Anda di halaman 1dari 12

1.1.

Objektif latihan industri

Tujuan diadakan Latihan Industri ini adalah bagi membolehkan para pelajar menerokai ataupun didedahkan dengan keadaan sebenar alam pekerjaan serta cuba untuk mempraktikkan ilmu serta pelajaran yang telah diperolehi di Politeknik. Para pelajar juga secara langsung akan memperolehi pengetahuan yang tidak dapat diperolehi daripada proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik kerana

sebahagian besar kandungan pembelajaran adalah berbentuk teori di dalam bilik kelas. Sementara itu, pengajaran teori pula amat terhad dibandingkan dengan fenomena dan realiti sebenar alam bidang kejuruteraan. Secara tidak langsung pula, para pelajar akan memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang tidak ternilai harganya. Ini sedikit sebanyak akan membantu para pelajar yang telah memperolehi sijil atau diploma untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti atau mencari dan menempuh alam pekerjaan nanti.

1.1.2

Objektif laporan

Setiap pelajar diwajibkan meyediakan satu laporan latihan industri yang lengkap dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik Sultan Azlan Shah yang berkaitan dengan latihan yang telah diikuti oleh pelajar. Di mana laporan akan diperiksa dan dinilai oleh pensyarah bertugas bagi mencatatkan segala maklumat, data statistik dan segala aktiviti yang dijalankan sepanjang latihan selaras dengan kurikulum Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer). Ia juga merupakan sumber rujukan pada masa akan datang. Hakikatnya laporan ini mempunyai beberapa objektif yang utama iaitu : 2

a) Bukti kepada latihan yang telah diikuti

Laporan yang lengkap, asli dan berkualiti adalah sebagai bukti yang paling sesuai kepada latihan industri yang telah dijalankan.Laporan yang lengkap adalah untuk melihat sejauh mana pelajar dapat mempersembahkan hasil laporan yang bermutu seperti latihan yang dilakukan sepanjang latiahn industri dijalankan. Asli pula bermakna laporan daripada aktiviti yang dilakukan sepanjang latihan industri. Ianya dihasilkan sendiri oleh pelajar merangkumi bidang yang dipelajari. Berkualiti merupakan laporan yang disediakan menepati ciri-ciri yang telah oleh pihak tertentu yang mana ianya dapat menggambarkan perkara penting atau mesej yang ingin disampaikan. Laporan yang baik tidak semestinya ditebali dan dipenuhi dengan lampiran yang sekadar untuk mendapat markah yang baik. Sebaliknya laporan yang berkualiti adalah laporan yang padat dengan isi-isi penting didalamnya.

b) Untuk merekod aktiviti sepanjang latihan industri. Sebagai rujukan kepad pihak-pihak yang berkaitan, maka segala aktiviti yang dilakukan semasa menjalani latihan industri perlu direkodkan. Kerja yang dilakukan semasa latihan tidak akan memberi makna sekiranya tidak direkodkan.

Dengan ini membolehkan pelajar mendapat manfaat dari latihan yang dijalankan. Laporan ini akan menjadi kayu pengukur sejauhmana para pelajar menjalankan tugas yang berkaitan dengan kursus yang diikuti

c) Laporan bermutu dan bekualiti, boleh digunakan dalam temuduga kerjaya. Pada kebiasaannya pelajar akan memperolehi pekerjaan yang baik setelah tamat pengajian apabila keputusan dan kerja yang dijalankan semasa latihan indastri baik dan bermutu. Oleh yang demikian, dengan danya laporan ini dapat membantu menilai sejauh mana kebolehan seseorang pelajar dalam menjalankan sesuatu tugas yang telah dipertanggungjawabkan untuk dinilai dalam temuduga kelak.

1.1.2

Kepentingan latihan industri kepada pelajar

Latihan industri merupakan satu corak latihan luaran pelajar supaya pelajar dapat mengalami suasana alam pekerjaan yang sebenar. Latihan industri ini adalah wajib kepada pelajar Politeknik sebagai syarat memperolehi sijil atau diploma. Dalam bidang khusus mana pun yang diambil semasa kuliah, kepentingan latiham industri ini tidak dapat dipertikaikan kerana ia memberikan satu pendedahan yang luas kepada pelajar dalam pelbagai aspek. Pelajar akan mengalami satu alam baru yang nyata berbeza dengan apa yang dialami semasa berada di Politeknik dimana ia banyak menekankan soal akademik.

Antara kepentingan latihan industri diwajibkan kepada pelajar ialah untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan aspek-aspek praktikal. Segala ilmu yang diperolehi semasa pengajian akan dipraktikkan semasa 4

menjalani latihan industri untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mengetahui serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa ditapak projek. Ini adalah penting kerana ianya boleh menghindari kita daripada terdedah kepada kemalangan di tempat kerja. Dari sudut kerohaniaan pula, pelajar akan didedahkan dengan nilai yang terpuji yang mana seharusnya menjadi amalan pada bila-bila masa sahaja. Sikap ini termasuklah seperti dapat menanam semangat kerja berpasukan dan seterusnya mengamalkan perhubungan yang baik sesama pekerja. Di samping itu juga, latihan industri ini juga sedikit sebanyak menanam sikap bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Segala pengetahuan ini merupakan satu sumber yang amat penting bagi bekalan sebelum mencuburi alam pekerjaan yang sebenar yang lebih realistik dan mencabar pada ketika ini sahajalah pengetahuaan, pengalaman dan kemahiran ini perlu digunakan, Dengan berbekalkan aset ini, semoga ianya memberi kita segala keperluan untuk menjadikan kita lebih matang dan bersedia. 1.1.4 Kebaikan Latihan Industri Kepada Pelajar

Terdapat banyak kebaikan apabila seseorang pelatih menjalankan latihan industri. Antaranya ialah : a) Latihan industri dapat menggambarkan apa yang dipelajari di Politeknik dengan apa yang diamalkan di tempat kerja. b) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar. c) Latihan industri ini dapat memberi pemahaman yang lebih terperinci apa yang dipelajari secara teori atau amali di Politeknik. d) Membiasakan diri pelajar dari segi kesanggupan, kebolehan dan sikap terhadap majikan 5

e) Pelajar juga mendapat kemahiran yang tinggi dan mahir secara amali.Ini kerana di Politeknik yang terdapat di Malaysia amalinya diajar secara terhad. f) Untuk mewujudkan suatu sikap yang bertanggungjawab kepada syarikat serta memanhami sesuatu perkara yang belum diketahui. g) Merupakan latihan awal bagi pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan.

1.2 PROFIL SYARIKAT.

Rajah 1.1 Logo syarikat

Felda Palm Industries (FPI) adalah sebuah syarikat swasta yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kilang Felda. Pada mulanya ia ditubuhkan pada 1 Julai 1975 sebagai sebuah agensi di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Felda Palm Industries Sdn Bhd adalah peneraju utama di dalam Bahagian Perladangan Felda Holdings Bhd dan menopang aktiviti perladangan kumpulan. FPI juga merupakan syarikat salah satu syarikat pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia.

Kilang Sawit Kechau B (KS Kechau B) merupakan salah satu kilang daripada 70 buah kilang yang ada diseluruh Malaysia. Kilang sawit ini ditubuhkan dalam kawasan gugusan Kechau di Kuala Lipis,Pahang. Pembukaan kilang ini adalah pada tahun 1998 yang kini berdiri teguh setelah 12 tahun. Kilang ini diletakan di bawah pengawasan Felda Zon Timur yang dimana ibu pejabatnya terletak di Temerloh,Pahang. Terdapat lebih kurang 100 orang pekerja termasuk pihak pengurusan di dalam kilang ini. Sistem kerja giliran digunakan iaitu pagi dan malam. KS Kechau B ini menghasilkan minyak mentah dan kernel bagi tujuan menghasilkan minyak masak dan barang keperluan lain contohnya sabun. Proses yang dijalankan bermula dari penerimaan buah sawit dan dihantar ke bahagian Greder. Kemudiannya buah akan digred kan bagi memastikan ia adalah buah segar. Buah yang telah melepasi pengredan ia akan diisikan kedalam Loading Ramp dimana ia adalah tempat penyimpanan buah sebelum dimasukan kedalam tong. Buah sawit yang telah dimasukan kedalam tong akan dikukuskan di dalam Steriliser selama satu jam empat puluh lima minit. Di KS Kechau B ini terdapat 4 steriliser dimana satu steriliser boleh dimasukan 11 buah tong dan ianya di panggil satu kitaran.

Setelah buah siap dikukus, buah akan dihantar ke bahagian Capstan dimana operator akan menunggu crane di bahagian Crane Press untuk mengangkatnya masuk kedalam sebuah mesin dipanggil Threaser. Setelah itu, buah akan naik melalui Fruit Elevator kemudiannya masuk kedalam digester di bahagian Press. Turun sahaja dari digester buah akan dimasukan ke dalam mesin bernama press dimana terkanan yang kuat diberikan supaya minyak dapat dikeluarkan. Minyak yang terhasil akan ditapis terlebih dahulu menggunakan Circular Vibrating Screen sebelum dihantar ke kawasan bilik minyak. Di mesin press tersebut akan terhasilnya fiber dan pengeluaran nut. Fiber akan terus dihantar ke Boiler bagi tujuan bahan bakar manakala nut akan dihantar ke bahagian Kernel Plant untuk dipecahkan bagi mendapatkan kernel didalamnya. Kernel akan di proses oleh mesin Hydrocyclone 7

bagi memastikan ianya betul-betul sifar kekotoran.Nut yang telah hancur juga dijadikan bahan bakar. Tandan yang sudah kosong akan dihantar ke rumah abu supaya ianya di bakar dan akan menjadi baja bagi pokok sawit yang ada di ladang.

Minyak mentah yang terhasil dari kilang sebelumnya diproses terlebih dahulu di bilik minyak. Dimana minyak akan di tapis dulu oleh separator bagi mengasingkan air dan batu. Minyak-minyak yang terlepas dari kawasan bilik minyak dan termasuk kedalam kolam inclined akan disedut semula. Setelah minyak dijamin bersih ia akan dihantar ke tangki BST di kawasan Dispetch sebelum lori tanker felda mengambilnya. Begitu juga kernel yang telah siap diproses akan di hantar ke Kernel Bunker sebelum diambil oleh Felda Kernel Product.

Untuk pengetahuan juga, di KS Kechau B ini tidak menggunakan bekalan elektrik dari Tenaga Nasional Bhd tetapi ia menghasilkan tenaga elektrik sendiri dengan menggunkan stim. Semua penggunaan tenaga elektrik bermula dari stesen Boiler dimana ia akan membakar fiber supaya stim dapat dijana. Tenaga akan mula terhasil apabila Genset dan Turbine disegerakan.

Rajah 1.2 Kawasan Loading Ramp

Rajah 1.3 Buah diisikan di dalam tong 9

Rajah 1.4 Genset

Rajah 1.5 Kawasan Senggaraan Elektrik 10

Rajah 1.6 Steriliser.

Rajah 1.7 Boiler 11

Pengurus En. Othman B Zakaria

Pen. Pengurus (Senggaraan) En. Nazri B. Abd. Rahman

Pen.Pengurus (Operasi) En.Hasan B Abduraji

Elektrik En. Zaidi b Abd Rahman En Adnan b Md. Hussien

Mekanikal En Kamaruzaman B Dollah

Penyelia Operasi 1 En Rodzi B Ariffin

Penyelia Operasi 2 En. Nazhar B Nawi

Carta Organisasi Kilang Sawit Kechau B 12

13

Anda mungkin juga menyukai