Anda di halaman 1dari 5

LAMPIRAN A

SKIM USAHAWAN SISWAZAH (SUS)

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Skim Usahawan Siswazah (SUS) adalah program anjuran Institut


Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Pusat
Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Universiti
Teknologi MARA dan SME Bank. Program ini merangkumi dua
komponen iaitu Latihan Asas Keusahawanan Siswazah dan
Tabung Usahawan Siswazah. Latihan ini diadakan sebagai satu
langkah untuk menggalakkan dan meningkatkan penglibatan
siswazah dalam bidang perniagaan sejajar dengan hasrat negara
untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpendidikan
tinggi.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Latihan ini dapat meningkatkan bilangan siswazah dalam
bidang keusahawanan yang akan menyumbang ke arah
matlamat pembangunan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB).

2.2 Memberi latihan penyediaan Rancangan Perniagaan, pengurusan


pemasaran dan kewangan, mengenalpasti peluang perniagaan
dan kemudahan perniagaan.

2.3 Melayakkan peserta memohon pinjaman Tabung Usahawan


Siswazah (TUS).

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM


3.1 Latihan Asas Keusahawanan Siswa dijalankan secara
sepenuh masa selama 5 hari. Para peserta disediakan tempat
penginapan sepanjang tempoh kursus.

3.2 Modul latihan meliputi aspek-aspek motivasi keusahawanan,


ciri-ciri keusahawanan, teknik mengenalpasti peluang
perniagaan, kreativiti dalam perniagaan, penubuhan syarikat,
penyediaan Rancangan Perniagaan serta pengurusan
pemasaran dan kewangan.

3.3 Latihan ini akan melayakkan siswazah yang menyertai skim ini
untuk mendapatkan kemudahan pinjaman melalui Tabung
Usahawan Siswazah (TUS) yang dikendalikan oleh Bank
Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME
Bank). TUS menyediakan pembiayaan antara RM20,000.00
hingga RM250,000.00.
1
4.0 LATIHAN KEUSAHAWANAN SISWAZAH

4.1 Latihan ini diadakan pada setiap bulan.

4.2 Bayaran penyertaan sebanyak RM250.00 bagi persediaan


penginapan, makan dan nota.

4.3 Latihan diadakan selama 5 hari 4 malam secara sepenuh masa.

4.4 Tempat latihan di sekitar Kuala Lumpur/ Sabah/ Sarawak


atau lain-lain tempat yang akan dimaklumkan oleh pihak
urusetia.

4.5 Sijil Penyertaan akan diberi kepada peserta yang telah


menamatkan kursus.

4.6 Para peserta layak untuk memohon Tabung Usahawan


Siswazah (TUS) setelah tamat kursus Skim Usahawan
Siswazah (SUS).

4.7 Pengendali kursus yang dilantik adalah Pusat Pembangunan


Usahawan Malaysia (MEDEC).

2
LAMPIRAN B

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)

SYARAT PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN SISWAZAH

1. Tabung Usahawan Siswazah (TUS) disediakan oleh Kerajaan bagi


pemohon yang telah mengikuti Latihan Asas Keusahawanan Siswazah
yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan
Industri (MITI) sahaja.

2. Pinjaman melalui TUS adalah untuk pembiayaan modal pokok dan/atau


modal kerja. Ianya terbuka kepada semua jenis perniagaan kecuali
pertanian, perlombongan, cyber cafe dan hartanah.

3. Institusi kewangan yang menguruskan TUS ialah SME Bank:

BANK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (M) BHD.

SYARAT DAN KELAYAKAN

i. Lepasan Siswazah dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam/ Swasta


dalam atau luar negara yang tamat pengajian tidak melebihi sepuluh (10)
tahun dan umur tidak melebihi 40 tahun.

ii. Pemohon hendaklah memiliki kelulusan Ijazah atau Diploma dari IPTA
atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) atau Malaysian Qualifying Agency (MQA) (dahulu dikenali
sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

iii. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

iv. Mestilah pengusaha sepenuh masa atau pemilik majoriti perniagaan.

v. Kertas Rancangan Perniagaan (RP) yang lengkap sebanyak 5 salinan


hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Institut Keusahawanan
Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI).

3
vi. Telah menghadiri salah satu kursus asas keusahawanan iaitu Skim
Usahawan Siswazah (SUS), Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS),
Latihan Keusahawanan Siswa (LKS) atau Program Francais Siswa (PFS)
serta telah membuat persembahan rancangan perniagaan dengan
Jawatankuasa Penilaian Awal di Kementerian Perdagangan Antarabangsa
Dan Industri.

KEMUDAHAN PINJAMAN

i. Pinjaman yang disediakan adalah RM20,000 hingga RM250,000 untuk


pembiayaan harta tetap atau modal kerja atau kombinasi;

ii. Membiayai keperluan harta tetap atau modal kerja projek perniagaan atau
kedua-duanya;

iii. Kadar faedah 4% setahun;

iv. Tempoh bayaran balik satu (1) hingga lima (5) tahun;

v. Tempoh pengecualian bayaran balik pinjaman diantara 6 hingga 12


bulan;

vi. Bagi pinjaman modal kerja, Bank akan mengambil jaminan pihak ketiga;

vii. Had pembiayaan 90% atas kos projek (termasuk kos guaman, duti setem
dan insurans); dan

viii. Pembiayaan secara konvensional dan syariah.

CARA PERMOHONAN
Melalui borang permohonan SUS yang boleh didapati daripada:

Institut Keusahawan Negara (INSKEN)


Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,
Aras 2 & 3, Blok Menara,
No 18 Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,

Laman web INSKEN : www.insken.gov.my

Maklumat lanjut, sila hubungi :

Institut Keusahawan Negara (INSKEN)


Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,
Talian Utama : 603-88805005
Cik Fary Akmal Osman - Tel : 603-88805157
Pn. Norsilawati Bt Jaminam - Tel : 603-88805726
Pn. Alwani Ainaa Binti Muhammed - Tel : 603-88805184

4
JADUAL LATIHAN ASAS KEUSAHAWANAN 2010, SKIM
USAHAWAN
SISWAZAH (SUS) ANJURAN INSTITUT KEUSAHAWANAN
NEGARA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN
INDUSTRI

BIL. PROGRAM TARIKH TEMPAT / ZON

1. SUS SIRI 2/2010 18-22 APRIL 2010 KUALA LUMPUR

2. SUS SIRI 3/2010 2-6 MEI 2010 SABAH

3. SUS SIRI 4/2010 23-27 MEI 2010 SARAWAK

4. SUS SIRI 5/2010 29 MEI-3 JUN TIMUR


2010

5. SUS SIRI 6/2010 13-17 JUN 2010 SELATAN

6. SUS SIRI 7/2010 27 JUN-1 JUL UTARA


2010

* Tertakluk kepada perubahan dan maklumat terkini akan dipamerkan


di laman portal INSKEN.

INSKEN, MITI
APRIL 2010

Anda mungkin juga menyukai