Anda di halaman 1dari 120

Menyingkap Rahsia

Pelaburan Emas:
Teknik-
Teknik-Teknik Menjana Kekayaa
Kekayaan
ekayaan
Dengan Emas
Emas DIBONGKARKAN
(versi 2011)
2011)

1
Pendahuluan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin rakamkan jutaan terima kasih


kepada anda yang membeli ebook/buku ini.

Untuk pengetahuan anda, ebook/buku ini dikemaskinikan


berdasarkan maklum balas daripada pembaca versi
sebelumnya. Ramai pembaca mahukan kupasan yang lebih
mendalam mengenai beberapa topik.

Antaranya ialah kemudahan Ar-rahn, zakat emas, teknik-


teknik melihat harga emas, tips-tips mengelakkan daripada
terjebak ke dalam skim pelaburan emas dan banyak lagi.

Semua feedback ini membuatkan ebook/buku


“Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – teknik-teknik
menjana kekayaan dengan emas DIBONGKARKAN
edisi 2010 kini lebih mendalam dan lebih mantap.

Terima kasih saya ucapkan kepada pembeli terdahulu ebook ini di atas feedback mereka dan
saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru membeli ebook/buku ini.

Anda telah mengambil langkah yang bijak untuk menambahkan ilmu berkenaan pelaburan emas.

Pelaburan terhadap ilmu adalah jalan pertama ke arah kejayaan. Ini adalah pelaburan yang
sangat berbaloi kerana anda sekarang akan mengetahui rahsia pelaburan emas dan teknik-
teknik menjana keuntungan dengan emas.

Selepas membaca ebook/buku ini saya yakin anda akan memahami tentang pelaburan emas.
Namun ilmu sahaja belum mencukupi.

Anda perlu mengambil tindakan yang betul.

Ini kerana:

ILMU + TINDAKAN = KEUNTUNGAN

Selain itu, saya meminta agar anda selalu melawat blog www.jutawanemas.com . Banyak info-
info tambahan yang saya tulis di sana. Ini kerana ilmu emas ini adalah dinamik dan sentiasa
berubah daripada masa ke semasa.

Sangat seronok rasanya apabila dapat berkongsi ilmu dengan orang yang serius mahu belajar
tentang pelaburan emas.

Saya berharap agar ilmu yang anda peroleh di sini akan memberikan manfaat dan mampu
mengubah hidup anda.

Daripada penulis,

SYUKOR HASHIM
Admin Jutawanemas.com
e-mel: admin@jutawanemas.com

2
Hak cipta terpelihara:
Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau dipindahkan ke dalam bentuk lain sama ada dengan cara elektronik, gambar,
rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada penulis.

Had Liabiliti:
Buku ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan panduan dan pendidikan untuk
pembaca. Namun, segala maklumat dan strategi yang diceritakan di dalam ebook/buku ini
mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu. Penulis tidak memberi jaminan bahawa strategi
yang diceritakan di dalam ebook/buku ini akan memberikan hasil yang tertentu.

Segala nasihat, idea dan cadangan di dalam ebook/buku ini ditulis sebagai panduan umum dan
anda mungkin memerlukan khidmat nasihat daripada pakar yang profesional di dalam bidang
berkenaan untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.

Tiada jaminan (sama ada secara tersurat atau tersirat) diberikan oleh penulis terhadap
ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di
dalam ebook/buku ini.

Penulis dan penerbit serta wakil-wakil mereka menafikan segala tanggungjawab atau lialibiliti
terhadap segala kerugian, kerosakan atau risiko kepada individu atau mana-mana pihak yang
berlaku akibat penggunaan isi kandungan ebook/buku ini.

Amaran:
Ebook/buku ini adalah hak cipta terpelihara. Anda tidak boleh sama sekali mengubah,
mengedarkan atau menjual ebook/buku ini kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada
penulis.

Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Anda hendaklah melaporkan kepada penulis sekiranya anda menerima ebook/buku ini secara
tidak sah. Hubungi e-mel admin@jutawanemas.com atau SMS 013-2126999.

Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan yang tidak sah dari segi
undang-undang dan agama.

Jika anda memiliki ebook/buku ini secara tidak sah, saya tidak akan menghalalkan ilmu ini di
dunia dan akhirat.

Ditulis oleh: Syukor bin Hashim


Admin www.jutawanemas.com
e-mel: admin@jutawanemas.com
SMS: 013-2126 999

3
Isi kandungan:

Pendahuluan............................................................................................................m/s 2
Topik 1: Mengapa anda perlu menyimpan emas?.........................................................m/s 6
- Emas ialah kekayaan yang sebenarnya ....................................................m/s 6
- Emas bernilai untuk selama-lamanya ………………………………...........................m/s 6
- Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang .....................m/s 9
- Bagaimana melihat rekod harga emas dunia? ……………………………….…………….ms/ 11
- Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang ……………..ms 12
- Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang ............................m/s 15
- Emas adalah aset yang terunggul..........................................................m/s 17
- Emas tidak boleh dimanipulasikan..........................................................m/s 19
Topik 2: Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?........................................m/s 26
- Pelaburan emas secara fizikal ...............................................................m/s 26
- Institusi yang menjual emas pelaburan ..................................................m/s 27
- Maybank – syiling Kijang Emas..............................................................m/s 27
- Emas fizikal UOB Bank ........................................................................m/s 30
- Pelaburan emas Kuwait Finance House Malaysia …………………….…………………..m/s 36
- Public Fine Gold International Sdn. Bhd / Public Dinar Sdn. Bhd…...............m/s 40
- Pelaburan emas melalui Dinar Emas ..................................................... m/s 48
- Dinar emas Public dinar Sdn Bhd...........................................................m/s 48
- Dinar Emas Kelantan .......................................................................... m/s 51
- Membeli emas fizikal di kedai emas ...................................................... m/s 53
- Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya ...................................................m/s 55
- 3 kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.........................m/s 57
- Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ...................................... m/s 62
- Public Bank GIA ..................................................................................m/s 63
- Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA)......................................m/s 65
- Akaun Pelaburan Emas UOB Bank ........................................................ m/s 67
- Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli emas ...................m/s 69
Topik 3: Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?..........................................m/s 70
Topik 4: Harga emas di Malaysia dan dunia...............................................................m/s 71
- Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia .........m/s 71
- Kemahiran analisis teknikal harga emas .................................................m/s 74
Topik 5: Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas? ............................m/s 77
- Siapkan minda anda terlebih dahulu.......................................................m/s 77
- Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu …………..………..m/s 78
- Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten………………………………………………….m/s79
- Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas ………....m/s 79
- Tindakan ketiga: Tambahkan pelaburan ketika harga emas jatuh ………….…. m/s 81
4
- Teknik 1: Beli emas fizikal dan pegang selama mungkin sebagai aset………..m/s 83
- Gadai emas di Ar-Rahnu. Untung atau tidak? ..........................................m/s 85
- Apakah itu Ar-Rahnu? ………………………………………………………………………………….…m/s 86
- Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi…….... m/s 88
- Teknik 3: Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal…….....m/s 90
- Teknik 4: Menjana keuntungan dengan Public Bank GIA/Maybank GSPA.... m/s 94
- Tip: Memaksimumkan keuntungan pelaburan GIA anda............................m/s 95
- Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (teknik pajak) .......... m/s 99
- Teknik 6: Melabur sambil berniaga emas ..............................................m/s 102
Topik 6: Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas...............................................m/s 108
- Membeli buku-buku pelaburan emas di www.amazon.com.......................m/s 109
Topik 7: skim pelaburan emas...............................................................................m/s 111
- Pelaburan emas yang betul……………………………………………….........................m/s 114
- Skim pelaburan emas……………………………..……………………………………………………. ms 114
- Skim cepat kaya yang menggunakan emas ………………………………….…………….ms 114
Topik 8 : Zakat emas ………………………………………………………………………………………………………….m/s 115
Topik 9 : Menyimpan emas anda dengan selamat …………………………………………………………….m/s 117
Topik 10 : Kesimpulan ……………………………………………………………………….…………………..……….. m/s 120

5
Topik 1: Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas, adalah
penting bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.

Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka adalah mudah bagi
anda menyingkap rahsia pelaburan emas dan cara-cara membuat keuntungan daripadanya.

Anda perlu menyimpan emas kerana:

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya


2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.

Sejak manusia mengenali emas, ia telah menjadi pilihan bagi


melambangkan kekayaan dan kekuasaan dan kejayaan.

Emas mendapat tempat di hati manusia kerana warnanya


yang sangat cantik serta agak lembut. Ini membolehkan
manusia membentuk emas menjadi objek-objek perhiasan
yang cantik.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan


tidak akan pudar.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa
menjejaskan nilainya.
4. Ia sukar diperoleh.

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000


tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan
jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai
medium pertukaran.

Ketika itu, sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang
menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan
berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga
dianggap orang yang kaya dan berkuasa.

Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk
dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan
nilai yang baik. Sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak
boleh dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi
penyimpan kekayaan.

Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

6
1.1 Emas bernilai untuk selama-lamanya.

Salah satu keistimewaan emas yang ialah manusia mengiktirafnya sebagai benda yang berharga.
Kebanyakan benda memiliki nilai yang terhad kepada had masa dan had tempat. Namun nilai
emas tiada had masa dan had tempat. Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk
emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan.

Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai. Sebab itulah emas adalah kekayaan
yang sebenarnya.

gambar: Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

6000 tahun yang lalu ketika zaman Mesir purba, emas dijadikan di dalam bentuk jongkong dan
digunakan sebagai media pertukaran – menunjukkan emas bernilai dan diterima umum.

2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion.
Ia menunjukkan bahawa ribuan tahun dahulu hati manusia sudah tertarik kepada emas dan
menggunakannya sebagai wang.

7
Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion

Sehingga sekarang hati manusia masih lagi tertarik kepada emas.

Soalan: Adakah emas akan terus bernilai di masa hadapan?

Jawapan terhadap soalan ini terdapat di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23. Ayat ini
menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang yang
diperbuat daripada emas dan mutiara sebagai hadiah.

Di dalam ayat di atas Allah SWT akan memberikan hadiah kepada manusia-manusia yang
masuk ke dalam syurga. Dengan kata lain Allah SWT pun memilih emas sebagai hadiah kepada
hamba-hambanya yang berjaya.

Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap
bernilai di akhirat kelak.

8
Gambar: Kecantikan gelang emas di dunia. Kalau gelang di syurga pasti lebih hebat.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Salah satu daripada sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada trend
peningkatan harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Mari kita
lihat graf kenaikan harga emas untuk 5 tahun dan 10 tahun.

Kenaikan harga emas dalam masa 5 tahun

Gambar: Sejarah harga emas dari tahun 2005-2010

Daripada graf di atas, sejak 5 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 416.27
USD/Oz kepada USD1353.30 USD/Oz.

Ini adalah kenaikan 225% (bersamaan purata 45% setahun!)

9
Kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun

Gambar: Graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 255.95 USD/Oz kepada
USD1353.30 / Oz . Ini adalah kenaikan 428.73% (bersamaan purata 42.87% setahun!).

KAJIAN: KENAIKAN HARGA SYILING KIJANG EMAS MALAYSIA:

Kijang Emas adalah salah satu syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia dikeluarkan oleh
Royal Mint of Malaysia dan diedarkan oleh Maybank.

Harga untuk 1 Oz syiling Kijang Emas pada 18/7/2001 ialah RM1149.00

Pada 13/10/2010 harganya meningkat kepada RM 4443.00

Ini adalah kenaikan sebanyak 287% dalam masa 9 tahun.


(purata kenaikan 31.88% setahun)

Sumber: Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

10
Bagaimana melihat rekod harga emas dunia?

Anda boleh melihat rekod harga emas dunia boleh dilihat daripada laman web London Bullion
market Association (LBMA) http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

Gambar: Laman web London Bullion Market Association (LBMA)

London Bullion Market merujuk kepada pasaran borong emas dan perak secara urus niaga di
atas kaunter. biasanya dilakukan oleh ahli-ahli persatuan London Bullion Market dengan diawasi
oleh Bank of England. Kebanyakan ahli-ahli LBMA terdiri dari bank-bank antarabangsa, peniaga
jongkong dan juga kilang-kilang penulenan logam berharga.

11
Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang.

Satu lagi keistimewaan emas ialah ia mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa panjang.
Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu
masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang.

Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant


– The English and American Experience 1560-2007″
Karangan Prof. Roy W. Jastram daripada Sekolah Pengurusan
Perniagaan University of California.

Anda boleh mendapatkan buku ini di www.amazon.com

Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu


persoalan:

“Adakah nilai wang pada masa lampau adalah lebih


tinggi berbanding sekarang?”

Di dalam kes ini, wang yang dimaksudkan adalah emas.

Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 –


2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks harga
barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa.

Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah
membuat rumusan berikut:

“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama
dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″

Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya anda membeli dan
menyimpan emas. Ini kerana kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh
beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada
sekarang.

Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.

Satu contoh yang paling popular bagi


menunjukkan kuasa beli emas yang sangat
stabil ialah harga seekor kambing di dalam
nilai dinar (dinar merujuk kepada syiling
emas seberat 4.25 gram dengan ketulenan
22 karat)

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun


yang lalu, harga seekor kambing ialah 1
dinar.

Perkara ini diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.

12
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak
dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah,
pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui
lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor
kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki
menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya
dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa
seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan
kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada


Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah
perniagaannya.”

Okie.. fast forward.. waktu sekarang. Rasanya boleh tak anda membeli seekor kambing dengan
harga 1 dinar?

Jawapannya.. ya, boleh!

Ada penternak kambing yang menerima dinar untuk ditukarkan dengan seekor kambing. Salah
seorang penternak kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan seekor kambing pada
harga 1 dinar.

Dengan 1 dinar anda boleh membeli anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2
tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban,
majlis kenduri, buat kambing golek.

Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3
dirham (dirham merujuk kepada syiling perak seberat 3 gram dengan ketulenan 999).

13
Jika anda berminat membeli kambing dengan harga 1 dinar sila telefon atau SMS En. Abdullah
di talian 014-6666996.

Untuk makluman anda, En. Abdullah menerima semua jenis dinar emas.

Alamat ladang adalah seperti berikut:

Green Acres Farm Sdn Bhd.


Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.

Ringkasan.

Daripada topik di atas kita dapat lihat bahawa emas


memberikan keuntungan lumayan di dalam jangka masa
panjang.

Ini kerana harganya sentiasa meningkat daripada masa ke


semasa.

Selain menjadikan emas sebagai pelaburan, ia boleh menjadi


simpanan yang menguntungkan. Ini kerana emas berupaya
mengekalkan kuasa belinya walaupun disimpan beratus malah
ribuan tahun.

Dengan kata lain, emas mempunyai reputasi sebagai


penyimpan nilai yang sangat hebat.

Inflasi untuk syiling emas adalah 0% !!!

14
3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang

Jika nilai emas naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas. Di
dalam jangka masa panjang wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana
semakin lama disimpan maka nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10
tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.

Kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi.

Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang
belanja antara 20 sen ke-30 sen sahaja. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air
minuman.

Bagaimana dengan sekarang? – tahun 2010?

Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang?

Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poket
antara RM2 – RM5 sehari kepada anak-anak mereka.

Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untuk
membeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam
jangka masa yang panjang.

15
Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan di
antara harga emas dengan mata wang utama dunia iaitu US Dollar. Jika kita buat graf
perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD) maka kita dapat
melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% dari tahun 1971 – 2006.

Gambar: Kuasa beli 1 USD menyusut lebih 80% dari tempoh 1971 – 2007
(sumber www.dollardaze.org)

Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas
maka kita akan mendapat graf seperti di bawah:

Gambar: Nilai emas VS US Dollar Index

Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan
meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, anda perlu menyimpan emas.

16
4. Emas adalah aset yang terunggul.

Satu lagi keistimewaan emas ialah ia merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada
tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair.

Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan mudah dengan
menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu (contohnya Ar-Rahnu Agrobank, Ar-
Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim dan banyak lagi).

Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% - 70% daripada nilai emas anda.
Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi
semakin meningkat.

Menyimpan emas memang menguntungkan.

17
Kajian kes: Pelarian Perang Vietnam (1955-1975)

Salah satu contoh terbaik bagaimana emas boleh membantu seseorang memulakan
kehidupan boleh dilihat ketika berlaku peperangan di Vietnam. Ketika perang Vietnam sekitar
1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan
kampung halaman mereka.

Mereka menjual seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.
Kesemua ini ditukarkan ke dalam bentuk emas.

Kemudian, barulah mereka melarikan diri. Mereka sedar bahawa emas diterima di seluruh
dunia. Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka
dengan mudah di negara persinggahan mereka.

Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku?
Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak laku.

Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas. Ia bernilai di mana sahaja.

Gambar: Pelarian Vietnam yang melarikan diri melalui bot

Gambar: Emas Kim-Thanh- antara yang dibawa pelarian Vietnam

18
5. Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Kuantitinya juga
tidak boleh ditambah dengan mudah. Emas perlu dicari, dilombong dan ditulenkan dan dibentuk.
Ini adalah proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak
boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara.

Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda
berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang
tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan
merosot.

Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan simptom hyperinflasi
dan akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak terus oleh rakyat.

Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan


memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi
mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik
pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang
sah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh memanipulasikan nilai emas.

Gambar: Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.

Sejarah kegagalan wang kertas /fiat

Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715


2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini:

http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

19
Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.

Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Afrika Selatan,
Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke-21 yang dirundung masalah
hyperinflasi.

Gambar: Peta Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe

Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yang
bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam
pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.

Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga
5,000,000,000,000,000,000,000%!

Gambar: Zimbabwe Dollar tidak bernilai. Cuma nombor sahaja yang banyak.

20
Gambar: Inflasi sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati nilai wang yang disimpan
mereka akan lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas yang dicetak dengan berleluasa.

Kerajaan Zimbabwe boleh mencetak sekeping wang kertas dengan nilai menjangkau bilion dan
beratus trilion Zimbabwe Dollar. Mungkin ia nampak lucu bagi kita di Malaysia, tetapi itulah yang
telah berlaku di sana. Wang kertas boleh dimanipulasikan sehingga menjadi tidak bernilai.

gambar: Wang kertas Zimbabwe dengan nilai 100 trilion Zimbabwe Dollar!

21
Kajian kes: Hyperinflasi di Malaysia (1942-1945)

Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang. Soalannya adakah
hyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?

Jawapannya ialah ya. Malaysia sendiri pernah mengalami situasi hyperinflasi ketika zaman
penjajahan Jepun.

Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah mereka cipta nota bank
yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar di dalam
nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.

Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5
dollar dan 10 dollar. Kemudian penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan. Sesiapa yang tidak
mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

Gambar: Mula-mula duit Jepun dicetak di dalam nilai yang kecil.

22
Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang dengan
sewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. Contoh yang paling
popular ialah duit 10 dollar pokok pisang (gambar di atas). Duit ini dicetak terlalu banyak
sehingga menyebabkan hyperinflasi.

Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.

Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula.
Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka
cuma perlu mencetak wang.

23
Akibatnya wang Jepun tidak laku. Harga makanan dan lain-lain meningkat dengan banyak.
Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan. Waktu itu ramai rakyat Tanah Melayu yang
makan ubi kayu sahaja.

Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas
propaganda Jepun dengan kata-kata

“WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN”

Gambar: Wang propaganda Jepun yang dicetak oleh pihak British.

Ini bagi memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabila
Jepun kalah di dalam peperangan.

Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu wang
mereka menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas tanpa nilai.

Bagaimana dengan emas?

Lain pula ceritanya dengan emas. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan
emas dan perak sebagai wang.

Malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia seperti Greek, Rom,
Parsi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.

Jika anda berkesempatan, sila lawati http://www.moneymuseum.com/ . Anda boleh melihat


wang-wang emas dan perak yang digunakan oleh tamadun-tamadun terkemuka dunia ini.

Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini.

24
Kesimpulan:

Saya berharap topik ini akan membuka minda anda


MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas.

Setelah membaca faktor-faktor MENGAPA anda perlu


menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa
emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan
kekayaan sebenar.

Jadi saya mengesyorkan agar anda memilih untuk


menyimpan emas.

25
Topik 2: Bagaimana membuat pelaburan emas di
Malaysia?
Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu

1. Pelaburan secara emas fizikal


2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Pelaburan emas secara fizikal.

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh
dikategorikan sebagai emas pelaburan.

Ini kerana syiling emas dan jongkong emas dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. Sebagai
emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:

1. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.


2. Mudah dibawa
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos
upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi
iaitu di antara 25 % - 40%.Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan
emas, jangan membeli barang kemas.

Tetapi, jika anda hendak memberikan hadiah yang terbaik kepada orang tersayang maka
barang kemas adalah hadiah yang paling baik.

Tip: Jika anda hendak membeli barang kemas sebagai hadiah, anda
beli barang kemas dengan ketulenan 916 dan tidak mempunyai batu
permata. Ini kerana yang bernilai adalah emas bukannya batu
permata tersebut.

Saya juga menyarankan anda membeli barang kemas yang


tumpat/padu. Elakkan barang kemas yang berlubang/kosong
(hollow). Ini memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan
densimeter jika anda ingin menggadaikan barang kemas ini di Ar-
Rahnu kelak.

Mesin densimeter (gambar) tidak boleh membuat bacaan tepat terhadap barang kemas yang
mempunyai batu permata atau kosong.

26
Institusi yang menjual emas pelaburan.

Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:

1. Maybank - Syiling Kijang Emas


2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas. Contohnya Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

Mari kita lihat satu persatu.

1. Maybank - Syiling Kijang Emas.

Salah satu daripada syiling emas terkenal di Malaysia ialah Kijang Emas.

Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of
Malaysia. Ia telah dilancarkan pada 17 Julai 2001 dan diedarkan oleh Maybank.

Ia dikeluarkan di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, ½ Oz dan ¼ Oz. serta mempunyai ketulenan 24K
(999.9) . Berat 1 Oz bersamaan = 31.1 gram, ½ Oz = 15.55 gram dan ¼ Oz = 7.780 gram.

Bagaimana membeli syiling Kijang Emas?

Syiling Kijang Emas boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja.

27
Lihat jadual di bawah:

Gambar: Cawangan Maybank yang menjual syiling Kijang Emas.

Memandangkan stok Kijang Emas adalah terhad maka anda perlu menelefon Maybank tersebut
untuk pastikan ada stok.

Jika ada stok anda hanya perlu membawa wang yang mencukupi ke Maybank untuk membeli
syiling Kijang Emas tersebut.

Bagaimana Melihat Harga Syiling Kijang Emas?

Harga syiling Kijang Emas boleh dipantau melalui laman web Bank Negara. Ia akan dikemas kini
setiap hari.

Anda boleh lihat harga syiling Kijang Emas di sini:


http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia

28
Kelebihan Syiling Kijang Emas:

1. Boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu di seluruh Malaysia.


2. Mempunyai spread yang rendah (3.9% - 7.4%).
3. Kualiti emas 24k (999.9).
4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja).
5. Harga yang berpatutan.
6. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera.

p/s: Spread bermaksud perbezaan di antara harga belian dan jualan (dalam %).

Formula pengiraan spread (di dalam %) adalah:

Harga Jualan – Harga Belian


______________________ x 100
Harga Jualan

Kelemahan syiling Kijang Emas:

1. Sukar diperoleh Kijang Emas kerana ia sangat laris. Selain itu Kijang Emas tidak lagi
dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau kemek. Jika ini berlaku Maybank tidak akan
menerima kembali syiling berkenaan.
3. Boleh dibeli pada waktu urus niaga Maybank sahaja.
4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.
5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yang boleh guna kalau nak beli pakai kad
kredit.

Bagi saya Syiling Kijang Emas merupakan salah satu emas pelaburan yang terbaik di Malaysia.

Saya sendiri ada memiliki syiling Kijang Emas ini.

Gambar : Syiling Kijang Emas (1 Oz dan ½ Oz)

29
Emas fizikal United Overseas Bank (UOB Bank)

Selain daripada Maybank, UOB Bank turut menjual emas fizikal di dalam bentuk syiling emas
dan jongkong emas.

Anda boleh membaca maklumat berkenaan produk-produk emas UOB Bank di sini:
http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm

Gambar: Laman web UOB Bank berkenaan produk emas fizikal.

30
Ini adalah senarai penuh produk emas yang dijual oleh UOB Bank.

Antara syiling emas terkenal yang dijual UOB Bank ialah:

1. Canadian Gold Maple


2. Australian Kangaroo
3. Singapore Gold Lion.

31
Gambar 1 : Syiling Emas Canada Gold Maple (999.9)

Gambar 2 : Syiling Emas Australian Kangaroo (999.9)

Gambar 3 : Syiling Emas Singapore Gold Lion (999.9)

32
Untuk kategori gold bar pula UOB Bank menjual 2 jenis gold bar iaitu PAMP Suisse dan Kinebar.

Gambar : Jongkong Emas PAMP Suisse Lady Fortuna (999.9)

Gambar: Kinebar (999.9)

33
Harga Emas UOB Bank

Untuk mengetahui harga emas harian produk emas UOB Bank, anda boleh melawat laman web
UOB Bank. ( http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold )

Bagaimana cara membeli emas fizikal di UOB Bank?

Anda boleh membeli emas ini daripada cawangan UOB Bank. Tetapi pastikan anda menelefon
cawangan tersebut terlebih dahulu bagi mendapat kepastian sama ada mereka mempunyai stok
emas atau tidak. Ini kerana permintaan terhadap gold bar dan syiling emas adalah tinggi dan
UOB selalu kehabisan stok.

Cawangan-cawangan UOB Bank boleh dilihat di sini.


http://www1.uob.com.my/webpages/branches.htm

Gambar: UOB Bank mempunyai cawangan di seluruh negara.

Jika anda ingin mengetahui cawangan UOB yang menjual emas fizikal di tempat anda maka
anda boleh telefon dan bertanya kepada ibu pejabat UOB Bank, Jalan Raja Laut.

Alamat dan nombor telefon adalah seperti di bawah:

34
UOB Bank cawangan utama di KL

Kelebihan:

1. Menjual syiling emas terkemuka dunia


2. Mempunyai spread yang rendah (4.3% untuk 1 Oz)
3. Kualiti emas 24k (999.9)
4. Harga yang berpatutan.
5. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera.

Kelemahan:

1. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris.


2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau kemek. Jika tidak UOB tidak akan
menerima kembali syiling berkenaan.
3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB tidak
akan menerima semula syiling emas berkenaan.
4. Boleh dibeli pada waktu perbankan UOB Bank sahaja (9.30 pagi – 4 petang)

Ulasan:

Bagi saya Syiling emas yang dijual oleh UOB Bank merupakan salah satu emas pelaburan yang
terbaik di Malaysia. Ini kerana spread yang kecil.

Syiling emas yang dijual pula adalah syiling emas terkemuka dunia (seperti Canadian Gold
Maple dan Australian Kangaroo)

Bagi memaksimumkan keuntungan, saya menyarankan anda membeli syiling emas 1 Oz. Ini
kerana syiling 1 Oz mempunyai harga per gram dan spread yang terendah.

35
Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i
Kuwait Finance House Malaysia (KFH) turut menawarkan
kemudahan pelaburan emas melalui akaun simpanan
emas yang dinamakan Kuwait Finance House Gold
Account (singkatan – KFH Gold Account-i).

KFH Gold Account-i adalah pelaburan emas yang patuh


syariah dan menawarkan emas fizikal kepada pelabur.

Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i boleh


mengambil emas fizikal serta-merta setelah membuat
pembelian ataupun menyimpan emas tersebut kepada
Kuwait Finance House.

Tiada sebarang kos penyimpanan dikenakan jika pelabur


meyimpan emas tersebut di Kuwait Finance House.

Gambar: Risalah Akaun Emas KFH-i

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.

KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki. Ketulenan
emas ini adalah 995.0 (ketulenan emas 99.50%)

Kualiti emas ini adalah lebih rendah daripada kualiti emas 999.9 (ketulenan emas 99.99%)

36
Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.

Sebelum membuka akaun KFH Gold Account-i anda perlu membuka akaun simpanan dengan
Kuwait Finance House Malaysia terlebih dahulu (anggaran kos RM25).

Selepas itu anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.
Anda boleh mengeluarkan jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima
2 gram emas di dalam KFH Gold Account-I anda.

(contoh: kalau anda membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram maka anda
boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Untuk pelaburan tambahan selepas itu, anda perlu membeli minimum 5 gram emas.

Harga belian dan jualan untuk KFH Gold Account-i.


Harga jualan dan belian KFH Gold Account-I boleh dilihat di
laman web http://www.kfhonline.com.my

Sell = Harga jualan emas kepada pelabur.


Buy = Harga belian emas oleh Kuwait Finance House

Perbezaan harga beli dan jual adalah RM6 ++ segram.

37
Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.
Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh
dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH sama ada saya boleh buka sarung emas ini untuk
digadaikan.

Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat
beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH di antaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka


2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung emas ini tidak boleh bengkok

Jika perkara-perkara di atas berlaku maka emas ini tidak


akan diterima kembali oleh Kuwait Finance House.

Jadi, anda tidak boleh membuat teknik manipulasi emas


(seperti teknik Ar-Rahnu) menggunakan jongkong emas
KFH Gold Account-i. Walaupun saya mendapat emas fizikal,
namun tak berapa teruja kerana tidak boleh buka sarung
emas tersebut.

Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda


cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika
harga emas rendah dan menjual semula apabila harga
emas naik.

Jadi pelaburan emas KFH Gold-I ini adalah lebih kepada beli
emas, simpan dan jual semula bila harga emas naik.

Saya telah membuka akaun KFH Gold Account-I dengan pembelian minima 10 gram.
Memandangkan saya lebih suka menyimpan sendiri emas tersebut maka saya meminta untuk
mengeluarkan 8 gram emas fizikal. KFH memberikan sekeping jongkong 5 gram dan 3 keping
jongkong 1 gram.

Inilah rupa jongkong emas-emas tersebut.

Gambar: Sekeping 5 gram dan 3 keping x 1 gram

38
Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).
Kuwait Finance House mempunyai cawangan yang terhad. Buat masa ini KFH mempunyai
cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching.

Anda boleh melihat alamat dan nombor telefon cawangan KFH di bawah:

Cawangan Kuala Lumpur Cawangan Pavilion, KL Cawangan Shah Alam


Tingkat bawah, Tower 2, Pavilion Lot 22, 1st Floor, Tingkat Bawah
Etiqa Twins, 168 Jalan Bukit Bintang, Wisma Sunway Mas Office
11, Jalan Pinang, 55100 Kuala Lumpur, Tower, Jalan Tengku Ampuan
P.O.Box 10103, Zabedah,
50704 Kuala Lumpur, C 9/C Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Tel: 03-2173 3228 Tel: 03-2056 7612
Tel: 03 - 2056 7630

Cawangan Johor Bahru Cawangan Pulau Pinang Cawangan Klang


62, Jalan Molek 2/2, F-12A-1, F-12A-2, F12A-3, 1 & 3, Jalan Bayu Tinggi 2B,
Taman Molek, Lorong Bayan Indah 1, Batu Unjur, 41200 Klang,
81100 Johor Bahru. 11900 Bayan Lepas, Selangor Darul Ehsan,

Tel: 07-356 3100 Tel: 04-619 1600 Tel: 03-3326 5200

Cawangan Kuching
tingkat bawah Menara Zecon,
No.92 Lot 393,
Section 5, KTLD Jalan Satok,
93400 Kuching.

Tel: 08-222 4800

Kelebihan KFH Gold Account-i.

1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan.
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0).
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.

Kekurangan KFH Gold Account-i

1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM6 segram (agak tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate.

39
Public Fine Gold International Sdn Bhd.

Terdapat sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan


sendiri emas pelaburan dan dijual pada harga emas pasaran
antarabangsa.

Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn.


Bhd. (Public Gold). Syarikat ini beralamat di Penang.

Ini adalah alamatnya:

Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U)


12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
www.publicgold.com.my
Tel : 04-644 9999

Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank. Public Gold
mempunyai kilang emas sendiri dan mengeluarkan jongkong 24 karat (999.9)

Gambar : Pejabat Public Gold di Bukit Jambul, Penang

40
Setiap jongkong emas yang dihasilkan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh “Certified
Assayer” (Assay Office Penang Sdn Bhd).

Gambar: Sijil ketulenan produk emas Public Gold

Public Gold juga menjadi syarikat pengeluar jongkong emas pertama di Malaysia yang diuji
mutu dan ketulenannya oleh Assayer yang bertauliah. Ini membolehkan Public Gold menerima
sijil The Malaysia Book of Records sebagai “First locally manufactured certified gold bullion bar”.

Gambar: Sijil pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records.

41
EMAS YANG DIJUAL OLEH PUBLIC GOLD.

Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan
juga 1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram.

Gambar: Jongkong emas 20gram dan 50 gram Public Gold

Gambar : Gold bar 100 gram Public Gold

42
Gambar : Syiling Emas 50 gram Public Gold

Gambar: Jongkong emas dan dinar emas keluaran Public Gold dan Public Dinar.

43
HARGA EMAS PUBLIC GOLD.

Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut
harga emas antarabangsa. Pembeli boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web
Public Gold di www.publicgold.com.my

Gambar: Laman web Public Gold.

Anda boleh membeli emas dan menjual semula emas Public Gold pada bila-bila masa mengikut
harga yang terpampang di dalam laman web Public Gold.

We sell = harga emas yang dijual oleh Public Gold.


We Buy = Harga belian balik daripada pelanggan

44
BAGAIMANA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.

Terdapat 2 cara membeli emas Public Gold:

1. Membeli menerusi agen Public Gold yang berhampiran tempat anda.


2. Membeli terus daripada cawangan Public Gold.

Jika anda ingin membeli emas daripada agen Public Gold anda boleh melihat senarai agen di
seluruh Malaysia di sini:

http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-
malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/

Atau pun anda boleh melihat lebih ramai agen Public Gold di laman web Public Gold.

Kos penghantaran untuk 20 gram ialah RM10, 50 gram ialah RM20 dan 100 gram ialah RM30.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara order dan membuat bayaran anda boleh
membaca di sini.

http://www.publicgold.com.my/content/view/39/69/lang,english/

CAWANGAN-CAWANGAN PUBLIC GOLD DI SELURUH MALAYSIA.

Public Gold mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Sungai Petani, Ipoh, Kota Bharu, Petaling
Jaya dan di Johor Bharu. Ini akan memudahkan anda membuat urusan membeli dan menjual
semula emas Public Gold anda kepada syarikat.

Public Gold Public Gold Public Gold


Cawangan Bishop Cawangan Ipoh Cawangan Petaling Jaya
No.84, Lebuh Bishop No.45, 45A & 45B, 42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3)
10200 Pulau Pinang Jalan Yang Kalsom, Mentari Business Park,
30250 Ipoh, Perak. Bandar Sunway,
Tel: 604-261 9999 46150 Petaling Jaya,
Tel: 05-242 8999 ( Royal Safe Deposit Box) Tel:
03-5634 8999

45
Public Gold Public Gold Public Gold
Cawangan Kelantan: Cawangan Sungai Petani: Cawangan Johor Bahru
Tingkat 1, Lot 257, No. 86B, 1st Floor, 45A & B, Jalan Persisiran
Jalan Kebun Sultan, Jalan Pengkalan, Perling,
15000 Kota Bharu, Taman Pekan Baru, Taman Perling,
(Bersebelahan Public Bank) 08000 Sungai Petani, Kedah. 81200 Johor Bahru

Tel: 09-746 2999 Tel: 04-423 2999 Tel: 07-2358 999

JAMINAN BELIAN BALIK PUBLIC GOLD.

Public Gold memberikan jaminan akan membeli balik emas mereka pada harga belian balik
walaupun emas mereka calar, gores, bengkok atau kemek asalkan berat emas adalah sama
seperti di dalam sijil ketulenan. Ini memberikan ketenangan fikiran kepada pembeli emas
keluaran Public Gold. Apa pun yang terjadi kepada jongkong emas anda, Public Gold tetap akan
membelinya.

Gambar: Contoh emas Public Gold yang tercalar dan terkemek

46
KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.

1. Stok sentiasa ada. Memandangkan Public Gold memiliki kilang emas sendiri, mereka
boleh mendapatkan stok emas dengan mudah. Ini merupakan satu kelebihan yang
sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga emas jatuh.
Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas

2. Harga jongkong emas yang dijual adalah lebih murah ( sekitar RM7-RM13 segram)
berbanding harga di kedai emas.

3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.9)

4. Spread yang kecil (antara 5% - 6% sahaja)

5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi anda boleh mendapatkannya dengan mudah
dengan menghubungi agen yang berhampiran tempat tinggal anda.

6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan
calar, gori, bengkok dan kemek asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat
penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.

7. Emas Public Gold boleh digadaikan di Ar-Rahnu untuk tunai segera.

8. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi
sesiapa yang berminat membuat perniagaan menjual emas pelaburan maka anda boleh
menjadi agen Public Gold.

47
Pelaburan emas melalui Dinar Emas.

Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang
boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.

1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.

Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:

1. Dinar Emas Public Dinar Sdn. Bhd. (anak syarikat Public Gold)
2. Dinar Emas Kelantan

Dinar emas Public Dinar Sdn. Bhd.

Public Dinar – anak syarikat Public Gold menjual emas pelaburan di dalam bentuk dinar.

Untuk pengetahuan anda semua, dinar emas Public Dinar dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:

- 1 dinar
- 5 dinar
- 10 dinar.

Anda boleh melawati laman web syarikat di www.publicdinar.com

SPESIFIKASI DINAR EMAS PUBLIC DINAR.

48
SIJIL KETULENAN.

Bagi setiap pembelian dinar emas Public Dinar, anda akan mendapat sijil ketulenan.

HARGA JUALAN PUBLIC DINAR

Harga dinar emas Public Dinar dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Harganya
akan berubah-ubah setiap 20 minit.

Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http://publicdinar.com/

Jika anda ingin membeli dinar emas Public Dinar maka anda boleh melihat senarai agen di
seluruh Malaysia di sini:

http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-
malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/

Ataupun anda boleh melihat senarai agen di laman web Public Gold.

KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas.
2. Spread yang rendah (5% - 6%)
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu.
4. Rekaannya cantik
5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold di seluruh Malaysia.

49
Gambar: Gambar dinar-dinar emas Public Dinar

50
Dinar Emas Kelantan.

Dinar emas Kelantan versi terbaru telah dilancarkan pada 12 Ogos 2010. Laman web Dinar
Emas Kelantan ialah http://www.dinarkel.com/

Saiz dinar emas Kelantan yang dijual adalah ½ dinar, 1 dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 8 dinar.

Gambar: Dinar Emas Kelantan

BAGAIMANA MEMBELI DINAR EMAS KELANTAN?

Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di Ar-
rahn di sekitar Kelantan. http://www.pkb.net.my/arrahn/rangkaian.html

Ini adalah sebahagian daripada cawangan Ar-rahn di Kelantan.

Ar-Rahn Kota Bharu 2 Ar-Rahn Kota Bharu Ar-Rahn Rantau Panjang


Lot 1007, Tingkat Bawah, PT 95, Seksyen 7, Jalan No. 181, Tingkat Bawah, Jalan
Bangunan Hotel Raudah, Temenggong, 15000 Kota Besar, Lubok Stol,
Jalan Maju, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia 17200 Rantau Panjang,
Bharu, Kelantan. Malaysia. Kelantan, Malaysia.

Tel : 09-7414322 Tel: 09-741 4400 Tel: 09-795 3949


Faks : 09-7414320 Faks : 09-741 4409 Faks : 09-795 0599

51
Bagi mereka yang tinggal di kawasan KL dan Selangor, anda boleh mendapatkan dinar emas
Kelantan di Ar-Rahn berikut.

Ar-Rahn Raja Laut Ar-Rahn Rawang


No. 44G, Jalan Raja Laut, No. 49, Jalan Maxwell,
50350 Kuala Lumpur. 48000 Rawang, Selangor.

Ar-Rahn Kajang
No. 10 Jalan Raja Harun Tel : 03-26933433 Tel : 03-60928441
43000 Kajang Faks : 03-26933431 Faks : 03-60928429
Selangor

Tel: 03-87361517
Faks: 03-87367552

HARGA DINAR EMAS KELANTAN.

Harga belian dinar emas Kelantan boleh dilihat di laman web http://islamicmint.com.my/

Harga yang dipaparkan adalah harga jualan. Jika anda hendak menjual kembali dinar emas
Kelantan ini, anda perlu menghubungi Ar-Rahn berhampiran bagi mengetahui harga belian
semasa. Ini kerana harga belian balik tidak dinyatakan di laman web Islamic Mint.

KEBAIKAN:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru hendak bermula
2. Boleh digadaikan di Ar-rahn

KELEMAHAN:

1. Sukar dibeli kerana tidak semua negeri di Malaysia mempunyai Ar-rahn dinar emas
Kelantan.

2. Harga belian balik dinar tidak dinyatakan. Anda perlu menghubungi Ar-Rahn untuk
bertanya harga jualan balik.

52
Membeli emas fizikal di kedai emas.

Terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas. Antaranya ialah Habib Jewel, Poh
Kong, Tomei dan di beberapa kedai emas lagi.

Namun saya tidak menggalakkan anda membeli emas pelaburan dari kedai emas. Anda boleh
membaca 3 kes di bawah sana mengenai kenapa saya tidak menggalakkan anda membeli
jongkong emas di kedai emas.

Terdapat 3 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas iaitu:

1. PAMP Suisse
2. Poh Kong Bunga Raya
3. Jongkong emas TOMEI

JONGKONG EMAS PAMP SUISSE

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals
products).

PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka
dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-
logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium.

Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Kesemua gold
bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan.

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga jongkong
PAMP Suisse dengan sijil berwarna merah jambu. Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di
Habib Jewel, Tomei dan sesetengah kedai emas,

53
Gambar 4 : PAMP Suisse dengan sijil merah jambu.

Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna

54
JONGKONG EMAS POH KONG BUNGA RAYA.

Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri.

Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan
melawati laman web syarikat berkenaan di:
http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

Ia dijual di dalam bentuk 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Gambar: Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya

55
Gambar: Jongkong emas TOMEI

KEBAIKAN

1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit.

2. Lokasi kedai emas biasanya lebih berhampiran dengan tempat tinggal anda.

3. Ada sesetengah kad kredit membolehkan anda membeli emas secara ansuran sehingga
1 tahun tanpa faedah.

KEBURUKAN

1. Harga emas yang dijual adalah tinggi

2. Biasanya mempunyai kos workmanship- sila semak dengan kedai tersebut.

3. Spread yang sangat tinggi (18% - 25%)

4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam bekas
plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi ia tidak boleh gadaikan. Kalau anda buka juga
sarung plastik tersebut maka kedai emas akan tolak harga yang tinggi sewaktu anda
hendak menjual semula emas tersebut, biasanya 25%.

56
3 kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.

Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untuk membuat
pelaburan emas. Ia mempunyai banyak kelemahan.

Antaranya kelemahan membeli emas pelaburan di kedai emas:

1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas antarabangsa.
Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation of
Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM)
Laman webnya ialah http://www.fgjam.org.my/

2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi (antara 18% - 25%).

3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga
Raya dan PAMP Suisse Lady Fortuna, maka anda tak boleh buka pembalut plastik
tersebut. Jika anda membuka pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebut
akan dikira emas terpakai (harga boleh dipotong sehingga 25%)

4. Kedai emas boleh memanipulasikan harga emas mereka menggunakan alasan workmanship
cost (upah tukang). Contohnya Apabila harga emas turun maka mereka akan menaikkan
workmanship cost manakala apabila harga emas meningkat maka mereka akan
mengurangkan kos workmanship.

KES 1: KISAH PAMP SUISSE LADY FORTUNA YANG DIBUKA.

Untuk pengetahuan anda semua, saya ada membeli emas PAMP Suisse Lady Fortuna dari kedai
Emas Poh Win Melaka. 2 x 1 Oz dan 1 x 50 gram.

Gambar 5 : Kedai Emas Poh Win di Melaka

57
Gambar: Jongkong Emas PAMP Suisse saya

Memandangkan saya ingin menggadaikan emas-emas ini di Ar-Rahnu maka saya telah
membuka plastik kesemua emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.

Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna di dalam plastiknya.

58
Gambar: Jongkong Emas PAMP Suisse yang telah dibuka.

Ini kerana dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu maka saya boleh meminjam wang daripada
Ar-Rahnu dan kemudian invest balik dengan membeli lebih banyak emas.

Untuk melihat sejauh mana potongan harga yang dikenakan kedai emas, saya pergi balik kat
Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:

1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?

Kedai Emas Poh Win #1 - Melaka

“Kalau saya buka cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, normal rate 13% tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh
Win”
“I see… jadi you all akan tolak 18% la…
“Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi…

Pergh… bukak plastik saja kena potong 18%

Kedai Emas Poh Win #2 - Melaka

Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama…

“Kalau saya buka cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win”
“Alamak! kenapa banyak sangat” saya tanya. Terkejut dibuatnya …
“Ooo… kalau bukak plastik kita kira used gold” jawab sales girl…

Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira emas terpakai.

Lepas tu kena tolak 25%. Memang rugi banyak.

59
KES 2: SUSUTNILAI JONGKONG EMAS POH KONG BUNGA RAYA YANG TINGGI.

Isnin 16/3/2009 – Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat


Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri… jadi waktu
isteri sibuk memilih gelang, saya tanya sales girl mengenai
gold bar Bunga Raya.

Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang


beratnya 20gram (harga RM2600)

“Gold bar nie kalau jual balik berapa peratus kena


potong?” saya bertanya.

“Oh.. ini potong dalam 11% encik..” jawab sales girl


tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan
jualan gold bar.

“Kalau saya buka plastik nie macam mana.. u all akan


ambil balik tak?” saya tanya lagi..

“Oooo.. kalau buka plastik nie kita kira emas terpakai


(used gold).. akan tolak 25%” jawab sales girl tersebut.

Hati kecil saya berkata .. “Buka plastik pembalut boleh menyebabkan susut nilai emas daripada
11% kepada 25%” Memang rugi beli emas kat kedai emas ini.

Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…

Kalau tak boleh buka plastik cover emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda
di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan test emas anda menggunakan densimeter. Memang kena
buka cover plastik tu…

KES 3: MEMANIPULASI HARGA EMAS DENGAN KOS WORKMANSHIP (UPAH TUKANG).

Salah satu kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas ialah mereka boleh
memanipulasikan harga emas dengan cara menambah atau mengurangkan upah tukang
(workmanship cost).

Dengan kata lain, lain anda mungkin tidak sedar bahawa kos upah tukang akan mempengaruhi
harga keseluruhan emas anda.

Ini kerana, apabila anda membeli emas di kedai emas maka ia akan melibatkan 2 kos iaitu
harga emas semasa + kos upah tukang.

Jumlah kos = Harga emas semasa + kos workmanship (upah tukang)

Kedai emas akan memberi tahu anda bahawa kos workmanship adalah bergantung kepada reka
bentuk barang kemas tersebut. Namun, kebiasaannya ialah apabila harga emas sedang naik,
kedai emas akan menurunkan kos workmanship.

Akan tetapi apabila harga emas menurun maka mereka akan menaikkan kos workmanship
walaupun emas yang anda beli adalah emas yang sama.

60
Saya ingin berkongsi pengalaman membeli 2 keping jongkong emas PAMP Suisse 1 Oz di kedai
emas yang sama. Sekeping dibeli pada 21 Mei 2008 dan sekeping lagi dibeli pada 21 Jun 2008.

Saya dapati, kos workmanship bagi emas yang sama adalah berbeza. Pada 21 Mei 2008 – kos
workmanship adalah RM122.30 untuk 1 Oz PAMP Suisse manakala pada 21 Jun 2008 kos
workmanship untuk 1 Oz PAMP Suisse adalah RM97.90 (perbezaan RM24.40)

Ini jelas menunjukkan bahawa kedai emas boleh memanipulasikan kos workmanship untuk
menambahkan keuntungan mereka. Ini merugikan pelabur yang membeli jongkong emas di
kedai emas.

Gambar: Harga emas RM107 segram dan workmanship RM122.30

Gambar: Harga emas RM111 segram dan workmanship turun kepada RM97.90

KESIMPULAN

Daripada 3 kes di atas, saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas dari kedai emas.
Ini kerana terdapat banyak kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas.

Ini akan menyebabkan anda terpaksa menunggu lama sebelum mendapat keuntungan daripada
pelaburan emas anda.

61
Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas

Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh
membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 4 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu

1. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)


2. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
3. Kuwait Finance House Malaysia Gold Investment Account (KFHGIA-i) m/s 36
4. Akaun Simpanan Emas UOB Bank

Gambar: Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank

Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai
belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Jika anda mahu
mengeluarkan emas fizikal maka pihak bank mungkin akan mengenakan beberapa syarat atau
cas-cas tambahan.

Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

Baiklah, saya akan huraikan satu persatu teknik melabur melalui akaun simpanan emas dari
bank-bank tempatan ini.

62
Public bank gold investment Account.
PENGENALAN

Public Bank menawarkan akaun simpanan emas yang dipanggil


Gold Investment Account (GIA).

Pelabur akan membeli emas dengan kualiti 999.9 dan


berdasarkan harga emas semasa dunia.

Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya jumlah


pembelian emas akan dicatatkan di dalam buku GIA.

Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana cawangan Public


Bank di seluruh Malaysia.

Laman web Public Bank GIA ialah:

http://www.public-bank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html

KOS PERMULAAN.

1. Untuk membuka akaun GIA anda perlu membeli minimum 20 gram emas. Jika anda
ingin menambah pelaburan emas anda, minima tambahan ialah 5 gram dan dalam
gandaan 1 gram.

2. Sebelum membuka akaun GIA anda MESTI mempunyai akaun simpanan Public Bank.
Jika belum ada, maka anda akan diminta membuka akaun simpanan terlebih dahulu.
Terdapat 2 jenis akaun simpanan yang anda boleh pilih iaitu Akaun simpanan biasa
(Basic- deposit RM20) atau pun Akaun simpanan Al-Wadiah-i (deposit RM250).

MELIHAT HARGA EMAS GIA.

Anda boleh melihat pergerakan harga akaun GIA melalui laman web Public Bank di alamat ini:

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Gambar: Harga emas harian Public bank GIA

Selling Price = Harga emas yang dijual oleh bank kepada pelabur
Buying Price = Harga belian semula bank daripada pelabur

63
SPREAD HARGA JUALAN DAN BELIAN.

Berdasarkan pengiraan saya, spread harga jualan dan belian GIA adalah di dalam lingkungan
RM5.00 ++ segram (3.9%).

KEBAIKAN GIA:

1. Mudah dibuka – setiap cawangan Public Bank menawarkan akaun ini


2. Tidak perlu risau aspek penyimpanan kerana tidak melibatkan emas fizikal

KELEMAHAN GIA:

1. Pelabur tidak mendapat emas fizikal – jadi anda tidak boleh membuat teknik manipulasi
emas menggunakan teknik Ar-Rahnu

2. belian dan jualan cuma boleh dilakukan ketika waktu perbankan sahaja.

3. Buat masa ini pelabur tidak boleh mendapatkan emas fizikal. Anda akan mendapat tunai
bagi setiap jualan balik emas ini.

4. Anda tak boleh jual selagi harga buying price melebihi kos anda membeli emas GIA. Jika
anda memerlukan wang dan menjual ketika buying price rendah daripada kos anda
membeli emas maka anda akan rugi.

BAGAIMANA MEMBUAT KEUNTUNGAN DENGAN GIA.

1. Anda boleh membuat keuntungan menggunakan teknik beli ketika harga rendah dan
jual ketika harga tinggi.

2. Antara variasi teknik ini ialah membuat pelaburan secara berkala (cost average)

3. Anda boleh menikmati keuntungan dengan menjual semua emas apabila harga naik
ataupun menjual keuntungan sahaja. Maklumat lanjut mengenai teknik ini akan
diterangkan di dalam topik teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.

64
Maybank gold Saving Passbook Account (GSPA)
PENGENALAN:

Selain daripada menawarkan emas fizikal melalui


syiling Kijang Emas, Maybank juga menawarkan
akaun simpanan pelaburan emas yang dinamakan
Gold Saving Passbook Account (GSPA).

Pelabur akan membeli emas dengan kualiti 999.9


dan berdasarkan harga emas semasa dunia.

Pelabur tidak mendapat emas fizikal sewaktu


membeli emas GSPA sebaliknya jumlah pembelian
emas akan dicatatkan di dalam buku.

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMBUKA AKAUN GSPA

1. Individu berumur 18 tahun ke atas.


2. Jika membuka akaun bersama – maksima empat orang
3. Bagi membuka akaun pelabur mesti membeli 5 gram emas
4. Sebarang pelaburan tambahan selepas itu mestilah 5 gram dan ke atas
5. Kuantiti minima yang perlu ditinggalkan di dalam akaun ialah 1 gram

PENGELUARAN EMAS FIZIKAL:

Selain daripada menjual emas dan mendapat tunai, GSPA turut menawarkan kemudahan
mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk wafer 10gram, 20 gram dan 50 gram dan 100 gram
di 14 cawangan Maybank di seluruh negara.

Namun pelabur akan dikenakan kos penghantaran dan insurans bagi mengeluarkan emas fizikal
daripada akaun GSPA.

Gambar: Cawangan Maybank yang menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal.

65
MEMANTAU HARGA EMAS GSPA DI INTERNET:

Anda boleh memantau harga emas GSPA di laman web Maybank2u.com


http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Person
al/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

HARGA EMAS MAYBANK GSPA

Gambar: Harga emas GSPA.

SPREAD HARGA JUALAN DAN BELIAN.

Berdasarkan pengiraan saya, spread harga jualan dan belian GSPA adalah di dalam lingkungan
RM5.00 ++ segram (sekitar 4%).

KEBAIKAN GSPA:

1. Mudah dibuka – setiap cawangan Maybank menawarkan akaun ini


2. Tidak perlu risau aspek penyimpanan kerana tidak melibatkan emas fizikal

KELEMAHAN GSPA:

1. Pelabur tidak mendapat emas fizikal secara terus. Pelabur cuma boleh mengeluarkan
emas tersebut di cawangan tertentu sahaja.– jadi anda tidak boleh membuat teknik
manipulasi emas menggunakan teknik Ar-Rahnu.

2. belian dan jualan cuma boleh dilakukan ketika waktu perbankan sahaja.

3. Anda tak boleh jual selagi harga buying price melebihi kos anda membeli emas GIA. Jika
anda memerlukan wang dan menjual ketika buying price rendah daripada kos anda
membeli emas maka anda akan rugi.

KOMEN SAYA:

1. Dari segi spread dan harga emas, Public Bank GIA dan Maybank GSPA agak sama.
Namun spread bagi akaun simpanan emas UOB bank adalah jauh lebih kecil.

2. GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan dalam bentuk jongkong emas


sedangkan Public Bank GIA tidak menawarkan pengeluaran di dalam bentuk emas fizikal.

3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah anda
tidak mendapat emas fizikal on the spot. Jadi anda tidak boleh menggadaikan emas
sekiranya memerlukan wang. Selain itu anda juga tidak boleh menjual emas jika belum
mendapat keuntungan, jika tidak anda akan rugi jika menjual pada harga lebih rendah
daripada harga belian.

66
Akaun Pelaburan Emas UOB Bank.
Selain daripada Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance
House, UOB Bank (www.oub.com.my) turut menawarkan
kemudahan akaun pelaburan.

Terdapat 2 jenis akaun pelaburan emas yang ditawarkan


oleh UOB bank iaitu:

1. Akaun Simpanan Emas


2. Akaun Emas Premier

Akaun simpanan emas ini dikhususkan bagi mereka yang


ingin membuat pelaburan dengan amaun yang kecil
manakala akaun emas premier dikhususkan kepada
mereka yang lebih kaya.

Apa yang menarik perhatian saya mengenai akaun


simpanan emas UOB ialah spread nya adalah kecil, iaitu
sekitar RM2 sahaja se gram.

Ini adalah perbandingan di antara akaun simpanan emas UOB dan akaun Emas Premier.

Akaun Simpanan Emas Akaun Emas Premier


Pelaburan awal minimum 20 gram 1 kg
Pembelian minimum dalam gandaan 5 gram dalam gandaan 1kg
seterusnya
Pengeluaran minimum dalam gandaan 5 gram dalam gandaan 1kg
Baki akaun minimum 10 gram 1 kg
Fi dan caj RM2.00 fi pentadbiran akan RM2.00 fi pentadbiran akan
dikenakan jika baki pada akhir dikenakan jika baki pada akhir
bulan kurang daripada 10 bulan kurang daripada 1 kg
gram
Syarat sebelum membuka Sebelum membuka mana-mana akaun pelaburan emas di atas,
akaun pelabur perlu memiliki sama ada akaun simpanan atau akaun
semasa untuk memudahkan pembayaran fi pentadbiran
dan/atau apa-apa caj.
Penukaran kepada emas fizikal Pelabur boleh menukar emas yang dibeli melalui akaun
simpanan emas kepada emas fizikal (tertakluk kepada
kelulusan bank). Fi pertukaran nominal akan dikenakan bagi
penukaran ini.
Proses membeli dan menjual Anda boleh membeli dan menjual emas pelaburan anda pada
bila-bila masa semasa operasi perbankan.

HARGA BELIAN DAN JUALAN AKAUN SIMPANAN EMAS UOB BANK.

Anda boleh memantau harga belian dan jualan bagi akaun simpanan emas UOB bank di laman
web mereka di http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold_investment.htm

67
KELEBIHAN AKAUN SIMPANAN EMAS UOB BANK.

Berdasarkan kajian, saya dapati akaun simpanan emas UOB bank memiliki satu kelebihan yang
sangat baik untuk pelabur emas kerana ia mempunyai spread yang rendah iaitu:

i. RM1 untuk Akaun Emas Premier


ii. RM2 segram untuk Akaun Simpanan Emas.

Fuh! Memang best jika dibandingkan dengan spread Maybank GSPA, Public Bank GIA dan
Kuwait Finance House.

Sebagai contoh, ini adalah jadual perbandingan harga emas dan juga spread bagi akaun
simpanan emas Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance House:

BANK Harga Harga Belian Spread Komen saya


(harga pada) Jualan (RM) (RM)
(RM)
UOB - Akaun simpanan emas 137.50/gram 135.50/gram RM2/gram Spread rendah
(baik)
(7/1/2011 @ 2.26 PM)
UOB - Akaun Emas Premier 136,500/kg 135,500/kg RM1/gram Spread rendah
(terbaik)
(7/1/2011 @ 2.26 PM)
Maybank GSPA 137.89/gram 132.26/gram RM5.63/gram Spread tinggi

(7/1/2011 2.08 PM)


Public Bank GIA 138.53/gram 133.21/gram RM5.32/gram Spread tinggi

(7/1/2011 @ 3.45 PM)


Kuwait Finance House 139.18/gram 133.08/gram RM6.10/gram Spread tinggi

(7/1/2011 @ 9.22AM)

Untuk membuka akaun simpanan emas UOB bank anda hanya perlu mengunjungi mana-mana
cawangan UOB bank yang berhampiran tempat anda. Ia sungguh mudah.

68
Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli emas pelaburan.
Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur
disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:

1. Harga emas tersebut – semakin murah


harganya maka semakin baik.

2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas?


Emas fizikal lebih baik.

3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9


atau 916

4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga


turun atau naik.

5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah


rendah (spread). Spread harga emas yang
rendah membolehkan anda untung dengan lebih cepat berbanding spread yang tinggi.

6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok
atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.

Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya, maka elakkan membeli
syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-dua bank berkenaan
tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar.

69
Topik 3: Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?
Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli
iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau
akaun simpanan emas?

Jawapan saya.

BELI EMAS FIZIKAL.

Sebabnya adalah:

1. Anda boleh menggadaikan emas fizikal jika memerlukan tunai segera. Walaupun anda
menggadaikannya, emas itu masih lagi milik anda. Anda tetap untung jika emas naik
harga walaupun emas tersebut berada di Ar-Rahnu.

2. Bagi akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga
yang rendah daripada harga belian (in case anda terdesak untuk mendapatkan tunai
untuk tujuan kecemasan).

3. Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya
walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda
cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.

4. Jika anda ingin menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu, anda memerlukan emas
fizikal. Ini kerana hanya emas fizikal boleh digadaikan di Ar-Rahnu.

Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko
kehilangan emas fizikal maka barulah saya cadangkan anda melabur di dalam akaun
simpanan emas.

Beli emas fizikal. Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas.

70
Topik 4: Harga emas di Malaysia dan Dunia.
Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain,
perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.

Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas
tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harganya boleh bertukar setiap beberapa
minggu dan juga bulan. Ini membolehkan kedai emas menjalankan urus niaga dengan lancar.

Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA
dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit.
Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.

Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di
dalam menetapkan harga emas mereka.

Harga emas bukan harga kawalan.

Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditetapkan oleh
penjual emas. Harga emas di antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini
kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.
Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai,
gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi.

Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang
hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.

Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold.
(spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia utk belian dan jualan)

http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Gambar: Ini adalah graf harga emas pasaran dunia (spot gold)

Selain melihat terus harga spot gold daripada jadual di atas, adalah lebih baik sekiranya anda
tahu cara-cara mendapatkan harga ini secara manual.

Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.

Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi
oleh 2 faktor iaitu:

1. Harga emas di dalam USD


2. Kadar pertukaran di antara USD kepada Ringgit Malaysia.

Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda boleh
menggunakan kaedah ini:

71
1. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com
2. Dapatkan kadar pertukaran USD kepada RM di laman web Bank Negara Malaysia.

Caranya: Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.html

Anda dapati harga terkini spot gold pada 22 Ogos 1:42 waktu New York adalah USD1228. Harga
ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).

Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD
kepada Ringgit Malaysia.

Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629

Selepas itu kita boleh buat pengiraan berikut:

Harga spot gold untuk segram emas di dalam


Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:

(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram

= (1228 USD x RM3.1355) / 31.1 gram


= RM3850.39 / 31.1 gram
= RM123.80 / gram

Jadi, harga spot gold emas dunia ialah RM123.80 segram.

72
(Nota penulis: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa
dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas
pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)

Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain

Berikut saya senaraikan kompilasi harga-harga emas di yang dijual di Malaysia

1. Harga Harian Syiling Kijang Emas


http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)


http://publicgold.com.my/

3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)


http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)


http://publicdinar.com/

5. Harga Dinar Emas Kelantan


http://www.dinarkel.com/

6. Harga Emas UOB Bank Gold Products


http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)


http://www.fgjam.org.my/

8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving


http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Person
al/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i


http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/

Harga barang kemas di Malaysia.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas


menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers
Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my
sebagai panduan meletakkan harga emas bagi barang
kemas kedai mereka.

Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada


di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga
FGJAM ini. Ini terpulang kepada budi bicara kedai emas itu sendiri.

(p/s: Ini adalah harga emas sahaja. Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda
akan dikenakan kos harga emas + workmanship)

73
Kemahiran analisis teknikal harga emas.

Saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Salah satu daripada kemahiran pelabur emas
yang advance adalah kemahiran membaca pergerakan harga emas. Ia juga dikenali sebagai
kemahiran membuat analisis teknikal. Jika anda mahir membuat analisis teknikal, anda boleh
membuat jangkaan pergerakan harga emas pada masa hadapan.

Ini membolehkan anda mengenal pasti buying opportunity (masa untuk membeli stok emas
dengan banyak apabila harga emas turun) seta melihat harga yang sesuai untuk menjual emas
anda.

Platform yang biasa digunakan untuk memantau dan membuat analisis teknikal ialah dengan
menggunakan perisian Meta Trader 4. Apa yang menarik, perisian ini boleh di muat turun secara
percuma di http://www.fxopen.com/ . Jika anda berminat untuk mencuba perisian ini maka
anda boleh muat turun dan mencubanya. Cuba try. Best

Gambar: Antara muka perisian Meta Trade 4.

Selain memantau harga emas, anda juga boleh menggunakan perisian Meta Trader 4 ini untuk
membuat analisis teknikal untuk harga perak (silver).

Perisian ini sangat fleksibel. Anda boleh memasang beberapa petunjuk (indicator) yang boleh
membantu anda meramalkan pergerakan harga emas dengan lebih tepat.

Lihat gambar di bawah, anda boleh melihat antara muka perisian Meta Trader setelah di
customize kan dan dipasang dengan beberapa petunjuk.

74
Gambar: Perisian Meta Trader 4 yang telah dipasang dengan petunjuk

Jika anda betul-betul berminat untuk mempelajari ilmu


analisis teknikal harga emas, anda boleh membeli ebook
Teknik-teknik Hebat Analisis Teknikal Untuk Pasaran Emas
tulisan En. Noor Shufaad Md. Norani.

Ebook ini berharga RM70 dan anda akan mendapat update


secara percuma.

Untuk mendapatkan ebook ini, sila lihat


www.jutawanemas.com atau hubungi saya melalui SMS
013-2126999 atau e-melkan kepada
admin@jutawanemas.com

Selain daripada membaca ebook, anda juga boleh


menghadiri seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal
itu, daripada masa ke semasa saya dan saudara Noor
Shufaad mengadakan seminar Pelaburan Emas dan
Analisis Teknikal Harga Emas.

Jika anda berminat mengetahui tarikh, tempat dan masa


untuk seminar ini maka anda boleh menyemaknya di
laman web www.jutawanemas.com

Ini adalah gambar seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas yang telah kami
adakan.

75
Gambar: Peserta seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas

Gambar: Saudara Shufaad sedang mengajar analisis teknikal.

76
Topik 5: Bagaimana menjana keuntungan dengan
pelaburan emas?
Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat
keuntungan dengan emas. Saya pasti ini adalah topik yang sangat
menarik.

Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika


anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akan
kongsi kan di bawah.

Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu.

Siapkan minda anda terlebih dahulu.

Sebelum saya bercerita kepada anda teknik-teknik membuat untung melalui emas, saya
berharap anda dapat menyiapkan minda anda untuk memahami perkara-perkara di bawah.

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan
menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-
kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu
harga emas naik dan turun.

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli
emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai
untuk bermula.

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa
panjang harganya akan meningkat naik.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu
menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya.
Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.

5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan
emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika
anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap
2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang
menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6. Semakin banyak ilmu yang anda peroleh maka menjana pendapatan dengan emas akan
menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang
berkenaan emas. Contohnya ialah:

i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)
77
Baiklah, sekarang saya akan bercerita tentang pelan tindakan. Untuk pengetahuan anda
pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik. Ini bagi
memastikan anda mempunyai matlamat yang jelas mengenai pelaburan anda.

Pelan tindakan.

Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:

1. Tindakan pertama: mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu (buy gold
first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.

2. Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.

3. Tindakan ketiga: Tambahkan stok emas ketika harga emas jatuh.

Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.

Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG! Anda perlu membeli emas dahulu kemudian
barulah tunggu harganya naik.

Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka
untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka
takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti
ini perlu dielakkan sama sekali.

Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ia sangat
menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangka masa panjang. Mereka
merasakan harga emas “mahal”. Ya memang betul emas memang mahal.

Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu
hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.

Emas adalah pelaburan jangka masa panjang (setahun ke atas). Walau apa juga harga emas
ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman
kenaikan harga emas. Di mana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.

Jadi ambil tindakan sekarang!!

Gambar: Langkah pertama – beli emas dahulu kemudian baru tunggu harga naik.

78
Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.

Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara
konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap
beberapa bulan. Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sebiji dinar setiap 3 bulan.

Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh
keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost average). Di dalam trend harga emas yang
menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas
dengan konsisten.

Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di


dalam jangka masa panjang.

Untuk memudahkan anda melihat keuntungan menggunakan teknik pemurataan kos, saya akan
berikan anda satu contoh.

Andaian 1: Anda telah memulakan pelaburan emas dari tahun 2006


sehingga tahun 2009.

Andaian 2: Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ½ Oz secara


tetap sebanyak 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli
setiap bulan Januari, Mei, September, Disember.

(anda boleh merujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia) di laman
web: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141 )

Tahun 2006 Tahun 2007

Tarikh Harga belian Tarikh Harga belian


3/1/2006 RM 1,054 3/1/2007 RM 1,215
2/5/2006 RM 1,278 3/5/2007 RM 1,243
1/9/2006 RM 1,245 3/9/2007 RM 1,268
1/12/2006 RM 1,257 3/12/2007 RM 1,420

Tahun 2008 Tahun 2009

Tarikh Harga belian Tarikh Harga belian


3/1/2008 RM 1,530 2/1/2009 RM 1,650
2/5/2008 RM 1,449 4/5/2009 RM 1,699
2/9/2008 RM 1,499 1/9/2009 RM 1,809
2/12/2008 RM 1,520 1/12/2009 RM 2,121

Daripada jadual di atas, apabila anda mencampurkan keseluruhan harga syiling Kijang Emas
dari tahun 2006 – 2009, jumlahnya ialah RM23,257 dan anda mempunyai 16 keping Kijang
Emas.

Jadi, kos purata setiap Kijang Emas ialah RM1453 setiap satu.

Pada 1/6/2010 nilai belian balik kijang emas ialah RM2027. Jika anda menjual kesemua 16
keping syiling Kijang Emas maka keuntungan anda ialah:

(RM2027 – RM1453) x 16 keping = RM9184.00

Ini adalah keuntungan sebanyak 39.49%

79
Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati bahawa harga
purata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.

p/s: Bagi memudahkan pengiraan saya andaikan anda hendak jual semua syiling Kijang Emas
tersebut. Tetapi mungkin anda akan menjual 15 keping sahaja kerana Kijang Emas yang dibeli
pada 1/12/2009 itu belum untung lagi.

TIPS! Bagaimana memaksimumkan lagi keuntungan pelaburan emas anda


menggunakan teknik pemurataan kos?

Untuk memaksimumkan lagi keuntungan anda perlu menggunakan teknik ini:

1. Beli emas pertama anda dengan nilai paling maksima.


2. Selepas itu anda beli emas secara konsisten.

Huraian:

Jika anda mempunyai wang simpanan yang banyak, anda boleh memaksimumkan pulangan
daripada pelaburan emas anda dengan cara membuat pembelian emas pertama di dalam
kuantiti yang paling maksimum.

Kemudian, barulah anda tambahkan pelaburan emas anda secara konsisten.

Dengan menggunakan contoh yang sama seperti di atas, tetapi dengan andaian anda
mempunyai simpanan sebanyak RM15,810 dan membeli 15 keping syiling Kijang Emas ½ oz
sebagai pembelian pertama. Mari kita kira keuntungan ada dari tahun 2006- 2009.

Tahun 2006 Tahun 2007

Tarikh Harga belian Tarikh Harga belian


3/1/2006 RM 1,054 x 15 = RM15810 3/1/2007 RM 1,215
2/5/2006 RM 1,278 3/5/2007 RM 1,243
1/9/2006 RM 1,245 3/9/2007 RM 1,268
1/12/2006 RM 1,257 3/12/2007 RM 1,420

Tahun 2008 Tahun 2009

Tarikh Harga belian Tarikh Harga belian


3/1/2008 RM 1,530 2/1/2009 RM 1,650
2/5/2008 RM 1,449 4/5/2009 RM 1,699
2/9/2008 RM 1,499 1/9/2009 RM 1,809
2/12/2008 RM 1,520 1/12/2009 RM 2,121

Apabila anda mencampurkan keseluruhan harga syiling Kijang Emas dari tahun 2006 – 2009,
jumlahnya ialah RM38,013 dan anda mempunyai 30 keping Kijang Emas.

Jadi, kos purata ialah RM1267 setiap satu (RM38 013 / 30 keping)

Pada 1/6/2010 nilai belian balik kijang emas ialah RM2027. Jika anda menjual kesemua 30
keping syiling Kijang Emas maka keuntungan anda ialah:

(RM2027 – RM1267) x 30 keping = RM22,800.00 !!

Ini adalah keuntungan sebanyak 60% . Wah! Memang best.

Dengan kata lain, pembelian pertama 15 keping Kijang Emas menyebabkan anda memperoleh
keuntungan tambahan sebanyak RM13602.00

80
p/s: Bagi memudahkan pengiraan saya andaikan anda hendak jual semua syiling Kijang Emas
tersebut. Tetapi mungkin anda akan menjual 29 keping sahaja kerana Kijang Emas yang dibeli
pada 1/12/2009 tu belum untung lagi.

Kesimpulannya:

Dengan membuat belian emas pertama dengan nilai yang lebih besar, anda boleh
memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas anda ini.

Tindakan Ketiga: Tambahkan pelaburan ketika harga emas jatuh


(buying opportunity).

Untuk pengetahuan anda, emas adalah komoditi dan didagangkan di pasaran emas dunia. Harga
pasaran emas juga seperti harga saham di mana ia boleh naik dan turun. Di dalam jangka masa
panjang harga emas adalah di dalam trend menaik, namun di dalam jangka masa pendek
(antara 2-8 minggu) harga emas boleh menurun.

Biasanya ia disebabkan tekanan jualan ketika harga emas sedang tinggi (bila harga tinggi
pelabur emas /pemilik emas yang terdahulu akan menjual emas untuk mendapatkan
keuntungan menyebabkan penawaran emas meningkat dan harga akan menurun)

Oleh sebab itulah apabila harga emas mencecah meningkat terlalu tinggi atau mencapai puncak
terbaru maka akan berlaku penurunan harga selepas itu. Ini memang sangat biasa bagi
pasaran emas. Bila harga emas jatuh, maka ia mewujudkan peluang untuk kita menambahkan
stok emas kita. Ini adalah peluang membeli (buying opportunity)

(Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita
boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah)

Gambar: Harga emas meningkat tapi kadang-kadang berlaku penurunan sementara.

81
Jadi, anda boleh memaksimumkan keuntungan dengan cara menambahkan emas anda ketika
harganya menurun.

Contohnya, apabila harga emas sedang mengalami penurunan 8% ke atas, anda boleh
menambahkan stok emas anda.

Untuk pengetahuan anda, harga emas boleh jatuh melebihi 10% (contoh di atas, harga boleh
jatuh sehingga 20%).

Namun anda tak perlu menunggu harga jatuh 20% sebelum membuat pembelian. Mulakan
belian anda pada penurunan 8%. Jika harga masih lagi turun maka anda boleh tambahkan lagi
stok emas anda.

Gambar: Harga emas sedang turun. Ini adalah peluang menambah stok emas.

82
Teknik-teknik lain menjana keuntungan dengan emas.

1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi
3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal
4. Menjana keuntungan dengan akaun simpanan GIA
5. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
6. Melabur sambil berniaga emas.

Teknik 1 : Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai
aset/simpanan anda.

Saya percaya setiap orang perlu menyimpan harta sebagai


aset individu. Sebagai contoh rumah, tanah, saham, ASB,
dan unit amanah merupakan aset yang biasa kita dengar.

Emas juga boleh menjadi aset yang menguntungkan


pemiliknya. Ini kerana:

1. Nilainya sentiasa naik


2. Ia tidak boleh dibinasakan
3. Ia boleh disimpan dengan mudah dan selamat
4. Ia boleh dicairkan kepada tunai dengan sangat
mudah dan juga cepat.
5. Anda boleh menjualnya dengan cepat pada bila-bila
masa dan di mana sahaja.

Jadi teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai


aset/harta anda. Anda beli emas dan peganglah ia selama
yang mungkin contohnya 20 – 30 tahun (atau selama-
lamanya).

Emas ini akan menjadi pusingan modal untuk anda. Jika anda memerlukan wang segera maka
emas anda boleh digunakan. Bagaimana cara ini boleh menguntungkan anda?

Dengan andaian harga emas naik 30% ++ setahun di dalam jangka masa panjang maka anda
akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu.

Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka


semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-
Rahnu. Wang ini boleh digunakan sebagai pusingan
modal untuk perniagaan.

SEBAGAI CONTOH:

Katakan anda membeli 100 gram emas pada tahun


2009 dengan harga RM11 400.

Apabila anda menggadaikan emas tersebut di Ar-Rahnu


(Contohnya Agrobank ) pada masa tersebut maka anda
boleh meminjam sebanyak 70% daripada nilai emas
tersebut.

Jadi 70% x RM11400 = pinjaman sebanyak RM7980

83
Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 120% maka nilai emas anda telah
naik harganya menjadi RM25 080.

Nilai pinjaman Ar-Rahnu yang boleh diperoleh pada tahun 2013 ialah:

70% x RM25 080 = RM17 556.

Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 240% menjadi RM38 760 maka nilai
pinjaman Ar-Rahnu yang boleh anda peroleh pada tahun itu ialah: 70% x RM38 760= RM27 132.

Dengan kata lain, semakin lama tempoh masa anda menyimpan emas maka semakin banyak
wang yang anda boleh pinjam.

Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 boleh
memberikan pinjaman bernilai RM27 132 selepas 8 tahun.

Gambar: Jongkong emas sebagai aset anda. Lebih berat lebih baik.

Dengan teknik ini anda tidak perlu risau langsung sama ada harga emas akan naik atau turun.
Anda cuma perlu ada emas yang disimpan sebagai harta.

Bila anda perlukan wang maka anda gadaikan sahaja di Ar-Rahnu. Semakin lama simpan,
semakin tinggi nilai emas ini. Semakin banyak pinjaman yang anda boleh dapat.

Pinjaman ini anda boleh gunakan untuk menjana lebih banyak keuntungan contohnya membeli
lebih banyak emas apabila harga emas turun dan menjualkan kembali emas hasil pajakan
tersebut apabila harga emas meningkat naik.

Nota penulis: Buat masa ini, cuma Ar-Rahnu Agrobank menerima gadaian di dalam bentuk
jongkong emas dan dinar emas. Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima jongkong emas dan
dinar Emas. Jadi jika anda ingin menggadaikan jongkong emas, sila ke Ar-Rahnu Agrobank.

84
GADAI EMAS DI AR-RAHNU. UNTUNG ATAU TIDAK?

Saya selalu mendapat soalan. Adakah menggadaikan emas di Ar-Rahnu itu menguntungkan
atau merugikan?

Jawapannya ialah ia bergantung pada bagaimana anda menggunakan hasil gadaian tersebut.

Jika anda menggunakan hasil gadaian untuk menjana lebih banyak keuntungan, contohnya
menjadi pusingan modal untuk perniagaan seperti kontraktor yang menggadaikan emas dan
menggunakan hasil tersebut untuk melancarkan projek yang diperolehnya. Setelah beliau
menyelesaikan projek tersebut dan memperoleh bayaran maka beliau boleh menebus kembali
emas yang digadaikan itu. Keuntungan daripada projek tersebut boleh menanggung upah
simpan yang dikenakan oleh Ar-Rahnu.

Pengalaman peribadi. Bagaimana saya menjana keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu?

Saya pernah menggunakan kemudahan Ar-Rahnu untuk menjana keuntungan jangka pendek.
Ceritanya ialah saya telah menggadaikan 500 gram emas Public Gold di Ar-Rahnu dan telah
mendapat pinjaman sebanyak RM41 300.

Saya cuma gadaikan emas ini selama 8 hari sahaja ( daripada 18/8/2009 – 25/8/2009).
Kos upah simpan untuk 8 hari adalah RM235 (lihat resit pembayaran di bawah)


Gambar: Resit penebusan RM235 untuk gadaian selama 8 hari.

Di dalam masa 8 hari saya telah menggunakan RM41 300 yang diperolehi hasil gadaian untuk
membuat 2 transaksi yang telah mendatangkan keuntungan. Antaranya:

1. Membeli 200 gram emas PAMP Suisse pelabur Etika Emas yang tersangkut di
Ar-Rahnu dan menjual kembali kepada kawan saya.
Jumlah keuntungan daripada transaksi ini = RM400

2. Membeli balik (buy back) 3 keping gold bar Public Gold 100 gram daripada orang
persendirian yang nak pakai cash (dah untung kot). Ketiga-tiga gold bar ini telah
saya jualkan semula kepada pembeli-pembeli baru.
Anggaran keuntungan daripada transaksi ini = RM668.00

Jadi, jumlah keuntungan kasar = RM1068.00 - RM235.00 (upah simpan)


Jumlah untung bersih = RM833.00

Dengan kata lain, teknik gadaian Ar-Rahnu nie boleh digunakan untuk apa juga transaksi
asalkan jumlah keuntungan yang diperoleh melebihi upah simpan. Segalanya tertakluk kepada
kreativiti dan peluang yang datang kepada anda.

Jika anda tidak tahu bagaimana menjana keuntungan dengan hasil pajakan emas tersebut,
maka saya cadangkan anda untuk menyimpan sahaja emas tersebut. Jangan gadai emas dan
beli sport rim. Itu memang cari penyakit.

85
Apakah itu Ar-Rahnu?
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu
barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang
terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar
dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat
dijelaskan

(http://www.arrahnu.org/main.htm)

Di Malaysia Ar-Rahnu cuma menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang
diberikan. Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu seperti
Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Islam. Selain itu terdapat juga institusi lain yang menjalankan
perkhidmatan Ar-Rahnu seperti YAPEIM, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan koperasi.

Ar-Rahnu menjalankan operasi berdasarkan 2 konsep iaitu:

• Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan


sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya,
sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

• Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan


jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

9 kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:

i. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)


Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian
pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri.
Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba
berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil
kepada pemberi pinjaman dan ia diharamkan oleh Islam.

ii. Nilai Gadaian Tidak Merosot


Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlaku
penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai
emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek daripada sebelum digadai.

iii. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan


Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang
ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan dimaklumkan
tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki
hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah
jauh lebih rendah daripada nilai barang gadaian.

iv. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat


Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana,
penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan
kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau
dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada
di pihak penerima gadaian.

v. Caj perkhidmatan Yang Rendah


Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan
dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvensional menawarkan caj yang tinggi
dan ada juga sebilangan tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta
wang pendahuluan daripada penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

86
vi. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku
semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur
penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan
kepada pemberi gadaian.

vii. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah


Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan
pelanggannya berkaitan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.
Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh
semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala
meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin
melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

viii. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan


Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang
gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah
habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa
membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka
akan dilelongkan.

ix. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya


Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta
Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian
berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang
sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

Margin pinjaman Ar-Rahnu.

Biasanya institusi Ar-Rahnu akan menawarkan pinjaman antara 50% sehingga 70% daripada
nilai semasa emas anda. Nilai emas semasa pula ditentukan sendiri oleh institusi Ar-Rahnu
berkenaan.

Sebagai contoh lihat papan notis Ar-Rahnu Bank Rakyat ini:

Jika anda menggadaikan jongkong emas


24k (999.9) seberat 100 gram pada tarikh
24/6/2010, maka emas tersebut dinilai
pada harga RM15,040 (nilai marhum)

Jika margin pinjaman adalah 70% maka


anda akan memperoleh RM10,528.00

Upah simpan pula ialah RM0.75 sebulan


untuk setiap RM100 nilai marhum. Jadi
kaedah mengira upah simpan adalah:
(RM15,040 / 100) x 0.75 = RM112.80
sebulan.

Jika anda menggadai emas ini selama


sebulan sahaja maka anda cuma perlu
membayar RM112.80. Jika anda
menggadai sehingga 6 bulan maka anda
perlu membayar RM676.80.

(p/s: Anda boleh mendapat info Ar-Rahnu


Bank Rakyat di laman web mereka di sini:
http://www.bankrakyat.com.my/arrahnu)

87
Teknik 2: Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga
tinggi.

Ini adalah kaedah yang termudah. Beli emas fizikal,


tunggu sehingga harganya naik dan jual apabila
harganya mencecah target keuntungan anda.

Sebagai contoh jika anda target untuk mendapat


keuntungan sebanyak 25% maka anda akan menjual
emas-emas anda sebaik sahaja harganya naik 25%.

Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.

Sebagai contoh, emas yang mempunyai spread yang rendah (di bawah 10%) adalah syiling
emas UOB Bank, Kijang Emas, Jongkong emas Public Gold dan Dinar Emas Public Dinar.

Caranya:

Anda beli emas dan kemudian menyimpan emas tersebut. Apabila harga naik melepasi target
keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.

Jika anda memerlukan wang semasa proses menunggu, anda boleh menggadaikannya di Ar-
Rahnu. Bagi buku akaun simpanan emas pula, anda tak boleh nak gadaikan emas anda. Anda
kena tunggu sahaja.

Contoh:

Anda membeli 5 sekeping syiling Kijang Emas 1 Oz pada 2/1/2008 pada harga RM2,932
sekeping. Jumlah pelaburan anda ialah RM14 660.

Anda meletakkan target untung mendapat keuntungan sebanyak 30% (kenaikan harga
sekurang-kurangnya RM880 untuk sekeping. Kalau dapat lebih lagi bagus).

Jadi target harga jualan anda adalah apabila harga Kijang Emas itu mencecah RM3812 atau
lebih. Maka anda pun mulalah memerhatikan kenaikan harga Kijang Emas hari demi hari di
laman web Bank Negara Malaysia http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Akhirnya pada tarikh 23/11/2009 anda dapati harga belian balik Kijang Emas adalah RM3839.
Jadi anda boleh menjual kesemua syiling Kijang Emas ini dan memperoleh keuntungan
sebanyak RM4535 (RM907 x 5 keping). Tahniah! Anda telah mencapai target untung anda.

88
Pilihan kedua.

Jika anda rasa sayang untuk menjual kesemua syiling kijang emas tersebut, anda boleh menjual
sekeping Kijang Emas sahaja (menjual nilai untung). Anda memperoleh keuntungan RM3839
dan masih mempunyai 4 keping syiling Kijang Emas yang boleh dijual pada harga lebih tinggi di
masa hadapan.

Mudahkan?

Kebaikan:

1. Jika anda membeli emas fizikal, anda boleh menggadaikannya di Ar-Rahnu jika
memerlukan wang. Emas fizikal mempunyai kecairan yang tinggi.

2. Anda boleh menjual syiling Kijang Emas tersebut dengan harga yang lebih tinggi dari
harga pasaran kepada orang yang berminat untuk membeli syiling Kijang Emas anda.
Anda tidak perlu jual semula syiling Kijang Emas anda kepada Maybank. Dengan cara ini
anda boleh menambahkan keuntungan anda.

89
Teknik 3 : Buat pinjaman dan beli emas fizikal

Melihat kepada trend kenaikan harga emas yang melonjak tinggi sejak tahun 2001, saya telah
membuat kajian untuk melihat sama ada untung atau tidak seseorang membuat pinjaman bank
bagi membuat pelaburan emas.

Hasil kajian saya mendapati membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang
menguntungkan. Ini kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi
daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah
pinjaman yang baik.

Definisi: “Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas.

Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar.

KAJIAN KES:

Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk
tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00

Jika RM10 000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat
8 Keping Kijang Emas 1 Oz

Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1
Oz ketika itu adalah RM2351.

Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18 808.00 (RM2351 x8)

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih
anda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88% .

90
Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga
23/7/2008 – tarikh kajian ini dibuat, berapakah keuntungan anda?

Pengiraan:

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit


Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

 .

Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Purata
pulangan ialah 20% setahun. Memang best.

MENGAPA SAYA YAKIN TERHADAP TEKNIK INI?

Berdasarkan kepada pembacaan yang intensif dan kajian yang menyeluruh , kesemua pakar
pelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas.

Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emas
memang berpotensi tinggi meningkat naik. Ini kerana pelabur-pelabur di seluruh dunia melihat
emas sebagai pelaburan selamat (save heaven). Kita pun tahu krisis kredit/ekonomi telah
melanda Amerika Syarikat dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.

Gambar: Buku-buku bacaan dan kajian saya berkenaan emas dan sistem kewangan

91
Gambar: Kebanyakan penulis buku pelaburan meramalkan harga emas akan naik

Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kita sudah dapat lihat harga emas telah naik
sehingga mencecah USD1358/Oz (13/10/2010)

Ini adalah kenaikan harga yang sukar dibayangkan memandangkan harga emas pada tahun
1970-an hanyalah USD35/Oz. Harga emas adalah USD 35 / Oz (tahun 1970) dan meningkat
kepada USD 1358 /Oz (13/10/2010)

Ini adalah kenaikan sebanyak 3780% dalam jangka masa 40 tahun.

Gambar: Harga emas sekarang telah mencecah USD 1358/Oz

92
ADAKAH SAYA MEMBUAT TEKNIK INI?

Berdasarkan analisis saya telah mengambil keputusan untuk membuat pinjaman bank dan
membeli emas fizikal dengan kesemua hasil pinjaman tersebut. Bagi saya, ilmu yang baik +
tindakan yang betul akan mendatangkan keuntungan yang besar.

Saya bukan sekadar membeli emas fizikal sebagai pelaburan tetapi sebagai perniagaan.

Emas yang saya jual ialah emas Public Gold. Mula-mula saya start dengan RM30 000, kemudian
tambah lagi kepada RM50 000 dan akhirnya mencecah RM110 000 (pinjaman Bank Rakyat)

Kesemua ini saya beli emas. Memang untung sebab selain daripada menikmati kenaikan harga
emas, saya juga mendapat menjana keuntungan daripada aktiviti menjual beli emas.

Gambar: Pinjaman Bank Rakyat - semua saya laburkan di dalam emas.

93
Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun Public Bank GIA dan
Maybank GSPA (beli ketika harga turun, jual ketika harga naik)

Selain menjana keuntungan melalui emas fizikal,


akaun simpanan emas Public Bank GIA dan Maybank
GSPA juga boleh membantu anda menjana
keuntungan.

Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan


menjual kembali apabila harga emas naik.

Memandangkan perbezaan harga belian dan


jualan yang rendah (RM4 - RM5) maka anda boleh
mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik
melebihi spread GIA tersebut.

Mari kita lihat contoh sebenar:

Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram

Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram

Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu!

Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008
(kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka

anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!

Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008…
Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27

94


Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!

Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan
memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00
(RM10.28 x 300 gram = RM3084)

Tip: Memaksimumkan keuntungan pelaburan GIA anda.

Anda boleh memaksimumkan keuntungan dengan cara menambahkan stok emas anda ketika
harganya menurun. Caranya ialah anda tunggu sehingga harga emas jatuh bermula 8% ke atas.
Kemudian anda boleh mula membeli. Jika harga emas turun lagi, maka anda boleh membeli lagi.

Harga emas boleh jatuh melebihi 10%. Namun anda tak perlu menunggu harga jatuh 10%
sebelum membuat pembelian. Ini kerana ditakuti harga emas akan membuat peralihan untuk
naik semula. Jadi jangan menunggu terlalu lama.

Lihat graf harga emas di bawah. Nampak tak? harga emas naik… kemudian turun…. lepas tu
naik balik… lepas tu turun… kemudian harga naik balik…

gambar: harga pasaran emas yang menaik dan menurun

95
Daripada sifat naik turun harga emas ini kita boleh buat untung. Terutamanya untuk mengenal
pasti bila berlakunya buying opportunity.

(Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita
boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah)

BEBERAPA ISTILAH PENTING.

Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu support
dan resistance.

Support bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah.


Resistance bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi.

TIPS: Dengan melihat nilai support dan resistance harga emas terdahulu anda boleh mengagak
sejauh mana harga emas boleh jatuh.

MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN BILA TREND HARGA MENAIK.

Situasi: katakan anda membeli emas GIA pada 23/10/2008 sebanyak 202 gram. Harga emas
Public Bank GIA ketika itu ialah RM84.99/gram. Jadi, modal anda ialah RM17,167.98

96


Kemudian, pada 25/11/2008, harga GIA ialah RM93.02/gram. Anda telah untung sebanyak
RM8.03/gram!

Jumlah keuntungan keseluruhan anda pula ialah RM1622.06!! (selepas sebulan aje)
(Pengiraan: RM8.03/gram x 202 gram)

Jadi, anda bercadang nak jual semula emas anda nie. Jadi berapa banyak nak jual balik? nak
jual semua ke?

Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlu
menjual semua emas GIA anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja.

Dalam kes ini, keuntungan ialah RM1622.06 . Jadi anda kena jual sebanyak:

RM1622.06/RM93.02 = 17.43 gram

Memandangkan anda kena jual dalam gandaan 1 gram, maka anda cuma perlu menjual 17
gram sahaja dan membawa pulang RM1581.34.

Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 185 gram. Jadi, bila harga terus menaik
lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan cara yang sama.

MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN BILA TREND HARGA MENURUN.

Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telah
meningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance. Sekarang, harga emas
dijangkakan dalam trend menurun.

Gambar: Trend harga menurun


97
Apa nak buat?

Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram je.

Keuntungan daripada jualan anda ambil, modal pula anda simpan.

Kemudian… tunggu aje sehingga harga turun dan turun…. sehingga harga emas mencapai
support line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan bermula
kembali.

Menunggu harga emas naik memang memenatkan, tapi apabila harga target dah sampai. maka
kita start beli balik emas GIA. Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses di atas.
InsyaAllah anda boleh dapat banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda.

Tip: Bagaimana menganggar nilai support dan resistance?

Caranya termudah ialah dengan melihat puncak harga terdahulu dan juga harga terendah
terdahulu.

TEKNIK MEMBELI EMAS GIA KETIKA HARGA NAK NAIK.

Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli.

1. Teknik cost average: beli emas secara konsisten mengikut sela masa tertentu.
2. Teknik beli semua: semua modal tu terus beli emas. Tak payah tunggu.

Yang mana satu terbaik? erm… kena ikut jumlah modal style anda juga. Tepuk dada tanya
selera

98
Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal
(menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu)

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas
fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu. Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk
anda.


Gambar: Contoh emas fizikal ialah Gold Bar Public Gold.

Teknik ini utk pemegang emas fizikal aje, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.

Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun simpanan emas, teknik ini anda
tak boleh buat

Untuk pengetahuan anda semua, saya sering kali menerima soalan seperti berikut”

“En. Syukor, sesuai ker saya beli emas sekarang nie?


Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab
harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli aje.. tak payah tunggu-tunggu”.
Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu dan
tunggu harga murah? Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli aje?

99
JAWAPANNYA.

Emas fizikal ini banyak keistimewaannya. Walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi,
anda tetap memperoleh untung kerana ia boleh digadaikan untuk mendapatkan tunai segera.
Jadi anda boleh menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu untuk membuat keuntungan.

Akaun simpanan emas seperti UOB GSA, Public Bank GIA dan Maybank GSPA (beli emas atas
kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi. Ia tidak boleh
digadaikan di Ar-Rahnu.

Di sini saya ingin berkongsi 2 teknik manipulasi Ar-Rahnu.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan ke dalam akaun UOB GSA.

Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal kemudian pajak,
kemudian beli emas fizikal lagi.

Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas… memang ini adalah peluang
menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh. Sebagai orang berpengalaman
(sebab selalu memantau harga emas) anda akan tahu bila akan berlakunya buying opportunity.
(Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita
boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah)

Huraian: Sebagai komoditi, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangka
masa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat
keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas dengan cara menggunakan teknik Ar-
Rahnu (gadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas dengan hasil gadaian tersebut)

Anda akan mendapat untung apabila harga emas melantun semula. Perhatikan graf di bawah.
Kita dapati harga emas boleh jatuh 26.8% dalam masa 2 minggu. Namun selepas itu ia
melonjak naik sebanyak 47.6% dalam tempoh 4 bulan.

Gambar: Harga jatuh 26.8% dalam masa 2 minggu dan melantun semula
sehingga 47.6% di dalam masa 4 bulan!

100
TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK AKAUN UOB GSA.

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan
semuanya digunakan untuk membeli emas UOB GSA (UOB GSA dipilih kerana spreadnya
yang lebih rendah berbanding Maybank GSPA dan Public Bank GIA).

2. Bila harga emas kembali naik, anda jual emas dari akaun simpanan emas dan tebus
balik emas di Ar-Rahnu

p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil
pajakan tersebut anda masukkan ke dalam UOB GSA maka anda tidak boleh memajak lagi.
Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat
teknik pajak dan beli emas fizikal.

TEKNIK 2 :PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan
hasil pajakan tersebut, contohnya Syiling Emas UOB, Kijang Emas atau jongkong emas Public
Gold (emas yang spreadnya kecil)

2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali kedua tersebut
untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau
modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)

3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal di tangan. Apabila harga emas naik,
anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-
Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.

4. Diakhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat
untung kerana jualan emas pada harga tinggi boleh menampung kos upah simpan di Ar-Rahnu
bagi emas-emas yang digadaikan.

Gambar: Ilustrasi proses pajak emas dan beli emas fizikal.

101
Teknik 6 : Melabur sambil berniaga emas.

Baiklah, saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Teknik ini memang mendatangkan
pulangan yang lumayan. Anda bukan sahaja mendapat keuntungan tak kira sama ada apabila
harga emas naik ataupun turun. Kedua-dua situasi pun anda akan untung.

Caranya ialah dengan melabur sambil berniaga emas.

Inilah teknik yang sangat hebat kerana membolehkan anda menjana pendapatan tidak kira
sama ada harga emas sedang naik atau turun. Jika anda membeli emas pelaburan dan
menunggu harga naik, maka keuntungan anda ditentukan oleh pasaran emas sahaja. Jika
pasaran naik banyak maka untung pun banyak, jika pasaran jatuh maka anda kena tunggu lagi..
pergh.. ini adalah waiting game.

Peluang berniaga emas bersama Public Gold.

Salah satu cara melabur sambil berniaga emas ialah dengan


menjadi agen Public Gold.

Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja boleh


membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun
anda turut berpeluang menjual emas pelaburan keluaran
Public Gold.

Produk mereka yang sangat berkualiti, harganya berpatutan


(jauh lebih murah berbanding harga jongkong emas di kedai emas) dan dapat membolehkan
anda menjana pendapatan sampingan.

Sewaktu saya mula menulis blog jutawanemas.com pada tahun 2008, saya tidak mengenali
Public Gold lagi. Saya cuma mengenali Kijang Emas, Syiling Emas UOB Bank, Dinar Emas
Kelantan dan juga PAMP Suisse.

Namun pihak Public Gold telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa mereka merupakan
pengeluar emas pelaburan yang menjual emas pelaburan pada harga antarabangsa. Saya begitu
teruja mendengar cerita tersebut. Akhirnya saya pun pergi ke pejabat Public Gold di Bukit
Jambul, Pulau Pinang, dalam bulan September 2008 untuk melihat syarikat Public Gold.
Daripada penyelidikan saya syarikat ini memang betul menjual jongkong emas.

Keuntungan menjadi agen Public Gold.

Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda akan menjual dan membeli emas Public Gold
mengikut harga semasa. Harga semasa ini dipaparkan di laman web www.publicgold.com.my
dan harga ini berubah setiap 20 minit.

Gambar: Harga emas Public Gold di laman web www.publicgold.com.my

102
Apabila anda menjadi agen Public Gold anda akan mendapat faedah-faedah seperti berikut:

1. Komisen jualan 1%

Anda akan mendapat komisen jualan sebanyak 1% daripada nilai emas Public Gold. Sama ada
membeli stok untuk simpanan sendiri ataupun menggantikan stok yang dijual, anda mendapat
komisen 1%.

Sebagai contoh, berdasarkan harga emas Public Gold di atas, jika anda menjual 1 keping
jongkong emas 100 gram Public Gold dengan harga RM14,057 + RM30 kos pengangkutan maka
komisen anda adalah RM140.57 sen (kos pengangkutan tidak dikira di dalam komisen).

2. Keuntungan belian balik di antara 5%-6%.

Jika pelanggan ingin menjual balik emas Public Gold kepada anda, maka anda akan membelinya
pada harga “We Buy” (lihat harga di atas). Harga ini adalah 5% - 6% lebih rendah daripada
harga emas semasa. Jadi anda jimat 5%-6%. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli
emas yang sama beratnya maka anda boleh jualkan emas tersebut dan mendapat untung atas
angin sebanyak 5%-6%.

Sebagai contoh, Jika pelanggan ingin menjual kembali 100 gram Public Gold maka anda akan
membelinya pada harga RM13,354. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram
emas Public Gold daripada anda maka anda boleh menjualnya pada harga RM14,057 + RM30.
Anda akan mendapat untung atas angin sebanyak RM733.00 untuk urus niaga ini. Best bukan?

3. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga
naik semula.

Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyak
mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila
menjual emas tersebut ketika harganya naik. Anda boleh mendapat keuntungan tambahan
bernilai ratusan ringgit dengan membuat teknik ini.

Contohnya, pada 28/7/2010 harga emas jatuh. Harga sekeping jongkong 20 gram ialah RM2704
+ RM10 (kos pengangkutan). Saya pun memborong stok 20 gram dengan banyak. Dalam masa
4 minggu harga emas 20gram telah meningkat kepada RM2838 + RM10 (pengangkutan). Jadi
saya mendapat keuntungan tambahan RM134.00 bagi jualan pada harga ini. Ini tidak termasuk
komisen belian yang diberikan oleh Public Gold. Best tak?

Gambar: Ketika harga emas jatuh, anda tambahkan stok.


103
Berapa modal yang diperlukan?

Modal untuk menjadi agen Public Gold adalah sekitar RM20,000 ++ sahaja. Kesemua modal ini
digunakan untuk membeli stok emas.

Anda boleh memilih sendiri mana-mana produk keluaran Public Gold asalkan nilai
keseluruhannya adalah RM20,000 ke atas. Di antara contoh produk yang anda boleh pilih
adalah:

 Jongkong emas 250g, 100 gram, 50g dan 20g (999.9)


 Syiling emas 50g (999.9)
 Barang kemas Public Jewellery (www.publicjewellery.com.my)
 1 dinar, 5 dinar atau 10 dinar (916)
 Jongkong perak 250g, 500g atau 1 kg
 Business card
 Casing kayu (untuk simpan emas)
 T-shirt Public Gold
 Profil syarikat
 DVD video korporat

Gambar: Set produk Public Gold (jongkong emas dan dinar)

Saya berminat. Apakah langkah seterusnya?

Jika anda berminat untuk menjadi agen Public Gold, anda boleh menghubungi saya melalui e-
mel ini: admin@jutawanemas.com ataupun menghubungi saya di talian 013-2126999

Saya akan membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.

104
Gambar: Produk-produk Public Gold

Antara faktor-faktor lain yang memudahkan anda mempromosikan emas Public Gold adalah:

1. Harga emas Public Gold jauh lebih murah berbanding kedai emas. Ia juga mengikut
pergerakan harga emas antarabangsa dan bertukar setiap 20 minit.

2. Public Gold langsung tidak menghadapi masalah ketiadaan stok. Apabila harga emas
rendah pelanggan tetap boleh membeli emas dengan Public Gold. Ini kerana Public Gold
mempunyai kilang emas mereka sendiri.

3. Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun plastiknya
dibuka, calar, kemek, guris, bengkok, kemek dan patah asalkan beratnya masih lagi
sama. Jadi pelanggan tidak perlu risau.

4. Agen boleh menjual balik emas mereka bila-bila masa kepada Public Gold.

Sebagai pengkaji mengenai pelaburan emas, saya boleh katakan bahawa Public Gold
menawarkan peluang yang tulen kepada mereka yang berminat dengan pelaburan emas.

Dengan kata lain peluang menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti menjual beli emas
Public Gold adalah sangat lumayan bagi mereka yang nampak peluang ini. Inilah peluang yang
unik, bila mana emas bukan sekadar menjadi pelaburan tetapi juga merupakan peluang anda
menjana keuntungan.

105
Ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang perniagaan emas bersama
Public Gold?

Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut maka anda boleh dapatkannya di blog
saya di sini: http://jutawanemas.com/v1/public-gold/peluang-keemasan-untuk-anda-menjadi-
agen-public-gold/

Untuk pengetahuan anda saya juga mengadakan seminar peluang perniagaan emas bersama
Public Gold daripada masa ke semasa. Ia diadakan di seluruh negara dan PERCUMA.

Gambar: Seminar di Kelantan

Gambar: Seminar di Sungai Petani

106
Gambar: Seminar di Putrajaya

Untuk mendapat informasi terkini mengenai seminar dan juga berita semasa mengenai
pelaburan emas, saya cadangkan anda untuk melanggan newsletter blog jutawanemas.com.
Setiap kali saya menulis artikel terbaru maka anda akan menjadi orang pertama yang mendapat
update daripada blog ini.

Caranya mudah sahaja. Anda cuma masukkan email anda ke dalam ruangan kosong dan tekan
butang “Subscribe by e-mel”. Kemudian anda akan mendapat email pengesahan daripada
feedburner. Klik link pengesahan tersebut. Selesai.

Gambar: Langgan newsletter blog jutawanemas.com

Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut mengenai pelaburan emas, anda juga boleh
mengunjungi ruangan forum pelaburan emas di dalam blog saya. Ini alamatnya:
http://jutawanemas.com/v1/forum/

Sehingga hari ini terdapat lebih daripada 4600 orang yang mendaftar sebagai ahli di forum ini.
Kesemua mereka adalah peminat pelaburan emas. Banyak soalan dan jawapan mengenai
pelaburan emas terdapat di dalam forum berkenaan. Jadi saya menggalakkan anda menyertai
forum ini.

107
Topik 6 : Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas.

Jika anda betul-betul berminat mendapatkan bacaan tambahan mengenai emas, maka anda
boleh mendapatkannya di website www.amazon.com

Ini kerana bahan-bahan bacaan mengenai pelaburan emas sangat berkurangan di Malaysia.
Saya sendiri pun mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan mengenai
pelaburan emas di kedai buku tempatan. Justeru, kebanyakan buku saya tempah di
Amazon.com

Untuk membeli buku daripada Amazon.com anda perlukan kad kredit. Jika tiada masalah anda
boleh mendapat buku daripada Amazon.com di dalam tempoh 2-3 minggu.

Cara mencari buku pelaburan emas di Amazon.com.

Gambar: Pilih search books - taipkan gold investment

108
Gambar : Anda boleh lihat keputusan carian.

Gambar: Klik add to shopping cart

Selepas itu anda boleh checkout dan membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit.
Mudah aje…

Selepas itu, di dalam 2-3 minggu anda akan mendapat bungkusan daripada Amazon.com

109
Beginilah rupanya...

Gambar: Bungkusan buku daripada Amazon.com

Gambar: Di antara buku-buku yang saya beli melalui Amazon.com

110
Topik 7 : Skim pelaburan emas.
Kadang-kadang anda mungkin terjumpa syarikat yang menawarkan pulangan jika anda
menyertai skim pelaburan emas mereka. Contohnya pulangan 2.5% sebulan. Persoalannya,
adakah skim-skim pelaburan emas ini boleh dipercayai?

Jawapannya ialah HAMPIR KESEMUA skim pelaburan emas tidak boleh dipercayai. Terdapat 2
kemungkinan besar yang akan berlaku terhadap syarikat skim pelaburan emas.

1. Mereka lesap selepas mengutip duit pelabur.


2. Syarikat mereka diserbu oleh Bank Negara Malaysia.

Contoh syarikat pelaburan emas yang telah melesapkan duit pelabur dan diserbu Bank Negara
Malaysia boleh dilihat di bawah:

Gambar: Syarikat pelaburan emas melarikan diri.

111
Gambar: Keratan akhbar Harian Metro mengenai penipuan skim pelaburan emas.

112
Gambar: Syarikat skim pelaburan emas diserbu oleh Bank Negara Malaysia.

Justeru saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:

Apakah itu:

1. Pelaburan emas yang betul.


2. Skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain
itu anda akan memahami apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara di atas.

113
1. Pelaburan emas yang betul.

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan seperti syiling,
jongkong dan akaun simpanan emas. Emas ini anda simpan untuk jangka masa sederhana dan
panjang. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.

Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tidak memeningkan kepala. Anda
tak perlu risau ditipu. Contohnya membeli Syiling Kijang Emas, Jongkong Emas Public Gold,
Dinar Public Dinar, syiling emas UOB Bank, Dinar Emas Kelantan dan akaun simpanan emas
yang ditawarkan oleh bank-bank.

2. Skim pelaburan emas.

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Contohnya
mereka menawarkan pulangan setiap bulan contohnya 2% - 3% setiap bulan. Namun harga
emas mereka adalah jauh lebih tinggi daripada harga emas semasa. Tetapi ramai yang tertarik
kerana diumpan dengan pulangan setiap bulan. Mereka fikir duduk diam-diam pun boleh dapat
duit.

Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas. Pelabur
menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan
lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emas
dan syarikat tersebut mengalami kegagalan. Saya sudah membuat keputusan untuk tidak
menyertai mana-mana skim pelaburan emas. Risikonya terlalu tinggi. Anda boleh rugi besar.

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.

Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali.
Bagaimana nak tahu? senang jer.. ini ciri-cirinya:
.
1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN.
Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan


aktiviti jual beli emas.

3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda sertai sebab pulangan lumayan
yang dijanjikan.

4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisen. Lebih ramai, lebih income.

5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi dan tidak munasabah contohnya 10% sebulan.

6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat
semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.

114
Topik 8: Zakat emas.
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di
dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika
cukup haul dan nisab

(haul ialah tempoh masa dan nisab ialah nilai berat)

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah


S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah
(mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari
emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk
mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan
selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
(At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan dan emas yang dipakai.


2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas
tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak
2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM140/gram


Jumlah zakat = 2.5% x RM14,000
= RM350

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib
dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian
masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai
uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram
emas. (kalau anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai = 250 gram


Uruf Emas = 150 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16) andaian harga emas semasa RM77.16 / gram
= RM 192.9

115
p/s: Uruf emas bagi setiap negeri adalah berbeza. Contohnya:

1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.


2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:


(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim
Ar-Rahn, perlu kah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat
modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul
bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi
beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang
bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu
digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan


menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan
diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan
zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi
jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya,
wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas
yang digadai tidak sempurna milik.

116
Topik 9: Menyimpan emas anda dengan selamat.
Apabila anda membeli emas fizikal, salah satu daripada masalah yang perlu diselesaikan ialah
aspek penyimpanan emas tersebut. Kaedah penyimpanan emas yang betul akan memberikan
ketenangan fikiran kepada anda.

Di sini saya akan berikan beberapa panduan bagaimana cara untuk


menyimpan emas.

Pertama: Jangan diheboh-hebohkan.

Pertama sekali, jangan beritahu orang ramai bahawa anda membeli


emas terutamanya kepada orang yang tidak anda kenali (orang yang
dikenali pun kadang-kadang tak perlu tahu anda ada membeli emas).

Anda tidak perlu bercerita yang anda memiliki banyak emas. Apatah
lagi anda pelawa orang datang ke rumah untuk melihat koleksi emas-
emas anda itu.

Kalau beli emas tu senyap aje… jangan heboh-heboh.

Kedua: Sembunyikan di rumah – kreativiti diperlukan.

Ramai orang yang menyimpan emas di rumah terutamanya


pemilik barang kemas. Ini kerana ia lebih mudah berbanding
berulang-alik ke safe deposit box di bank. Anda memang
boleh sembunyikan emas di rumah anda namun anda
perlukan kreativiti yang tinggi.

Jangan simpan di tempat yang boleh di agak oleh pencuri


contohnya di dalam laci almari atau di dalam kotak coklat
Van Houten di belakang almari. Itu adalah tempat pertama yang akan diselongkar oleh pencuri.

Pilih tempat yang tidak terjangkau oleh imaginasi orang contohnya belakang peti ais, di dalam
peti ais (dalam kiub ais), belakang jam dinding, di dalam bekas ubat (letak di dapur), di dalam
tin Nescaffe, di dalam pasir akuarium, di dalam mangkuk tandas. Mungkin anda boleh letakkan
di dalam botol dan tanam di dalam pasu bunga di dalam rumah. Gunakan kreativiti anda. Jika
anda mempunyai duit lebih pasangkan sistem penggera untuk melindungi rumah anda daripada
di pecah masuk. Bagi saya, pencegahan adalah lebih baik.

Ketiga: Beli peti simpanan peribadi.

Peti simpanan peribadi merupakan salah satu alternatif untuk


menyimpan barang-barang berharga anda. Biasanya peti
simpanan mempunyai kelebihan kalis api. Namun harus
diingatkan peti simpanan ini sendiri perlu disembunyikan
daripada pandangan mata kasar.

Ia lebih kepada perlindungan daripada pembantu rumah yang


tidak jujur atau anak-anak yang suka menyelongkar. Jika
pencuri memasuki rumah anda dan melihat peti ini, besar
kemungkinan mereka akan cuba memecahkannya.

117
Keempat: Simpan di peti deposit selamat bank

Perkhidmatan peti deposit selamat atau dikenali


sebagai safe deposit box ada ditawarkan oleh beberapa
bank di seluruh Malaysia.

Contohnya Maybank, Public Bank, Rhb Bank, Ambank


dan banyak lagi. Namun tidak semua cawangan ini
menawarkan kemudahan peti deposit selamat ini. Anda
perlu berhubung dengan cawangan bank tersebut dan
bertanya kepada mereka.

Kebaikannya ialah emas anda lebih selamat kerana kawalan keselamatan di bank adalah lebih
tinggi berbanding di rumah. Selain itu, setiap peti deposit selamat mempunyai insurans. Namun
anda perlu semak dengan bank berkenaan perlindungan insurans kerana biasanya nilai insurans
adalah sekitar RM10,000 sahaja untuk setiap kotak.

Jika berlaku pecah masuk kepada bilik peti deposit selamat dan kotak anda dipecahkan, maka
bank cuma membayar nilai insurans sahaja. Jika anda perlukan nilai insurans yang lebih, sila
rujuk kepada bank tersebut.

Proses menyewa peti deposit selamat.

Untuk menyewa peti deposit selamat anda perlu menelefon cawangan terbabit dan bertanya
sama ada masih ada peti deposit selamat yang masih kosong.

Jika masih ada kekosongan, anda perlu bertanya saiznya. Untuk menyimpan emas anda boleh
menyewa peti yang paling kecil. Ini kerana peti deposit selamat terdapat di dalam pelbagai saiz,
antaranya: 3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24” , 3" x 10" x 24" , 4" x 10" x 24", 5" x 10" x 24" dan 10"
x 10" x 24"

Antara kos yang terlibat ialah yuran tahunan, deposit kunci dan duti setem. Ada juga bank yang
meminta anda membuka akaun simpanan dengan mereka terlebih dahulu supaya mereka boleh
menolak yuran tahunan secara automatik. Anggaran yuran tahunan bagi peti deposit selamat
adalah di antara RM100 ke RM300 setahun berdasarkan saiz peti anda. Sila berhubung dengan
bank berkenaan untuk maklumat yang lebih tepat.

Ini adalah senarai bank yang menawarkan kemudahan peti deposit selamat dan nombor
perhubungan mereka. Anda boleh menelefon dan bertanya jika ada cawangan yang
berhampiran tempat anda yang mempunyai kemudahan peti deposit selamat.

1. EON bank – talian perkhidmatan pelanggan 24 jam 03-2616 1133


2. OCBC Bank – talian pertanyaan 03-2698 4363
3. Bank Muamalat – talian pertanyaan Tel : 03-2698 8787
4. Alliance Bank - tel : 03-5516 9988
5. RHB Bank - tel : 1800-88-0243
6. UOB Bank - KL : 03-2612 8121, Penang : 04-2401 121, JB : 07-2881 121,
Kuching : 082-287 121, Kota Kinabalu: 088-477 121
7. Public Bank - tel : 1-800-22-9999
8. Maybank - tel : 1-300-88-6688

Peti simpanan selamat oleh syarikat swasta.

Selain daripada bank, ada juga syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan peti deposit
selamat. Tetapi kebanyakan di sekitar KL dan Lembah Kelang.

118
Di antaranya ialah:

1. Royal Safe Deposit Box


Alamat: Mentari Business Park,
No.42A, Jalan PJS 8/6, Bandar Sunway, 46150 PJ.
Tel : 03-5631 0110 / 012-2381 222

Laman web: http://www.rsdb.com.my

Saiz kotak:

5.12” x 5.3” x 23” sewa tahunan RM290


3.0” x 5.3” x 15” sewa tahunan RM265
3.4” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM350.00
5.12” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM430.00
10.25” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM490

Perlindungan insurans untuk setiap kotak adalah sehingga RM100,000.

2. Safe Deposit Box Sdn Bhd (795581-A)


Alamat: Lot C312 & C313,
Centre Wing, Metropolitan Square,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya.

Telefon: 018-2158888/03 7727 8689


Laman web: http://www.safedepositbox.com.my

Cawangan: Sekitar KL dan Selangor sahaja. Lihat di sini:

http://www.safedepositbox.com.my/en/maps.php?page=maps/index

NO SAIZ KOTAK SEWA SETAHUN SEWA UNTUK 2 TAHUN


(PELAN JIMAT)

1 3” x 5” X 24” RM 130 RM 80

2 5” x 5” x 24” RM 150 RM 100

3 3” X 10” X 24” RM 170 RM 120

4 5” x 10” x 24” RM 200 RM 150

5 10” x 10” x 24” RM 250 RM 200

SEWA MUNGKIN BERBEZA MENGIKUT TEMPAT

Perlindungan insurans ditawarkan sehingga RM10,000. Pelanggan boleh menambahkan nilai


insurans sehingga RM80,000 (tambah RM20 untuk setiap nilai insurans tambahan
RM10,000).

119
Topik 10: Kesimpulan:
Tahniah! anda telah kini telah pun sampai ke penghujung ebook/buku ini. Saya beranggapan
anda telah memahami dengan jelas mengenai pelaburan emas di Malaysia:

1. Cara-cara membuat pelaburan emas yang betul.


2. Memilih emas yang terbaik untuk diri anda.
3. Bagaimana anda boleh menjana keuntungan dengan pelaburan emas.
4. Bagaimana mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam skim-skim pelaburan emas.
5. Bagaimana mengira zakat emas.
6. Bagaimana menyimpan emas anda dengan selamat.

Sekarang apa yang penting ialah anda mengambil tindakan sekarang!

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan emas.

Sekian wassalam.

Syukor Hashim
Admin
www.jutawanemas.com
e-mel: admin@jutawanemas.com
SMS: 013-2126 999.

120

Anda mungkin juga menyukai