Anda di halaman 1dari 5

KOLEJ POLY-TECH MARA

KERTAS KERJA SEMINAR JANGKA PENDEK PELAJAR


KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR

1. PERKARA

Kertas kerja cadangan penawaran seminar keusahawanan perkomputeran kepada


pelajar-pelajar bidang Sains Komputer KPTMKL

2. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak
pengurusan KPTM terhadap cadangan untuk menawarkan seminar keushawanan
perkomputeran kepada pelajar-pelajar bidang Sains Komputer KPTMKL

3. LATARBELAKANG

3.1 Kursus ini memberi peluang untuk menyediakan platform keusahawanan


kepada pelajar. Peluang ini akan digunakan sepenuhnya untuk bakal
keusahawanan berkecimpung dalam perniagaan memastikan pembelajaran
dalam bidang e-niaga sentiasa berterusan.

1
3.2 Menurut Unit Perancangan danEkonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri
negara ini mengeluarkan 20 000 graduan IT yang menganggur. Seminar ini
bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran tentang konsep
keusahawanan yang ideal.

3.3 Membolehkan peserta merancang strategi pemasaran yang berkesan serta


membolehkan peserta menyediakan belanjawan yang baik.

3.4 Format Program

 Kandungan program adalah memenuhi keperluan semasa dan memenuhi


kehendak teknologi terkini
 Kandungan program adalah sentiasa terkini dari semasa ke semasa
 Kandungan program termasuklah menunjukkan senario perniagaan di
Malaysia
 Pengenalan strategi pemasaran dan teknik perniagaan.
 Aktiviti penilaian melalui pembentangan kumpulan bagi meningkatkan
kefahaman dan kesediaan sebagai usahawan.
 Berupaya memacu pelajar mematuhi piawai teknologi terkini yang
diperlukan dalam pengurusan perniagaan atau e-dagang

4. JUSTIFIKASI

4.1 Keperluan akademik + kemahiran yang disijilkan


 Pasaran dan keperluan sekarang memerlukan lepasan institusi yang
memiliki pencapaian akademik dan kemahiran tertentu yang disijilkan dan
diiktiraf
 Seminar ini bertujuan berkongsi maklumat dan pengetahuan tentang
status, hala tuju dan pencapaian program pendidikan dan latihan
keusahawanan.
 Merupakan salah satu saluran penting dalam melahirkan seorang yang
memiliki pengetahuan dan kemahiran.
4.2 Ciri-ciri dan kelebihan

2
Aplikasi kursus ini bersifat fleksibel yang mampu memenuhi keperluan
keusahawan bedasarkan ciri-ciri dan kelebihan berikut:
 Meneroka peluang-peluang perniagaan dalam pelbagai bidang yang
berpotensi
 Sumber pengajar yang berkemahiran dan kos pembelajaran yang efektif
 Kemudahan Tabung Pinjaman MARA berkisar mengenai kelayakan
permohonan syarat-syarat pinjaman dan sebagainya

5. ISU DAN CADANGAN

5.1 Tempoh Pengajian


Kursus seminar perkomputeran memakan masa selama 2 jam. Ini bagi
mengelakkan pertindihan jadual kelas pelajar selain membantu pelajar
mengisi masa cuti dengan tujuan yang lebih bermakna

5.2 Kumpulan Sasaran dan Kelayakan Masuk


Sasaran adalah pelajar KPTMKL Diploma Sains Komputer. Bilangan pelajar
mestilah terdiri daripada 40 orang dan ke atas. Pelajar yang layak menyertai
seminar ini terdiri daripada mentee-mentee.

5.3 Kurikulum dan Perlaksanaan

5.3.1 Seminar akan dibawa oleh penceramah dari Institut Keusahawanan


Negara (INSKEN) dan MDEC.

5.3.2 Menggunakan struktur standard CEH yang digunapakai diperingkat


antarabangsa yang beribu pejabat di Amerika syarikat. Seminar ini
akan dipantau sepenuhnya oleh Institut Keusahawanan Negara
(INSKEN) dan MDEC yang merupakan oraganisasi yang diberi
pengiktirafan untuk melatih usahawan-usahawan di Malaysia dan
bidang kerjasama Malaysian Qualification Agency (MQA) .

3
5.3.3 Penggunaan media dan grafik yang banyak membantu pelajar
memahami maklumat yang ingin disampaikan disamping membenarkan
pelajar mengawal sendiri nota-nota digital mengikut gaya pemahaman
masing-masing

5.4 Lokasi
Tingkat 5, KPTM KL

5.5 Penyelesaian kepada pembelajaran

 Mendapat khidmat nasihat, bimbingan dan permudah cara usahawan.


 Salinan fail slaid subjek disediakan dalam bentuk softcopy
 Merupakan komponen peperiksaan persijilan. Pelajar perlu menduduki
peperiksaan secara atas talian.
 Mendapat bahan rujukan keusahawanan dan maklumat berkaitan
keusahawanan.
 Mendapat coaching dan monitoring.
 Mewujudkan sistem yang lengkap, cekap dan realistik dalam
menyampaikan belanjawan agar dapat mengawal perniagaan.
 Mendapat bantuan menyelaraskan masalah yang diahadapi dalam
perniagaan melalui pelan keusahawanan yang sesuai.

6. IMPLIKASI KEWANGAN.

Tawaran Persijilan Profesional sebagai kursus jangka pendek (5 hari)

Perincian Keperluan
Yuran keahlian universiti (Sekali sahaja) MYR 3,800
Pembaharuanl (Tahunan) MYR 950
Lesen kursus MYR 480 (per pelajar)
Yuran Pentadbiran Persijilan (terhadap
permohonan sahaja) MYR 190 (per pelajar)

4
7. PENUTUP

7.1 Kejayaan perlaksaan program ini bergantung kepada penguasaan asas


pelajar yang baik dalam bidang sains komputer dan sikap terbuka pelajar
dalam keusahawanan dan kepentingannya disamping sokongan lain seperti
kaedah penyampaian penceramah, aplikasi nota dan material serta
sokongan padu dari semua pihak.

7.2 Dengan ini Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat memohon
pertimbangan yang sewajarnya dan seterusnya kelulusan daripada
Pengurusan KPTM terhadap kertas konsep cadangan untuk menawarkan
seminar keusahawanan perkomputeran kepada pelajar KPTM KL demi
memenuhi aspirasi kolej yang ingin memastikan produk KPTM KL menuju
kebaikan hidup dan menjadikan KPTM sebagai satu saluran penting dalam
melahirkan seseorang yang pengetahuan dan keusahawanan.

Disediakan oleh :
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai