Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN KURSUS ASAS PERAKAUNAN BAGI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR

MALAYSIA (AIM) DI BAWAH PELAKSANAAN PENDEKATAN SINERGI DENGAN POLITEKNIK

SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG STESEN, BEHRANG, PERAK DARUL RIDZUAN

1. TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan kepada Pengurus Tertinggi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi
mendapatkan kelulusan di atas pelaksanaan Kursus Asas Perakaunan dan Penganugerahan Sijil Asas
Perakaunan bagi kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Taiping, Perak di bawah pelaksanaan
pendekatan sinergi dengan Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen,
Behrang, Perak Darul Ridzuan.

2. PENGENALAN 2 Pengenalan kepada Kursus Asas Perakaunan Pengetahuan kewangan dan


pengurusan kewangan yang baik adalah salah satu ciri terpenting bagi menjamin kelangsungan
sesebuah perniagaan. Kegagalan sesebuah entiti perniagaan untuk meneruskan survival sangat
dipengaruhi oleh cara bagaimana kewangan entiti itu diuruskan. Ini adalah kerana kewangan adalah
nadi kepada sesebuah entiti. Walaupun sesebuah entiti perniagaan memulakan operasi dengan
modal yang kecil, namun sekiranya faktor kewangan diberi perhatian utama, entiti tersebut biasanya
mampu berdiri teguh dan membina empayarnya sendiri.

Pengurusan kewangan yang baik bukan sekadar kemampuan menguruskan hasil dan belanja dengan
telus dan berintegriti. Malah ianya lebih daripada itu. Ia bermula dari kemampuan dan keupayaan
asas sesebuah organisasi untuk menyimpan dan menyediakan rekod perakaunan yang baik agar
segala belanja dan hasil dapat direkod dan dimanfaatkan dengan cara yang berhemah dan mampu
menjamin kelangsungan sesebuah entiti.

Menyedari hakikat peri pentingnya pengurusan dan penyediaan rekod yang baik di dalam sesebuah
entiti, maka Kursus Asas Perakaunan ini dirancang untuk dilaksanakan kepada

kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) agar ilmu pengetahuan ini mampu dimanfaatkan oleh
peserta kursus lalu dikongsi bersama Sahabat-sahabat di bawah AIM ini.

2 Latar belakang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah ditubuhkan
pada 17 September 1987 sebagai Badan Amanah Persendirian Berdaftar dengan menawarkan skim
pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang
kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan
keluarga.

Objektif penubuhan AIM adalah seperti berikut:


(a) Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan termiskin di Malaysia dengan
menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah
dan meningkatkan pendapatan. (b) Menyediakan kemudahan kewangan berterusan kepada
usahawan-usahawan Ikhtiar. (c) Menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada isi rumah
miskin, termiskin dan usahawan Ikhtiar.

Bagi merealisasikan hasrat ini, AIM menyediakan produk-produk berikut : (a) Pembiayaan Modal (b)
Simpanan Wajib (c) Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat

2 Latar belakang Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) adalah
sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPTM). PSAS telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan merupakan politeknik yang ke-15
yang ditubuhkan oleh KPTM.

Pada peringkat seterusnya para peserta akan menyediakan Penyata Kewangan yang lengkap dengan
pelarasan setelah pelarasan-pelarasan dibincangkan dalam modul sebelumnya.

Kursus ini dikira tamat dan sempurna setelah para peserta mampu menyediakan Penyata Kewangan
dengan jayanya dengan mengambil kira semua maklumat dan pelarasan pada tarikh imbangan.

3 Objektif Kursus: Beberapa objektif telah digariskan bagi mencapai maksud pelaksanaan Kursus
Asas Perakaunan ini. Di antara lain, setelah selesai menghadiri kursus selama 72 jam ini, para peserta
seharusnya mampu:

(a) Mengaplikasikan secara jelas prinsip asas perakaunan, konsep serta rangka kerja perakaunan
berdasarkan Standard Perakaunan semasa dalam penyediaan Imbangan Duga, Penyata Kewangan
serta Penyata Penyesuaian Bank

(b) Mencapai kejayaan dalam konsep Catatan Bergu bagi membentuk Imbangan Duga dan Penyata
Kewangan secara sistematik dan berkesan

(c) Mematuhi secara efisien teknik-teknik perakaunan dalam penyediaan Akaun Kawalan
berdasarkan persamaan perakaunan

(d) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank serta kesan-kesannya dengan menggunakan pelarasan
Buku Tunai
(e) Dan seterusnya dianugerahkan Sijil Asas Perakaunan yang dikeluarkan oleh Politeknik Sultan
Azlan Shah (PSAS) setelah peserta kursus berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya berdasarkan
penilaian yang dibuat oleh pihak Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

3 Anjuran

Kursus ini dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan kerjasama Jabatan Perdagangan,
Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Behrang, Perak

3 Tempoh Kursus Kursus Asas Perakaunan ini akan dijalankan pada setiap hujung minggu (Sabtu dan
Ahad selama 6 bulan pada setiap Minggu ke-4 bermula pada Februari 2012 dengan jumlah jam
kursus selama 72 jam.

3 Lokasi Kursus

Kursus ini akan dijalankan di Pusat Latihan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Taiping, Perak

3 Kumpulan Sasar

Bagi Kursus Asas Perakaunan ini, kumpulan sasar adalah terdiri daripada kakitangan- kakitangan
Pusat Latihan AIM di peringkat jawatan Pembantu Amanah Tetap yang akan berhubung terus
dengan usahawan-usahawan di kalangan peminjam sahabat-sahabat AIM.

3 Cadangan Pembangunan Modul

Cadangan modul kursus adalah seperti berikut:-

Tajuk Kursus KURSUS ASAS PERAKAUNAN Skop Ruang lingkup modul akan meliputi aspek-aspek
berkenaan pengenalan kepada dunia perakaunan, konsep asas perakaunan, klasifikasi Akaun (Aset,
Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja),

 Memperkenalkan Malaysian Accounting Standard Board (MASB) dan International Financial


Standard (FRS) secara ringkas
MODUL 2:

DOKUMEN DAN REKOD

Objektif: Memberi pendedahan kepada para peserta kursus berkaitan dokumen-dokumen yang
berkaitan dengan transaksi harian perniagaan.

Kandungan Kursus :  Memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan proses merekod
urusniaga perniagaan  Menerangkan fungsi setiap sumber dokumen  Urusniaga penerimaan wang
dan pembayaran  Urusniaga pembelian dan penjualan kredit

MODUL 3: SISTEM JERNAL & LEJAR

Objektif: Modul ini memberi pendedahan kepada peserta kursus berkaitan penyediaan jernal dan
lejar

Kandungan Kursus:  Pengenalan kepada sistem jernal dan lejar  Mencatat buku tunai dan buku
tunai runcit  Penyediaan penyata penyesuaian bank

 Penggunaan buku jualan dan buku belian  Penggunaan lejar am, lejar jualan dan lejar belian 
Menyediakan rekod aset tetap, stok dan gaji  Penggunaan jernal am

MODUL 4:

SISTEM CATATAN BERGU

Objektif: Modul ini membincangkan fungsi dan kaedah catatan yang dibuat menggunakan sistem
catatan bergu. Akaun yang disediakan dalam bentuk “T” bagi memudahkan pemahaman para
peserta kursus.

Kandungan Kursus:  Jenis-jenis akaun dan persamaan perakaunan  Menyediakan carta akaun 
Teknik membuat catatan bergu  Memahami tabiat akaun  Teknik pelarasan akaun  Menutup
akaun dan menyediakan Imbangan Duga

MODUL 5: PENYATA KEWANGAN – MILIKAN TUNGGAL (TANPA PELARASAN)

Objektif: Modul ini adalah antara modul terpenting dalam kursus ini di mana para peserta kursus
akan menyediakan satu set lengkap Penyata Kewangan tanpa sebarang maklumat tambahan sebagai
pelarasan.
Kandungan Kursus  Memberi pendedahan tentang konsep Penyata Aliran Tunai  Menerangkan
kepentingan Penyata Aliran Tunai  Menyediakan Penyata Aliran Tunai

MODUL 8:

KAJIAN KES

Objektif: Dalam modul ini, peserta kursus akan membincangkan jenis- jenis dokumen perniagaan
yang sebenar dan seterusnya mencatat di dalam buku perakaunan dan membuat penyata
kewangan. Kandungan Kursus:  Memberi pendedahan kepada para peserta kursus berkaitan dunia
sebenar perakaunan melalui soalan kajian kes yang komprehensif.  Peserta diminta menyediakan
Akaun Penamat dan Kunci Kira-kira berdasarkan dokumen yang disediakan.

MODUL 9:

ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Objektif: Modul ini memberi pendedahan kepada para peserta kursus berkaitan bagaimana ingin
membuat analisis penyata kewangan dan seterusnya dapat membuat keputusan untuk menilai
sesebuah perniagaan

Kandungan Kursus:  Mengukur prestasi kewangan semasa dan tahun-tahun lepas  Mengira Nisbah
pengukur prestasi kewangan  Membuat perbandingan prestasi perniagaan  Membuat cadangan
bagi menambahbaik prestasi kewangan perniagaan

3 Tentatif Program Tentatif Program adalah seperti Lampiran 1

3 Bajet Kursus

Bil Perincian Tuntutan Jumlah (RM) 1. Tenaga Pengajar (6 minggu x 12 jam x RM150/jam) 10,800 0 2.
Perbatuan (RM0 x 174km x 2 hala x 6 minggu) 1461 0 3. Perjalanan/Tol – Slim River – Taiping Utara –
Slim River (RM22 x 2 x 6 minggu)

265.

4. Bahan Kursus (RM30 x 30 orang) 900. JUMLAH KESELURUHAN 13,426.

3 Metodologi Kursus
Konsep pembelajaran yang dijalankan adalah berdasarkan metodologi berikut:-

(a) Kuliah/Ceramah (b) Latihan Amali (c) Kajian Kes (d) Perbincangan dalam kumpulan (e) Sesi Soal
Jawab (Q&A Session)

Anda mungkin juga menyukai