Anda di halaman 1dari 1

Penyelenggaraan Komputer

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya komputer juga memerlukan penyelengaraan yang
kerap seperti mana sebuah kereta. Bayangkan jika kereta tidak diselenggara (servis) selama
beberapa bulan. Agak2nya apa yang akan jadi pada kereta tu. Dah tentu akan rosak kan..
Keadaan sama juga bilamana komputer kita tu tak diservis dan kita hanya tunggu ia rosak
baru la terhegeh-hegeh nak cari juruteknik komputer. Berapa ramai antara kita yang servis
komputer atau laptop mereka setiap bulan. Sama ada buat sendiri atau pun hantar kepada
mereka yang PAKAR. Hampir semua pemilik tidak servis komputer atau laptop mereka. Saya
tak salahkan mereka. Mungkin para pemilik komputer atau laptop ni tak tahu yang
penyelenggaraan komputer ni amat penting sama penting dengan kita servis kereta setiap
bulan. Dan kebiasaannya para penjual komputer dan laptop ni pun tak menerangkan tentang
perkara servis ni.

Percaya atau tidak jangka hayat komputer atau laptop ni dapat dipanjangkan dengan
membuat penyelenggaraan secara berkala sama ada dibuat sendiri atau menggunakan
perkhidmatan PAKAR ( purata harga untuk servis ni pun tak la mahal sangat antara RM30 -
RM50). Ok la kan daripada kita nak kena keluarkan duit dalam RM300 hingga RM400 untuk
membaiki kerosakan komputer dan laptop tu. Jika komputer tu untuk baiki mungkin tidak
semahal laptop. Bagi laptop pula, awas anda mungkin kena membeli laptop yang lain jika
rosak kerana kos untuk membaiki sebuah laptop ni lebih kurang harga sebuah laptop baru.
Kenapa saya kata macam tu. ok, sebabnya adalah harga untuk baiki mainbord laptop RM380.
Skrin laptop RM350. Processor RM400 jumlah semuanya RM1130. inilah harganya jika
penyelenggaran tak dibuat.

Penyelenggaraan terbahagi kepada 2 kategori. Penyelenggaraan Pencegahan dan


Penyelenggaraan Pembaikan. Penyelenggaraan pencegahan adalah kerja-kerja yang
melibatkan pembersihan komponen-komponen komputer atau laptop seperti kipas CPU, lens
DVD, keyboard dan lain-lain. Penyelenggaraan pembaikan adalah kerja-kerja membaiki
sistem dengan membuang dokumen atau perisian yang tak perlu, menyusun semula
kedudukan fail dalam cakera keras, membuang fail-fail registry yang tidak digunakan lagi
menggunaka perisian khas.

Anda mungkin juga menyukai