Anda di halaman 1dari 12

KERTAS CADANGAN

PEMASANGAN KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV)


DI BENGKEL TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI

OLEH:
ERICA ANGELINA LIMON
SYLVESTER EJON ANAK MITING

PENYELIA PROJEK:
ENCIK KHAIRUL ANUAR BIN KAMARULZAMAN

SESI 2/2021
DIPLOMA TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN


MIRI, SARAWAK.
PENGAKUAN PENGARANG

Dengan ini saya akui bahawa laporan ini, adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
petikan atau rujukan yang telah dinyatakan dengan jelas dan dihasilkan berdasarkan
peraturan-peraturan akademik Jabatan Tenaga Manusia. Ia adalah asli hasil daripada
kajian yang telah dilakukan oleh saya. Saya juga mengakui projek ini belum pernah
sebelum ini dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institusi lain untuk tujuan
penganugerahan diploma atau kelayakan.

Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya melanggar
mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan
didapati sebagai tidak melengkapkan keperluan diploma dan bersetuju untuk
dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah peraturan Institusi Latihan
Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).

Tandatangan:

Nama Pelajar: ERICA ANGELINA LIMON

NDP Pelajar: 28221056

Tarikh:
PENGAKUAN PENGARANG

Dengan ini saya akui bahawa laporan ini, adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
petikan atau rujukan yang telah dinyatakan dengan jelas dan dihasilkan berdasarkan
peraturan-peraturan akademik Jabatan Tenaga Manusia. Ia adalah asli hasil daripada
kajian yang telah dilakukan oleh saya. Saya juga mengakui projek ini belum pernah
sebelum ini dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institusi lain untuk tujuan
penganugerahan diploma atau kelayakan.

Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya melanggar
mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan
didapati sebagai tidak melengkapkan keperluan diploma dan bersetuju untuk
dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah peraturan Institusi Latihan
Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).

Tandatangan:

Nama Pelajar: SYLVESTER EJON ANAK MITING

NDP Pelajar: 28221058

Tarikh:
PERAKUAN PENYELIA

Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini bertajuk
Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan segala yang terkandung di
dalamnya adalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti serta
telah memenuhi segala syarat dan undang-undang di bawah peraturan Institusi
Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bagi tujuan penganugerahan Diploma
Teknologi dan Diploma Kemahiran Malaysia.

Disahkan oleh,

Tandatangan:

Nama penyelia: ENCIK KHAIRUL ANUAR BIN KAMARULZAMAN

Tarikh:
PENGHARGAAN

Dengan nama TUHAN Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji-
pujian bagi kerana keizin dari-Nya dapat juga kami menyempurnakan projek tahun
akhir yang bertajuk PEMASANGAN KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI
BENGKEL TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI bagi memenuhi sebahagian daripada
syarat memperolehi Diploma Teknologi Telekomunikasi. Dikesempatan ini, kami ingin
merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia kami iaitu
Encik Khairul Anuar kerana bersusah payah memberi kerjasama dan menyampaikan
maklumat-maklumat penting kepada kami. Pandang dan nasihat daripada beliau amat
lah kami hargai.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Program Diploma
Teknologi Telekomunikasi iaitu Puan Gayathuri dan tidak lupa kepada pengajar iaitu
Encik Khairul Anuar diatas jasa baik dan keperihatinan kerana memberi dorongan
serta kerjasama kepada kami. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang turut sama
membantu untuk melaksanakan projek akhir tahun ini.

Akhir kata, terima kasih daripada kami untuk semua pihak di atas kerjasama yang
diberikan secara langsung dalam membantu kami sepanjang projek ini dijalankan.
ABSTRAK

Satu tugasan telah diberikan sebagai projek kumpulan ini iaitu Pemasangan
Kamera Litar Tertutup (CCTV) di bengkel Teknologi Telekomunikasi bagi tujuan
memenuhi keperluan projek tahun akhir, Diploma Teknologi Telekomunikasi. Projek
ini adalah bertujuan untuk membuat pemasangan kamera litar tertutup di Bengkel
Teknologi Telekomunikasi supaya keselamatan dalam bengkel dapat diperketatkan
lagi dan pihak pengajar boleh memantau segala aktiviti di dalam bengkel. Hal ini
demikian bersesuaian dengan keperluan para pengajar untuk mengelakkan kes
kecurian atau sebagainya berlaku. Ini selaras dengan perkembangan teknologi di
negara kita. Kesimpulannya, pemasangan ini telah berjaya membantu pegawai yang
bertanggungjawab untuk melakukan penyelenggaraan yang akan datang.
PENGENALAN

Projek tahun akhir kami ialah Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di

Bengkel Teknologi Telekomunikasi. Ini adalah bertujuan untuk meletakan CCTV di

kawasan bengkel untuk memastikan sistem pengawasan lebih baik dan

keselamatan dalam bengkel pun terjaga.

Kamera Litar Tertutup (CCTV) seperti yang selalu didengar adalah sesuatu

alat pengawasan keselamatan yang selalu ada di beberapa kawasan atau sudut-

sudut tertentu seperti di sekolah,pejabat dan bank. Kamera Litar Tertutup ini juga

telah dilengkapi dengan infrared dan sesuai digunakan untuk keselamatan kerana

ianya boleh memberi paparan yang jelas di malam hari. Selain itu, kamera litar

tertutup ini juga mempunyai pelbagai resolusi jadi kita boleh melihat paparan dengan

jelas. Sistem penyimpanan data bagi decoder kamera litar tertutup ini juga

mempunyai penyimpanan bergantung kepada kapasiti internal hardisk.

Kamera Litar Tertutup (CCTV) ini dipasang bertujuan untuk keselamatan atau

pemantauan aktiviti di sesuatu tempat seperti kes kecurian,pencerobohan dan kes

kes lainnya. Kamera Litar Tertutup (CCTV) dapat dijadikan bukti dengan video-video

yang telah dirakam.


OBJEKTIF

Dalam kajian ini, kami mengariskan beberapa objektif yang mampu dijadikan

landasan dan panduan semasa menjalankan kajian ini. Objektif kajian adalah:

 Memasang kamera litar tertutup (cctv) di dalam bengkel.

 Untuk menambahkan sistem keselamatan dalam bengkel.

 Dapat memantau segala aktiviti di dalam bengkel.

PENYATA MASALAH

Antara penyata masalah kami adalah, sebelumnya bengkel tidak mempunyai

kamera litar tertutup (cctv), kerana takut terjadi pencerobohan atau kecurian barang

dalam bengkel. Selain itu,pengawasan dalam bengkel juga susah kerana kawasan

yang besar dan kadang kala terlepas pandang oleh pengajar.

SKOP PROJEK

Berdasarkan projek ini, ia lebih kepada pemasangan kamera litar tertutup untuk

bengkel teknologi telekomunikasi bagi menambahkan sistem keselamatan dalam

bengkel. Hal ini juga dapat membantu pengajar memantau segala aktiviti di dalam

bengkel.
PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK FASA 1

MULA

Taklimat FYP

Pemilihan Projek

Perbincangan

Mengenalpasti
Permasalahan
TIDAK

Pembentangan Kertas
Cadangan FYP

YA

Sambungan FYP (Fasa 2)


CARTA GANNT FASA 1
REKABENTUK PROJEK

Pelan keseluruhan pembangunan projek

Gambar rajah dibawah adalah menunjukkan pelan keseluruhan bengkel


Teknologi Telekomunikasi yang mana melibatkan projek tahun akhir dijalankan.

ARAS ATAS

ARAS BAWAH
SENARAI ANGGARAN HARGA BARANG

Harga JUMLAH
Bil Peralatan / Bahan Kuantiti Seunit (RM)
(RM)
1 CCTV 16 unit 180 2880
2 Decoder (dahua) 1 unit 1600 1600
3 Cable Coaxial (1 roll – 305m) 4 roll 118 472
4 Cable Dua Lembar (1 roll – 100m) 4 roll 103 412
5 Monitor Desktop 19” 1 420 420
6 BNC Connector (Male Twist On) 40 pcs 6 240
JUMLAH RM 6024

KESIMPULAN
Secara keseluruhan, projek Pemasangan Kamera Litar Tertutup (cctv) di
bengkel Teknologi Telekomunikasi adalah bertujuan untuk meningkatkan
keselamatan di dalam bengkel. Selain itu, dengan adanya kamera litar tertutup di
bengkel dapat membantu pengajar mengawasi segala aktiviti di dalam bengkel hanya
dari monitor yang diletakan di dalam pejabat. Selain itu, ia juga dapat menambah lagi
sistem keselamatan di dalam bengkel bagi mengelakkan berlakunya kes-kes yang
tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai