Anda di halaman 1dari 15

97

LAPORAN PROJEK DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA

PEMILIHAN & PENYEDIAAN MAKANAN SEIMBANG KANAK-


KANAK

YANG POW CHIN

PPT/JPK/16/B/MT/PF/02022
PENDIDIKAN & PENJAGAAN AWAL KANAK-KANAK
CC-011-4:2012
98

PENGESAHAN LAPORAN PROJEK

TAJUK PROJEK : PEMILIHAN & PENYEDIAAN MAKANAN


SEIMBANG KANAK-KANAK

DUTI / CU BERKAITAN:
PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK AWAL DAN KESIHATAN &
PEMAKANAN (CHILD CARE CENTRE AND HEALTH & NUTRITION)

Saya membuat akuan bahawa hasil laporan projeak dibuat dengan mempratikkan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang berdasarkan kepada
pengalaman serta kemahiran tanpa meniru dari mane-mane sumber.

TANDATANGAN PEMOHON :

NAMA : YANG POW CHIN

NO. KAD PENGENALAN : 740413-14-5974

TARIKH : 13 NOVEMBER 2016

” Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya,

Laporan ini adalah mencukupi dari skop dan kualiti bagi tujuan penganugerahan

Persijilan Kemahiran Malaysia”

TANDATANDAN PP-PPT :

NAMA :

NO. KAD PENGENALAN :

TARIKH :
99

PENGHARAGAAN

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada pegawai penilai

PPT saya, Puan Mahanom Binti Basri yang telah banyak memberi bimbingan dan

nasihat kepada saya untuk menyiapkan projek ini dengan penuh kesabaran. Terima

kasih kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kerana memberi peluang

kepada saya memperolehi Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dengan

penyediaan Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT) ini. Kepada

Puan Hajah Mariani Mohamed Saad yang banyak memberi sokongan dan dorongan

yang kuat sepanjang kajian ini dijalankan. Kepada semua rakan-rakan seperjuangan

yang secara langsung atau tidak langsung dalam memberi idea-idea dan cadangan.

Segala tunjuk ajar, nasihat dan panduan tidak akan saya lupakan.
100

ABSTRAK

Pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh badan sejak daripada kecil

lagi. Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan

mencegah penyakit. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk meninjau

sejauhmanakah kesedaran kanak-kanak taska dan prasekolah terhadap amalan

pemakanan seimbang. Skop yang dikaji dalam kajian ini ialah menentukan tahap

pengetahuan pengurus taska dan prasekolah terhadap pemakanan seimbang, meninjau

faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pemakanan kanak-kanak, menentukan

tahap kesedaran kanak-kanak terhadap amalan pemakanan seimbang serta

mengenalpasti hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dengan amalan

pemakanan seimbang.

Penyediaan dan pengendalian makanan di prasekolah teratur dan selamat adalah amat

penting kerana ianya berkait secara langsung dengan pemberiaan makanan seimbang

yang menyumbang kepada kesihatandan kesejahteraan kanak-kanak. Sehubungan ini,

peraturan dan prosedur dalam penyediaan dan pengendalian makanan kanak-kanak

perlu dipatuhi dan dititikberatkan demi mencapai matlamat tersebut.

PENGENALAN

Pemakanan adalah komponen penting untuk mengekalkan kesihatan dan perlu

dimulakan dari peringkat bayi lagi. Amalan pemakanan yang optimum di kalangan

bayi dan kanak-kanak adalah diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan

perkembangan yang optimum dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan sosio emosi.
101

Bayi dan kanak-kanak yang dihantar ke Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)/

prasekolah menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sini. Oleh itu, TASKA/

prasekolah merupakan satu persekitaran yang dapat memberi dan menggalakkan

fizikal serta mental yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak. Selain itu, amalan

makan secara sihat yang dipupuk di TASKA/ prasekolah sejak kecil dapat membantu

kanak-kanak mengamalkannya sehingga ke peringkat dewasa. Oleh itu, pengendali

TASKA/ guru prasekolah memainkan peranan yang penting dalam memastikan

kanak-kanak yang berada di TASKA/ prsekolah memperolehi makanan yang

berkhasiat dan dapat memenuhi keperluan pemakanan mereka.

OBJEKTIF

 Menyediakan menu sihat di TASKA/ Prasekolah.

 Menyebarkan pengetahuan pemakanan mengikut kumpulan sasar seperti kanak-

kanak, ibu bapa, guru dan pengasuh TASKA.

 Meningkat kemahiran penyediaan makanan sihat melalui latihan/ kursus yang diberi

kepada ibu bapa, guru dan pengasuh TASKA.

Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak

menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak

menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan

kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan

penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang

memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan

makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada
102

mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar

dalam soal kesihatan.

KEPENTINGAN PERTURAN DAN GARIS PANDUAN DALAM


PENYEDIAAN MAKANAN KANAK-KANAK DI TASKA DAN
PRASEKOLAH

Pihak Taska atau Prasekolah memastikan pemberian makanan yang bersih, berzat

dan seimbang kepada kanak-kanak.Ianya bagi menjamin tumbesaran yang

sempurna kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta

mengelakkan penyakit. Meningkatkan amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang


103

dikalangan kanak-kanak. Menyelaras dan menyelenggarakan pendidikan kesihatan

dan pemakanan secara dan tidak langsung.Mengendalikan dan maengamalkan tabiat

sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalanamalan murni yang berkaitan

dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.

Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi.

Daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap. Prinsip

4 1. Jenis dan kuantiti makanan yang diberi mesti memenuhi keperluan nutrien

harian terutamanya protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C. 2.

Makanan daripada sumber haiwan seperti daging, ternakan, ikan dan telur perlu

diberikan setiap hari kerana ia adalah sumber utama zat besi dan zink. Elakkan

memberi putih telur kepada bayi. Diet yang tidak mengandungi sumber haiwan tidak

dapat memenuhi keperluan nutrien pada peringkat umur ini melainkan sekiranya

produk atau makanan yang diperkaya atau suplemen nutrien digunakan. 3. Produk

hasil tenusu adalah kaya dengan sumber kalsium dan pelbagai nutrien lain. Bagi

kanak-kanak kecil yang berumur enam bulan ke atas dan tidak menyusu susu ibu,

susu daripada sumber lain perlu diambil setiap hari. Sekiranya pengambilan

makanan daripada sumber haiwan lain adalah mencukupi, amaun susu yang

perlukan ialah ~200 – 400 ml/hari. Jika tidak, jumlah susu yang diperlukan ialah

~300 – 500 ml/hari. Sekiranya bayi diberi rumusan bayi dan makanan daripada

sumber haiwan lain, amaun susu yang diperlukan pada umur 6-12 bulan ialah ~300

– 500 ml/hari. Jika diet bayi tidak mengandungi makanan daripada sumber haiwan,

amaun rumusan bayi yang diperlukan adalah ~400 – 550 ml/hari. Jenis susu yang

boleh diberi termasuk rumusan bayi, rumusan susulan, susu penuh krim dan susu

suhu ultra tinggi atau susu U.H.T. Susu segar mentah tidak disyorkan. 4. Sekiranya
104

susu dan makanan daripada sumber haiwan tidak dimakan dengan mencukupi,

sumber kekacang dan bijirin perlu diambil setiap hari, sebaik- baiknya dalam satu

hidangan yang sama bagi menjamin kualiti protein yang mencukupi. 5. Buah-

buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C harus

dimakan setiap hari.

KEPENTINGAN PERATURAN DAN GARIS PANDUAN DALAM


KEBERSIHAN DI DAPUR DAN KEPENTINGAN TASKA DAN
PRASEKOLAH PERLU ELAKKAN

Elakkan dari menyediakan makanan di kawasan berhampiran tandas. Penyimpanan

makanan mentah di dalam almari hendaklah dilakukan dengan baik bagi mengelakkan

dari serangan haiwan kacau ganggu terutama tikus. Manakala penyimpana makanan

dalam peti ais hendaklah dilakukan dengan betul bagi mengelakkan kontaminasi

lintang (cross contamination) dengan makanan yang sedia di makan (ready to eat food).

Pastikan penyediaan makanan dibuat dengan betul dan bersih. Pastikan makanan atau

susu dihidangkan atau diberi terus kepada kanak-kanak selepas disediakan.

Penyimpanan melebihi 4 jam dan dalam keadaan yang tidak sempurna boleh

menyebabkan kuman membiak di dalam makanan atau susu.

Pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan Tifoid dan telah mengikuti kursus

pengendalian makanan. Sentiasa pastikan pengendali makanan tidak menghidap

sebarang penyakit yang boleh direbakkan melalui penyediaan makanan dan minuman;

seperti cirit-birit, kudis dan luka di tangan dan sakit tekak.


105

Jangan benarkan haiwan berada di premis. Bulu dari kucing atau anjing boleh

menyebabkan alahan kepada kanak-kanak tertentu. Haiwan yang tidak dijaga dengan

baik atau tidak diberi rawatan tertentu boleh merebakkan kuman kepada manusia.

KEBERSIHAN DI DAPUR TASKA DAN PRASEKOLAH

Dapur : Lantai selalu bersih dan kering ,sinki ada sabun pencuc,ada sediakan almari

penyimpanan makanan masak dengan keadaan bersih, tong sampah ada berlapik

plastic.

1.2 Latar belakang masalah

Semua pihak perlu mengambil serius pengabaian budaya pemakanan sihat


terutamanya di kalangan pelajar taska dan prasekolah di negara ini. Melihat situasi
sekarang, pelajar taska dan prasekolah sudah terdedah kepada makanan ringan. .
Pelajar terdedah kepada bahaya akibat budaya pemakanan tidak sihat dan pastinya
mengancam kesihatan, bahkan memberi kesan kepada pemikiran pelajar. Ia juga satu
pembaziran apabila duit yang dibekalkan oleh ibu bapa kepada pelajar 'hangus'
dibelanjakan semata-mata untuk membeli makanan ringan. Pelajar sepatutnya dijaga
pemakanan mereka dan dipastikan mereka hanya makan makanan yang terbaik untuk
kesihatan seperti buah-buahan, sayuran, susu segar serta banyak minum air masak.

Kebanyakan makanan ringan ketika ini sedikit khasiatnya, tinggi kadar gula,
pewarna dan perisa tiruan dan selalunya mengakibatkan ketagihan serta pelbagai
penyakit seperti kerosakan gigi, obesiti serta menyebabkan kegagalan fungsi buah
pinggang. Kesan awal pengambilan makanan ringan ini dapat kita lihat di sekolah
apabila pelajar kelihatan lesu tidak bermaya, mudah letih, tidur dalam kelas dan tidak
berasa segar serta bersemangat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Menurut
Mohamad (2006), perkembangan intelek juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan yang
baik. Pelajar yang kurang darah selalu tidak aktif, akan sentiasa letih dan mengantuk
dan mungkin menyebabkannya kurang menumpukan perhatian kepada pelajarannya
dan dengan itu, tidak maju dalam pelajarannya. Oleh itu, zat pemakanan yang baik
diperlukan untuk menjana perkembangan minda yang baik kepada pelajar.
106

Justeru itu, semua pihak haruslah dapat memainkan peranan masing-masing


dalam menjaga kesihatan pelajar dan ibu bapa perlulah mendidik anak mereka untuk
sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan mengelakkan diri dari mengambil
makanan yang tidak berkhasiat.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara
ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh

badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga

kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi

pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu,

wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil

di Malaysia, semua bayi harus disusukan dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga

berusia enam bulan. Makanan pelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan

sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun. Pemberian

makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil seharusnya tepat pada masa, mencukupi,

selamat dan sesuai untuk dimakan. Ia boleh dicapai dengan mengaplikasikan sembilan

garis panduan berikut.

Prinsip Pemberian Makanan

Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam

bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur enam bulan (180 hari) di samping

meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur dua tahun. Mulakan pemberian

makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila
107

berusia enam bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan

sehingga bayi berumur dua tahun. Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi

keperluan tenaga. Tingkatkan amaun makanan mengikut umur. Beri pelbagai jenis

makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan,

telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap. Ubah tekstur serta cara

penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan

dengan perkembangan serta keupayaannya. Tingkatkan kekerapan pemberian

makanan mengikut umur. Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan

menggunakan prinsip penjagaan psikososial. Amalkan penyediaan, pengendalian dan

penyimpanan makanan secara selamat. Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak

lebih air dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap
108

Kata kunci : Pemakanan seimbang, pengetahuan, amalan pemakanan

seimbang, kesedaran.
109

Cara mengatasi

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh

badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara

ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik

dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih

baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk

menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan

manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.

Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai

kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah

mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan

oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak

terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama

aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu

diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.


110

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak

cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang

dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal

berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan

individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan

aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah

dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan

menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih

ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara

ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua

mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya


111

Rujukan

http://www.bharian.com.my/

https://www.slideshare.net/JessWongHuiJuan1/garis-panduan-menu-taska-
kkm

http://nutrition.moh.gov.my/pemakanan-di-taska-prasekolah/

http://amazingnara.com/bapa-kecewa-pengusaha-taska-hidang-makanan-
menyedihkan-untuk-kanak-kanak/

Anda mungkin juga menyukai