Anda di halaman 1dari 4

BAB 1 PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Setiap pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), akan menjalani latihan industri di firma-firma kerajaan atau swasta selama tempoh satu semester bagi melayakkan pelajar memperolehi sijil atau diploma yang telah diambil oleh pelajar tersebut di politeknik berkenaan.

Tempoh masa yang diberikan iaitu selama lima bulan dari tarikh 19 Disember 2011 sehingga 18 Mei 2012 adalah satu peluang kepada saya memahami dan belajar seterusnya mendedahkan saya kepada alam pekerjaan yang sebenar disamping mencapai objektif latihan industri.

1.2

Objektif Latihan Industri

i.

Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah, berkeyakinan, dan bertanggungjawab.

ii. iii. iv. v.

Boleh berkomunikasi dengan berkesan serta mematangkan pemikiran pelajar, Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan. Memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman kerja di dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian mereka.

vi. vii.

Memahami budaya kerja sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik.

viii.

Membentuk sahsiah, sikap dan kemahiran berhubung atau berkomunikasi sesama manusia.

ix.

Merangsangkan pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik setelah melalui pengalaman kerja sendiri.

x.

Menghasilkan laporan latihan industri yang memuaskan.

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Semasa menjalani latihan industri, setiap pelajar dibekalkan dengan sebuah buku laporan harian bagi mencatat aktiviti harian pelajar. Diakhir latihan industri pula, setiap pelajar politeknik haruslah menghasilkan satu laporan latihan industri bagi menunjukkan hasil kerja yang pernah dilakukannya sewaktu menjalani latihan industri bagi melengkapkan objektif latihan indusri seterusnya mencapai objektif laporan latihan industri itu sendiri.

Antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut :

i.

Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja yang dilakukan pelajar dan seterusnya peranan jabatan atau firma tersebut.

ii.

Untuk mengumpulkan segala maklumat dan data yang diperolehi semasa menjalani latihan industri.

iii.

Menerangkan dengan lebih jelas kerja yang dibuat berdasarkan buku laporan harian pelajar.

iv.

Sebagai gambaran awal dan rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri.

v.

Sebagai rujukan kepada syarikat untuk menambah mutu pengurusan syarikat tersebut untuk masa yang akan datang.

vi.

Memenuhi syarat penganugerahan sijil atau diploma Politeknik KPTM.

1.4

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Sudah menjadi kemestian atau kewajiban bagi setiap pelajar di politeknik untuk menjalankan latihan industri. Ini adalah untuk memenuhi syarat bagi melayakkan

seseorang pelajar itu memperolehi sijil atau diploma apabila tamat belajar di politeknik.

Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan kepada pelajar suasana kerja yang sebenar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenarnya sebagai pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat memantapkan jati diri pelajar selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memperolehi sijil atau diploma.

Semasa menjalani latihan industri ini, pelajar boleh berdikari dengan belajar menyesuaikan diri di alam pekerjaan. Selain itu, ia memerlukan kesabaran dalam

melakukan sesuatu kerja serta tabah dengan segala tekanan.


3

Latihan industri ini juga adalah penting bagi semua pelajar untuk meningkatkan kemahiran diri di dalam pembelajaran. Contohnya, disamping belajar dalam bentuk teori, kita juga boleh mempraktikkannya secara rasmi.

Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin setelah mengetahui persekitaran kerja yang sebenar seterusnya menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai