Anda di halaman 1dari 3

2.

0 Pernyataan masalah

1.1 Isu salah faham terhadap agama Islam :

Isu Hina Rasulullah


Selain itu, terdapat banyak juga salah faham yang timbul berkaitan dengan
isu menghina Rasulullah SAW. Melalui media sosial misalnya, banyak yang
dapat kita temui unsur-unsur penghinaan terhadap baginda secara lisan
mahupun dengan perbuatan. Antaranya ialah melalui status di media sosial
seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’ dan keratan akhbar dimana golongan ini
sering dilihat melakukan hal demikian, mengatakan Rasulullah seorang yang
pedofilia hanya kerana baginda berkahwin ramai sedangkan umum
mengetahui bahawa tujuan asal Rasulullah melakukan sedemikian hanyalah
kerana ingin membantu wanita-wanita yang jelas dalam kesusahan dan juga
merupakan suruhan Allah SWT.

Justeru, sebagai umat Islam kita haruslah mengambil langkah proaktif untuk
mencegah hal deimikian daripada berlaku lagi kerana agama kita; Islam
harus dijaga dengan bersungguh-sungguh bahkan berperang juga dihalalkan
demi menjaga agama Islam daripada terus ditindas. Hal ini menunjukkan
betapa peri pentingnya tugas kita sebagai umat Islam untuk menjaga
keharmonian dan kemakmuran agama Islam.
6.0 Dapatan Kajian

Bahagian D : Isu Hina Rasulullah SAW

Isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW ini bukanlah isu yang baru. Ianya berlaku bahkan
dari zaman Rasulullah SAW lagi dimana Nabi sering disalah erti dan dikeji serta beberapa
penderaan fizikal turut berlaku keatas baginda. Hal ini terjadi dek kerana salah faham
golongan bukan Islam yang lebih memilih untuk menghukum daripada memahami. Tidak
dapat dipertikai juga, hal ini berterusan hingga ke zaman sekarang kerana mengambil
daripada firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud tidak akan berakhir
penghinaan terhadap agama Islam daripada kaum Yahudi sehingga kiamat.

a) Hasil Kajian
Berdasarkan isu tersebut, terdapat beberapa hasil kajian yang saya dapati iaitu
melalui keratan akhbar dan keratan ‘screenshot’ daripada internet seperti di
‘Facebook’ dan ‘Twitter’ misalnya.

Terdapat keratan akhbar dimana ia membincangkan tentang isu ini harus dibanteras
dengan sesungguhnya agar keharmonian agama khususnya di negara kita, Malaysia
dapat dipelihara. Sebagai contoh, di Kelantan, Kerajaan Parti Agama Semalaysia
(PAS) menyarankan supaya kerajaan menggubal undang-undang dan hukuman
yang lebih keras ke atas mereka yang menghina Nabi Muhammad dan menyentuh
sensitiviti agama.

Dalam usaha membentuk sikap hormat-menghormati berteraskan nilai kesopanan


dan kesusilaan, Kementerian Pendidikan juga disaran menilai dan menerapkan
pendidikan berteraskan prinsip hormat menghormati dalam silibus pendidikan.
kerana langkah tersebut dapat memberikan pengetahuan dan pendedahan
sewajarnya kepada pelajar.

Melalui keratan akhbar itu juga, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
berkata polis sudah menerima 929 laporan berhubung kes penghinaan terhadap
Islam, Nabi Muhammad serta isteri baginda, Saidatina Aisyah, di seluruh negara.

Susulan itu, polis juga telah menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga
pemilik akaun ‘Twitter’ ‘Alvin Chow’, selepas memuat naik komen jelik terhadap
agama Islam dan Nabi Muhammad.
Rajah 1

b) Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa Isu Hina Nabi Muhammad SAW
bermula daripada salah faham dan mentaliti masyarakat bukan Islam khususnya
yang lebih cenderung untuk melihat perspektif negatif terhadap agama Islam secara
holistik sejak dari dulu lagi. Hal ini malah berterusan hingga ke hari ini kerana
kurangnya kesedaran dalam golongan mereka untuk lebih memahami kenapa
sesuatu perkara itu boleh berlaku seterusnya mendorong mereka untuk menghukum
dan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW khusunya secara membuta
tuli serta tanpa mempedulikan sensitiviti agama lain.

Tuntasnya, isu hina nabi ini haruslah dibanteras agar tidak timbul salah faham dan
kekelirua khususnya kepada anak muda pada masa hadapan serta keharmonian
negara dan sensitiviti antara agama dapat dijaga. Sebagai umat Islam juga, kita
sewajarnya membanteras hal ini daripada terus berlaku kerana tanpa kita, siapa lagi
yang mampu diharapkan. Namun, cara membanteras juga haruslah dilakukan secara
berhikmah agar tidak berlaku sebarang kejadian yang dapat menggugat agama
Islam dan keharmonian negara.

Anda mungkin juga menyukai