Anda di halaman 1dari 51

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Kursus Diploma Kejuruteraan Awam merupakan salah satu

daripada kursus pengajian yang ditawarkan di Politeknik Tuanku

Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah dimana ianya mengambil masa selama

tiga tahun. Semasa berada di semester ke-6 pelajar diwajibkan untuk

menjalani Latihan Industri (LI) di mana-mana firma sama ada di badan

kerajaan mahupun swasta selama 20 minggu bagi memenuhi syarat-

syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam. Program Latihan

Industri (LI) merupakan suatu titik permulaan yang penting bagi

kurikulum dalam program diploma yang telah ditawarkan kepada

semua pelajar bagi mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran

teknikal dan juga berupaya menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan

yang bakal diceburi.

Matlamat utama Latihan Industri ini adalah untuk memberi peluang

kepada pelajar yang menjalani latihan praktikal di sektor pekerjaan

dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan pengurusan bagi

meningkatkan kemahiran interpersonel sebagai seorang profesional.

Selain itu, pelajar juga dapat mengenalpasti cara untuk mengatasi

masalah yang timbul di tempat kerja. Ianya juga dapat membantu kami

menambah keyakinan diri terhadap kemampuan diri.

1
Di samping itu, peluang kepada pelajar mempraktikkan cara

berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak

atasan. Ini kerana tingkahlaku adalah salah satu aspek penting yang

dititikberatkan dalam alam pekerjaan. Secara tidak langsung, ianya juga

dapat menerapkan pelajar dengan nilai-nilai murni seperti bekerjasama,

berdisiplin, amanah, dan bertanggungjawab.

Semasa di politeknik, pelajar hanya mempelajari secara teori dan

juga praktikal yang bukan meluas. Oleh itu, semua yang dipelajari akan

dipraktikkan oleh pelajar semasa menjalani latihan industri. Pelajar-

pelajar akan tertakluk dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh

organisasi semasa menjalani latihan industri dimana segala masalah

akan dirujuk kepada pihak pengurusan dan bukan lagi kepada pihak

politeknik.

Semasa menjalani latihan industri, pelajar dikehendaki untuk

mencatatkan aktiviti yang dilakukan, didengar atau dilihat setiap hari di

dalam Jurnal Refleksi harian. Jurnal ini hendaklah dihantar kepada

penyelia pada setiap minggu untuk disemak dan ditandatangani.

Catatan yang terdapat dalam jurnal ini akan digunakan oleh pelajar

sebagai rujukan ketika menulis laporan latihan industri. Selain itu,

pensyarah daripada politeknik juga ak0an melawat ke tempat pelajar

membuat latihan industri untuk melihat perkembangan pelajar di

syarikat tersebut.

Justeru itu, Latihan Industri merupakan latihan yang penting bagi

melahirkan pelajar yang berkebolehan dan mempunyai buah fikiran

2
yang bernas dalam mencari konsep yang sejajar dengan permodenan

negara kita. Walaupun dalam masa yang singkat, latihan industri juga

dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan

dan meningkatkan pengetahuan serta pengalaman dalam teknik- teknik

kejuruteraan bagi pembangunan Negara. Akhir sekali, latihan industri

dapat memenuhi objektif untuk melahirkan graduan yang berkualiti dari

segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan di dalam alam

pekerjaan pada masa akan datang.  

1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan industri mempunyai beberapa objektif yang penting kepada

pelajar iaitu :

a) Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan sebenar

- pelajar secara tidak langsung dapat merasai dan memahami situasi

alam pekerjaan yang sebenar. Pelbagai pengalaman dapat dimanfaatkan

untuk pekerjaan pada masa hadapan. Ini adalah persediaan awal pelajar

sebelum menamatkan pengajian di Politeknik

b) Membina personaliti dan mendisiplinkan diri semasa kerja

-kedatangan dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap

kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan

baik, mempunyai personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang

dijalankan dan dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan.

3
c) menambah ilmu pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar

- pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran dan juga

menambahkan pengetahuan yang diperolehi di tempat kerja. Pelajar

dapat mengaitkan antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja

praktikal dan membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, dan

interpersonal

d) Berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.

-Berkeupayaan menerima dan memahami maklumat, melaksanakan

arahan, menganalisa maklumat secara langsung dan tidak langsung,

berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan yang sesuai dengan semua

peringkat kakitangan serta mempunyai kemahiran asas runding cara.

e) Mengamalkan kerja berpasukan secara bekerjasama

-Berpesonaliti positif, melibatkan diri secara aktif dalam pasukan,

melaksanakan tugas dalam situasi yang sesuai serta membina dan

mengekalkan hubungan yang baik dalam pasukan.

f) Profesional dan beretika mengikut polisi, prosedur dan peraturan

organisasi

-Mematuhi polisi, peraturan organisasi, prosedur kerja serta arahan

keselamatan dan kesihatan; Menghantar laporan pada masa yang

ditetapkan dan disahkan oleh penyelia, berdikari, rekod kehadiran

cemerlang, menepati masa serta berkebolehan menyelesaikan masalah

dengan tindakan yang bijak.

4
g) Menghasilkan laporan Latihan Industri

-Pemyediaan laporan latihan industri ini dapat melatih pelajar menulis

laporan teknikal yang lengkap dan teratur.

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri ini perlu menyediakan

sebuah Laporan Latihan Industri (LLI) yang lengkap mengikut piawaian

dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik. Laporan ini

adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan latihan industri yang

dijalankan oleh setiap pelajar sepanjang tempoh yang ditetapkan. Antara

objektif laporan latihan industri adalah :

i. Menerangkan secara bertulis serta gambarajah dan carta yang

jelas tentang kerja-kerja yang dilakukan dan dipelajari semasa

menjalani latihan ini.

ii. Membolehkan pihak politeknik membuat penilaian pencapaian

pelajar dalam menjalani latihan industri.

iii. Membuktikan pengesahan bahawa pelajar tersebut telah selesai

menjalani latihan industri.

iv. Meningkatkan daya pemikiran dan kreativiti pelajar dalam

menghasilkan laporan yang berkualiti.

v. Mencatat segala pengetahuan dan pengalaman sepanjang

tempoh latihan untuk dijadikan panduan semasa menghadiri

temuduga dan setelah menceburi bidang pekerjaan.

5
vi. Dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar yang akan menjalani

latihan industri.

1.4 Kepentingan Latihan Industri

Latihan industri ini mempunyai pelbagai kepentingan kepada pelajar

untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang gambaran sebenar

setelah mereka mula melangkah masuk ke alam pekerjaan bersesuaian

dengan bidang yang mereka pelajari.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar

dan rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar

yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar.

Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan

industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri

sendiri.

Dari prespektif lain pula, latihan industri ini adalah penting kerana

ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah

tamat pengajian kelak. Ini tidak dapat dinafikan kerana secara umum

sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu

pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada.

Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk

bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, pengetahuan yang diperoleh daripada

latihan ini adalah sangat besar nilainya. Pelajar dapat menggunakan

pengalaman dan kemahiran yang diperoleh semasa tempoh latihan

6
sebagai panduan di masa yang akan datang. Selain daripada itu, segala

susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh latihan tersebut

akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk

meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi serta menjadikan diri

sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang.

7
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi

PSJ PRIMA SDN. BHD. telah ditubuhkan pada 7 april 2015 dan

beroperasi di Kepala Batas, Pulau Pinang. Syarikat ini telah

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran

1139072-h. Selain itu, PSJ PRIMA SDN BHD juga merupakan syarikat

yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia dan Tenaga Nasional

Berhad. Aktiviti utama perniagaan syarikat PSJ PRIMA SDN. BHD.

adalah dalam kerja-kerja pembinaan dan menurap jalan.

PSJ PRIMA SDN. BHD. diterajui oleh kakitangan yang mempunyai

Latar belakang akademik dan pengalaman yang luas dalam bidang

pembinaan di mana dapat melaksanakan kerja-kerja teknikal dengan

lebih berkesan serta mampu melaksanakan segala projek yang

ditawarkan. Kami juga telah berjaya mendapatkan kerja-kerja melalui

sebutharga/tender dan proses undi dari jabatan-jabatan kerajaan

mahupun perbadanan swasta.

Di dalam industri pembinaan Negara pula, PSJ PRIMA SDN. BHD.

juga bergiat sepenuh masa dengan disokong oleh kontraktor-kontraktor

8
lain yang berpengalaman lagi kebolehan. Justeru itu, PSJ PRIMA SDN.

BHD. telah menyusun langkah-langkah bernas bagi menjadikan sebuah

firma yang berkebolehan, berdaya saing yang berjaya, sejajar kehendak

kerajaan dalam menunjuk ke arah zaman moden masa kini.

2.2 Polisi Kesihatan dan Keselamatan Tempat Kerja

2.2.1 Kenyataan Polisi

Adalah menjadi polisi syarikat ini untuk mengamalkan dan

mengekal kesihatan dan keselamatan yang tinggi bagi semua

pekerja yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti syarikat ini pada

setiap masa.

2.2.2 Objektif-Objektif

Dalam rangka kerja polisi ini, pihak syarikat akan berusaha

untuk :

a) Mengelakkan semua kemalangan

b) Menanam kesedaran diri dan perasaan

bertanggungjawab terhadap tahap keselamatan dan

kesihatan

c) Mengekalkan suasana kerja yang sihat dan selamat

untuk pekerja dan para kontraktor

d) Mengawal semua jenis penyakit di tempat kerja dan

mempertingkatkan tahap kesihatan semua pekerja

9
e) Mengkaji dan memantapkan lagi tahap kesihatan dan

keselamatan dari masa ke semasa

2.3 Moto, Visi, Misi dan Objektif Organisasi

MOTO

Usaha, Amanah, Berkat, Berkualiti

VISI

Menjadi syarikat kontraktor yang dipercayai untuk menjadi syarikat yang

terus maju dan berwibawa

MISI

Menjadi sebuah syarikat pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan

yang berjaya dan dihormati serta mempertingkatkan prestasi dan kualiti

kerja untuk bersaing dikalangan pesaing-pesaing kami berlandaskan

jenis perniagaan yang kami jalankan

OBJEKTIF

-Menjadi syarikat pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan

berdasarkan aplikasi terkini untuk memenuhi keperluan dan kepuasan

pelanggan

10
-Menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera

dalam bidang perniagaan dan pembinaan

-Mempraktikkan pengalaman dan perkhidmatan kepakaran yang ada

melalui latihan yang berterusan dan mutu kerja yang konsisten

11
2.4 Profil Syarikat

Nama syarikat : PSJ PRIMA SDN BHD

No. Pendaftaran syarikat: 1139072 H


Tarikh penubuhan : 7 April 2015

Status : 100% BUMIPUTERA

Alamat Perniagaan : NO 1920 PONGSU SERIBU

13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG

TEL / FAX : 04-5794772

EMAIL : psjprima@yahoo.com

MODAL DIBENARKAN : RM 250,000.00

MODAL BERBAYAR : RM 250,000.00


PEMEGANG SAHAM : 1) ROSLINAH BINTI MYDIN

2) MAWAR SURIA @NURUL NADIA BINTI


NORDIN

3) JAMALUDIN BIN KAMAL


AHLI LEMBAGA 1) ROSLINAH BINTI MYDIN

PENGARAH : 2) MAWAR SURIA@NURUL NADIA BINTI


NORDIN

3) MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD RIFANGEI


Alamat surat menyurat : NO 1920 PONGSU SERIBU

13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG


2.5 Carta Organisasi

12
AHLI LEMBAGA
PENGARAH

PENGARAH PENGARAH PENGARAH


MUHAMMAD MAWAR SURIA @ ROSLINAH BINTI
SYAHMI BIN MOHD NURUL NADIA BINTI MYDIN
RIFANGEI NORDIN

EKSEKUTIF AKAUN
JAMALUDIN BIN
KAMAL

PENGURUS PROJEK PEMBANTU TEKNIKAL PEMBANTU


MAZURA BINTI HIZAR BIN MOHAMAD TEKNIKAL
MOHAMAD ISA MOHD RADZI BIN
OTHMAN

Rajah 2.7.1: Carta organisasi PSJ PRIMA

13
CARTA ORGANISASI
BILANGAN PASUKAN
PEKERJA

BILANGAN PASUKAN KERJA

TEAM 1 TEAM 2

KETUA JURUTEKNIK JURUTERA


MOHD ZAIDI BIN MUHAMMAD SYAHMI BIN
ISMAIL MOHD RIFANGEI

JURUTEKNIK JURUTEKNIK
HIZAR BIN MOHD ISA MOHD RADZI BIN
OTHMAN

PENYELIA PENYELIA
MUHAMMAD HASYIM BIN PERAKAS A/L PERUMAL
ABDULLAH

14
BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang

dilakukan sepanjang menjalani latihan industri. Setiap aktiviti atau tugas

yang dijalankan akan dicatatkan di dalam buku jurnal refleksi yang

disediakan oleh Politeknik. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan

secara ringkas segala aktiviti atau tugas yang telah dilakukan semasa

menjalani latihan industri pada satu semester iaitu selama dua puluh

minggu. Segala aktiviti akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya

dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu

disamping memudahkan proses penyemakkan. Hari bekerja adalah

selama 5 hari iaitu Isnin sehingga jumaat.

PSJ Prima Sdn Bhd adalah salah satu syarikat kontrak yang

mana menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan iaitu pembinaan,

pembaikan, perobohan dan bina semula dan banyak lagi yang mana

berkaitan dengan kejuruteraan awam. PSJ Prima Sdn Bhd juga ada

mengambil pelajar-pelajar yang ingin membuat Latihan Industri dari

mana-mana institusi dalam Malaysia. Setiap pelajar akan ditempatkan

dalam bahagian yang sesuai dalam melibatkan pengajian mereka bagi

mengelakkan berlaku sebarang masalah.

15
Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan

banyak perkara baru. Saya telah melaporkan diri di PSJ Prima Sdn. Bhd

pada tarikh 9 Disember 2019. Ketika menjalani latihan industri di syarikat

ini, saya telah ditempatkan di bahagian admin iaitu Hakikat HQ yang

lebih kepada kerja-kerja di pejabat seperti menguruskan dokumen

tender, membuat ‘Bill Quantities’, baca pelan, fotostat, mencetak dan

mengimbas dokumen. Saya juga ada mempelajari serba sedikit tentang

perakaunan iaitu menulis jumlah harga dan juga membuat ‘payment

voucher’ serta menguruskan dokumen-dokumen berkaitan dengan

pembayaran. Selain itu, waktu yang telah ditetapkan oleh syarikat ialah

bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 5.10 petang iaitu setiap hari Isnin

hingga Jumaat.

16
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Jadual 3.2.1 menunjukkan ringkasan aktiviti sewaktu latihan industri

selama 20 minggu.

Jadual 3.2.1: Ringkasan aktiviti


Minggu / Tarikh Aktiviti
Minggu 1 1. Belajar mengenai syarikat dengan membaca Profil

(9.12.19 – 13.12.19) Syarikat.

2. Mempelajari cara untuk membuat salinan (fotostat)

dan mengimbas dengan menggunakan mesin

fotostat.

3. Fotostat dokumen menggunakan mesin fotostat.

4. Mengimbas dokumen dan resit berbayar ke

komputer pembantu akaun.

5. Mempelajari cara membuat Senarai Kuantiti (Bill

Quantities – BQ) menggunakan ‘Excel’.

6. Membuat Senarai Kuantiti menggunakan ‘Excel’

berkaitan projek Kompleks Islam.


Minggu 2 1. Menyiapkan dokumen tender yang belum selesai.

(16.12.19 – 20.12.19) 2. Perlu fotostat, mengecop resit berbayar dan

mengimbas resit berbayar tersebut ke komputer

pembantu akaun.

3. Mempelajari cara untuk meletakkan nama fail bagi

dokumen yang hendak di imbas.

4. Membantu juruukur bahan dalam melengkapkan

jumlah harga yang tidak diletakkan di dalam

17
kenyataan (statement) dan juga menyelesaikan

dokumen tender yang lain.

5. Melipat surat kiriman rasmi dan dimasukkan ke

dalam sampul lalu meletakkan setem.

6. Menyusun dokumen tender mengikut projek iaitu

Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tugu Negara dan

Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA).


Minggu 3 1. Mengecop dokumen tender dan membuat Senarai

(23.12.19 – 27.12.19) Kuantiti bagi projek Kemayan.

2. Melipat pelan mengikut saiz yang ditetapkan.

3. Mengimbas dokumen yang dikehendaki.

4. Melawat tapak bagi projek Ibu Pejabat Pertahanan

Awam (IPPA).
Minggu 4 1. Mengecop dan membuat dokumen tender.

(30.12.19 – 3.1.20) 2. Membuat Senarai Kuantiti bagi bahagian

‘Preliminaries’, ‘Occupational Safety and Health’,

‘Piling-Kuarters’, ‘Piling-Dewan’, Kuarters, Dewan,

Rumah Sampah, Rumah Pam dan Kerja-kerja

Luar.

3. Menyusun dokumen ‘Payment Voucher’ di dalam

fail akaun.
Minggu 5 1. Mengemaskini dokumen mengikut tarikh pada

(6.1.20 – 10.1.20) 2018 sehingga 2019.

2. Fotostat, mengecop dan mengimbas surat tender.

3. Menyusun dan membuang dokumen-dokumen

lama.

4. Mengepil dokumen baru berkaitan dengan resit

18
berbayar.
Minggu 6 1. Merekod harga pada ‘payment voucher’.

(13.1.20 – 17.1.20) 2. Fotostat dan mengimbas resit berbayar.

3. Mengasingkan dokumen yang berkaitan dengan

bil-bil seperti elektrik dan air.

4. Menulis jumlah harga pada dokumen tender.


Minggu 7 1. Cuti Thaipusam

(20.1.20 – 24.1.20) 2. Menyemak dan memperbetulkan jumlah harga

yang salah.

3. Menulis jumlah harga pada setiap bahagian

dokumen tender iaitu Kerja-kerja Cerucuk, B4-2

Dewan Serbaguna, dan B7 – Wang Kos Prima.


Minggu 8 1. Membuat ‘Bill Quantities’ untuk bahagian dokumen

(27.1.20 – 31.1.20) tender B1 – Kerja-kerja Luar dan B5 – Kuarters.

2. Mencetak dokumen berkaitan Renovasi dan

Pembinaan sebanyak 3 set.

3. Menebuk ketiga-tiga set dokumen tersebut.

4. Mengecop dan mengimbas dokumen tender dan

dihantar ke komputer juruukur bahan.

5. Menyiapkan Senarai Kuantiti di dalam Excel bagi

bahagian ‘Preliminaries’.
Minggu 9 1. Membuat Senarai Kuantiti bagi bahagian ‘Building

(3.2.20 – 7.2.20) Works – Blok E’.

2. Menyemak semua perincian di dalam dokumen

tersebut dan memperbetulkan sekiranya terdapat

kesalahan.

3. Cuti Raya Cina

19
4. Membuat Senarai Kuantiti untuk bahagian Blok F,

‘Summary Price For Electrical Works’ dan ‘Part A-

C-D’.
Minggu 10 1. Melawat tapak projek di Taman Tugu dan juga Ibu

(10.2.20 – 14.2.20) Pejabat Pertahanan Awam (IPPA).

2. Mempelajari pelbagai kaedah contohnya seperti di

Tugu Negara, bata yang digunakan untuk

bangunan adalah bata muka ‘facing brick’. Dengan

menggunakan ‘facing brick’ hanya dengan

membersihkannya dengan air dan di cat bersama

‘water repellent’. Tidak perlu pakai cat biasa.

3. Mengetahui permasalahan yang berlaku di tapak

projek.

4. Membuat kerja-kerja ringan seperti membuat

salinan, mengimbas dokumen dan menyusun

dokumen di dalam fail.


Minggu 11 1. Membuat Senarai Kuantiti bagi projek Cyberview.

(17.2.20 – 21.2.20) Sepanjang minggu ini hanya menyiapkan BQ

sahaja dan juga kerja-kerja ringan yang lain.

2. Menyemak harga pada ‘payment voucher’ yang

telah disahkan tentang pembayarannya.

3. Membuat salinan dokumen untuk audit.

4. Mengulangkaji kontrak dokumen.


Minggu 12 1. Membuat Senarai Kuantiti bagi projek ‘Spine

(24.2.20 – 28.2.20) Road’ di Kg.Jelai.

2. Membuat salinan dokumen dan menyimpan

dokumen tersebut di dalam fail.

20
Minggu 13 1. Membuat Senarai Kuantiti berkenaan projek

(2.3.20 – 6.3.20) ‘Central Spine Road To Gua Musang’.

2. Cuti sakit demam panas dan jangkitan kuman.

3. Mengasingkan resit, membuat salinan dokumen

serta membuat bil kuantiti bagi projek di Sepang.


Minggu 14 1. Menyambung kerja bagi bil kuantiti untuk projek di

(9.3.20 – 13.3.20) Sepang.

2. Cuti sakit

3. Menulis jumlah harga dan mengecop dokumen

tender pada setiap helaian.

4. Membuat salinan dan menyusun dokumen di

dalam fail.
Minggu 15 1. Menulis nama-nama pekerja Hakikat di dalam

(16.3.20 – 20.3.20) jadual yang disediakan oleh Pn.Julia.

2. Fotostat cek dan dokumen-dokumen penting dan

disimpan di dalam fail.

3. Menyemak isi-isi dan setiap perincian dalam

dokumen tender.

4. Menulis jumlah harga dan jumlah keseluruhan

pada dokumen tender setelah juruukur bahan

membuat ‘autosum’ di dalam bil kuantiti.

5. Mengemas dan membersihkan pejabat serta

tempat bekerja.

6. Mengasingkan kertas yang boleh dikitar semula

lalu menempatkan ke dalam kotak yang telah

disediakan.
Minggu 16 1. Fotostat dokumen penting untuk dihantar sekali

21
(23.3.20 – 27.3.20) bersama dokumen tender.

2. Membungkus dokumen tender bersama profil

syarikat dan dokumen-dokumen lain untuk

dihantar ke Cheras.

3. Fotostat cek yang dikehendak sebagai simpanan

di dalam fail syarikat untuk bukti dan rujukan.

4. Menyemak semua perincian yang terdapat di

dalam bil kuantiti dan menulis jumlah harga.

5. Menyusun ‘payment voucher’ mengikut tarikh

daripada bulan 11 tahun 2018 sehingga bulan

yang terkini.

6. Membantu akauntan dalam memasukkan duit gaji

pekerja Hakikat di dalam bank.


Minggu 17 1. Membuat salinan dokumen dan cek.

(30.3.20 – 3.4.20) 2. Membuat salinan sebanyak 3 set Profil Syarikat

untuk dihantar bersama dokumen tender.

3. Menyediakan cek untuk pembekal.


Minggu 18 1. Melawat tapak projek di Sentul.

(6.4.20 – 10.4.20) 2. Mengemaskini fail dan menyusun atur fail

mengikut projek serta menyusun baucer

pembayaran yang telah ditandatangani.

3. Mengulangkaji tentang sebut harga dan membuat

salinan dokumen sebut harga.

4. Mengemas setiap bilik dan menyusun semua

barang serta membuang barang yang tidak perlu.


Minggu 19 1. Membuat salinan surat rasmi dan menyimpan

(13.4.20 – 17.4.20) semua di dalam fail kerana ianya sulit.

22
2. Cuti (Interview UPSI)

3. Membuat senarai kuantiti bagi BILL C1 – Blok P1

B2, projek di Pengkalan Chepa dalam ‘Excel’.

4. Menyambung semula kerja bagi BILL C2 – Bilik

Auto B1, BILL C5 – Blok Etrik WB1 dan BILL 6 –

Blok Sokongan.
Minggu 20 1. Menyambung lagi kerja yang belum diselesaikan

(20.4.20 – 24.4.20) bagi tender BILL 9 – ACAD U2, BILL D – Kerja

sekitar bangunan, BILL E – Wang kos prima, dan

BILL F – Wang peruntukan sementara.

2. Mesyuarat bersama majikan dan staf

membincangkan ‘progress’ IPPA.

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan

Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang

telah dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan

perlu mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya

dijalankan secara berperingkat-peringkat. Ia memastikan segala

pengurusan organisasi dapat berjalan lancar tanpa menimbulkan

masalah. Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala

aktiviti yang dilakukan melibatkan proses kerja yang telah dilakukan

23
selama 20 minggu di syarikat tersebut. Segala kerja yang melibatkan

aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat

mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja tersebut

dengan baik.

Bab ini menerangkan mengenai aktiviti atau kerja yang telah

dilakukan semasa berada di Hakikat Engineering Sdn. Bhd. Terdapat

banyak kerja yang dilakukan di syarikat tersebut sama ada apabila

berada di dalam pejabat iaitu admin (Hakikat HQ) ataupun apabila

berada di tapak projek. Ketika di pejabat, saya hanya melakukan kerja-

kerja ringan sahaja dan juga membuat Bil kuantiti (Bill Quantities) untuk

dokumen tender malah mempelajari serba sedikit berkaitan perakaunan.

Apabila berada di tapak projek pula, saya mempelajari cara-cara kerja

dan melakukan kerja tersebut supaya saya mengetahui bagaimana untuk

mengendalikan sesuatu kerja berkaitan pembinaan.

4.2 Pekerjaan yang dilakukan semasa latihan

Bahagian ini merupakan penerangan tentang setiap kerja yang telah

dilakukan semasa tempoh latihan industri.

4.2.1 Kerja-kerja di tapak projek iaitu projek Taman Tugu dan Ibu

Pejabat Pertahanan Awam.

a) Projek Taman Tugu – membuat surau dan kuarters imam bilal.

Projek ini adalah mengenai 'CADANGAN MEMBINA DAN

MENYIAPKAN SURAU DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI

24
ATAS BAHAGIAN PT88, SEKSYEN 60, JALAN BERI KUALA

LUMPUR'. Lokasinya terletak di Taman Tugu Negara Utara

Timur. Tempoh projek ialah 7 bulan. Jumlah kontrak ialah

RM18,636,436.10. kKerja-kerja yang diliputi dalam kontrak ini

terdiri daripada peruntukan oleh Kontraktor atas risiko sendiri dan

membiayai semua bahan, peralatan, tumbuhan, buruh,

pengangkutan dan segala-galanya untuk pembinaan dan

penyiapan projek ini. Skop kerja yang terdiri daripada berikut:

1. Pendahuluan (Preliminaries)

2. Kerja-kerja bangunan (Building works)

i. Surau

ii. Makanan dan minuman (Food & beverages)

iii. Kuarters

3. Kerja luaran (External works)

Dalam tapak;

i. Perobohan dan kerja tanah

ii. Langkah-langkah

iii. Dinding luaran

iv. Jalan dan tempat letak kereta

v. Saliran permukaan air

vi. Bekalan air luar

vii. Dinding penahan

viii. ‘Hardscape’

ix. ‘Foul drainage’

Luar tapak;

25
i. Jalan dan tempat letak kereta

ii. ‘Foul drainage’

iii. Relokasi paip air

Landskap lembut (Soft Lanscape)

Kerja mekanikal

i. Perkhidmatan elektrik voltan rendah dan tambahan

ii. Penghawa dingin dan perkhidmatan pengudaraan

iii. Perkhidmatan gas petroleum cecair

iv. Perkhidmatan perlindungan kebakaran

v. Perkhidmatan air paip dan paip kebersihan

Rajah 4.2.1(a): Proses meratakan permukaan bata (facing brick).

Rajah 4.2.1(b): Bata Muka (Facing Brick)

26
Rajah 4.2.1(a) menunjukkan proses meratakan permukaan bata

dengan menggunakan ‘Scutch bata’. Dinding surau adalah

dengan menggunakan bata jenis bata muka (facing brick). Bata

ini tidak perlu dicat kerana permukaannya yang kemas dan

cantik. Bata Muka (facing brick) digunakan untuk projek kali ini

contoh seperti pada rajah 4.2.1(b) adalah kerana bata ini

mempunyai kemasan pada permukaannya sama ada bertekstur,

berpasir atau licin serta mempunyai warna atau corak yang

sama. Bata jenis ini tidak perlu dilepa (plaster) dan digunakan

untuk membina kerja-kerja kecantikkan yang menunjukkan

permukaan bata-bata yang menarik. Bata jenis ini juga tahan

lasak terhadap keadaan cuaca. Berbalik pada kerja rajah

4.2.1(a), kami perlu memastikan tiap-tiap permukaan bata perlu

diratakan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja seterusnya.

Bata yang diratakan hanyalah pada bahagian yang lompang

sahaja seperti di dalam rajah. Rekaan bagi dinding surau sangat

unik kerana mempunyai istilah kontra kerana sebahagian

permukaan dibuat seperti menimbul ke depan. Oleh kerana itu,

proses bagi menyiapkan dinding sahaja mengambil masa yang

agak lama.

27
Rajah 4.2.1(c): Proses pembersihan permukaan bata muka

dengan menyemburkan air menggunakan penyembur air jet.

Rajah 4.2.1(c) menunjukkan proses pembersihan bata muka

dengan menyemburkan air menggunakan penyembur air jet. Hal

ini kerana untuk menghilangkan kesan simen, zarah debu dan

kesan lain bagi mengelakkan daripada permukaan bata cepat

rosak dan juga tahan lebih lama. Kebersihan seperti ini dilakukan

bukannya kerana ianya adalah perkara biasa tetapi adalah

kerana kebersihan ini penting bagi merawat struktur bangunan.

Sekiranya kebersihan ini tidak diendahkan maka permukaan

dinding bata akan cepat rosak.

28
Rajah 4.2.1(d): Proses pengecatan menggunakan cat kalis air

‘water repellent’.

Rajah 4.2.1(d) menunjukkan proses mengecat dinding

menggunakan cat kalis air (water repellent). Sebelum dicat,

dinding perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan penyembur air

jet dan dibiar kering. Setelah kering baru mula proses untuk

mengecat dinding. Dinding dicat menggunakan cat kalis air

‘water repellent’ adalah kerana sifat bata muka itu sendiri

telahpun kemas tidak perlu dicat dengan cat biasa. Hanya

menggunakan cat kalis air sahaja untuk memberikan lebih

kekemasan dan juga untuk melindungi permukaan dinding

daripada cepat terhakis. Sifat cat kalis air ini adalah mampu

menghalang air hujan daripada terserap ke dalam dinding. Oleh

itu, struktur bangunan juga akan lebih tahan lama dan juga

permukaan dinding juga tidak akan cepat rosak.

b) Projek Ibu Pejabat Pertahanan Awam

29
Tajuk Projek : PEMBINAAN IBU PEJABAT

PERTAHANAN AWAM (IPPA) DI

ATAS LOT 4458, SUNGAI MERAB,

MUKIM DENGKIL, DAERAH

SEPANG, SELANGOR DARUL

EHSAN.
Pemilik : Jabatan Kerja Raya Malaysia

Pegawai Penguasa : Pengarah JKR Negeri Selangor

Wakil Pegawai : Jurutera Daerah, JKR Sepang

Penguasa
Kontraktor Utama : Hakikat Engineering Sdn.Bhd

Tempoh Kontrak : 104 minggu

Tarikh Mula Projek : 30 Julai 2015

Tarikh Siap Asal : 26 Julai 2017

Tarikh Siap Semasa : 7 Januari 2019

Tempoh Liabiliti : 12 Bulan

Kecacatan

Rajah 4.2.1(e): Memotong lembaran logam berlubang (metal

sheet perforated).

30
Rajah 4.2.1(e) menunjukkan proses memotong lembaran logam

berlubang (metal sheet perforated) menggunakan ‘cutting tools’.

Dalam kerja pemotongan, kami perlu memakai alat keselamatan

seperti sarung tangan bagi mengelak kecederaan. Ianya kerana

setiap bahagian hujung logam yang dipotong adalah tajam dan

akan mengakibatkan terluka pada tangan dan jari.

Rajah 4.2.1(f): Pemasangan lembaran logam berlubang yang

telah dipotong pada dinding.

Rajah 4.2.1(f) menunjukkan proses pemasangan lembaran

logam berlubang (metal sheet perforated) pada dinding. Sebelum

‘metal sheet’ ini dipasang, ‘rock wool’ akan dipasang terlebih

dahulu. Sifat ‘rock wool’ ini adalah kalis air. Kami memasang

‘rock wool’ dan juga ‘metal sheet’ ini pada Pusat Data (Data

Centre) yang merupakan bilik yang memerlukan udara sejuk

yang sangat tinggi. Maka bilik tersebut akan mengalami

kondensasi. Jadi bagi mengelakkan penyerapan air pada

dinding, kami menggunakan ‘rock wool’ supaya air tersebut tidak

31
diserap. Lalu ‘metal sheet’ akan dipasangan dan dipahat

menggunakan paku.

4.2.2 Kerja membuat Senarai Kuantiti (Bill Quantities)

Rajah 4.2.2(a): Tender bagi projek ‘Bridge Kuantan’.

32
Rajah 4.2.2(b): Tender bagi projek Kompleks Islam

Rajah 4.2.2(c): Tender bagi projek Imigresen Kemayan

33
Rajah 4.2.2(d): Tender bagi projek Kolej Vokasional Ampangan

Rajah 4.2.2(e): Tender bagi projek ‘Site Preparations & Earthworks’.

34
Rajah 4.2.2(f): Tender bagi projek ‘Spine Road’.

Rajah 4.2.2(g): Tender bagi projek ‘Central Spine Road Gua

Musang’.

35
Rajah 4.2.2(h): Tender bagi projek Kolej Vokasional di Pengkalan

Chepa.

Rajah 4.2.2(a) sehingga Rajah 4.2.2(h) menunjukkan bil kuantiti yang

telah saya buat sepanjang berada di Hakikat Engineering Sdn.Bhd.

Perbezaan dua tender yang berlainan warna adalah kerana

dokumen tender yang berwarna kuning merupakan daripada Jabatan

Kerja Raya (JKR) dan yang berwarna biru pula adalah daripada

Syarikat Kerajaan. Terdapat 3 jenis dokumen tender yang telah saya

buat iaitu pembangunan, jalan dan jambatan. Ketiga-tiga jenis ini

terdapat perbezaannya tersendiri. Bagi dokumen tender untuk

pembangunan, perkara yang ada di dalam dokumen adalah item,

keterangan, kuantiti, kadar dan jumlah harga. Sama juga untuk

dokumen tender bagi jalan dan jambatan. Perbezaannya adalah

pada ‘Mom’ iaitu merupakan kod untuk infrastruktur. Ada sesetengah

dokumen tender yang meletakkan

36
jumlah dengan dibahagi dua iaitu kos dan tender. Hal ini kerana

untuk membuat perbezaan harga yang diperoleh dan harga yang

telah ditetapkan pada tender dan selalunya kami akan menggunakan

jumlah harga bagi tender. Bil kuantiti ini dibuat pada Excel untuk

mendapatkan jumlah keseluruhan dengan mudah.

4.2.2.1 Senarai Kuantiti (Bill Quantities)

Senarai kuantiti adalah satu dokumen yang

mengandungi senarai item binaan beserta kauntiti-

kuantitinya yang disediakan mengikut prinsip-prinsip yang

telah ditetapkan. Dalam senarai kuantiti, item binaan serta

kuantitinya akan disenaraikan dalam satu kertas khas

yang dibahagikan kepada beberapa ruang iaitu ruang

untuk keterangan, kuantiti, kadar harga dan jumlah harga.

Senarai kuantiti disediakan dengan menggunakan

kaedah tertentu untuk mengukur dan menyenaraikan item-

item binaan. Bagi menyeragamkan dan mengelakkan

kekeliruan pengguna senarai kuantiti seperti kontraktor,

arkitek dan jurutera juruukur bahan menyediakan senarai

kuantiti jurutera, berdasarkan Kaedah Pengukuran Setara

(Standard Method of Measurement – SMM).

SSM adalah dokumen yang mengandungi butir-butir

dan penerangan-penerangan mengenai cara mengambil

ukuran, menulis huraian dan menyenaraikan item-item

binaan. Bagi kerja bangunan digunakan SMM kerja

37
bangunan manakala bagi kerja-kerja kejuruteraan awam

digunakan SMM untuk kerja kejuruteraan.

Rajah 4.2.2.1(a): Jadual senarai kuantiti

4.2.2.2 Tender

Tender adalah suatu kenyataan yang dikeluarkan

kepada seseorang untuk membuat disamping

mendapatkan persetujuan daripada pihak berkenaan.

Tender merupakan proses utama yang dilakukan oleh

majikan untuk mendapatkan seorang pemborong yang

layak. Pemilihan pemborong biasanya dibuat melalui

pertandingan yang melibatkan perkara tertentu seperti

harga dan masa pembinaan. Ini merupakan objektif utama

ketika membuat keputusan pemilihan tawaran selain

faktor-faktor seperti pengalaman dan organisasi

38
pemborong itu sendiri. Tender perlu dibuat kepada

kontraktor supaya projek dapat dilaksanakan. Tender

terbahagi kepada jenis kerja dan bentuk projek yang

dipelawakan. Dalam industri pembinaan di negara kita,

tender terbahagi seperti berikut:

i. Tender Terbuka (Open Tender)

Tender terbuka ditawarkan kepada semua

kontraktor dan kebiasaannya kontraktor yang

menawarkan harga terendah akan dipilih. Klien

akan mengiklankan notis dalam media bagi

mempelawa kontaktor membuat tawaran harga ke

atas projek yang dicadangkan.

Kontraktor membuat penawaran harga

berdasarkan jumlah anggaran kos pembinan yang

perlu dilaksanakan. Klien mungkin menerima

banyak harga tawaran sekiranya ramai kontraktor

yang menyertai tender. Klien membuat pemilihan

kontraktor yang layak berdasarkan harga yang

sesuai dan munasabah.

ii. Tender Terhad (Limited Tender)

Tender terhad dikeluarkan oleh klien kepada

kontraktor yang berada dalam kelas kelayakan

yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran (notis

tender). Kelas kelayakan kontraktor diperoleh

semasa syarikat kontraktor didaftarkan. Kontraktor

39
perlu mendaftarkan syarikatnya dengan Pusat

Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga

Pembangunan Industri Binaan (CIDB).

iii. Tender Terpilih (Selected Tender)

Tender terpilih hanya dikemukakan kepada

beberapa kontrakor yang telah dipilih oleh klien.

Persaingan merebut tawaran hanya berlaku di

kalangan kontraktor yang dipilih menyertai tender.

Klien biasanya memilih kontraktor untuk menyertai

tender terpilih kerana kontraktor berkenaan

mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas

dalam sesuatu bidang kerja.

iv. Tender Perundingan (Negotiation Tender)

Tender Perundingan ialah tawaran yang

dipelawakan kepada kontraktor yang telah dikenal

pasti oleh klien dengan berpandukan kepakaran,

pengalaman dan rekod kerja yang baik. Klien akan

memilih kontraktor berdasarkan perundingan ini

dan borang tender akan diberikan kepada

kontraktor.

v. Tender Pra-Kelayakan (Pre-Qualification

Tender)

Tender pra-kelayakan dibuat oleh klien kepada

kontraktor sebelum kenyataan tawaran diiklankan.

Kontraktor yang mendapat pelawaan awal ini

40
dikehendaki mengisi borak prakelayakan dan

mengembalikan borang tersebut kepada klien.

Penilaian dibuat berdasarkan syarat yang

ditentukan oleh klien. Tujuannya supaya klien

dapat mengetahui keupayaan, latar belakang dan

rekod kerja kontraktor.

4.2.3 Kerja-kerja bahagian akaun

a) Membuat baucer pembayaran (payment voucher) dan juga cek

Rajah 4.2.3(a): Baucer pembayaran (payment voucher) dan cek

Sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2.3(a), saya

dikehendaki untuk membuat voucer bayaran dan menyediakan cek

untuk pembekal (supplier). Setiap tempahan bahan atau alatan yang

diperlukan akan dibuat oleh juruukur bahan dan setelah ditempah,

juruukur akan memberitahu bahan atau alat apa yang ditempah lalu

bahagian akaun akan membuat voucer bayaran secepat mungkin.

Pembekal akan datang ke pejabat untuk mengambil cek dan mereka

perlu menandatangani voucer bayaran tersebut sebagai bukti

41
pembekal tersebut telah mengambil cek. Salinan akan diberikan

kepada pembekal.

b) Membantu bagi membayar gaji pekerja

Rajah 4.2.3(b): Slip kemasukan duit ke dalam akaun

Merujuk pada rajah 4.2.3(b), saya dikehendaki untuk membantu

bahagian akaun untuk membuat pembayaran gaji kepada pekerja

dengan bimbingan daripada penyelia saya. Pembayaran gaji adalah

berdasarkan duit ke akaun pekerja. Sekiranya gaji pekerja

mempunyai duit sen maka pembayaran akan dibuat pada kaunter

bank dan sekiranya tiada duit sen, pembayaran akan dibuat pada

mesin atm sahaja. Setelah selesai membuat pembayaran, senarai

semak perlu dilakukan untuk memastikan semua pekerja telah

mendapat bayaran gaji.

4.2.3.1 Baucer pembayaran (payment voucher)

Untuk memperketatkan kawalan dalaman syarikat

biasanya menggunakan satu dokumen kawalan yang

dinamakan baucer. Baucer digunakan apabila sahaja

syarikat mengeluarkan wang bagi tujuan pembayaran

42
kepada pembekal dan sebagainya. Bayaran tidak akan

dibuat tanpa baucer. Syarat bagi pengeluaran wang

menggunakan baucer adalah baucer tersebut hendaklah

disemak dan diluluskan oleh kakitangan yang

dipertanggungjawabkan.

Seperti contoh di dalam 4.2.3(a), perkara yang yang

perlu dicatat dalam baucer adalah bayaran dibuat kepada

siapa, untuk apa dan berapa jumlah bayarannya. Tarikh

baucer dan tandatangan orang yang menyediakan baucer,

yang menyemak baucer dan yang meluluskan baucer

perlu ada pada baucer tersebut sebelum bayaran dibuat.

Pihak yang meluluskan bayaran hendaklah memastikan

bayaran adalah sah dan disokong oleh dokumen seperti

bil atau invois.

Kalau bayaran menggunakan cek baucer ini

dinamakan baucer (bayaran) cek. Nombor cek perlu ditulis

pada baucer tersebut. Kalau tunai dibayar menggunakan

baucer ini baucer dinamakan baucer (bayaran) tunai.

4.2.3.2 Buku Cek (Cheque Book)

Cek ialah perintah bertulis kepada institusi kewangan

supaya membayar jumlah khusus dalam sesuatu mata

wang seperti yang dinyatakan.

Dalam keadaan di syarikat Hakikat Engineering

Sdn.Bhd, bank CIMB menjadi pilihan kami untuk

43
melakukan sebarang urusan pembayaran atau

pemindahan wang dalam matawang Ringgit Malaysia.

BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Kesimpulan

Alhamdulillah dengan rahmat dan izinnya, saya dapat menyiapkan

Laporan Latihan Industri ini. Dalam buku laporan akhir latihan industri ini,

saya telah memuatkan banyak pengetahuan yang perolehi sepanjang

tempoh menjalani latihan industri di PSJ Prima Sdn.Bhd. Latihan industri

merupakan salah satu syarat wajib untuk penganugerahan Diploma

Kejuruteraan Awam, di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Semasa

menjalani latihan industri, pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan

kemahiran dalam bidang masing-masing malah dapat memahirkan diri

dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan. Sesungguhnya,

latihan industri telah memberi banyak impak positif kepada semua

pelajar yang mengambilnya.

Setelah saya menjalani latihan selama 20 minggu di Hakikat Engineering

Sdn.Bhd, banyak perkara yang telah saya pelajari baik dari segi insaniah

mahupun rohaniah. Selain itu, tidak dinafikan juga bahawa tempoh

44
tersebut tidak mampu memberikan pendedahan sepenuhnya kepada

pelajar. Namun, dalam tempoh menjalani latihan industri inilah para

pelajar dapat merasai pengalaman bekerja sebelum melangkah kealam

pekerjaan kelak.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada Latihan Industri yang

telah dijalankan ini ialah ia dapat memberi gambaran yang lebih jelas

tentang berbagai aspek dalam cara kerja yang dilakukan dalam bidang

Kejuruteraan Awam. Melalui Latihan Industri yang telah dijalankan ini,

saya telah didedahkan dengan alam pekerjaan sebenar di mana ia

memberi suatu pengalaman yang cukup berharga kerana berpeluang

mengenali lebih dekat bidang kerja dalam bidang ini di samping bekerja

dengan tenaga kerja yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang

berkaitan dengan bidang yang saya ceburi di Hakikat Engineering

Sdn.Bhd.

Selain itu, secara tidak langsung saya dapat mengaitkan teori-

teori yang telah saya pelajari semua di Politeknik dengan aspek-aspek

praktikal yang telah saya jalani di Hakikat Engineering Sdn.Bhd selain

menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesame

pekerja. Di samping itu, melalui latihan secara praktikal juga dapat

menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam

menghadapi situasi kerja yang serba mencabar.

Latihan Industri ini juga mengajar saya untuk lebih berusaha

untuk memperoleh sesuatu. Ini kerana sepanjang menjalani latihan di

45
Hakikat Engineering Sdn.Bhd, saya harus berusaha untuk memperoleh

sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini secara tidak langsung melatih diri

saya lebih berusaha untuk memperolehi sesuatu kerana untuk

memperolehi sesuatu terutamanya ilmu bukanlah perkara yang mudah.

Melalui pemerhatian saya, banyak manfaat yang diperolehi

daripada Latihan Industri ini. Selain memotivasikan diri, ia juga

menjadikan diri kita lebih berdisiplin. Ini kerana apabila kita diberi

sesuatu tugas, kita hendaklah berusaha menjalankan tanggungjawab

yang telah diamanahkan kepada kita dengan ikhlas dan bersungguh-

sungguh. Dengan ini, ia dapat memupuk sikap positif dalam diri kita

untuk lebih berkeyakinan dalam menghadapi sebarang cabaran yang

mendatang.

Perkara yang paling penting yang telah saya pelajari sepanjang

Latihan Industri ini ialah cara untuk menjalinkan hubungan yang baik

dengan semua pekerja tidak kira usia. Kita hendaklah menilai diri kita

dan cuba memperbaiki diri sendiri. Ini bukan sahaja dapat membantu

melicinkan sesuatu pekerjaan malahan dapat mengeratkan lagi

hubungan silaturrahim antara semua pekerja.

Oleh itu, Latihan Industri ini adalah satu program yang sangat

berguna dan berkesan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul. Ini

adalah kerana ia dapat melahirkan graduan lepasan Politeknik yang

lebih berdaya saing untuk membantu negara kita dalam usaha menjadi

salah sebuah Negara yang dihormati. Semoga pengalaman yang

46
diperolehi ini dapat dijadikan semangat untuk terus berusaha bagi

mencapai cita-cita yang diimpikan.

BAB 6

KOMEN DAN CADANGAN

Latihan industri merupakan salah satu landasan yang memberi peluang

dan ruang kepada para pelajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di

Politeknik dalam suasana pekerjaan sebenar. Pilihan Politeknik untuk memberi

peluang kepada pelajar menjalani latihan industri memang sangat baik.

Terdapat banyak kebaikan yang dapat dilihat dan dipelajari samada secara

fizikal ataupun mental.

Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi

panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan

dapat juga diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu,

47
terdapat juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani

latihan industri. Antaranya, kerja atau tugasan yang diberikan tidak bersesuaian

dengan modul yang dipelajari oleh pelajar. Memang pada mulanya tempat

latihan industri berjanji akan memberi tugasan yang bersesuaian namun tidak

semua tugasan menjurus kepada apa yang telah dipelajari oleh pelajar.

6.1 Komen

1) Tiada alaun kepada para pelajar. Sepatutnya pelajar praktikal

perlulah diberikan alaun walaupun mereka hanya untuk menimba

ilmu dan pengalaman di dalam syarikat. Tetapi hasil kerja dan titik

peluh pelajar yang bersungguh-sungguh dalam kerjanya perlulah

dihargai dengan memberikan alaun sebagai duit untuk makan

minum pelajar.

2) Kekurangan tenaga kerja dalam organisasi, melambatkan dan

menyukarkan proses dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

3) Kekurangan bahan rujukan yang menyebabkan pelatih tidak dapat

meningkatkan kreativiti minda dan dapat memahami setiap

langkah kerja dengan mudah dan cepat.

4) Tidak memberi peluang kepada pelajar untuk bekerja pada

bahagian projek di tapak projek. Hal ini pelajar tidak dapat

pendedahan yang lebih mengenai kerja-kerja kejuruteraan awam

48
di tapak. Pelajar juga tidak dapat merasai bekerja di sektor

pembinaan. Pelajar hanya diberi peluang untuk melawat sekitar

tapak projek sahaja.

5) Pelajar diletakkan dibawah pengurusan bahagian akaun dan

bukannya bahagian bidang yang pelajar ceburi. Jadi ia

menyukarkan kepada pelajar untuk mengetahui lebih mengenai

kejuruteraan.

6.2 Cadangan kepada Pihak Industri

1) Setiap syarikat sepatutnya memberikan penerangan tentang

tugas yang perlu dilakukan oleh pelajar.

2) Diharapkan supaya PSJ PRIMA Sdn.Bhd menyediakan elaun

bagi pelajar praktikal sebagai penghargaan kepada pelajar dalam

melakukan tugas dengan baik serta membantu organisasi dalam

menyelesaikan dan mengurangkan kerja yang ada malahan

membantu pekerja-pekerja lain meringkan kerja-kerja yang ada.

3) Mengadakan aktiviti sampingan seperti hari keluarga dan riadah

bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pekerja dan

majikan.

4) Mewujudkan rangkaian berjadual agar dapat melancarkan sistem

yang lebih mantap. Dengan cara ini akan lebih memudahkan

semua pihak dalam organisasi.

49
5) Pihak firma perlu mengetahui kursus yang diambil oleh pelajar

bagi memudahkan proses menempatkan pelajar ke bahagian

yang bersesuaian dengan kursus yang diambil.

6) Pihak firma seharusnya lebih banyak berkomunikasi dengan

pelajar untuk mengetahui masalah dan membuatkan pelajar lebih

selesa untuk menghabiskan latihan industri.

7) Pihak firma juga sepatutnya memberikan pendedahan dengan

lebih mencabar kepada pelajar contohnya menempatkan pelajar

dalam pengurusan projek dan membuat kerja di tapak projek. Hal

ini dapat membantu pelajar dalam menambahkan ilmu

pengetahuan dan juga dapat mengetahui cara kerja di bahagian

projek.

8) Mewujudkan sebuah peti cadangan untuk pekerja dan orang

awam. Dengan cara ini, organisasi dapat mengetahui komen dan

cadangan yang diberikan daripada mana-mana pihak lalu

organisasi dapat memperbaiki apa yang sepatutnya.

6.3 Cadangan kepada Pihak Politeknik

1) Pihak politeknik disyorkan supaya mengumpul mengenai tempat-

tempat yang kebiasaannya menjadi pilihan pelajar untuk

menjalani latihan industri agar dapat dipastikan bahawa premis

berkenaan betul-betul akan memberi manfaat yang berguna

kepada pelajar kelak.

2) Pihak UPLI sepatutnya perlu lebih kerap membuat lawatan ke

organisasi tempat pelajar menjalani latihan industri ataupun

50
mengambil tahu perkembangan pelajar di organisasi. Keadaan ini

bagi membolehkan pihak politeknik terlibat dalam perkembangan

semasa pelajar disamping mengetahui segala kesulitan yang

dihadapi oleh pelajar di tempat latihan industri.

3) Mengadakan ceramah Latihan Industri lebih berkesan dan

terperinci sebelum pelajar menjalani latihan industri.

4) Sentiasa menghubungi pihak organisasi untuk mengetahui

perkembangan dan keadaan serta tingkah laku pelajar. Sekiranya

dalam masa tersebut pelajar didapati membuat perkara yang

melanggari peraturan maka tindakan disiplin yang tegas perlu

dilaksanakan.

5) Pihak politeknik dengan syarikat perlu menjalankan kerjasama

yang baik dan sentiasa berganding bahu dalam menjayakan

latihan industri yang dibuat.

6) Program latihan industri ini perlu diteruskan lagi kerana ia bukan

sahaja banyak memberi faedah kepada siswa dan siswi malah

juga kepada pembangunan Negara dari segi penyediaan tenaga

pekerja mahir.

51

Anda mungkin juga menyukai