Anda di halaman 1dari 2

BORANG PERAKUAN PAJAKAN / PINDAHMILIK TANAH PENCAWANG

Nota :

Borang ini digunakan untuk tapak pencawang elektrik yang diperlukan atas permintaan pengguna/pemaju
sahaja.
Salinan hakmilik tanah disertakan

A) No. Projek & Tajuk Projek :

B) Butir-Butir Pemilik / Pemohon / Pemaju


B1. Nama Pemilik :
B2. No. Kad Pengenalan :
B3. Alamat :
B4. Nama dan No. Pendaftaran Syarikat / Perniagaan
*Pemohon / Pemaju
B5. Alamat :
B6. Nama Perunding :
B7. Alamat :

C) Butir-Butir Tanah Untuk Pembinaan Pencawang Elektrik


C1. No. Suratan Hakmilik :
C2. No. Lot :
C3. Mukim / Daerah :
C4. Negeri :
C5. Keluasan Lot :
C6. Luas Tapak Pencawang Yang Diperlukan TNB :
Akujanji dan Tanggungrugi *Pemilik/Pemaju

Sebagai balasan kepada Tenaga Nasional Berhad (No.200866-W) (TNB) kerana penyediaan kelengkapan bagi
tujuan pemberian bekalan elektrik, saya/kami _________________ sesungguhnya bersetuju dan berakujanji seperti
berikut :
a)

Untuk memajakkan tanah tapak pencawang diatas kepada TNB selama 30 tahun dengan bayaran
sebanyak RM10.00 sahaja dengan pilihan bagi TNB untuk memperbaharui pajakan itu selama 30
tahun lagi dengan terma dan syarat yang sama.
ATAU
b)

Untuk memindahmilik tanah tapak pencawang di atas kepada TNB dengan bayaran nominal
sebanyak RM10.00 sahaja.
ATAU

c)

Untuk membiayai semula kos dan perbelanjaan bagi membolehkan TNB memperolehi tanah tapak
pencawang elektrik atau pajakan tanah selama 30 tahun dengan pilihan untuk
memperbaharui
pajakan selama 30 tahun dengan terma dan syarat yang sama bagi tanah yang
tidak dimiliki oleh
saya/kami serta telah diberi kuasa oleh (nama pemilik) melalui surat kuasa wakil
bertarikh
___________ dan dilampirkan bersama-sama ini.
Sekiranya saya/kami memerlukan bekalan elektrik dengan segera (iaitu sebelum urusan pajakan / pindahmilik tanah
tapak pencawang selesai dilaksanakan), pihak saya/kami bersetuju mengadakan satu Jaminan Bank bernilai
RM20,000 (Ringgit : Dua Puluh Ribu Sahaja) atas nama TNB dan saya/kami bersetuju memperbaharui Jaminan
Bank itu sehingga tanah dipajak atau dipindahmilik kepada TNB.
Sekiranya berlaku kemungkaran dari pihak saya/kami dalam mana-mana akujanji seperti yang telah ditetapkan yang
mana akibat dari itu TNB telah menanggung apa-apa kerugian, kehilangan, menanggung apa-apa perbelanjaan,
tindakan mahkamah, saya/kami akan menanggung rugi atau apa-apa perbelanjaan termasuk kos dan yuran guaman
pihak TNB.
Akujanji ini mengikat pewaris, wasi, pentadbir, pengganti hakmilik dan wakil-wakil yang dilantik oleh pihak saya/kami.
Klausa-klausa di dalam akujanji ini adalah berasingan dan berbeza diantara satu sama lain pada bila-bila masa
sekiranya terdapat salah satu atau lebih daripada klausa-klausa tersebut menjadi tidak sah dari segi undang-undang,
maka ketidaksahan tersebut tidak akan sama sekali memberi kesan kepada kepada klausa-klausa yang lain.
Akujanji ini telah dilaksanakan pada tarikh ______________ tahun _______________________

(Tandatangan Pemilik / Pemaju)


Disaksikan Oleh :

Nama: __________________________________

Nama: __________________________________

No. Kad Pengenalan : ______________________

No. Kad Pengenalan : ______________________

Jawatan : ________________________________

Jawatan : ________________________________

*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai