Anda di halaman 1dari 6

BAB 1:

PENGENALAN DAN LATA BELAKANG ORGANISASI

1.0 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Di Malaysia, seluruh Politeknik telah melatih beribu-ribu pelajar untuk menceburi diri
dalam bidang teknologi mengikut kemampuan dan kelebihan masing-masing yang sedia
ada. Pelajar di Politeknik diwajibkan ke atas diri mereka untuk menjalani Latihan industri
pada semester akhir. Hal ini demikian kerana syarat untuk mendapat penganugerahan
diploma adalah dengan mencukupi semua jam kredit di mana bermula dari Semester 1
sehingga tamat latihan insdutri. Sebagai pelajar Politeknik, kita sewajarnya mendalami
dalam ilmu kemahiran dan teknologi kerana kita berada dalam negara yang penuh dengan
kemodenan terutamanya teknologi. Malah, ia juga dapat memberi pendedahan serta
pengalaman kepada pelajar dengan menggunakan konsep teori dan amali. Setiap ilmu
yang diperolehi dapat menaikkan semangat kepada pelajar untuk mendalami dalam ilmu
yang penuh dengan teknologi.

Berkaitan dengan Latihan Industri ( LI ), para pelajar akan ditempatkan di jabatan


kerajaan ataupun swasta mengikut pilihan mereka masing-masing untuk menjalani kursus
ini dalam tempoh hampir 20 minggu. Sepanjang menjalani latihan ini, pelajar akan
berhadapan dengan situasi yang baru untuk mengatasi sesuatu masalah dan cabaran yang
mereka bakal tempuhi. Ia juga mengajar bagaimana seseorang untuk bersedia dari segi
mental dan fizikal sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Oleh itu, pelajar akan
didedahkan dengan pengetahuan dan pengalaman yang baru sepanjang mereka menjadi
pelatih. Di samping itu, objektif utama menjalani Latihan industri adalah untuk memberi
dorongan serta bimbingan yang mencipta pengalaman kepada pelajar agar bersedia untuk
menempuhi alam pekerjaan.
Tambahan pula, program ini juga dapat membentuk pelajar untuk menjadi seorang
yang berdisiplin, bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Dengan adanya latihan industri ini, pelajar dapat memahami pelajaran semasa berada di
dalam kelas dengan jelas serta pemerhatian akan tertumpu ke arah perbezaan di antara
teori dan alam pekerjaan sebenar semasa menjalani proses pembelajaran secara amali.

Dalam konteks ini, pelajar akan sentiasa berwaspada dengan setiap perkara yang baru
agar tidak terlalu leka atas sesuatu perkara tersebut. Justeru, masalah yang bakal pelajar
hadapi semasa di alam pekerjaan satu hari nanti akan dapat mereka tangani dengan baik
dan secara logikal mengikut pemikiran dan asas pengelaman mereka semasa dalam
menjalani latihan industri.

1.2 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Objektif utama menjalani latihan industri adalah untuk menbina perosnaliti sesorang
individu dari semua aspek. Hal ini demikian kerana ia amat penting untuk melahirkan
graduan yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran tersendiri. Seterusnya, Latihan
ini juga dapat melatih para pelajar untuk berkomunikasi dengan berkesan secara umum.
Terdapat beberapa objektif Latihan indsutri yang lain, antaranya adalah untuk
mendedahkan para pelajar dengan suasana bekerja yang sebenar. Ini akan membantu para
pelajar untuk menyesuaikan diri mereka tidak kira dari segi kemahiran atau sebaliknya
kerana sudah mempunyai asas.

Dalam menjalani latihan industri ini, para pelajar perlu memiliki sebuah buku jurnal
yang wajib dibeli daripada pihak Politeknik kerana buku ini dicipta khas dari Politeknik.
Buku jurnal atau buku aktiviti harian ini perlu disahkan oleh penyelia yang berkenaan
bagi memberi markah kepada pelajar ketika menjalani latihan di firma tersebut. Sekiranya
terdapat kelakuan buruk daripada pelajar tersebut, pihak firma boleh mengenakan denda
terhadap pelajar tersebut atau memaklumkannya kepada pihak yang bertanggungjawab.
Latihan ini juga merupakan tanggungjawab sosial bersama untuk semua politeknik dan
syarikat praktikal yang terlibat. Justeru, ia juga dapat memeberi inspirasi kepada pelajar
untuk lebih bersemangat dan bekerja dalam pasukan Tujuan lain dalam menjalani latihan
industri adalah dinyatakan seperti berikut :

i. Untuk mendapatkan pengalaman kerja dalam organisasi atau bidang


pengajian yang berkaitan dengan industri.

ii. Untuk menggunakan pengetahuan sedia ada yang berkaitan latihan


perindustrian, yang diikuti di Politeknik.

iii. Untuk melatih pelajar menyediakan laporan yang berkaitan dengan latihan
industri yang dijalankan.

1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pelajar memerlukan buku harian atau buku jurnal yang telah diberikan untuk
menyenaraikan kerja atau aktiviti yang telah dilakukan setiap hari. Pelajar juga diingatkan
untuk membawa buku laporan ke tempat kerja setiap hari untuk membuat nota tentang
apa yang telah dilakukan pada setiap hari dan ditandatangani oleh penyelia setiap minggu.

Di samping itu, laporan latihan industri mesti disediakan dan ditempah untuk tujuan
pemberian penganugerahan diploma untuk pengesahan penyiapan latihan industri.
Penyediaan laporan industri ini adalah untuk memberi gambaran keseluruhan kepada Unit
Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI).

Objektif yang diperolehi daripada laporan latihan industri adalah membentuk disiplin
dalam pelajar dengan mengamalkan etika dan peraturan kerja yang telah ditetapkan. Hal
ini dapat mendisiplinkan pelajar dari segi masa dan kelakuan semasa menjalankan sesuatu
pekerjaan.
Seterusnya, mampu mewujudkan kepercayaan, tanggungjawab dan keyakinan tinggi
kepada pelajar. Tanggunjawab adalah satu sikap yang wajar ditunaikan bagi melunaskan
segala pekerjaan atau perbuatan yang tertangguh ataupun perlu diselesaikan mengikut
tempoh yang ditetapkan

Justeru, adalah untuk mendedahkan pelajar kepada situasi kerja sebenar. Dengan ini,
para pelajar akan lebih bersemangat ketika melakukan kerja. Dalam alam pekerjaan yang
sebenar, mereka perlu bersedia mental dan fizikal kerana alam pekerjaan tidak semudah
yang difikirkan. Hal ini kerana skop bekerja dan belajar adalah tidak sama.

Untuk melatih para pelajar supaya lebih berani dalam berkomunikasi juga merupakan
objektif dalam laporan latihan industri. Komunikasi yang lebih efektif dapat
membendung para pelajar untuk lebih berani bercakap di khalayak ramai tanpa rasa
gugup atau gementar. Oleh itu, cara berkomunikasi yang berkesan dapat melahirkan sikap
pelajar yang berfikiran luas serta lebih matang.

1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan kursus yang penting dalam sistem pembelajaran di


Politeknik. Semasa latihan industri, pelajar akan ditempatkan di firma-firma atau jabatan
kerajaan bergantung kepada permohonan atau kekosongan sesebuah firma tersebut bagi
menjalankan kursus ini. Di sini juga, pelajar dapat pengetahuan yang baru serta
pengalaman yang berfaedah selama menjalani latihan ini. Tambahan itu, pelajar dapat
menonjolkan kebolehan serta bakat yang diperolehi daripada menjalani latihan tersebut,
malah dapat memperkenalkan diri mereka dari segi kesungguhan dan sikap positif untuk
menimba ilmu kepada majikan.

Di samping itu, menjalani latihan industri dapat membantu pelajar untuk menamatkan
zaman pengajian mereka di Politeknik setelah hampir tiga tahun menunutut ilmu di
Politeknik. Antara kepentingan lain dalam menjalani latihan industri ialah :
i. Mampu mendisiplinkan diri, membentuk imej peribadi yang unggul dan membina
keyakinan diri untuk menghadapi sesuatu cabaran di masa depan, menunjukkan
sikap positif, kemahiran dan persediaan untuk berada di fasa bekerja.

ii. Memberi pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar sebagai persediaan untuk
menghadapi dunia kerja sebenar pada masa akan datang tanpa merisaukan situasi
yang bakal dihadapi.

iii. Dapat membantu diri pelajar bagi mengembangkan kemahiran berfikir dan
membentuk imej yang lebih baik dengan membuat perancangan yang baik serta
teliti dengan rasa tanggungjawab dalam menyelesaikan tugas atau kerja yang
diberikan yang sesuai dalam bidang kursus.

iv. Dapat memberikan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran
yang dipelajari serta membina keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru.

Anda mungkin juga menyukai