Anda di halaman 1dari 26

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN


KURSUS PENYENGGARAAN DAN
MEMBAIK- PULIH TELEFON BIMBIT

DILAKSANAKAN OLEH
KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD
&
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


2

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENDAHULUAN

2.0 LATARBELAKANG PENGENDALI

2.1 MAKLUMAT PENGENDALI


2.3 BIODATA TENAGA PENGAJAR

3.0 RINGKASAN PROJEK

3.1 PENGENALAN PROGRAM KURSUS


3.2 JUSTIFIKASI PROJEK
3.3 OBJEKTIF
3.4 SASARAN OUTCOME
3.5 SKOP PROJEK
3.6 GOLONGAN SASAR
3.7 PELAKSANAAN PROGRAM
3.8 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN
3.9 KOMPENAN PROJEK
3.10 LAPORAN PELAKSANAAN

4.0 METODOLOGI PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 SECARA TEORI/ BENGKEL- AMALI/ PRAKTIKAL

5.0 FAEDAH/ PULANGAN KEPADA PESERTA

6.0 KESIMPULAN

7.0 LAMPIRAN BERGAMBAR

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


3

RINGKASAN EKS EKUTIF


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi Kertas Cadangan ini berjaya disedia dan disiapkan
sepenuhnya bagi dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk memberi penerangan,
penjelasan serta pendedahan tentang hasrat KOWANIS bagi melaksanakan Program
Pembangunan Usahawan bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik- Pulih Telefon Bimbit
dan seterusnya mendapatkan peruntukan dan penajaan bagi menjalankan kursus dan
program yang telah disusun. Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) dan
Institut Latihan Teknikal KOWANIS berhasrat dan ingin turut sama menyumbangkan
pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan menjalankan kursus dan program yang
berkaitan. Kursus ini terbuka kepada belia-beliawanis Pulau Pinang yang ingin
meningkatkan pencapaian diri mereka dalam bidang yang diminati serta ia merupakan
persediaan bagi melengkapkan diri sebagai Usahawan Telekomunikasi. Kursus ini juga
mampu membantu mereka yang tidak memiliki sijil akademik, tamat pesekolahan atau
kepada yang telah bekerja dalam industri yang berkaitan.
Di akhir tempoh kursus, setiap peserta diharapkan akan dapat:

a. Meningatkan kemahiran diri dan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)


mengikut tahap.
b. Meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan.
c. Melahirkan masyarakat yang lebih berdikari dan berdaya maju serta berkemahiran
tinggi lagi inovatif.
d. Mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum sejajar dengan hasrat kerajaan
negeri Pulau Pinang untuk mengurangkan kemiskinan tegar ke tahap sifar sekaligus
dapat mencapai matlamat.

Program ini juga dapat menjadi medium untuk memupuk semangat keusahawanan di
kalangan para belia yang menyertainya, di mana sepanjang kursus ini, belia akan
diterapkan dengan nilai-nilai yang baik sebagai seorang usahawan dan mendapat panduan
yang sistematik untuk menceburi bidang perniagaan. Adalah diharapkan agar pembentangan
melalui Kertas Cadangan ini akan di terima dan dipertimbangkan.

Pengerusi
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


4

1.0 PENDAHULUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan Bantuan Dana serta Penajaan
daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mana hasil bantuan yang dihulurkan
mampu menaja suatu program yang dikenali sebagai Program Pembangunan
Usahawanan bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik- Pulih Telefon Bimbit
dimana Program Latihan ini akan dilaksanakan secara Jangka Panjang ataupun
secara Jangka Pendek. Kesemua latihan yang dijalankan akan dapat membantu
peserta program mendapat pengiktirafan dari industri pekerjaan serta pihak
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Program ini mensasarkan golongan belia yang bermotivasi tinggi, kurang


berkemampuan dari segi ekonomi, dan tidak berpeluang menceburi bidang
kemahiran seperti yang dinyatakan di atas di institusi-institusi kemahiran milik
kerajaan atau pun swasta disebabkan desakan hidup serta keadaan kehidupan
masakini. Secara umumnya program yang akan dijalankan ini adalah aplikasi
amalan sebenar di dalam industri pekerjaan, serta sesuai diterapkan kepada
peserta-peserta, khususnya belia yang tidak berkemampuan atau berpeluang
meningkatkan persijilan mereka. Di akhir program ini belia-belia ini berpeluang
menjadi belia-belia yang lebih berdaya saing dan kompetitif untuk berada di dalam
industri pekerjaan, mengikut kapasiti yang dirancang.

Berdasarkan pemerhatian, kajian dan pengalaman pihak kami dalam menjalankan


pelbagai program kemahiran mendapati bahawa senario industri pekerjaan pada
masa hadapan akan terus memerlukan tenaga kerja terlatih yang dapat
menyumbang tenaga dan pengalaman ke arah perkembangan ekonomi Malaysia
selari dengan hasrat cita-cita dan slogan kami “Kemahiran Berinovasi Pemangkin
Kejayaan”

KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS-P-5-0272) merupakan


sebuah badan pertubuhan yang telah ditubuhkan di bawah Akta-Koperasi 1993 dan
telah didaftarkan secara rasminya pada 14 hb. Januari 2005. Semenjak penubuhan
KOWANIS lebih menumpukan perhatian dalam bidang Penyewaan Kenderaan
(Teksi) dan selain itu turut melaksanakan Program-Program Latihan Kemahiran
secara bekerjasama dengan syarikat Pengendali Program Latihan yang

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


5

berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). KOWANIS sebelum


ini telah berjaya melaksanakan Kursus Jahitan dan Kraftangan di bawah Program
Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dengan kerjasama FELCRA Training and
Consultancy dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Selain itu KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Program Latihan Kerjaya
(PLK) anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah seliaan FELCRA Training
and Consultancy (FTC) .

KOWANIS disokong dan dibantu sepenuhnya oleh ahli-ahli yang sememangnya


memiliki kemahiran dan berpengalaman melaksanakan pelbagai Program Latihan
Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) serta Program Kursus Jangka Pendek. Sebelum
ini KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Kursus Jurukecantikan (PLKK),
Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit (PLKK), Kursus
Perkhidmatan Melatih Ibu Tunggal(I-Kit) Dan Keusahawanan Wanita (I-Keunita)
secara Program Kursus Jangka Pendek (PKJP), Program Latihan 1 Malaysia,
Program Latihan Kemahiran 1 Malaysia dan Program Latihan Kemahiran (NBOS).

KOWANIS kini akan melaksanakan setiap program Latihan melalui divisyennya


Institut Latihan Teknikal KOWANIS (ILTK) yang akan dinaik - taraf sebagai
Penyedia Latihan bidang Jahitan, bidang Telekomunikasi-Penyenggaraan dan
Membaiki Telefon Bimbit yang bertauliah dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK), Kementerian Sumber Manusia. KOWANIS juga berdaftar sebagai Pusat
Latihan SLDN bagi kursus Jurukecantikan dan Aromatherapy yang turut
ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber
Manusia .

Diharapkan sumbangan Dana ini dapat membantu para peserta yang berminat
menjalani latihan serta mendapatkan kemahiran yang diminati bahkan akan
mengwujudkan hubungan erat dua hala antara KOWANIS dan penyumbang DANA
bahkan akan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat
Malaysia khasnya.
Pihak kami berharap agar Bantuan Dana yang disumbangkan dapat merialisasikan
impian para peserta yang terlibat seterusnya turut menjayakan program yang
dirancangkan oleh pihak kami KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD
(KOWANIS).

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


6

2.0 LATARBELAKANG PENGENDALI

2.1 MAKLUMAT ASAS KOPERASI

Nama Koperasi : KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD


(KOWANIS).

Alamat Koperasi : No. 55, Lorong Bertam Indah 1


Taman Bertam Indah
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG

Tarikh Daftar : 14 Januari 2005

Nombor Pendaftaran : P-5-0272

Jumlah Anggota : 100

Jumlah Modal Syer : RM10,000.00

Fungsi Utama : Perkhidmatan

Aktiviti : ● Pusat Latihan Kemahiran/ Kursus Kemahiran Jangka


Panjang/ Kursus Jangka Pendek (Indoor & Outdoor)/
Juruperunding (Consultancy) & Perkhidmatan

No. Akaun Bank : 557157802011

Nama Bank : MAYBANK Cawangan Gelugor


345-H, Bangunan Kelab Gelugor
Jalan Sultan Azlan
11700 Gelugor
PULAU PINANG

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


7

2.2 BIODATA TENAGA PENGAJAR

EN. MOHD. AZLI B. RAMLI@SULONG berasal dari


Kampung Santong, Paka, Terengganu merupakan
seorang belia yang berjaya serta bersemangat tinggi.
Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan namun
telah berjaya merebut segala peluang dan menggunakan
segala kemudahan yang diberikan untuk meningkatkan
kecemerlangan diri. Melalui program e-kasih beliau
telah dipilih menyertai Program Latihan Kemahiran
dan Kerjaya dan melalui program ini beliau berpeluangi
mempelajari pelbagai ilmu kemahiran telekomunikasi
sehingga memiliki Sijil Kemahiran Membaik-Pulih
Telefon Bimbit (Software dan Hardware).

Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi beliau pernah bertugas


dibeberapa pusat latihan kemahiran dan berpeluang mengajar di Semenanjung
Malaysia serta menyumbangkan pengalaman dan pengetahuan sampai ke negeri Sabah
dan Sarawak. Selain itu, En. Mohd Azli juga turut berjaya membantu melahirkan para
belia yang mahir dalam bidang telekomunikasi sehingga membimbing mereka
menjadi seorang usahawan.

Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian dan berjaya mempertingkatkan


pengetahuan diri dan sehingga memperolehi Sijil Kemahiran sebagai Pembantu
Juruteknik Elektronik dan beliau juga merupakan salah seorang Tenaga Pakar
dalam bidang Telekomunikasi dan beliau bertindak sebagai seorang Tenaga Pengajar
bagi setiap program kendalian syarikat PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY.
Berkat ketekunan beliau, En. Mohd Azli telah berusaha bersama untuk turut berkongsi
dengan rakan-rakan mengambil-alih sebuah Pusat Latihan Skim Latihan Dual
Nasional (PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY) di Ipoh, Perak.

Akhirnya beliau telah diberi peluang untuk menambah pengalaman serta menerajui
syarikat tersebut dimana kebolehan serta pengalaman yang dimiliki kini turut berjaya
mengwujudkan jalinan kerjasama dengan pihak MARA Negeri Perak & Kolej
Komuniti bagi melahirkan usahawan telekomunikasi Melayu. Selain itu beliau juga turut
membantu Unit Penilaian dan menyelia para peserta yang mengikuti kursus di bawah
syarikat yang dikendalikan.

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


8

3.0 RINGKASAN PROJEK

3.1 PENGENALAN PROGRAM KURSUS

Kursus Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon Bimbit biasanya dijalankan mengikut


tahap dimana Tahap 1 (meliputi system “Hardware”) ia meliputi latihan teori dan amali.
Latihan yang diberikan kepada para peserta atau pengguna yang berminat
mempelajarinya boleh dimanfaatkan untuk kepentingan sendiri atau dengan tujuan bagi
mengwujudkan perniagaan. Kursus ini dapat memberi pengetahuan dan meningkatkan
kemahiran para peserta sebagai persediaan memberi perkhidmatan terbaik membaik-
pulih telefon bimbit. Selain itu para peserta didedahkan tentang rekabentuk, teknologi
terbaru serta teknik-teknik yang betul untuk membaiki telefon bimbit. Para peserta
kursus juga diberi pendedahan tentang masalah, rintangan, risiko serta tentang kaedah
mengatasinya di dalam mengharungi dunia perniagaan.

Tahap 2 meliputi kursus menaik taraf system “software”, “programming”, “application”


dan “intergrated circuit” di dalam telefon bimbit. Tahap ini memberi pendedahan kepada
peserta tentang kaedah-kaedah terkini untuk menjadikan sebuah telefon bimbit menjadi
lebih pantas serta kepelbagaian kegunaan.

Perjalanan Kursus Tahap 1 & 2 ini dijalankan di dalam dwi-bahasa. Selain daripada itu,
sesi soal jawab semasa sesi pembelajaran diadakan bagi memastikan para peserta
memahami setiap isi kandungan kursus. Di akhir kursus, para peserta mendapat
pendedahan kerja-kerja membuka dan memasang telefon bimbit, mengenalpasti setiap
komponen didalam set telefon bimbit serta teknik-teknik mudah membaiki kerosakan
telefon bimbit.

Tahap 3 pula meliputi persediaan Rancangan Perniagaan (Business Plan) di mana para
peserta akan di dedahkan kepada rangka dan kaedah untuk membuat Rancangan
Perniagaan seperti analisa pasaran, pesaing-pesaing di pasaran, analisa SWOT,
pengurusan perniagaan , pemasaran perniagaan, unjuran aliran wang tunai dan
sebagainya. Peserta turut diberi pendedahan tentang sistem perniagaan yang sebenar,
susun atur di dalam kedai dan jenis perkhidmatan berkaitan yang disediakan. Selain itu,
peserta juga akan mendapat maklumat tentang jaringan perniagaan membaiki dan
membaik-pulih telefon bimbit yang dijalankan.

Walaubagimanapun kursus ini juga turut dijalankan untuk tempoh masa singkat (Jangka-
pendek) dimana ia bertujuan memberi pengetahuan tentang perkara-perkara asas dan
bahagian serta maklumat penting yang boleh memberi kesedaran kepada pengguna atau
peserta kursus yang menyertai program. Para peserta yang telah mendapat bimbingan
asas boleh meneruskan pengajian secara sepenuh masa bagi memastikan setiap
kemahiran yang diperolehi boleh membantu menjana pendapatan selain sebagai
pengetahuan asas.

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


9

3.2 JUSTIFIKASI PROJEK

Institut Latihan Teknikal KOWANIS memilih untuk mengendalikan kursus ini


memandangkan terlalu banyak ruang dan peluang perniagaan tersedia di pasaran
tempatan. Selain itu perkembangan dunia masa kini lebih mengutamakan kepakaran di
dalam bidang multimedia dan telekomunikasi bersesuaian dengan arus perubahan
teknologi yang begitu pantas.

Oleh yang demikian, dengan pendedahan kursus secara teori, amali serta persediaan
rancangan perniagaan yang di ajar kepada para peserta, ia akan dapat memberi peluang
kepada para usahawan menjalankan sendiri perniagaan membaiki dan membaik-pulih
telefon bimbit untuk menjana hasil pendapatan yang lumayan. Kerajaan telah
menyediakan kepada bakal-bakal usahawan dari segi lokasi perniagaan dan bantuan
kewangan serta khidmat nasihat dari segi bekalan alat ganti dan produk-produk telefon
bimbit setelah tamat kursus.

3.3 OBJEKTIF

Institut Latihan Teknikal KOWANIS berpendapat bahawa kursus kemahiran ini amat
penting untuk didedahkan kepada para belia & beliawanis yang berminat di dalam
perniagaan penyenggaraan dan membaik-pulih telefon bimbit di akhir kursus ini peserta
akan dapat mencapai matlamat seperti berikut :

i. Melahirkan masyarakat dan beli/ beliawanis, Pulau Pinang khasnya yang


berkemahiran dan berkualiti.

ii. Melahirkan belia dan beliawanis yang berpotensi dan berkaliber dalam aspek
kemahiran.

iii. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Pulau Pinang dan belia dan beliawanis
khasnya agar lebih maju dan kehadapan setaraf dengan semua lapisan
masyarakat sekaligus dapat membasmi kemiskinan.

iv. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis di seluruh
Malaysia.

v. Untuk memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para peserta supaya
meminati dan menceburi bidang kemahiran.

vi. Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di dalam bidang
penyenggaraan dan membaik-pulih telefon bimbit.

vii. Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi dalaman
telefon bimbit yang berubah dengan pantas. Memberi peluang kepada para

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


10

peserta untuk mengetahui masalah, rintangan dan risiko yang akan dihadapi serta
cara untuk mengatasi di dalam dunia perniagaan.

viii. Pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas akan menjamin
pendapatan yang lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan mereka.

ix. Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para usahawan


yang sedia ada di pasaran.

x. Menghalang para belia dan beliawanis dari terjebak atau terlibat di dalam anasir-
anasir negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial keterlaluan dan sebagainya.

xi. Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi usahawan


pelapis yang berdaya maju, kompetatif dan berdaya tahan.

3.4 SASARAN OUTCOME

i. Institut Latihan Teknikal KOWANIS mempunyai misi untuk melahirkan belia dan
beliawanis yang mempunyai kemahiran penyenggaraan dan membaik-pulih
telefon bimbit.

ii. Institut Latihan Teknikal KOWANIS juga memasarkan 70% dari jumlah belia dan
beliawanis yang dilahirkan membuka perniagaan sendiri.

iii. Melahirkan bakal usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam


bidang multimedia dan telekomunikasi.

iv. Pendapatan dari perniagaan yang diusahakan sendiri dapat menjana pendapatan
lumayan serta menyumbang kepada perkembangan ekonomi Negara.

v. Memupuk minat di dalam bidang keusahawanan di kalangan bakal usahawan.

3.5 SKOP PROJEK

Skop yang diterapkan kepada peserta kursus untuk projek ini adalah seperti berikut:

i. Peserta diberi pengetahuan secara teori dan kemahiran amali bagi penyenggaraan
dan membaik-pulih telefon bimbit.

ii. Setiap peserta diperkenalkan dengan komponen-komponen dalaman dan luaran


telefon bimbit serta alat-alat ganti yang digunakan untun membaiki dan membaik-
pulih telefon bimbit.

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


11

iii. Setiap peserta akan dibekalkan segala ilmu yang diperlukan di dalam bidang
perniagaan seperti pengurusan, pemasaran, perakaunan, kawalan inventori dan
sebagainya.

iv. Setiap peserta turut diajar nilai-nilai murni seperti memupuk dan menerapkan
unsur-unsur ilmiah dan keagamaan.

3.6 GOLONGAN SASAR

Antara golongan sasaran pelaksanaan kursus ini adalah terbuka untuk seluruh golongan
masyarakat khususnya para Belia, Beliawanis dan Remaja dan sesiapa yang berminat
menceburkan diri di dalam industri kemahiran Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon
Bimbit.

 Lepasan Sekolah
 Lepasan Pusat Pengajian Tinggi
 Masyarakat Bandar dan Luar Bandar
 Surirumah Yang Berminat
 Ibu Tunggal
 Miskin dan Miskin Tegar
 Pelajar Yang Tercicir

3.7 PERLAKSANAAN PROGRAM

 TEMPOH PROGRAM KURSUS/ TEMPAT

Tempoh perlaksanaan bagi setiap program/ kursus yang akan dijalankan adalah selama
1 bulan 15 hari atau 1 ½ bulan. Kursus ini akan di jalankan dan akan dilaksanakan
beralamat seperti di bawah:

 INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK)


No. 55, Lorong Bertam Indah 1
Taman Bertam Indah
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG

Peserta akan belajar mengikut modul yang disediakan oleh tenaga pengajar yang pakar
serta mahir dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini (Rujuk Profail yang
disertakan). Pelaksanaan kursus juga boleh dijalankan di premis-premis mengikut
kesesuaian dan permintaan penganjur

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


3.8 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN SELAMA 1 BULAN 30 HARI

BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN

Sejarah dan Perkembangan Telekomunikasi &


Telefon Bimbit
Pengenalan dan Konsep

 Jenama Telefon Bimbit


 Jenis Keluaran Telefon Bimbit
Pengetahuan System Operasi Dan Rangkaian Telefon
Bimbit
Pengenalan Komponen Telefon Bimbit
MINGGU PERTAMA Penerangan Secara
 Komponen Luaran
 Komponen Dalaman Teori dan
1. &
 Komponen Utama
MODUL 1 Pengenalan Peralatan Utama Dan Ciri-Ciri Latihan Amali
Penggunaan
 Blower Station
 Soldering Station
 Power Supply
 Multimeter
Memperkenalkan Peralatan Utama lain Dan Ciri-Ciri
Penggunaan
Memperkenalkan Kerosakan Yang Berlaku Kepada
Telefon Bimbit dan Teknik Penyenggaraan Serta
Pembaikan
 Kerosakkan Yang Berkaitan dengan Kompenan
Chip IC
 Teknik Membersih Papan Litar (Main Board)
Cara tepat membuka dan memasang casing/hausing
telefon bimbit
 Normal Phone
Mengenali Kompenan Chip IC dan Jenis-Jenis
Kompenan
MINGGU KEDUA Mengenali Kompenan Chip IC dalam Normal Phone Penerangan Secara
Cara Tepat Membuka Dan Memasang Casing/Hausing Teori dan
2. & Telefon Bimbit
 Slide Phone Latihan Amali dan
MODUL 2  Flip Phone
Soal Jawab
Mengenali Kompenan Chip IC dan Jenis-Jenis
Kompenan Dalam Slide Phone dan Flip Phone
Teknik Asas Membaik Pulih Telefon Bimbit
 Teknik memasang On / Off telefon bimbit
Mempelajari Teknik Membuka dan Memasang Lampu
(LED)

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


13

BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN

Mengetahui Pelbagai Bentuk Kerosakkan Telefon


Bimbit
 Phone Cannot On
 Phone No Network
MINGGU KEDUA  Insert Sim Card Penerangan Secara
 LCD No Display/ Blinking Screen Teori dan
3. &  Speaker Problem
 Mic Problem Latihan Amali dan
MODUL 3  Buzzer No Sound Praktikal
 No Vibration
 Keypad Jam
 Phone Cannot Charge
Sesi Soal Jawap dan Perbincangan

Ujian Praktikal dan Latihan Amali


Mempelajari Kaedah Penyenggaraan dan Teknik
Membaiki Kerosakkan Telefon Bimbit
 Phone Cannot On
 Phone No Network
 Insert Sim Card
 LCD / Touch Screen
 Speaker Problem
 Mic Problem
 Buzzer No Sound
 No Vibration Penerangan Secara
MINGGU KETIGA
 Keypad Jam
Teori dan
& Mengetahui Kaedah Membuka dan Memasang BGA
4.
IC Serta Keseluruhan Kompenan IC Latihan Amali dan
MODUL 4 Mempelajari Cara Membuka dan Memasang
Praktikal
 Spideric
 Capisitor
 Resistor
 Transistor
 Fuse
Mengulangkaji Semula Teknik Yang Tepat Menukar
Kompenan Dalaman dan Mengenali Perbezaan
Kompenan Mengikut Model
Mempelajari dan Memahami Pembacaan Peta Litar
DIAGRAM/ TROBLESHOOTING

Latihan Amali dan Praktikal


 Membuka dan Memasang Kompenan Chip
 Penyenggaraan dan Membaiki Telefon

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


14

TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN


BIL

Mempelajari Cara-Cara Menggunakan Perisian


MINGGU KEEMPAT/ Maklumat Telefon Bimbit
MODUL 5 Penerangan Secara
 JAF BOX- UNTUK MODEL NOKIA
 SE TOOL- SONY ERICSSON Teori dan
5. &
 SAMSUNG
Latihan Amali dan
 Lenovo
MINGGU KELIMA/ Praktikal
 LAIN- LAIN MODEL
MODUL 6
Sesi Soal Jawap dan Perbincangan

Ujian Praktikal dan Latihan Amali

UJIAN KOMPOTENSI AKHIR TEORI DAN AMALI


 Ujian Pemahaman Kertas 1 dan Kertas 2
 Ujian Praktikal (Spider IC dan Kompenan Ic)
MINGGU KEENAM  Ujian Praktikal (BGA IC)
UJIAN KOMPETENSI AKHIR
Latihan Amali dan
6. &  JAF BOX – SOFTWARE NOKIA
Praktikal
 SE TOOL – SOFTWARE SONY
MODUL 7  SAMSUNG PROGRAMMER
 LAIN-LAIN MODEL

TAMAT LATIHAN

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


15

3.9 KOMPONEN PROJEK

Setiap peralatan dan perkakasan untuk kursus ini disediakan oleh pihak syarikat. Selain
itu, segala peralatan teknikal yang terkini turut disediakan untuk kemudahan peserta
sekaligus bagi menjayakan kursus ini.

3.10 LAPORAN PERLAKSANAAN

 Pihak Institut Latihan Teknikal KOWANIS turut menyediakan borang khas yang
perlu dilengkapkan oleh para peserta yang meliputi laporan hasil pembelajaran
sebagai kajiselidik terhadap tahap kefahaman pembelajaran peserta.

 Pihak Institut Latihan Teknikal KOWANIS akan menyalurkan maklumat hasil dari kaji
selidik yang dijalankan kepada pihak berwajib agar setiap hasil program dan kursus
yang dijalankan dapat dinilai pelaksanaannya serta memberi kesan impak yang
positif kepada setiap peserta.

4.0 METODOLOGI PERLAKSANAAN KURSUS

4.1 SECARA TEORI, BENGKEL (AMALI) DAN PRAKTIKAL

 Para peserta didedahkan dengan pembelajaran secara teori (20%) dimana


penerangan akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang berkemahiran. Setiap
penerangan yang disampaikan adalah berdasarkan modul yang telah disediakan.
Setiap peralatan akan diperkenalkan kepada para peserta melalui tayangan “slide”
dan juga alatan yang sedia ada diatas setiap meja para peserta. Para peserta perlu
mencatat setiap perkara-perkara yang penting. Di akhir pembelajaran para peserta
akan menduduki peperiksaan bagi memastikan dan mengukur kebolehan
pengetahuan para peserta.

 Peserta akan mendalami setiap ilmu tentang telefon bimbit melalui bengkel/ latihan
amali (60%) yang dijalankan pada setiap hari dimana peserta akan dapat
membiasakan diri dengan setiap peralatan yang akan digunakan kelak. Bengkel ini
juga memberikan pendedahan awal kepada para peserta mengenai telefon dan
komponen yang terdapat di dalam telefon bimbit yang akan dibaiki nanti.

 Di akhir kursus ini, (20%) dari jumlah masa para peserta akan disoal bagi
mengenalpasti tahap kefahaman setiap individu yang menjalani latihan. Para
peserta kebiasaannya perlu menjalani latihan secara latih-tubi bagi mengukur tahap
kefahaman mereka.

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


16

METODOLOGI TRAINING

Amali
Teori
Latihtubi

5.0 FAEDAH /PULANGAN KEPADA PESERTA

Peluang bekerja dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sebagai Juruteknik


Telefon Bimbit adalah terbuka luas kerana permintaan tenaga kerja didalam bidang ini
adalah tinggi.

 Peluang berniaga sendiri juga terbuka luas di dalam bidang ini.

 Peluang-peluang pinjaman juga turut disediakan untuk membuka perniagaan


sendiri.

 Pendapatan yang lumayan boleh diperolehi melalui perniagaan ini.

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


17

6.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, Institut Latihan Teknikal KOWANIS menawarkan Kursus


Bidang Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon Bimbit kepada warga Pulau
Pinang kerana bidang ini adalah satu bidang yang baru dan kurang diceburi oleh
para belia dan usahawan Bumiputera khasnya. Pendedahan dari segi teori, amali
dan penyediaan rancangan perniagaan akan diberikan kepada semua bakal-
bakal usahawan yang menceburi perniagaan ini. Bantuan-bantuan seperti
khidmat nasihat dan pinjaman perniagaan untuk memulakan perniagaan
penyenggaraan dan membaik-pulih telefon bimbit akan disediakan oleh agensi-
agensi kerajaan dan swasta. Perniagaan ini memberi peluang yang lumayan
kepada para usahawan dimana sebanyak 90% dari jumlah penduduk Malaysia
menggunakan telefon bimbit dan sebahagian besar pengguna-pengguna telefon
bimbit sering kali menghadapi pelbagai masalah teknikal atau ingin menaik-taraf
telefon bimbit mereka. Secara tidak langsung ilmu ini dapat dijadikan sebagai
sumber pendapatan utama kepada warga Pulau Pinang selain itu menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang.

Diharap para usahawan dan peserta kursus dari Seluruh Pulau Pinang dapat
menjadi rakan niaga kepada pihak Institut Latihan Teknikal KOWANIS sehingga
mewujudkan rangkaian perniagaan yang lebih besar didalam bidang ini. Jalinan
rangkaian ini akan dapat menjalinkan kerjasama lebih erat dimana segala
produk seperti telefon model-model terbaru dibekalkan terus kepada usahawan
begitu juga peralatan-peralatan yang diperlukan sebagai alat ganti.

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


18

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN


KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT
(Juruteknik Telefon Bimbit)

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


19

KURSUS JANGKA PENDEK


(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


20

PROGRAM LAT 1 MSIA BELIA DAN BELIAWANIS IPOH


(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


21

KURSUS PENYENGGARAAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT


BELIA DAN BELIAWANIS IPOH SIRI KE-2

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


22

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN 1 MALAYSIA


BELIA DAN BELIAWANIS FELDA
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


23

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


24

A. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG


PEMBENTUKAN USAHAWAN TELEKOMUNIKASI
(BIDANG PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK-PULIH TELEFON BIMBIT)
SELAMA 45 HARI (1 Bulan 30 Hari)

BIL KOS
BIL KETERANGAN JUMLAH (RM)
PESERTA SEPESERTA

Pentadbiran
- Pendaftaran Peserta 150.00 3,750.00
1. 25
- Pengurusan Pentadbiran 100.00 3,000.00
- Persijilan (SKM@INDUSTRI) 150.00 3,750.00

Yuran Pengajian
Produk & Barangan Amali/
Barangan Pakai Buang 1,700.00 45,000.00
2. 25
Peralatan Asas Khas - Untuk Peserta
- Tools Set
- Tweezer

Kemudahan
- Insuran Berkelompok 100.00 2,500.00
3. 25
- Penginapan & Asrama (100.00 x 1 1/2) 150.00 3,750.00
- T. Shirt (Aktiviti Harian 2 Helai) 100.00 2,500.00

4. Elaun Sara Diri Peserta 25 550.00 13,750.00


- RM550 1 bln 30 hr

JUMLAH BESAR 3,000.00 75,000.00

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


25

B. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK


PEMBENTUKAN USAHAWAN TELEKOMUNIKASI
(ASAS BIDANG PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK-PULIH TELEFON BIMBIT)
SELAMA 5 HARI

KOS JUMLAH
BIL PERKARA BIL PESERTA SEPESERTA KESELURUHAN
(RM) (RM)
YURAN PENDAFTARAN
- Pendaftaran
A 30 500.00 15,000.00
- Yuran Profesional
- Uniform
- Persijilan
YURAN PENYELIAAN
B -Tenaga Pengajar (210 x 7 jam x 5 hari) 245.00 7,350.00
- Fasilitator (1org) (120 x 7 jam x 5 hari) 30 140.00 4,200.00

C YURAN BENGKEL/MAKMAL 30 150.00 4,500.00

E KOS BAHAN MENTAH/ PERALATAN LUPUS/


KEPERLUAN AMALI/ TEORI
ii. Bahan Mentah Amali 30 250.00 7,500.00

iii. Keperluan Amali 30 200.00 6,000.00

iv. Peralatan Amali/Teori 30 185.00 5,550.00

F YURAN PENTADBIRAN 30 80.00 2,400.00

JUMLAH 1,750.00 52,500.00

JUMLAH KESELURUHAN 1,750.00 52,500.00

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)


26

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

Anda mungkin juga menyukai