Anda di halaman 1dari 2

Za'ba nama singkatan bagi Zainal Abidin bin Ahmad. Siapa tidak kenal dengan pendeta Za'ba.

Namanya cukup mashyur dalam dunia pensuratan Melayu. Asal dari keluarga yang pegang kuat
dengan agama. Sejak kecil sudah pandai mengaji dan berzanji. Za'ba adalah orang melayu
pertama yang berjaya menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus pada tahun 1915.
Sepanjang pembabitan beliau dalam dunia pensuratan, pelbagai makalah-makalah di terbitkan
terutamanya buku Pelita Bahasa Melayu. Sumbangan beliau ialah terhadap idea sistem ejaan
yang baru dikenali sebagai ejaan Za'ba pada tahun 1933 bagi mengantikan sistem ejaan lama
yang digubal R.J Wilkinson 1914. Sebahagian sumbangan yang dinyatakan mungkin serba
sedikit dari puluhan atau ratusan sumbangan beliau.
Salah satu buku Zaba ialah Buku Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri. Melihat pada tajuk
"Bergantung Pada Sendiri" pasti kita akan membuat kesimpulan mudah yang buku ini
mendorong kepada "penting diri sendiri" akan tetapi kita sempitkan pemikiran diri sendiri. Suatu
komuniti yang unggul dan harmoni memerlukan kepada seseorang yang mempunyai jati diri
yang tinggi serta visi dan misi yang nyata. Za'ba menyatakan sebagai diri-diri tunggal, dua
sikap yang mendorong kepada penyakit bergantung pada orang lain ialah sikap hina diri dan
sikap malas. "Inferiority complex" menyebabkan diri tidak percaya akan keupayaan diri sendiri
dan lebih gemar hidup dalam keadaan yang selesa tanpa mencuba suatu perkara yang lain. Sikap
malas juga menyebabkan kita cepat mengalah dan hanya statik tanpa cuba berbuat sesuatu.
Sebagai contoh, segelintir orang melayu yang hanya mengharap kepada hak "istimewa orang
melayu". Sampai bila kita ingin bergantung kepada "hak istimewa ini"?
Dalam buku ini, Za'ba banyak menyarankan diri-diri tunggal untuk mempertingkatkan ilmu
pengetahuan. Ilmu bahasa, ilmu agama dan pelbagai ilmu yang lain. Bukan sekadar bergantung
pada orang lain dan taklid buta sahaja. Belajar ilmu sampai paling tinggi berijtihad sendiri.
Bertitik tolak dengan ilmu yang sudah ada, maka kita boleh berfikir sehingga boleh membawa
pembaharuan. Bangunnya zaman eropah daripada zaman kegelapan disebabkan pembangunan
keilmuan. Sama juga dengan Tamadun Islam, bangkitnya dengan penghargaan kepada ilmu yang
tinggi.

Seterusnya Za'ba membincangkan mengenai Kebajikan dan Kejahatan. Apa yang menarik yang
dibincangkan ialah tingkatan akan kebajikan dan kejahatan. Ulasannya amat teliti berdasarkan
Surah An Nahl ayat 90, ayat yang setiap jumaat akan diulang oleh khatib di mimbar khutbah
tanpa jemu. Kebajikan yang sering kali disalah erti hanya bertumpu kepada ibadat sahaja tanpa
tiada kepada pembaikan akhlak dan kehidupan. Kejahatan yang disalah erti juga. Dalam
masyarakat, rasuah, tiada integriti dan kejujuran ibarat tidak dicalit dosa. Bukankah ibadah yang
mabrur akan membawa kepada pembaikan akhlak dan kehidupan. Dimanakah salah kita?
Bab akhir yang dibincang, amatlah menarik. Ibarat menutup kepada perlunya bergantung kepada
diri sendiri, perlunya membangunkan diri, perlunya mengisi ilmu di dada, perlunya berfikir dan
perlunya membawa pembaharuan. Mengambil semangat yang dibawa orang-orang terdahulu
mengembalikan ke'izzahan masyarakat Islam kini. Tugas kita bukan sekadar hanya berakhir di
tikar sejadah tapi menjadi "khalifah" dalam maksud yang sebenar. "Kembali ke pangkal jalan"
apa yang dinyatakan oleh Za'ba dalam buku ini.
Contoh-contoh yang dikemukakan oleh Za'ba bukan hanya sekadar terhenti di zaman beliau
tetapi ianya berlangsung sehingga kini. Kebekuan untuk berfikir dan bersikap statik sehingga
saat ini masih terus membarah. Ibarat penyakit barah, jikalau tidak dikenalpasti dan diubati
dengan lebih awal, ianya membawa kepada kematian. Sama juga, jikalau diri-diri tunggal ini
tidak dirawat, suatu komuniti ataupun masyarakat akan dihimpit kemunduran dan membawa
suatu kepada penjajahan moden yang baru.
Amat tertarik dengan nukilan daripada Jamaluddin Al Afghani yang menyatakan mengenai sebab
keadaan kemajuan Masyarakat Barat dan kemunduran Masyarakat Islam ketika zaman beliau :
"Sebab orang Kristian itu telah meninggalkan ajaran-ajaran injil dan orang Islam telah
meninggalkan ajaran-ajaran Quran".

Anda mungkin juga menyukai