Anda di halaman 1dari 40

MANUAL MPK BIL : 08 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :
TATACARA PELANTIKAN AHLI MAJLIS
DAN PENERIMAAN JAWATAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

KANDUNGAN

MUKA
NO ISI KANDUNGAN
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 PROSES KERJA 9-32
8.0 PENUTUP 33

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 2


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya


Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka
menjadi tugas kita bersama sebagai warga kerja
MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan
agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu
tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Buku manual ini diterbitkan adalah untuk melaporkan serta


memaklumkan segala proses dan prosedur yang dilaksanakan di
Majlis. Di dalam manual ini juga menerangkan semua prosedur
pengurusan pelantikan dan penerimaan jawatan Ahli Majlis bagi
meningkatkan imej Majlis Perbandaran Klang. Pentadbiran Majlis akan
lebih mantap dengan mendapat sokongan padu daripada Ahli Majlis.
Fokus utama manual ini adalah berkaitan dengan asas mesyuarat,
pembayaran elauan dan juga penggunaan peruntukan dalam
menjalankan program atau pembangunan rakyat.

Marilah kita seluruh warga kerja MPK sama-sama mendokong moto


yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dan mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Ehsan Mukri
Setiausaha MPK

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 3


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Alhamdulliah, dipanjangkan himpunan kesyukuran ke


hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia, taufik dan
hidayahNya serta selawat dan salam kepada Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W telah mengizinkan untuk
menerbitkan manual ini sepertimana yang telah
dirancang.

Majlis Perbandaran Klang dalam mengorak langkah pembangunan serta


membudayakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan melalui
beberapa agenda yang telah dirancang oleh pihak pengurusan tertinggi
Majlis.

Buku manual ini diterbitkan adalah dapat membantu setiap Ahli Majils yang
dilantik menambah baik pemahaman daripda segi dasar dan prosedur yang
ditetapkan oleh Kerajaan Negeri tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan
mahupun masalah. Majlis dalam usaha untuk membuat satu perubahan
melalui perkhidmatan yang diberikan kepada warga Klang bagi mencapai
matlamat dan misi Majlis iaitu „Ke Arah Mewujudkan Bandaraya Terbilang
Di Malaysia Menjelang 2015’.

Akhir bicara, semoga Majlis dalam mencapai kecemerlangan yang


diusahakan, kegemilangan yang bakal digenggam dan keterbilangan bangsa
yang akan dikagumi selaras dengan polisi serta dasar kerajaan Persekutuan
dan Negeri bagi memperhebatkan lagi daya produktiviti serta sanggahan
kerja yang diamanahkan untuk pelaksanakan yang tepat, kemas dan
mencapai matlamat Majlis.

Sekian. Terima Kasih. Wassalam.

(Zaireezal bin Ahmad Zainuddin)


Pengarah Khidmat Pengurusan
Majlis Perbandaran Klang

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 4


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 5


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik


Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga
MPK dan warga Klang.

1.3 Menyelaras dan menyeragamkan pengendalian pengurusan


pelantikan dan penerimaan jawatan Ahli Majlis di Majlis
Perbandaran Klang.

1.4 Manual ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan


pentadbiran Majlis demi membina imej yang lebih cemerlang dan
dinamik.

2.0 LATAR BELAKANG

Buku manual ini disediakan adalah untuk menentukan


pegawai/kakitangan Majlis dengan Ahli Majlis yang dilantik bekerja
sebagai satu pasukan yang kuat dan keupayaan melaksanakan
tanggungjawab mengikut proses dan prosedur pengurusan pelantikan
dan penerimaan jawatan Ahli Majlis bagi meningkatkan imej Majlis
Perbandaran Klang.

Ahli Majlis merupakan wakil kepada Majlis dan Kerajaan Negeri demi
mendapatkan maklumbalas serta keperluan di peringkat masyarakat.
Pendekatan ini diharap dapat merapatkan jurang diantara Kerajaan
dan masyarakat seterusnya meningkatkan tahap penyampaian
perkhidmatan demi mencapai visi, misi dan aspirasi Majlis
Perbandaran Klang.

Pentadbiran Majlis akan menjadi lebih mantap dengan mendapat


sokongan daripada seluruh Ahli Majlis. Dengan itu, buku manual ini
hendaklah dijadikan sebagai panduan yang memperjelas dan
memperkukuhkan proses dan prosedur kerja.

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 6


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

3.0 DEFINISI

i Kerajaan Negeri – Kerajaan Negeri Selangor


ii Pihak Berkuasa Negeri –
a. Berhubungan dengan Negeri-negeri Malaysia Barat
ertinya Raja dalam Mesyuarat atau Gabenor dalam
Mesyuarat sesebuah Negeri dan termasuklah di Negeri
Sembilan Yang Dipertua Besar yang bertindak bagi pihak
dirinya sendiri dan pembesar-pembesar memerintah;
b. Berhubungan dengan Wilayah Persekutuan, ertinya
Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan.
iii Ahli Majlis – Ahli Majlis Perbandaran Klang
iv Jawatankuasa – Jawatankuasa yang dilantik dibawah Seksyen
28 Akta Kerajaan Tempatan 1976
v Majlis- Majlis Perbandaran Klang

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 7


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

TIMBALAN YANG DIPERTUA (N54)

SETIAUSAHA

PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN (N52)

PEGAWAI TADBIR (N41)

KESETIAUSAHAAN KESETIAUSAHAAN
(N28) (N28)

KESETIAUSAHAAN KESETIAUSAHAAN
(N27) (N27)

KESETIAUSAHAAN KESETIAUSAHAAN
(N27) (N27)

KESETIAUSAHAAN KESETIAUSAHAAN
(N27) (N27)

PEMBANTU TADBIR PEMBANTU AM


(N17) PEJABAT (N1)

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 8


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

5.0 SUMBER KUASA

3.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan


manual adalah seperti berikut:

i Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)


ii Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
iii Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172
iv Perintah Tetap (Mesyuarat) Majlis Perbandaran Klang 2007
v Arahan Perbendaharaan (yang diterimapakai oleh Kerajaan
Negeri)
vi Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak
Berkuasa Tempatan SPBT Bil 1/2011) Garis Panduan
Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
vii Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak
Berkuasa Tempatan SPBT Bil 1/2011) ) Garis Panduan
Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
viii Pekeliling-pekeliling Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat

6.0 SKOP KERJA

Skop kerja pelantikan dan penerimaan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran


Klang adalah seperti berikut:-

i. Proses pelantikan dan penerimaan jawatan Ahli Majlis


ii. Peranan dan tanggungjawab Ahli Majlis
iii. Pembentukan Jawatankuasa
iv. Kriteria pemilihan Ahli Majlis dalam Mesyuarat Jawatankuasa dan
teknikal
v. Bidang Kuasa Jawatankuasa-jawatankuasa
vi. Peruntukan- Jenis Mesyuarat
vii. Elaun Mesyuarat
viii. Peruntukan program sosial/mesra rakyat
ix. Kemudahan kepada ahli majlis-ahli majlis penguasa tempatan
(Majlis Perbandaran Klang)

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 9


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.0 PROSESKERJA

7.1 PROSES PELANTIKAN DAN PENERIMAAN JAWATAN AHLI


MAJLIS

7.1.1 Pelantikan sebagai Ahli Majlis akan dilakukan oleh Pihak


Berkuasa Negeri melalui Surat Pelantikan Ahli Majlis. Ahli
Majlis boleh bertindak di atas jawatannya setelah
menandatangani Borang Pengakuan Menerima Jawatan
dalam Borang A (dalam Jadual Pertama, Akta Kerajaan
Tempatan 1976(Akta 171) di hadapan Majlis Perbandaran Klang
sepertimana yang telah dijelaskan di dalam seksyen 11, Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

7.1.2 Pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa adalah bermula


setelah di perakui di dalam Mesyuarat Majlis. Manakala
cadangan penubuhan jawatankuasa dilakukan selepas Majlis
menandatangani Borang Pengakuan Menerima Jawatan
dalam Borang A.

7.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI MAJLIS

a. SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SISTEM PENTADBIRAN


PBT
i. Tindakan mereka tidak boleh bercanggah dengan dasar
yang diputuskan oleh Majlis untuk kepentingan Majlis.
Ahli Majlis/PBT sebagai pihak berkuasa perancang
tempatan dibawah Akta 172. Ahli Majlis juga
melaksanakan Akta 133 mengenai soal-soal
pembangunan fizikal seperti penggunaan jalan, parit
mendirikan baggunan.

b. SEBAGAI PENASIHAT KEPADA MAJLIS

i. Memberikan nasihat kepada PBT mengikut profesyen


dan kepakaran masing-masing.

c. SEBAGAI WAKIL RAKYAT

i. Mewakili kepentingan masyarakat setempat dalam


urusan yang berkaitan dengan kehidupan mereka.

ii. Penghubung kepada kehendak masyarakat setempat


kepada Majlis.
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 10
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

iii. Menyalurkan reaksi dan maklum balas masyarakat


setempat berhubung mutu perkhidmatan yang disediakan
oleh PBT.

4. MELULUSKAN UNDANG-UNDANG KECIL

i. Mengadakan undang-undang kecil sebagai panduan


kepada pihak Pengurusan
ii Menyelesaikan masalah tempatan dan menentukan
perkhidmatan asas yang disediakan adalah baik.

5. SEBAGAI PENGUBAL DASAR MAJLIS

i. Mengenal dasar bagi menentukan hala tuju PBT


berkenaan. Dasar yang digubal hendaklah seiring
dengan dasar di peringkat negeri dan pusat serta di
peringkat negeri dn pusat serta mampu memenuhi
kehendak rakyat.

6. SEBAGAI PENDOKONG DASAR MAJLIS

i. Ahli Majlis adalah jurucakap Majlis bagi memastikan


dasar Majlis diterima oleh masyarakat setempat.

7. SEBAGAI PENYEMAK PELAKSANAAN DASAR

i Menentukan dasar-dasar yang telah diputuskan itu


dilaksanakan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh
undang-undang.

ii. Mendapatkan pandangan & maklumbalas dari orang


ramai tentang sebarang penyelewengan jika ada yang
dilakukan oleh mana-mana kakitangan Majlis.

8. SEBAGAI TENAGA PENGGERAK MASYARAKAT

i. Menggalakan penglibatan orang ramai mengambil


bahagian bagi menjayakan sebarang program atau
aktiviti yang dianjurkan oleh Ahli Majlis.

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 11


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.3 PEMBENTUKAN JAWATANKUASA

7.3.1 PERUNTUKAN

Mengikut Seksyen 28 Akta 171, Jawatankuasa-Jawatankuasa boleh


dilantik untuk menjalankan peranan Majlis yang lebih sesuai dijalankan
secara Jawatankuasa.
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tetap ini telah mengambil kira wakil-
wakil parti komponen, kekananan, profesion dan juga pengalaman.
Tiap-tiap Pihak Berkuasa Tempatan boleh dari semasa ke semasa
melantik jawatankuasa-jawatankuasa, sama ada dari jenis am atau
khas, terdiri daripada seorang pengerusi dan sesuatu bilangan
Ahlimajlis dan beberapa orang lain sebagaimana yang difikirkan patut
oleh Pihak Berkuasa Tempatan itu bagi maksud memeriksa dan
melaporkan apa-apa perkara atau menjalankan apa-apa perbuatan
yang pada pendapat Pihak Berkuasa Tempatan itu akan lebih
sesuai dijalankan dengan cara sesuatu jawatankuasa, dan boleh
diwakilkan kepada mana-mana jawatankuasa apa-apa kuasa yang
difikirkan patut melainkan kuasa mendapatkan wang melalui kadar
atau pinjaman dan boleh menetapkan korum bagi mana-mana
jawatankuasa ini.

7.3.2 PENUBUHAN JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

Jawatankuasa-Jawatankuasa perlu ditubuhkan mengikut bidang tugas


masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan perjalanan urusan
seperti yang akan ditetapkan oleh Majlis. Setiap keahlian
Jawatankuasa terdiri tidak lebih daripada dua belas (12) orang Ahli
Majlis (termasuk Datuk Bandar/Yang Dipertua) kecuali bagi
Jawatankuasa-jawatankuasa yang keahliannya telah ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri seperti Jawatankuasa Audit dan Pengurusan
Korporat, Jawatankuasa Tender, Jawatankuasa Sebutharga, Pihak
Berkuasa Melantik, Lembaga Tatatertib dan Jawatnkuasa OSC.

Setiap Ahli Majlis akan menganggotai tidak lebih daripada tiga (3)
Jawatankuasa adalah seperti berikut:-

i) Jawatankuasa Kewangan
ii) Jawatankuasa Kesihatan dan Kawalan Perniagaan
iii) Jawatankuasa Infrastruktur

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 12


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

iv) Jawatankuasa Pengindahan Bandar


v) Jawatankuasa Perkhidmatan dan Teknologi Maklumat
vi) Jawatankuasa Kemasyarakatan
vii) Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) (4 Ahli Majlis shj
mengikut Arahan Pekeliling Bilangan 6 Tahun 2008:
Penambahbaikkan Pelaksanaan Pusat Setempat)
viii) Jawatankuasa Tatatertib (mengikut Seksyen 16 (4) Akta
171)
ix) Jawatankuasa Tender
x) Jawatankuasa Sebutharga
xi) Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat
xii) Pihak Berkuasa Melantik
Datuk Bandar/Yang Dipertua boleh dengan kelulusannya
mengkehendaki mana-mana Ahli Majlis menganggotai Jawatankuasa
lebih daripada jumlah diatas dengan syarat diperakukan dalam
Mesyuarat Majlis
Ahli JawatankuasanTeknikal hendaklah terdiri daripada Ahli Majlis
yang menganggotai Jawatankuasa yang menerbitkan Jawatankuasa
Teknikal tersebut dan penglibatan ahli selain daripada anggota
Jawatankuasa boleh dibuat mengikut persetujuan Jawatankuasa
tersebut dan diperakukan di dalam Mesyuarat Majlis.

7.4 KRITERIA PEMILIHAN AHLI MAJLIS DALAM MESYUARAT


JAWATANKUASA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA
TEKNIKAL

i. Penguasaan Bahasa Rasmi

- Kefasihan dalam Bahasa Kebangsaan diutamakan.

ii. Pengalaman

Ahli Majlis yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang


yang tertentu yang boleh memberi manfaat kepada
Jawatankuasa berkenaan.

iii. Kepakaran

Mana-mana Ahli Majlis yang mempunyai kepakaran dan


pengetahuan dalam sesuatu bidang disesuaikan dalam
keanggotaan Jawatankuasa tersebut.

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 13


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

iv. Latar belakang pendidikan

Mana-mana Ahli Majlis yang mempunyai latar belakang


pendidikan yang tertentu disyorkan menganggotai jawatankua
sayang bersesuaian.

Contohnya:- Sijil/Diploma/Ijazah berlatar belakangkan


kewangan sesuai menganggotai Jawatankuasa Kewangan.

v. Latar belakang Parti/NGO (kuota)

Penempatan Ahli Majlis mengikut portfolio Jawatankuasa


dibahagikan dengan seimbang mengikut latar belakang
Parti/NGO masing-masing.

vi. Syarat-syarat tambahan

Mana-mana Ahli Majlis yang menganggotai Jawatankuasa


Kewangan/Jawatankuasa Sebutharga/Jawatankuasa Tender
tidak boleh mengangotai Jawatankuasa Audit dan Pengurusan
Korporat dan sebaliknya.

7.5 BIDANG KUASA JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

6.5.1 JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)

BIDANG TUGAS

Bidang kuasa Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Majlis


Perbandaran Klang berdasarkan peruntukan Seksyen 28, Akta
Kerajaan Tempatan dan sejajar dengan arahan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan seperti berikut:

i Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dan keahliannya


yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 Akta Kerajaan
Tempatan 1976 menggantikan Jawatankuasa Perancang
dan Pembangunan termasuk keahlianya dibubarkan,
diberikuasa sepenuhnya untuk memutuskan sebarang
permohonan bagi kebenaran merancang, pelan
infrastruktur, pelan bangunan, pelan kerjatanah, di bawah
seksyen 124,124A dan 204D kanun Tanah Negara.
ii Menimbang dan memperakukan perkara-perkara yang
melibatkan penguatkuasaan berkaitan bangunan atau
perancangan di bawah Akta jalan, Parit dan bangunan
1974 dan Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dan
peruntukan undang-undang yang berkaitan.
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 14
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

iii Menimbang dan memperakukan perkara-perkara


berhubung dengan perancangan dan pembangunan
selain dari perkara dinyatakan di perkara (a) kepada
Mesyuarat majlis.
iv Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat
(OSC), Majlis Perbandaran Klang wajar disampaikan
terus kepada pemohon selepas tiga (3) hari
jawatankuasa bersidang tanpa menunggu pengesahan
minit.
v Menimbang dan membuat terhadap permohonan-
permohonan lain yang diletakkan di bawah
tanggungjawab Pusat Setempat.
vi Membuat perakuan dan memaklumkan keputusan ke
atas permohonan perihal tanah berhubung cadangan
pemajuan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.

Undang-Undang/Garis Panduan

i) Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa


Tempatan.
ii) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Pindaan A933 (1995) dan Pindaan A1129 (2001).
iii) Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan, 1974, Pindaan
A435.
iv) Akta 56 tahun 1965 Kanun Tanah Negara.
v) Undang-Undang Kecil Kerja Tanah.
vi) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam.
vii) Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am)
(Selangor 2001)
viii) Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan
ix) Kaedah/Perintah Pemeliharaan Pokok
x) Garis panduan-Garis panduan Perancangan

7.5.2 JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN

i) Memperakukan kepada Majlis hal-hal berhubung dengan


hasil mengikut Seksyen 39 Akta 171;
ii) Memperakukan kepada Majlis Bajet Tahunan,
Anggaran Tambahan dan Viremen mengikut Seksyen
55, 56 dan 58, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);

iii) Memastikan akaun Majlis diselenggarakan dengan baik


dan penyata kewangan disediakan sebagaimana

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 15


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

dikehendaki mengikut Seksyen 53 dan 54 Akta 171;

iv) Memastikan rekod inventori dan aset Majlis


diselanggarakan dengan baik;

v) Mengkaji laporan kewangan dari masa ke semasa dan


membuat syor – syor mengenainya kepada Majlis
serta menerima laporan kewangan tahunan dan laporan
audit;

vi) Membentangkan laporan aliran tunai bulanan/tahunan


Majlis.

vii) Memperakukan kepada Majlis perkara – perkara


berkaitan dengan kadar, kiraan nilaian tahunan dan lain-
lain mengikut peruntukan-peruntukan di dalam Akta 171;

viii) Mendengar bantahan dari mereka yang terkilan atas


Nilaian Tahunan yang dikenakan bila menyediakan
sesuatu Senarai Nilaian mengikut Seksyen 142, Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan
memperakukan kepada Majlis keputusan bantahan
taksiran mengikut Seksyen 192 (1) Akta 171;

ix) Mengkaji laporan mengenai pelaburan – pelaburan


harta dan projek-projek penswastaan Majlis;

x) Mengkaji cadangan Undang-undang Kecil dan


kaedah serta peraturan yang baru dan pindaan /
tambahan kepada yang sediada (yang berkaitan);

xi) Menerima penyata kewangan tahunan dan laporan audit


Majlis.

Undang-Undang/Garis Panduan

i) Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa


Tempatan.
ii) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976

iii) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil


(Prosedur Kewangan dan Perakuan PBT)1976

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 16


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.5.3 JAWATANKUASA KESIHATAN DAN KAWALAN


PERNIAGAAN

i) Mengkaji dan meluluskan perancangan kawalan


penyakit berjangkit (vektor) dan kawalan binatang.

ii) Mengesyorkan kepada Majlis langkah-langkah


berhubung dengan keselamatan awam seperti kawalan
kebersihan tempat awam, anak sungai, makanan,
pasar dan lain – lain perkara mengenai kebersihan
dan kacau ganggu seperti yang diperuntukkan dalam
Akta 171;

iii) Mengkaji kes-kes wabak. Contoh : Denggi.

iv) Mengesyorkan kepada Majlis langkah - langkah kawalan


ke atas perniagaan, tred dan perindustrian mengikut
Seksyen 102 (S) Akta 171;

v) Mengkaji dan meluluskan permohonan kelulusan aktiviti


perniagaan yang berisiko dan lain-lain
sehubungan dengannya, serta mengkaji perancangan
penempatan semula penjaja, bengkel, gerai dan
sebagainya;

vi) Mengkaji dan mencadangkan kepada Majlis program-


program yang bersesuaian untuk penjaja, pegerai,
kontraktor-kontraktor bumiputera dan peniaga-peniaga
kecil untuk tujuan pembangunan perniagaan;

vii) Mengesyorkan dan memperakukan kepada Majlis


hal - hal berhubung dengan penglibatan bumiputera
dan penjaja kecil dalam kegiatan ekonomi serta
mengesyorkan dan memperakukan kepada Majlis hal-
hal lain berhubung dengan pelesenan dan
pembangunan usahawan;

vii) Mengkaji cadangan UUK dan kaedah serta peraturan


yang baru dan pindaan/tambahan kepada yang sediada
(yang berkaitan).

Undang-Undang/Garis Panduan

a. Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 17


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

b. Akta Makanan 1983

c. Peraturan-Peraturan Makanan 1985

d. Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan


MPK 2007

e. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa


Penyakit Berjangkit 1975 (Pindaan 2000)

f. Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971

g. Undang-Undang Kecil Pusat Siber san


Siber Kafe (Majlis Perbandaran Klang)2007.

h. Undang-Undang kecil Kolam Renang


(Majlis Perbandaran Klang) 2007

i. Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan


dan Penjagaan Kesihatan (Majlis Perbandaran
Klang) 2007

j. Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis


Perbandaran Klang) 2007

k. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing


dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis
Perbandaran Klang) 2007

l. Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis


Perbandaran Klang) 2007

m. Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis


Perbandaran Klang) 2007

n. Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya


(Majlis Perbandaran Klang) 2007

o. Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis


Perbandaran Klang)
p. Undang-Undang Kecil Establisymen
Makanan (Majlis Perbandaran Klang) 2007

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 18


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

q. Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan


dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang)
2007

r. Undang-Undang Kecil Pusat Sukan


Persendirian (Majlis Perbandaran Klang)

s. Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat


Hiburan (Pindaan) 1998

t. Peraturan-Peraturan Hiburan & Tempat-


Tempat Hiburan (Permainan Snuker dan Video)
(Kawalan dan Penyeliaan)Selangor 1996.

u. Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak


Berkuasa Tempatan.

7.5.4 JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR

i) Memperakukan kepada Majlis hal-hal berhubung dengan


kerja-kerja penyelenggaraan, membaiki, memperelok dan
membuat jalan mengikut Seksyen 4 dan 5, Akta Jalan
Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133);

ii) Mengkaji dan menyelaras reka bentuk jalan,


pemasangan perabot jalan termasuk lampu jalan dan
lain - lain berhubung dengan jalan serta
penyelenggaraan;

iii) Mempertimbangkan dan meperakukan cadangan-


cadangan penyelarasan sistem pengangkutan awam;

iv) Mempertimbangkan dan memperakukan cadangan-


cadangan susun atur aliran lalulintas;

v) Mempertimbangkan dan memperakukan cadangan-


cadangan menaiktaraf sistem perparitan;

vi) Lain-lain hal berkenaan dengan peraturan dan


keselamatan jalan raya;

viii) Mengkaji cadangan Undang-undang Kecil dan


kaedah serta peraturan yang baru dan pindaan /
tambahan kepada yang sediada;

ix) Menyalurkan permasalahan berkaitan Aduan Bangunan


Bertingkat dan Hak Milik Strata kepada pihak-pihak yang

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 19


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

berkenaan;

x) Menyalurkan permasalahan berkaitan aduan rumah


ibadat kepada pihak pihak yang berkenaan;

xi) Membincangkan dan memeperakukan cadangan


penyelesaian bagi isu binaan haram atau binaan tanpa
izin.

Undang-Undang/Garis Panduan

i) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976

ii) Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

iii) Undang-Undang Kecil (Mengkompaun


Kesalahan-Kesalahan MPK) Jalan, Parit dan
Bangunan 1982

iv) Undang-Undang Kerja di Jalan 1996

v) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah


Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai
Tempat Letak Kereta MPK) 1996

vi) Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak


Berkuasa Tempatan.

7.5.5 JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR

i. Mengkaji dan menyelaras perkara-perkara yang


berkaitan dengan memperelok/mempercantikkan bandar.
ii. Mempertimbangkan dan memeperakukan cadangan-
cadangan menaiktaraf kemudahan awam dan rekreasi
seperti kompleks sukan dan gelanggang permainan dan
lain-lain;
iii. Mempertimbangkan dan memperakukan langkah-langkah
ke arah mempertingkatkan mutu perkhidmatan bandar
dan pengindahan lanskap serta penyediaan taman dan
rekreasi;
iv. Mengesyorkan kepada Majlis hal-hal lain berhubung
dengan kebersihan dan keindahan Bandar;
v. Mempertimbangkan dan memperakukan cadangan-
cadangan hal-hal berkaitan pengurusan sisa pepejal dan
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 20
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

pembersihan awam;
vi. Menimbang peraturan-peraturan bagi menggunakan
kemudahan yang disediakan dan kadarnya;

vii. Mengkaji cadangan Undang-undang Kecil dan kaedah


serta peraturan yang baru dan pindaan/tambahan kepada
yang sediada.

Undang-Undang/Garis Panduan

i) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976

ii) Undang-Undang Kecil Pemungutan,


Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 1984

iii) Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak


Berkuasa Tempatan.

7.5.6 JAWATANKUASA PERKHIDMATAN DAN TEKNOLOGI


MAKLUMAT

i) Memperakukan kepada Majlis hal-hal berhubung dengan


senarai perjawatan dan perubahan / pertambahan
jawatan mengikut seksyen 16 (1) dan (3), Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (Akta 171);

ii) Memperakukan cadangan dasar-dasar


berkaitan dengan perjawatan, perkhidmatan dan
pengurusan sumber manusia;
iii) Memperakukan Pekeliling-Pekeliling
Perkhidmatan bagi digunapakai di Majlis;

iv) Menimbang dan meluluskan permohonan-


permohonan daripada pegawai / kakitangan bagi
perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan
dan perjawatan;

v) Mengesyorkan kepada Majlis perkara-


perkara yang berkaitan dengan pembangunan modal
insan bagi tujuan peningkatan kualiti dan prestasi
perkhidmatan;

vi) Membincangkan mengenai dasar berkaitan kebajikan


kakitangan Majlis;

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 21


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

vii) Mengkaji dan mengesyorkan kepada Majlis cadangan -


cadangan bagi program pembangunan teknologi
maklumat dan komunikasi;

viii) Mencadangkan kepada Majlis hal-hal berkaitan


perancangan dan pelaksanaan sistem pengkomputeran
di Majlis;
ix) Mempertimbangkan dan memperakukan laporan latihan
kakitangan dalaman;

x) Mempertimbangkan dan memperakukan laporan


Jabatan/Bahagian/ Unit Undang-undang;

xi) Mengkaji cadangan undang-undang kecil dan kaedah


serta peraturan yang baru dan pindaan / tambahan
kepada yang sediada (yang berkaitan).

Undang-Undang/Garis Panduan

a. Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

b. Kaedah-Kaedah Pekerja (Pelakuan dan Tatatertib)


Majlis Perbandaran Klang 1995.

c. Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak


Berkuasa Tempatan

7.5.7 JAWATANKUASA KEMASYARAKATAN

i. Merancang, menyelaras dan menganjurkan semua


program/aktiviti membabitkan persatuan,
pertubuhan, golongan belia di taman-taman
perumahan berkaitan dan ini termasuklah
program-program sukan, kebudayaan, kebajikan,
sosial dan pelancongan;

ii. Mempertimbangkan dan memperakukan


cadangan-cadangan berkaitan penganjuran
bersama bagi program seperti para 3.2.6 (a) yang
melibatkan agensi lain ;

iii. Mencadangkan kepada Majlis hal-hal mengenai


aktiviti - aktiviti dan langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan bagi mewujudkan konsep „Mesra
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 22
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Rakyat‟ di antara Majlis dan penduduk;

iv. Mengesyorkan kepada Majlis langkah-langkah


kawalan terhadap masalah-masalah sosial dan
lain-lain isu kemasyarakatan;

v. Mengesyorkan kepada Majlis langkah-langkah ke


arah mempertingkatkan aspek pembangunan
mampan serta kualiti hidup yang sihat;

vi. Mengkaji cadangan Undang-undang Kecil dan


kaedah serta peraturan baru dan
pindaan/tambahan kepada yang sediada (yang
berkaitan).

UNDANG-UNDANG/GARIS PANDUAN

i. Akta 171 kerajaan Tempatan 1976

ii. Akta 668 (Akta Pertubuhan Belia dan


Pembangunan Belia 2007)

iii. Akta Pembangunan Sukan 1997

iv. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

v. Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak


Berkuasa Tempatan

7.5.8 LEMBAGA TATATERTIB

Mengikut Peruntukan Akta 171 (per.16(4), Akta Kerajaan


tempatan 1976 (Akta 171).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, mengenai Wilayah Persekutuan,


Datuk Bandar atau Yang Dipertua atau wakilnya yang mana
hendaklah seorang Ahlimajlis, Setiausaha dan seorang lagi
Ahlimajlis, mengenai lain-lain Pihak Berkuasa Tempatan, boleh
melantik orang-orang itu ke jawatan-jawatan yang ditunjukkan
dalam senarai yang diluluskan sedemikian dan boleh
menurunkan pangkat atau membuang orang-orang lain bagi
menggantikan mereka.
Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 23
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Dengan syarat bahawa penurunan pangkat atau pembuangan


seseorang Ketua Jabatan atau Timbalannya dari jawatannya
tidak boleh berkuatkuasa sehingga penurunan pangkat atau
pembuangan itu telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Dengan syarat selanjutnya bahawa tiada seorang pegawai atau


pekerja boleh diturunkan pangkat atau dibuang tanpa diberi
peluang yang berpatutan untuk didengar.

Jawatankuasa ini terdiri daripada:-

a. Yang Dipertua
b. Setiausaha; dan
c. Seorang Ahli Majlis yang terdiri daripada Ahli
Jawatankuasa Perkhidmatan dan Teknologi Maklumat.
Penggiliran bergantung kepada kehendak semasa dan
pemilihan oleh Yang Dipertua.

Undang-Undang/Garis Panduan

i) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976


ii) Kaedah-Kaedah Pekerja (Pelakuan dan Tatatertib) Majlis
Perbandaran Klang 1995

7.5.9 JAWATANKUASA TENDER

i) Menimbang dan meluluskan perkara-perkara yang


dikemukakan bagi memperolehi kontrak
kerja/perkhidmatan/bekalan yang jumlah perolehan
melebihi RM500,000;

ii) Membuat penilaian dan cadangan lantikan pemborong


atau pembekal mengikut kesesuaian kerja kontrak atau
perkhidmatan yang akan diberikan kepada Majlis;

iii) Membuat syor hal-hal yang berkaitan dengan kontrak


kerja, perkhidmatan dan bekalan;

iv) Mempertimbangkan dan meluluskan permohonan


perubahn kerja, perubahan harga dan lanjutan masa.

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Tender

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 24


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Majlis menubuhkan Jawatankuasa Tender seperti


Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil.
6 Tahun 2009. Jawatankuasa ini terdiri daripada :–

a. Yang Dipertua - Pengerusi

b. Timbalan Yang Dipertua

c. Pengarah Kewangan

d. Pengarah Undang-Undang

e. Pegawai Teknikal (Dalaman)

f. Empat (4) Ahli Majlis (masing-masing dari


PKR,PAS,DAP, dan NGO) sebagai Pemerhati.

g. Pengarah Khidmat Pengurusan (Urusetia)

h. Mana-mana pegawai boleh dipanggil sebagai


penasihat.

Undang-Undang/Garis Panduan

i) Kaedah-Kaedah Pembelian Tender dan


Kontrak MPK.

ii) Surat Pekeliling Pentadbiran Bil. 1 Tahun 2001


Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat
Negeri Selangor.

iii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun


2001 (Had Nilaian Perolehan, Kuasa,
Tanggungjawab Lembaga Perolehan Dan
Jawtaankuasa Sebutharga).

iv) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang


kecil (Prosedur Kewangan Dan Perakaunan
PBT, 1996).

7.5.10 JAWATANKUASA SEBUTHARGA

i) Menimbang dan meluluskan perkara-perkara yang


dikemukakan bagi memperolehi kontrak

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 25


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

kerja/perkhidmatan/bekalan:

a. Bagi kontrak kerja, nilai perolehan adalah


antara RM20,000 hingga RM500,000.
b. Bagi kontrak perkhidmatan/bekalan, nilai
kontrak perolehan adalah antara
RM50,000 hingga RM500,000.
ii) Membuat penilaian dan cadangan lantikan pemborong
atau pembekal mengikut kesesuaian kerja kontrak atau
perkhidmatan yang akan diberikan kepada Majlis.

iii) Membuat syor hal-hal yang berkaitan dengan kontrak


kerja, perkhidmatan dan bekalan.

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Sebutharga

Majlis menubuhkan Jawatankuasa Sebutharga seperti


Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil.
6 Tahun 2009 yang terdiri daripada: –

a. Yang Dipertua - Pengerusi


b. Timbalan Yang Dipertua
c. Pengarah Kewangan ATAU Pengarah Undang-
Undang

d. Pegawai Teknikal (Dalaman)


e. Empat (4) Ahli Majlis (masing-masing dari
PKR,PAS,DAP, dan NGO) sebagai Pemerhati.
f. Pengarah Khidmat Pengurusan (Urusetia)

g. Mana-mana pegawai boleh dipanggil sebagai


penasihat.
7.5.11. JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT

a. Mengkaji keperluan dan keberkesanan Bahagian


Audit Dalam mengenai pembentukan struktur
organisai, pembangunan kemahiran sumber
tenaga manusia dan piagamnya;
b. Mengkaji keberkesanan dan kemampuan piawaian
sistem kawalan dalaman Majlis;
c. Menyemak rancangan audit tahunan Bahagian
Audit Dalam dan penyelarasan antara audit
dalaman dan luaran;
d. Menilai laporan audit dari Bahagian Audit Dalam
dan laporan pengurusan korporat untuk

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 26


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

mencadangkan penambahbaikan dan tindakan


susulan pihak pengurusan Majlis;
e. Memberi nasihat kepada Ahli Majlis berhubung
dengan penyata kewagan dan laporan kewangan
yang dikeluarkan Majlis;
f. Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai
kakitangan atau pihak-pihak berkaitan yang
didapati melakukan penyelewangan untuk
tindakan selanjutnya oleh Majlis;
g. Memastikan Laporan Jawatankuasa Audit dan
Pengurusan Korporat telah dibentangkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun
serta diserahkan salinan laporan ke Pihak
Berkuasa Negeri;
h. Berfungsi juga sebagai Unit Pengaduan Khas
yang membolehkan kakitangan Majlis dan orang
awam membuat aduan terhadap salah laku
kakitangan/pegawai/ Ahli Majlis atau mana-mana
pihak yang berkaitan dengan selesa dan selamat.
Hasil siasatan hendaklah dilaporkan kepada
Datuk Bandar/ Yang Dipertua Majlis untuk
tindakan selanjutnya.

7.6 LAIN-LAIN PERKARA

 Membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan


Jawatankuasa yang dihadiri sahaja.
 Bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diputuskan
dalam mesyuarat.

 Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa tidak sah sehingga


diperakukan dalam Mesyuarat Majlis.

 Hanya ahli jawatankuasa sahaja akan dibayar elaun kehadiran


(tidak termasuk pemerhati).

 Mesyuarat Majlis hanya melulus, tidak meluluskan, meluluskan


dengan bersyarat atau dengan pindaan dan menangguhkan
apa-apa keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa. Sebarang perkara berbangkit di dalam
Mesyuarat Majlis berkaitan keputusan yang dibuat di dalam
Mesyuarat Jawatnkuasa perlu dirujuk semula kepada
Jawatankuasa yang berkenaan.

 Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dijalankan di pejabat Pihak


Berkuasa Tempatan dan diadakan satu atau dua (2) kali dalam
sebulan.

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 27


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

 Semua keputusan Mesyuarat OSC adalah muktamad dan


perludimasukkan sebagai makluman di dalam Mesyuarat
Majlis.

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 28


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.7 PERUNTUKAN – JENIS MESYUARAT

7.7.1 MESYUARAT MAJLIS

Mengikut Seksyen 20, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),


Mesyuarat Biasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sebulan
sekali yang dianggotai oleh semua Ahli Majlis untuk memperakui
semua perjalanan urusan PBT (Mesyuarat Jawatankuasa).

7.7.2 MESYUARAT KHAS

Mesyuarat yang ditetapkan oleh Datuk Bandar/Yang diPertua pada


bila-bila masa atas permintaan bertulis tidak kurang dari satu per
tiga daripada Ahli Majlis dan hari yang ditetapkan untuk mesyuarat
itu hendaklah dalam tempoh 14 hari dari tarikh permintaan itu
disampaikan. Kourum hendaklah sekurang-kurangnya satu per dua
daripada bilangan jumlah Ahli Majlis.

7.7.3 MESYUARAT JAWATANKUASA

Jawatankuasa yang dilantik di bawah Seksyen 28, Akta Kerajaan


Tempatan 1976 (Akta 171) dan bilangan keahliannya telah
ditetapkan mengikut keputusan Mesyuarat Majlis, bagi maksud
memeriksa dan melaporkan sesuatu perkara dan menjalankan
sesuatu perbuatan yang sesuai dilaksanakan secara jawatankuasa.

7.7.4 JAWATANKUASA TEKNIKAL

Jawatankuasa ini terbitan daripada Mesyuarat Jawatankuasa bagi


maksud melaporkan dan menjalankan tugas-tugas khas yang
memerlukan perincian terhadap sesuatu perkara atau isu yang
ditimbulkan atau ditentukan yang tidak dapat diselesaikan di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa. Bilangan keahliannya ditentukan
mengikut persetujuan Jawatankuasa serta diperakukan di dalam
Mesyuarat Majlis. Setiap keputusan Jawatankuasa Teknikal perlu
dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang berkenaan
sebelum diperakukan di dalam Mesyuarat Majlis. Jawatankuasa ini
akan terbatal setelah perkara tersebut diputuskan.

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 29


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.8 ELAUN MESYUARAT

7.8.1 Elaun Mesyuarat adalah bayaran yang dibuat kepada Ahli


Majlis kerana menghadiri mesyuarat. Jawatankuasa selain dari
penubuhan jawatankuasa tidak tertakluk kepada kadar bayaran
ini dan jawatankuasa teknikal yang telah diputuskan di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa/ Majlis sahaja akan dibayar elaun.
Pemerhati dalam mana-mana mesyuarat tidak dibayar elaun.
Kadar elaun adalah merujuk kepada Keputusan Mesyuarat
Kerajaan Negeri (MMKN) Bil 2/2012 bertarikh 11 Januari
2012 iaitu dengan kadar yang ditetapkan seperti berikut:-

PIHAK DATUK AHLI MAJLIS


BERKUASA BANDAR/YANG
TEMPATAN DIPERTUA

ELAUN ELAUN ELAUN ELAUN


TETAP MESYUARAT TETAP MESYUA
RAT
MAJLIS RM2,000 RM150 RM1500 RM150
BANDARAY
A
MAJLIS RM2,000 RM100 RM1500 RM100
PERBANDAR
AN

MAJLIS RM1500 RM100 RM1000 RM100


DAERAH

7.8.2 LAIN-LAIN ELAUN

i Elaun perjalanan, penginapan dan makan layak diterima dengan


syarat ianya adalah arahan rasmi Majlis. Kadar tuntutan yang
diberikan adalah setaraf dengan jawatan Pengurusan dan
Profesional (Gred 41).
ii Kategori arahan rasmi Majlis yang diterimapakai seperti
mengikuti kursus yang melibatkan bidang tugas Ahli Majlis,
bertugas di luar negeri/negara atas fungsi sebagai Ahli Majlis
(jika pengangkutan/penginapan tidak disediakan) dan
menghadiri mesyuarat luar negeri/daerah (jika
pengankutan/penginapan tidak disediakan).

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 30


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.9 PERUNTUKAN PROGRAM SOSIAL/MESRA RAKYAT

Seksyen 101(1) (d), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)


memperuntukkan seperti berikut:

„101(1) Selain daripada apa-apa kuasa lain yang diberi kepada sesuatu
pihak berkuasa tempatan oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-
undang bertulis lain, sesuatu pihak berkuasa tempatan mempunyai
kuasa bagi melakukan segala atau mana-mana daripada perkara
yangberikut, iaitu:

(d) menjalankan kerja-kerja yang memberi apa-apa faedah am kepada


penduduk-penduduk kawasan piahak berkuasa tempatan;…’

7.9.1 BAYARAN PENGURUSAN

i Bayaran pengurusan yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh


Majlis dan boleh dituntut oleh Ahli Majlis adalah bayaran utiliti
seperti bayaran bil air, bil elektrik, bil telefon/telefon bimbit, sewaan
pejabat, bekalan pejabat dan elaun pembantu sahaja. Kadar
bayaran pengurusan tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan
PBT iaitu tidak melebihi RM2500.00 sebulan.

ii Bayaran gaji kepada pembantu adalah tidak dibenarkan sama


sekali. Jika PBT telah menyediakan kemudahan-kemudahan asas
seperti pejabat, pembantu dan kelengkapan pejabat maka Ahli
Majlis tidak layak membuat tuntutan bayaran pengurusan seperti di
atas.

iii Sebagai langkah-langkah penjimatan kos, Kerajaan Ngeri


menggalakkan penggunaan pejabat pengurusan untuk Ahli Majlis
menggunakan bangunan-bangnan milik Majlis atau Kerajaan
Negeri.

iv Semua tuntutan diatas adalah layak unuk dituntut dengan


mengemukakan semua dokumen-dokumen sokongan pembayaran
seperti invois, resit bayaran, bil-bil pembayaran, nota
penghantaran dan lain-lain yang berkaitan.

v Mengikut Arahan Perbendaharaan 99(a), baucer hendaklah


disokong dengan butir-butir penuh:

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 31


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

“Semua baucer hendaklah disokong dengan butir-butir penuh


mengenai tiap-tiap satu perkhidmatan, bekalan atau kerja seperti
tarikh, nombor, kuantiti, kiraan jauhnya dan kadar untuk
membolehkan ianya disemak tanpa merujuk kepada apa-apa
dokumen selain daripada yang dikembarkan padanya. Apabila
bayaran dibuat bagi sesuatu kontrak, baucer itu hendakalah
mengandungi rujukan mengenai nombor kontrak itu”.

7.9.2 KADAR PERUNTUKAN PROGRAM SOSIAL/MESRA RAKYAT

i Selaras dengan kehendak Kerajaan Negeri untuk menyeragamkan


kadar tahunan peruntukan diatas, Peruntukan Program Sosial/Mesra
Rakyat bagi Majlis pada kadar tidak kurang daripada RM10, 000.00.
Kadar peruntukan Program Sosial/Mesra Rakyat ini adalah bagi
setiap Ahli Majlis dan tertakluk kepada kemampuan kewangan
Majlis.

ii Setiap permohonan Peruntukan Sosial/Mesra Rkayat oleh Ahli


Majlis hendaklah dibuat didalam borang permohonan yang
disediakan oleh jabatan yang menguruskan peruntkan ini.

7.9.3 LAPORAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PROGRAM


SOSIAL/MESRA RAKYAT AHLI MAJLIS

i Semua perbelanjaan peruntukan Program Sosial/Mesra Rakyat


oleh Ahli Majlis perlu dilaporkan kepada Majlis setiap bulan untuk
makluman di dalam Jawatankuasa Kemasyrakatan.

ii Pembentangan laporan perbelanjaan peruntukan program


sosial/mesra rakyat Ahli Majlis mengikut format yang disediakan.

7.10 KEMUDAHAN KEPADA AHLI MAJLIS-AHLI MAJLIS PENGUASA


TEMPATAN (MAJLIS PERBANDARAN KLANG)

7.10.1 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

i. RAWATAN PERUBATAN

Majlis menanggung perbelanjaan Ahli-ahli Majlis menurut


kemudahan-kemudahan seperti yang diberi kepada
pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 32


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Profesional. Majlis menyediakan 2 kategori rawatan


perubatan seperti berikut:-

a. Kad Kesihatan Red Alert Online


Majlis menggunakan perkhidmatan kad kesihatan
ini di mana Ahli Majlis dan keluarga (tidak
termasuk ibu bapa) bagi rawatan perubatan iaitu
sebanyak RM200 sebulan untuk klinik-klinik
dibawah perkhidmatan Red Alert Sdn Bhd.

b. Skim Perlindungan Hospitaliti Cuepacs Care


Majlis menyediakan satu kemudahan perubatan
Skim Perlindungan Hospitaliti Cuepacs Care untuk
Ahli Majlis dan keluarga dimana had perlidungan
untuk satu kemasukan iaitu RM 20,000.

ii. PAS BULANAN AHLI MAJLIS

Ahli-ahli Majlis akan diberi pas bulanan untuk meletak


kenderaan di ruang-ruang letak kereta yang
diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran Klang di
Daerah Klang dengan syarat kenderaan Ahli Majlis
tersebut didaftarkan diatas nama Ahli Majlis itu sendiri.

iii. LENCANA (CREST) MPK

Ahli Majlis akan diberi percuma Lencana (Crest) MPK


untuk diletakkan di kenderaan bagi kegunaan sendiri.

iv. KEMUDAHAN DEWAN

Penggunaan dewan bagi program-program yang


berbentuk Mesra Rakyat oleh Ahli-ahli Majlis dikecualikan
daripada bayaran.

v. KEMUDAHAN PERALATAN DAN KHEMAH

Penggunaan peralatan dan khemah bagi program-


program yang berbentuk Mesra Rakyat oleh Ahli Majlis
dikecualikan daripada bayaran.

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 33


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

vi. KEMUDAHAN RUMAH REHAT

MPK mempunyai empat (3) buah rumah rehat untuk


kegunaan kakitangan dan Ahli Majlis. Rumah rehat MPK
adalah seperti berikut:-

RUMAH REHAT BILANGAN

LANGKAWI - Sri Lagenda 1 buah

PORT DICKSON - Seri Bulan 2 buah


- Tanjung Tuan

vii. SUMBANGAN URUSAN JENAZAH ATAS KEMATIAN


AHLI MAJLIS

Sumbangan Majlis untuk urusan jenazah atas kematian


Ahli Majlis dan kakitangan yang meninggal dunia yang
masih dalam perkhidmatan ialah RM3,400 dan RM200
untuk pasangan Ahli Majlis dan anak yang masih di
bawah tanggungan yang meninggal dunia.

viii. PENGURUSAN KENDERAAN MAJLIS UNTUK


KEMATIAN AHLI MAJLIS DAN KELUARGA

Penggunaan kenderaan Majlis untuk pengurusan


kematian Ahli Majlis dan keluarga (suami / isteri / anak)
adalah percuma.

Ix. PEMBERIAN PAKAIAN

Majlis membekalkan kepada Ahli Majlis pakaian untuk 2


tahun sekali seperti berikut:-

a. Baju korporat (2 helai) – 2 tahun sekali


b. Blazer (sehelai) – 2 tahun sekali
c. Beg Briefcase – 2 tahun sekali
d. Laptop (sekali sepanjang perkhidmatan)

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 34


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

8.0 PENUTUP

Buku manual ini disediakan adalah sebagai rujukan dan panduan pada
semua Ahli Majlis dan kakitangan yang memperjelas dan
memperkukuhkan proses dan prosedur kerja Sebarang pindaan
mengenai buku manual ini adalah tertakluk kepada pindaan oleh Pihak
Berkuasa Negeri dan Majlis Perbandaran Klang. Adalah menjadi
harapan, garis panduan yang menyeragamkan pengendalian
pengurusan Ahli Majlis ini dapat menambahkan pengetahuan bagi
meningkatkan kompentensi Ahli Majlis serta memberi impak yang
positif terhadap ketulusan Majlis dalam mentadbir Klang.

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 35


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 36


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 37


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 38


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 39


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 08 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Tatacara Pelantikan Ahli Majlis Dan Penerimaaan Jawatan MPK 40

Anda mungkin juga menyukai