Anda di halaman 1dari 5

SURAT AKUJANJI & TANGGUNGRUGI

[Nama penuh projek]

[KEPALA SURAT PEMAJU]

Setem
Rujukan Kami : Hasil
Tarikh :

Chief Distribution Network Officer


Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 19, Wisma TNB Jalan Timur
No. 19, Jalan Timur
46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

YBhg. Datuk,

SURAT AKUJANJI & TANGGUNGRUGI

Kami ……. [Nama pemaju] (No. Pendaftaran Syarikat: ………..), yang beralamat di ……….
[Alamat syarikat] sesungguhnya bersetuju dan berakujanji dengan Tenaga Nasional Berhad
(No. Pendaftaran Syarikat 200866-W), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-
undang Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di Pejabat Setiausaha Syarikat, Tingkat 2, Ibu
Pejabat Tenaga Nasional Berhad, No. 129, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
(selepas ini dirujuk sebagai "TNB") seperti berikut:

1) Kami mengesahkan bahawa kami adalah syarikat yang bertanggungjawab dan terlibat
untuk melaksanakan projek ……. [Nama penuh projek] (selepas ini dirujuk sebagai
“Projek Tersebut”) dan kami bersetuju untuk menandatangani Surat Akujanji dan
Tanggungrugi ini (selepas ini dirujuk sebagai "Surat Akujanji"). Syarikat kami telah
bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja (HDD/korekan) …….[Nama penuh projek]
(selepas ini dirujuk sebagai “Kerja-kerja”) seperti di Lampiran 1. Laluan bagi Kerja-
kerja (HDD/korekan) yang dilampirkan tersebut adalah sebagai pelan cadangan awal dan
tertakluk kepada sebarang pindaan yang diluluskan oleh pihak berkuasa atau pemilik
tanah berkaitan bagi memberi bekalan elektrik ke Projek tersebut.

2) Kami dengan ini sesungguhnya berakujanji dan bersetuju secara berterusan dan tanpa
syarat, dengan TNB seperti berikut :-
a) Mematuhi semua senarai semak seperti di Lampiran 2.
b) Melantik kontraktor HDD yang berdaftar dengan TNB. Bukti Sijil Pendaftaran
Vendor TNB yang masih sah (untuk kerja-kerja yang belum dijalankan) seperti di
Lampiran 3.
c) Menghubungi pihak TNB sebelum sebarang korekan/HDD dijalankan.
SURAT AKUJANJI & TANGGUNGRUGI
[Nama penuh projek]

d) Memajukan kemajuan kerja secara mingguan kepada TNB dan,


e) Memajukan HDD profile kepada TNB setelah kerja-kerja disiapkan.

3) Kami dengan ini memberi jaminan kecacatan pepasangan terhadap kerja-kerja tersebut
dan akan bertanggungan sekiranya terdapat apa-apa kerosakan yang timbul akibat dari ke
tidak sempurnaan pemasangan dalam tempoh masa 12 bulan selepas kerja-kerja
disiapkan dan diserahkan kepada TNB. Kami juga akan menanggung segala kos dan
perbelanjaan berkaitan.

4) Kami juga bersetuju bahawa sekiranya pihak kami mengingkari dan/atau gagal mematuhi
sebarang terma Surat Akujanji ini atas apa sebab sekalipun, maka TNB mempunyai hak
untuk meneruskan tindakan undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada Perintah
Injunksi tanpa sebarang makluman atau notis.

5) Kami bersetuju untuk menanggung rugi TNB, pengarah, pekerja, wakil dan ejen diberi
kuasa daripada dan terhadap sebarang kerugian, tuntutan, tindakan, saman, prosiding,
kos, perbelanjaan, ganti rugi dan liabiliti termasuk kos undang-undang yang ditanggung
dalam mempertahankan apa-apa tuntutan, tindakan, saman atau prosiding terhadap TNB
yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, keingkaran, kelewatan, pengenepian,
peninggalan, penipuan, kecuaian atau keingkaran yang disengajakan oleh pihak kami,
pengarah, kakitangan atau ejen kami, akibat daripada pelaksanaan tanggungjawab yang
diakujanji oleh pihak kami dalam Surat Akujanji ini.

6) Kami selanjutnya memberi jaminan kepada TNB bahawa pihak yang menandatangani
Surat Akujanji ini mempunyai kuasa untuk memberikan akujanji dan melaksanakan Surat
Akujanji ini bagi pihak kami serta semua kebenaran yang perlu bagi tujuan ini telah
diperolehi dengan sewajarnya.

7) Mana-mana terma, syarat, peruntukan dan akujanji dalam Surat Akujanji ini yang tidak
sah, terbatal, tidak dibenarkan atau tidak boleh dikuatkuasakan menurut undang-undang
akan menjadi tidak efektif setakat ia tidak sah, terbatal, tidak dibenarkan atau tidak boleh
dikuatkuasakan menurut undang-undang, tanpa membatalkan peruntukan-peruntukan
yang lain.

8) Surat Akujanji ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

9) Sebarang sebutan mengenai apa-apa lampiran hendaklah menjadi satu bahagian integral
Surat Akujanji ini.
SURAT AKUJANJI & TANGGUNGRUGI
[Nama penuh projek]

10) Surat Akujanji ini hendaklah mengikat pengganti hak milik dan/atau pemegang serah hak
kami yang dibenarkan.

11) Kami akan bertanggungjawab dan menanggung segala kos dan perbelanjaan yang
berkaitan dan yang berbangkit daripada Surat Akujanji ini termasuk setem duti, cukai
jualan dan perkhidmatan (SST) dan lain-lain cukai, kos dan perbelanjaan yang dikenakan
kepada TNB pada masa akan datang (jika ada).

12) Kami bersetuju untuk mematuhi dan mempunyai langkah-langkah yang mencukupi untuk
memastikan pematuhan dilakukan pada setiap masa berdasarkan peruntukan dan
kewajipan yang terkandung dalam undang-undang dan peraturan yang terpakai di
Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010,
perundangan subsidiari dan Kod Tataamalan yang berkaitan yang boleh dipinda dari
semasa ke semasa bagi tujuan mengumpul, menggunakan, memproses, merekod,
memegang, menyimpan, berkongsi dan/atau menzahirkan mana-mana atau semua data
peribadi yang berkaitan dengan mana-mana individu untuk melaksanakan tanggungjawab
kami di bawah Surat Akujanji ini. Untuk tujuan informasi dan pemberitahuan, Polisi
Perlindungan Data Peribadi TNB boleh diakses di https://www.tnb.com.my/pdpa.

(Bahagian ini sengaja dibiarkan kosong)


SURAT AKUJANJI & TANGGUNGRUGI
[Nama penuh projek]

Surat Akujanji ini telah dilaksanakan oleh : Disaksikan oleh :

…………………………………………… …………………………………….
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
NRIC : NRIC :
Cop Syarikat : Cop Syarikat :
SURAT AKUJANJI & TANGGUNGRUGI
[Nama penuh projek]

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEBELUM TANDATANGAN AKUJANJI

1) Borang 49 dan semakan carian syarikat (SSM) – Untuk pastikan orang yang
menandatangani akujanji ini mempunyai hak atau kuasa
2) Lampiran 1 – Pelan Laluan Kabel
3) Lampiran 2 – Senarai Semak HDD
4) Lampiran 3 - Bukti Sijil Pendaftaran Vendor TNB yang masih sah

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SELEPAS TANDATANGAN AKUJANJI

1) Lampiran 2 – Senarai Semak HDD yang lengkap

Anda mungkin juga menyukai