Anda di halaman 1dari 13

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri merupakan komponen utama dalam kurikulum pembelajaran


di politeknik. Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri dan disyaratkan lulus
latihan sebelum diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma Politeknik
KPT. Dalam latihan industri, pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma
swasta selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana
pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik. Sepanjang
semasa pelajar menjalani latihan industri ini, pelajar akan berhadapan dengan
pelbagai cabaran dan masalah yang belum ditempuhi. Oleh itu, pelajar perlu
menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk meneruskan menjalani latihan
industri ini sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan.

Pada peringkat Diploma, pelajar diwajibkan menjalani latihan industri pada


semester keempat. Ia bertujuan untuk mendedahkan para pelajar menjalani Latihan
Industri di firma atau syarikat tertentu, segala aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
pelajar berada di bawah pengawasan firma atau syarikat tersebut. Oleh itu, pelajar
wajib mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh firma atau syarikat tersebut.

1
Selama lebih 20 minggu menjalani latihan industri, pelajar akan dapat
membina keyakinan diri dan akan menjadi lebih berani dan tabah dalam menjalani
kehidupan sebagai seorang pelajar disamping dapat menimba ilmu pengetahuan
dan pengalaman. Daripada latihan industri yang telah dijalankan, pelajar boleh
merujuk dan jadikan latihan tersebut sebagai satu panduan apabila melangkah
masuk ke alam pekerjaan sebenar kelak. Di akhir latihan, pelajar perlu membuat
satu buku laporan latihan industri dan juga satu tugasan yang telah disyaratkan
untuk lulus semester dan menjadi pra syarat penganugerahan sijil atau diploma.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Tujuan utama diadakan latihan industri ini adalah untuk mendedahkan kepada
para pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar. Disebabkan inilah sesuatu
latihan industri itu diwajibkan ke atas seseorang pelajar. Dengan itu, pelajar dapat
mengetahui dengan lebih lanjut sesuatu pembinaan yang dijalankan. Di samping itu
juga pelajar dapat mengenali serta bergaul dengan pihak-pihak yang terlibat dalam
industri pembinaan.

Antara tujuan yang paling utama adalah:

i) Mendedahkan Pelajar Dengan Alam Pekerjaan Sebenar


Lebih kurang 20 minggu pelajar ditempatkan sama ada di syarikat kerajaan
atau swasta. Ini mendedahkan pelajar dengan pekerjaan sebenar dan berbeza
sama sekali dengan suasana pembelajaran politeknik. Selain itu, pelajar juga akan
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah dialami
sebelum ini. Keadaan ini menggambarkan situasi sebenar alam pekerjaan. Oleh itu,
latihan ini akan menjadikan pelajar lebih matang disamping memperolehi
pengetahuan serta pengalaman untuk dijadikan panduan kepada pelajar dalam
mencari dan menjalani pekerjaan kelak.

2
ii) Mengaitkan Teori yang Dipelajari Dengan Aspek Praktikal
P & P yang dijalankan di politeknik adalah berbeza sama sekali dengan
latihan industry yang dilalui oleh setiap pelajar. Kebanyakan pelajar lebih
memperolehi ilmu teori semasa di politeknik. Oleh itu, tujuan latihan industri ini
adalah sedikit sebanyak menguji kecekapan atau IQ pelajar dengan mengaitkan
teori-teori yang dipelajari dengan kerja-kerja teknikal yang dilakukan dan melihat
kebolehan seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
kedua-dua aspek ini.

iii) Menanam Semangat Kerja Berpasukan dan Hubungan Baik Sesama Pekerja
Di dalam satu-satu syarikat, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai
lapisan pekerja. Kemungkinan berlainan bangsa, jantina dan agama. Dengan itu,
pergaulan mesra yang diwujudkan oleh pelajar dan pekerja dapat menceriakan
suasana, disamping dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan itu melalui
perbincangan dan bantuan pekerja lain. Oleh itu, hubungan sesama pekerja amat
dititikberatkan supaya silaturrahim dapat dieratkan dan semangat bekerja
berpasukan dapat diwujudkan disamping membina perhubungan yang baik sesama
pekerja.

iv) Menanam Sifat Amanah, Bertanggungjawab dan Berkeyakinan Diri


Selain itu, latihan industri menanamkan sifat-sifat murni dalam diri seseorang
pelajar. Di antara sifat-sifat yang dapat diwujudkan ialah sifat amanah dan
bertanggungjawab dalm menjalankan tugas dan berkeyakinan diri dalam membuat
sebarang keputusan. Menjaga kerahsiaan firma, mendidik seseorang pelajar
menjadi seorang yang amanah dan bertanggungjawab. Pelajar perlu menyedari
tanggungjawab yang terpikul sepanjang masa bekerja di sebuah syarikat.
Kerahsiaan firma merupakan satu aspek penting yang perlu dijaga. Oleh itu, sifat
amanah diperlukan seterusnya dapat dipupuk dalam diri seseorang pelajar demi
memastikan kerahsian firma terus menjadi aspek utama kejayaan firma tersebut.

3
v) Mengamalkan Peraturan Keselamatan Semasa Di Industri
Setiap sesebuah organisasi yang dijalankna semestinya mempunyai
peraturan-peraturan yang digubal yang perlu dipatuhi, begitu juga dengan firma atau
syarikat yang diikuti oleh setiap pelajar. Setiap peraturan yang telah ditetapkan
perlulah dituruti oleh pelajar, dan mereka hendaklah mengamalkan peraturan-
peraturan keselamatan yang telah diarahkan oleh sesebuah firma. Ini adalah antara
langkah-langkah kearah keselamatan diri seseorang pelajar supaya tidak terdedah
kepada bahaya semasa berada ditempat kerja. Dengan mematuhi peraturan
tersebut, seorang pelajar itu akan terjamin keselamatannya.

vi) Menyediakan Laporan Rasmi dan Tugasan yang Diarahkan oleh Politeknik
Sepanjang menjalani latihan industri, setiap pelajar akan mendapat tugasan
mereka sendiri yang diberikan dan diarahkan oleh majikan mereka. Setiap tugasan
yang diberikan, yang mungkin terdiri daripada kerja-kerja teknikal atau pengurusan
syarikat, pelajar dikehendaki membuat catatan sendiri sebagai nota harian. Tujuan
nota yang diambil adalah untuk memudahkan pelajar menyediakan satu laporan
rasmi mengenai latihan industri yang dijalankan, seterusnya melaksanakan tugasan
bukan sahaja untuk syarikat, malah juga untuk pihak politeknik.

vii) Dapat Menanam Sikap Ingin Tahu dan Minat Semasa Latihan
Dalam menjalani latihan industri, terdapat pelbagai perkara baru yang akan
ditemui oleh pelajar. Ini akan menimbulkan sikap untuk mengambil tahu di dalam diri
pelajar. Selain itu, desakan keadaan juga adakalanya akan membuatkan pelajar
sentiasa bertanya agar tidak ketinggalan zaman dalam bidang tersebut.
Pendedahan sebenar ke bidang yang dipelajari oleh pelajar juga akan menimbulkan
minat pelajar terhadap bidang tersebut.

4
1.3 OBJEKTIF LAPORAN

Setiap pelajar diwajibkan menyediakan satu laporan lengkap setelah tamat


tempoh Latihan Industri. Laporan ini penting untuk menilai setiap pelajar semasa
membuat latihan industri. Para pelajar dapat melatih diri membuat satu laporan
lengkap yang sebenar. Dengan cara ini, pelajar tidak mempunyai masalah semasa
membuat laporan kelak.

Objektif sebenar setiap laporan industri yang dibuat adalah untuk menerangkan
dengan lebih terperinci apa yang dipelajari semasa menjalani latihan industri
tersebut. Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk membuktikan bahawa pelajar yang
berkenaan telah mengikuti dan menjalani latihan industri yang telah ditetapkan dari
hari permulaan pendaftaran latihan industri sehinggalah tamat latihan tanpa
sebarang pengecualian.

Laporan ini juga dapat mengesahkan bahawasanya pelajar benar-benar telah


menjalani dan melakukan setiap kerja-kerja teknikal yang diarahkan dan ia
merupakan catatan laporan penting setiap kerja yang dijalankan. Sebagai
kesimpulan, latihan industri ini meupakan satu dokumen yang penting kerana:

a) Mendokumenkan aktiviti-aktiviti sepanjang tempoh menjalani latihan


b) Merupakan bukti latihan industri yang dilakukan
c) Memudahkan penilaian dibuat melalui pengalaman dan kemahiran yang
diperoleh
d) Aset dan bukti penting untuk menduduki temuduga pekerjaan kelak.

5
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

Setiap pelajar yang mengikuti Pengajian di Politeknik Kementerian


Pengajian Tinggi Malaysia, telah diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama
satu semester, bagi pelajar yang mengambil diploma, akan menjalani latihan
industri pada semester empat, manakala bagi pelajar sijil akan menjalani latihan
industri pada semester ketiga. Latihan industri akan melayakkan pelajar untuk
dianugerahkan sijil atau diploma apabila graduasi nanti.

Latihan industri ini amat penting kepada setiap pelajar kerana ia


mendedahkan pelajar tersebut di alam pekerjaan yang sebenar. Latihan industri
juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta pengalaman semasa berada
dalam tempoh tersebut. Selain itu, para pelajar dapat membezakan suasana
pembelajaran dengan alam pekerjaan yang sebenar. Dari segi komunikasi dan
berinteraksi, ia dapat mematangkan fikiran para pelajar serta dapat melahirkan
pelajar bersemangat kental dalam tempoh tersebut.

Selain itu juga, para pelajar dapat berdikari kerana semasa tempoh latihan
itu pelajar haruslah berusaha sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Pelajar
tidak seharusnya berasa takut, malu atau rendah diri untuk mendekati mereka bagi
mendapat ilmu pengetahuan. Dengan adanya latihan industri ini ia akan dapat
mengikis perasaan negatif para pelajar.

Dalam konteks lain, latihan industri amat penting kepada semua pelajar agar
dapat melahirkan pelajar yang bersemangat dan berkeyakinan tinggi pada masa
hadapan. Oleh itu, para pelajar haruslah mengambil peluang dengan sebaik-
baiknya.

6
BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN

MSO CORPORATION SDN BHD telah diperbadankan pada Jun 1993


sebagai sebuah syarikat pembinaan dan landskap. Bermula dengan beberapa
projek pembinaan berskala kecil, MSO telah mengembangkan aktivitinya dengan
memfokuskan kepada projek-projek pembangunan hartanah sama ada melibatkan
projek usahasama mahupun persendirian.

MSO merupakan syarikat milik sepenuhnya bumiputera dengan modal


sebanyak RM 1.5 Juta. Dalam tempoh 2005-2008, syarikat telah menyiapkan 3
projek pembangunan perumahan dn perkedaian bernilai kira-kira RM 32.0 Juta.
Awal 2008, MSO telah memeterai perjanjian usahasama dengan Majlis
Perbandaran Kota Bharu Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh dengan nilai projek
berjumlah RM 250.0 Juta dengan tempoh pelaksanaan selama 5 tahun.

Di samping itu MSO juga sedang melaksanakan beberapa projek di Kuala


Terengganu, Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai. Mengambil peluang kepakaran

7
dan pengalaman serta keteguhan sumber kewangan, MSO berkeyakinan tinggi
untuk terus melaksanakan projek-projek pembangunan demi meneruskan
kesinambungan syarikat dalam sector pembangunan hartanah pada masa hadapan.

MSO mempunyai 7 orang staf Pengurusan Kanan, 7 orang staf Pentadbiran


& Kewangan, 3 orang staf Pembinaan & Penyelarasan Projek dan 2 orang staf
Keselamatan Pejabat, Penyelenggaraan & Pengangkutan. Jumlah keseluruhan staf
MSO adalah 36 orang tidak termasuk buruh-buruh pembinaan

2.2 VISI DAN MISI

VISI :
Untuk diiktiraf di peringkat tempatan dan menubuhkan firma guaman professional
dan komited kepada pembangunan Negara.

MISI :
Untuk menghasilkan professional yang cekap dengan personaliti yang sangat
bercita-cita tinggi, bermotivasi tinggi dan baik untuk kepentingan pelanggan.

2.3 LOGO SYARIKAT:

8
2.4 MAKLUMAT KORPORAT

IBU PEJABAT : No.38A & 38B, Jalan Zirkon E7/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
NO. TELEFON : 03-55106810, 55190366
NO. FAKSIMILI : 03-55106912

PEJABAT KOTA BHARU : JKR 2699, Jalan Pasir Puteh, Pasir Tumboh, 16150
Kota Bharu, Kelantan.
NO.TELEFON : 09-7667899/898
NO.FAKSIMILI: 09-7667890

TARIKH DIPERBADANKAN : 10 Jun 1993


NO PENDAFTARAN : 266615-D
MODAL DIBENAR ; RM 5,000,000
MODAL BERBAYAR : RM 1,500,000
PEGANGAN EKUITI : 100% BUMIPUTRA
LEMBAGA PENGARAH DAN PENGURUSAN KANAN : Tuan Haji Mohd Shukri
Bin Omar Pengarah Urusan
Hajah Roosinah Binti Mohamad Pengarah Eksekutif

9
2.5 CARTA ORGANISASI SYARIKAT

2.5.1 BAHAGIAN PENGURUSAN KANAN

HAJI MOHD SHUKRI B. OMAR

(PENGARAH URUSAN DAN KETUA PEGAWAI


EKSEKUTIF )

HAJJAH ROOSINAH BT. MOHAMAD

(PENGARAH HAL EHWAL PENTADBIRAN &


KORPORAT)

WAN ABDUL AZIZ B. WAN ABDULLAH

(PENGURUS PERANCANGAN & PERKHIDMATAN


KORPORAT)

AHMAD ISYRAQ B. MOHD SHUKRI

(PENGURUS PERANCANGAN KOS & MATERIAL)

HAZMAN AMIR B. MOHD YUSOFF

(JURUTERA/PENGURUS PROJEK)

ROHANA BT. MOHAMED

(EKSEKUTIF AKAUN)

10
2.5.2 BAHAGIAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN

KEWANGAN PENTADBIRAN

ROHANA BT.MOHAMED NUR FADHILA BT. JAMIL

(EKSEKUTIF AKAUN) (EKSEKUTIF


PENTADBIRAN)

NORHASLINDA BT. MOHAMED SITI ZALINA BT. ABDULLAH

(EKSEKUTIF AKAUN KANAN) (EKSEKUTIF PENTADBIRAN)

SITI NADIAH BT. ZAKARIA


NOR AINI BT. OTHMAN
(KERANI AKAUN)
(EKSEKUTIF AKAUN KANAN)

RAHIMAH BT. IBRAHIM

(KERANI AKAUN)

11
2.5.3 BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK & KOS PROJEK DAN PEMBINAAN
& KOORDINASI TEKNIKAL

KONTRAK & KOS PROJEK PEMBINAAN & KOORDINASI


PROJEK
HAZMAN AMIR B. MOHD YUSOFF
NORA BT. ABDULLAH
(PENGURUS PROJEK)
(PENGURUS JURUUKUR BAHAN &
KAWALAN KONTRAK)
NURUL WAHIDA BT. AZMI

NOR FAZREENA BT. MOHD ZAKI (JURUTERA PROJEK)

(JURUUKUR BAHAN)

NUR ANIS BT. IBRAHIM


PUTRI ZULYANA (PEMBANTU JURUTERA)
(JURUUKUR BAHAN)

ARA AIDA BT.MOHD ARIFFIN


MOHD SYAFIQ HAKIMI
(PEMBANTU JURUTERA)
(PEMBANTU JURUUKUR BAHAN)

2.5.4 BAHAGIAN PEMASARAN DAN JUALAN

NUR HAZWANI BT. YAHYA

(EKSEKUTIF JUALAN)

SITI RAHAYU BT. MAZLAN


WAN ZARILAWATI
(EKSEKUTIF JUALAN & REKABENTUK
(EKSEKUTIF JUALAN)
GRAFIK)

12
2.6 KESIMPULAN

Kemajuan Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh kini telah sampai ke tahap
40% dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2015 ataupun awal 2014.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan
Kebudayaan Negeri datuk Takiyuddin Hassan, projek itu sebagai penambahbaikan
kepada Pondok Pasir Tumboh, dengan mengekalkan struktur asalnya. Ia bakal
dijadikan sebagai tempat ibadat, pusat pengajian agama Islam, dilengkapkan
dengan hotel serta kedai. Projek Bandar Satelit Islam juga merupakan satu projek
usahasama antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandarray Islam (MPKB-BRI)
dengan sebuah syarikat swasta, MSO Corporation Sdn Bhd. Tinjauan mendapati
projek pembinaan Bandar Stelit Islam Pasir Tumboh fasa1 telah siap sepenuhnya
daripada keseluruhan 5fasa, pembinaan fasa 2 dan 3 hampir 40% manakala fasa 4
dan 5 masih di peringkat kerja-kerja asas.

13

Anda mungkin juga menyukai