Anda di halaman 1dari 7

CELAHAN

Sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)


mendapat perhatian di dalam setiap belanjawan saban tahun.
Peningkatan peruntukan bertambah dari jutaan ringgit ke bilion
dengan membolehkan kerajaan menggerakkan langkah yang proaktif
untuk memperkasakan TVET negara. 

Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang diumumkan oleh


Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Bin
Yaakob, sektor Pendidikan TVET terus menjadi tumpuan dengan
memperhebat agenda pemerkasaan melalui pelbagai inisiatif. Sejak
tumpuan memperhebat TVET negara, hampir setiap masa maklumat
berkenaan TVET mewarnai latar informasi, sama ada di ruang maya,
akhbar-akhbar dan juga kertas polisi,

NI YANG LAIN!!!!!

Menurutnya, TVET memperoleh peruntukan besar kerana peranan


penting bidang ini sebagai salah satu pemangkin untuk
membangunkan bakat berkemahiran tinggi bagi memenuhi
keperluan ekonomi dan demi mencapai matlamat negara yang
makmur, inklusif dan mampan.

Katanya, melalui pemerkasaan TVET, masyarakat Malaysia bakal


mendapat akses luas kepada peluang latihan kemahiran dan
seterusnya peluang pekerjaan selain penjanaan pendapatan.
"Ini akan menyediakan taraf hidup yang lebih baik kepada semua
rakyat Malaysia dan membolehkan pengagihan ekonomi secara lebih
adil, saksama dan inklusif kepada semua kumpulan pendapatan,
etnik serta wilayah.

"Dalam pembentangan bajet jumaat lalu, peruntukan RM6.6 bilion


ini akan memberikan fokus utama untuk memperkasakan TVET
negara bagi menghasilkan sumber tenaga kerja yang memenuhi
keperluan industri.

"Melalui tujuan itu, peruntukan sebanyak RM200 juta bakal


disalurkan untuk mengukuhkan lagi usahasama antara institusi TVET
dengan industri termasuklah melalui pelaksanaan SKIM Latihan Dual
Nasional (SLDN) dan program persijilan Industri," katanya.

Jumlah peruntukan yang besar ini penting untuk membolehkan


penstrukturan semula dan penambahbaikan program TVET di
institusi Latihan kemahiran selain ia dapat dilaksanakan dengan
mengutamakan program-program yang berpandukan industri atau
dikenali juga sebagai 'industry led' TVET.

BAJET 2020 memperuntukkan RM6.6 bilion bagi memperkasa


bidang TVET untuk memenuhi permintaan pekerja keperluan industri
Dr Mohd Azlan berkata, sebelum ini pembabitan industri dalam
program TVET di Malaysia adalah berfokuskan kepada perancangan
kurikulum dan penyediaan tempat untuk latihan industri.

"Pemain industri sudah mula dilibatkan dalam pembangunan bidang


TVET negara melalui pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan
Nasional (NOSS) bertujuan untuk merangka kurikulum yang
memenuhi keperluan industri.

"Selain itu, pembabitan industri juga sudah dilaksanakan dengan


lebih berkesan melalui program Skil Latihan Dual Nasional (SLDN)
yang membabitkan 70 hingga 80 peratus aktiviti pembangunan
kemahiran yang dilaksanakan di premis-premis industri untuk
memberi pengalaman kerja sebenar kepada pelatih TVET," katanya.

Keberkesanan program SLDN dalam usaha membabitkan penyertaan


industri secara aktif bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran
tinggi dan kemampuan program untuk membuka peluang pekerjaan
yang cerah kepada graduan TVET menyebabkan ia dijadikan model
kepada pelaksanaan 'industry led' adakah peruntukan besar yang
diberikan kepada bidang TVET sebelum ini masih belum mencukupi
untuk membentuk program yang dapat melahirkan graduan
kemahiran yang memenuhi keperluan industri?

"Jawapannya, ia memang sentiasa tidak mencukupi kerana


pelaburan yang besar sentiasa diperlukan untuk membolehkan
program-program TVET di Malaysia kekal relevan dengan kemajuan
industri dan ekonomi global.

"Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, perkembangan industri


lebih terarah kepada teknologi pintar, Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)
Internet of think dan teknologi hijau.

"Oleh itu, perbelanjaan besar diperlukan institusi TVET untuk


menambah baik kurikulum latihan, meningkatkan kemahiran tenaga
pengajar dan paling utama adalah untuk menyediakan fasiliti serta
peralatan yang dapat memenuhi keperluan kurikulum latihan yang
semakin berkembang," katanya.

Bagaimanapun, kerajaan sudah mengambil inisiatif melalui


pemantapan usaha sama dengan industri yang bakal dikukuhkan
melalui Bajet 2022 ini.

Sebagai contoh kata Dr Mohd Azlan, dalam Rancangan Malaysia Ke-


12 (RMK-12) Makmal dan bengkel sedia ada di institusi TVET akan
dinaik taraf kepada Institution-Industry Lab (IIL) melalui kaedah
pemilikan bersama antara beberapa institusi TVET dan industri
terpilih.
"Penubuhan IIL bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dari
segi pemindahan dan perkongsian pengetahuan, kemahiran serta
teknologi.

PERUNTUKAN ini bakal digunakan untuk menyediakan fasiliti dan


peralatan yang dapat memenuhi keperluan kurikulum latihan
"Perkongsian ini juga bakal menjimatkan kos institusi TVET dan
dalam masa sama memastikan graduan yang dihasilkan memenuhi
keperluan industri," katanya

Peruntukan besar kepada bidang TVET ini juga penting kerana dalam
RMK-12 yang baru diumumkan, kerajaan berhasrat untuk
memperkenalkan bidang-bidang baru TVET bagi melahirkan bakat-
bakat diperlukan untuk pasaran kerja pada masa hadapan.

Antaranya ialah sektor aeroangkasa, animasi, pembikinan filem dan


permainan elektronik.

"Program TVET berkaitan sektor air juga akan diperkenal bagi


memenuhi permintaan tenaga mahir untuk industri pada masa
hadapan.

"Ini dalam usaha untuk membuka luas peluang pekerjaan kepada


generasi muda yang berbakat dalam bidang-bidang berkenaan.

"Pengenalan sektor baru bidang TVET ini memerlukan belanja yang


besar untuk urusan pembangunan kurikulum, promosi dan
pelaksanaan," katanya.

Dr Mohd Azlan berkata, peruntukan yang besar juga diperlukan


untuk membentuk ekosistem TVET yang kukuh iaitu teras utama
kepada pembangunan sosioekonomi Malaysia.

"Melalui ekosistem TVET yang kukuh, negara akan dapat


menyelesaikan isu kebergantungan kepada tenaga kerja asing,
membasmi isu keciciran akademik pada generasi remaja,
mengurangkan jurang antara kualiti graduan dan keperluan industri,
meningkatkan kemahiran komuniti di kawasan luar bandar serta
menjadikan TVET pilihan utama pelajar.

"Ekosistem TVET yang kukuh ini juga memerlukan perbelanjaan yang


besar untuk tujuan pembangunan, promosi dan juga pelaksanaan,"
katanya.

Secara keseluruhannya pelaburan yang besar kepada bidang TVET


negara ini pastinya adalah perbelanjaan yang bakal mendatangkan
hasil jangka masa panjang kepada negara.

"Ini kerana TVET adalah suatu bidang yang holistik, sesuai untuk
semua lapisan masyarakat termasuk B40, orang kurang upaya (OKU)
Orang asli, tidak mengira peringkat umur dan bangsa," tambahnya.

Bagi Pengarah Kolej Komuniti Kluang, Johor Faridatuljana Mohd


Noor, dia menyokong penuh inisiatif kerajaan dan peruntukkan yang
umumkan dalam Bajet 2022 jumaat lalu.

Menurutnya, selaras dengan Majlis TVET Negara yang ditubuhkan


pada Februari lalu, terdapat enam inisiatif utama yang dikemukakan
sebagai hala tuju agenda pemerkasaan TVET iaitu merangka model
pembiayaan mampan, membangun polisi untuk menggalakkan
penyertaan industri, mewujudkan Pelan Penjenamaan TVET
Nasional, menubuhkan TVET Collaboration Hub, mewujudkan polisi
penyelarasan penawaran program TVET dan membangunkan Data
Raya TVET.

"Kita sedia maklum bahawa kebanyakan institusi pengajian tinggi


(IPT) dan institusi latihan kemahiran sekarang memang menawarkan
kursus yang memfokuskan kepada TVET selaras dengan kehendak
semasa.

"Terdapat 104 Kolej Komuniti di seluruh Malaysia menawarkan


program sijil yang memfokuskan kepada bidang TVET dan ada juga
yang terus menawarkan diploma. Selain itu, sebanyak 36 politeknik
menawarkan diploma dalam bidang TVET.
"Justeru, dengan baj et yang diperuntukkan dan kolaborasi strategik
antara institusi dapat melatih lebih ramai pelajar dan peserta
program TVET dengan ilmu serta kemahiran yang memenuhi
keperluan industri," katanya.

Dengan tumpuan diberikan kepada usaha memenuhi keperluan


industri semasa pula Faridahuljana berpendapat, ia bagi
membabitkan peralatan dan kepakaran di kawasan-kawasan
tumpuan.

"Dengan peralihan teknologi semasa ke arah IR 4.0 dan budaya


digitalisasi ia akan dapat membantu lebih ramai pelajar atau peserta
program TVET.

"Ia sekali gus dapat membantu menstruktur dan merapatkan jurang


kemahiran serta ekonomi di kawasan tumpuan," katanya.

Sementara SLDN pula adalah satu kaedah latihan yang berlandaskan


'industry driven' di mana dikendalikan melalui usahasama syarikat-
syarikat dan institusi latihan.

Pelaksanaan SLDN dibuat dengan kaedah Usahasama Pusat Latihan


Kemahiran (PLK) dan Syarikat serta Syarikat Latihan Dalaman (In-
house).

"Dengan peruntukan tahunan yang diberikan, sokongan alatan dan


teknologi semasa serta kepelbagaian program yang ditawarkan buat
masa ini, saya percaya pada masa akan datang lebih ramai pekerja
mahir dan separa mahir akan dapat dihasilkan.

"Menerusi kemahiran yang diperoleh daripada tenaga pengajar


pakar, saya juga percaya lebih ramai usahawan TVET dapat
dihasilkan," katanya.

"Saya juga berharap semoga bajet ini dapat diagih dan digunakan
sebaik-baiknya oleh semua institusi supaya dapat melahirkan lebih
ramai graduan atau usahawan TVET yang kemudiannya akan
menyumbang semula kepada kemajuan dan ekonomi negara,"
tambahnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik,


Profesor Ir Dr Hafizal Mohamad berkata, peruntukan Bajet 2022 itu
adalah bukti kerajaan mengiktiraf kepentingan TVET sebagai satu
agenda penting untuk pembangunan industri dan negara.

Katanya, peruntukan bajet untuk TVET ini juga amat penting untuk
memastikan kelangsungan pembangunan tenaga kerja berkaitan
vokasional dan teknikal di era IR4.0.

Anda mungkin juga menyukai