Anda di halaman 1dari 6

Bahagian B : Penulisan Reflektif Berdasarkan hasil pelaporan di atas, anda diminta bincangkan sejauh manakah penglibatan Guru Biasa

sebagai Guru Pembimbing dalam aspek mengenalpastikan masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar. Mohd Aziz Shah Mohd Arib dan rakan-rakan (dlm Buku Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling,2009. m.s 10) menyatakan bimbingan adalah satu proses memberi bantuan, tunjuk ajar, nasihat, membimbing dan sebagainya untuk mencapai matlamat tertentu yang telah ditetapkan lebih awal. Lester.D. Crow and Alice Crow(1962) dalam Guidence of India, n.d. m.s 3, menyatakan bimbingan sebagai Guidance is an assistance made available by personally qualified and adequately trained men or women to an individual of any age to help them manage their own life activities, develop their own points of view, make their own decisions, and carry out their own burden. Benner,1954 (dlm Education psychology,1993. m.s 312) menyatakan bimbingan

sebagai satu proses membantu individu untuk mengenalpasti pasti fizikal, sosial, intelek, dan kebolehannya. Di samping itu, bimbingan juga membantu dalam mengetahui kondisi, keperluan dan peluang bagi sesuatu situasi yang dihadapi untuk mengambil keputusan yang bijak dan mengambil tindakan yang sesuai bagi sesuatu keperluan, masalah atau peluang. Tolbert (dlm. Guidance And Counselling In Colleges And Universities, 2009. m.s 16) menyatakan bimbingan sebagai adalah satu program atau aktiviti yang berkait dengan pendidikan yang digunakan untuk membantu individu dalam membuat atau mengambil langkah yang sesuai untuk mencapai kepuasan dalam semua aspek kehidupan harian. Bimbingan bukan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru tetapi ianya sebahagian dalam pendidikan. Yee (1997) dalam Buku Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling, 2009, m.s 12 menyatakan bimbinga ialah bantuan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa supaya dapat membuat perubahan dan penyesuaian tingkah laku yang perlu. Ia adalah satu proses yang bersinambungan mengikut susunan dan bersifat mendidik. Secara keseluruhannya, bimbingan boleh didefinisikan sebagai satu proses pemberian bantuan kepada individu agar mampu memahami dan menerima diri dan lingkungannya, mengarahkan diri, dan menyesuaikan diri secara positif dan konstruktif terhadap tuntutan norma

kehidupan seperti agama dan budaya, sehingga mencapai kehidupan yang bermakna iaitu berbahagia, baik secara personal mahupun sosial. Peranan guru biasa sebagai guru pembimbing Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1960. Kementerian telah menyarankan untuk menempatkan guru kerjaya yang dapat membimbing murid dalam aspek bimbingan dan vokasional. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah berkembang secara-secra sedikit demi sedikit sehingga hari ini. Kini kebanyakkan sekolah telah memiliki bilik bimbingan dan kaunseling serta guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor yang terlatih. Di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai guru kaunseling, guru biasa pula berperanan sebagai guru pembimbing. Guru biasa memainkan peranan penting dalam membantu muridmurid yang memerlukan bimbingannya. Salah satu perkara yang boleh dilaksanakan oleh guru biasa sebagai guru pembimbing ialah mengumpul maklumat peribadi murid. Dengan mengumpul maklumat peribadi murid, guru dapat mengetahui latar belakang murid, taraf sosio ekonomi keluarga murid, latar belakng tempat kediaman murid dan sbegainya. Perkara-perkara asas seperti ini membantu guru untuk memahami muridnya secara lebih mendalam dan dapat merangka satu bimbingan yang effektif dan bersesuaian bagi murid tersebut. Guru biasa juga berperanan dalam mengesan masalah akademik murid. Murid akan menghadapi masalah untuk mengikuti jika berada dalam situasi yang baru. Hal ini selalunya berlaku terhadap murid yang bertukar sekolah. Murid akan menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan dirinya dalam situasi yang baru. Untuk membantu murid tersebut guru boleh memperkenalkan murid tersebut kepada murid-murid yang lain. Kemudian, guru juga boleh bantu murid tersebut untuk mencari rakan. Selain itu, guru juga boleh mengadakan permainan ice breaking untuk membantu murid tersebut bergaul dengan murid-murid yang lain. Di samping itu, masalah akademik juga berlaku apabila diperkenalkan dengan

kurikulum dan sukatan yang baru. Murid akan menjadi keliru apabila mereka tidak dapat memahami sistem yang baru. Perkara ini selalu berlaku kepada murid tahun tiga yang melangkah ke tahun empat. Subjek-subjek yang akan dibelajari dalam tahun adalah berbeza dengan tahun tiga. Untuk membantu murid-murid tersebut guru-guru boleh mengadakan

minggu orientasi. Dengan adanya minggu orientasi murid akan dapat memahami struktur pelajaran dengan lebih mudah. Guru biasa atau guru kelas berperanan sebagai guru pembimbing untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid. Guru kelas boleh mengetahui bahawa murid berada dalam sesuatu masalah jika keputusan akademiknya merosot secara tiba-tiba. Guru juga boleh mengetahui seseorang murid itu mempunyai masalah jika keputusannya selalu lemah. Untuk mengatasi masalah sebegini guru biasa boleh mengadakan satu perbualan dengan murid tersebut untuk mengatahui masalah yang dihadapai secara lanjut. Selain itu, untuk meningkatkan prestasi akademik murid secara keseluruhan guru harus merancang pengajaran lebih awal lagi. Guru juga harus mewujudkan satu situasi yang membuat murid berasa selesa untuk belajar. Guru juga bertanggungjawap untuk memberi bimbingan dan kesedaran tentang bertapa pentingnya pencapaian akedemik serta menanam sikap suka belajar dalam diri murid untuk mencapai objektif yang diinginkan. Selain mengesan masalah akademik guru biasa juga boleh mengesan masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah. Salah satu masalah murid yang mudah dikesan oleh guru ialah masalah kehadiran murid. Murid yang sering tidak hadir sekolah melibatkan dirinya dalam gejala memonteng. Apabila seorang sering memonteng, guru boleh memerhati perubahan murid tersebut dari segi tingkah laku dalam diri murid. Peluang untuk murid melibatkan diri dalam gejala-gejala negatif seperti menagih dadah, vandalisme dan sebagainya adalah tinggi dalam kalangan murid yang suka memonteng sekolah. Guru biasa juga berperanan untuk merujuk perkara ini kepada pihak atasan sekolah dan juga kepada ibu bapa murid tersebut. Guru boleh membuat berbincangan dengan ibu bapa untuk megambil satu keputusan yang dapat membawa kebaikan kepada diri murid. Masalah tingkah laku lain yang sering dikesan oleh guru biasa ialah masalah murid menumbuk dalam kelas. Hal ini berlaku apabila seorang rakan tidak berpuas hati rakannya yang lain. Selalu masalah ini wujud daripada salah faham antara dua orang murid atau melebihinya. Murid yang suka menumbuk adalah murid yang panas baran dimana tahap kesabarannya adalah sangat rendah. Murid jenis ini juga suka bertindak secara terburu-buru. Untuk mengatahui lebih tentang perwatakan murid-murid sebegini guru boleh mengadakan ujian personaliti. Melalui ujian personaliti guru boleh mengetahui perwatakan seorang murid secara lebih mendalam dan boleh mengambil langkah seterusnya yang sesuai untuk mengubah tingkah laku murid tersebut.

Antara masalah lain yang dapat dikesan oleh guru biasa ialah masalah murid yang suka memencilkan diri. Terdapat murid di dalam kelas suka memencilkan dirinya. Hal ini berlaku akibat beberapa perkara. Salah satu kemungkinan ialah, murid itu menghadapi tekanan mental atau mempunyai masalah dalam bergaul mesra dengan rakan-rakannya yang lain. Untuk

mengenalpasti sistem perhubungan dalam kelas, guru boleh meminta murid untuk menulis nama kawan mereka suka dan nama murid yang tidak disukai oleh mereka. Daripada namanama yang ditulis guru boleh membentuk satu sosiogram. Sosiogram ialah gambar rajah atau lakaran yang terbentuk hasil daripada hubungan sosial yang ditaksir di dalam kelas. Sosiogram terhasil daripada kaedah sosiometri. Sosiometri merupakan kaedah penelitian hubungan sosial dan psikologi pelajar yang berinteraksi dalam kumpulan mereka. Hasil peneletian membantu guru untuk mengenal pasti murid yang disukai dan murid yang tiadak disukai ramai. Dengan mengenal pasti pola ini guru mencadangkan beberapa perkara supaya murid yang dipinggirkan boleh disukai ramai. Selain itu, guru biasa juga membantu guru pembimbing untuk menjayakan program yang diadakan di sekolah. Saya dapat melihat perkara ini apabila saya berkunjung ke Sekolah Jenis Kebangsaan Sg. Getah. Dalam sekolah ini hanya terdapat seorang guru pembimbing dan guru-guru lain adalah guru biasa. Antara program yang diadakan dalam sekolah tersebut ialah minggu orientasi murid, program anti-dadah, program mentor mentee, program hari kebangsaan dan kempen ponteng sifar. Menurut guru pembimbing, guru biasa sekolah tersebut telah melibatkan diri dengan aktif untuk menjayakan setiap program yang dilaksanakan. Contohnya dalam program orientasi murid tahun 1, guru biasa memainkan peranan dalam berinteraksi dengan ibu bapa bagi mewujudkan satu hubungan yang sihat antara ibu bapa dan sekolah. Selain itu, guru biasa juga berperanan yang mewujudkan bilik darjah yang mesra dan ceria supaya dapat menarik minat tahun satu ke sekolah. Guru biasa juga berperanan dalam mewujudkan satu situasi yang murid merasakan dirinya selamat apabila dia ke sekolah. Menurut guru pembimbing sekolah, guru biasa turut memainkan peranan dalam program anti dadah. Beliau menyatakan bahawa semasa melaksanakan program minggu anti dadah, guru biasa akan berbincang dengan murid tentang keburukkan penggunaan dadah selama lima minit sebelum memulakan pengajaran bagi hari tersebut. Selain itu, guru juga berperanan dalam menanam dalam hati murid tentang keburukkan pengambilan dadah. Beliau juga menyatakan bahawa guru-guru akan mengadakan aktiviti-aktiviti lain dalam bilik darjah seperti meminta murid untuk menulis karangan tentang kempen anti-dadah, melukis poster, berpidato dan sebagainya.

Guru pembimbing menyatakan bahawa guru biasa turut membantu dalam program mentor mentee. Dalam program mentee guru-guru membantu murid dari segi akademik dan juga untuk membantu murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru biasa juga membimbing murid ke arah cemerlangan. Selain itu, beliau menyatakan guru biasa akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran untuk meningkatkan prestasi pencapaian murid. Selain itu, guru pembimbing sekolah tersebut menyatakan bahawa program hari kebangsaan merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan setiap tahun. Beliau menyatakan bahawa pihak sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang minggu kebangsaan. Antaranya menyanyi lagu-lagu patriotik, mendeklamasikan sajak, berpantun, berpidato, melukis poster, pertandingan mewarna, pertandingan mengarang karangan dan sebagainya. Guru akan membimbing murid sepanjang minggu kemerdekaan dan juga akan menyemai sifat taat setia kepada negara melalui bercerita dan sebagainya. Saya mendapati guru-guru biasa bukan sahaja mengambil bahagian untuk menjayakan malah mereka turut membimbing murid secara positif untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Di samping itu, beliau menyatakan guru biasa memainkan peranan yang penting untuk menjayakan kempen sifar ponteng. Seperti yang saya ketahui guru kelas selalunya berperanan dalam mengambil kehadiran murid setiap pagi. Selain itu, guru juga bertanggungjawap dalam membuat analisa kehadiran. Melalui analisa ini guru dapat mengetahui murid-murid yang sering ponteng sekolah. Guru biasa juga berperanan untuk mengenalpasti punca yang membuatkan seorang murid selalu ponteng sekolah. Beliau juga menyatakan guru biasa akan berbincang dengan murid tertentu untuk mengetahui masalah yang dihadapi. Selain itu, guru biasa juga memainkan peranan dalam berbincang dengan ibu bapa untuk menyelesaikan masalah ponteng murid. Beliau turut menyatakan bahawa guru kelas akan ke rumah anak murid yang selalu ponteng dan membawa murid tersebut ke sekolah. Guru kelas juga akan memberi nasihat kepada murid tersebut tentang bertapa pentingnya kehadiran murid tersebut ke sekolah. Selain itu, sekolah jarang mengambil tindakan merotan kerana sekolah mengamalkan konsep budaya penyayang. Selain menjayakan program-program yang telah dirangka, guru biasa juga berperanan dalam menerapkan nilai murni dalam diri murid-murid. Setiap kali sewaktu pengajaran guru harus menerapkan sekurang-kurang satu nilai murni berkaitan dengan subjek atau topik yang diajar. Penerapan nilai-nilai murni membantu murid untuk berkembang sebagai insan yang positif dan berguna.

Di samping itu, saya memperhatikan bahawa guru-guru sekolah tersebut berperanan dalam membimbing murid-murid untuk mengikut peraturan-peraturan sekolah yang ditetapkan. Saya dapat melihat perkara tersebut apabila seorang guru meminta muridnya untuk menjelaskan sebab murid tidak memakai lencana sekolah. Guru juga memberi amaran kepada murid tersebut untuk memakai lencana pada keesokkan harinya. Ini menunjukkan guru biasa berperanan dalam memastikan murid-murid sekolah mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Saya rasa bahawa guru biasa memang berperanan sebagai guru pembimbing dalam pelbagai aspek. Antaranya mengenalpasti masalah akademik murid, mengenalpasti latar belakang, mengenalpasti masalah tingkah laku murid dan sebagainya. Guru biasa juga memikul berat untuk membentuk murid yang baik dari segi sahsiah dan juga disiplin bagi memastikan guru biasa melahirkan anak murid yang berguna kepada keluarga, bangsa, masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai