Anda di halaman 1dari 25

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

MOHAMMAD ARIF BIN MALI

DI

BLA BLA BLA BLA BLA

Buku laporan ini dikemukan kepada


Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Sijil/Diploma Kejuruteraan Elektrik

POLITEKNIK KOTA KINABALU


DISEMBER 2010
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah Kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan


kurniaNya dapatlah saya menyiapkan buku laporan ini dengan jayanya. Walaupun
pada mulanya saya mendapat kesulitan dalam menyiapkan laporan ini
memandangkan segala rujukan perlu dicari dengan teliti dan membuat rujukan
kepada pihak yang berpengalaman. Walaubagaimanapun, diatas dorongan dan
kerjasama semua pihak akhirnya saya berjaya juga menyiapkan buku laporan ini dan
menghabiskan tempoh latihan industri.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Politeknik Kota
Kinabalu kerana membenarkan saya menjalani Latihan Industri dib la blab la bla.
Juga diucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pegawai Latihan Industri dan Unit
Perhubungan PKK iaitu En Jalani Bin Samidi diatas kerja keras memastikan para
pelajar PKK dapat menjalani LI dengan lancar dan jayanya.

Tidak lupa juga kepada semua staf unit Perhubungan Dan Latihan
Industri diatas segala usaha yang telah dicurahkan. Ucapan terima kasih juga kepada
Penyelaras Jabatan Kejuruteraan Mekanikal kerana dengan usaha serta bimbingan
yang telah diberikan melalui beberapa taklimat mengenai LI dan panduan mengisi
buku laporan LI untuk para pelajar telah banyak membantu melancarkan lagi latihan
industri kali ini.
Setinggi-tinggi terima kasih tidak terhingga juga kepada ( nama firma)
kerana sudi menerima dan banyak memberikan kerjasama kepada saya sepanjang
saya menjalani latihan industri di firma tersebut. Kerjasama dari semua pihak ini
telah membantu saya untuk menyiapkan buku laporan ini lebih-lebih lagi kakitangan
syarikat ini yang telah membantu saya dalam memberi dan menerangkan segala
maklumat yang berkaitan untuk diselitkan dalam buku laporan Latihan Industri (LI)
kali ini. Tidak lupa kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberikan
dorongan dari masa ke semasa dan juga banyak membantu saya dari segi kewangan
untuk saya menyiapkan laporan ini. Dengan berkat doa dan usaha mereka,akhirnya
buku ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sekian Terima Kasih.


3
BAB I

PENGENALAN

Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang wajib keatas setiap
pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk dianugerahkan sijil atau
diploma.Setiap pelajar perlu lulus Latihan Industri sebelum dibenarkan
memasuki semester berikutnya.Pelajar yang gagal perlu mengulangi Latihan
Industri.

4
Para pelajar yang mengikuti latihan ini akan didedahkan kepada
keaadaan sebenar alam pekerjaan seterusnyaa dapat mengaitkan teori-teori
yang telah dipelajari ketika kerja-kerja pratikal dijalankan. Ini sekaligus dapat
menambah dan meluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam
bidang teknikal.

5
1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

o Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.


o Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama
pekerja.
o Membolehkan pelajar membandingkan diantara teori yang dipelajari
dengan kerja-kerja praktikal.
o Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
o Meningkatkan semangat jujur,amanah berdedikasi dan
bertanggungjawab.
o Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri.
o Menyediakan satu laporan Latihan In dustri setelah tamat latihan.

Daripada objektif ini dapat dirumuskan bahawa menjalani latihan


industri adalah sangat penting kepada pelajar dalam memberikan pengalaman dan
pengetahuan di alam pekerjaan secara amnya. Dengan adanya latihan industri, maka
pelajar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan di samping dapat memilih corak
pekerjaan yang bakal ditempuhi.

1.12 Pengenalan Latihan Industri

Setiap pelajar yang menuntut di Politeknik Malaysia adalah diwajibkan untuk


menjalani Latihan Industri sebagai satu syarat untuk melayakkan pelajar tersebut
meneruskan pengajian ke semester berikutnya.Latihan Industri ini sebenarnya
mempunyai objektifnya yang tersendiri, antaranya ialah untuk mendedahkan pelajar
kepada alam pekerjaan yang sebenarnya adalah berbeza dari alam pengajian.

Ini dapat memeberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan dan


menambahkan lagi ilmu yang telah dipelajari sewaktu di kampus secara teori serta
untuk melaporkan aktiviti yang telah dilakukan sepanjang berada di industri tersebut.
Selain itu ia juga merupakan rumusan bagi semua laporan yang mengandungi butiran
mengenai organisasi syarikat tersebut serta perkara-perkara yang berkaitan dengan
laporan yang telah di tulis di dalam buku laporan harian. Ianya juga bertujuan untuk
pengetahuan teknikal semasa menjalankan latihan tersebut. Selain itu juga, pelajar
dapat memperkenalkan diri dari segi sikap, kebolehan dan kesanggupan untuk
memikul tanggungjawab yang telah diberikan kepada majikan dengan sempurna.

Semasa menjalani Latihan Industri pelatih juga dapat meluaskan pergaulan


komunikasi dengan masyarakat pekerja industri serta cara yang sesuai untuk
berurusan berhadapan dengan pelanggan supaya pelanggan tersebut dapat
memberikan kepercayaannya kepada sesebuah industri.

Laporan Latihan Industri merupakan salah satu dari perkara yang wajib
dilakukan bagi setiap pelatih yang telah selesai menjalankan Latihan Industri, ini
adalah menunjukkan bahawa bidang tugasan yang dilaksanakan ada perkaitannya
dengan kursus yang dipelajari dan memenuhi objektif laporan.

Kandungan Laporan Industri hendaklah disusun mengikut garis panduan


yang telah ditetapkan oleh Politeknik Kota Kinabalu (PKK). Ianya adalah bertujuan
untuk menyeragamkan semua buku laporan yang telah siap dibuat oleh setiap pelatih
supaya dapat mencapai objektif yang dikehendaki.

Saya telah memilih Telekom Malaysia Berhad ( TMB )sebagai tempat untuk
saya menjalani Latihan Industri. Selain dari faktor kesesuaian kursus yang diambil
ianya juga dipengaruhi oleh faktor kos dan tempat.

11.3 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar


Lulus latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap pelajar
politeknik sebelum di perakukan untuk dianugerahkan sijil atau diploma. Selama
lebih kurang 22 minggu pelajar yang menjalani latihan industri di jabatan kerajaan
atau swasta akan didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari
suasana di politeknik.

Di sini pelajar didedahkan dengan pelbagai peluang yang membolehkan


mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kursus yang diambil
apabila tamat pengajian kelak. Oleh itu, latihan industri ini berperanan supaya para
pelajar dapat mendalam ilmu-ilmu yang telah dipelajari sepanjang tempoh pengajian
di politeknik dan dapat diterapkan ke dalam pekerjaan mereka.

1.1.4 Kepentingan Yang Terkandung Dalam Latihan Industri

o Melalui latihan industri, ia memberi pengalaman yang tidak ternilai


kepada para pelajar dalam mempelajari cara dan bentuk latihan yang
dapat memberi keyakinan kepada pelajar terutamanya apabila berlaku
sebarang kesilapan. Di sini ia dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk memperbetulkan kesilapan dan setiasa beringat serta berhati-hati
daripada melakukan sebarang kesilapan yang berulang.
o Menambahkan ilmu pengetahuanserta pengalaman kepada pelajar
terhadap tugas-tugas yang dilakukan.
o Membantu pelajar dalam mendalami sesuatu cara yang sesuai dalam
mengendalikan tugas-tugas yang diberi.
o Melatih pelajar supaya mempunyai penampilan diri yang menarik dan
kemas.
o Latihan industri ini juga dapat memberikan pelajar maklumat mengenai
syarikat dan cara pengendaliannya secara am.
o Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan kelompok masyarakat di alam
pekerjaan yang sebenarnya.
BAB 11

PERNYATAAN DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN


11.1 Pengenalan

Telekam Malaysia berhad bertekad untuk mempertinkatkan perstasi


keselamatan dan kesihatan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan secara
teratur dan penuh tanggungjawab. Telekom sentiasa berusaha untuk memastikan
semua aktiviti, khidmat dan produk yang dihasilkan dan tidak mendatangkan
sebarang bahaya kepada para pekerja, pelanggan dan orang awam dan juga sesiapa
jua yang terlibat berurusan dengan syarikat. Kami percahaya bahawa sistem
pengerusan kerja yang baik perlu di sepadankan dengan prinsip keselamatandan
kesihatan serta diberi keutamaan yang sewajarnya. Pihak pengerusan, penyelia,
jawatan kuasa keselamatan dan kesihatan dan semua perkerja syarikat akan sama-
sama berusaha mencapai objektif diatas melalui pendekatan berikut :
11.2 Tanggungjawab Pengurusan

i. Setiap ketua bahagian, seksyen dan unit adalah bertanggungjawab


sepenuhnya untuk melaksanakan dasar dan memperuntukan sumber yang
mencukupi bagi mencapai maksud tersebut.
ii. Setiap pengurusan didalam syarikatadalah bertanggungjawab memastikan
bahawa setiap aktiviti dan lokasi kerja dibawah pengawasan selamat dan
tanpa risiko kepada kesihatan.
iii. Menyediakan dan memelihara tahap keselamatan dan kesihatan yang
tertinggi bagi setiap kemudahan, logi, peralatan dan system beserta dengan
kebajikan dan kemudahan pertolongan cemas.
iv. Memberi pengetahuan dan pengetahuan kepada para pekerja tentang risiko
yang dihadapi semasa ditempat kerja, serta menyediakan peralatan
keselamatan dan perlindungan diri yang secukupnya untuk setiap pekerja.
v. Mewujudkan komunikasi berkesan supaya pihak pengurusan danpara
perkerja dapat bekerjasamadalam membentukdan mempromosi langkah-
langkah bagi memastikan keselamatan ditempat kerja.

11.3 Tanggungjawab Pekerja

i. Setiap perkerja bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan diri


sendiri, rakan sekerja dan masyarakat.
ii. Pekerja mestilah mematuhi sebarang arahan atau peraturan keselamatan
dan kesihatan yang diadakan oleh majikan.
iii. Pekerja mestilah bekerjasama dengan semua pihak pengurusan dalam
semua aspek keselamatan dan kesihatan.
iv. Pekerja mestilah memakai dan menggunakan peralatan perlindungan yang
dibekalkan disepanjang waktu bekerja.
11.4 Tujuh Tabiat Selamat

Keselamatan bukanlah sesuatu yang boleh diambil atau ditinggalkan dengan


begitu sahaja, ia bukanlah bukanlah sesuatu aktiviti yang dimanaseseorang
mengambil bahagian hanya apabila dirinya diperatikan atau diawasi. Keselamatan
bukanlah sesuatu poster, slogan, atau peraturan ataupun wayang, mesyuarat,
penyiasatan, dan pemeriksaan. Keselamatan adalah sikap, tabiat dan keadaan minda
( FRAMA OF MIND ) seseorang, ia merupakan kesedaranpada persekitaran dan
tindakan seseorang pada setiap hari dan setiap masa. Telekom Malaysia Berhad
meniti beratkan factor keselamatan kepada majikan, pekerja dan para pelanggan yang
menggunakan kemudahan syarikatnya. Tujuh tabiat ( 7 HABIT ) kearah budaya
kerja selamat ( STRATEGI PENCEGAHAN KEMALANGAN DAN
KECEDERAAN ) iaitu :

SELAMAT
S ikap yang baik - sepanjang masa.
E lakkan kemalangan - jauhi bahaya.
L indungi anggota diri – hargai nyawa sendiri.
A malan budaya kerja selamat dan sihat.
M ematuhi peralatan prosidur kerja selamat.
A wasi bahaya dan berwaspada selalu.
T anpa ilmu pengetahuaan dan latihan, keselamatan ditempat kerja sukar
dihayati.

11.5 Peralatan Perlindung Diri ( Personal Protective Equipment – PPE )

Objektif pemakaian peralatan perlindungan diri ( PPE ) adalah untuk


melindungi pekerja dari risiko kemalangan atau kecederaan dengan mengadakan
serta menghujudkan suatu penghadang atau perlindungan daripada bahaya-
bahayaketika di tempat kerja. Penggunaan peralatan perlindunggan diri bukan suatu
gentian diri untuk kaedah kawalan kejuruteraan dan amalan kerja yang paling baik
atau berkesan tetapi ianya perlulah juga digunakan bagi menjaga keselamatan dan
kesihatan para pekerja.

Manual ini menggariskan keperluan perlindungan untuk mata, muka, kepala,


kaki dan tanggan. Peralatan perlindungan diri ( PPE ) akan dibekal, diguna, dan
diselenggarakan bilamana keperluan dan keggunaannya telah dikenanl pasti dapat
digunakan untuk mengurangkan risiko berlakunya kemalangan atau penyakit akibat
aktiviti yang dijalankan. Peralatan perlindungan diri ( PPE ) akan dibekalkan kepada
pekerja berdasarkan keperluan aktiviti kerja untuk kegunaan peribadi semasa kerja,
seperti yang digariskan dalam dasar penggunaan peralatan perlindungan diri.

11.6 Dasar

Adalah menjadi dasar syarikat untuk menyediakan peralatan perlindungan


diri yang sesuai dan memenuhi piawaian kepada pekerja-pekerja yang menjalankan
aktiviti-aktiviti kerja seperti berikut :
i. Memasuki dan bekerja di dalam ruang terkurung ( Confined Space ).
ii. Bekerja di luar pejabat, seperti di tempat tinggi, di tepi / atas jalan raya
dan kawasan pembinaan.
iii. Sebarang aktiviti kerja yang telah dikenal pasti memerlukan penggunaan
PPE.

11.7 Tanggungjawab

11.7.1 Majikan ( Ketua, Pengurus, Penyelia, Kontraktor)

Pihak pengurusan setempat ( line management ) adalah bertanggungjawab


sepenuhnya terhadap penggunaan dan pemakaian perlindungan diri ( PPE ) para
pekerja di lokasi kerja, ini adalah termasuk :
i. Mengenal pasti dan membekalkan PPE yang bersesuaian kepada para
pekerja.
ii. Memastikan pekerja telah dilatih tentang cara penggunaan, penjagaan dan
pembersihan PPE.
iii. Menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod pengagihan PPE kepada
pekerja dan latihan yang telah dijalankan.
iv. Majikan hendaklah memastikan pemakaian PPE telah dipatuhi segi
penggunaan dan penjaan yang betul engan menjalankan pemeriksaan dan
pemantauan berterusan.
v. Mendapatkan bantuan unit OSH untuk mengenalpasti dan melihat
bahaya-bahaya ( hazards ) di tempat kerja.
vi. Memaklumkan kepada unit OSH sekiranya terdapat bahaya baru atau
sebarang penambahan atau pengurangan terhadap proses kerja.
vii. Memastikan peralata perlindungan diri yang rosak atau tidak berfungsi
digsntiksn seberapa segera.

11.7.2 Pekerja ( Pekerja Telekom Malaysia Dan Kontaktor TMB )

Pengguna / pemakai peralatan perlindungan diri ( PPE ) adalah


bertanggungjawab terhadap keperluan seperti berikut :
i. Menggunakan atau memakai PPE seperti yang diperlukan berdasarkan
arahan atau prosedur kerja.
ii. Menghadiri sasi latihan penggunaan dan penjagaan PPE yang diperlukan.
iii. Menjaga dan menyelenggara PPE sebagai mana diperlukan.
iv. Memaklumkan kepada pemyelia tentang keperluan membaiki atau
menggantikan PPE yang rosak.

11.7.3 Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( UNIT OSA )


Unit OSH adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan, khidmat nasihat
dan tunjuk ajar terhadap perlaksanaan peralatan perlindungan diri ( PPE ) dikalangan
pekerja. Antaranya adalah:
i. Menjalankan aktiviti mengenal pasti dan menilai bahaya yang di tempat
kerja bagi menentukan keperluaan penggunaan PPE.
ii. Memyimpan dan mengemaskini rekod-rekod aktiviti penilaian bahaya,
memberi latihan dan bantuan teknikel kepada majikan tentang cara-
carapenggunaan dan penjagaan PPE yang dibekalkan
iii. Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada majikan, dari segi
pemilihan dan pembelihan PPE.
iv. Membuat penilaian semula dari segi kesesuaian dan keberkesanan PPE
yang sedang digunapakai.
v. Membuat penilaian dan mengemaskini tahap keberkesanan penggunaan
PPE secara keseluruhannya.

11.8 Penilaian Bahaya Dan Pemilihan Peralatan Perlindung Diri

Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 ( OSHA ) menyatakan,


majikan adalah dikehendaki menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi menentukan
keperluan peralatan perlindungan diri ( PPE ) dan membantu dalam pemilihan PPE
yang sesuai untuk setiap aktiviti kerja.
i. Unit OSH dan majikan setempat ( pengurus / penyelia berkenaan ) akan
menjalankan pemeriksaan ditempat kerja untuk mengenalpasti punca-
punca bahaya termasuklah tekanan, penembusan, hentakan, kimia, haba,
habuk, punca elektrik, pengendalian barangan dan ruang terkurung.
ii. Setelah bahaya ditempat kerja dikenalpasti, unit OSH akan menentukan
kesesuaian PPE yang sedia ada ( sedang digunapakai ) dan sekiranya
perlu akan mencadangkan pemilihan PPE baru atau penambahan PPE
bagi memastikan tahap perlindungan pekerja yang lebih baik dari bahaya
aktiviti kerja.
11.8.1 Pengunaan Peralatan Perlindungan Diri PPE

Pencegahan kemalangan dengan kaedah penggunaan\pemakaian peralatan


perlindungan diri ( PPE ) adalah merangkumi semua pihak termasuklah pekerja,
kontraktor, pelawat, pelanggan dan sesiapa sahaja yang berada atau bekerja di lokasi
kerja, atau menjalankan sebarang aktiviti kerja, yang telah dikenalpasti memerlukan
penggunaan PPE.

11.8.2 Perlindungan Mata Dan Muka

i. Setiap pekerja yang berada atau bekerja di lokasi kerja\ menjalankan


aktiviti kerja yang relah dikenalpasti mendatangkan bahaya kepada
mata, dikehendaki memakai pelindung mata sebagai langkah
pencegahan kecederaan mata.
ii. Sebagai langkah perlindungan pekerja, majikan ( ketua, pengurus,
penyelia ) berkenaan hendaklah membekal dan menyediakan cermin
mata keselamatan ( safety glass ) atau goggles yang bersesuaian kepada
pekerja.
iii. Bagi pekerja yang menggunakan kacamata ( prescription glass ),
mereka hendaklah dibekalkan dengan perlindungan mata yang sesuai
iaitu boleh dipakai bersama kacamata.
iv. Perlindungan yang sesuai hendaklah digunakan bilamasa pekerja
terdedah kepada bahaya seperti objek melayang, percikan besi panas,
tumpahan \ percikan asid dan sebagainya.
v. Safety glass atau goggles dan perlindungan muka ( face shield )
hendaklah digunakan bersama semasa menjalankan aktivi kerja
sekiranya terdapat potensi bahaya percikan / tumpahan asid atau bahan
kimia.
vi. Kemudahan mencuci mata semasa kecemasan ( emergency eyewash
facility ) perlu diadakan dilokasi kerja yang telah dikenal pasti terhadap
bahaya percikan bahan \ cecair menghakis ( corrosive materials )

11.8.3 Perlindungan Kepala

i. Topi keselamatan hendaklah dibekalkan kepada setiap pekerja untuk


digunakan semasa berada atau bekerja di lokasi kerja / aktiviti yang
terlalu bahaya dikenalpasti terhadapnya terhadap risiko kepada
kecederaan kepala akibat bahaya tertimpa / tercucuk objek yang jatuh.
ii. Kecederaan kepala biasanya disebabkan oleh objek yang melayang atau
terjatuh, atau terlanggar sesuatu objek. Topi keselamatan mestilah
mampu menahan / menyerap kesan hentakan atau tekanan akibat
tertimpa objek yang jatuh. Ketahanan bahagian luar topi keselamatan
direka / diperbuat sebegitu rupa supaya mampu menahan hentakan dan
bahagian dalam topi terdapat abah-abah ( harness ) yang akan
menahan / menghalang bahagian luar topi dari terkena kepala pemakai.

11.8.4 Perlindungan Kaki

i. Kasut keselamatan adalah diperlukan semasa menjalankan aktiviti kerja


seperti mengendali atau mengangkat objek atau peralatan berat dimana
terhadapnya risiko kepada kecederaan kaki akibat terhempap atau
dihentak oleh objek tersebut. Ciri keselamatan di bahagian depan kasut
( steel-toe cap ) dapat melindungi kaki, terutama jari-jari kaki, dari
bahaya hentakan tersebut.
ii. Ciri keselamatan di bahagian depan kasut dapat memberi perlindungan
kepada kaki pekerja dari risiko kecederaan akibat bahaya dihempap,
digelek oleh jentera mesin atau objek yang bergerak.
iii. Ciri keselamatan di bahagian tapak kasut ( steel plate reinforced
outsole ) dapat memberikan perlindungan kaki dari risiko kecederaan
dari bahaya tercucuk / terpijak objek tajam seperti paku, dawai, skru,
bahan bahaya dan sebagainya.
iv. Tapak kasut keselamatan yang diperbuat dari getah serta ciri-ciri
ketahanan dari minyak dan haba boleh melindungi kaki, terutamanya
tapak kaki, dari bahaya tergelincir dan lecuran atau lelasan kulit akibat
kesan kimia berbahaya.
v. Kasut keselamatan hendaklah dibekalkan kepada setiap pekerja untuk
digunakan semasa berada atau bekerja dilokasi kerja yang telah
dikenalpasti terhadapnya bahaya-bahaya seperti diatas.

11.8.5 Perlindungan Tangan

Kemalangan yang melibatkan kecederaan tangan boleh diklafikasikan


didalam empat kategori iaitu luka, lelasan kulit, lecuran dari haba atau kepanasan dan
kesan / bahaya bahan kimia.
i. Sarung tangan perlulah dipakai semasa mengendali atau memegang
objek yang mempunyai bahagian tepi yang kasar dan tajam, objek yang
terlalu panas atau sejuk. Jenis sarung tangan yang perlu diguna pakai
untuk aktiviti tersebut adalah seperti kulit, sarung tangan untuk
kegunaan kerja kimpalan, sarung tangan berpenebat dan sebagainya.
ii. Aspek perlindungan tangan mesti diutamakan semasa mengendalikan
atau bekerja menggunakan peralatan dan jentera. Pengadang ( guards )
perlulah dipasang pada peralatan dan jentera untuk menghalang tangan
dari tersentuh atau terpegang bahagian jentera yang bergerak.
Kecederaan tangan akibat bersentuhan dengan bahagian yang bergerak
boleh dielakkan dengan mengambil langkah berikut:
# Periksa dan pastikan penghadang dipasang dan digunakan.
# Berhenti atau putuskan bekalan elektrik dan letakkan tanda amaran
pada jentera
Sebelum memulakan kerja pembaikan atau selenggaraan.
# jangan pakai sarung tangan semasa bekerja dibahagian jentera yang
bergerak.
iii. Sarung tangan haruslah diganti secara berkala, bergantung kepada
kekerapan penggunaan dan ketahanannya terhadap bahan atau objek
yang dikendalikan.
iv. Sarung tangan yang bersesuaian harus dibekalkan kepada setiap pekerja
untuk digunakan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti kerja yang telah
dikenalpasti terhadapnya bahaya-bahaya seperti diatas.

11.8.6 Tali Pinggang Keselamatan

i. Tali pinggang keselamatan mestilah dipakai ketika berkerja dikawasan


atau ditempat tinggi yang boleh mengakibatkanseseorang jatuh padajarak
melebihi 10 kaki. Dengan menggunakan tali pinggang dengan betul,
penggunaannya dapat menggurangkan risiko dan mengawal bahaya jatuh.
ii. Apabila berkerja ditempat tinggi, tali mestilah dipendekkan seseberapa
yang boleh dan iikat deangan kukuh.
iii. Tali keselamatan hendaklah diperiksa sebelum digunakan dan dikantikan
sekiranya perlu.
iv. Jangan bergantung penuh dengan tali pinggangkeselamatan sehingga
ianya telah diperiksa dahulu dengan teliti.

11.8.7 Jaket Pemantulan Cahaya

i. Jaket pemantul cahaya adalah jaket yang berfungsi memantul cahaya


supaya ianya lebih jelas dilihat oleh orang awam atau pengguna jalan
raya terhadap pekerja yang sedang bekerja.
ii. Pemakaian jaket pemantul cahaya boleh memberi amaran kepada
pengguna-pengguna jalanraya bahawa terdapatnya pekerja sedang
berada / bekerja dijalan raya.
iii. Jaket pemantul cahaya hendaklah sentiasa dipakai apabila bekerja atau
berada dikawasan jalan raya dimana terdapat bahaya dilanggar
olehkenderaan terutamanya didalam suasana gelap atau malam.
iv. Pemakai jaket tersebut boleh dilihat dengan jelas walaupun dari jarak
yang jauh oleh pengguna jalan raya dan dapat mengurangkan risiko
kemalangan dilanggar oleh kenderaan.
11.9 Pembersihan Dan Penyelenggaraan PPE

i. Setiap perlindungan diri yang digunakan hendaklah sentiasa dibersikan


dan diselenggara dengan baik. Kebersihan PPE adalah penting
terutamanya bagi alat perlindungan mata atau muka dimana kanta
( safty glass lenses ) yang kotor boleh menganggu penglihatan.
ii. PPEhendaklah diperiksa, dibersih dan diselanggara secara
berkalasupaya ianya dapatmemberikan perlindungan kepada pemakai /
pekerjadengan berkesan. PPE tidak seharusnya dikongsi bersama
rakan kerja melainkan setelah ianya telah dibersikan dengan sempurna.
iii. Pembekan dan pembahagian PPE akan dilaksanakan untuk keggunan
pekerja secara individu, sejauh mana yang praktik.
iv. PPE yang telah dicemar ( contaminated ) oleh bahan toksik atau
berbahaya, yang tiadak dapat dinyahcemar ( decontaminated ) atau
dibersihkan, mestilah diputuskan dengan kaedah yang tidak
mendatangkan bahaya kepada pekerja.

11.9.1 Latihan

Setiap pekerja yang perlu menggunakan PPE hendaklah diberi latihan ari segi
cara penggunaan dan penjagaan yang betul, latihan tersebut hendaklah merangkumi
subjek berikut :
i. Bila PPE perlu digunakan.
ii. Apakah jenis PPE yang diperlukan.
iii. Bagaimanakah cara memakai dan menggunakan PPE.
iv. Had-had pengunaan PPE.
v. Kaedah penjagaan, selenggaraan, jangka hayat dan perlupusan PPE.

Program latihan semula atau “ retraining “ henaklah dijalankan berdasarkan


keperluan pekerja.

11.9.2 Penyimpanan Rekod

Majikan mestilah mengadakan dan mengemaskini rekod pengedaran dan


pembahagian PPE, senarai pekerja yang telah dilatih dan tarikh latihan yang
dijalankan. Rekod tersebut adalah penting untuk tujuan pemantauan, pemeriksaan
oleh penguatkuasaan Jabatan K eselamatan an Kesihatan Pekerja ( JKKP atau DOSH
) an penyiasatan sekiranya berlaku sebarang kejadian kemalangan.

Peti Pertolongan Cemas


KESIMPULAN

Setelah menyelesaikan latihan industri selama 22 minggu yang bermula 14 januari 2008

sehingga 13 jun2008 di Unit Saff & Access Sabah Timur dan di RNO, banyak pengalaman

dan pengetahuan yang telah saya perolehi. Pengalaman yang paling berharga bagi diri saya

sendiri adalah apabila saya mengikuti team Pembaikan Kerosakan, di mana saya dapat

merasa kehangatan bekerja di bawah panas matahari yang terik dan melihat sendiri

bagaimana kakitangan-kakitangan TM bertungkus-lumus menyelesaikan kerja-kerja mereka

dengan penuh komited dan bertanggungjawab.

Selain itu banyak teknologi yang dipelajari selama berada di sini. Teknologi ini yang

hanya pernah dipelajari secara teori dan didengar sebelum ini telah dapat dilihat dan

digunakan sendiri. Contohnya teknologi terkini yang berada di syarikat komunikasi ini ialah

produk ADSL (Asymmetry Digital Subscriber Line) yang mempunyai kelajuan secara teori

386 Kbps downloading dan 128 Kpbs uploading. Berbeza dengan Tmnet yang hanya secara

teorinya berkelajuan 56 Kbps.

Akhir sekali latihan industri ini dapat mendisiplinkan seseorang itu dengan

menepati jadual kerja yang telah ditetapkan dengan lebih efisyen. Ini amat penting kerana

buat masa ini penepatan masa (time management) amat penting di titik beratkan di mana-

mana syarikat atau orang perseorangan. Ini secara tidak langsung akan membinasakan
seseorang itu untuk menepati masa turun kerja dan tidak terikut-ikut dengan jadual kuliah

yang banyak masa senggang.

Anda mungkin juga menyukai