Anda di halaman 1dari 11

MANUAL MPK BIL : 148 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL:

PROGRAM TARIKAN KEUSAHAWANAN


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 148 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1. SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
2. PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
3. TUJUAN MANUAL 5
4. LATAR BELAKANG 5-6
5. DEFINISI 6
6. OBJEKTIF 6
7. CARTA ORGANISASI 7
8. SUMBER KUASA 7
9. SKOP KERJA 7
10. CARTA ALIRAN 7
11. PROSES KERJA 8
12. PENUTUP 8
13. LAMPIRAN 8
14. CARTA ORGANISASI UNIT PEMBANGUNAN USAHAWAN 9
15. CARTA ALIRAN KERJA PROGRAM TARIKAN KEUSAHAWANAN 10
(PROGRAM KERJASAMA)
16. CARTA ALIRAN KERJA PROGRAM TARIKAN KEUSAHAWANAN 11
(PROGRAM ANJURAN UNIT PEMBANGUNAN USAHAWAN)

Program Tarikan Keusahawanan 2


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 148 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya


Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Bidang keusahawanan merupakan satu aktiviti dimana ianya


melibatkan pelbagai program iaitu meliputi bidang perniagaan, latihan,
kemahiran, asas keusahawanan, pembiayaan, pemadanan
perniagaan, perakaunan dan rantaian perniagaan. Keadaan ini
menyebabkan program tarikan keusahawanan ini penting dalam
menjana pembangunan usahawan di sesuatu daerah. Disamping itu
program ini dapat membuka peluang kepada para usahawan dan bakal
usahawan untuk mendapatkan ilmu, maklumat dan pengetahuan bagi
menjayakan sesuatu perniagaan yang mereka ceburi. Penganjuran
program ini secara tidak langsung dapat membantu pelbagai pihak
dalam menjalankan perniagaan mereka kelak. Selain itu juga, manual
ini dapat menjadi bahan rujukan kepada pihak-pihak lain khususnya
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain yang sedang atau ingin
membuka Unit Pembangunan Usahawan.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto


yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan Bin Mukri


Setiausaha MPK

Program Tarikan Keusahawanan 3


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 148 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana


dengan limpah kurnia-Nya, Jabatan Korporat
sebagai salah sebuah jabatan terpenting di Majlis
Perbandaran Klang telah berjaya menyediakan 15
Manual Prosuder Kerja yang meliputi pelbagai
aspek / bidang tugas Jabatan. Manual prosuder ini adalah betujuan
sebagai panduan dan bahan rujukan dalam melaksanakan tugas dengan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Manual-manual ini terdiri
daripada :

1) Manual Prosedur Tempahan Kemudahan Sukan


2) Manual Prosedur Proses Peruntukkan Penggerak Belia Tempatan
3) Manual Prosedur Penyewaan Tanah Lapang MPK
4) Manual Prosedur Penyertaan Pasukan MPK
5) Manual Prosedur Tempahan Peralatan Logistik
6) Manual Prosedur Tempahan Kombo Dan Kumpulan Kesenian
7) Manual Prosedur Penggunaan Sistem Siaraya
8) Manual Prosedur Program Tarikan Keusahawan
9) Manual Prosedur Program Mesra Pelaburan
10) Manual Prosedur Lawatan Dalaman Dan Luaran
11) Manual Prosedur Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
12) Manual Prosedur Pelaksanaan Program Zon Bersih
13) Manual Prosedur Pelekat Kenderaan OKU
14) Manual Prosedur Pelaksanaan Pemberian Sumbangan Bencana
Alam Dan Sumbangan Ehsan
15) Manual Prosedur Mpengurudan Skuad 3S

Adalah diharapkan Manual yang telah disediakan ini dapat menjadikan


Jabatan Korporat sebagai salah sebuah jabatan pemangkin kepada Majlis
Perbandaran Klang menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan tertua di
Malaysia yang terus memacu serta menyokong segala pembangunan yang
akan dilaksanakan di kawasan Majlis Perbandaran Klang selaras dengan
hasrat dan visi MPK ke arah merealisasikan Klang sebagai Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 melalui perancangan dan pengawalan
pembangunan yang mampan serta dapat memberikan perkhidmatan bandar
yang berkualiti melalui tadbir urus yang cemerlang untuk keseluruhan
masyarakat klang yang gemilang.

Dawari Bin Daud


Program Tarikan Keusahawanan 4
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 148 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Pengarah Korporat

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik


Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga
MPK dan warga Klang.

1.3 Berfikir di luar kotak adalah cara berfikir di luar batasan


masalah yang ada dengan mengaplikasikan konsep “Blue Ocean
Strategy”.

1.4 Menyediakan satu garis panduan bagi membantu para


usahawan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan serta
maklumat dalam menjalan perniagaan.

1.5 Mengalakkan cara berfikir baru di luar kebiasaan dari cara


berfikir yang sebelumnya,

1.6 Mengalakkan cara berfikir yang berbeza daripada orang lain


pada umumnya,

1.7 Menjadi kemudahan rujukan kepada pegawai dan kakitangan


dalam pelaksanaan program tarikan usawahan mengikut
prosedur yang betul dalam melicinkan sesuatu tindakan.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Penubuhan Unit Pembangunan Usahawan adalah


kesinambungan daripada perkembangan aktiviti dan program
yang dianjurkan oleh Pegawai Pelaburan di MPK. Maka rentetan
daripada itu wujud unit yang berperanan membantu bakal dan
para usahawan untuk menjalankan perniagaan mereka
berasaskan ilmu yang dipelajarai dari sudut asas keusahawanan,
peluang peniagaan, skim pembiayaan, latihan, kemahiran dan
pasaran.

2.2 Ahli Jawatankuasa Penggerak Pembangunan Usahawan terdiri


daripada :-

2.2.1 Unit Sektoral Usahawan SUK


2.2.2 Pejabat Tanah Daerah Klang
2.2.3 Unit Pembangunan Keusahawanan PBT
2.2.4 JKKK
2.2.5 ADUN
2.2.6 Jabatan Pertanian Negeri
Program Tarikan Keusahawanan 5
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 148 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2.2.7 Jabatan Perikanan


2.2.8 FAMA
2.2.9 MARDI
2.2.10 LPP
2.2.11 PKNS
2.2.12 MARA
2.2.13 PUNB
2.2.14 Amanah Ikhtiar
2.2.15 PNS
2.2.16 SME Corp
2.2.17 Agro Bank
2.2.18 Tekun
2.2.19 BSN

3.0 DEFINISI

Program Tarikan Keusahawanan merupakan satu program menarik


bakal dan para usahawan untuk turut serta bagi mendapatkan ilmu
pengetahuan dan maklumat terkini berkaitan peluang-peluang
perniagaan dan pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan negeri,
agensi-agensi penggalak keusahawanan dan syarikat yang
menawarkan skim pembiayaan dan pinjaman untuk para peniaga bagi
menjana dan meluaskan perniagaan mereka.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membantu para usahawan khususnya di daerah Klang untuk


mendapatkan maklumat tentang peluang-peluang perniagaan/
bantuan kewangan dan geran yang disediakan oleh agensi
kerajaan.

4.2 Sebagai platform untuk memasarkan produk para usahawan/


pemadanan perniagaan.

4.3 Mempromosikan daerah Klang sebagai hub keusahawanan


untuk semua kaum

4.4 Menambah jumlah dan meningkatkan kualiti usahawan


bumiputera dalam sektor pengedaran/ peruncitan.

4.5 Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat


Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman.

Program Tarikan Keusahawanan 6


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 148 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

5.0 CARTA ORGANISASI

5.1 Carta Organisasi Bahagian Pelaburan, Pembangunan


Usahawan & Perhubungan Antarabangsa adalah seperti di
Lampiran 1.

6.0 SUMBER KUASA

6.1 Arahan daripada YDP/ TYDP PBT

7.0 SKOP KERJA

Tugas-tugas Unit Pembangunan Keusahawanan Majlis Perbandaran


Klang adalah seperti berikut:

7.1 Bertanggungjawab untuk mempromosikan Daerah Klang


sebagai hub keusahawanan yang terkini untuk semua kaum.

7.2 Bertanggungjawab untuk menarik para peniaga bagi


mengembangkan aktiviti perniagaan mereka.
7.3 Membantu para peniaga kecil dan sederhana untuk
mendapatkan skim pembiayaan dan pinjaman daripada pihak
kerajaan dan agensi-agensi kewangan
7.4 Mewujudkan Pusat Informasi Keusahawanan kepada para
usahawan Daerah Klang

7.5 Memberi bantuan/khidmat nasihat kepada para usahawan baru


dan sedia ada
7.6 Menyediakan kemudahan maklumat dari segi peluang
perniagaan, pembiayaan, skim pinjaman, dan sebagainya
7.7 Mengadakan perjumpaan dengan dewan-dewan perniagaan
Melayu, Cina, dan India

7.8 Mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi penggalak


usahawan contohnya PUNB/ MARA/ Amanah Ikhtiar/ PNS/ SME
Corp dan syarikat kewangan.

8.0 CARTA ALIRAN

8.1 Program Tarikan Keusahawanan dilaksanakan setiap empat (4)


kali setiap tahun dimana Pegawai Pelaburan akan mengadakan

Program Tarikan Keusahawanan 7


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 148 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

program dengan kerjasama agensi yang berkaitan bagi


memberi ilmu pengetahuan serta maklumat kepada bakal dan
para usahawan khususnya di Daerah Klang.
9.0 PROSES KERJA

9.1 Program Tarikan Keusahawanan melibatkan dua peringkat :-

9.1.1 Program Kerjasama


(Carta aliran seperti dilampiran 2)

9.1.2 Program Anjuran Unit Pembangunan Keusahawanan


MPK
(Carta aliran seperti dilampiran 3)

10.0 PENUTUP

Program Tarikan Keusahawanan memainkan peranan yang amat penting di


dalam membantu para usahawan baru dan sedia ada di dalam mendapatkan
maklumat dan pengetahuan berkenaan dengan ilmu keusahawanan, peluang
perniagaan, peluang memasarkan produk, mempelbagaikan produk
perniagaan, memperolehi skim pembiayaan dan pinjaman yang disediakan
oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat. Keadaan ini secara tidak
langsung dapat membantu para usahawan untuk mengembangkan
perniagaan mereka ke peringkat global.

11.0 LAMPIRAN

Lampiran1 - Carta Organisasi Unit Pembangunan Usahawan

Lampiran 2 - Carta Aliran Program Tarikan Usahawan


(Program Kerjasama)

Lampiran 3 - Carta Aliran Program Tarikan Usahawan


(Program Anjuran Unit Pembangunan Usahawan)

Program Tarikan Keusahawanan 8


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 148 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

LAMPIRAN 1

CARTA ORGANISASI UNIT PEMBANGUNAN USAHAWAN

DAWARI BIN DAUD


PENGARAH

MOHD FHARULISA BIN MD


ISA
PEGAWAI TADBIR N41

UNIT PELABURAN & UNIT PERHUBUNGAN UNIT PEMBANGUNAN


PERDAGANGAN ANTARABANGSA USAHAWAN
PENOLONG PEGAWAI PENOLONG PEGAWAI PENOLONG PEGAWAI
TADBIR N27 TADBIR N27 TADBIR TADBIR N27

ZULHAINUDIN BIN AMIN


PEMBANTU TADBIR N22Q

KEKOSONGAN JAWATAN AHMAD SYAFIQ B. JAAFAR SITI NUR BALQIS BT.


PEMBANTU TADBIR N17 SIDEK MOHD JAINI
PEMBANTU TADBIR N17 PEMBANTU TADBIR N17

PEMBANTU AM PEJABAT
N1

Program Tarikan Keusahawanan 9


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 148 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

LAMPIRAN 2

CARTA ALIRAN KERJA PROGRAM TARIKAN KEUSAHAWANAN

Program Kerjasama MULA

Terima kertas cadangan

Semak kertas cadangan

Memohon kelulusan cadangan program


(Mesy Jawatankuasa/Pengarah)

Mengadakan mesyuarat teknikal


dengan jab dlm/agensi terlibat

Surat penolakkan Cadangan diperakui


Ya
Sediakan serta menghantar surat
persetujuan kerjasama program
Sediakan serta menghantar borang
tempahan dewan/ bilik mesyuarat &
borang pesanan makanan (JKP)
Sediakan serta menghantar borang
pinjaman & pemasangan alat komputer
(JTM)
Sediakan serta menghantar surat
jemputan perasmian (YDP/ TYDP)

Sediakan serta menghantar surat


keperluan bunga hiasan (JTR)
Sediakan serta menghantar surat
kawalan lalulintas (JPkuasa)

Sediakan teks ucapan perasmian YDP/


TYDP

Sediakan serta menghantar surat


jemputan penganjuran program kepada
Jabatan Dalaman dan Jabatan Luaran

Program Kerjasama Tarikan


Keusahawanan/ Penilaian program

Laporan

Failkan dalam fail Keusahawanan


Program Tarikan Keusahawanan 10
TAMAT
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 148 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

LAMPIRAN 3

CARTA ALIRAN KERJA PROGRAM TARIKAN KEUSAHAWANAN

Program Anjuran Unit Pembangunan Keusahawanan

MULA
Menyediakan kertas
cadangan mengikut Takwim/
Jadual Sasaran kerja
Tahunan
Surat penolakkan/ Kertas cadangan dibentang di
penagguhan dalam mesy. jawatankuasa
Mengadakan mesyuarat teknikal jab
dlm/agensi luaran.

Sediakan serta menghantar surat


jemputan para peserta,penceramah
Sediakan serta menghantar borang
tempahan dewan/ bilik mesyuarat &
borang pesanan makanan (JKP)
Sediakan serta menghantar borang
pinjaman & pemasangan alat komputer
(JTM)
Sediakan serta menghantar surat
jemputan perasmian (YDP/ TYDP)
Sediakan serta menghantar surat
keperluan bunga hiasan (JTR)

Sediakan serta menghantar surat


kawalan lalulintas (JPkuasa)

Sediakan serta menghantar surat


memohon cenderahati (JKPA)
Sediakan serta menghantar surat
jemputan penganjuran program kepada
Jabatan Dalaman dan Jabatan Luaran

Sediakan teks ucapan perasmian YDP/


TYDP

Program Tarikan Keusahawanan/


Penilaian program

Laporan

Failkan dalam fail Keusahawanan


Program Tarikan Keusahawanan 11

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai