Anda di halaman 1dari 3

Kelulusan dan Pembaharuan Lesen Juruaudit

4:57 PM
0 comments

1. Apakah syarat-syarat untuk menjadi juruaudit ?


2. Apakah syarat-syarat untuk menjadi penyelesai syarikat ?
3. Berapa lamakah tempoh menunggu untuk seseorang calon itu sebelum dipanggil untuk
temuduga ?
4. Siapakah panel temuduga dan apakah aspek-aspek yang diuji dalam sesi temuduga itu ?
5. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya calon telah lulus temuduga ?
6. Bilakah perlu menghantar borang C untuk memperbaharui lesen juruaudit/penyelesai ?
7. Apakah tindakan yang harus diambil sekiranya lesen juruaudit dan penyelesai syarikat telah
tamat tempoh ?
8. Adakah lesen cukai juga diberi secara automatik apabila memperbaharui lesen juruaudit ?
9. Berapakah jumlah bayaran untuk memperbaharui lesen sebagai juruaudit/penyelesai syarikat?
Bagaimanakah cara pembayarannya ? Bolehkah pembayaran dibuat secara tunai atau
menggunakan cek persendirian ?

1. Apakah syarat-syarat untuk menjadi juruaudit ?

Syarat-syarat untuk menjadi juruaudit;

* seseorang itu mesti mempunyai kelulusan yang diiktiraf dalam Jadual 1 Akta Akauntan 1967
* menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) bertaraf Akauntan Bertauliah
* mempunyai sijil amalan dari MIA
* mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam kerja-kerja pengauditan dalam firma akauntan
awam iaitu selama 3 tahun selepas menjadi ahli MIA . Bagi calon yang telah lama meninggalkan
kerjaya pengauditan disyaratkan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman audit
secara berterusan dalam tempoh 4 tahun sebelum permohonan sebagai juruaudit dan;
* calon diwajibkan menghadiri “Public Practice Program” anjuran MIA

2. Apakah syarat-syarat untuk menjadi penyelesai syarikat ?

Syarat-syarat untuk menjadi juruaudit;

* Telah mendapat kelulusan sebagai juruaudit di bawah Akta Syarikat sekurang-kurangnya 1


tahun dan
* Mempunyai pengalaman dalam bidang penyelesaian syarikat.

3. Berapa lamakah tempoh menunggu untuk seseorang calon itu sebelum dipanggil untuk
temuduga ?

1 bulan – 3 bulan.
4. Siapakah panel temuduga dan apakah aspek-aspek yang diuji dalam sesi temuduga itu ?

Panel temuduga terdiri dari :

* Timbalan Akauntan Negara ( Korporat ) – Pengerusi


* Wakil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
* Wakil Institut Akauntan Malaysia (MIA)
* Wakil Suruhanjaya Sekuriti (SC)
* Wakil Bank Negara Malaysia (BNM)

Aspek-aspek yang diuji :

* SSM - Akta Syarikat 1965


* MIA - MIA By Laws, percukaian, pengauditan, FRS & ISQC
* SC - Aspek industri sekuriti dan pasaran modal
* BNM - Aspek perbankan dan kewangan

5. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya calon telah lulus temuduga ?

Calon perlu menghantar kepada JANM perkara-perkara berikut:

* Salinan surat peruntukan nombor firma yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia
* Salinan Borang 5 Akta Syarikat 1965 yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia
* Bayaran kelulusan sebanyak RM100.00 dalam bentuk cek/kiriman wang berpalang atas nama
AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA; dan
* Salinan kad pengenalan yang disahkan.

6. Bilakah perlu menghantar borang C untuk memperbaharui lesen juruaudit/penyelesai ?

3 bulan sebelum tamat kelulusan terdahulu.

7. Apakah tindakan yang harus diambil sekiranya lesen juruaudit dan penyelesai syarikat telah
tamat tempoh ?

* Juruaudit dan penyelesai syarikat perlu memperbaharui lesen dalam tempoh satu tahun
daripada tarikh akhir lesen. Sepanjang tempoh tersebut, mereka tidak boleh bertindak sebagai
juruaudit dan tidak dibenarkan menandatangani sebarang laporan audit.
* Sekiranya juruaudit dan penyelesai syarikat gagal untuk memperbaharui lesen tersebut dalam
tempoh satu tahun, mereka perlu menduduki semula temuduga tersebut dengan menghantar
permohonan baru (Borang A) semula.

8. Adakah lesen cukai juga diberi secara automatik apabila memperbaharui lesen juruaudit ?

Tidak. Mulai 1 Januari 2006, pembaharuan lesen cukai dan lesen juruaudit adalah berasingan.
Semua permohonan berkaitan juruaudit dan penyelesai syarikat hendaklah dibuat kepada Jabatan
Akauntan Negara Malaysia, manakala permohonan berkaitan ejen cukai dibuat kepada Bahagian
Analisa Cukai, Kementerian Kewangan.

9. Berapakah jumlah bayaran untuk memperbaharui lesen sebagai juruaudit/penyelesai syarikat?


Bagaimanakah cara pembayarannya ? Bolehkah pembayaran dibuat secara tunai atau
menggunakan cek persendirian ?

Pembayaran untuk pembaharuan lesen juruaudit ialah RM100 manakala penyelesai syarikat
sebanyak RM50. Pembayaran hendaklah dibuat kepada “AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA”
menggunakan cek syarikat, wang pos, kiriman wang atau bank draf. Pembayaran secara TUNAI
atau CEK PERSENDIRIAN tidak diterima

Sumber: Jabatan Akauntan Negara

Anda mungkin juga menyukai