Anda di halaman 1dari 3

MODUL AKTIVITI

AKTIVITI 1

NAMA : Siapa Saya ?

BAHAN : Kertas A4, Pen

KAEDAH :

1. Fasi mengarahkan para peserta supaya duduk dalam satu bulatan yang besar.
2. Fasi mengedarkan kertas A4 dan pen kepada semua peserta.
3. Fasi mengarahkan peserta untuk melukis muka masing-masing dan menulis ciri-ciri
yang ada pada diri, kemudian lipatkan kertas tersebut.
4. Fasi mengumpulkan semula kertas dari semua peserta.
5. Fasi mencabut 1 kertas secara rawak, membaca kertas tersebut, dan menunjukkan
lukisan tersebut kepada semua peserta.
6. Fasi akan memilih peserta lain secara rawak untuk meneka siapakah individu
tersebut.

RASIONAL :

1. Supaya para peserta lebih mengenali antara satu sama lain.


2. Membina hubungan silaturrahim antara peserta apabila mereka mengenali antara
satu sama lain.
AKTIVITI 2

NAMA : Tag Nama

BAHAN : Botol, tali rafia, marker

KAEDAH :

1. Fasi mengedarkan botol, tali rafia dan marker kepada para peserta.
2. Fasi mengarahkan para peserta supaya menulis nama dan nama kumpulan pada
botol yang diberikan.
3. Botol tersebut hendaklah dipakai sepanjang kem berjalan.
4. Sekiranya pelajar melakukan kesilapan, sebagai hukuman botol tersebut akan diisi
dengan air

RASIONAL :

1. Nama pada botol melambangkan identiti.


2. Botol yang besar melambangkan betapa besarnya tanggungjawab yang digalas
sebagai pengawas/pemimpin.
3. Botol yang diisi air diibaratkan nama yang tercemar sekiranya melakukan kesilapan.
Oleh itu, untuk menjaga nama baik, pelajar hendaklah sedaya upaya mengelak dari
melakukan kesilapan.
AKTIVITI 3

NAMA : Zathuji

BAHAN : dadu, kapur, soalan

KAEDAH :

1. Fasi melukis 20 segi empat, seperti yang terdapat dalam permainan ular dan tangga.
Setiap segi empat tersebut akan dilabel 1-20. Setiap nombor tersebut diwakili oleh
soalan/situasi yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan.
2. Fasi memberikan dadu kepada wakil kumpulan, dan wakil kumpulan akan membaling
dadu tersebut.
3. Contohnya, dadu tersebut memaparkan no 2, jadi wakil kumpulan akan bergerak ke
segi empat bernombor 2. Soalan no 2 juga akan diberikan kepada kumpulan tersebut
untuk diselesaikan bersama-sama.
4. Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, kumpulan tersebut perlulah
menjalani hukuman sebelum membaling dadu yang seterusnya.
5. Kumpulan yang pertama sampai ke segi empat bernombor 20 dikira sebagai
pemenang.

RASIONAL :

1. Melatih peserta supaya berfikir secara kreatif.


2. Memupuk sikap bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Anda mungkin juga menyukai