Anda di halaman 1dari 76

RLTKK Modul 1

RLTKK V5 - MODUL 1 www.kerja-kerajaan.com

1
RLTKK Modul 1

Perhatian!
Ebook ini adalah hak cipta terpelihara www.Kerja-Kerajaan.com.
Anda dilarang sama sekali samada mengubah, mengedarkan atau menjual ebook
ini kepada pihak lain.
Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan
undang-undang.
Oleh itu, anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin www.Kerja-
Kerajaan.com jika menerima ebook ini tanpa melalui www.Kerja-Kerajaan.com.
Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini.
Ebook ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.Kerja-
Kerajaan.com sahaja.
Jika anda memilikinya secara tidak sah, saya tidak menghalalkannya dunia
mahupun akhirat.

Segala isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini adalah berdasarkan hasil kajian
dan juga kemungkinan soalan yang ditanya kepada calon kerja kerajaan semasa sesi
temuduga dalam masa lima tahun sebelum ini.

Adalah dinasihatkan untuk memahami konsep soalan yang ditanya dan mengaitkannya
dengan situasi semasa.

Sekian, terima kasih.

JAMALUDDIN BAHARI
Jamaluddin B. Bahari,
Founder Kerja-Kerajaan.com
© 2014 http://www.Kerja-Kerajaan.com

2
RLTKK Modul 1

ISI KANDUNGAN EBOOK

Kata Pengantar 2
Kenali FoundereBookKerjakerajaan.com 3
PENGENALAN 5
Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam 6
Statistik Permohonan 6
Proses Pemilihan SPA – MyRecruitment 8
Panduan Memohon Jawatan di Sektor Awam 10
Kenapa Tidak Dipanggil Temuduga? 11
Ada Ijazah, Nak Minta Kerja Untuk SPM Boleh? 12
Dipanggil Temuduga. 13
Sebab – Sebab Calon Gagal Dalam Temuduga Sektor Awam. 14
Satu Cerita. 16
ISI KANDUNGAN EBOOK. 19
PERSEDIAAN SEBELUM HARI TEMUDUGA 22
TINDAKAN PERTAMA 23
Baca dan fahami surat temuduga 23
Buat salinan photocopy 24
Dapatkan Pengesahan bagi Setiap Salinan Fotokopi 24

Susun Dokumen Mengikut Turutan 24


Simpan Dokumen Di Tempat Yang Selamat. 25
Menyediakan “Resume” 25
TINDAKAN KEDUA 26
Kenali Dan Fahami Jawatan Yang Dipohon.. 26
Minat 27
Perancangan dan Persediaan 27

3
RLTKK Modul 1

TINDAKAN KETIGA 29
Jadikan Diri Sebagai Orang Berilmu. 29
Mengenali dan Memahami Diri Sendiri. 31
Ketahui Soalan-Soalan Jangkaan. 32
Tingkatkan Penguasaan Dalam Bahasa Enggeris (Short Technique). 34
Mengurus Nota. 36
Belajar Dengan Menulis 37
TINDAKAN KEEMPAT 39
Interview Test 39
Menjaga Keselamatan dan Kesihatan Diri 40
Ketahui Lokasi Temuduga.. 41
Persediaan Sehari Dua Sebelum Temuduga.. 42
SEMASA HARI TEMUDUGA 49
SEWAKTU BERSIAP 49
Bangun Tidur 49
Wangian 49
Lihat Beg Anda 49
Bertolak Awal 50
APABILA TIBA DI TEMPAT TEMUDUGA 50
Tenangkan Diri 50

Daftar Awal 51
Menunggu di luar Bilik Temuduga 51
SEMASA SESI TEMUDUGA 49
Masuk Ke Dalam Bilik Temuduga 52
Apabila Duduk 52
Apabila Berkata-kata 53
Perkenalkan Diri. 53

4
RLTKK Modul 1

Apakah tugas / kerja anda sebelum ini?. 54


Tak tahu Jawapan? 54
Pertanyaan Mengenai Politik. 55
“Mengapa saya perlu memilih anda?” 55
Sanggupkah anda ditugaskan ke mana-mana yang diperlukan? 57
Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang. 57
Sessi Seterusnya. 58
Mengapa Nak Kerja Kerajaan? 58
Kelemahan Calon Semasa Menjawab Soalan 60
AKHIR TEMUDUGA 58
SELEPAS TEMUDUGA 59
Bedoa kepada Tuhan. 63
Bila Keputusan Temuduga Keluar? 63
Keputusan Temuduga – Lulus? Gagal? Simpanan? 64
Salah Anggapan Calon-Calon Penemuduga 67
Tips – tips motivasi. 68
PENUTUP 70

5
RLTKK Modul 1

KATA PENGANTAR
Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera diucapkan buat anda sebagai para pembeli dan
pembaca ebook ini. Setelah bertungkus lumus selama hampir 3 tahun, maka lahirlah ebook
RLTKK version 5 ini untuk dijadikan sebagai panduan yang amat berguna kepada mereka yang
berhasrat bekerja dengan kerajan tidak kira apa jua bidang/jawatan yang diceburi.

Ebook ini dihasilkan hasil kerja keras saya berdasarkan pengalaman saya sendiri, melalui
temuramah dengan mereka yang telah menjalani temuduga bagi jawatan kerajaan, melalui
kursus yang dibentangkan oleh penceramah bagi penemuduga (panel temuduga), melalui
kajian dan tinjauan saya di internet, hasil kajian ke atas subsriber email kerja-kerajaan.com,
respons – respons pembaca di kerja-kerajaan.com/blog, melalui panggilan telefon oleh
susbriber dan juga pelbagai sumber lagi. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang
begitu berjasa kepada saya sehingga dapat menyiapkan ebook versi kemaskini ke-5 ini.

Tidak lupa jutaan terima kasih kepada isteri saya, Roslizawati bt Hashim yang banyak
memberi sokongan dalam menyiapkan ebook ini. Tidak lupa juga buat bekas -bekas panel
penemuduga daripada Jabatan Kerajaan yang juga rakan saya, iaitu En. Shaifuddin, En.
Raja, Cik Waznah, En. Shukri, seorang penceramah yang berkaliber dari INTAN dan juga
kepada yang lain-lain. Tanpa mereka adalah mustahil ebook ini dapat dihasilkan.

Penghargaan yang amat tinggi saya berikan kepada Dr. Irfan Khairi iaitu Jutawan Internet
Malaysia yang mana beliau telah membuka mata saya untuk menceburi bidang penulisan
ebook ini dan juga perniagaan internet ini.

Tidak lupa juga buat rakan saya, En. Bearnerd Bondly, En. Mohd Syamsuraidi, Shuth, Zamri
Nanyan, Yoji, Helmi Kimsui dan ramai lagi. Mereka ini adalah rakan dan juga sifu bagi saya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan di WangCyber.Com terutamanya yang banyak membantu
dan menyokong saya dalam menyiapkan dan mempromosikan ebook ini. Dan tidak lupa
juga buat anda sebagai pembaca ebook ini, tanpa anda siapalah saya. Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

JAMALUDDIN
Degree in Civil Engineering, UiTM (2003-2006).

6
RLTKK Modul 1

KENALI FOUNDER EBOOK


KERJA-KERAJAAN.COM

Sedikit pengenalan dari saya, saya dilahirkan di Chenor Pahang pada 23 March 1981. Saya
memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjong Lalang, di Temerloh,
Pahang. Ketika menengah rendah, iaitu dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 3 saya bersekolah di
Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh, Pahang. Setelah itu saya mendapat tawaran
melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh, iaitu Sekolah Menengah Sains
Tengku Abdullah, Raub, Pahang dalam Sains Kejuruteraan. Kemudian saya ke Matrikulasi
selama setahun, tetapi saya gagal. Namun begitu saya menyambung belajar di UiTM dalam
bagi Diploma Kejuruteraan Awam dari tahun 2000 seehingga 2003. Kemudian saya mengambil
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM selama 3 tahun dan mendapat pencapaian
yang amat membanggakan diri saya iaitu Pemegang Ijazah Kelas Pertama dalam kursus
Kejuruteraan Awam. Ianya membolehkan pinjaman PTPTN saya sebanyak RM21,000 saya
menjadi percuma! Selamat duit saya daripada membayar pinjaman tersebut.

Kerjaya saya bermula sebagai YES Trainee (Young Executive Scheme) yang dianjurkan oleh
UEM Builders, iaitu sebuah syarikat gergasi dalam industri pembinaan di Malaysia. Syarikat
ini terlibat dalam pembinaan PLUS Highway, Jambatan Kedua Pulau Pinang dan banyak
lagi projek mega yang lain.

Selepas dua bulan, saya dipanggil oleh JKR untuk temuduga bagi jawatan Jurutera Awam
J41 secara kontrak dan saya berjaya dalam temuduga tersebut. Maka bermulalah kerjaya
sebagai penjawat awam secara kontarak pada Feb 2007.

Pada pertengahan tahun 2007, saya dipanggil temuduga Sektor Awam bagi jawatan tetap
sebagai Jurutera Awam yang bertempat di Pulau Pinang. rakan – rakan saya yang juga
Jurutera Awam (kontrak) lebih kurang dalam 60 orang juga dipanggil temuduga tersebut.
Akan tetapi setelah keputusan temuduga tersebut keluar, alangkah kecewanya saya, SAYA
GAGAL! Malah lebih dari 80% rakan-rakan saya yang lain turut mengalami nasib yang
sama. Entah apa silapnya saya tidak tahu.
Pada awal Februari 2008, kontrak saya hampir tamat. Saya sangat runsing untuk mencari
kerja. Sebenarnya, sebelum itu saya telah berjaya temuduga untuk bidang perguruan iaitu
DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah) pada Disember 2007, tetapi saya menolaknya di
7
RLTKK Modul 1

saat akhir dimana saya telah meletak jawatan di JKR. Namun begitu saya, menarik balik
perletakan jawatan tersebut di saat-saat akhir disebabkan terasa sayang meninggalkan
profesion kejuruteraan ini. Disebabkan tindakan yang diambil oleh rakan-rakan saya,
alhamdulillah, kontrak kami dilanjutkan sehingga Februari 2009. tetapi itu tidak bermakna
saya boleh duduk diam saja.

Saya mula mengisi / meng’update’ permohonan Sektor Awam saya supaya dapat dipanggil
untuk ditemuduga semula. Pada awal Jun 2008, saya dikehendaki menghadiri satu kursus
yang mana penceramahnya adalah seorang penceramah kepada penemuduga-
penemuduga ataupun para panel dalam temuduga bagi pemilihan kakitangan awam.
Kursus tersebut dijalankan selama sehari sahaja, akan tetapi memberi impak yang besar
dalam diri saya bagi menghadapi temuduga akan datang. Saya dan rakan-rakan seramai 60
orang didedahkan dengan rahsia demi rahsia bagaimana untuk menghadapi temuduga
Sektor Awam dengan tepat, mudah dan yang sebenarnya. Terlalu banyak rahsia dan tips
yang diberikan dalam kursus yang singkat itu.

Setelah pulang ke rumah, semangat saya berkobar-kobar untuk mempersiapkan dan


menyediakan diri bagi apapun temuduga bagi sektor awam. Saya mengikut panduan yang
telah ditunjukkan semasa kursus tersebut. Semuanya diikuti. Akan tetapi saya memikirkan
- adakah cukup sekadar dengan apa yang saya perolehi semasa kursus tersebut. Tentulah
tidak! Saya mengambil bermacam-macam alternatif lagi bagi menyiapkan diri saya
sekiranya dipanggil temuduga.

Akhirnya pada 14 Oktober 2008, saya telah dipanggil temuduga oleh Sektor Awam di KL.
Setelah selesai temuduga tersebut, hati saya amat tenang, ceria dan gembira walaupun
keputusan temuduga masih lambat untuk diketahui. Ini adalah disebabkan persediaan
yang telah saya buat sebelum hari temuduga tersebut.

Sehinggalah pada 19 November 2008, saya telah ‘call’ Sektor Awam untuk bertanyakan
keputusan temuduga saya. Dan jawapan yang diterima amat menggembirakan hati saya,
TAHNIAH! ANDA BERJAYA BAGI JAWATAN TETAP. Saya amat gembira pada hari itu, dan
semua orang saya maklumkan berita gembira tersebut. Akan tetapi, malang buat beberapa
orang rakan seperjuangan saya. Ramai juga yang tidak berjaya. Ada yang gagal dan ada yang
bernasib baik hanya menjadi calon simpanan sahaja. Saya amat bersimpati dengan mereka.

Saya dan rakan-rakan yang lain yang berjaya temuduga tersebut kebanyakannya
menggunakan persediaan yang hampir-hampir sama untuk lulus temuduga tersebut.
Apakah rahsia bagaimana kami semua lulus dengan mudah temuduga Sektor Awam itu?
Jawapannya adalah terkandung dalam ebook yang anda baca ini. Saya akan mengupasnya
satu-persatu, dan anda akan mendapati ianya akan amat membantu anda.

8
RLTKK Modul 1

PENGENALAN

Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa hadapan tidak kiralah
samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja dalam sektor awam amatlah diimpi-
impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja
yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di universiti. Bekerja di sektor awam
mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini
‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Ada betulnya apa yang difikirkan oleh orang ramai
mengenai bekerja di sektor awam. Tetapi tidak semestinya begitu! Kerja di sektor awam
ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan
negara berjalan dengan lancar.

Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor
awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di kementerian mana pun anak mereka
bertugas. Anak mereka telah memberikan kebanggaan kepada mereka. Ada yang menjadi
pegawai, staf sokongan dan ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak
dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa
pun. Hendak jadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Jadilah ahli perniagaan jika
mahu kaya! Sebenarnya walaupun tidak memperolehi pendapatan yang lumayan,
sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.

Penjawat awam ini sebenarnya memberikan dan meyumbangkan khidmat mereka demi
membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini. Mereka ini lebih
dihormati di kalangan masyarakat di atas jasa yang diberikan ini. Penjawat-penjawat
awam diterapkan nilai – nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka
seharian. Tidak dapat dinafikan ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari tugasnya
masing-masing. Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng tetapi itu hanyalah
segelintir sahaja. Dan bagi mereka yang sebegini, tidak lama mereka berada dalam sektor
awam. Biasanya dibuang kerja ataupun merengkok dalam penjara.

Pada masa kini, penjawat-penjawat awam diberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan
berbanding pekerja di sektor swasta. Ini semua adalah demi menjaga kebajikan kakitangan
sektor awam juga. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan demi hal ini. Selain itu juga,
pekerja sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri yang lantang memperjuangkan
hak-hak penjawat awam di Malaysia. Contohnya CUEPACs, kesatuan ini amat lantang
memperjuangkan hal-hal kebajikan penjawat awam terutamanya dari segi kenaikan gaji,
elaun, kenaikan pangkat dan macam-macam lagi. Kerajaan amat peka dengan tuntutan-
tuntutan yang di buat oleh CUEPAC ini. Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar,
biasanya tuntutan – tuntutan mereka dipenuhi. Oleh kerana merekalah pelbagai kebajikan
untuk penjawat awam disediakan.
9
RLTKK Modul 1

Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam.


Tedapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di
antaranya adalah:
1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-
kadang lebih masa juga),
15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang
lebih bahagia.

ANDA TIDAK TERUJA KE? Dan bermacam-macam lagi kebaikan yang boleh anda fikirkan
sendiri. Dan disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang
dianjurkan oleh sektor awam semakin meningkat pada setiap tahun.

Statistik Permohonan
Menurut statistik yang dikeluarkan di dalam laporan tahunan SPA 2011, didapati permohonan
bagi apa-apa jawatan yang diiklankan oleh sektor awam pada tahun 2011 mengalami
penurunan namun bilangan yang memohon adalah LEBIH 1.1 juta permohonan! Yang
dipanggil temuduga pula adalah sekitar 150,000 orang. Ramai bukan? Anda mungkin telah
beberapa kali dipanggil temuduga oleh sektor awam bukan? Dan tahukah anda hanya berapa
ramai sahaja yang akan terpilih dan lulus dalam temuduga tersebut. Pada tahun 2011, hanya
36,810 orang sahaja yang terpilih dan dilantik untuk berkhidmat di sektor awam. Tahukah
anda bahawa bilangan kekosongan di sektor awam (persekutuan) adalah lebih kurang 38,000
sahaja!!. Ini adalah termasuk bagi semua kumpulan jawatan. (rujukan
2010). Cuba pula anda lihat permohonan pada 2011 di muka surat sebelah:

10
RLTKK Modul 1

11
RLTKK Modul 1

Jadual Menunjukkan statistik permohonan untuk jawatan di sektor awam adalah seramai 1,123,692
orang!

Dari peringkat permohonan, sehinggalah temuduga, hanya seramai 36,810 orang calon sahaja yang
terpilih untuk dilantik berkhidmat di sektor awam.
Berikut merupakan statistik yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia di
salam Laporan Tahunan SPA 2011.

12
RLTKK Modul 1

Proses Pemilihan SPA – MyRecruitment


Mungkin ada yang tidak pernah mendengar bahkan mungkin juga tidak mengetahui dengan terma yang
dipanggil “MyRecruitment”. Apakah yang dimaksudkan dengan terma ini sebenarnya? MyRecruitment
sebenarnya merujuk kepada Kaedah Pengambilan Secara Profiling iaitu merupakan kaedah pengambilan
kakitangan awam yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengisi kekosongan
ataupun keperluan sumber manusia di dalam sektor kerajaan ataupun juga dikenali sebagai sektor awam
di Malaysia.

Apa pula tujuannya? MyRecruitment ini diwujudkan dengan tujuan untuk mengesan calon yang
mempunyai profil yang sesuai dari aspek personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan juga kemahiran yang
berpadanan dengan sesuatu bidang tugas. Padanan antara keperibadian dan tugas serta jenis
pekerjaan adalah penting bagi menjamin kepuasan dalam menjalankan tugas dan meningkatkan
motivasi kerja serta pencapaian produktiviti yang tinggi.

Pelaksanaan MyRecruitment ini membolehkan proses pemprofilan calon dimulakan dengan calon
mendaftar dalam Sistem Mengambil Sepanjang Masa (e-SMSM) dan disenarai pendek mengikut syarat
asas dalam sesuatu skim perkhidmatan. Setelah melepasi penyenaraian pendek tersebut, calon
dikehendaki melalui proses-proses saringan yang berikutnya.

Untuk pengetahuan anda, perlaksanaan ataupun implementasi MyRecruitment ini melibatkan


empat (4) proses saringan sebelum calon yang berjaya melepasinya ditawarkan lantikan. Apakah
proses tesebut? Ianya melibatkan proses Tapisan Awal, Peperiksaan, Penilaian Kompetensi, dan
Temuduga.

Tapisan Awal merupakan proses saringan yang pertama dalam MyRecruitment. Proses ini
mengkehendaki para calon untuk mendaftar secara atas talian (Online) dengan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan yang telah dilakukan oleh para calon akan di tapis
terlebih dahulu dengan meneliti samada calon yang memohon memenuhi sayarat skim
perkhidmatan bagi jawatan yang dipoho oleh mereka.

Peperiksaan proses yang berikutnya buat calon-calon yang melepasi tapisan awal. Mereka
dikehendaki untuk menduduki peperiksaan untuk tujuan menilai pengetahuan am, pengetahuan
bidang yang dipohon secara khusus, dan daya menyelesaikan masalah, serta kemahiran bahasa
yang di miliki oleh mereka. Selain itu, ujian sahsiah juga minat akan dijalankan juga pada tahap ini.
Tidak ketinggalan juga jian psikologi juga aptitud yang akan diuji di peringkat ini. Untuk proses ini,
ia akan dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Seterusnya ia proses Penilaian kompetensi (Competency Assessment) dimana calon yang berjaya
13
RLTKK Modul 1

melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon
dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon
akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris
atau pun bahasa bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti
komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain.

Melalui kaedah peperiksaan dan penilaian kompetensi ini, hanya calon-calon yang ideal dari segi
psikologi, aptitud, sahsiah dan kompetensi sahaja akan layak untuk dipanggil temu duga. Kaedah
ini juga membolehkan bilangan calon dipanggil temu duga lebih rendah dan proses temu duga
dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat. Untuk peringkat ini. Ia mungkin akan
dijalankan samada oleh pihak kementerian atau jabatan itu sendiri ataupun dijalankan oleh pihak
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Temu duga merupakan proses yang terakhir dimana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sendiri yang
memainkan peranan untuk menjalankannya. Ianya diadakan dengan tujuan untuk menilai kesesuaian dan
perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan
penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi. Diantara kriteria-kriteria yang dilihat ialah sahsiah
dan minat yang berkaitan, kelayakan akademik yang sesuai, keterampilan, dan kesesuaian dengan bidang tugas
yang dikehendaki. Setelah selesai urusan temu duga, calon terbaik di kalangan calon-calon berkualiti ini akan
diperakukan untuk lantikan sebagai salah seorang pegawai ideal.

Panduan Memohon Jawatan di Sektor Awam.


Saya percaya anda yang sedang membaca ebook ini pasti tahu untuk mengisi borang permohonan online
bagi sektor awam bukan, betul tak? Semua orang tahu mengisi borang tersebut. Sekarang ni kita berada
dalam zaman IT. Sebagai rakyat Malaysia, anda semua pasti sering menggunakan komputer dan internet.
Lagipun mereka yang memohon jawatan kerajaan pasti tahu menggunakan komputer, bukan! Akan tetapi
jika anda tidak tahu ataupun tidak biasa menggunakan borang online ini, dapatkanlah bantuan daripada
mereka yang arif. Sebelum anda mengisi borang tersebut, bacalah terlebih dahulu panduan mengisi
borang secara online pada bahagian Panduan.

Baca, fahamkan dan kemudian isikan borang online tersebut berhati-hati. Baca apa-apa informasi yang
ada dalam laman web tersebut untuk menambahkan pengetahuan anda mengenai permohonan bagi
jawatan kerajaan. Elakkan daripada membuat kesalahan. Sebelum mengesahkan pendaftaran tersebut,
semak 2 ke 3 kali kemudian sahkannya setelah anda benar-benar berpuas hati. Jadi, anda telah berjaya
mengisi borang dan memohon jawatan yang anda inginkan dalam laman web tersebut! Surat pengesahan
pendaftaran akan tiba pada anda dalam lingkungan seminggu ke 2 minggu.

Jika memohon di laman web SPA, anda akan menerima pengesahan pendaftaran serta-merta. Mulai 4 Ogos 2010,
SPA tidak akan menghantar Surat Akuan Pendaftaran Permohonan kepada pemohon. Pemohon adalah digalakkan
untuk mencetak Makluman Pendaftaran sebagai rujukan. Makluman Pendaftaran tersebut akan dipaparkan sejurus
selepas pemohon menghantar Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i).

14
RLTKK Modul 1

Pemohon perlu bersedia dengan sijil-sijil yang berkaitan sebelum mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor
Awam (SPA8i), kesilapan mengisi borang boleh menyebabkan pendaftaran anda ditolak.

Ikut panduan semasa ingin memohon kerja di sektor awam. Contohnya di laman web SPA, panduannya telah
diberikan.

Kenapa Tidak Dipanggil Temuduga?


Borang permohonan dah diisi banyak kali, tapi masih tidak dipanggil – pangil temuduga. Apa
sebabnya ye?. Sebab – sebabnya adalah:

1. Kesilapan Dalam Mengisi Permohonan


Ramai calon yang mengisikan borang permohonan dengan tidak melihat syarat dan kelayakan
diperlukan untuk jawatan tersebut. Adakah sijil/diploma/ijazah mereka berkaitan atau tidak.
Adakah had umur mereka layak untuk memohonnya? Kebanyakan mengisi borang
permohonan tanpa membaca syarat dan kelayakan dengan teliti. Sebolehnya, mereka mohon
seberapa banyak jawatan dalam sektor awam. Memang tiada masalah, tapi pastikan ianya
mengikut keutamaan dengan kelayakan yang anda miliki dan pastikan borang diisi dengan
betul dan tepat.

2. Jawatan Yang Dipohon Tiada Kekosongan


Ya, jika jawatan tersebut kurang kekosongan ataupun langsung tiada, memang susah untuk
dipanggil temuduga., Dan sudah pasti yang dipanggil temuduga tidak ramai. Walaupun begitu,
ada juga jawatan – jawatan khas dalam badan kerajaan tertentu ada yang memerlukan staf
yang ramai. Contohnya, jawatan Pegawai / pembantu/ pen.pegawai tadbir adalah satu jawatan
yang amat popular yang diperlukan oleh semua kementerian/jabatan kerajaan. Jadi,
kekosongan bagi jawatan ini memang tinggi berbanding yang lain. Contoh lain adalah jawatan
jururawat.

3. Pendaftaran Pemohon Telah Luput Tempoh Sahnya


Dah daftar lama dah, tapi bila tak dipanggil temuduga dalam setahun anda tak ‘update’nnya.
Dan masih menunggu panggilan temuduga. Ianya adalah mustahil. Apabila habis tempoh
setahun, terus saja update pendaftaran/permohonan anda. Lebih baik ianya diupdate setiap 6
bulan jika masih tidak dipanggil temuduga(ni berdasarkan pemerhatian saya). Dan satu lagi,
jika anda baru saja habis menghadiri temuduga atau mendapat keputusan sebagai calon
15
RLTKK Modul 1

simpanan, seeloknya anda terus saja update pendaftaran/permohonan anda.


4. Jawatan Terhad, Tapi Permohonan Ramai
Permohonan begitu ramai, anda terpaksa bersaing. Pada masa ini, kelayakan anda menjadi
taruhan. Maksudnya, jika anda ada ijazah, CGPA akan dijadikan tapisan. Pemohon yang
memiliki CGPA yang teratas akan dipanggil temuduga terlebih dahulu. Maksudnya, jika
jawatan itu memerlukan 600 orang untuk ditemuduga, maka senarai calon yang 600
calon/pemohon yang teratas CGPA akan dipanggil temuduga terlebih dahulu. Tapi itu
sekiranya kekosongan yang ada adalah terhad. Sekiranya kekosongan adalah banyak, tiada
syarat CGPA dikenakan. Mereka yang layak akan dipanggil temuduga.

5. Kelayakan Sijil/Diploma/Ijazah Dari IPTS/IPTA/Oversea Tidak Diiktiraf


Jika sijil anda tidak diiktiraf oleh JPA, memang anda tidak akan dipanggil temuduga. Jadi,
pastikan kelayakan anda diiktiraf untuk memasuki sektor awam. Tak tahu samda ianya diiktiraf
atau tidak? Semak di link ini
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

6. Tidak Lepas Peperiksaan Khas


Ada jawatan tertentu yang memerlukan peperiksaan khas atau ujian khas sebelum dipanggil
temuduga. Jadi ramai juga yang tidak lepas peperiksaan ini. Ada ujian menguji pengetahuan, ada
ujian fizikal dan ujian bakat. Jika berjaya lulus peperiksaan, baru dipertimbangkan untuk dipanggil
temuduga pula. Tapi ianya tidak bererti sekiranya anda berjaya peperiksaan, anda kompem dapat
temuduga. Ianya dipilih berdasarkan senarai markah tertinggi. Jawatan PTD, penguatkuasa, dan
lain – lain boleh dijadikan contoh.

Itulah antara sebab – sebab utama yang saya kaji kenapa kita tidak dipanggil temuduga kerja kerajaan.
Mungkin ada beberapa sebab lagi, tapi ini sudah cukup untuk menerangkannya.

Ada Ijazah, Nak Minta Kerja Untuk SPM Boleh?


Dari dulu sejak ebook RLTKK dikeluarkan, saya sering terima email yang bertanya sebegini:
“Saya ni ada ijazah, boleh ke apply jawatan yang memerlukan kelayakan diploma? “Saya ni
diploma, nak apply yang SPM boleh tak?

“Saya ni ada ijazah, boleh tak jika saya mohon jawatan yang memerlukan SPM?

Ya..Inilah soalan – soalan yang sering bermain – main di dalam fikiran mereka.. Nasib baik tiada
yang tanya “saya ni ada SPM, boleh tak saya apply jawatan yang memerlukan Ijazah?...

Untuk jawatan tetap biasanya memang boleh, tapi ada syaratnya….. Anda boleh memohon
jawatan yang lebih rendah dari kelayakan anda dengan syarat : -
16
RLTKK Modul 1

Tidak melebihi satu level dari kelayakan anda miliki.


Maknanya, jika anda ada degree, anda boleh apply untuk jawatan diploma. Tapi tidak boleh
apply untuk jawatan berkelayakan SPM. Hanya satu level di bawah saja
dibenarkan!Begitu juga halnya jika anda ada diploma/STPM, anda boleh apply jawatan yang
berkelayakan SPM. Tiada masalah…

Perlu memiliki kelulusan/sijil yang diperlukan bagi jawatan tersebut. Anda ada degree,
tapi tiada diploma (ada sijil matrikulasi saja), maka anda tidak layak apply jawatan bagi
diploma. Maknanya, jika anda apply bagi jawatan berkelayakan Diploma, anda perlu miliki
sijil diploma. Jika apply jawatan yang berkelayakan STPM, perlu ada sijil STPM. AMARAN:
kelayakan di peringkat matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma/STPM.

Jadi, sebelum anda apply mana – mana kekosongan jawatan, sila kaji dulu kelayakan yang
diperlukan untuk jawatan tersebut. Jangan terus mohon saja, nanti tak dipanggil temuduga, marah
pula. Hehehehe..

Ada kes seorang calon yang memiliki ijazah, tapi apply jawatan yang perlukan SPM. (dia isi borang
online dengan gunakan SPM saja, tak bagitau ada ijazah). Bila dia dipanggil temuduga, apabila
panel semak dokumen – dokumennya, didapati dia memiliki ijazah. Apa kata panel tersebut?

“Awak ni tak tahu ke yang jawatan ni untuk SPM, tapi awak ni ada ijazah..Kenapa awak datang
juga ye…Lebih baik awak balik saja..”

Belum apa – apa dah disuruh balik. Mengapa? Sebabnya dia telah gagal patuhi syarat yang telah
diberikan. Ada ijazah tapi apply jawatan SPM. Sebenarnya nak sorokkan ijazah tu boleh, tapi
jangan sampai terkantoi. Apapun, bersikap jujur adalah lebih baik dalam menghadapi situasi
sebegini. Sikap jujur akan lebih memberikan seribu ketenangan kepada anda semasa temuduga
nanti.

Untuk makluman anda, semasa temuduga, maklumat peribadi yang diisikan anda semasa
memohon temuduga ada dalam laptop panel penemuduga. Mereka akan menyemaknya semasa
menemuduga anda. Jika anda tipu, HABISLAH..dalam kerja kerajaan ini, kejujuran amat dititik
beratkan!!

17
RLTKK Modul 1

Dipanggil Temuduga.
Anda telah dipanggil untuk menghadiri temuduga oleh sektor awam melalui surat? Jika ya, anda
adalah seorang yang amat bertuah! Bukannya senang untuk seseorang dipanggil temuduga.
Tahniah diucapkan kepada anda! Kenapa saya berkata sedemikian ? Sebenarnya, meskipun anda
hanya baru saja dipanggil untuk ditemuduga, sebenarnya anda sudah melangkah sebelah kaki ke
alam kerjaya sebagai penjawat awam. Anda sudah memiliki peluang terbaik!

Kemudian, apakah yang harus anda lakukan?

“Set”kan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier.
Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda. Minda yang dapat disetkan dengan baik
mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang bakal anda lalui nanti
dan seterusnya akan mencapai kejayaan. Nak berjaya, fikirkan kejayaan.

Tetapkan bahawa:
“Jika tiada kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua.
Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan. Anggap ianya adalah yang pertama dan yang terkhir
dalam hidup anda.”

Waktu – waktu sebelum hari temuduga tersebut amatlah penting sebenarnya. Persediaan yang
bijak diperlukan sebelum menghadapi temuduga tersebut. Tanpa membuat sebarang persediaan
ataupun persiapan yang dilakukan sambil lewa sahaja akan menyebabkan lebih 90%
kebarangkalian untuk anda gagal dalam temuduga tersebut. Itulah hasil yang diperolehi daripada
kajian yang saya buat melalui temuramah kepada mereka – mereka yang gagal dalam temuduga
Sektor Awam dan juga kajian atas beribu-ribu orang melalui web/blog saya (peratusan ini hanyalah
berdasarkan dari pemerhatian dan kajian saya).

Sebab – Sebab Calon Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan.


Sebelum anda mula membuat persiapan untuk menghadiri temuduga, anda perlu tahu dulu
apakah sebab – sebab calon gagal dalam temuduga. Terdapat banyak punca yang menyebabkan
calon gagal dalam temuduga tersebut. Di sini saya saya hanya senaraikan punca-punca yang utama
sahaja yang tidak sepatutnya anda lakukan nanti:

1. Langsung tidak membuat persediaan rapi atau persediaan yang dibuat acuh tak acuh saja
Ramai menganggap apabila menerima panggilan temuduga, mereka hanya perlu dapatkan
info berkenaan soalan-soalan yang bakal ditanya, dan mencari info-info di internet tanpa
membuat membuat persediaan dalaman dan juga luaran. Lebih 2 tahun pemerhatian yang

18
RLTKK Modul 1

saya lakukan, saya dapati % mereka yang berjaya dalam temuduga adalah mereka
membuat persediaan rapi untuk menghadapi temuduga. Mereka tidak bergantung
sepenuhnya pada nasib. Mereka berusaha keras untuk menghadapi temuduga ini. Full
komitmen! Anda bagaimana?

2. Tidak berpakaian mengikut syarat yang dinyatakan.


Ini walalupun asas, masih ramai tak menyedari kepetingannya. Bukan saja cara
berpakaian yang betul, tapi kaitan pemakaian calon dengan impressi daripada panel
penemuduga dan juga berhubung keyakinan diri juga perlu diketahui. Tahukah anda,
dengan pemakaian yang hebat, anda bukan saja mampu memberi pengaruh pada panel
penemuduga tapi mampu memberi pengaruh besar pada keyakinan anda, ketenangan
anda, dan juga kehebatan anda.

3. Bersikap pasif ketika proses temuduga dijalankan.


Ada calon yang bersikap pasif semasa proses temuduga dijalankan. Mereka banyak melihat
lantai berbanding melihat muka penemuduga, mereka jawab sepatah apa yang dItanya
oleh penemuduga, dan tiadanya body language dalam percakapan.

4. Datang lewat ketika hari temuduga.


Haiyooo! Datang lewat di hari temuduga? Tidur lewat? Bahaya tu. Walaupun anda dapat
menjawab semua soalan yang ditanya, tapi penemuduga ada pandangan negatif buat anda.
Pertama, anda kurang komitmen dengan kerja yang dipohon. Kedua, mungkin akan
bersikap sedemikian sekiranya diterima berkhidmat kelak. Ingat tu...

5. Dokumen – dokumen yang diperlukan tidak lengkap.


Ada juga tidak membawa dokumen yang diperlukan semasa temuduga. Jadi, bagaimana
pendaftar/penemuduga mengesahkan akan maklumat kelayakan anda mengikut apa yang
anda isikan pada borang permohonan. Jika sijil anda hilang, cuba cari dokumen sementara
yang boleh bagi sokongan pada dokumen yang hilang. Jangan hadir kosong sahaja.

6. Tidur lewat di malam sebelum hari temuduga .


Tidur lewat, sudah pasti tak cukup tidur. Di hari temuduga mulalah pening-pening kepala
dan juga ’mata panda’ akan terserlah. Dan apabila tidak cukup tidur, ianya akan membawa
kesan pada prestasi semasa temuduga. Gagal memahami soalan, gagal memberikan
jawapan, nampak tak bermaya – itulah biasanya yang terjadi. Nak minta kerja tapi tak
cergas, bagaimana tu?

19
RLTKK Modul 1

7. Tidak benar-benar mengetahui tentang jawatan yang dipohon


Hadir temuduga tanpa mengkaji berkenaan jawatan yang dipohon adalah satu kesilapan
terbesar! Anda nak sesuatu pekerjaan, tapi anda tak tahu langsung berkenaan kerja
tersebut. Ini sering terjadi apabila calon disoal berkenaan tugasan-tugasan bagi jawatan
yang dipohon. Dari sini, panel boleh tahu anda serius inginkan/minat dengan kerja yang
dipohon atau tidak. Awal-awal lagi jika anda dah kantoi, anda mungkin akan ditolak oleh
panel.

8. Buta tentang perkembangan isu semasa


Ini macam katak di bawah tempurung. Apa-apa perkembangan semasa langsung
tidak tahu. Apa yang terjadi pada orang sekeliling tak tahu. Apa peristiwa besar berlaku di
Malaysia tak tahu. Ibarat anda duduk dalam dunia sendiri sahaja. Jadi bagaimana anda
akan diambil bekerja yang mana jawatan dalan sektor kerajaan memerlukan anda sentiasa
peka terhadap isu semasa terutamanya berkenaan kerjaaan.

9. Tidak jujur ketika menjawab soalan yang dikemukakan


Antara aspek yang terpenting dinilai dalam temuduga kerja kerajaan adalah kejujuran.
Ramai calon yang sangka dapat jawab semua soalan, mereka boleh berjaya. Tidak sama
sekali! Kejujuran adalah antara nilai yang diambil kira juga. Adakah anda menipu? Adakah
anda bermain akal? Kejujuran ini lebih kepada perkara yang baik, bukan jujur
mendedahkan perkara yang buruk. Kejujuran anda untuk berkhdimat dalam kerajaan
dinilai, kejujuran anda membuat persiapan temuduga dinilai dan sebagainya. Tahukah
anda, ada ramai kawan anda yang tidak dapat menjawab semua soalan temuduga yang
ditanya tapi mereka berjaya dipilih. Apa sebabnya? Di sinilah ’cara’ kejujuran dinilai. Bukan
dinilai dari jawapan yang diberikan sahaja, tapi dari impressi wajah, nada suara, bahasa
badan dan ada lagi.

Itulah di antara punca-punca utama yang menyumbankan kegagalan semasa temuduga kerja
kerajaan. Tetapi anda jangan risau, dalam bab berikutnya anda akan ditunjukkan penyelesaian
bagi setiap kegagalan yang telah dilakukan oleh mereka yang lalu. Yang anda perlu tahu,
persediaan sebelum hari temuduga amatlah penting dan anda juga perlu tahu ilmu dalam
memikat hati ahli panel temuduga. Kesemuanya akan ditunjukkan dalam bab berikutnya. Jika ada
sesiapa katakan bahawa temuduga ini tidak perlu buat persediaan, dan hanya perlu serah pada
nasib saja, mereka silap. Abaikan kata – kata orang yang seolah – olah cepat mengalah itu....

20
RLTKK Modul 1

Satu Cerita...
Setahun yang lalu, (semasa ebook ini dikemaskini buat kali ke-3), saya telah ’melepak’ dengan seorang
pakcik yang berjawatan Ketua Penolong Pengarah di satu jabatan kerajaan. Beliau ni pernah menjadi
panel penemuduga. Saya apa lagi, terus je mencungkil rahsianya.

Soalan cepu emas saya kepadanya:


Apakah kriteria yang paling diambil berat oleh penemuduga sepanjang proses temuduga selain
’performance’ calon?

Jawapannya: Sebenarnya selain daripada ’performance’ calon semasa temuduga, terdapat beberapa
kriteria khas yang dinilai oleh panel penemuduga. Penilaian ini sangat jarang diketahui oleh orang
ramai. Penilaian seperti ini juga tidak ada dalam temuduga sektor swasta. Apakah kriteria-kriteria
tersebut? Saya rumuskan apa yang diceritakan kepada saya.

1.Latar belakang calon


Biasanya, jika anda pernah ditemuduga, pasti pernah ditanya mengenai latar belakang anda
seperti ibu bapa anda, pekerjaan mereka, bilangan adik beradik, tempat tinggal anda dan lain-
lain. Nampak mudah je soalan seperti itu bukan? Akan tetapi, jawapan anda sebenarnya juga
mampu membawa impak yang besar dalam kejayaan temuduga anda. Tahukah anda bahawa
pihak panel pemilihan akan lebih bertoleransi dengan mereka yang datang dari keluarga susah,
dari kampung atau pedalaman, bilangan adik beradik yang ramai dan lain-lain. Sebenarnya
pihak kerajaan amat mengambil berat akan kesusahan hidup rakyatnya. Ini turut dinilai. Katakan
anda dari keluarga yang susah, dan prestasi temuduga anda adalah sangat bagus, anda
berpeluang cerah untuk berkhidmat di sektor awam.

2.Status Calon
Kita sering mendengar bahwa calon wanita yang telah berkahwin memang sukar mendapat
tempat di sektor awam. Ini tidak benar sama sekali!. Tapi, memang sering juga anggapan –
anggapan seperti ini wujud dalam diri calon hasil daripada cerita – cerita khabar angin oleh
rakan – rakan mereka. Pada pemerhatian saya, tiada masalah dengan status perkahwinan. Ianya
tidak menghalang dari seseorang calon untuk mendapatkan kerja di sektor awam. Sudah
terbukti ramai kakitangan awam dari golongan wanita yang telah berkahwin berjaya memasuki
sektor awam. So, don’t worry, be happy. Tiada diskriminasi dalam pemilihan calon.
p/s: Semasa saya menaip ayat ini, saya ada dapat satu email dari seorang akak yang
mengandung 7 bulan bagitau dia dapat kerja tetap di sektor awam. Rezeki anak dalam
kandungan..

21
RLTKK Modul 1

3.Umur calon
Kebanyakan umur calon yang dipanggil temuduga adalah mereka yang berumur bawah 30 tahun.
Kenapa? Padahal syarat umur untuk memasuki sektor awam adalah berbeza mengikut jawatan.
Ada yang sampai umur 50 tahun kelayakan had umurnya .(bukan semua jawatan. Tapi ramai yang
terpilih dalam kerja kerajaan terdiri dari mereka yang berumur 20-an. Jawapannya adalah kerana
mereka yang berada di bawah umur ini lebih ramai yang memerlukan kerja dan tercari-cari kerja
yang sesuai dengan mereka. Mereka yang berumur atas 30 tahun biasanya telah memiliki kerjaya
yang stabil dan tetap. Jadi, keutamaan lebih diberikan kepada golongan ini. Dan percentage mereka
yang berumur atas 30 tahun yang apply di sektor kerajaan adalah kecil peratusannya. Untuk
makluman, ada juga saya dapat testimonial dari pembaca – pembaca ebook yang lepas yang
menyatakan mereka berjaya mendapatkan kerja walaupun berumur atas 35 tahun ke atas. Yang
berumur 30 – 35 tahun ramai juga berjaya mendapat kerja di sektor awam.
p/s: ada akak tu bagitahu yang umur dia dah 40 tahun bila dapat masuk gov.

Apapun, rahsia-rahsia di atas saya katakan tadi adalah tidak 100% tepat. Ini telah dibuktikan oleh pemberi
– pemberi testimonial pembeli ebook ini yang terdahulu. Yang saya sampaikan Itu adalah berdasarkan
keterangan dari pakcik yang pernah jadi panel penemuduga tersebut. Apa yang saya perhatikan ramai
juga yang tidak menepati ciri-ciri di atas yang terpilih dalam temuduga kerja kerajaan ini. Apapun saya
berpegang teguh kepada prestasi seorang calon itu juga yang menentukan kejayaan temuduga tersebut.
Saya syorkan kepada mereka yang bakal ditemuduga ini ”buatlah persediaan yang terbaik semasa
temuduga” dan tips-tips di atas boleh dipergunakan dan diperalatkan untuk menguatkan kejayaan
semasa temuduga kelak.

22
RLTKK Modul 1

21

PERSEDIAAN SEBELUM
HARI TEMUDUGA

23
RLTKK Modul 1

Baik, tanpa berlengah lagi, kita terus ke bab yang ditunggu-tunggu oleh semua pembaca
ebook ini iaitu apakah persediaan yang patut anda buat setelah menerima surat panggilan
temuduga daripada jabatan/kementerian kerajaan.

TINDAKAN PERTAMA
Ini adalah bahagian yang terpenting yang sering dipandang ringan oleh kebanyakan calon
yang bakal menghadiri temuduga. Tahukah anda apakah tindakan pertama yang patut
anda ambil setelah menerima surat panggilan temuduga?

Baca dan fahami surat temuduga.


Ya! Baca dan fahami surat panggilan temuduga sehingga selesai ke helaian
terakhirnya….Ini sememangnya kerja mudah bukan? Tetapi inilah yang sering diabaikan
oleh kebanyakan kita.(saya pun melakukan perkara yang sama juga suatu ketika dahulu)

Tahukah anda mengapa saya katakan ini merupakan tindakan pertama yang patut anda
ambil ? Sebabnya adalah supaya anda mengetahui dan memahami apa dokumen-
dokumen yang diperlukan semasa hari temuduga tersebut. Adakah dokumen-dokumen
tersebut ada dalam ‘fail holder’ anda… atau anda tertinggalkannya di kampung… ataupun
hilang… terutamanya sijil SPM, Diploma ataupun Ijazah anda.

Jika tertinggal di kampung, dapatkannya dengan segera. Jika anda bertangguh masa untuk
mendapatkannya, saya risau anda akan kesuntukan masa pada masa akan datang. Jika
ianya hilang pula, sila berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil
tersebut dengan segera. Minta mereka mengeluarkan sijil terbabit dengan kadar yang
segera. Jika tidak sempat juga menjelang hari temuduga tersebut, dapatkan pengesahan
bertulis dari mereka supaya memaklumkan pengeluaran sijil anda sedang dalam proses.

Sering terjadi kes di mana sijil-sijil penting ini tidak dibawa oleh calon-calon semasa hari
temuduga. Kesudahannya proses pertama pada hari temuduga tersebut berlaku
kecacatan kerana setiap dokumen yang anda bawa akan disemak dan ditandakan terlebih
dahulu semasa pendaftaran pada senarai yang ada pada tangan pendaftar. Lagi banyak
anda tertinggal dokumen yang diperlukan, lagi banyak tanda (X) yang akan ditulis pada
‘list’ tersebut.

Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL dan SALINAN
PHOTOSTAT seperti berikut:-
1. Kad Pengenalan;
2. Sijil Kelahiran;
24
RLTKK Modul 1

3. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan


Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);

4. Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);


5. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika
berkenaan);
6. Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir
daripada pusat-pusat pengajian;
7. Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika
berkenaan);
8. Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh
dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
9. Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);
10. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan
Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
11. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan
Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon
melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam
Perkhidmatan Awam sahaja.

Buat salinan fotokopi


Sebaiknya buatlah sekurang-kurangnya 3 salinan bagi kesemua dokumen yang diminta.
Asingkan bagi ketiga-tiga salinan tersebut. Pastikan salinan fotokopi tersebut adalah tidak
kotor dan rosak. Anda perlu membuat salinan dokumen yang diperlukan saja seperti yang
dinyatakan dalam surat panggilan temuduga tersebut.

Dapatkan Pengesahan bagi Setiap Salinan Fotokopi.


Setiap salinan dokumen yang telah anda fotokopi tadi perlu disahkan oleh pihak yang
berkenaan seperti ketua kampung , Pegawai Kerajaan, atau mana-mana yang dinyatakan
dalam surat panggilan temuduga. Jangan menipu sudah! Dengan mengesahkannya sendiri!!!

Susun Dokumen Mengikut Turutan.


Anda perlu menyusun setiap dokumen asal dan juga salinannya mengikut turutan yang
dinyatakan dalam surat panggilan temuduga. Salinan fotokopi dokumen asal kemudiannya
dikepilkan dengan kemas dan kemudian dimasukkan dalam sampul surat yang bersesuaian
saiznya. Manakala salinan asal (original) dokumen hendaklah dimasukkan dalam ‘fail
holder’. Anda perlu gunakan ‘fail holder’ yang baru..lagi bersih, kemas dan sedap mata
25
RLTKK Modul 1

memandang. Fail holder juga amat penting peranannya. Jika fail holder anda kotor dan buruk,
apakah persepsi daripada panel penemuduga nanti? Takut anda dianggap sebagai seorang
yang pengotor pula...

Simpan Dokumen Di Tempat Yang Selamat.


Adalah perlu menyimpan segala dokumen yang diperlukan semasa hari temuduga nanti di
tempat yang selamat. Ini adalah mengelakkan ianya daripada hilang, rosak, dicuri,
kebakaran atau apapun.. Jika perlu, anda boleh menyimpan dokumen tersebut dalam laci
yang berkunci. Ini adalah bertujuan bagi menjamin keselamatan dokumen-dokumen
penting yang amat mustahak ini.

Menyediakan ‘Resume’.
Resume perlu disediakan dengan teliti untuk diserahkan pada panel penemuduga semasa
hari temuduga nanti. Jangan sesekali mengabaikan kepentingannya! Resume anda akan
menerangkan secara ringkas tentang diri anda dari mula anda lahir sehinggalah anda
datang pada hari temuduga tersebut. Jadi, anda perlu menyediakan satu resume yang
begitu menarik dan ringkas untuk dilihat dan dibaca oleh para panel temuduga nanti. Apa
ciri-ciri yang perlu ada dalam resume:

1. Ringkas tapi padat.


2. Kemas dan bersih.
3. Bergambar warna - bersaiz passport.
4. Dicetak di atas kertas yang berkualiti (gloss paper).

Ini ciri-ciri yang disyorkan oleh saya. Anda mungkin boleh membuat lebih baik dari apa yang
dinyatakan ini. Seperkara lagi, saya cadangkan gambar untuk resume hendaklah berbentuk
pasport dengan gambar anda memakai kot dan tali leher bagi lelaki dan bertudung/rambut
diikat dan juga memakai kot bagi wanita. Ini menunjukkan betapa professionalnya anda.

Contoh resume ada dilampirkan bersama dalam pakej ebook ini. Sila rujuk fail yang
bertulis Template Resume. Anda boleh mengambilnya sebagai panduan untuk meyediakan
resume anda sendiri. Apa yang saya sediakan hanyalah contoh. Anda mampu untuk
menyediakan resume yang lebih baik dari apa yang saya berikan.

Ok, sekarang anda perlu “rileks.”


Ambil masa dalam 5 –10 minit untuk minum kopi/teh dulu.
Bukannya apa, ianya adalah untuk memberi kesegaran pada anda...
26
RLTKK Modul 1

TINDAKAN KEDUA
Langkah menyediakan dokumen dah selesai. Kini tibalah saat yang paling penting untuk
anda. Apakah saat itu? Nak tahu? Teruskan pembacaan anda…

Kenali Dan Fahami Jawatan Yang DiPohon.


Ya, itulah yang perlu anda ketahui terlebih dahulu. Jika anda tidak mengenal dan
memahami jawatan yang anda pohon dengan sebenar-benarnya, saya meramalkan
masalah besar akan melanda anda semasa hari temuduga nanti.

Anda bukan saja perlu mengetahui tentang maklumat mengenai jawatan yang dipohon
saja, malah anda juga perlu mengetahui segala informasi berkenaan organisasi ataupun
jabatan berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Sebagai contoh, anda akan disoal
mengenai apakah peranan yang bakal anda laksanakan sekiranya anda berjaya memegang
jawatan tersebut, apakah fungsi dan peranan jabatan/organisasi, carta organisasi bagi
jabatan/kementerian…dan bermacam-macam lagi. Sejarah mengenai jabatan/organisasi
juga pernah ditanya tau!! Saya ulangi lagi, apa yang anda patut tahu berkenaan jawatan
yang anda pohon:
Tugas-tugas jawatan
Gred jawatan
Jabatan jawatan yang dipohon
Tangga Gaji/Elaun
Sejarah jabatan/jawatan

Nota: maklumat ini anda boleh rujuk semasa anda melihat iklan permohonan. Contohnya,
laman web SPA, anda boleh rujuk kelakan/info jawatan. Atau anda juga boleh tahu dengan
melawat laman web jabatan/kementerian berkenaan.

Jika boleh, cuba anda lihat berapa banyak kekosongan yang ditawarkan bagi jawatan
tersebut serta berapa ramai calon yang bakal dipanggil untuk temuduga bagi jawatan
tersebut. Maklumat ini anda boleh memperolehinya di laman web kementerian/jabatan
tersebut ataupun anda boleh menghubungi kementerian/jabatan tersebut secara
langsung untuk bertanya.

Contohnya, anda boleh rujuk laman web SPA seperti di bawah:


http://domino.spa.gov.my/online/index.php

26
27
RLTKK Modul 1

Anda juga perlu mengkaji juga sejauh mana kesesuaian kelayakan anda dengan jawatan
yang dipohon. Adakah sijil anda sesuai dengan jawatan yang dipohon? Adakah jawatan
yang dipohon memerlukan sijil kelayakan anda? Apakah syarat – syaratnya? Jadi, anda kaji
dahulu.

Sumber-sumber yang boleh membantu:


Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.
Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma
dan perpustakaan.
Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
Internet - web jabatan/kementerian yang berkenaan, blog, forum, ebook

Minat ?
Adakah anda betul-betul berminat dengan jawatan yang dipohon? Pastikan anda berminat
dengan jawatan yang dipohon. Ini berkenaan masa depan anda! Jika anda langsung
(100%) tidak berminat dengan jawatan yang dipohon, eloklah jangan pergi temuduga
tersebut…Sekiranya anda berjaya dengan temuduga tersebut sekalipun, masalah akan
timbul ketika anda bekerja kelak. Mungkin anda tidak komitmen dan tidak
bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan kelak!

Oleh sebab itulah saya pernah katakan sebelum ini bahawa anda perlu mengisi borang
permohonan online dengan berhati-hati. Sebagai contoh, sekiranya anda memohon 5
jawatan yang berbeza dalam borang tersebut, pastikan anda memilih jawatan yang paling
anda minati sebagai pilihan pertama dan diikuti dengan pilihan yang seterusnya.

“Seseorang yang berjaya adalah mereka yang melakukan apa yang diminatinya”
Jika anda 100% mempunyai minat dengan jawatan yang dipohon, maka semakin
tinggilah kebarangkalian anda untuk berjaya dalam temuduga itu nanti. Jadi, kenali dan
fahami minat anda. Kalau ada minat, semua kerja pun akan menjadi...

Perancangan dan Persediaan.


Perancangan sangat diperlukan dalam apapun kerja yang hendak dibuat. Orang selalu
berkata ”Gagal Merancang Adalah Merancang Untuk Gagal”. Ini bermakna, sebarang kerja
yang dibuat tanpa perancangan terlebih dahulu kesudahannya akan mencapai kegagalan.
Sebagai contoh, kontraktor yang ingin membina sebuah bangunan…Adakah bangunan

28
RLTKK Modul 1

tersebut boleh dibina tanpa apa-apa perancangan yang teliti? Sudah tentu mustahil
bukan? Apa yang diperlukan kontraktor adalah adalah perancangan yang teliti melibatkan
sumber kewangan, pekerja, jentera, sumber elektrik, air dan lain-lain.

Begitu juga dengan persiapan sebelum menghadiri temuduga. Anda juga perlu merancang
dengan teliti bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan kelak. Perancangan yang
dibuat tidak perlu terlalu “detail” sangat. Apa yang anda perlu lakukan adalah lakarkan
perancangan anda dalam bentuk carta aliran (yang ada anak panah tu). Susun mengikut
turutan dan masa. Cuba anda fikir, untuk temuduga nanti, apa yang perlu dan akan anda
lakukan sebagai persediaan. “List” kan kesemuanya terlebih dahulu di atas kertas.
Kemudian, susun kesemuanya mengikut turutan dan kepentingannya.

Perancangan yang disyorkan adalah berdasarkan 3 perkara utama iaitu:


1. Masa yang tinggal menjelang hari temuduga.
2. Tindakan-tindakan penting yang perlu anda DAHULUKAN.
3. Sumber-sumber informasi yang perlu anda perolehi.

Saya syorkan, satu jadual senarai tindakan yang patut anda lakukan disediakan seperti di
bawah. Dan anda perlu berdisiplin dalam mematuhi jadual yang telah disediakan. Tanpa
disiplin, apa yang dirancang tidak akan menjadi kenyataan.

Sebagai gambaran, cuba anda lihat jadual di bawah:

No Tindakan Tarikh Mula Tarikh Tamat

1. Menyediakan dokumen yang 30/1/13 31/1/13


diperlukan semasa temuduga

2. Mengumpul informasi/bahan 01/02/13 02/02/13


rujukan

3. Membaca 03/02/13 10/02/13

4. Tindakan seterusnya.. ... ...

Dengan membuat jadual perancangan seperti ini, anda menjadi lebih berdisiplin dan
persediaan yang rapi dapat dilaksanakan. Pastikan tindakan terakhir yang telah
disenaraikan dalam jadual perancangan ini diselesaikan selewat-lewatnya 2 – 3 hari
29
RLTKK Modul 1

sebelum hari temuduga. Ini adalah kerana jika anda ada terpikir idea-idea ataupun
tindakan yang baru, anda boleh lakukannya dalam tempoh tersebut (waktu kecederaan).

“Setelah perancangan dibuat, kini bermulalah proses persediaan anda. Apa yang patut
anda lakukan? Senang saja, lihat jadual yang telah anda bina tadi. Patuhi dan
laksanakan tindakan yang telah dirancang mengikut turutannya!”

TINDAKAN KETIGA
Di sini, bermulalah langkah-langkah yang amat penting yang perlu anda lakukan sebagai
persediaan bagi menghadiri temuduga kerja kerajaan. Mari baca seterusnya…

Jadikan Diri Sebagai Orang Berilmu.


“Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda – Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Negeri Cina...”
Dari sabda tersebut kita dapat menyedari betapa perlunya kita menuntut ilmu pengetahuan
tidak kira di mana-mana jua kita berada pun. Jadi, dalam menghadapi temuduga nanti, anda
perlu melengkapkan diri anda dengan ilmu temuduga terlebih dahulu. Tanpa ilmu temuduga
yang secukupnya, tempanglah langkah anda sewaktu sessi temuduga nanti.

Tahukah anda bahawa penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai
kepekaan dan keperihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan,
terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik.?

Jadi, apa yang patut anda lakukan bagi persediaan mencari ilmu temuduga ini? Mari kita
ikuti langkah-langkah yang saya syorkan pada anda semua...

Langkah 1 – Baca akhbar (berbentuk fizikal atau online)


Suratkhabar sangat penting sebagai media penghantaran maklumat sejak dulu lagi
hinggalah kini. Anda malas baca ‘paper’ ? Inilah masa untuk anda perlu berubah!! Orang
– orang muda terutamanya remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu - isu
semasa yang sedang berlaku, terutamanya yang menyentuh bab politik dan ekonomi
kerana ianya membosankan dan tidak seseronok majalah – majalah hiburan atau sukan.
Namun, untuk hari temuduga anda, cuba korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas
bersarapan di pagi hari, ambil masa baca suratkhabar . Tidak rugi. Di samping membuat
persediaan temuduga, anda juga dapat menambah ilmu pengetahuan.

Anda boleh membaca Berita Harian, Utusan, NSTP, dll. Akhbar seperti ini mengandungi
30
RLTKK Modul 1

bermacam-macam maklumat yang mungkin berguna kepada anda kelak. Biasanya


soalan-soalan penemuduga bagi kerja kerajaan banyak ditanya berdasarkan isu-isu
semasa yang dibangkitkan dalam akhbar. Satu tips mudah: Anda perlu baca tajuk yang
penting saja. Jangan baca kesemuanya. Saya risau tidak mempunyai masa yang cukup
saja! Yang perlu anda baca adalah:

1. Berita utama di muka hadapan.


2. Isu semasa.
3. Berita dunia.
4. Dan rencana-rencana yang berguna terutamanya mengenai Negara Malaysia.
5. Politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan
jawatan anda jika ada.

Berita sukan, kes bunuh ke, dan yang lain-lain tu tidak perlu anda baca. Ini akan
menjimatkan masa anda. Tapi jika anda ada masa yang lebih tiada masalah untuk anda
membacanya..

Langkah 2 – Duduk Depan TV jam 8.00 malam


Kanapa saya suruh anda duduk di depan TV pada jam 8.00 malam? Hahahaha...
Tahukah anda pada masa tersebut hampir semua siaran TV menyiarkan berita. Berita-
berita tersebut adalah berita terkini. Tonton tv3 ke, tv 1 ke, tv 9 ke, Astro Awani
ke..mana-mana yang anda minat.

Anda akan mendapat banyak informasi terkini dan penting hanya dengan duduk di
depan TV saja. Tapi jangan tengok aje, dengar dan faham betul-betul! Dari jam 8.00
malam sehinggalah jam 8.45 malam..Berita sukan tu tak perlu tengok pun
takpe…(kecuali ada sukan besar seperti Bola, badminton). Pernah calon ditanya soalan
sebegini semasa temuduga ” Siapakah penjaring terbanyak dalam kejohanan bolas
sepak piala AFF 2010?)

Langkah 3 – Bertanya
Langkah ini senang…Apa-apa yang anda tidak tahu atau musykil, anda boleh
menanyakannya kepada orang yang lebih mengetahuinya. Cuba bertanya kepada
rakan-rakan, ayah dan ibu ke, sesiapa sahaja yang anda boleh tanya..Mungkin mereka
dapat membantu anda.

Sebagai contoh, katakan anda kurang faham mengenai sistem pilihanraya di Malaysia
ni. Apa yang perlu anda buat adalah cuba anda tanyakan hal tersebut kepada ayah
31
RLTKK Modul 1

anda. Ayah anda lebih makan garam dari anda, pasti dia mengetahuinya. Tak rugi
mendapatkan ilmu dengan bertanya.

Teringat satu lirik lagu ”Malu berntanya kawan, nanti sesat jalan pulang”. XPDC...

Langkah 4 – Layari Internet


Internet adalah lombong segala sumber informasi! Segala informasi yang ada anda boleh
perolehi melaluinya. Jadi, apabila anda ingin mengetahui apa-apa maklumat yang anda
inginkan, dapatkan bantuan internet. Kalau di rumah tiada sambungan internet, anda
boleh pergi cyber café yang menyediakan perkhidmatan internet. Ataupun pergi mana
– mana tempat yang ada WIFI!

Mengenali dan Memahami Diri Sendiri.


Proses ini tidak kurang pentingnya. Cuba kenali dan fahami kelebihan
dan kelemahan diri kita sendiri terlebih dulu sebelum hari temuduga.
Kenali samada anda jenis orang yang banyak cakap ke, pendiam ke,
penipu ke, jujur ke, bercita-cita tinggi atau lain-lain lagi. Jika anda
seorang:

1. Pendiam – Pendiam sedikit tu tak mengapa, tapi jangan terlalu


pendiam. Semasa temuduga anda perlu banyak cakap bukannya mendiamkan diri.
Jika anda memang pendiam, inilah masa untuk anda berubah! Tahukah anda
bahawa dengan banyak bercakap, anda akan menyelamatkan diri anda sendiri
semasa temuduga nanti. Bagaimana? Berdasarkan pengalaman calon – calon yang
lalu, panel temuduga biasanya sering menanyakan pelbagai soalan kepada mereka
yang kurang bercakap ini. Ini adalah kerana mereka memperolehi pelbagai idea
untuk menanyakan bermacam-macam soalan apabila melihat calon yang
ditemuduga oleh mereka banyak mendiamkan diri saja. Jadi, untuk menghabiskan
masa yang diperuntukkan, mereka akan menanyakan soalan bertubi-tubi.

2. Kemahiran Bertutur/komunikasi – Banyak cakap je tapi ‘omong kosong’ tidak


berguna juga. Pastikan anda mampu untuk bertutur dengan baik, teratur dan
lancar. Untuk membolehkan anda mempunyai kemahiran ini, pastikan anda cukup
ilmu di dada terlebih dahulu. Lengkapkan diri anda dengan informasi. Apabila anda
telah memiliki banyak informasi, ianya akan memudahkan anda untuk menjadi ‘
orang yang banyak bercakap’. Yela kan, dah tahu, senang je nak ‘goreng’…jika anda
rasa anda kurang dari segi kemahiran ini, tidak mengapa..Berlatihlah, lama-lama
anda akan memiliki juga kemahiran ini. Jika boleh, dapatkan buku yang
menerangkan secara khusus mengenai kemahiran ‘public speaking’.

32
RLTKK Modul 1

3. Bercita-cita tinggi dan bersemangat – Inilah yang dicari-cari oleh panel temuduga!
Mereka sukakan orang yang bercita-cita tinggi, bersemangat dan sentiasa
berfikiran jauh ke hadapan. Ini kerana orang sebegini mampu membuat perubahan
dan kemajuan dalam bidang yang akan disertai oleh mereka. Jika anda bersikap
seperti ini, para panel temuduga akan tercengang melihat anda..Mudah-mudahan..

4. Pandai Berlakon – Ini tidak bermakna anda perlu menjadi seorang pelakon hebat
seperti Tom Cruise. Pandai berlakon ini bermaksud anda perlu berlakon hanya di
depan para penemuduga anda saja. Ini adalah bertujuan untuk menutup sebarang
kelemahan dan kekurangan anda di hari temuduga tersebut. Sekiranya anda seorang
yang pendiam, inilah masa bagi anda untuk berlakon menjadi seorang yang
‘kepoh’(suka bercakap). Berlakon hanya untuk 30 – 45 minit saja bukan lama pun.
Untuk menjadikan diri anda pandai berlakon, anda perlu praktis di rumah terlebih
dahulu. Tujuannya untuk menyorokkan apa yang negatif pada diri anda!

5. Kejujuran – Kejujuran juga amat penting dan dinilai semasa temuduga. Anda perlu
menjawab soalan dengan jujur. Jangan menipu, nanti anda juga yang susah nanti.
Sebagai contoh, jika anda tidak tahu akan jawapan bagi soalan yang ditanya (soalan
berbentuk fakta), katakan saja anda kurang pasti akan jawapannya. Atau anda
memang langsung tak tahu? Jawablah dengan jujur! ”Maaf tuan, saya tidak tahu
jawapan bagi soalan yang tuan tanyakan.” Tahukah anda, bahawa ramai juga calon
yang tak berjaya menjawab soalan yang ditanyakan, tapi berjaya dalam temuduga?
Ya ramai! Sebabnya mudah sahaja! Mereka jujur. Tapi ini bukan bermakna anda
tidak tahu jawab semua soalan. Soalan yang killer-killer sahaja. Usah pusing sana
sini dalam memberikan jawapan jika anda sendiri tak tahu jawapannya.

6. “Think positive” – Berfikiran positif dan terbuka akan membuatkan diri anda
sentiasa tenang dalam menghadapi apapun situasi. Jadi sentiasalah berfikiran
positif. Anda juga akan memperolehi kebaikannya. Buangkan sangkaan-sangkaan
buruk seperti kerisauan, ketakutan, kecuakan, gugup dan lain-lain mulai sekarang.
Bayangkan diri anda sedang mencapai kejayaan, ataupun saat-saat gembira bagi
anda. Bayangkan kekasih anda pun boleh juga. Saat yang menggembirakan juga tu!

Ketahui Soalan-Soalan Jangkaan.


Terdapat bermacam-macam soalan yang bakal ditanya oleh
panel penemuduga nanti. Adakah anda boleh menjangkakan
soalan-soalan tersebut? Adalah penting untuk anda
menjangkakan soalan-soalan tersebut kerana dengan
berbuat begini, anda akan lebih bersedia. Apa yang perlu
anda lakukan adalah:

33
RLTKK Modul 1

1. Fikirkan soalan apa yang sering ditanya oleh panel temuduga.. Setelah anda dapat
menjangkakan soalan-soalan tersebut, anda senaraikan kesemuanya.

2. Kemudian, tuliskan jawapannya! Mana tahu jikalau soalan yang ditanya semasa
temuduga nanti anda sudah ada jawapannya!

3. Seterusnya, berlatihlah untuk menjawab soalan tersebut dan sentiasa


memperbaiki jawapan anda jika anda masih kurang yakin.

Adakah anda boleh meramalkan apakah soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga
kelak? Tidak boleh! Salah tu, anda sebenarnya boleh meramalkan soalan yang bakal ditanya
semasa temuduga nanti. Di sini saya berikan beberapa tips khusus bagaimana untuk
meramalkan soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga.

Tips 1 – Ketahui dan fahami apakah bidang kerja anda sekarang dengan sebenar-benarnya.
Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja
anda. Jika boleh, mereka akan menyoal anda habis-habisan mengenai hal kerjaya semasa
anda. Kadang-kala soalan-soalan yang ditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit
untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian
temuduga dengan mudahnya. Contoh soalan yang mungkin ditanya:

Sejak bila anda bekerja, dan adakah anda gembira dengan kerja semasa anda?
Sebutkan peranan anda dalam syarikat tempat anda bekerja.
Kenapa anda minta kerja kerajaan, padahal gaji anda sudah besar?

Tips 2 – Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am. Ini adalah merupakan antara yang
paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan
dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat
mengetahui bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda sentiasa
peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita,
tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang
dikemukakan oleh penemuduga. Contoh soalan yang ditanya:

Malaysia lawan Indonesia semalam berapa kosong?


Mengapakah harga minyak masak dan gula naik mendadak?
Mengapakah Hosni Mubarak mampu ditumbangkan oleh rakyat dengan hanya
tunjuk perasaan?

34
RLTKK Modul 1

Tips 3 - Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja kerajaan. Ya, hal ni
juga tidak kurang pentingnya dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi.
Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka
semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat membantu
anda. Manatahu jikalau soalan tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya
kepada anda. Sudah pasti anda dapat menjawabnya.☺

Jika anda rujuk laman web www.kerja-kerajaan.com/blog , anda akan dapat ketahui
pengalaman ramai kawan-kawan kita yang telah menghadiri temuduga kerja kerajaan
samada lulus ataupun gagal. (memang saya sediakan blog itu untuk tujuan ini..hehehehe)

Tips 4 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga. Haha, tips ni agak istimewa di mana
anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Cuba
anda bayangkan, sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika
ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah
anda akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan
lain-lain. Ini boleh anda bayangkan…

Disini saya tuliskan beberapa soalan utama yang sering ditanya oleh penemuduga:
Please introduce yourself in English...
Apakah pekerjaan anda sebelum ini dan sila terangkan secara ringkas..
Kenapa anda berminat dengan jawatan yang dipohon ini?
Apa yang anda akan sumbangkan sekiranya anda dipilih untuk jawatan ini?
Apakah peranan dan fungsi jabatan ini (organisasi ataupun jabatan ).
Apakah tugas-tugas yang bakal anda pikul kelak (berkenaan jawatan yang
dipohon)

Soalan-soalan lain anda boleh lihat di contoh-contoh soalan yang saya sertakan bersama
ebook ini. (Lihat Modul Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan.)

Tingkatkan Penguasaan Dalam Bahasa Inggeris (Short Technique).


Dewasa ini, tidak dapat kita nafikan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris amat penting.
Anda memang lemah dalam bahasa Inggeris? Jangan risau… Biasanya panel penemuduga
tidak akan menanyakan 100% dalam bahasa Inggeris . Apa yang perlu anda buat adalah:

1. Fahami ‘basic grammar’ – anda perlu dapatkan buku–buku grammar yang


asas…Seperti grammar untuk pelajar sekolah rendah..Tak perlu anda mendapatkan
buku yang advance Grammar, nanti anda juga yang pening. Mungkin disebabkan
35
RLTKK Modul 1

anda telah lama meninggalkan zaman persekolahan, jadi ianya menyebabkan


penguasaan English anda menjadi kurang baik. Lebih-lebih lagi jika anda memang
tidak pernah menggunakannya dalam kehidupan seharian. Jadi, apa yang perlu
dilakukan adalah anda perlu “review” kembali basic grammar yang pernah anda
belajar dahulu. Buku panduan yang ada dwi bahasa iaitu English dan bahasa
Melayu adalah lebih baik untuk anda. Grammar ni penting kerana jika grammar
anda teruk, lintang pukang la perbualan anda kelak..Baca dan pelajari dari Present
Tense hinggalah ke apa-apa tense lagi yang ada dalam buku Grammar tersebut.

2. Baca English Newspaper – Anda dapatkan senaskhah akhbar berbahasa Inggeris


setiap pagi. Jika anda selalu menaiki LRT, di stesen LRT tersebut ada menyediakan
akhbar Inggeris secara percuma. Ianya tidak mengandungi banyak sangat helaian.
Jadi, anda boleh habis membacanya dengan cepat. Jika anda tidak faham akan
makna ayat tertentu dalam akhbar tersebut, anda boleh cari maknanya dalam
kamus. Kalau hari-hari anda amalkan, lama-kelamaan anda akan biasa juga dengan
ahasa Inggeris walaupun tidak banyak. Akhbar berbahasa Inggeris ini digunakan
sebagai ‘tool’ dalam panduan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
pemahaman anda dalam bahasa tersebut. 30 minit sehari dah ok!

3. Tonton English Movie – Tonton movie pun boleh tingkatkan penguasaan bahasa
Inggeris tau! Bermacam-macam movie anda boleh tonton melalui Pc anda
mahupun VCD/DVD player. Tapi pastikan English Movie yang anda tonton tu
memiliki subtitle English juga. Sambil mendengar dialog dalam movie tersebut,
anda juga boleh melihat subtitle di bahagian bawah skrin. Secara tidak langsung, ini
akan membantu anda lebih memahami pemahaman dan sebutan bahasa Inggeris
anda. Cubalah, belum try belum tahu, sudah try hari-hari mau :-)

4. Dengar lagu Inggeris - Ya, dengan mendengar lagu Inggeris juga dapat membantu
kita untuk menguasai bahasa ini. Biasanya ayat – ayat yang digunakan dalam lagu
adalah mudah dan santai. Ini akan membantu anda mengikuti sebutannya. Tapi
jangan dengar lagu metal rock atau lagu yang laju – laju sebutannya. Sudah pasti
tak boleh nak diikuti. Cadangan – dengar lagu jiwang, lagu hip hop ke yang mana
sebutannya adalah jelas.

P/s: saya syor dengar lagu Maher Zain ke, Celine Dion ke ☺

5. Bercakap BI dengan kawan – kawan- ramai antara kita segan untuk berbual – bual
dalam bahasa inggeris bersama rakan – rakan. Jika kita cakap BI, takut rakan –
rakan gelakkan kita pula. Usah segan! Anda boleh berbual – bual dalam bahasa
Inggeris secara berjenaka dengan mereka. Tak kisah la ayatnya tunggang –
langgang…Ini banyak membantu.
36
RLTKK Modul 1

6. Bercakap dalam BI depan cermin…ni pun cara belajar juga ni. Akan tetapi, pastikan
anda bercakap dalam bilik anda sendiri yang bertutup. Bukan apa, takut jika dilihat
orang. Takut dikatakan anda ‘tidak sihat’ pula. Dengan cara ini, anda boleh melihat
gaya, mimik muka, dan juga mendengar sebutan Inggeris anda dengan teliti, kemas
dan efektif. Jika anda rasa kurang berpuas hati dengan penyampaian anda, anda
boleh memperbaikinya lagi. Sehari dilakukan 15 – 30 minit pun sudah cukup.

Itu hanyalah serba sedikit yang dapat saya syorkan untuk anda. Jika anda memiliki banyak
lagi cara yang lebih praktikal, silakan...

Saya syorkan anda dapatkan ebook panduan di laman web di bawah untuk menguasai
Bahasa Inggeris dengan lebih mudah dan efektif.
http://kerja-kerajaan.com/BI

35

37
RLTKK Modul 1

Menguruskan Nota.
Adalah penting bagi anda yang bakal menghadiri temuduga menguruskan nota-nota
ataupun apa yang anda tulis sebelum ini dengan kemas dan teratur. Jika anda memandang
ringan tugas ini, apa yang ditakuti nanti adalah:

1. Anda kelam – kabut untuk mencari nota yang diperlukan apabila memerlukannya

2. Nota anda bercampur aduk, dimana nota mengenai satu – satu perkara tercampur
dengan yang lain dan anda blur memikirkan “betul ke apa yang aku baca dalam bab
ni”.

3. Anda kekurangan masa untuk menyemak ataupun membaca kembali apa yang anda
tulis sebelum ini kerana masih tercari-cari nota yang anda tulis.

Apa yang perlu anda buat adalah:


1. Highlight tajuk utama bagi setiap nota yang anda tulis.

2. Tulis nota yang berlainan bab/bahagian pada mukasurat yang berlainan.

3. Jika boleh, buat cover muka depan bagi setiap bab/bahagian yang anda tulis.
Supaya senang anda mencarinya nanti lebih-lebih lagi jika nota yang anda tulis
memang banyak!

4. Sub tajuk bagi setiap bab juga perlu dihighlight dengan warna yang berbeza bagi
memudahkan kerja anda nanti.

5. Untuk menyedapkan mata anda membaca, saya syorkan anda gunakan pen yang
berlainan warna. Banyak warna lagi seronok untuk membacanya dan tidaklah berat
je mata nak membacanya kelak. (tapi jangan terlalu banyak warna – 3 warna sudah
memadai)

Tidak rugi anda menguruskan nota persediaan temuduga anda dengan cara ini. Ianya
boleh digunakan berulang kali sekiranya anda dipanggil temuduga yang lain pada
masa - masa akan datang. Dan anda boleh pinjamkannya kepada rakan
anda termasuk awek/pakwe anda..:)

38
RLTKK Modul 1

Belajar Dengan Menulis.


Kebanyakan orang suka membaca, tetapi belum tentu suka menulis.
Tahukah anda bahawa orang berjaya adalah orang yang banyak
membaca dan menulis? Mengapa kita perlu menulis? Apa yang patut
anda tulis bagi membuat persediaan untuk pergi temuduga nanti:

1. Tulis Matlamat Anda - Berapa ramaikah daripada kita menulis


matlamat kita di atas kertas? Tidak ramai bukan? Ramai yang
bercakap je untuk mencapai matlamat masing-masing. Untuk
berjaya dalam temuduga kerja kerajaan, apa yang perlu anda
lakukan adalah tuliskan matlamat anda di atas kertas ataupun
di mana-mana bahagian yang selalu anda lihat.

Tuliskan ayat ini “aku pasti lulus temuduga itu dan akan bekerja dengan kerajaan”
di mana-mana anda suka. Anda boleh menulisnya di dalam diari, di atas meja,
dalam handset,di dinding ataupun mana-mana la yang sering anda lihat. Kat cermin
muka paling bagus kot… Kan hari-hari kita gunakannya. \o/

Dengan berbuat begini, anda akan sentiasa mengingati matlamat anda iaitu untuk
lulus temuduga nanti. Setiap masa anda akan ingat akan matlamat anda dan anda
akan sentiasa mempersiapkan diri anda untuk menghadapinya.

2. Tulis short note – apa-apa yang anda belajar atau anda baca, buat satu nota
pendek. Catatkan apa-apa yang penting saja. Ini perlu dilakukan bagi menjimatkan
masa anda di waktu yang lain kelak . Short note ini sudah memadai sekiranya anda
menulisnya dalam buku 555 je… supaya senang anda membawanya ke mana-
manapun. Apabila ada nota pendek ni, anda boleh membacanya di manapun anda
berada. Ketika tunggu bas ke, dalam bas ke, kat kedai kopi ke, semuanya tidak
menjadi masalah bagi anda.

3. Lukis Peta Minda – Anda pernah belajar melukis peta minda semasa bersekolah
dulu? Pasti guru anda pernah mengajarnya. Peta Minda merupakan teknik belajar
yang telah diasaskan oleh pakar pelajaran sejak tahun 1960 an lagi. Ianya telah
dimajukan dan dipopularkan penggunaannya oleh Tony Buzan seorang ahli fikir
dan juga pakar motivasi sekitar tahun 80 an lagi. (lama dah tu..). Pakar motivasi
terkenal di Malaysia, DATO’ Dr Haji Fadzilah Kamsah sendiri pun amat
mementingkan penggunaan peta minda ini.

39
RLTKK Modul 1

Gambar di atas: Contoh peta minda

Kepentingan Peta Minda tidak perlu dinafikan lagi. 15-20% tahap ingatan dapat
ditingkatkan melalui penggunaan Peta Minda. Peta Minda yang menarik
menggabungkan warna-warna dan juga cabang-cabang yang sesuai, hasil dari
percambahan fikiran.

Peta Minda membantu anda menyalurkan idea secara lebih terancang dan
tersusun. Bermula dari idea utama, idea-idea sampingan dikembangkan melalui
percambahan cabang-cabang dan juga perwakilan melalui warna.

Petua membuat peta minda:

1. Pada bahagian tengah lukis tajuk dengan huruf besar.


2. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan
fakta utama (maksimum tujuh cabang).
3. Bahagikan cabang kepada cabang kecil - fakta terperinci.
4. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat
contoh KAEDAH, JENIS.
5. Semua fakta di dalam huruf BESAR.
6. Jangan fikir dimana hendak letakkan cabang / fakta, buat
saja ketika idea datang.

Ok, sekarang rileks…Ambil masa dalam 30 minit untuk menonton Tv


sebentar. Tonton la cerita kartun ke, cerita lawak ke...cerita seram jangan.....:)
40
RLTKK Modul 1

TINDAKAN KEEMPAT.
Interview Test.
Tahukah anda dengan membuat ujian temuduga (berlakon) ianya akan membantu anda dalam
temuduga kelak? Tahukah anda bagaimana hendak melakukan ujian temuduga ini? Senang saja…
Mengapakah teknik ini perlu dilakukan oleh anda? Ini adalah untuk menjadikan diri anda:

1. Menjadi lebih berani semasa temuduga nanti


2. Menghilangkan gugup bila bercakap
3. Dapat memperbaiki kekurangan diri dari segi tingkah laku mahupun penampilan
4. Menjadikan anda sebagai “pelakon yang hebat”. Tapi bukan artis ye...
5. Panel temuduga akan kagum dengan anda.

Untuk melakukan ujian simulasi ini, beberpa teknik saya syorkan. Terpulang pada anda untuk
mencuba mana satu. Mahu cuba semuapun lagi bagus!

1. teknik 1 – Berlakon seorang diri (imaginasi)


Bagaimana melakukannya? Begini….Anda pakai pakaian seperti hendak pergi temuduga.
Pastikan anda keseorangan dalam bilik. (Teknik ini perlu dilakukan dalam bilik anda yang
sunyi – tiada gangguan). Bayangkan anda melangkah ke dalam bilik anda seperti
melangkah ke dalam bilik temuduga. Kemudian, di dalam bilik anda bayangkan anda
berhadapan dengan 2 atau 3 orang panel penemuduga. Dalam teknik ini anda memegang
watak sebagai calon temuduga dan juga panel penemuduga. Mulakan watak anda sebagai
panel penemuduga dengan menanyakan soalan-soalan yang anda jangkakan. (sebaiknya
soalan ini disediakan terlebih dahulu oleh anda). Dan selepas soalan ditanya, anda
bertukar pula menjadi calon temuduga untuk menjawab soalan tadi. Lakukannya berulang
kali sehingga tamat sesi temuduga. Ianya perlu dilakukan dengan serius bagi
www.kerja-kerajaan.com

2. Teknik 2 – Berlakon bersama rakan-rakan


Bagi teknik ini, anda perlu mendapatkan bantuan rakan-rakan anda lebih kurang 2 – 3
orang untuk menyertai lakonan ini. Bincang dan maklumkan dengan mereka terlebih dulu
bahawa anda memerlukan bantuan mereka untuk menjadi para panel penemuduga
dalam lakonan tersebut. Sediakan senarai soalan di atas kertas dan berikan kepada
mereka. Minta mereka menambah beberapa soalan mereka sendiri selain dari soalan
yang anda telah sediakan. Dan mulakan sesi temuduga seperti sesi yang sebenarnya, dan
dalam keadaan serius. Jangan main-main tau! Tak menjadi pula nanti.

41
RLTKK Modul 1

3. Teknik 3 - Ujian Simulasi = Sebenar


Kali ini, sesi temuduga dijalankan seperti keadaan
yang sebenarnya. Sediakan meja, kerusi dan apa-apa
keperluan yang sepatutnya. Cara ini lebih kurang
dengan teknik 2 tadi. Cuma ianya dilakukan lebih
teratur dan persis keadaan sebenar semasa temuduga
nanti. Sediakan list soalan kepada rakan-rakan anda
yang menjadi panel penemuduga. Mereka sendiri
akan memilih atau menggubah soalan
yang akan ditanya kepada anda. Kali ini markah akan diberikan.

Cara permarkahan adalah berdasarkan 70% daripada hal


umum/akhlak/sikap/pengetahuan am dan 30% adalah soalan berkaitan
teknikal/bidang anda. Para penemuduga juga akan dipecahkan kepada 2 pihak
iaitu seorang dari SPA dan seorang lagi menjadi panel penemuduga dari
Jabatan/agensi jawatan yang dipohon. Mulakan sesi temuduga. Apabila tamat
dalam masa 30 – 45 minit, markah akan dinilai secara keseluruhannya oleh rakan
anda yang berlakon menjadi panel penemuduga tadi. Kemudian, anda lihat
berapakah markah yang dinilai dari sesi temuduga tadi. Sebaiknya rakan anda yang
menjadi penemuduga tersebut perlu bersikap jujur dalam menilai anda.

Jeng, jeng, jeng… Tamat sudah lakonan anda! Tak kira apa jua teknik yang anda gunakan,
yang penting anda telah melakukannya. Kajilah diri anda! Adakah anda sudah cukup bagus
dari segi lakonan anda, atau anda perlu memperbaiki diri anda lagi...

Menjaga Keselamatan dan Kesihatan Diri.


Menjaga kesihatan dan keselamatan diri amat penting menjelang hari temuduga anda.
Kesihatan yang terbaik amatlah diperlukan semasa hari temuduga tersebut. Sekiranya
anda bermasalah dalam soal kesihatan semasa sesi temuduga tersebut, dikhuatiri ianya
akan mempengaruhi penilaian atau markah yang diberikan. Anda perlu cergas, sihat dan
kuat semasa temuduga nanti. Ini akan menambahkan semangat anda. Di sini saya berikan
beberapa tip yang anda boleh praktikkan:

1. Bersenam paling kurang 15 minit sehari – anda boleh berjoging ke, naik turun
tangga ke, main bola ke..ikut suka anda nak guna apa cara untuk bersukan. Macam
saya, saya akan ‘workout’ di gym (dulu la) pada setiap hari untuk tempoh 1 jam
hingga 2 jam. Bila kita bersenam, aliran darah menjadi lancar dan badan akan
sentiada rasa cergas.

42
RLTKK Modul 1

2. Menjaga makan dan minum – jangan terlalu banyak makan dan jangan pula
makan terlalu sedikit . Makan makanan berkhasiat dan seimbang. Sayuran dan
buah-buahan perlu diambil banyak pada setiap hari. Makan kismis 7 biji setiap hari
pun bagus, bagus untuk meningkatkan daya ingatan anda.

3. Jauhkan diri daripada aktiviti lasak dan merbahaya – Aktiviti seperti jungle
trekking, olahraga, climbing dan aktiviti lain yang berisiko perlu dielakkan sepanjang
tempoh ini (tempoh pantang). Ini adalah kerana aktiviti tersebut sangat mudah
mendatangkan risiko kecederaan pada tubuh anda. Selepas temuduga, apapun
yang ingin anda nak buat tidak menjadi masalah.

4. Jangan merokok dan minum arak – merokok dan arak boleh menyebabkan kesan
yang buruk pada diri anda. Bagi anda yang kaki merokok tu, berhentilah! Tak
boleh? Kurangkanlah tabiat tu. Bukannya apa, nanti dikhuatiri anda akan terbatuk-
batuk pula di depan penemuduga nanti. Lagipun nafas anda akan berbau busuk.
Manatahu “haruman mulut” anda boleh sampai ke hidung penemuduga.
Termuntah pula diorang nanti. Hehehe...

5. Pandu cermat dan jangan merempit – Pandu kereta tu berhati-hati. Malang


sentiasa tidak berbau! Ingatlah insan yang tersayang..Opps, yang 1st Tuhan Yang
Maha Esa! Dan yang terakhir ingatlah temuduga anda. Bukan apa, saya takut jika
berlaku kemalangan je. Tak boleh pula anda menghadiri temuduga..Satu lagi buat
mereka yang suka merempit tu, buanglah tabiat buruk tu. Tak kemana perginya
bakat merempit tu. Menyusahkan orang je. Kalau setakat menyusahkan diri sendiri
tidak mengapalah kan…Ini menyusahkan bangsa dan Negara. Lagipun, memang tak
layak bagi mereka yang suka merempit menyertai sektor awam.

43
RLTKK Modul 1

Ketahui Lokasi Temuduga.


Adalah penting bagi anda untuk mengetahui lebih awal sebelum hari temuduga lagi lokasi
di mana anda akan ditemuduga. Sila lihat alamat yang diberikan dalam surat panggilan
temuduga dengan teliti. Kemudian, beberapa hari sebelum hari temuduga, anda perlu
pergi ke alamat tersebut. Ini adalah supaya anda dapat menaksir atau “survey” terlebih
dahulu samada senang atau susah bagi anda untuk ke sana.

Jika anda bercadang menaiki kereta, anda perlu mengkaji tahap kesibukan jalan, parking, dan
laluan yang akan dilalui. Jika anda menaiki motosikal pula, anda juga perlu mengkaji seperti
anda menaiki kereta dan juga keadaan cuaca. Jika hujan, bermasalah lah anda nanti.

Cuba perhatikan cuaca dalam masa seminggu dua sebelum temuduga, adakah hujan? Jika
hujan takkan anda menunggang motor pula pada hari temuduga nanti. Kelak buruk
padahnya...

Jika anda bercadang menaiki pengangkutan awam contohnya teksi, saya nasihatkan anda
tempah (booking) dulu dengan pemandu teksi tersebut. Dapatkan pemandu teksi yang
benar-benar tahu lokasi yang ingin anda tujui. Dapatkan no phone pemandu tersebut dan
buat “appointment” dengannya. Cara ini lagi mudah, jika boleh, pagi-pagi sebaik saja anda
keluar dari rumah, pakcik drebar teksi sudah menunggu anda! Terpulanglah pada anda
untuk menggunakan pengangkutan yang mana satu, bas ke, LRT ke. Pastikan semuanya
memudahkan anda! Nak naik kapal terbang pun boleh!

44
RLTKK Modul 1

Persediaan Sehari Dua Sebelum Temuduga.


Malam sebelum hari temuduga, apa anda buat? Adakah anda pergi melepak dengan
kawan-kawan di kedai kopi? Sebenarnya pada malam ini anda perlu berkurung di
rumah..Satu malam je. Selepas temuduga nanti ikut suka anda nak pergi kemana pun.
Apakah yang patut anda lakukan bagi menjamin kejayaan temuduga anda keesokkan
harinya? Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Ambil Cuti – Jika anda bekerja, anda perlu mengambil cuti rehat! Mohon cuti awal-
awal lagi, bukan tunggu sehari dua sebelum temuduga baru memohon cuti. Kenapa
anda perlu ambil cuti? Ini adalah untuk membebaskan fikiran anda daripada
bebanan tugas di pejabat ataupun di tempat kerja anda. Anda hanya perlu fikirkan
soal persiapan terakhir temuduga anda sahaja. Jika anda masih memikirkan soal
kerja atau tugas anda lagi, serabut otak anda pula. Jadi, tenang-tenangkan diri
anda, relakskan minda anda, rehatkan badan anda...

2. Sediakan Pakaian Untuk Temuduga – lebih kurang pepatah yang berbunyi


“sediakan payung sebelum hujan” …Apa yang anda perlu pakai masa temuduga nanti?
Ikuti panduan seterusnya.

Bagi Calon lelaki


- Tali leher (tie) – wajib ada ni! Jangan tidak memakai tie pula semasa
temuduga nanti. Kepada sesiapa tidak pakai tie, adalah % kebarangkalian
anda untuk gagal dalam temuduga tersebut terutamanya bagi anda yang
memohon jawatan yang memerlukan kelayakan diploma ataupun ijazah.
Inilah yang diberitahu oleh seorang rakan saya yang menjadi panel
penemuduga di sebuah jabatan kerajaan.

- Baju kemeja lengan panjang – jangan pakai baju lengan pendek! Bukannya
apa, tidak manis dipandang orang. Kalau tangan anda berbulu lebat ke, ada
parut besar ke, ada penyakit kulit ke, tak sudi pula panel penemuduga

42

45
RLTKK Modul 1

memandang anda. Hahahaha. Gurau je! Sebenarnya dengan memakai baju


berlengan panjang, anda lebih kelihatan lebih kemas, segak, kacak dan
bergaya. Dan satu lagi, pastikan warna baju yang anda pakai tu berwarna
cerah dan tidak berjalur/ berbelang - seeloknya putih kosong. Kenapa? Cuba
anda lihat orang-orang hebat seperti PM kita, Dato Sri Najib yang biasanya
memakai kemeja berwarna putih.

- Memakai Seluar “Slack” – Seluar slack ataupun seluar yang kasual - anda
perlu memakainya! Jangan sesekali memakai JEANS! Saya rasa tak pernah
orang membuat sebegini. Tapi saya pernah diberitahu ada calon yang
memakainya (calon bagi jawatan rendah – sokongan). Walaupun anda
memohon jawatan sebagai kerani am, pekerja am , jangan sesekali memakai
seluar jeans. KELAK BURUK PADAHNYA…

− Pakai Kot/blazer – Ini adalah khusus bagi mereka yang memohon dengan sijil
diploma ataupun Ijazah. Tahukah anda dengan memakai kot anda telah
mendapat markah free sebanyak 5 %. (ini yang diberitahu oleh seorang
penemuduga kepada saya). Dengan memakai kot, anda kelihatan lebih
professional, lebih kacak, bergaya, dan yang paling penting anda nampak
lebih berkeyakinan. 1st impression dari penemuduga adalah “WOW!
Hebatnya calon ni”. Awal-awal lagi sewaktu anda mula melangkah masuk ke
dalam bilik temuduga, anda telah berjaya memikat hati dan perhatian para
penemuduga. Tidakkah dengan hanya memakai kot ianya secara tidak langsung
telah membantu anda semasa temuduga nanti? Daripada tinjauan ataupun
“survey” yang saya lakukan berdasarkan daripada 50 orang yang memakai kot
semasa temuduga, lebih 90% telah berjaya lulus temuduga tersebut! Jadi,
anda pun perlu pakai kot. Jika tiada, pinjam dengan rakan-rakan ataupun anda
boleh menyewanya.

- Kasut – Pastikan kasut anda kasut hitam dan berkilat. Jangan pakai kasut
sport pula. Kasut anda bertali atau tidak terpulang pada anda sendiri.
Mengikut fesyen terkini, saya perhatikan sukar untuk menjumpai orang
pakai kasut kulit hitam bertali lagi. Mungkin lagi mudah mengenakan kasut
yang tidak bertali ini berbanding dengan kasut yang bertali.

- Rambut – rambut perlulah digunting kemas, pendek dan rapi. Jika pendek
pun elakkan stail “cacak-cacak” . Nanti panel menganggap anda seperti
kurang “matang” je. Selain itu, elakkan daripada mewarnakan rambut anda.
Anda perlu ingat yang anda bakal menghadiri temuduga, bukannya seperti
mahu pergi berpesta ataupun berdisko.

46
RLTKK Modul 1

- Keperluan lain – pakai tali pinggang yang gelap, stoking dan apa-apa lagi
yang patut.

Bagi Calon Wanita.


- Baju lengan panjang – Tidak kisah anda berbaju kurung ke
kemeja ke, yang penting MESTI berlengan panjang. Yang
beragama Islam tu memang wajib bagi anda untuk menutup
aurat. Bagi mereka yang bukan Islam, saya syorkan anda
memakai baju kurung. Cantik dan menawan! Saya tambah
lagi - anggun! Saya perhatikan semasa beberapa kali
menghadiri temuduga kerja kerajaan, dimana yang bukan
Islam majoritinya memakai baju kurung. Memang
menawan! Baju kebaya jangan pakai! Risau saya. Bukannya
apa, dirisaukan panel penemuduga asyik memerhati susuk
badan anda pula..gurau je.

- Seluar Slack@ skirt, kain sarung – Yang memakai baju kurung tu memang
sesuai. Sekali pakej dengan bajunya. Akan tetapi bagi mereka yang memakai
baju kemeja, takkan la anda memakai kain baju kurung pulak. Anda perlu
memakai skirt ataupun seluar. Kalau pakai skirt tu, jangan singkat ataupun
terlalu labuh atau kembang sehingga boleh menyapu kekotoran di lantai.
Jika anda memakai skirt, pastikan ianya tidak melebihi paras tumit anda.
Jika anda memakai seluar pula, pastikan ianya kasual.

- Pakai Kot/blazer – SAMA SAHAJA DENGAN CALON TEMUDUGA LELAKI! Ini


adalah khusus bagi mereka yang memohon dengan sijil diploma ataupun
Ijazah. Sila baca di bahagian lelaki ye di muka surat sebelum ini, sama saja
(malas nak ulang ayat yang sama).

- Kasut – Saya nasihatkan anda supaya jangan memakai kasut bertumit


tinggi. Bukannya apa, nanti menyukarkan anda hendak berjalan dan ianya
juga mampu mengeluarkan bunyi bising. Pakai saja kasut yang “flat”
tapaknya dan pastikan kasut anda MENUTUP kaki anda. Berkenaan dengan
warna pula, kasut yang bewarna gelap adalah paling disyorkan.

- Keperluan lain – pakai tali pinggang sekiranya berbaju kemeja, stoking dan
apa-apa lagi yang patut. Jam tangan juga perlu anda memakainya, nampak
bergaya dan menarik. Penemuduga menganggap anda sebagai seorang yang
mementingkan masa.

47
RLTKK Modul 1

Anda juga boleh rujuk panduan pemakaian untuk menghadiri temuduga


kerja kerajaan yang disediakan oleh pihak SPA seperti gambar di bawah ini.

Rujuk laman web SPA.

Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas
disikat bagi perempuan. Pastikan pakaian anda digosok, dilipat dan disimpan di dalam
almari. Dan satu lagi, sembur minyak wangi yang sedang - sedang baunya (tidak terlalu
kuat dan tidak juga terlalu nipis baunya) pada pakaian anda. Kalau semua dah wangi,
barulah segar ketika pergi temuduga nanti. Kalau anda tak percaya, cuba anda tanya
pada Dato’ Dr Fazilah Kamsah...

3. Sediakan Dokumen Untuk Temuduga – Sediakan dokumen yang diperlukan seperti


yang dibincangkan pada bab awal ebook ini. Kali ini anda hanya perlu semak
semula dokumen anda. Manatahu kalau-kalau dokumen anda rosak digigit tikus
atau lipas. Semak semula dokumen-dokumen tersebut. Jika perlu, susun semula
dokumen tersebut dalam file holder anda. Dan seterusnya masukkan ke dalam beg
yang akan anda bawa ke tempat temuduga nanti.

48
RLTKK Modul 1

4. Susun nota – Sebelum ini saya ada menerangkan bagaimana membuat nota
ringkas anda, bukan? Kini, anda perlu menyemak dan meyusun semula nota yang
anda tersebut. Susunnya mengikut bab dan bahagian.

5. Baca nota – Anda perlu membuat review dan baca semula nota yang telah disusun
tadi. Bacanya mengikut turutan dari mula hinggalah ke tulisan yang terakhir.
Dengan membuat sebegini, fikiran anda akan melayang kembali ke masa anda
menulis nota tersebut (flashback). Ianya akan memudahkan lagi anda mengingati
semula apa yang anda tulis sebelum ini. Bacanya berulang kali jika anda mahu.
Biasanya tempoh masa yang diambil untuk membaca semula nota ringkas ini
adalah jauh lebih menjimatkan berbanding semasa anda mula-mula membaca nota
yang lengkap (informasi /nota yang anda mula-mula baca sebelum menulis nota
ringkas ini). Sambil baring pun boleh baca..

6. Jaga Makan-minum – Makan minum anda juga perlu dijaga. Jangan sesekali anda
membeli makanan dari kedai/restoran yang diragui tahap kebersihannya. Ini adalah
bagi mengelakkan anda dari keracunan makanan. Kebanyakan daripada kita ni suka
membeli makanan dari warung tepi jalan. Akan tetapi adakah selamat makanan
tersebut dari pencemaran? Jika anda sakit perut, siapa yang akan susah? Anda sendiri
juga akan susah. Ketika makan pula, perlu juga anda beringat. Jangan makan terlalu
banyak dan jangan pula terlalu sedikit. Jangan minum kopi, teh ke ataupun minuman
yang mengandungi kafien yang tinggi. Saya risau anda tidak boleh tidur je malam nanti.
Dan sebagai tambahan lagi, makanan berlemak juga perlu dikurangkan.

7. Minta Restu Ibubapa – tahukah anda, bahawa restu daripada ibubapa anda akan
membawa seribu keberkatan pada anda. Ibubapa mana yang tidak ingin anaknya
berjaya. Jadi, minta restu daripada mereka. Jika anda tinggal berasingan dan
berjauhan, gunalah handphone anda untuk bercakap dengan mereka. Jangan
kedekut sangat nak “call” mereka. Kita ni biasanya kalau “call” awek/pakwe tak
kisah pun berapa banyak habis duit, akan tetapi kalau nak call orang tua kita
sendiri, berat je nak keluar duit.. ☺

8. Rehatkan diri anda – setelah semua hal sebelum ini sudah diselesaikan, nilah masa
untuk anda tenangkan dan rehatkan diri anda. Anda boleh menonton tv, baring-
baring, main video game, yang penting santai...

9. Berdoa memohon kejayaan – sebelum tidur tu, berdoalah kepada tuhan memohon
untuk kejayaan anda. Yang penting anda sudah berusaha, selebihnya serahkan pada
Tuhan. Jika boleh, bagi yang beragama Islam anda boleh melakukan Solat Hajat.

49
RLTKK Modul 1

10. Tidur Awal – setelah berdoa kepada Tuhan, tidurlah awal. Jangan fikir apa-apa dah.
Yang penting - TIDUR. Saya syorkan anda boleh mula berbaring di kamar anda untuk
tidur selewat-lewatnya pada jam 10.00 malam. Kenapa awal sangat? Kita ni apabila
baring-baring nak tidur tak semestinya kita boleh tidur dengan cepat bukan? Mungkin
anda perlu ambil masa untuk melelapkan mata, lagi-lagi bagi mereka yang jenis susah
nak tidur awal. Tidur yang cukup amat diperlukan supaya anda lebih bertenaga dan
cergas lagi cerdas pada hari esoknya. Pada jam 6.00 pagi atau lebih awal anda perlu
bangun dah daripada tidur. Ok la, pergilah tidur. oooppppssss terlupa pulak saya
nak ingatkan. Setkan “alarm” atau jam loceng untuk menggerakkan anda
keesokkan paginya. Pesan juga kepada rakan-rakan anda, ataupun keluarga anda
supaya mengejutkan anda. Selamat malam...

50
RLTKK Modul 1

47

SEMASA HARI
TEMUDUGA

48

51
RLTKK Modul 1

Kini, sampai juga saat yang ditunggu-tunggu oleh anda. Saat yang begitu mendebarkan,
menakutkan dan macam-macam lagi. Rasa seperti mahu meletup-letup dada anda bukan?
Rileks..Bukankah anda sudah membaca ebook ini. Keyakinan anda akan naik lebih 100%
semasa melangkah ke dalam bilik temuduga nanti. Apapun, saya akan berikan panduan
berguna untuk anda mengenai apakah yang patut anda buat dan apakah yang patut anda
elakkan semasa hari temuduga nanti. Jadi, tanpa berlengah lagi, kita mulakan dengan
bangun dari tidur dulu. Yela kan, setiap hari kita semua bermula dengan bangun tidur.

SEWAKTU BERSIAP.

Bangun Tidur
Pukul berapa anda bangun dari tidur? Adakah anda biasanya bangun pada pukul 6.30
pagi? Saya sudah ingatkan anda untuk setkan alarm sebelum tidur. Seeloknya bangunlah
sebelum azan Subuh lagi. Ketika ini suasana sangat nyaman, anda boleh menghilangkan
“kemamaian/blur” anda dengan udara yang bersih dan nyaman ini. Tak percaya? Cubalah
anda lakukan! Anda boleh melakukan sedikit senaman ringan sebelum mandi. Gerakkan
leher secara perlahan-lahan, goyang pinggang, lari setempat ke… paling malas pun anda
boleh menggeliat. Menggeliat pun satu senaman juga.

Sesudah mandi, solat subuh (bagi yang muslim) dan berdoa minta ditunjukkan jalan oleh
Allah dan diberikan kejayaan dalam temuduga nanti. Kemudian sesudah memakai pakaian
yang disediakan awal sehari sebelum ini, bersarapanlah. Sarapan adalah WAJIB bagi
mereka yang bakal menghadiri temuduga supaya anda rasa bertenaga dan lebih cergas
bila berhadapan dengan panel penemuduga nanti. MAKAN JANGAN BANYAK, dan
minumlah air suam segelas dua. Ini akan lebih menyegarkan anda.

Wangian.
Anda perlu mengelakkan memakai bau-bauan atau wangi-wangian yang kuat baunya.
Cukup sekadar untuk menghindarkan bau peluh anda, kerana bau-bauan yang kuat ini
boleh mengakibatkan markah anda mungkin ditolak seandainya penemuduga tak tahan
menghidu bau perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan.

Lihat Beg Anda.


Mengapa saya suruh anda melihat beg anda? Ya anda perlu melihatnya. Beg itulah yang
akan anda bawa ke tempat temuduga nanti. Segala dokumen penting terkandung di dalam
beg itu. Bukankah anda telah isikan file holder anda dalam sehari sebelum hari temuduga…
Buatkan satu ‘check-list‘ ringkas supaya tiada dokumen yang tertinggal melainkan yang
tertinggal adalah tapak kaki anda saja. Hehehehehe...

52
RLTKK Modul 1

Sebelum ini, pernah terjadi kes di mana calon temuduga tertinggal beg miliknya yang
mengandungi dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pegawai pendaftar yang bertugas.
Kesudahannya, calon tersebut terus pulang hampa kerana dia adalah orang pertama yang
akan ditemuduga! Tanpa dokumen-dokumen yang diperlukan, macamana pula beliau akan
ditemuduga kan? Jadi, isikan apa-apa yang penting dalam beg anda. Isikan gula-gula pun
“ok” juga. Untuk menghilangkan rasa mengantuk sementara menunggu giliran anda untuk
ditemuduga.

Bertolak Awal.
Adalah penting untuk anda tiba di tempat temuduga awal sejam dari masa yang
dinyatakan di surat panggilan temuduga. Pandai-pandailah bagaimana untuk hadir awal di
tempat temuduga tersebut. Jika anda menaiki kereta sendiri, bertolaklah awal mengikut
perancangan awal yang dinyatakan sebelum ini (rujuk bab awal ye). Jika anda tiba awal,
ada kemungkinan anda untuk menjadi orang pertama yang akan ditemuduga.

Lagi cepat anda dipanggil ditemuduga, lagi bagus. Biasanya penemuduga bersemangat
ataupun berada dalam keadaan mood yang baik kepada orang yang pertama ditemuduga
pada hari tersebut. Ini akan meningkatkan keberangkalian untuk anda lulus dalam
temuduga tersebut. Dengan datang awal, anda juga dapat mebiasakan diri anda dengan
suasana dan persekitaran di tempat temuduga. Ini akan mengurangkan rasa debar anda.

p.s: dulu saya dan beberapa rakan yang lain pun merupakan orang pertama yang
ditemuduga, dan juga orang pertama keluar dari tempat temuduga. Syok….Tengok orang lain
belum mula lagi saya dah boleh pulang awal...

APABILA TIBA DI TEMPAT TEMUDUGA.

Tenangkan Diri.
Proses menenangkan diri anda apabila tiba di tempat temuduga adalah perlu dilakukan.
Bagaimana caranya? Senang saja, ikuti tips-tips di bawah:
1. Pergi ke tandas – buang air kecil jika perlu.

2. Basuh muka – ini akan menyegarkan wajah anda. Jika memakai make-up ataupun
bedak, sekadar basuhkan mata anda saja dengan air sudah cukup. Ini dilakukan jika
anda rasa masih kurang segar/mengantuk. Ini boleh dilakukan jika anda
mengantuk, letih.

53
RLTKK Modul 1

3. Berbual – bertegur-sapalah dengan calon-calon temuduga yang lain. Anda boleh


bekenalan dengan mereka. Manatahu anda bakal sepejabat dengan mereka kelak.
Ini juga akan mengurangkan rasa nervous anda semasa ditemuduga nanti.

4. Bernafas dengan dalam – sedut nafas panjang-panjang, kemudian lepaskan


dengan perlahan-lahan. Baru lapang rasanya dada anda.

5. Baca doa ataupun ayat Qur’an – bacalah ayat penenang hati atau ayat-ayat lain
yang anda tahu. Baca dengan perlahan. Elakkan daripada membaca doa dengan
suara yang kuat. Ketika temuduga dahulu, saya baca ayat Seribu Dinar. Semoga
Allah akan membantu anda. (bagi yang muslim)

6. Matikan handphone anda – Ini penting dilakukan sejak awal-awal lagi apabila anda
tiba di pusat temuduga. Jangan sampai handphone anda berbunyi sewaktu sesi
temuduga. Sebaiknya, simpan handphone anda dalam beg yang dibawa bersama.

Daftar Awal.
Apabila dipanggil oleh pendaftar, datang kepadanya dengan segera. Berikan dokumen
yang lengkap (original dan fotokopi) dan susun dokumen tersebut mengikut apa yang
diminta. Pegawai yang bertugas akan menandakan samada dokumen adan mencukupi
atau tidak di atas satu senarai penandaan dokumen. Jika dokumen yang dikehendaki
tiada, alasan perlu dinyatakan di dalam senarai tersebut. Biasanya, anda akan dipanggil
oleh pegawai tersebut, seorang demi seorang. Selepas itu, anda akan diberikan semula
dokumen yang telah disemak dan dicop/disahkan itu untuk dibawa ke bilik temuduga.
Nombor bilik temuduga akan dimaklumkan kepada anda selepas proses pendaftaran
ini selesai. Dan anda juga akan diberi nombor giliran untuk ditemuduga samada anda
mungkin orang pertama, kedua ataupun yang seterusnya.

Menunggu di luar Bilik Temuduga.


Anda perlu menunggu di luar bilik temuduga terlebih dahulu sebelum dipanggil masuk.
Jadi tunggulah dengan sabar ye..Anda akan dipanggil mengikut giliran. Apabila tiba
giliran anda, loceng akan berbunyi dan anda boleh masuk ke dalam bilik temuduga.
Semasa menunggu tu, anda perlu menenangkan diri anda sekali lagi. Tarik nafas
panjang-panjang dan lepaskan dengan perlahan-lahan. Baca doa-doa penenang hati.
Dan fikirkan anda BOLEH melakukannya! Dan satu lagi fikirkan diri anda adalah YANG
TERBAIK!

Dan tidak lupa, pastikan keadaan pakaian anda berkeadaan baik di mana tali leher
diikat dengan kemas, butang kot anda dipastikan betul. Bahaya jika tersilap pasang
butang, butang yang atas anda pasang di bahagian bawahnya.

54
RLTKK Modul 1

Jika anda orang yang kedua ataupun seterusnya yang akan ditemuduga, cubalah curi-
curi tanya pada mereka yang telah ditemuduga sebelum anda. Tanyalah siapa nama
panel penemuduga tersebut, soalan-soalan yang ditanya.
ESI TEMUDUGA

55
RLTKK Modul 1

SEMASA SESI TEMUDUGA.

Masuk Ke Dalam Bilik Temuduga.


Apabila loceng dibunyikan, baru anda boleh melangkah masuk ke dalam bilik temuduga
tersebut. Akan tetapi sebelum itu, pastikan anda mengetuk pintu terlebih dahulu. Ketuk
lebih kurang 2 – 3 kali. Apabila melangkah masuk, berjalan dengan tegak dan kemas.
Jangan terlalu cepat ataupun terlalu lambat. Steady jer…Dan ingat! Apa yang dilihat oleh
panel pada pertama kali anda memasuki bilik temuduga adalah, pakaian anda dan
perlakuan anda. Jadi berhati-hatilah. Tanggapan Pertama Akan Menjadi Tanggapan Yang
Berkekalan.

Apabila dekat dengan panel penemuduga, berikan salam ataupun ucapkan selamat
sejahtera kemudian barulah bersalaman dengan mereka. Jika boleh, ucaplah
“Assalamualaikum/salam sejahtera Tuan/Puan...”

Ini akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga. Semasa berhadapan
dengan mereka, anda perlu pandang mata mereka dan senyum. Senyum tu kan satu
sedekah. Dengan berbuat begini, penemuduga anda akan menjadi “cair” semasa sesi
temuduga nanti. Tambahan lagi jika anda memang memiliki senyuman menawan seperti
Lisa Surihani ataupun Pretty Zinta (heroin cerita Hindustan). Dan seterusnya, berikan fail
anda kepada panel penemuduga, satu file holder anda dan satu lagi dokumen fotokopi
yang telah disahkan pada awal pendaftaran tadi. Biasanya, panel penemuduga yang akan
meminta terlebih dahulu dokumen – dokumen ini daripada anda.

Apabila Duduk.
Selepas itu, jangan sesekali duduk di atas kerusi yang sediakan jika tidak diminta duduk
oleh panel penemuduga. Berdiri tegak di hadapan kerusi tersebut sehinggalah disuruh
duduk oleh mereka. Nak duduk pun ada caranya. Jika di depan anda tiada meja,
pergerakan anggota badan lebih perlu kita awasi kerana selalunya, panel akan melihat
keseluruhan tingkah laku anda. Ikuti tips-tips di bawah:

1. Ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk.

2. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

3. Duduk dengan sopan! Rapatkan kaki anda, belakang badan disandarkan tegak pada
kerusi dan tangan dirapatkan disisi (jangan keraskan tangan pula).
56
RLTKK Modul 1

4. Anda dilarang sama sekali untuk menyilangkan kaki anda. Ini adalah bertujuan
untuk menunjukkan rasa hormat anda kepada panel penemuduga.

5. Pastikan butang kot di bahagian bawah (butang ketiga tak silap saya) dibuka
semasa anda duduk. Semasa berjalan butang ini perlu dikacipkan.

6. Jika di depan anda ada meja, elakkan daripada meletakkan beg atau tangan di atas
meja itu. Beg seeloknya letak di bawah. Hanya fail atau dokumen tertentu sahaja
yang diletakkan di atas meja.

7. Duduk dengan badan tegak apabila berhadapan dengan panel penemuduga.

8. Pandang “direct” kepada panel anda. (eye contact amatlah diperlukan)

9. Senyum… Senyum itu menawan. Kan comel tu...........

Apabila Berkata-kata.
Formalkan bahasa. Contohnya, jika ditanya siapakah perdana menteri kita? Jangan jawab
"Datuk Najib!". Jawablah dengan sopan dan penuh formal (skema la ni). Jangan cakap loghat
negeri. Tak kira loghat Kedah ke, Klate Nogori ke. Dan jangan campur adukkan bahasa Melayu
dan Inggeris. Jika ditanya dalam bahasa Melayu, jawablah dalam bahasa Melayu dan jika
ditanya dalam bahasa Inggeris, jawablah dalam bahasa Inggeris.

Perkenalkan Diri.
Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal anda.
Soalan / arahan pertama adalah “sila perkenalkan diri anda” ataupun
“please introduce yourself”. Bagaimana anda ingin menjawabnya?
Soalannya memang mudah, akan tetapi adakah jawapan anda berikan
memang ingin didengari oleh panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon
apabila ditanya soalan ”kacang”
ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan perihal kehidupannya seolah-olah
panel penemuduga itu hendak berkenalan sangat dengannya.

Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan perihal keluarga anda
sedikit saja. Yang paling ingin didengari oleh penemuduga di sini adalah mengenai bidang
yang anda pelajari semasa di universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda,
TIDAK KIRA APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI. Tunjukkan kita

57
RLTKK Modul 1

komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah markah yang diberi oleh panel
penemuduga tadi. (contoh soalan dan jawapan boleh dirujuk di Modul Seterusnya bagi Pakej
RLTKK ini)

Apakah tugas / kerja anda sebelum ini?


Ini merupakan soalan yang wajib akan ditanya oleh panel.
Mereka ingin tahu apa kerja anda dan bagaimana anda bekerja.
Mereka akan bertanya secara detail mengenai kerja anda
tersebut. Mungkin mereka akan bertanya lebih mendalam
ataupun cuba mengaitkan kerja anda dengan isu semasa.
Ataupun mereka mencadangkan satu masalah melibatkan kerja
anda, dan anda diminta memberi pandangan ataupun
penyelesaiannya. Jadi, anda perlu bijak menjawab soalan
tersebut dengan pengalaman dan pengetahuan yang anda miliki.

Saya beri satu contoh: katakanla anda seorang jurutera awam


yang bekerja di Syarikat A di tapak projek di di Ipoh. Dalam berita baru-baru ini melaporkan
satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berhampiran kawasan projek anda dan telah
meranapkan beberapa buah rumah. Panel akan menanya bagaimanakah anda akan
memastikan yang projek anda tidak berisiko berdasarkan kejadian tersebut. Gunakanlah
kerbijaksanaan dengan kreatif untuk menjawab soalan tersebut.

Satu tips dari saya, jika boleh, anda perlu ceritakan bidang tugas anda lebih dari 10 minit
sehinggalah diminta berhenti oleh panel. Senaraikan tugas anda terlebih dahulu, dari yang
sebesar-besarnya sehinggalah yang sekecil-kecilnyanya. Ini akan membuatkan panel kagum
dengan anda kerana anda mampu melakukan berbagai tugas yang diamanahkan. Selain itu juga,
dengan penerangan panjang lebar sebegini, ianya akan mengurangkan soalan yang akan ditanya
oleh panel dan sekaligus mempercepatkan sesi temuduga selesai.

Dan tips tambahan lagi, semasa anda menerangkan tugas/tanggungjawab anda, ceritakan:

Tempoh masa berapa lama anda telah berkhidmat


Tugas yang paling mencabar yang anda pernah buat
Kesusahan semasa anda melaksanakan kerja anda.

Tak tahu Jawapan?


Ada masa-masanya anda tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh panel
penemuduga. Usah gelabah, tenangkan diri anda, seolah-olah anda memang mengetahui
jawapannya walaupun sebenarnya anda tidak mengetahuinya. Mari ikuti tips-tips di bawah
ini:
58
RLTKK Modul 1

1. Jika soalan yang ditanya berbentuk fakta, jangan sesekali anda menipu! Cuba anda
kaitkan soalan yang diberikan dengan apa-apa yang berkaitan dengannya jika ada. Jika
anda langsung tidak tahu, katakan saja anda anda kurang pasti ataupun anda pernah
mendengarnya tetapi sudah lupa. Sebagai contoh, anda ditanya “Boleh anda beritahu
berapakah jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010?. Anda ingat-ingat lupa akan
jawapan yang tepat. Jadi katakan begini “kalau tidak silap saya pada beberapa tahun yang
lepas penduduk Malaysia adalah seramai 23 juta orang”. Jawapan tersebut adalah lebih
baik daripada mendiamkan diri langsung. Sekurang-kurangnya anda berani mencuba.
2. Jika soalan berbentuk pendapat, berikanlah pendapat yang baik. Walaupun ianya tidak
tepat, panel penemuduga sebenarnya ingin menguji kebolehan anda memberikan
pandangan dan mengolahnya.

3. Jika soalan dalam bentuk teknikal, memang sukar bagi anda untuk menjawabnya
sekiranya anda masih kurang pengalaman/fresh graduate. Akan tetapi tidak mengapa,
katakan saja anda memang tidak mengetahuinya kerana belum menempuhinya. Akan
tetapi jika anda mempunyai cadangan, anda boleh mencuba menjawabnya dengan
mengatakan “Walaupun saya kurang pasti, saya cuba menjawabnya…” dan teruskan
dengan jawapan anda.

Selalunya panel lebih gemar bertanyakan soalan yang mencapah, maksudnya yang
memerlukan anda memberi pandangan, bukan soalan yang mempunyai jawapan 'betul'
atau 'salah'. Jadi, anda tidak perlu risau kerana yang dinilai bukan betul atau tidak
jawapan anda, tetapi bagaimana anda menyusun dan memberi jawapan itu. Dan dari sini
jugalah anda akan dinilai akan kejujuran anda. Tahukah anda, ramai juga calon yang tak
berjaya menjawab semua soalan yang ditanya tapi berjaya mendapat jawatan yang
dipohon? Inilah kuasa KEJUJURAN...

Pertanyaan Mengenai Politik.


Saya ada menerangkan dalam bab sebelum ini supaya anda peka dengan isu semasa tidak
terkecuali isu politik. Sekiranya anda ditanya mengenai politik di Malaysia, maka jawapan
anda perlulah memihak kepada pihak kerajaan yang memerintah. Senang jawab begini “ saya
menyokong kerajaan yang memerintah sekarang”.

“Mengapa kami perlu memilih anda?”


Ini merupakan soalan yang popular yang sering ditanya oleh panel penemuduga . Masa inilah
anda perlu “market”kan diri anda sendiri. Ambil peluang terbaik ini. Ceritakan:

59
RLTKK Modul 1

Kelayakan anda
Kebolehan bekerjasama anda
Senang berurusan dengan anda

Dan lain-lain lagi yang bagus tentang anda yang boleh me”market”kan diri anda berbanding
dengan orang lain.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba
anda cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…Pasti anda teragak-agak untuk
menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini:-

– “apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji diri sendiri, nanti orang kata masuk bakul
angkat sendiri”.-

Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab soalan seperti ini. Ada yang menjawab
begini:

- ”Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat.”

- ”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya rasa saya layak. Bukannya senang
nak dapat CGPA tinggi ni di universiti.”

- ” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama juga seperti saya minta ni, jadi saya
memang dah tahu macamana kerjanya”

- ” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan ini, dari zaman saya sekolah lagi”

- dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang tepat yang diberikan oleh calon.

Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di
sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya
amat diambil berat oleh penemuduga.

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya? Jadi jawapan anda seharusnya begini;
“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta
60
RLTKK Modul 1

mencari penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap keyakinan dan jati diri yang jitu, serta
berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu menerima sebarang maklumat dan tugasan
dengan baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk
mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya mampu meningkatkan produktiviti
organisasi/jabatan saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana setiap
kali melakukan tugasan besar, saya akan merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya
berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG
UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali, saya seorang pekerja yang berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara
untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon
terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh – contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk jawatan
yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang
saya berikan.

Sanggupkah anda ditugaskan ke mana-mana yang diperlukan?


Soalan ini memang biasa ditanya kerana sebagai seorang penjawat awam anda boleh ditempatkan di
mana-mana daerah, negeri sekalipun yang mana diperlukan. Apa yang perlu anda buat adalah, jawab
saja anda sanggup! Tidak semestinya anda dihantar jauh-jauh. Manatahu jika ada rezeki anda boleh
ditempatkan di tempat anda sendiri. Sesiapa yang mengatakan tidak sanggup atau berkata ”boleh
kot”, maka bolehlah dia mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya dalam sektor awam.

Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.


Ini soalan yang amat sering ditanya dalam mana-mana temuduga. Setiap alasan yang anda berikan adalah
amat penting untuk panel menilai cara pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan
dalam jawapan pastinya banyak membantu. Seorang bekas panel penemuduga pernah memaklumkan
bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah ada calon
pernah memberikan jawapan ini:
“Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"

Kata-kata sebegini adalah satu kesilapan besar dalam temuduga. Seolah-olah anda kurang
berminat dengan jawatan yang dipohon. Jangan cakap begitu ye...

61
RLTKK Modul 1

Sessi Seterusnya.
Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus:

1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.

2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa
bercakap

3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.

4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.

5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Ini adalah antara fokus utama panel penemuduga. Jadi, renung-renungkanlah.

Mengapa Nak Kerja Kerajaan?


Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang menghadiri
temuduga bagi sektor awam.

Adakah jawapan anda seperti ini?


” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya terjamin berbanding kerja swasta.”

atau
” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ayah saya juga kerja di sektor awam”
atau
” Saya datang je temuduga ini, manatahu ada rezeki”

Atau

”Banyak kelebihan jika saya dapat kerjakerajaan ini. Cuti banyak!”

atau

” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di
sektor awam”
8
62
RLTKK Modul 1

Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon apabila ditanya soalan cepuemas
ini. Adakah salah jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK, tapi kurang tepat atau
kurang sesuai.

Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini? Sebenarnya,
untuk soalan ini, bermacam-macam jawapan boleh diberikan oleh anda. Contoh – contoh
jawapan yang disyorkan adalah seperti berikut:
”Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:

1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam adalah merupakan satu


kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara, bangsa dan
agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan minat dan cita-cita saya sejak
zaman persekolahan lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari keluarga
saya terutamanya dari ibu dan ayah yang amat berharap saya berjaya memasuki
kerjaya di sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai
seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga akan berterusan mendapat peluang
untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang
diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan
banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya
perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang
bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.

4. Saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak
kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu
sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa
depan buat saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata”kerja kerajaan ini gaji
sikit je” tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika
berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta sebelum ini.

6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji.
Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan – kelebihan
lain seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP,
mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepada saya
untuk memasuki sektor awam.
63
RLTKK Modul 1

Bagaimana dengan jawapan – jawapan yang saya syorkan tersebut? Anda bersetuju? Jika
anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding jawapan ringkas yang
diberikan sebelum ini.

Kelemahan Calon Semasa Menjawab Soalan.


Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan calon bumiputera kita
dalam hal ini.
Antaranya :-
Tidak yakin dengan jawapan. Sebenarnya terdapat 3 jenis
soalan dalam temuduga, yang pertama soalan bentuk fakta,
soalan berbentuk pendapat dan soalan teknikal. (ada
dibincangkan sebelum ini).

Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas, bukan


fakta; keyakinan adalah amat penting. Keyakinan itu perlu
ditunjukkan melalui cara dan intonasi percakapan, impressi
wajah dan sedikit pergerakan tangan.

Seringkali calon kurang yakin ketika memberikan jawapan apabila ditanya soalan –
soalan sebegini. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,
"Awak sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"

Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Semasa sesi


temuduga, calon perlu menunjukkan minat untuk menyumbang dan minat untuk
belajar jika diterima ke dalam sektor awam. Jadi, tunjukkannya, dan bukannya sekadar
berkata "Ya, mungkin" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.
Contoh: Sekiranya saya dapat diterima masuk ke jawatan ini, saya akan berusaha untuk
memajukan, mengurus dengan lebih baik, dan..bla, bla, bla.....

Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bagaimana bakat calon untuk


diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang
punyai pengalaman kerja 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan
pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat yang mampu
membawa kemajuan.

Merendah diri. Benar, merendah diri/pemalu adalah satu sifat yang terpuji dalam
Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan
64
RLTKK Modul 1

diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup sekadar
menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatan yang dipohon.

Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa
temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga.
Anggap anda sedang berbual dengan rakan-rakan atau keluarga anda saja. Dengan
beranggapan seperti itu, anda akan lebih tenang semasa temuduga tersebut.

AKHIR TEMUDUGA.
Biasanya apabila masa dirasakan cukup, panel penemuduga akan menamatkan temuduga
tersebut. Akan tetapi sebelum itu panel biasanya akan bertanya “ anda ada apa-apa
soalan?”. Kebanyakan daripada calon tidak mengambil peluang ini untuk bertanya soalan.
Cubalah anda tanya mengenai peluang anda dalam sesi temuduga yang sedah selesai tadi.
Gunakan juga peluang itu untuk bertanya tentang pekerjaan/kementerian tersebut. Tunjukkan
kita komited dalam mengejar kerjaya di sektor awam.

Ini juga mampu merubah markah yang diberi oleh panel penemuduga tadi. Sesudah itu
bersalaman dan ucapkan terima kasih pada panel penemuduga. Katakanlah “kalau ada
rezeki kita berjumpa lagi.”

Yahooo!!! Temuduga Sudah Selesai...

65
RLTKK Modul 1

SELEPAS

TEMUDUGA
www.

66
RLTKK Modul 1

Temuduga dah selesai. Sudah pasti ianya satu kelegaan buat anda. Tak perlu fikir – fikir untuk
membuat persiapan temuduga lagi. Apa yang penting, selepas tamat saja temuduga, cubalah
ambil rehat. Tenangkan minda anda semula selepas membuat bermacam – macam persiapan
untuk menghadapinya sebelum ni. Akan tetapi, adakah selepas tamat temuduga anda tidak
perlu berbuat apa-apa lagi? Salah sebenarnya, apa yang perlu anda buat adalah:

Bedoa kepada Tuhan.


Anda telah mencuba yang terbaik, hasilnya serahkan sahaja kepada Tuhan yang
menentukannya. Berdoalah semoga anda memperoleh kejayaan dan seterusnya
memperolehi kerja yang diidam-idamkan. Dengan ini juga, ianya akan memberikan lebih
ketenangan dalam jiwa anda.

Bila Keputusan Temuduga Keluar?


Biasanya keputusan temuduga akan dikeluar dan dimaklumkan dalam tempoh sebulan
atau lebih selepas tarikh temuduga. Jadi, apabila genap sebulan atau lebih, anda boleh
mula menyemak keputusan temuduga anda. Ianya boleh dilakukan dengan:

1. Menyemak keputusan online di internet


Ini merupakan langkah yang mudah untuk menyemak keputusan temuduga anda.
Adakah anda berjaya atau gagal? Akan tetapi, kadang kala, keputusan secara online
ini dikemaskini agak lewat sedikit. Mungkin ianya lewat 1 hari, 2 hari atau
seminggu. Akan tetapi, usah risau! Keputusan temuduga tetap akan dikeluarkan.

2. Menghubungi jabatan/kementerian
Ya, dengan menghubungi pihak berkenaan, anda akan mendapat keputusan
temuduga anda lebih awal. Mungkin anda tahu lebih awal walaupun keputusan
online masih belum dipaparkan. Jika anda mahu keputusan temuduga dengan
cepat, inilah caranya. Akan tetapi, ada juga masa pihak yang dihubungi tidak
memberikan jawapan keputusan temuduga anda di atas sebab – sebab tertentu.

3. Menunggu surat makluman keputusan temuduga.


Sukar menggunakan internet? Atau tiada talian telefon? Anda boleh saja
menunggu keputusan temuduga anda diposkan ke alamat anda. Tapi sebenarnya
anda tidak boleh menunggu surat sampai ke pintu rumah anda. Bukan apa,
dikhuatiri surat anda sangkut di pejabat pos ke, hilang ke, lewat sampai ke. Jadi,
cuba semak online atau hubungi pihak yang berkenaan untuk mengetahui
keputusan temuduga anda dengan lebih awal.

67
RLTKK Modul 1

Keputusan Temuduga – Lulus? Gagal? Simpanan?


Inilah masa yang memang paling ditunggu – tunggu oleh calon yang telah hadir temuduga
kerja kerajaan. Di sinilah penentuannya. Biasanya, keputusan temuduga dari kerajaan
persekutuan akan terbahagi kepada 3 keputusan iaitu:

1. Berjaya – Tahniah! Anda telah berjaya mendapatkan kerja yang anda idam –
idamkan selama ini. Biasanya keputusan berjaya ini samada tetap atau kontrak.
Jika status kontrak sekalipun, anda tetap juga akan diserapkan ke lantikan tetap.
Bersiap sedialah untuk melaporkan diri ke tempat kerja baru anda. Biasanya, anda
akan diberikan surat panggilan melapor diri dalam masa 1 bulan atau lebih dari
keputusan temuduga dikeluarkan. Apapun ianya bergantung kepada
jabatan/kementerian yang akan anda masuk nanti. Tunggu surat panggilan lapor
diri. Jika tidak terima surat lapor diri, sila call pihak berkkenaan dengan segera.
Usah diam saja! Dirisaukan orang lain dah start kerja, anda masih duduk di rumah
tertunggu – tunggu panggilan lapor diri.

Semasa ini jugalah anda perlu merancang bagaimana untuk:


Berhenti kerja semasa – maklumkan pada bos, buat surat siap – siap untuk
resign. Ini penting supaya tugas semasa anda dapat diselesaikan dengan baik
dan tidak menyusahkan bos anda.

Bagaimana dengan keluarga anda? Adakah ianya mempengaruhi keluarga


anda? Adakah anda perlu berpindah nanti? Saya nasihatkan anda lapor diri
dan lihat di manakah anda akan ditempatkan nanti.

Sediakan wang belanja untuk tempoh 3 bulan. Apabila anda mula masuk ke
dalam sektor awam, paling lama anda akan menerima gaji pertama selepas
3 bulan. Jadi, be prepare....Sekarang paling cepat bulan ke-2 anda bekerja
baru anda akan terima gaji pertama anda.

Mula mencari tempat tinggal baru – sekiranya sudah diberi penempatan


kerja. Bergantung di mana anda akan ditempatkan.

Bagaimana untuk sesuaikan diri dengan tempat dan persekitaran kerja yang
baru – ini tak penting sangat pun...Pandai bawa diri sudah la.

68
RLTKK Modul 1

2. Calon Simpanan - ini adalah mereka yang telah menghadiri temuduga di SPA dan
mendapat result sebagai calon simpanan. Ini bermakna mereka tidak gagal 100%
dalam temuduga yang dijalankan, tetapi masih juga belum berjaya. Mereka ini boleh
dianggap telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor
awam.

INGAT! Sebelah kaki saja. Belum kesemuanya..Calon simpanan ini akan diserap ke
dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga
sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan. Maknanya dia taknak bekerja dengan
kerajaan la walaupun dah berjaya temuduga..

Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini
untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon
simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah
alkisahnya….

Atau ada kes – kes tertentu…calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam
perkhidmatan awam. Contohnya: PM arahkan mereka yang berstatus ‘calon
simpanan’ diberikan kerja serta - merta ataupun terdapat keperluan kakitangan
yang segera di jabatan/kementerian tertentu.

Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi
masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada
dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak. Jika
mereka dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, tahniah diucapkan.
Mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status TETAP atau
Kontrak SPA. Kedua – dua status ini adalah baik untuk mereka di mana kedua –
duanya berjaya memasuki sektor awam. Yang kontrak SPA ini biasanya akan
ditukarkan kepada status TETAP dalam masa setahun perkhidmatan.

Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan
diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki…. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan
setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.

Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah lebih setahun
menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk mereka. Pada pandangan saya,
peluang calon simpanan ini untuk diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari
50%.

69
RLTKK Modul 1

Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak,
mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. Mereka boleh menghadiri
mana – mana temuduga lain yang dianjurkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta.
Usah berharap 100% untuk diterima memasuki sektor awam dalam masa menunggu
tersebut. Kadang kala, jika mereka bernasib baik, mereka berjaya mendapatkan
jawatan di sektor awam yang lain. Jika perlu mengemaskini borang permohonan
SPA semula, sila kemaskinikan. Tiada masalah..

Itulah serba sedikit mengenai calon simpanan. Jika anda mendapat keputusan
sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah satu kejayaan juga buat anda.
Jika ada rezeki, anda akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain
masa. Dan simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh
digunakan sekiranya anda dipanggil temuduga lagi di lain – lain masa. Anda boleh
menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan tersebut untuk rujukan/tatapan
panel penemuduga pada masa akan datang. Ini mampu mempengaruhi emosi panel
yang menemuduga anda di lain masa nanti. Manatahu dia berkata “Wah! Calon ini
dah berjaya menjadi calon simpanan rupa – rupanya…Bolehla tolong sikit…”.

3. Gagal – Ini bermakna anda memang gagal dalam temuduga tersebut. Terimalah
kenyataannya. Usah kecewa, lain masa cuba lagi. Sekali gagal bukan bermakna
anda akan gagal lagi buat selama – lamanya. Cuba perbaiki diri anda lebih lagi. Dan
cuba baca ebook ini berulang kali dan praktikkan apa yang dipelajari.

”Jadikan kegagalan itu sebagai satu batu loncatan


ke arah kejayaan yang sebenarnya.”

70
RLTKK Modul 1

Salah Anggapan Calon-Calon Penemuduga..


Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik semasa temuduga dan
berasa yakin akan lulus temuduga tersebut sekiranya kita:

1. Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma mahupun Sijil


Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA 4.0 yang dicari
oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan
untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma
membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil
menghadiri temuduga. Jika kita memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan
tetapi jika tidak "perform" semasa sesi temuduga, kita juga boleh gagal. Ramai calon
yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan, termasuklah
saya sebelum ini...heheheheh

2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap Semasa Temuduga


Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan
tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena
mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk
padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap
apa yang kita ucapkan haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh
panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi "chances" Untuk Lulus Temuduga


Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu
program realiti seperti AF akan berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga
dengan temuduga, tidak semestinya kita akan lulus temuduga tersebut walaupun kita
ditemuduga dalam 30 - 45 minit. Semuanya bergantung kepada kualiti persembahan
temuduga tersebut samada dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri
kita, kelayakan kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain lagi.

4. Ada Surat Sokongan/Kabel


Sekiranya kita memiliki kabel ataupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang
ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang
menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang
menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja
kerajaan. Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga kita menggelabah dan
gagal menawan hati panel penemuduga.

71
RLTKK Modul 1

Daripada pemerhatian saya, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut
adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman.
Apa yang saya tahu, melalui temuduga persekutuan, boleh dikatakan tiada calon yang
menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut
memang benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita mahukan pekerjaan
yang tetap secara halal dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat
pekerjaan tetap secara tidak bersih dan tidak jujur?

5. Senang Je Soalan Yang Ditanya.


Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yang ditanya kita akan lulus temuduga
tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat menjawab soalan tetapi berjaya dalam
temuduga tersebut. Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun
kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya..Jika soalan ditanya contohnya
"Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab - Najib? Fikir-fikirkan lah
cara anda menjawab yang sesuai...

6. Panel Penemuduga Sukakan Saya


Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita
akan berjaya. Belum tentu...Ini semua taktik je..Tetapi tidak dinafikan juga jika panel
penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria. Ada
2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar disukai atau mereka sekadar
menjaga hati kita saja. Jadi jangan la gembira sangat yer...

Tidak salah kita beranggapan bahawa kita akan berjaya berdasarkan dengan anggapan-
anggapan yang telah dinyatakan di atas. Ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dan
berfikiran positif selalu.

Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak jika keputusan yang keluar adalah
mengecewakan!! Frust menonggeng pula kita kan..Jadi walauapapun, kita hendaklah
membuat yang terbaik untuk sesi temuduga tersebut dan jangan lupa berdoa kepada
tuhan semoga kita akan memeperoleh kejayaan dalam temuduga tersebut.

Tips – tips motivasi

Tidak dapat dinafikan bahawa motivasi amat penting di kala menghadapi temuduga ini.
Dari tinjauan yang dibuat, ramai calon temuduga bagi kerja kerajaan lemah motivasinya
semasa menghadiri temuduga, terutamanya bagi mereka yang baru saja menamatkan
pengajian samada di sekolah mahupun di universiti. Temuduga tersebut merupakan
temuduga yang pertama dihadapi mereka. Sudah tentu mereka merasa takut, bimbang,
gugup, dan bermacam-macam lagi perasaan negatif yang melanda fikiran. Mereka risau:

72
RLTKK Modul 1

Jika tidak dapat menjawab soalan yang ditanya


jika soalan yang ditanya terlalu teknikal
panel menanyakan soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya

panel bertanya mengenai pengalaman mereka dalam bidang pekerjaan padahal


mereka langsung tiada pengalaman bekerja
tidak dapat bercakap seperti seorang pemidato yang hebat yang menggunakan
”body language”
takut dimarahi oleh panel penemuduga jika menjawab salah
dan bermacam-macam lagi perasaan negatif yang lain

Menghilangkan rasa nervous /gugup/gemuruh


Bagaimana ingin menghilangkan rasa nervous atau gugup/gemuruh semasa menghadiri
temuduga kelak. Apa yang anda perlu buat sekiranya nervous adalah:

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada
matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang
dengan biasa - fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel
penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan
jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi
keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan.
Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa
lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.

4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di
dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.

5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang
yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan
menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan
berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang
tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin.
73
RLTKK Modul 1

PENUTUP
Itu sajalah yang dapat saya kongsikan untuk anda manfaatkan apabila anda menghadiri
temuduga bagi permohonan kerja kerajaan kelak. Apa saya sampaikan ini hanya merupakan
panduan kepada anda. Ebook ini disediakan khas bagi mereka yang benar-benar berminat
untuk berkhidmat dengan kerajaan dan akan membantu mereka yang akan ditemuduga .

Apapun, saya hanya menyampaikan, Tuhan yang menentukannya. Bacalah ebook ini
berulang kali semoga anda mendapat manfaat darinya. Apa yang dibaca hendaklah
dipraktikkan supaya ianya memberikan kesan kepada anda.

Bagi anda yang membaca ebook ini, fikirkanlah hala tuju dan masa depan anda. Ke
manakah akan anda pergi? Jangan memikirkan kerjaya di sektor swasta sebagai pilihan
utama. Yang penting anda berminat bekerja dengan kerajaan, dan keuntungan yang bakal
anda perolehi daripadanya.

Sekian saja daripada saya, salam sukses kepada anda.

Yang Ikhlas,

JAMALUDDIN
Founder “kerja-kerajaan.com”
“Berubah Demi Masa Depan”

74
RLTKK Modul 1

70

TERIMA KASIH

75
RLTKK Modul 1

INFO TAMBAHAN

Ikuti tips – tips temuduga tambahan dari masa ke semasa di blog


http://www.kerja-kerajaan.com/blog/

Saya akan sentiasa cuba meng’update’ kan info – info terkini berkenaan temuduga
kerja kerajaan di di blog tersebut.

Jika anda ingin belajar menghasilkan resume yang terbaik untuk mencari kerja tak kira
kerajaan dan swasta, panduan di bawah mampu membantu anda.

-->kerja-kerajaan.com/resumekerja

72

76

Anda mungkin juga menyukai