Memenuhi janji
3.14. Menundukkan pandangan 10. NAFI’UN LI GHOIRIHI (Bermanfaat)
3.15. Menyimpan rahsia 10.1. Melaksanakan hak kedua ibu-bapa
3.16. Menutupi dosa orang lain 10.2. Menyertai majlis-majlis kegembiraan
3.17. Memiliki ghiroh (rasa cemburu) pada keluarganya 10.3. Membantu orang yang memerlukan
3.18. Memiliki ghiroh (rasa cemburu) pada agamanya 10.4. Memberi petunjuk orang sesat
10.5. Menikahi pasangan yang sesuai
4. QAADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)
4.1. Menjauhi sumber penghasilan haram
4.2. Menjauhi riba'
10 MUWASOFAT – MU’AYYID (02)

1. SALIMUL AQIDAH (Aqidah yang Sejahtera) 5.7. Mengenal 20 orang syuhada’ dari kalangan sahabat
1.1. Tidak mengkafirkan orang Islam 5.8. Tahu hukum- hukum mengenai zakat
1.2. Tidak mendahului makhluk berbanding Allah 5.9. Tahu fiqh mengenai haji
1.3. Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat 5.10. Membaca 7 jam seminggu bahan di luar bidang
Allah dan tidak duduk bersama mereka pengkhususan
1.4. Mentauhidkan Allah pada uluhiyyah dan rububiyyah 5.11. Mengetahui aspek-aspek kesyumulan Islam
1.5. Tidak mensyirikkan Allah pada asma’,sifat dan af’alnya 5.12. Mengetahui isu-isu umat Islam dalam dan luar negara
1.6. Menguasai mazhab-mazhab Islam yang membincangkan 5.13. Tahu apa kerugian dunia dengan kemunduran Islam
masalah asma’ dan sifat di samping berpegang dengan 5.14. Mengetahui kepentingan khilafah dan kesatuan
mazhab salaf Muslimin
1.7. Tahu sempadan muwalat (sokong) & mu’adat (memusuhi)
1.8. Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh 6. QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)
sebagai qurbah dan qudwah 6.1. Patuhi nasihat kesihatan dalam makan dan minum
1.9. Yakin bhw penghapusan dosa hanya dgn taubat nasuha 6.2. Membasuh peralatan makan dan minum
1.10. Yakin bahawa mati akan datang bila-bila masa 6.3. Jauhi makanan yang diawet dan utamakan minuman
1.11. Yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam yang sihat
1.12. Merasai kemanisan iman 6.4. Mengatur jadual makan
1.13. Merasai kemanisan ubudiyyah 6.5. Mampu menyediakan makanan (masak)
1.14. Merasai kewujudan malaikat Hafazah 6.6. Kurangkan pengambilan lemak
6.7. Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam
2. SHAHIHUL IBADAH (Ibadah yang Betul) 6.8. Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula
2.1. Khusyuk dalam solat 6.9. Memilih syarikat pengeluar makanan
2.2. Qiam 1x seminggu 6.10. Patuhi nasihat kesihatan dalam masalah tidur dan jaga
2.3. Bersedekah 6.11. Tidur 6-7 jam sehari dan bangun sebelum fajar
2.4. Puasa sunat 2x sebulan 6.12. Bersenam 10-15 minit sehari
2.5. Memelihara anggota 6.13. Berjalan kaki 2-3 jam sebulan
2.6. Mengerjakan haji jika mampu 6.14. Merawat diri jika sakit
2.7. Khusyuk ketika membaca al-Quran
2.8. Khatam al Quran 1x setiap 2 bulan 7. MUJAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah)
2.9. Banyak mengingati Allah & hafal mana yang mampu 7.1. Lawan dorongan nafsu
2.10. Banyak berdoa dgn mengambilkira syarat & adab 7.2. Tidak keterlaluan dalam perkara yang harus
2.11. Banyak bertaubat 7.3. Sentiasa niat berjihad
2.12. Sentiasa memperbaharui niat & memperbetulkannya 7.4. Sentiasa bersama pendokong kebaikan
2.13. Menyuruh yang makruf 7.5. Makan apa sahaja yang disaji dengan redha
2.14. Mencegah yang mungkar 7.6. Menyumbangkan sebahagian hartanya untuk Islam
7.7. Sabar di atas bala
3. MATIINUL KHULUQ (Akhlaq yang Mantap) 7.8. Perbuatannya menyamai perkataannya
3.1. Tidak membantah 7.9. Bersedia menanggung bebanan dakwah
3.2. Tidak banyak mulut
3.3. Sedikit senda gurau 8. MUNAZHZHOM FI SYUUNIHI (Berdisiplin)
3.4. Tidak berbisik perkara kebatilan 8.1. Sembahyang menyusun waktunya
3.5. Tidak berdengki 8.2. Tersusun di dalam rumahnya dan kerjanya
3.6. Tidak berhasad 8.3. Menyusun idea-ideanya
3.7. Rasa malu melakukan kesalahan 8.4. Menjaga waktu kerja
3.8. Menyayangi jiran 8.5. Memaklumkan gurunya segala masalah yang berlaku
3.9. Tawadhu’ tetapi bukan hina
3.10. Berani 9. HARISHUN ALA WAQTIHI (Menjaga Masa)
3.11. Lembut 9.1. Memelihara adab Islam ketika berziarah dan ringkas
3.12. Menziarahi orang sakit ketika menunaikan keperluannya
3.13. Iltizam dengan adab Isti’zan 9.2. Menjaga waktu temujanjinya baik yang umum mahupun
3.14. Berterima kasih dengan orang yang melakukan kebaikan yang khusus
9.3. Mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat
4. QADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)
4.1. Bekerja dan berusaha 10. NAFIUN LI GHOIRIHI (Bermanfaat)
4.2. Tidak terlalu bergantung dengan kerja kerajaan 10.1. Iltizam dengan adab Islam di rumah
4.3. Utamakan pengkhususan yang penting dan utama 10.2. Menunaikan tanggungjawab suami
4.4. Berusaha untuk membuat pengkhususan 10.3. Membantu isteri
4.5. Sederhana dalam berbelanja 10.4. Menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak
4.6. Utamakan produk syarikat-syarikat Islam 10.5. Memberi hadiah kepada jiran
4.7. Duitnya tidak pergi kepada orang bukan Islam 10.6. Memberi khidmat umum kerana Allah
4.8. Sentiasa mementingkan mutu dan harga yang berpatutan 10.7. Memberi apa yang dimiliki
10.8. Sentiasa bercampur dengan orang ramai
5. MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan) 10.9. Menggalakkan kebaikan
5.1. Hafal serta membaca secara bertajwid dua juzuk al-Quran 10.10. Membantu mereka yang memerlukan
5.2. Membaca tafsir sebanyak dua juzuk al-Quran 10.11. Menolong orang dalam kesusahan
5.3. Menghubungkan antara al-Quran dan realiti semasa 10.12. Menenangkan orang yang ditimpa bencana
5.4. Menghafal 40 hadith dari Matan Arba’ien 10.13. Menolong orang yang dizalimi
5.5. Menghafal 50 hadith dari Riyadhus Solihin 10.14. Cuba memenuhi keperluan orang lain
5.6. Mengkaji fasa Madinah dan menguasai ciri-cirinya
LAPORAN HALAQAH MINGGUAN ver3.0

Sem: ____ Sesi: ______ /______ Tarikh: ____ /____ / 200__ Tempat : ___________

Kehadiran
Initial
Masa

1. Baramij Halaqah
Masa
No Baramij PIC Catatan Ringkas
Mula Tamat
1 Pembukaan mc Masa:
2 Al-Quran
(Tilawah/Tadabbur/
Tasmi’ Hafazan)

3 Akhbar Alam Islami

4 Tazkirah/Hadith

5 Kajian Utama

6 Infaq Halaqah
Kutipan Minggu Ini: RM
Jumlah : RM

Palestin
Kutipan Minggu Ini: RM
Jumlah : RM
7 Mutaba’ah Ibadah mc Lihat jadual dibawah
8 Laporan Da’wah Catatan di belakang
9 Musykilah Fardi Catatan di belakang
10 Agenda & Tugasan mc Catatan di belakang
Minggu Hadapan
11 Evaluasi Halaqah mc Catatan di belakang
12 Penutup mc Masa:

Mutaba’ah Ibadah Peratus tercapai : _______%


Ibadah Sasaran
Tilawah
Qiam
Hafazan
Rawatib
Saum
Dhuha
Bacaan
Riadhah
Ma’thurat

1
LAPORAN HALAQAH MINGGUAN ver3.0
Laporan Da’wah
Ahli Halaqah
Initial Mustawa Program / Hlqh / Tajuk / Catatan / Musykilah
Jumlah Hadir

Musykilah Fardi
Initial Musykilah Tindakan

Evaluasi Halaqah
Perkara Kajian Utama Adab Halaqah Ukhuwwah Fikriyah Ruhiyah
Nilai 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

Agenda dan Tugasan Minggu Hadapan


Tarikh: Al-Quran:
Tempat: Akhbar Islami:
MC: Tazkirah/Hadith:
Lain-lain:

2
LAPORAN BULANAN PERJALANAN HALAQAH ver2

PERKARA MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5


Tarikh
Tempat
Masa
(Mula-Selesai)
Kehadiran
(Hadir/Jum.Ahli)
Nama ahli
yang tidak hadir

Tajuk kajian utama

Muwajih kajian
utama
Mutaba'ah ibadah
(% pencapaian)
Wasilah tarbiyah lain
& tajuk penyampaian

Permasalahan utama

Jumlah infaq
Lain-lain hal

Anda mungkin juga menyukai