Anda di halaman 1dari 34

BAB 1

PENDAHULUAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah saya menamatkan latihan
industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta menyediakan laporan
industri saya pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh jabatan saya.

Dalam tempoh masa 3bulan bermula pada 4 Januari 2021 sehingga 4 April 2021, saya
telah menjalankan latihan industri di syarikat PMT SHINKO TURBINE SDN BHD
dalam tempoh saya berada di organisasi ini, saya dapat melalui pengalaman baru dalam
hidup saya terutama di dalam alam pekerjaan. Sewaktu saya berada di organisasi ini saya
dapat mempraktikan apa yang saya belajar secara teori sewaktu di ADTEC Melaka dan
mengenali bahan, kelengkapan dan peralatan yang digunakan dalam latihan industri.

Aspek paling penting dalam mengikuti latihan industri ini ialah, bagi saya dapat memberi
peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu,
ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat membuka minda untuk
memikirkan bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan dan mengenalpasti cara untuk
mengatasi masalah yang timbul seamasa berada di tempat kerja. Ianya juga dapat
membantu kami menambah keyakinan diri terhadap kemampuan kami.

1
Aspek keselamatan pekerja adalah di utamakan ketika berada di dalam kawasan kerja
sebelum menjalankan sesuatu kerja yang di jalankan. Pengunaan peralatan keselamatan
seperti topi keselamatan, sarung tangan dan peralatan khas perlu di pakai dan di gunakan.

Selain itu, latihan industri adalah merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar seperti
kami tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan.
Di dalam latihan industri ianya akan memberi peluang kepada saya untuk mempraktikan
cara berkomunikasi dan mendengar arahan yang diberi oleh pihak penyelia ,pihak atasan
dan rakan sekerja. Ini kerana tingkahlaku dan mendengar arahan adalah salah satu aspek
penting yang di titik beratkan dalam alam pekerjaan.

Secara tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan sikap lebih


berdisiplin,bertanggungjawab, membuat keputusan untuk dan berupaya menguji
keyakinan diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk melahirkan graduan
yang berkualiti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan didalam alam
pekerjaan pada masa akan datang.

1.2 Objektif Latihan Industri

Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana ADTEC perlulah
menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 3bulan
ataupun 6bulan. Latihan industri ini juga merupakansalah satu syarat yang diwajibkan ke
atas setiap pelajar sebelum di anugerahkan sijil atau diploma daripada ADTEC
Kementerian Pengajian Tinggi. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum
diiktirafkan memasuki semester seterusnya. Di antara objektif utama latihan industri ini
wujud adalah :

2
i. Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di ADTEC
dengan aspek-aspek praktikal di kilang atau sebaliknya.
iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik semasa pekerja di
perkilangan tersebut.
iv. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi
semasa latihan industri dijalankan dimasa akan datang.
v. Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas tamat
pengajian tinggi ADTEC Melaka.
vi. Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan
oleh kolej seperti menyediakan buku log ataupun laporan industry

1.3 Objektif Laporan Industri

Apabila tamat latiahan yang dijalankan disebuah industri tersebut itu, maka setiap pelajar
diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang
telah ditetapkan. Oleh itu pihak ADTEC, ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh
manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh
tersebut, laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk
dijalankan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti, ia juga sebagai garis
panduan dan rujukan ketika temuduga kelak.

Laporanyang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah


yang berkesan apabila pelajar kembali semula mendaftar semesta yang berikutnya.
Suatukerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatit atau
dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak.

Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khususnya dari pelajar.
Piawaian ini juga melatih pelajar supaya memenuhi kepada arahan-arahan dan segala
peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah

3
yang memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian serta rujukan
terhadap laporan tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan
dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang kejuruteraan
mekanikal khususnya.Saya berharap buku laporan ini dapat ini dapat manfaat kepada
semua pihak secara langsung atau tidak langsung.

1.4 Kepentingan Latihan Industri

Kepada pelajar latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi
peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran
yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif,
contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada
yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran
dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan
pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik
dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila
pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita
disampaikan ketika belajar. Segala penyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu
menjalani latihan industri akan dijadikan sesuatu pengalaman untuk mematangkan diri
sendiri, Secara tidak langsung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di
dalam alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk
teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk
memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana
secara umum seseorang pekerja amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada. Justeru itu, tidak

4
mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat
pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, input yang diperoleh daripada latihan ini adalah sangat besar.
Pelajar dapat menggunkan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh
latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu,
segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi
pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkat prestasi ketahap yang tinggi
serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan
cemerlang kelak.

5
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI SYARIKAT

2.1 Info Organisasi

PMT Shinko Turbine Sdn Bhd, syarikat usahasama di antara Wah Seong Corporation
Berhad dan Shinkokinzoku Industries Corp. Ltd hanya melancarkan unit turbin stim
berkapasiti 1200 KW yang dipasang di Negara ini.

Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wah Seong Corp, Chan
Cheu Leong berkata, turbin stim Shinko model RB4M dan RB5M itu, dipasang
sepenuhnya di kilang PMT Industries Sdn Bhd di Bukit Kemuning.

Kerjasama strategic dan pemindahan teknologi ini adalah untuk memenuhi peningkatan
permintaan untuk produk, antaranya seperti turbin stim dan dandang serta loji
penghancur kernel untuk industri berasaskan pertanian tempatan dan antarabangsa. Rajah
2.0 : Menunjukkan Sign board kilang PMT

Rajah 2.0: Sign board kilang PMT.


6
Nama syarikat : Kilang PMT Shinko Turbine SDN BHD
Pengurus : Hong Ching Kiang
Alamat : 1929, Jalan Bukit Kemuning
Seksyen 32
40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Jam Operasi : 8.30AM – 6.00PM
No Tel : 03 5122 5522

2.2 Sejarah kilang PMT Shinko Turbine SDN BHD

PMT Group adalah ahli Wah Seong Corporation Berhad dan telah menjadi pemain
terkemuka dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan agro-industri sejak tahun 1983.
PMT telah membina nama untuk dirinya sendiri dalam industri minyak sawit global yang
mengkhususkan diri dalam penyelesaian kejuruteraan untuk loji tenaga biomas dan
proses bilik minyak. PMT juga mengeluarkan pelbagai peralatan dan alat ganti untuk
kilang kelapa sawit.

Shinko telah menjadi prinsip pekerja sejak 1989, dan pada tahun 2013, PMT Industries
Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian usaha sama (JV) dengan Shinko Ind. Ltd. dari
Jepun untuk membentuk syarikat JV baru, PMT Shinko Turbine Sdn Bhd, dalam
berusaha untuk menggabungkan sumber, kepakaran dan kemampuan dalam pembuatan
turbin dan peralatan, alat ganti dan alat ganti lain yang berkaitan. Kemudahan ini
beroperasi sepenuhnya sejak 2014 lengkap dengan kemudahan fabrikasi, pemesinan dan
meletak kenderaan untuk bahagian dan peralatannya. Kerana permintaan yang lebih
tinggi selama bertahun-tahun, pada tahun 2016, dandang berkemas dipasang di dalam
kemudahan untuk menguji turbin stim Shinko untuk memastikan keadaan operasi turbin
yang sempurna sebelum penghantaran. Sebelumnya, semua turbin stim dihantar ke kilang
kelapa sawit untuk ujian yang akan dilakukan.

7
Shinko telah berjaya dalam pembuatan dan pembekalan pam dan turbin ke industri marin
dan am sejak tahun 1938. Dengan menggunakan teknologinya sendiri, Shinko telah
merancang dan mengeluarkan lebih dari 10,000 set turbin stim sejak ia mengembangkan
teknologi pada tahun 1956. Hari ini, Shinko adalah salah satu daripada jenama paling
terkenal di dunia untuk turbin wap terutamanya untuk penggunaan laut. Melalui JV ini,
Shinko juga akan menyediakan pengkalan pembuatan pertama di luar Jepun untuk
meningkatkan kapasiti pembuatannya, mewujudkan jarak dekat dengan pengguna akhir
dan mewujudkan kelebihan daya saing untuk mempromosikan pertumbuhan turbin wap
Shinko yang lebih jauh di sektor tenaga asas dan tenaga boleh diperbaharui.

Selain terlibat terutamanya dalam turbin wap, PMT juga pakar dalam reka bentuk dan
fabrikasi kilang penghancur kernel serta mesin penekan mekanikal untuk biji minyak dan
serat kelapa sawit dan pelbagai alat ganti di bawah jenama PMT-Dong Yuan sejak tahun
2008. Kami kini menjadi Syarikat bersertifikat ISO 9001: 2008 dan beroperasi dari
kemudahan lengkap kami sendiri di Malaysia dan Indonesia, dan kami bangga sebagai
salah satu jenama mesin akhbar yang paling dipercayai yang sinonim dengan kualiti,
ketahanan dan keserbagunaan yang tiada tandingannya.

Untuk mengembangkan lagi rangkaian produk dan untuk memberi tahap kemudahan baru
kepada pelanggan , pekerja bekerjasama dengan Saito Separator Ltd. Japan pada tahun
2013, pengeluar sistem pemisah dan sentrifugal terkemuka di seluruh dunia. Setelah
berkolaborasi dengan Saito selama lebih dari 30 tahun dalam pelbagai Sistem Ventikal
Sentrifugal, hasil bersihnya adalah pengenalan PMT-Saito SID Decanter; canggih, mesin
yang kuat sempurna untuk kapasiti tinggi, pemisahan berterusan minyak, enapcemar dan
pepejal untuk industri kelapa sawit.

PMT mempunyai 5 pejabat operasi di Malaysia dan Indonesia untuk menyokong


pelanggan di seluruh Afrika, Amerika Latin dan Asia Tenggara.

8
2.3 Kilang PMT Shinko Turbine

Pintu masuk kilang PMT Shinko Turbin sebelum melakukan kerja-kerja harian . Sebelum
memasuki kilang hendaklah mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti memeriksa suhu
dan memakai pelitup muka. Semasa berada di tempat kerja pula juga memakai pakaian
keselamatan supaya tidak berlakunya kecederaan. Rajah 2.1 menunjukkan di pintu
hadapan dan Rajah 2.2 menunjukkan di tempat kerja kilang PMT.

Rajah 2.1 : Pintu hadapan kilang PMT

Rajah 2.2 : Tempat kerja.


9
2.4 Latar Belakang Syarikat Kilang PMT Shinko Turbine

Turbin Uap Shinko direka khas, dihasilkan dan diuji di Jepun sejak tahun 1956. Turbin
diterima secara meluas dalam industri kelapa sawit, loji janakuasa, kilang kertas, kilang
gula, kilang baja, industri petrokimia, dan industri marin.

Pada tahun 2013 PMT Industries Sdn Bhd dan Shinko Ind. Ltd. bersama-sama
membentuk PMT Shinko Turbine Sdn Bhd dan mewujudkan kemudahan di Malaysia
untuk pemasangan dan ujian turbin yang mula beroperasi pada tahun 2014. Semua model
Shinko Turbine RB4M dan RB5M dipasang dan diuji di PMT Shinko Turbine
kemudahan di Malaysia.

2.4.1 Mesin RB4M dan RB5M

Mesin RB4M adalah mempunyai bekalan kuasa output maksimum sebanyak 1,200kW.
Selain itu, saiz lubang masuk wap juga adalah 150mm lebih kecil berbanding mesin
RB5M . Berat dan plat asas mesin RB4M ini juga mempunyai 7,000kg. Rajah 2.3
menunjukkan Mesin RB4M.

Rajah 2.3 : Mesin RB4M


10
Mesin RB5M adalah mempunyai bekalan kuasa output maksimum sebanyak 2,000kW.
Selain itu, saiz lubang masuk wap juga adalah 200mm lebih besar dan memerlukan
tenaga yang lebih kuat berbanding mesin RB4M . Berat dan plat asas mesin RB5M ini
juga mempunyai 10,800kg. Rajah 2.4 menunjukkan gambaran Mesin RB5M.

Rajah 2.4 : Mesin RB5M

2.5 Lokasi Tempat Latihan

Peta Google adalah mempunyai pelbagai ciri navigasi dan maklumat peta yang berguna .
Pengguna mungkin menyedari bahawa ia telah menetapkan alamat tempat kerja dan
rumah secara automatik. Penjarakan dari rumah ke tempat kerja ialah 17km dan
mengambil masa 27minit . Rajah 2.5 menunjukkan lokasi kilang PMT berada.

11
Rajah 2.5 : Lokasi kilang PMT.

2.6 Prosedur-prosedur pekerja syarikat

Jadual hari bekerja adalah merupakan masa bekerja yang fleksibel di mana pegawai
diberi fleksibiliti untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang
titetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja seharian. Jadual ini juga
mempunyai waktu rehat yang berbeza . dalam tempoh waktu sehari, waktu rehat
mempunyai 2waktu . Pada setiap hari jumaat pula diadakan solat jumaat bagi pekerja
beragama islam. Jadual 2.6 menunjukkan jadual waktu kerja yang ditetapkan.

HARI 8:00PG 12:35PTG 1:35PTG 3:35PTG 3:35PTG

1:35
PTG/
2:35PTG
(solat
WAKTU 12:35PTG jumaat) 3:35PTG 3:45PTG 6:00PTG
ISNIN WAKTU REHAT WAKTU REHAT WAKTU
KERJA KERJA KERJA
SELASA WAKTU REHAT WAKTU REHAT WAKTU
KERJA KERJA KERJA
12
RABU WAKTU REHAT WAKTU REHAT WAKTU
KERJA KERJA KERJA
KHAMIS WAKTU REHAT WAKTU REHAT WAKTU
KERJA KERJA KERJA
JUMAAT WAKTU REHAT WAKTU REHAT WAKTU
KERJA KERJA KERJA
SABTU CUTI UMUM
AHAD CUTI UMUM

Jadual 2.6: Jadual waktu bekerja.

13
BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Sepanjang menjalani latihan industri selama beberapa minggu, segala aktiviti-aktiviti


yang dijalankan hendaklah dicatat pada Buku Log Latihan Industri. Buku Log itu juga
akan diperiksa oleh penyelia organisasi latihan sebagai bukti bahawa pelajar tersebut
melakukan tugas-tugas yang dicatat dalam jurnal tersebut.

Dalam menjalani latihan industri, banyak perkara baru yang telah didedahkan. Selain
mempraktikkan apa yang dipelajari di PMT Shinko Turbine juga telah didedahkan
dengan polisi dan etika syarikat dan ia perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di
organisasi latihan industri.

Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat
menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu disamping akan
memudahkan proses penyemakan. Hari kerja dalam seminggu tidak semestinya sama
setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti yang ditetapkan oleh pihak syarikat.

Ketika menjalani latihan industri di institut ini, para pelajar pratikal telah ditempatkan
dimana skopnya adalah saling bantu-membantu mengikut pemasangan mesin yang
ditetapkan. Selain itu, ditempatkan bahagian sektor yang lain untuk diberi pendedahan
dalam syarikat. Disamping itu, menjalani latihan industri di institut ini, waktu bekerja

14
ialah dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang, hari bekerja ialah dari hari Isnin
hingga Jumaat.
Ringkasan laporan mingguan ini disediakan bertujuan untuk melihat hasil kerja yang
telah dilakukan sepanjang menjalani latihan industri di PMT Shinko Turbinelatihan
industri ini merupakan satu peluang untuk mempelajari secara langsung proses-proses
kerja yang telah dilakukan.

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Minggu 1
(04/01/2021 – 08/01/2021)
i Mula lapor diri di office PMT Shinko Turbine.
ii Berkenalan dengan pekerja-pekerja di tempat kerja PMT.
iii Dengar taklimat daripada pengurus PMT.
iv Mengenali ruang tempat kerja.
v Mengambil pakaian-pakaian seperti kemeja, seluar, safety helmet ,safety
boot, dan safety glasses.
vi Memulakan kerja mengosok, mengecat, membersihkan pada bahagian
turbine.
vii Memasang orifice pada gearbox.
viii Memasang oil guard pada gearbox dengan di pasang mengikut nombor .
ix Mempelajari tentang Angular dan Paraller.
x Menebuk lubang kecil pada gearbox.
xi Mempelajari cara pemasangan bahagian-bahgian govenen valve.

Minggu 2
(11/01/2021 – 15/01/2021)
i. Punch Card di hadapan pintu masuk pegawai keselamatan.
ii. Membuat senaman pagi di tempat kerja.
iii. Memasang bahgian-bahagian govenen valve.
iv. Memasang skru ilengki di mesin RB4M.
15
v. Senaraikan kerja-kerja harian pada buku log.

Minggu 3 – Minggu 9
(18/01/2021 – 05/03/2021)
- Majikan telah membuat keputusan untuk pelajar prektikal cuti sepanjang PKP
2.0

Minggu 10
(09/03/2021 – 12/03/2021)
i Punch Card di hadapan pintu masuk pegawai keselamatan.
ii Membuat senaman pagi di tempat kerja.
iii Memulakan kerja mengosok, mengecat, dan membersihkan pada turbine.
iv Memasang Orifice pada gearbox.
v Membuat kunci (mengetuk) pada Oriface yang berada di gearbox.
vi 2 bearing metal di pasang mengikut nombor pada gearbox
vii Mengetatkan skru pada gearbox.
viii Memasang nozzle block dan steam chest pada gearbox.

Minggu 11
(15/03/2021 – 19/03/2021)
i Punch Card di hadapan pintu masuk pegawai keselamatan.
ii Membuat senaman pagi di tempat kerja.
iii Memulakan kerja mengosok, mencuci, membersihkan pada steam chest.
iv Mempelajari cara pemasangan semula mesin RB4M dan RB5M.
v Memasang 2 bearing metal di bahagian gearbox dengan mengunakan
tukul getah.
vi Memasang steam chest dan nozzle block.
vii Memasang oil guard di gearbox dengan menggunakan gam.
viii Memasang bull gear atas permukaan tapak pada gearbox.

16
Minggu 12
(22/03/2021 – 26/03/2021)
i. Punch card di hadapan pintu masuk pegawai keselamatan.
ii. Membuat senaman pagi di tempat kerja.
iii. Memulakan kerja mengosok, mencuci, mengecat dan membersihkan pada
gearbox.
iv. Memasang orifice di gearbox.
v. Membersihkan comment bed.
vi. Mengosok bahagian komponen-komponen RB5M.
vii. Memasang tapak tambahan iaitu steam injector pada steam chest.
viii. Senaraikan kerja-kerja harian pada buku log.

Minggu 13
(29/03/2021 – 02/04/2021)
i. Punch Card di hadapan pintu masuk pegawai keselamatan.
ii. Membuat senaman pagi di tempat kerja.
iii. Membuka bungkusan-bungkusan komponen turbine yang telah diaturkan.
iv. Mengosok bahagian steam chest dan gearbox RB4M.
v. Membakar cupling dalam masa 35minit.
vi. Memulakan kerja mengosok, mencuci dan membersihkan pada gearbox.
vii. Membuat aligment antara di pemukaan kedua belah cupling.
viii. Membersihkan habuk-habuk besi pada comment bed.

Minggu 14
(05/04/2021 – 09/04/2021)
i Punch card di hadapan pintu masuk pegawai keselamatan.
ii Membuat senaman pagi di tempat kerja.
iii Memulakan kerja mencuci dan mengecat pada gearbox RB5M.
iv Memasang orifice pada gearbox.
v Membakar kedua-dua belah cupling dengan menggunakan gas pembakar.
vi Memasang gearbox di atas permukaan comment bed.
vii Memasang Bull thrust dan bull gear.

17
viii Memasang steam injector serta tapak tambahan untuk RB5M.
ix Pengambilan sijil anugerah pada pengurus kilang PMT.
x Memulangkan pakaian-pakaian keselamatan yg telah digunakan.

18
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan bahagian kerja yang dilakukan dan di pelajari sepanjang menjalani
latihan industri. Semasa menjalani latihan industri saya ditempatkan di bahagian
mekanikal yang dimana bahagian ini adalah salah satu bahagian penting iaitu tulang
belakang kepada kilang kerana sebarang masalah dan kerosakkan memerlukan khidmat
pekerja mekanikal untuk selesaikan sebagai contoh dalam pemeriksaan mesin,
pembaikkan dan kerja penyelenggaraan. Semasa menjalani latihan saya sentiasa
mengambil bahagian dalam kerja yang dilakukan oleh petugas dan mempelajarinya.
Saya juga mempelajari untul mengenal peralatan yang digunakandalam kilang. Selain
itu, dalam bab ini saya akan menerangkan kerja yang dilakukan berserta gambar rajah
yang akan dibentangkan dalam bab ini.

4.2 Sebelum Menjalani Aktiviti

i Sentiasa menggunakan alat perlindungan keselamatan diri yang bersesuaian


dengan tugas dan tegaskan penggunaannya .
ii Alat perlindungan keselamatan diri hendaklah dipelihara selalu ganti alat
perlindungan keselamatan diri yang sudah rosak.
iii Memastikan alat mesin yang digunakan berfungsi dengan baik semasa bekerja
dan tidak berlakunya masalah kerosakkan.
iv Jika boleh, hindarkan punca bahaya di tempat kerja, alat perlindungan
keselamatan diri hanyalah digunakan jika punca bahaya tersebut tidak dapat
dikawal.
19
4.3 Semasa Menjalani Aktiviti

i Setiap mesin hendaklah dipasang dengan teliti supaya mesin dapat berfungsi
dengan baik dan berjalan dengan lancar.
ii Pemasangan setiap skru haruslah dipasang dengan ketat dan tidak longgar pada
setiap bahagian-bahagian turbin yang dipasang.
iii Menggunakan alat pengiraan bacaan sudut dengan betul supaya mudah
digunakan semasa menjalani aktiviti pengiraan sudut setiap mesin.

4.4 Selepas Menjalani Aktiviti

i Hasil mesin turbin berfungsi dengan baik dan tidak berlakunya masalah dari segi
pemasangan.
ii Komponen-Komponen suiz elektrik dapat berfungsi .

4.5 Loji Kuasa Stim

4.5.1 Kegunaan Stim Dalam Industri

Loji kuasa stim adalah menggunakan stim sebagai medium untuk menjanakan kuasa dan
menukarkan tenaga kinetic kepada tenaga mekanikal.Tenaga dari stim akan ditukarkan
kepada tenaga mekanikal oleh turbin dan turbin akan memacukan penjana untuk
menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik.Komponen asas yang terdapat
dalam loji kuasa stim;

i. Turbin Stim (Steam Turbine)


Menghasilkan punca putaran bagi melakukan sesuatu kerja. Turbin ini
berputar dengan bantuan stim yang diterima dari dandang dalam bentuk
tekanan dan halaju yang tinggi mengikut jenis turbin. Taburan tekanan
dan halaju ini adalah dikawal dengan menggunakan muncung (nozzle)
yang berasingan atau bilah tetap mengikut pembinaanya.

20
4.6 Cara-cara pemasangan mesin RB4M dan RB5M.

i Membersihkan Common bed dan memasang skru disetiap tapak. Common bed di
letak atas permukaan yang rata dan bersih. Rajah 4.1 menunjukkan Common bed
yang telah dibersihkan.

Rajah 4.1 : Common bed

ii Pembakaran Couplinghub untuk di pasang di Bull Gear dan Alternator.


Pembakaran mengambil masa dalam masa dalam 2jam. Rajah 4.2 menunjukkan
cara pembakaran Coupling hub.

21
Rajah 4.2: Coupling hub.

iii Altenator dan Gearbox dipasang atas tapak permukaan Common bed. Rajah 4.3
menunjukkan cara pemasangan Alternator dan Gearbox.

Rajah 4.3: Alternator dan Gearbox.

iv Pemasangan Oil guard, Steam guard, Bearing metal dan Orifice padaGearbox
sebelum diletakkan atas permukaan Comment bed.Menggunakan gam Shellac,
Loctite, Threebond dan White seal tape. Rajah 4.4 menunjukkan cara
pemasangan komponen-komponen pada gearbox.

22
Rajah 4.4: Komponen-komponen gearbox.

v Meletakkan Bull gear di atas kedudukan pada Gearbox. Rajah 4.5 Menunjukkan
pemasangan Bull gear .

Rajah 4.5: Bull gear.

vi Pemasangan Steam ejector dan Steam chest .Tidak perlu memasang paip
tambahanpada mesin RB4M . Mesin RB5M perlu di pasang . Kemudian Steam
chestdipasang pada Gearbox. Kemudian membuat pemusingan Dummy shaft
pada Gearbox. Rajah 4.6 menunjukkan cara pemasangan Steam chest dan Steam
ejector.

Rajah 4.6: Steam chest dan Steam Ejector.

23
vii Pemasangan Nozzle block dan Stationary blade menggikut kedudukkan yang
tepat. Rajah 4.7 menunjukkan cara pemasanga Nozzle block dan stationary
blade.

Rajah4.7: Nozzle Block dan Stationary blade.

viii Pemasangan Oil guard, Steam guard, Bearing metal dan Labyrinth packing
dipasang atas permukaan tapak Roto wheel di atas gearbox. Menggunakan gam
Shellac dan Threebond.
ix Kemudian memasang Rotor wheel. Rajah 4.8 menunjukkan cara pemasangan
bahagian Rotor wheel.

24
Rajah 4.8: Rotor wheel.

x Memasang 4 Thrush metal pada setiap kedudukan . Kedudukan ialah mengikut


antara ikut jam ataupun lawan jam . Thrush metal terbahagi dua jenis iaitu
bersaiz besar dan kecil. Rajah 4.9 menunjukkan cara pemasangan Thrust bearing
.

Rajah 4.9: Pemasangan Thrush metal.

xi Memeriksa pada bahagian sudut Bull gear dan Rotor wheel supaya dapat
. menstabilkan mesin . Bahagian-bahagian sudut untuk diperiksa adalah :

i Liner
ii Rotor clearance
iii Rotor thrust
iv Bull thrust
v Labyrinth packing
vi Steam guard 1
vii Oil guard 1
viii Oil gruard 2
ix Following gear
x Nozzle bole
xi Rotor bach lash

25
xii Memasang 2 Hand nozzle valve pada 2 tapak lubang di Steam chest. Rajah
. 4.10 menunjukkan cara pemasangan Hanf nozzle valve pada steam chest.

Rajah 4.10: Hand nozzle valve

xiii Memasang Oil pum, Lingkage, Govenen laver, UG, Servo dan Govenen vave
. pada setiap mesin. Rajah 4.11 menunjukkan pemasangan komponen UG.

Rajah 4.11: Komponen UG.

26
xiv Cara-cara menstabilkan antara alternator dan Gearbox pada atas permukaan
. comment bed:
i Membuat penjajaran pada kedua belah tapak permukaan Cupling .
ii Menggunakan kaedah Anggular dan Paraller .
iii Menggunakan Hime untuk tapak ketinggian Alternator .
iv MenggunakanDial gauge dan Inside micrometer untuk mengukur sekeliling
Cupling. Rajah 4.12 menunjukkan cara pengiraan sudut antara alternator dan
gearbox.

Rajah 4.12: Alternator dan gearbox.

xvi Memasang cover Steam chest dan Cover Gearbox pada mesin serta
. dipasang Oil guard, Bearing metal. Rajah 4.13 menunjukkan cara
. pemasangan cover steam dan cover Gearbox

Rajah 4.13 : Pemasangan cover Steam chest dan cover gearbox.

27
BAB 5

KOMEN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Secara keeseluruhanya, selama tiga bulan pelajar menjalani Latihan Industri di


PMT Shinko Turbine Sdn Bhd bermula 04 Januari 2021 sehingga 09 april 2021.
Masa yang berlalu dipenuhi dengan pelbagai pengalaman, kenangan dan
kemahiran tidak ternilai kepada pelajar khususnya semasa menjalani Latihan
Industri. Setiap peluang yang diberi oleh pihak syarikat perlu direbut dan
dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk mendedahkan pelajar kepada
persekitaran kerja yang betul. Namun, jika peluang ini dilepaskan begitu sahaja
oleh pelajar maka Latihan Industri ini akan merugikan masa dan tenaga pelajar
dalam mempelajari ilmu baharu. Oleh sebab itu, masa yang diperuntukkan mesti
diisi dengan pelbagai pengalamandan kemahiran bagi meningkatkan prestosi
pelajar standing dengan tenaga mahir.

Sepanjang menjalani Latihan Industri di PMT Shinko Turbine Sdn Bhd, pelajar
telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dari segi teori dan amali. Selain itu,
pelajar juga berpeluang melakukan kerja-kerja yang kerap dilakukan oleh pekerja
dikilang seperti membuat 5S, membuat audit,membuat packing dan sebagainya.
Semasa melakukan kerja-kerja tersebut terdapat beberapa perkara yang menjadi
isu kepada pekerja yang mana perlu diperbaiki atau menjalani proses penambah
baikan pada masa akan datang. Bab ini akan menerangkan beberapa komen dan
cadangan berdasarkan hasil pendedahan daripada Latihan Industri yang
28
dijalankan. Tujuan utama komen dan cadangan ini bukanlah untuk mendedahkan
kelemahan dan keburukan syarikat tetapi memperbaiki segala kekurangan dan
meningkatkan tahap prestasi syarikat.

5.2 Komen

Komen yang di buat adalah berdasarkan pemerhatian pelajar semasa menjalani Latihan

Industri di PMT Shinko Turbine Sdn Bhd selama tempoh tiga bulan. Setiap komen yang

diketengahkan adalah untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan untuk

kebaikan bersama. Walau bagaimanapun, syarikat ini merupakan salah satu syarikat

yang maju dalam organisasi dan mempunyai prestasi yang cemerlang di antara yang lain.

Sistem kerja yang telah dipertanggungjawab atau dilaksana oleh pihak pengurusan amat

sistematik dan berpotensi tinggi kearah mencapai visi dan misi syarikat. Oleh sebab itu,

komen yang di berikan adalah positif dan berunsurkan arah kemajuan syarikat dimasa

akan dating.

Antarakomenberkaitan adalahsepertiberikut:

i. Peralatan yang disediakan oleh majikan berfungsi dengan baik


dimana peralatan yang melibatkan mesin pengeluaran seperti
mesin gerudi .
ii. Sikap segelintir pekerja yang mementingkan ciri-ciri
keselamatan semasa melakukan kerja-kerja di stesen tertentu.
Contohnya, pekerja sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan
oleh pihak syarikat.
iii. Barang kegunaan harian mencukupi dan projek dapat disiapkan
pada masayang ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat bagi
memenuhi permintaan pelangan.

29
iv. Pihak PMT Shinko Turbine Sdn Bhd Shah alam menyediakan
satu pelan lantai yang baru dan susun atur bengkel atau syarikat
yang lebih efektifdan kondusif. Pelan lantai yang direka
mengandungi tempat kerja yang sesui, selesa dan selamat untuk
menjalankan kerja-kerja pengeluaran kotak.
v. Selain itu, tempat penyimpanan kotak untuk komponen plastic
dan peralatan yang akan digunakkan dalam proses pengeluaran
disediakan oleh syarikat. Hood frame dan mesin yang sudah
siap tersusun dengan baik dan kemas. Malahan laluan keluar
masuk bengkel selamat untuk dilalui dan digunakan sekiranya
berlaku sebarang kemalangan atau bahaya yang mungkin boleh
berlaku.

5.3 Cadangan

Cadangan adalah salah satu langkah untuk proses penambahbaikan ke arah


kemajuan malahan menjadi satup anduan untuk pihak pengurusan pada masa
akan datang. Dalam sub topik ini, cadangan yang diberikan adalah untuk
merangka kerja-kerja penyelenggaraan di kilang untuk kebaikan bersama dalam
meningkatkan prestasi kilang. Idea cadangan ini mungkin boleh digunakan oleh
pihak pengurusan untuk proses penambahbaikan kilang pada masa akan datang
berdasarkan kesesuaian kerja. Proses kerja yang perlu dilakukan adalah
bergantung pada ketetapan kaedah penyelesaian bagi setiap masalah kerja
tersebut. Namun, sewajarnya cadangan ini tidaklah merugikan syarikat akan
tetapi member kesan positif kepada syarikat khususnya.

Antara cadangan yang dapat diketengahkan adalah seperti dibawah:

i. Kelengkapan peralatan dan bahan kerja bagi memudahkan


kerja-kerja selenggaraan dilakukan mengikut masa yang

30
telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
ii. Melakukan pemeriksaan berjadual pada peralatan bagi
memastikan tahap keselamatan bahan kerja adalah baik dan
tidak membahayakan pekerja.
iii. Mengadakan satu kelas khas cara pengendalian mesin kepada
pekerja dalaman dan kontraktor supaya pekerja dapat
mengendali mesin dengan selamat dan dengan cara ini juga akan
mengurangkan berlakunya kemalangan yang tidak diinginkan.
iv. Menambah satu kantin bersesuaian dengan bilangan pekerja
yang sedia ada supaya pekerja dapat makan dan rehat dengan
selesa semasa waktu rehat.
v. Menambah satu tandas dan tempat solat yang lebih baik seperti
menjauhkanantara lelaki dan perempuan. Bagi pekerja muslim
ia dapat melindungi aurat daripada terdedah dengan lebih
mudah.

Untuk menjadikan syarikat sebagai salah suatutempat kerja yang kondusif


serta selamat, pihak PMT Shinko Turbine Sdn Bhd hendaklah sentiasa peka.
Untuk menjadikan syarikat sebagai salah suatutempat kerja yang kondusif
serta selamat, pihak PMT Shinko TurbineSdn Bhd hendaklah sentiasa peka.
Dengan keadaan situasi bengkel atau syarikat dan sentiasa mengenal past
ilangkah-langkah yang terbaik dalam penggunaan ruang syarikat atau bengkel.
Rumusan komen dancadangan yang dibuat adalah bertujuan untuk proses
penambahbaikan pada masa akan datang bagi memperbaiki segala kekurangan
dan kelemahan yang ada. Dengan adanya komen dan cadangan ini, pihak
majikan boleh menilai dan mengkaji semula beberapa perkara yang mungkin
memberi kebaikan bersama pada masa akan datang. Namun, tiada halangan
bagi pihak majikan untuk menolak dan mendendahkan komen dan cadangan
ini. Harapan dan tanggungjawab pelajar adalah untuk mempelajari perkara
yang bermanfaat dan mengikuti segalaperaturan-peraturan.pihak.majikan.

31
BAB 6

KESIMPULAN

6.1 Kesimpulan

Sebagai seorang hanba Allah S.W.T yang wujud di muka bumi ini, pasti mempunyai
kelebihan yang dan kekurangannya yang tersendiri. Oleh itu pekerja tidak seharusnya
meninggi diri akan kelebihan yang diperolehi dan tidak berputus asa akan
kekurangan yang ada pada diri. Sebagai manusia tidak salah untuk kita sentiasa
bernasihat-nasihat dan memperingati antara satu sama lain. Ini kerana semua ini
adalah untuk kebaikan dan kemantapan individu itu sendiri. Dan seterusnya akan
Berjaya mengetahui sesebuah syarikat itu dengan lebih mantap lagi. Apa yang
diharapkan adalah semua yang terlibat sacara langsung atau tidak langsung dengan
program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari kelemahan kepada kelebihan
begitu juga dengan dari.

Sekali lagi sebagai hamba Allah S.W.T yang biasa ingin menyusun sepuluh jari
memohon maaf dan keampunan terutama sekali kepada pihak PMT sekiranya telah
melakukan kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan tidak disenangi oleh pihak
tuan. Tetapi jauh dihati, ingin sekali untuk memberikan khidmat bakti di kilang
PMT Shinko Turbine ini kerana bagi pelajar bekerja selama 3 bulan saya menjalani
latihan industri disini, seolah-olah sudah mempunyai saudara baru. Kemesraan,
keprihatinan, dan segala pengalaman yang diperolehi disini tentu sekali tidak dapat
saya nilai dengan wang ringgit. Tinggi harapan pelajar supaya pihak kilang PMT
Shinko Turbine sentiasa menerima kehadiran dengan tangan yang terbuka apabila
terdetik dihati untuk bekerjaya di kilang ini.

32
Selama 13 minggu latihan industri yang telah berlalu banyak perkara yang telah di
pelajari dan mendedahkan kepada situasi dan cara bekerja yang sebenar. Saya dapat
banyak kelainan yang dirasai jika dibandingkan dengan pembelajaran di ADTEC
Melaka. Syarikat dimana pelajar menjalani latihan iaitu Kilang PMT Shinko Turbine
Sdn Bhd telah memberikan pengalaman baru.

Disini latiahan industri mendapat banyak kemahiran dan mempelajari sesuatu yang
amat berguna dan berkaitan dengan kursus Teknologi Mekatronik. Kemahiran ini
benar-benar memberikan motivasi kepada pekerja untuk menamatkan pengajian
timggi di semester akhir dengan jayanya dan seterusnya melangkah kealam pekerjaan
yang sebenar.

Program latihan ini juga membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan pergaulan
antara rakan-rakan sekerja. Ia banyak mengajar pelajar agar lebih menitik beratkan
hal-hal hubungan social tidak kira dengan pihak atasan mahupun pekerja am. Namun
demikian sifat ingin tahu juga amat penting bagi membolehkan mengumpul
seberapa pengalaman dan pengetahuan. Tahap keyakinan seorang pelajar juga ada
bertambah dan kini membuatkan pelajar lebih bersedia untuk menempuh alam
pekerjaan yang sebenar.

33
RUJUKAN

1 https://www.machineshub.com/listing/steam-turbine/
2 https://www.shinkohir.co.jp
3 http://www.pmt-grp.com
4 https://youtu.be/eZbky77vhgo
5 https://youtu.be/zUB2EodWmf0

34

Anda mungkin juga menyukai