Anda di halaman 1dari 47

BAB1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1

Pengenalan Latihan industri

1.1.2

Pendahuluan

Modul T3410 Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementrian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar. Latihan Industri merupakan satu alternatif kepada para pelajar untuk belajar dan memahami cara bekerja dan di samping mendapat pengalaman dalam bidang kursus yang diambil di Politeknik. Menjalani Latihan Industri di AIC Semiconductor Sdn. Bhd. dapat memberi pengalaman yang luas kepada setiap pelajar. 1

Saya didedahkan dengan pelbagai kerja dan dapat belajar tentang pelbagai kerja di syarikat tersebut. Terdapat pelbagai kerja dan aktiviti yang telah dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan semasa Latihan Industri. Selain itu, saya telah diberi tunjuk ajar oleh pekerja syarikat tersebut dengan baik serta suasana yang harmoni. Tambahan lagi, setiap kerja dan aktiviti yang dilakukan mengajar saya membina keyakinan diri dan berdikari serta berdisiplin dalam melakukan tugas. Justeru, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat AIC Semiconductor Sdn. Bhd.

1.1.2

Objektif Latihan Industri

Tujuan utama latihan industri ini ialah menjadikan pelajar seorang pekerja yang berkualiti dengan membina sebanyak mungkin pengalaman bekerja dan membina personaliti mereka sendiri. Ianya juga membolehkan para pelajar berkomunikasi dengan berkesan dan mengamalkan etika serta peraturan kerja dengan baik. Selain itu, latihan industri dapat mendedahkan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan sebenar yang bersesuaian dengan bidang yang mereka ceburi di politeknik.

Latihan Industri juga dapat memupuk sikap berdisiplin kepada para pelajar. Antaranya adalah menepati masa, melaksanakan tugas yang diarahkan dengan baik serta menghormati pekerja-pekerja yang lain. Tambahan lagi, Latihan Industri ini memberi pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar.

Secara amnya, pihak politeknik telah memberi masa lebih kurang 5 bulan atau 1 semester untuk para pelajar menjalani latihan industri dimana-mana syarikat atau kilang. Penempatan para pelajar di sesebuah firma adalah diatas pilihan pelajar sendiri ataupun pihak politeknik yang akan menetapkanya. Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut ;

a. Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah, berkeyakinan dan bertanggungjawab. b. Boleh berkomunikasi dengan berkesan. c. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik. d. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik. e. Menghasilkan laporan latihan industri. f. Mengaplikasikan apa yang diperolehi di tempat latihan semasa kembali ke tempat pengajian kelak. g. Memberi peluang pelajar merasai suasana pekerjaan sebenar. h. Meningkatkan kualiti pelajar. i. j. Melahirkan graduan yang berpengalaman kelak. Membolehkan pelajar mempelajari mutu kerja yang baik semasa di tempat latihan. k. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal sebaliknya. l. Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja di Firma. 3

m. Menilai kebolehan diri sendiri di alam pekerjaan untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan sebenar selepas tamat pengajian. n. Memupuk kesedaran betapa pentingnya ilmu untuk memudahkan kita menghadapi dunia luar dalam pekerjaan. o. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.

1.1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Dalam menjalani Latihan Industri, pelajar dikehendaki menulis Laporan Harian dan Laporan Teknikal. Bagi Laporan Harian, pelajar perlu menulisnya setiap hari agar pelajar dapat memudahkan pelajar membuat rujukan serta memahami setiap kerja yang dilakukan. Ini dapat membentuk pelajar supaya sentiasa menjalankan kerja dengan sempurna dan memahami kerja-kerja yang dijalankan di Syarikat tersebut. Buku laporan harian ini juga dapat memupuk sikap berdisiplin dan menepati masa dalam menulis laporan. Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui setiap pekerjaan yang dilakukan semasa menjalani Latihan Industri di sesebuah Organisasi.

Laporan Teknikal ini perlu dibuat supaya setiap aktiviti yang dilakukan dan dilihat dapat dicatatkan dengan lebih terperinci. Dengan adanya Laporan Teknikal ini, pelajar dapat memberikan gambaran sepenuhnya tentang aktiviti yang dilihat dan dilakukan semasa menjalankan Latihan Industri.

Oleh yang demikian, Laporan Teknikal amat penting kepada pelajar untuk menghasilkan laporan yang terbaik yang berkaitan aktiviti semasa menjalani Latihan Industri.

Secara amnya, ianya boleh diterangkan seperti berikut :

a. Membina personaliti individu. b. Berkomunikasi dengan berkesan. c. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik. d. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan. e. Menghasilkan laporan latihan industri.

1.1.4

Kepentingan Latihan Industri

Latihan industri penting kepada pelajar kerana ia akan mengajar pelajar tentang satu persekitaran yang baru iaitu persekitaran pekerjaan. Dengan latihan industri ini, pelajar dapat membezakan antara suasana pembelajaran dan suasana pekerjaan.

Ia juga penting kepada pelajar supaya pelajar dapat menilai bahawa pentingnya pelajaran di politeknik dengan pekerjaan. Ini kerana banyak perkara yang dipelajari di politeknik telah diaplikasikan dalam menjalani alam pekerjaan.

Selain itu, ia penting supaya pelajar memahami kepentingan disiplin dalam diri setiap individu tidak kira yang bekerja atau yang masih menuntut ilmu. Ini kerana dalam suasana pekerjaan ketetapan masa adalah sangat penting. Sesuatu tugasan akan diberikan tempoh masa yang tertentu dan wajib disiapkan. Sekiranya tugasan itu tidak disiapkan, maka seseorang pekerja itu akan dianggap sebagai pengendala kepada aktiviti syarikat.

Latihan industri ini akan menjadikan pelajar itu lebih amanah, bertanggungjawab, berdedikasi dan berkeyakinan tinggi. Dalam latihan industri, kebanyakan firma akan menerapkan ciri-ciri yang dapat mendidik seseorang pelajar supaya menjadi lebih berani dan tabah menghadapi sesuatu masalah.

Akhir sekali, latihan industri akan menjadikan pelajar itu memiliki sikap hormatmenghormati yang tinggi. Ini kerana di dalam sesebuah badan pekerjaan mempunyai organisasi yang tersendiri dan mempunyai jawatan-jawatan tertentu. Setiap pemegang jawatan itu perlulah disapa dan dihormati dengan baik. Ini akan melatih pelajar untuk hormat kepada sesiapa sahaja unutk menjaga hubungan baik dengan setiap pekerja.

1.2

Latar Belakang Organisasi

1.2.1

Pengenalan Organisasi

AIC Semiconductor Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat AIC Corporation Berhad. Syarikat ini dibuka pada tahun 1997 dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 2 Julai 1998.

Rajah 1.2.1 : AIC Semiconductor Sdn Bhd

1.2.2

Latar Belakang Penubuhan Organisasi

AIC Semiconductor Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat multinasional yang menghasilkan IC (Integrated Circuit). Nama AIC diambil daripada singkatan Assembly Integrated Circuit iaitu pakej litar bersepadu. Syarikat ini terletak di 7

zon perindustrian Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah. AIC mempunyai keluasan 12 ekar dengan keluasan bangunan 188 000 kaki persegi. Terdapat seramai 878 orang pekerja yang bekerja di AIC turut menjalinkan usahasama dengan Negara Korea bagi memasarkan produk-produk yang dihasilkan.

AIC Semiconductor merupakan salah sebuah anak syarikat AIC Corporation Berhad. Selain AIC Semiconductor, terdapat dua buah anak syarikat lain yang bernaung dibawah AIC Corporation Berhad, iaitu AIC Microelectronic Sdn Bhd dan Nucleus Electronics Ltd. Dte. Sejarah AIC bermula dengan perusahan automotif sehinggalah dipelbagaikan kepada semiconductor, plastic, besi, dan teknologi maklumat industri yang diperkenalkan pada tahun 1995 hingga 1998.

Pada 14 Disember 1994, AIC turut tersenarai didalam papan kedua MSEB (second board of the Malaysia Securities Exchange Berhad). Hasil daripada keuntungan syarikat, AIC berjaya merubah kedudukan daripada papan kedua ke papan pertama di MSEB pada bulan Julai 2000.

AIC Technology Sdn Bhd merupakan tempat utama keluaran bahan semiconductor didalam Malaysia. Kerjasama yang dijalankan dengan syarikat Korea iaitu MTN Corporation bermula pada awal tahun 2004. Syarikat ini menghasilkan thin film transistor-liquid crystal display TFT-LCD yang mana produk tersebut digunakan penghasilan televisyen dan skrin komputer.

AIC Semiconductor Sdn Bhd pernah mendapat sijil pengiktirafan ISO 9002 pada bulan Julai 1999, QS9001 pada edisi 1998 pada bulan Disember 2000 dan ISO 14001 pada bulan November 2001. AIC dianugerahkan pengiktirafan ini kerana produk yang dihasilkan telah berjaya melepasi semua ujian kualiti produk. Hal

ini kerana AIC begitu mementingkan kualiti produk yang dihasilkan agar pelanggan berpuas hati terhadap produk yang dipasarkan.

Rajah 1.2.2 (a) : Pencapaian Syarikat

Syarikat AIC Semiconductor telah mencipta logo untuk melambangkan ideniti syarikat. Merujuk pada rajah 1.1.2 (a) menunjukan logo syarikat. Pada logo tersebut terdapat perkataan AIC yang member maksud pakej litar bersepadu (Assembly Integrated Circuit).

Rajah 1.2.2 (b) : Logo Syarikat AIC Semiconductor

1.2.2.1 Maklumat Organisasi

Nama Syarikat Alamat

: AIC Semiconductor Sdn. Bhd. : Lot 26 & 27, Jalan Hi-Tech 4, Kulim Hi-Tech Industrial Park, Phase 1, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.

Pemegang saham AIC

: AIC Corporate Berhad 15% : AIC Technology 79% : Major Customer 6%

Pengiktirafan

: ISO 9002 (July 1999) : QS9000 : 1998 Edition (Dec. 2000) : ISO 14001 (Nov. 2001)

Telefon Fax No Laman Web Bilangan pekerja Keluasan tanah Keluasan Kilang Modal

: 04-4031319 : 04-4031320 : www.aicsemicon.com : 1079 Orang : 12 Ekar : 188, 000 kaki : 50 milion USD

10

Rajah 1.2.2 (c) : Gambarajah Peta Lokasi Firma

11

Rajah 1.2.2 (d) : Gambarajah Pelan Firma 12

1.2.3

Ahli Lembaga Pengarah

Sistem pentadbiran di AIC Semiconductor Sdn Bhd terbahagi kepada empat peringkat iaitu peringkat pertama adalah ketua pengarah (President), peringkat kedua ialah pengurus besar (General Manager) dan ketua pengurusan pejabat, peringkat ketiga adalah pengurus kilang (Factory Manager), pengurus unit perniagaan (Business Unit Manager) dan pegurus pembangunan pembungkusan (Package Development Senior Manager), manakala pada peringkat keempat ialah pengurus pada setiap bahagian di syarikat ini.

Encik C.Y Chong merupakan ketua pengarah (President) di AIC Semiconductor Sdn Bhd. Beliau juga memegang jawatan kedua tertinggi di AIC Corporation iaitu sebagai ketua pengurusan pejabat (Chief Risk / Control Officer) barada pada peringkat kedua didalam system pentadbiran di syarikat ini. Jawatan ini disandang oleh Encik C.Y Chong sebagai pengurus besar, manakala ketua pengurusan pejabat disandang oleh Encik Nazri Said. Terdapat dua orang pengurus yang bekerja dibawah Encik Nazri Said iaitu Encik Azudin sebagai pengurus sumber manusia (Human Resource Manager) dan Encik Murshih Meah sebagai eksekuitif belian barang (Purchasing Senior Executive).

Pengurus kilang di AIC ialah Encik K.E Chee. Jawatan tersebut merupakan peringkat ketiga didalam sistem pentadbiran di syarikat ini. Tanggungjawab pengurus kilang adalah amat berat maka ia dibantu oleh pengurus pada setiap bahagian di syarikat ini. Terdapat Sembilan orang pengurus yang bekerja di bawah pengurus besar, iaitu Encik Azhar sebagai pengurus jurutera (Engineering Senior Manager), Encik Ridzuan Hanafi sebagai pengurus produk (Production Senior Manager), S H Yeo sebagai pengurus bahagian pengujian (Test Senior Manager), K P Tan sebagai pengurus IE dan penyelenggaraan 13

barang (IE and Equipment Maintenance), L K Yong sebagai pengurus kualiti (Quality and Ratability Group Manager), Encik Mohd Radzi Yusof sebagai pengurus perancangan bahan dan perhidmatan IC (Material Planning and Logics IC Manager), Encik L H Gan sebagai pengurus kawalan produk (Production Control Section Manager), Encik Mydin sebagai (Facility Senior Manager), Encik Hajarudin sebagai pengurus IT (IT Manager).

1.2.3.1 Jabatan-Jabatan Di Dalam AIC Semiconductor

AIC Semiconductor Sdn Bhd mempunyai beberapa jabatan utama dalam pengurusannya khusus untuk membantu pentadbiran kilang untuk memastikan segala perancangan kerja-kerja pembuatan sesuatu barang berjalan lancer tanpa sebarang gangguan. Di AIC pengurusannya di ketuai oleh pengarah urusan bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran serta menjadikan organisasi lebih tersusun.

1.2.3.1.1

Jabatan Pengurusan

Jabatan ini berfungsi untuk menguruskan segala hal-hal penting di AICS dan dipertanggungjawabkan untuk melakukan perancangan awal mengenai sesuatu perkara atau urusniaga. Jabatan ini mengawal dan mengarah fungsi pembuatan supaya dapat dicapai mengikut masa dan juga kehendak pelanggan. Selai itu, jabatan berhubung secara langsung atau tidak langsung dengan salah satu lagi jabatan yang juga memainkan peranan penting iaitu Jabatan Sumber Tenaga Manusia khususnya yang berkait rapat dengan cara pengoperaian di dalam kilang dan juga waktu pengoperasian di kawasan pengeluaran.

14

1.2.3.1.2

Jabatan Sumber Tenaga Manusia (HR Department)

Jabatan ini berfungsi untuk mengawal serta menentukan cara operasi di kawasan pengeluaran dan juga waktu operasi bergantung kepada keadaan dan juga kadar permintaan daripada pelanggan. Namun begitu, Jabatan Sumber Tenaga Manusia ini berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan Jabatan Pengurusan dan segala kenyataan yang dibuat oleh Jabatan Sumber Tenaga Manusia ini adalah hasil perbincangan antara dua jabatan ini. Oleh itu, fungsi Jabatan Sumber Manusia adalah seperti jabatan kecil di bawah Jabatan Pengurusan. Di samping mengawal waktu operasi dan cara operasi di kawasan pengeluaran, Jabatan Sumber Tenaga Manusia dipertanggungjawabkan untuk mengawal masalh di kawasan pengeluaran iaitu maklumat seperti hari cuti bagi pekerja di bahagian pengeluaran sama ada cuti umum, cuti tahunan ataupun cuti tanpa gaji yang dibuat dan dipohon oleh pekerja. Di antara tanggungjawab Jabatan Sumber Tenaga Manusia yang lain ialah menguruskan pengambilan pekerja baru yang dipohon oleh pengurus dari kawasan pengeluaran. Segala urusan dan pemilihan pekerja dari segi pengisian boring dan juga memasukan data mengenai pekerja baru adalah tugas pekerja Jabatan Sumber Tenaga Manusia.

15

1.2.3.1.3

Jabatan Kewangan (Finance)

Jabatan ini mengendalikan transaksi dan segala perihal kewangan AICS mengikut aturan dan format yang ditetapkan. Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengendalikan aliran kewangan di AICS samada aliran keluaran ataupun aliran masuk. Jabatan ini juga dipertanggungjawabkan untuk merangka stratergi kewangan yang melibatkan pembelian syarikat-syarikat kecil untuk diambil alih sebagai cawangan kecil yang lain. Jabatan ini mengawal sebarang pengeluaran wang dari akaun AICS yang bertujuan untuk pembangunan dan membaik pulih keadaan di dalam syarikat.

Namun begitu, jabatan ini sering berhubung dengan Jabatan Sumber Tenaga Manusia kerana bertujuan unutk mengetahui tentang status pembayaran gaji pekerja iaitu merupakan salah satu daripada tanggungjawab kewangan untuk menguruskan tentang pembayaran gaji setiap bulan mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia.

Bagi urusan penjualan dan penerimaan kontrak pengeluaran yang melibatkan kewangan samada aliran masuk atau keluar adalah bergantung kepada budi bicara pengurus dari kawasan pengeluaran untuk jabatan kewangan untuk urusan selanjutnya.

16

1.2.3.1.4

Jabatan Pengeluaran (Production Department)

Jabatan pengeluaran bersangkutan dengan operasi utama di AICS iaitu membuat barangan pelanggan sehingga siap kemudian mengeluarkan barangan apabila mendapat tempahan oleh sesuatu syarikat yang merupakan pembeli bagi barangan yang di keluarkan oleh AICS. Jabatan ini memerlukan penggerak bagi sesuatu operasi di AICS dan merupakan jabatan yang paling banyak menggunakan mesin-mesin di setiap jabatan. Selain itu, AICS memerlukan ramai jurutera dan juruteknik bagi memastikan pengoperasian mesin-mesin di jabatan ini tidak terganggu dan tergendala.

Biasanya jabatan ini akan beroperasi 24 jam mengikut jadual dan waktu yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan juga Sumber Tenaga Manusia dan boleh dikatakan kesemua maklumat dan kejadian yang melibatkan pekerja dibahagian ini akan diperhatikan oleh Jabatan Sumber Tenaga Manusia. Oleh itu, segala kekurangan dan masalah dikawasan pengeluaran akan diadukan terus ke Jabatan Sumber Manusia. Kebanyakan pekerja-pekerja di jabatan ini adalah terdiri daripada operatoroperator pengeluaran barangan di bahagian ini. Jabatan ini beroperasi dalam 2 shift dan terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan x, y, x.

(a) Waktu pagi

17

Masa bekerja bermula pada pukul 7 pagi dan kemudian berakhir pada pukul 7 malam.

(b) Waktu malam

Masa bekerja bermula pada pukul 7 malam dan kemudian berakhir pada pukul 7 pagi.

Untuk waktu harian bekerja bagi pekerja dibahagian normal mula bekerja pada pukul 8 pagi dan kemudian berakhir pada pukul 5.30 petang iaitu 8 jam. Justeru itu, untuk pekerja shift waktu bekerja 12 jam ini adalah mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sistemnya 4-2. Sistem ini bermaksud seperti berikut :

(a) Angka 4 adalah waktu bekerja iaitu 4 hari bekerja dalam seminggu ini tidak kira mana-mana shift pun yang beroperasi. (b) Angka 2 adalah waktu cuti bekerja iaitu 2 hari cuti dalam seminggu ini juga tidak mana-mana shift pun yang beroperasi. (c) Contohnya minggu ini shift X dan shift Y bekerja, shift X contohnya bekerja di sebelah pagi manakala disebelah malamnya shift Y bekerja. Oleh itu, shift Z akan bercuti selama 2 hari unutk minggu itu. (d) Bagi pekerja normal waktu bekerja adalah 5 hari seminggu dan bercuti 2 hari seminggu. 18

1.2.3.1.5

Jabatan Penyelenggaraan (Maintenance Department)

AICS terdapat empat jabatan kejuruteraan yang membantu di dalam proses pengeluaran di dalam kilang. Manakala di dalam empat jabatan ini pula terdapat beberapa rangkaian kecil di dalamnya yang juga membantu di dalam masalah yang melibatkan kejuruteraan. Setiap empat jabatan ini tugasnya pembaik pulih peralatan berkaitan mesin, membuat penyelenggaraan pada semua mesin dan lain-lain lagi. Empat jabatan yang di maksudkan adalah jabatan front of line (FOL), end of line (EOL), test dan smart card (S/C).

Setiap jabatan-jabatan ini akan ada seorang ketua iaitu pengurus di mana akan bertanggungjawab ke atas semua pekerja di bawahnya dalam bidang penjagaan mesin di semua jabatan. Selain itu, semua jurutera dan juruteknik hendaklah bertanggungjawab ke atas semua barangan peralatan untuk membaik pulih mesin. Justeru itu, jurutera dan juruteknik haruslah mahir dan cekap menyelesaikan masalah kerosakan pada mesin yang diberitahu oleh operator yang terlibat di dalam bahagian pengeluaran.

19

1.2.3.1.6

Jabatan Pemastian Kualiti (QA)

Jabatan ini bertujuan untuk memastikan segala barangan yang di keluarkan dari kawasan pengeluaran adalah mengikut kaedah dah juga ketetapan kuliti yang dikeluarkan oleh AICS dan juga pelanggan. Untuk jabatan ini juga terdapat beberapa jurutera yang bertanggungjawab untuk memastikan semua hasil kerja pekerja di bahagiannya adalah memuaskan. Jurutera ini juga diperlukan di dalam situasi seperti masalah meluluskan sesuatu barangan keluaran AICS.

1.2.3.1.7

Jabatan Kejuruteraan Industri (IE Department)

Jabatan ini bertanggungjawab dalam proses menyediakan kawasan pengeluaran, bertujuan untuk kemasukan model baru sesuatu barangan. Selain itu, kemasukan barangan baru, jabatan ini bertanggungjawab membuat kawasan pengeluaran baru disebabkan oleh pemindahan kawasan pengeluaran. Di samping bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran line.

20

1.2.4

Aktiviti Organisasi

Produk yang dibangunkan oleh syarikat AIC ialah :

(a) Package Integrated Circuit (Pakej Litar Bersepadu)

Syarikat ini mengeluarkan pakej IC (Integrated Circuit). Prosesnya bermula daripada satu WAFER dalam kuantiti yang besar kemudian melalui proses ]WAFER SAW dan beberapa proses lagi terbentuknya komponen IC yang lengkap dan boleh dipasarkan pakej IC adalah merupakan rangkaian elektronik berintegrasi yang terbungkus dengan kompak. Gambar bahagianbahagian dari sebuah pakej IC konvensional dipaparkan pada gambarajah diatas. Die atau Chip merupakan bahagian utama yang berisi circuit elektronik. Lead frame adalah tempat chip ditempatkan dan sebagai bahan pembentuk kaki (lead) IC. Epoxy melekatkan die pada lead frame dan encapsulating material atau mold compound menutupi die beserta sebahagian besar lead frame sebagai menghubungkan rangkaian pada chip dengan lead. Sedangkan bahagian lain yang tidak selalu adalah die coating iaitu lapisan penutup diatas die.

(b) Lead Frame

Dengan perkembangan teknologi kontruksi dan material, kini IC memiliki berbagai-bagai jenis dan bentuk. Umumnya kepelbagaian IC tersebut adalah dipengaruhi oleh tujuan pengkapsulan (encapsulation) suatu

21

komponen elektronik iaitu untuk melindungi chip dari lingkungan luar (environmental protection) baik secara listrik, kimia, mekanik mahupun termodinamik. Material sebagai molding compound, contohnya B17 dan B8 yang biasa digunakan sebagai package IC terdiri daripada pelbagai campuran bahan kimia iaitu penapis (filter SiO2) yang merupakan bahan utama sebanyak 70%, Epoxyresin, carbon black, hardener, wax flame retardant, coupling agent, catalyst, anti-corrtion additives dan low stress additives.

(c) Jenis-jenis Pakej dan produk yang dikeluarkan.

Rajah 1.2.4 (a) : Dual Flat-Pack No-Lead (DFN)

22

Rajah 1.2.4 (b) : Plastic Dual In-Line Package (PDIP)

Rajah 1.2.4 (c) : Plastic Leaded Chip Carrier (PLCC)

Rajah 1.2.4 (d) : Quad Flat-Pack No-Lead (QFN)

23

Rajah 1.2.4 (e) : Small Outline Integrated Circuit (SOIC)

Rajah 1.2.5 (f) : Thin Small Outline Package (TSOP)

Rajah 1.2.4 (g) : Thin Shrink Small Outline Package (TSSOP)

24

Rajah 1.2.4 (h) : Very Small Outline Package (VSOP)

Rajah 1.2.4 (i) : Leadless Array Package (LAP)

Rajah 1.2.4 (j) : Plastic Ball Grid Array (PBGA)

25

Rajah 1.2.4 (k) : Plastic Ball Grid Array (PBGA MCM)

Rajah 1.2.4 (l) : Smart Card Moudules (SCM)

Rajah 1.2.4 (m) : Pelanggan AIC

26

Rajah 1.2.4 (n) : Produk Yang Dihasilkan

1.2.5

Halatuju Organisasi

Untuk mengekalkan keselamatan dan keharmonian persekitaran pekerja, beberapa peraturan syarikat diperkenalka. Melanggar peraturan perilaku akan menyebabkan tindakan displin diambil termasuklah pemecatan jawatan. Peraturan tersebut adalah seperti berikut :

(a) Membawa senjata di dalam syarikat. (b) Menyimpan atau dibawah pengaruh alcohol di dalam kawasan syarikat. (c) Memindah, mencuri atau dengan sengaja merosakan harta benda syarikat, peralatan pekerja lain atau harta peribadi.

27

(d) Bergaduh termasuk mengancam atau cuba mencederakan ataupun menggunakan bahasa lucah di dalam syarikat. (e) Tidak menurut arahan dengan sengaja dari mereka yang bertanggungjawab memberi arahan atau kerja. (f) Terlibat dengan jenayah berat samada di luar atau di dalam syarikat. (g) Memalsukan maklumat semasa ingin mendapatkan kerja. (h) Gagal memaklumkan kepada penyelia tentang kelewatan ataupun ketidakhadiran dalam masa 3 minit dari waktu mula bekerja. Kegagalan berbuat demikian selama 3 hari bekerja berturut turut akan menyebabkan pemberhentian kerja secara sukarela. (i) Mengedarakan maklumat ataupun bahan-bahan syarikat tanpa kebenaran. (j) Memalsukan maklumat bertulis atau lisan atau mengedarkan kepada pekerja yang tiada kaitan, organisasi lain ataupun individu. (k) Tidur semasa dalam tugas. (l) Meninggalkan tempat kerja tanpa kebenaran. (m) Berkelakuan membahayakan diri sendiri atau orang lain. (n) Memperlahankan kerja ataupun mengganggu aktiviti pekerja lain dengan sengaja ataupun menghasut pekerja lain melakukan perbuatan yang sama. (o) Berkelakuan tidak senonoh dengan pekerja lain yang boleh mencemarkan nama baik syarikat atau perniagaannya. (p) Mengganggu atau mengamalkan diskriminikasi atau pekerja atau bakal pekerja kerana bangsa, agama, jantina, kewarganegaraan, warna kulit, kecacatan atau status veteran. (q) Gagal mematuhi peraturan keselamatan syarikat termasuk kelalaian semasa mengendalikan peralatan atau lain-lain bahan untuk menjalankan

28

kerja aau tindakan persendirian yang membahayakan diri sendiri atau orang lain. (r) Enggan bekerjasama semasa siasatan keselematan dijalankan. (s) Tidak mampu atau gagal melakukan kerja dengan betul.

1.2.5.1 Polisi Alam Sekitar

AIC Semiconductor Sdn. Bhd. adalah pembuat IC yang komited untuk mencegah serta memelihara alam sekitar yang diakibatkan oleh kegiatan aktiviti-aktivitinya melalui :

(a) Mematuhi undang-undang alam sekitar serta lain-lain keperluan seperti keperluan pengguna. (b) Sentiasa memperbaiki prestasi alam sekitar dan pemuliharaan sumber semulajadi serta mempromosi konsep 3R (pengurangan, guna semula dan kitar semula) di dalam pencegahan pencemaran terutamanya yang berkaitan dengan air, udara dan tanah. (c) Pengurusan bahan-bahan kimia dan bahan-bahan buangan merbahaya serta meminimakan kesan buruk kepada alam sekitar melalui pengendalian, pelabelan, pengasingan serta perlupusan.

1.2.5.2 Etika Syarikat

29

Reputasi AICS amat dititikberatkan. Sebagai wakil syarikat adalah penting agar pekerja mengelakan dari berkelakuan yang boleh dianggap sebagai mempunyai konflik percanggahan dengan syarikat. Secara amnya, situasi yang menimbulkan konflik percanggahan dengan termasuk tidak terhad menerima hadiah, wang atau layanan istimewa dari rakan niaga, peralatan atau kemudahan untuk kepentingan peribadi. Sekiranya pekerja tidak pasti samada kelakuan itu melanggar konflik percanggahan, sila rujuk kepada penyelia ataupun Jabatan Sumber Manusia.

1.2.5.3 Misi

Melakukan kerja yang terbaik kepada pelanggan, majikan dan pemegang saham untuk menjadi sebuah syarikat yang disegani di Malaysia berteraskanteknologi canggih.

1.2.5.4 Objektif

(a) Kepuasan pelanggan (b) Hormat-menghormati (c) Kecemerlangan dalam kualiti (d) Lebih kepada rahsia syarikat

1.2.5.5 Polisi Syarikat 30

(a) Menyediakan perhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. (b) Kualiti dan kecanggihan produk kami menjadi asas kejayaan kami. (c) Menjalinkan hubungan baik dengan supplier bagi menjamin kualiti material, servis, peralatan dan harga berpatutan. (d) Proses berpanjangan dan peningkatan kualiti menerusi pekerja mahir dan kerja berkumpulan.

1.2.5.6 Kempen AICS

Bagi memastikan produk yang dihasilkan bermutu dan syarikat dapat memuaskan hati pelanggannya. Syarikat AICS perlulah mengekalkan produk yang dikeluarkan itu bermutu dan memenuhi piawaian atau standard yang kehendaki. Pelbagai system dan kempen telah diperkenalkan untuk diamalkan di AICS kepada semua bahagian. Antara kempen yang paling dititikberatkan ialah kempen 5S, Statistic Process Control (SPC) dan Total Quality Management (TQM). Oleh itu , satu jabatan latihan telah diwujudkan untuk memberi latihan dan maklumat mengenai kempen berkaitan kepada semua peringkat pekerja AIC Semiconductor.

31

Rajah 1.2.5.6 : Kempen 5S

(a) Kempen 5s

Kempen 5S yang dijalankan di syarikat AICS merupakan satu program menyeluruh syarikat yang melibatkan setiap peringkat kakitangannya. Ianya penting bagi mewujudkan imej syarikat yang baik dan perkembangan perniagaannya. Tujuannya diperkenalkan ialah :

a. Untuk meningkatkan produktiviti. b. Untuk memastikan pencapaian kulaliti beterusan. c. Memastikan kos pengeluaran dapat dikurangkan.

32

d. Memastikan penghantaran sebarang material tepat pada masanya (Just In Time). e. Bagi mewujudkan persekitaran yang selamat. f. Meningkatkan moral pekerja dan mewujudkan pesekitaran yang selamat. g. Meningkatkan moral pekerja lebih bertanggungjawab.

(b) Objektif 5s

a. Membangunkan pekerja yang sentiasa membuat penambahbaikan di tempat kerja. b. Membina sifat kerjasama melalui penyertaan semua pekerja. c. Menyediakan pihak pengurusan dan penyelia untuk melakukan kepimpinan melalui tauladan. d. Menyediakan pengetahuan asas untuk melakukan program penambahbaikan produktiviti.

Kempen 5S ini mempunyai 3 matlamat yang amat ditekankan dalam syarikat AICS. Antaranya ialah :

a. Bagaimana cara yang terbaik mengurang kos dan mengelakkan pembaziran.

33

b. Bagaimana mengurangkan kesilapan manusia secara maksimum. (Human mistake). c. Peningkatan Cycle Time.

(c) Kempen 5s yang dilaksanakan

I.

Seiri - (Sort/Sisihan)

a. Mengasingkan barangan yang tidak digunakan lagi di tempat kerja. b. Membezakan barang-barang yang perlu sahaja disimpan dan barang-barang yang tidak perlu akan dibuang di tempat yang disediakan. c. Mengeluarkan semua barangan yang tidak perlu dari tempat kerja. d. Bahan yang bernilai dan boleh dijual perlu dapatkan pembeli dengan harga yang tinggi. e. Barang yang tidak bernilai dan memerlukan kos yang tinggi untuk dimusnahkan perlu mencari alternatif yang lebih murah dan selamat.

II.

Seiton - (Shine/Susun,Set)

34

a. Susun benda dalam keadaan kemas dan teratur agar mudah dicapai. b. Benda yang selalu digunakan hendaklah berada dekat dengan pengguna. c. Benda yang jarang digunakan hendaklah berada dekat dengan pengguna. d. Benda yang jarang digunakan hendaklah diletakkan sedikit jauh daripada pengguna. e. Benda yang langsung tidak digunakan perlulah diletakkan berasingan dengan indikasi.

III.

Seiso (Sweeping/Sapu)

a. Membersihkan tempat kerja masing-masing b. Mengamalkan SEISO 5 10 minit setiap hari. c. Tetapkan pemilik setiap mesin untuk memastikan mesin sentiasa bersih. d. Jalankan pemeriksaan serentak. e. Mengadakan Big Cleaning Day sekali setahun.

35

IV.

Seiketsu (Standardize/Seragam)

a. Mengekalkan keseragaman. b. Melaksanakan Audit 5S oleh pihak pengurusan. c. Pertandingan 5S antara syarikat.

V.

Shitsuke (Strich/Disiplin)

a. Jaga tempat sendiri agar sentiasa bersih dan kemas. b. Bersedia menerima pendapat dan berfikiran positif. c. Daya peningkatan berterusan (Continuos Improvement). d. Sentiasa menepati masa.

a) Pendekatan yang berkesan untuk 5S bagi mencapai :

I. II.

Produktiviti yang tinggi. Qualiti yang berterusan. 36

III. IV. V.

Kos yang berkesan. Persekitaran yang selamat. Moral yang tinggi.

b) Tujuan utama melaksanakan 5S

I. II. III. IV.

Pengurangan kos dan pembaziran. Pengurangan kesalahan tatacara kerja. Peningkatan cycle time menerusi zero rework. Peningkatan moral pekerja dan meningkatkan persekitaran kerja yang sihat.

c) Statistic Process Controller (SPC)

Dalam sebuah yang amat mementingkan kualiti seperti AIC, system SPC diperkenalkan untuk memastikan sesuatu proses dalam keadaan terkawal walaupun ketika keadaan tidak terkawal berdasarkan pengiraan statistic. SPC diperlukan kerana pelanggan sentiasa mahukan produk berkualiti pada setiap masa. Jadi cirri-ciri SPC ialah mempunyai Control Chart dan Attribute Control Chart.

37

d) Productivity Improvement Team (QPIT)

QPIT ialah pasukan gerak kerja yang diwujudkan untuk menjalankan kerjakerja peningkatan dan kemajuan bagi satu-satu proses yang melibatkan produktiviti dan kualiti, dimana ahli-ahlinya terdiri daripada semua peringkat.

e) Visi QPIT

Menerapkan Budaya Kerja Berkualiti yang menyeluruh dengan melibatkan semua pekerja di dalam peningkatan produktiviti dan kualiti dengan mengamalkan kaedah yang bersistematik bagi mewujudkan tenaga pekerja yang berilmu dan bermutu.

i.

Misi QPIT

a. Menggalakkan budaya kualiti terhadap seluruh warga AIC melalui pelbagai aktiviti kesedaran kualiti. b. Setiap pekerja menyumbangkan idea kualiti setiap bulan. c. Mencetuskan keinginan menyumbang idea melalui penglibatan. d. Menilai semua idea dengan serius dalam penilaian. e. Memberi latihan yang sesuai bag menggalakkan pekerja membuat keputusan yang bijak di tempat kerja.

38

f.

Menyediakan satu tenaga kerja yang serba boleh untuk menghadapi cabaran masa depan dalam dan luaran.

g. QPIT menjadi sebuah saluran komunikasi bagi pekerja serta menjadi pusat rujukan dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.

f)

Pengenalan International Standard of Organization (ISO)

ISO merupakan satu siri piawaian antarabangsa untuk pengurusan berkualiti yang diperkenalkan oleh International Standard of Organization. Hal ini adalah untuk memastikan mengekalkan dan memperbaiki kualiti alam sekitar dan bertujuan untuk menyelaraskan piawaian antarabangsa. Selain itu, menyediakan dan mengesyorkan agar organisasi memulakan system kitar semula dan cuba memperbaikinya serta mempertahankannya. Sistem Pengurusan Alam Sekitar dengan efektif bagi melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar. Kepentingan ISO kepad AICS adalah untuk menetapkan keperluan yang paling minima untuk memastikan kecekapan dari satu system kualiti pada masa yang sama ianya akan memaksimakan keuntungan melalui system-sistem kualiti yang dijalankan.

g) Polisi Alam Sekitar AIC Semiconductor Sdn. Bhd.

AIC semiconductor Sdn Bhd, pembuat IC adalah komited untuk mencegah serta memelihara alam sekitar yang boleh mengakibatkan oleh kegiatan aktiviti-aktivitinya melalui :

39

a. Mematuhi undang-undang alam sekitar lain-lain keperluan seperti keperluan pengguna. b. Sentiasa memperbaiki prestasi alam sekitar dan pemuliharaan sumber semulajadi serta mempromosikan konsep 3R (Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula) di dalam pencegahan pencemaran terutamanya yang berkaitan dengan air, udara dan tanah. c. Pengurusan bahan-bahan kimia dan bahan-bahan buangan merbahaya serta meminimakan kesan buruk kepada alam sekitar melalui pengendalian, pelabelan, pengasingan serta pelupusan.

1.2.5.7 Apakah Program Alam Sekitar Di AICS?

Mengurangkan penggunaan elektrik, air dan mengasingkan bahan buangan terjadual dan sampah domestik.

a. b. c. d.

Kesedaran Kitar Semula Penggunaan Kertas. Mengurangkan Penggunaan Nitrogen (N2). Menggunakan Kuasa Tenaga Solar. Meningkatkan ISO 14001.

1.2.5.8 Tujuan Perlukan ISO 141001.

40

a. b. c.

Untuk melindungi alam sekitar dan manusia. Untuk meningkatkan imej syarikat. Untuk meningkatkan daya saingan di dalam perniagaan.

d. e.

Untuk mematuhi undang-undang berkaiatn alam sekitar. Untuk mengurangkan kos dengan penggunaan sumber-sumber

yang lebih berkesan dan pengawasan sisa buangan yang lebih baik. f. Untuk memelihara persekitaran tempat kerja yang baik.

1.2.5.9 Kepuasan pelanggan.

Adalah menjadi satu kepentingan untuk mendapat kepuasan pelanggan dan cara untuk mendapatkannya iaitu :

a) Menepati keperluan pelanggan.

Kualiti adalah asas kepada pengurusan kita. Penghasilan kualiti terhadap pelanggan mestilah dihasilkan setiap aspek yang merangkumi aktiviti pengurusan dan proses. 41

b) Menghasilkan barangan berkualiti tinggi.

Bagi memperolehi sokongan penuh dengan penilaian yang sewajarnya dari kesatuan, barangan dan perkhidmatan mestilah bersesuaian dan tepat dengan cirri reka bentuk serta kos yang dikehendaki oleh pelanggan.

c) Membina kesedaran kualiti.

Aktiviti kualiti mesti desertai kesedaran dan semangat. Oleh itu, setiap pekerja yang mempunyai bakat kebolehan hendaklah melaksanakan dan memajukan bagi mendapat kepercayaansepenuhnya dari pelanggan.

d) Mematuhi kaedah dan piawaian kualiti.

Setiap dari pekerja wajib bersungguh-sungguh mempelajari dan mengikut semua kaedah piawaian yang terkandung dalam sistem kualiti.

i) ii) iii)

Static Electricity berada di mana-mana sahaja. Cas statik tidak boleh kelihatan. Dalam ukuran yang besar cas statik dapat dilihat seperti ini :

42

Rajah 1.2.5.9 Bencana Alam

iv)

Cas E.S.D terhasil dalam dua cara :

Geseran Rangsangan

1.2.5.10

Geseran dan Rangsangan.

Geseran dan rangsangan akan menyebabkan perpindahan cas diantara dua pernukaan sama ada menjadi cara positif atau negative. Contohnya berjalan di atas lantai akan menghasilkan cas sehingga 12000 volt. Apalbila kita menyentuh IC cas statik kecil akan wujud dan akan menyebabkan kerosakan pada IC tersebut. Kesan dari cas static boleh diterangkan seperti berikut :

43

i)

Cas

statik

akan

menyebabkan

kerosakan

pada

cip

IC.

Kuantitinya terlalu kecil dirasa mahupun dilihat. ii) Kerosakan yang disebabkan oleh E.S.D adalah nyata dan merugikan bagi setiap unit IC. iii) Besar cas static yang terhasil atau disimpan di atas permukaan sebahagiannya bergantung pada jenis bahan. iv) Jenis-jenis bahan adalah seperti : a. Conductive / beraliran b. Static dissipative / hapus atau hurai cas c. Unsulative / salut dengan bahan yang menghalang pengaliran cas elektrik.

1.2.6

Carta Orgnisasi AIC Semiconductor Sdn. Bhd. 44

Rajah 1.2.6 (a) : Carta Organisasi

45

Rajah 1.2.6 (b) : Struktur Organisasi

46

Rajah 1.2.6 (c) : Jenis-jenis / cawangan AIC

47

Anda mungkin juga menyukai