Anda di halaman 1dari 35

KURSUS

MEMBAIKPULIH
KOMPUTER
(SISTEM PERKAKASAN)
OLEH,

PLATINUM SPEED
RESOURCES
KURSUS MEMBAIKPULIH KOMPUTER (SISTEM
PERKAKASAN) RINGKASAN EKSEKUTIF
NO PERKARA MUKA SURAT

1 1.0 PENDAHULUAN

2 2.0 LATAR BELAKANG PENGENDALI

3 2.1 MAKLUMAT PENGENDALI

4 2.3 BIODATA TENAGA PENGAJAR

5 3.0 RINGKASAN PROJEK

6 3.1 PENGENALAN PROGRAM KURSUS

7 3.2 JUSTIFIKASI PROJEK

8 3.3 OBJEKTIF

9 3.4 SASARAN OUTCOME

10 3.5 SKOP PROJEK

11 3.6 GOLONGAN SASAR

12 3.7 PELAKSANAAN PROGRAM

13 3.8 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN

14 3.9 KOMPENAN PROJEK

15 3.10 LAPORAN PELAKSANAAN

16 4.0 METODOLOGI PELAKSANAAN PROGRAM

17 4.1 SECARA TEORI/ BENGKEL- AMALI/ PRAKTIKAL

18 5.0 FAEDAH/ PULANGAN KEPADA PESERTA

19 6.0 KESIMPULAN

20 7.0 LAMPIRAN BERGAMBAR


RINGKASAN EKSEKUTIF

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi Kertas Cadangan ini berjaya disedia dan disiapkan sepenuhnya
bagi dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk memberi penerangan, penjelasan serta
pendedahan tentang hasrat PLATINUM SPEED RESOURCES bagi melaksanakan Program
Pembangunan Usahawan bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik- Pulih Komputer dan
seterusnya mendapatkan peruntukan dan penajaan bagi menjalankan kursus dan program yang telah
disusun. PLATINUM SPEED RESOURCES berhasrat dan ingin turut sama menyumbangkan
pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan menjalankan kursus dan program yang berkaitan.
Kursus ini terbuka kepada belia-belia di Malaysia khususnya Orang Asli yang ingin meningkatkan
pencapaian diri mereka dalam bidang yang diminati serta ia merupakan persediaan bagi
melengkapkan diri sebagai Usahawan Komputer. Kursus ini juga mampu membantu mereka yang
tidak memiliki sijil akademik, tamat pesekolahan atau kepada yang telah bekerja dalam industri
yang berkaitan. Di akhir tempoh kursus, setiap peserta diharapkan akan dapat:

a. Meningatkan kemahiran diri dan memperolehi Sijil mengikut keperluan dan permintaan industri.

b. Meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan.

c. Melahirkan masyarakat yang lebih berdikari dan berdaya maju serta berkemahiran tinggi lagi
inovatif.

d. Mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk
mengurangkan kemiskinan tegar ke tahap sifar.

Program ini juga dapat menjadi medium untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan para
belia yang menyertainya, di mana sepanjang kursus ini, belia akan diterapkan dengan nilai-nilai
yang baik sebagai seorang usahawan dan mendapat panduan yang sistematik untuk menceburi
bidang perniagaan. Adalah diharapkan agar pembentangan melalui Kertas Cadangan ini akan di
terima dan dipertimbangkan.
PENDAHULUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan Penajaan melalui Program Latihan Kemahiran
Kerjaya (PLKK) daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang mana hasil anjuran yang
dihulurkan mampu menaja suatu program yang dikenali sebagai Program Pembangunan Usahawanan
bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik- Pulih Komputer dimana Program Latihan ini akan
dilaksanakan secara Jangka Panjang ataupun secara Jangka Pendek.

Kesemua latihan yang dijalankan akan dapat membantu peserta program mendapat pengiktirafan dari
industri pekerjaan. Program ini mensasarkan golongan belia yang bermotivasi tinggi, kurang
berkemampuan dari segi ekonomi, dan tidak berpeluang menceburi bidang kemahiran seperti yang
dinyatakan di atas di institusi-institusi kemahiran milik kerajaan atau pun swasta disebabkan desakan
hidup serta keadaan kehidupan masa kini.

Secara umumnya program yang akan dijalankan ini adalah aplikasi amalan sebenar di dalam industri
pekerjaan, serta sesuai diterapkan kepada peserta-peserta, khususnya belia yang tidak berkemampuan
atau berpeluang meningkatkan persijilan mereka. Di akhir program ini belia-belia ini berpeluang
menjadi belia-belia yang lebih berdaya saing dan kompetitif untuk berada di dalam industri pekerjaan,
mengikut kapasiti yang dirancang.

Berdasarkan pemerhatian, kajian dan pengalaman pihak kami dalam menjalankan pelbagai program
kemahiran mendapati bahawa senario industri pekerjaan pada masa hadapan akan terus memerlukan
tenaga kerja terlatih yang dapat menyumbang tenaga dan pengalaman ke arah perkembangan
ekonomi Malaysia. Platinum Speed Resources merupakan sebuah syarikat perkongsian yang terdiri
daripada pakar-pakar industri yang menjalankan kursus-kursus kemahiran kerjaya selama lebih 15
tahun dan telah ditubuhkan pada tahun 2016 secara rasminya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Pengalaman dan kepakaran rakan kongsi dan pengurusan Platinum Speed Resources dengan pelbagai
agensi dan akademi latihan yang berpengalaman dalam mengendalikan Program Latihan Kemahiran
Kerjaya (PLKK) JAKOA dapat memberi pengurusan dan latihan penuh kepada peserta-peserta.

Diharapkan agar Kursus ini mendapat tempat di Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK) yang
dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar
(KKLW) dapat membantu para peserta yang berminat menjalani latihan serta mendapatkan kemahiran
yang diminati bahkan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat Malaysia
khasnya. Pihak kami berharap agar peluang yang diberi dapat merialisasikan impian para peserta
belia orang asli yang terlibat seterusnya dapat menjayakan program kami di Platinum Speed
Resources
MISI & VISI
Memajukan golongan muda dalam bidang teknologi

Meningkatkan kemahiran golongan muda

Melahirkan minda positif dan keyakinan diri dalam dunia


pekerjaan & keusahawanan

Membentuk kewibawaan dalam pengurusan teknologi maklumat


& keusahawanan
MAKLUMAT SYARIKAT

Nama Syarikat : Platinum Speed Resources

Alamat : 35L-2-11, Jalan Wangsa Delima 5,Sub-


Urban Centre, Seksyen 5, Wangsa
Maju,53300,Kluala Lumpur

Tarikh pendaftaran : 26 November 2016

No. Pendaftaran : 002595461-p

Jenis Perniagaan : Akademi, Membekal komputer


dan mesin / alatan/ perunding serta pemaju system
teknologi maklumat pengendali kursus DII

Milik modal : 100% Bumiputera

 Merupakan sebuah syarikat perkongsian yang


memfokuskan keutamaan dalam Akademi,
pengendali kursus dan moderator/fasilitator.

 Menyediakan khidmat rundingan dan penasihat di


dalam bidang Teknologi Maklumat dan keselamatan
Siber serta Pengurusan Perniagaan.

 Program ini menyediakan pendidikan secara teori


dan praktikal, fleksibel dan memenuhi keperluan
industri yang berkembang pesat pada masa kini.

 Memberi dan membuka peluang untuk menjadi


usahawan dengan mempromosikan “Gaya Hidup”
atau “Lifestyle program” didalam era baru dalam
kehidupan harian dan membuka minda kearah
pemikiran global.
JUSTIFIKASI PROJEK

Platinum Speed Resources memilih untuk mengendalikan kursus ini memandangkan terlalu banyak
ruang dan peluang perniagaan tersedia di pasaran tempatan. Selain itu, perkembangan dunia masa kini
lebih mengutamakan kepakaran di dalam bidang multimedia yang bersesuaian dengan arus perubahan
teknologi yang begitu pantas.
Oleh yang demikian, dengan pendedahan kursus secara teori, amali serta persediaan rancangan
perniagaan yang di ajar kepada para peserta, ia akan dapat memberi peluang kepada para usahawan
menjalankan sendiri perniagaan membaiki dan membaik-pulih Komputer untuk menjana hasil
pendapatan yang lumayan. Kerajaan telah menyediakan kepada bakal-bakal usahawan dari segi lokasi
perniagaan dan bantuan kewangan serta khidmat nasihat dari segi bekalan alat ganti dan produk-produk
computer setelah tamat kursus.
RINGKASAN PROJEK
Kursus Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Komputer (system perkakasan) merupakan satu program latihan
yang memberikan peluang kepada para lepasan sekolah yang berminat serta mempunyai kecenderungan
untuk memperolehi kemahiran dan pengetahuan teknik asas dengan tujuan untuk mendapatkan pekerjaan di
sektor awam mahu pun swasta sebagai pekerja mahir atau separa mahir selepas menamatkan latihan biasanya
dijalankan mengikut tahap dimana Tahap 1 (meliputi system “Hardware”) ia meliputi latihan teori dan amali.
Latihan yang diberikan kepada para peserta atau pengguna yang berminat mempelajarinya boleh
dimanfaatkan untuk kepentingan sendiri atau dengan tujuan bagi mewujudkan perniagaan. Kursus ini dapat
memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran para peserta sebagai persediaan memberi perkhidmatan
terbaik membaik- pulih Komputer (system perkakasan) . Selain itu, para peserta didedahkan tentang reka
bentuk, teknologi terbaru serta teknik-teknik yang betul untuk membaiki Komputer (system perkakasan) .
Para peserta kursus juga diberi pendedahan tentang masalah, rintangan, risiko serta tentang kaedah
mengatasinya di dalam mengharungi dunia perniagaan.

Tahap 2 meliputi kursus menaik taraf system “software”, “programming”, “application” dan “intergrated
circuit” di dalam Komputer (system perkakasan) . Tahap ini memberi pendedahan kepada peserta tentang
kaedah-kaedah terkini untuk menjadikan sebuah telefon bimbit menjadi lebih pantas serta kepelbagaian
kegunaan. Perjalanan Kursus Tahap 1 & 2 ini dijalankan di dalam dwi-bahasa. Selain daripada itu, sesi soal
jawab semasa sesi pembelajaran diadakan bagi memastikan para peserta memahami setiap isi kandungan
kursus. Di akhir kursus, para peserta mendapat pendedahan kerja-kerja membuka dan memasang Komputer ,
mengenalpasti setiap komponen didalam set computer serta teknik-teknik mudah membaiki kerosakan
komputer.

Tahap 3 pula meliputi persediaan Rancangan Perniagaan (Business Plan) di mana para peserta akan di
dedahkan kepada rangka dan kaedah untuk membuat Rancangan Perniagaan seperti analisa pasaran, pesaing-
pesaing di pasaran, analisa SWOT, pengurusan perniagaan , pemasaran perniagaan, unjuran aliran wang tunai
dan sebagainya. Peserta turut diberi pendedahan tentang sistem perniagaan yang sebenar, susun atur di dalam
kedai dan jenis perkhidmatan berkaitan yang disediakan.

Selain itu, peserta juga akan mendapat maklumat tentang jaringan perniagaan membaiki dan membaik-pulih
Komputer (system perkakasan) yang dijalankan. Walau bagimanapun kursus ini juga turut dijalankan untuk
tempoh masa singkat (Jangka- pendek) dimana ia bertujuan memberi pengetahuan tentang perkara-perkara
asas dan bahagian serta maklumat penting yang boleh memberi kesedaran kepada pengguna atau peserta
kursus yang menyertai program. Para peserta yang telah mendapat bimbingan asas boleh meneruskan
pengajian secara sepenuh masa bagi memastikan setiap kemahiran yang diperolehi dapat membantu menjana
pendapatan selain sebagai pengetahuan asas.
OBJEKTIF
Kursus kemahiran ini amat penting untuk didedahkan kepada para belia & beliawanis yang
berminat di dalam perniagaan penyenggaraan dan membaik-pulih Komputer (system
perkakasan) di akhir kursus ini peserta akan dapat mencapai matlamat seperti berikut :

 Melahirkan masyarakat dan belia beliawanis Kaum Orang Asli khasnya yang berkemahiran dan
berkualiti.

 Melahirkan belia dan beliawanis yang berpotensi dan berkaliber dalam aspek kemahiran.

 Meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli dan belia dan beliawanis khasnya agar lebih
maju dan kehadapan setaraf dengan semua lapisan masyarakat sekali gus dapat membasmi
kemiskinan.

 Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis di seluruh Malaysia.

 Untuk memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para peserta supaya meminati dan
menceburi bidang kemahiran.

 Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di dalam bidang penyenggaraan
dan membaik-pulih Komputer (system perkakasan) .

 Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi dalaman Komputer
(system perkakasan) yang berubah dengan pantas

 Memajukan golongan yang berpendapatan rendah dalam bidang kemahiran.

 Melahirkan minda positif dan keyakinan diri dalam bidang pekerjaan dan keusahawan.
SKOP PROJEK

Skop yang diterapkan kepada peserta kursus untuk projek ini adalah seperti berikut:

 Peserta diberi pengetahuan secara teori dan kemahiran amali bagi penyenggaraan dan
membaik-pulih Komputer (system perkakasan) .

 Setiap peserta diperkenalkan dengan komponen-komponen dalaman dan luaran computer


serta alat-alat ganti yang digunakan untuk membaiki dan membaik- pulih Komputer
(system perkakasan) .

 Setiap peserta akan dibekalkan segala ilmu yang diperlukan di dalam bidang perniagaan
seperti pengurusan, pemasaran, perakaunan, kawalan inventori dan sebagainya.

 Setiap peserta turut diajar nilai-nilai murni seperti memupuk dan menerapkan unsur-
unsur ilmiah dan keagamaan.
BIODATA TENAGA
PENGAJAR

IZZUDIN berasal dari Kampung demit, Kelantan merupakan seorang belia yang berjaya serta
bersemangat tinggi. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan namun telah berjaya
merebut segala peluang dan menggunakan segala kemudahan yang diberikan untuk
meningkatkan kecemerlangan diri. Beliau mempelajari pelbagai ilmu kemahiran telekomunikasi
sehingga memiliki Sijil Kemahiran Membaik-Pulih Telefon Bimbit (Software dan Hardware).
Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi beliau pernah bertugas dibeberapa
pusat latihan kemahiran dan berpeluang mengajar. Selain itu, En. IZZUDIN juga turut berjaya
membantu melahirkan para belia yang mahir dalam bidang telekomunikasi sehingga
membimbing mereka menjadi seorang usahawan. Beliau kemudiannya telah menyambung
pengajian dan berjaya mempertingkatkan pengetahuan diri dan sehingga diberi peluang
mengendalikan Program PLKK JAKOA di pelbagai pusat kemahiran dan pengendali kursus
PLKK JAKOA. Berkat ketekunan beliau, En. IZZUDDIN telah berusaha bersama untuk turut
berkongsi dengan rakan-rakan membina Platinum Speed Resources. Akhirnya beliau telah diberi
peluang untuk menambah pengalaman serta menerajui syarikat tersebut dimana kebolehan serta
pengalaman yang dimiliki kini turut berjaya mewujudkan jalinan kerjasama dengan Pihak
industri dan syarikat-syarikat bagi melahirkan usahawan telekomunikasi Melayu. Selain itu
beliau juga turut membantu Unit Penilaian dan menyelia para peserta yang mengikuti kursus di
bawah syarikat yang dikendalikan.
KUMPULAN SASAR

Antara golongan sasaran pelaksanaan kursus ini terbuka untuk seluruh golongan masyarakat
khususnya para Belia, Beliawanis dan Remaja dan sesiapa yang berminat menceburkan diri di
dalam industri kemahiran Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Komputer (system perkakasan)
termasuk:

 Ketua Isi Rumah (KRI)


 Ahli Isi Rumah (AIR) daripada keluarga Miskin Tegar Miskin
 Berpendapatan Rendah (B40)
 Telah tamat persekolahan, Lepasan Sekolah
 Tidak bersekolah / Pelajar Yang Tercicir
 Mempunyai minat yang tinggi dalam keusahawanan
 Mempunyai peniagaan kecil-kecilan
 Lepasan Pusat Pengajian Tinggi
 Masyarakat Bandar dan Luar Bandar
 Surirumah Yang Berminat
 Ibu Tunggal

 Miskin dan Miskin Tegar


 Pelajar Yang Tercicir
PENGLIBATAN KEPADA
KUMPULAN SASAR DI
DALAM PROJEK

 Sebagai peserta yang akan dilatih secara teori dan praktikal khusus kepada industri
teknologi computer.

 Sebagai peserta yang akan diberi peluang di dalam memulakan kerjaya dengan syarikat –
syarikat yang bekerjasama dengan PLATINUM SPEED RESOURCES.

 Mengikuti pelan kursus yang telah disesuaikan bagi melatih peserta yang tidak pernah
bekerjaya didalam industri ini.

 Menyediakan diri kearah kerjaya professional yang dapat mengubah gaya hidup serta
memberi kesenangan hidup
PENGLIBATAN KEPADA
KUMPULAN SASAR DI DALAM
PROJEK

 Sebagai perancang untuk mewujudkan program secara langsung dalam pelaksanaan


projek.

 Sebagai perancang dan membuat keputusan terhadap hala tuju projek.

 Sebagai penerima pembayaran diatas pelaksanaan projek.

 Sebagai pemilik kepada semua “utilities” yang berkaitan dengan projek-projek ekonomi
yang berkaitan.
SKOP SASAR

Menyediakan program mengenai teknologi terkini terutamanya:

1. Perniagaan dan Perkhidmatan membekalkan dan pemasangan komputer.

2. Alatan-alatan komputer

3. Mesin-mesin yang berkaitan Teknologi Maklumat dan Multimedia.


MEKANISME PELAKSANAAN

Dilaksanakan oleh:

 Badan Bukan Kerajaan (NGO)

 Personel yang berpengalaman

 Syarikat yang bertauliah dan berpengalaman bagi menjalankan kursus yang berkaitan.
KAEDAH PELAKSANAAN

Pengendali Kursus akan bertanggungjawab untuk :

• Memohon, mengurus dan akan mengemukakan laporan kemajuan pelaksanaan program

• Akan menepati skop program, kumpulan sasar dan kadar bantuan yang telah ditetapkan.

• Akan memastikan program ini berdaya maju (viable)

• Akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada agensi seperti JAKOA dan badan-badan
pembangunan modal insan yang lain.

• Akan menyarankan peserta yang tidak berkemahiran untuk mengikuti latihan kursus
kemahiran asas program yang meliputi kursus motivasi dan asas pengurusan pejabat

• Peserta-peserta kursus yang telah tamat kursus program ini akan dianugerahkan persijilan
khas.
PERLAKSANAAN PROGRAM

TEMPOH PROGRAM KURSUS/ TEMPAT


Tempoh perlaksanaan bagi setiap program/ kursus yang akan dijalankan adalah selama 1
bulan 30 hari atau 1 ½ bulan. Kursus ini akan di jalankan dan akan dilaksanakan beralamat
seperti di bawah:
PLATINUM SPEED RESOURCES
KEM DESA SELESA
Kalumpang, Tanjung Malim, Perak

Peserta akan belajar mengikut modul yang disediakan oleh tenaga pengajar yang pakar serta
mahir dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Pelaksanaan kursus juga boleh
dijalankan di premis-premis mengikut kesesuaian dan permintaan penganjur.

.
PEMANTAUAN DAN
PELAPORAN

 Pihak Platinum Speed Resouces turut menyediakan borang khas yang perlu dilengkapkan
oleh para peserta yang meliputi laporan hasil pembelajaran sebagai kajiselidik terhadap
tahap kefahaman pembelajaran peserta.

 Pihak Platinum Speed Resouces akan menyalurkan maklumat hasil dari kaji selidik yang
dijalankan kepada pihak berwajib agar setiap hasil program dan kursus yang dijalankan
dapat dinilai pelaksanaannya serta memberi kesan impak yang positif kepada setiap
peserta.

 Pemantauan akan dibuat kepada peserta yang telah tamat kursus.

 Dapat mengenal pasti peserta yang layak untuk menerima skim pinjaman daripada agensi
seperti agensi AIM, Tekun , MARA atau mana-mana institusi kewangan.
PAKEJ
PROGRAM
YANG
DICADANGKAN
KURSUS JANGKA PANJANG

ANTARA KURSUS-KURSUS JANGKA PANJANG YANG DISEDIAKAN:

KURSUS ASAS BAIKPULIH KOMPUTER


 YURAN KURSUS RM1500 (SIJIL DIBERI).
 TIGA BULAN (BERASASKAN MODUL DAN PRAKTIKAL INDUSTRI)
 LAWATAN KE SUPPLIER DAN TAJAAN BARANGAN USAHANIAGA PAKEJ 1
KURSUS JANGKA PENDEK

ANTARA KURSUS-KURSUS JANGKA PENDEK YANG DISEDIAKAN:

1)KURSUS HEBAT KHIDMAT PELANGGAN (RM1200 – TERMASUK


MAKAN&MINUM DAN PENGINAPAN) + (SIJIL DIBERI). – 3 HARI 2 MALAM

2) KURSUS PINTAR PERNIAGAAN (RM1200 - TERMASUK MAKAN&MINUM DAN


PENGINAPAN) + (SIJIL DIBERI). – 3 HARI 2 MALAM

3) KURSUS MOTIVASI DAN JATI DIRI (RM1200 - TERMASUK MAKAN&MINUM


DAN PENGINAPAN) + (SIJIL DIBERI). – 3 HARI 2 MALAM
SASARAN OUTCOME

 Platinum Speed Resources mempunyai misi untuk melahirkan belia dan beliawanis yang
mempunyai kemahiran penyenggaraan dan membaik-pulih Komputer (system
perkakasan) .

 Platinum Speed Resources juga memasarkan 70% dari jumlah belia dan beliawanis yang
dilahirkan membuka perniagaan sendiri.

 Melahirkan bakal usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang


multimedia.

 Pendapatan dari perniagaan yang diusahakan sendiri dapat menjana pendapatan lumayan
serta menyumbang kepada perkembangan ekonomi Negara.

 Memupuk minat di dalam bidang keusahawanan di kalangan bakal usahawan


MANFAAT BENGKEL
Ilmu yang
mempunyai nilai
tambah “value”
kepada peserta
dalam bidang
pekerjaan/
Membantu perniagaan.
Kearah mendidik
peserta peserta
memiliki memanfaatkan
laman web kemudahan laman
sendiri web bagi
mempromosikan
produk dan
perkhidmatan

Melatih peserta
sebagai Memudahkan peserta
pentadbir yang dilantik sebagai
‘webmaster’
laman web menguruskan
perubahan kandungan
laman web tanpa
perlu mengupah
syarikat atau pereka
laman web luar.
PEMILIHAN JENIS
LAMAN WEB

• Laman Web Statik SESUAI


untuk:
Web yang tidak memerlukan
banyak muka laman fail.
Jarang atau tidak perlu
dikemas kini.
Contoh: Minisite

• Laman Web Dinamik SESUAI


untuk:
Laman web ada banyak muka
laman (page).
Perlu selalu dikemas kini.
Laman web yang memiliki Contoh: Web Berita, Blog, Portal,
Shopping Cart
ciri-ciri seperti akhbar atau
majalah online,
perbincangan, pengiklanan,
pendaftaran ahli dan e-
dagang.
FUNGSI:
CADANGAN SEBUT HARGA

BIL PERKARA JUMLAH

1 YURAN PENGAJIAN (TERMASUK RM1,800.00


SIJIL)

2 PERALATAN & KELENGKAPAN RM800.00

3 PENGINAPAN (3 BULAN) RM450.00

4 MAKAN & MINUM (3 BULAN) RM1,800.00

5 PENGANGKUTAN (3 BULAN) RM300.00

6 ELAUN RM450.00

RM5,600.00
JADUAL PEMBELAJARAN (KELAS SEMASA)

BIL MODUL PEMBELAJARAN JANGKA MASA

1 PENGENALAN KEPADA KOMPUTER DAN MINGGU PERTAMA


PENGENALANNYA
2 ASAS PERNIAGAAN KEUSAHAWANAN MINGGU PERTAMA

3 SOLDERING (PCB/KOMPONEN) MINGGU KEDUA

4 ASAS BUKA DAN PASANG KOMPUTER (SERVICE/TUKAR) MINGGU KETIGA

5 PENERANGAN TENTANG KELENGKAPAN PEMASANGAN MINGGU KEEMPAT

6 PENGGUNAAN CPU(BUKA PASANG MINGGU KELIMA


CPU/KOMPONEN/CONNECTOR
7 PENGGUNAAN MONITOR MINGGU KEENAM

8 TOUBLESHOOT MASALAH ON CPU MINGGU KETUJUH

9 PEMASANGAN AKSESORI MINGGU KELAPAN

10 ASAS NETWORKING MINGGU KELAPAN

PRAKTIKAL INDUSTRI JANGKA MASA


1) ZENGIN TECHNOLOGIES

2) CHF MENTARI ENTERPRISE

3) AVIA PROLIUM SDN BHD


1 BULAN
4) HAJAT EFEKTIF SDN BHD

5) PLATINUM SPEED RESOURCES


MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN SELAMA 2
BULAN

BIL TEMPOH TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN

1 MINGGU Pengenalan kepada Komputer Penerangan secara Teori


PERTAMA & dan Latihan Amali
MODUL 1 • Literasi Digital dan Internet

• Komputer, Peranti Mudah Alih dan Applikasi

• Di dalam Komputer dan Peranti Mudah Alih

• Input, Output dan Penyimpanan Digital

2 MINGGU KEDUA Sistem operasi Penerangan secara Teori


& MODUL 2 dan Latihan Amali dan
• Komunikasi dan Rangkaian Soal jawwab

• Maklumat dan Pengurusan Data

• Sistem Maklumat dan Pembangunan Program


• MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN SELAMA 2 BULAN

3 MINGGU KETIGA & Sistem Operasi Penerangan secara


MODUL 3 • Pengenalan kepada Sistem Operasi Teori dan Latihan Amali
• Asas Keselamatan Komputer dan Soal jawwab
• Virtualization Desktop
• Windows 7
• Windows 8

4 MINGGU KEEMPAT & • Di bawah Windows Desktop: Penerangan secara


MODUL 4 Menyokong dan Penyelesaian Masalah Teori dan Latihan Amali
Windows dan Soal jawwab
• Mac OS X pada Desktop
• Linux pada Desktop
• Antara muka Command-Line
• Menyambung Desktop dan Komputer
Riba untuk Networks

5 MINGGU KELIMA 7 A + Certification Preparation Penerangan secara


MODUL KELIMA • Pandangan Pertama di Bahagian dan Teori dan Latihan Amali
Alat Komputer dan Soal jawwab
• Kerja Di dalam Komputer Desktop dan
Laptop
• Papan Induk, Menyokong Processors
dan Peningkatan Memori
• Menyokong Sistem Kuasa dan
Penyelesaian Masalah Komputer
• Menyokong Cakera Keras
• Memasang Windows
• Menyokong I / O Devices
MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN SELAMA 2
BULAN

6 MINGGU KEENAM & • Mengekalkan Windows dan Penerangan Secara


MODUL KEENAM Mengoptimumkan Windows Teori dan Latihan Amali
• Penyelesaian masalah Windows dan dan Praktikal
Aplikasi dan Masalah Windows
Startup Masalah
• Menyambung dan Menyediakan
Rangkaian yang
• Bergerak Sistem Operasi
• Sumber Windows pada Rangkaian
yang
• Strategi Keselamatan
• Menyokong Pencetak dan
Menyesuaikan Sistem yang
• Virtualization, Linux dan Mac OS X

7 MINGGU KETUJUH & UJIAN KOMPETENSI AKHIR TEORI DAN Latihan Amali dan
MODUL KETUJUH AMALI Praktikal

• Penyelesaian Masalah Komputer


• Pemasangan Cakera Keras dan
Sokongan
• Asas Rangkaian
• Bekerja dengan berbeza Sistem
Operasi

8 MINGGU KELAPAN & UJIAN KOMPETENSI AKHIR Latihan Amali dan


MODUL KELAPAN Praktikal
• Bekerja dengan Pencetak dan Font
• Mengekalkan Komputer
• Bekerjasama dengan Graphics
• Menguruskan Memories
KESIMPULAN

• Secara ringkasnya, Platinum Speed Resources menawarkan Kursus Bidang


Penyenggaraan dan Membaik- Pulih Komputer kepada warga Orang Asli kerana
bidang ini adalah satu bidang yang baru dan kurang diceburi oleh para belia dan
usahawan Bumiputera khasnya. Pendedahan dari segi teori, amali dan
penyediaan rancangan perniagaan akan diberikan kepada semua bakal- bakal
usahawan yang menceburi perniagaan ini. Bantuan-bantuan seperti khidmat
nasihat dan pinjaman perniagaan untuk memulakan perniagaan penyenggaraan
dan Membaik- Pulih Komputer akan disediakan oleh agensi- agensi kerajaan dan
swasta. Perniagaan ini memberi peluang yang lumayan kepada para usahawan
dimana sebanyak 90% dari jumlah penduduk Malaysia menggunakan komputer
dan sebahagian besar pengguna-pengguna komputer sering kali menghadapi
pelbagai masalah teknikal atau ingin menaik-taraf komputer mereka. Secara
tidak langsung ilmu ini dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan utama
kepada warga Orang Asli selain itu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
Negara. Diharap para usahawan dan peserta kursus dari Seluruh Warga Orang
Asli dapat menjadi rakan niaga kepada pihak Platinum Speed Resource
ssehingga mewujudkan rangkaian perniagaan yang lebih besar didalam bidang
ini. Jalinan rangkaian ini akan dapat menjalinkan kerjasama lebih erat dimana
segala produk seperti komputer model-model terbaru dibekalkan terus kepada
usahawan begitu juga peralatan-peralatan yang diperlukan sebagai alat ganti.
METODOLOGI PERLAKSANAAN KURSUS SECARA
TEORI, BENGKEL (AMALI) DAN PRAKTIKAL

 Para peserta didedahkan dengan pembelajaran secara teori (20%) dimana penerangan
akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang berkemahiran. Setiap penerangan yang
disampaikan adalah berdasarkan modul yang telah disediakan.

 Setiap peralatan akan diperkenalkan kepada para peserta melalui tayangan “slide” dan
juga alatan yang sedia ada diatas setiap meja para peserta. Para peserta perlu mencatat
setiap perkara-perkara yang penting. Di akhir pembelajaran para peserta akan menduduki
peperiksaan bagi memastikan dan mengukur kebolehan pengetahuan para peserta.

 Peserta akan mendalami setiap ilmu tentang komputer melalui bengkel/ latihan amali
(60%) yang dijalankan pada setiap hari dimana peserta akan dapat membiasakan diri
dengan setiap peralatan yang akan digunakan kelak. Bengkel ini juga memberikan
pendedahan awal kepada para peserta mengenai telefon dan komponen yang terdapat di
dalam komputer yang akan dibaiki nanti.

 Di akhir kursus ini, (20%) dari jumlah masa para peserta akan disoal bagi mengenal pasti
tahap kefahaman setiap individu yang menjalani latihan. Para peserta kebiasaannya perlu
menjalani latihan secara latih-tubi bagi mengukur tahap kefahaman mereka.
IMPAK PROGRAM
 Peluang bekerja dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sebagai Juruteknik
komputer adalah terbuka luas kerana permintaan tenaga kerja didalam bidang ini adalah
tinggi.

 Peluang berniaga sendiri juga terbuka luas di dalam bidang ini.

 Peluang-peluang pinjaman juga turut disediakan untuk membuka perniagaan sendiri.

 Pendapatan yang lumayan boleh diperolehi melalui perniagaan ini.

 Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi dalaman komputer
yang berubah dengan pantas

 Memajukan golongan yang berpendapatan rendah dalam bidang kemahiran.

 Melahirkan minda positif dan keyakinan diri dalam bidang pekerjaan dan keusahawan.

 Memantapkan kewibawaan dalam pengurusan diri untuk bekerja dalam bidang profesional
teknologi maklumat.

 Mendorong golongan usahawan supaya meningkatkan daya pemikiran dan ilmu yang
dimiliki.

 Memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui masalah, rintangan dan risiko yang
akan dihadapi serta cara untuk mengatasi di dalam dunia perniagaan.

 Pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas akan menjamin pendapatan yang
lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan mereka.

 Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para usahawan yang sedia ada
di pasaran.

 Menghalang para belia dan beliawanis dari terjebak atau terlibat di dalam anasir- anasir
negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial keterlaluan dan sebagainya.

 Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi usahawan pelapis yang
berdaya maju, kompetatif dan berdaya tahan
SEKIAN
TERIMA KASIH

platinumspeedresources@gmail.com

Talian :018-2018761 / 019-6895474 /


018-263374

Anda mungkin juga menyukai