Anda di halaman 1dari 8

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri atau lebih dikenali sebagai On-Job Training (OJT) merupakan salah
satu syarat yang ditetapkan bagi setiap pelajar Kolej Vokasional Malaysia untuk
melengkapkan syarat atau kewajipan bagi setiap pelajar di Kolej Vokasional Malaysia
dalam semester 4 khususnya bagi pelajar kursus Diploma. Program On-The Job
training (OJT) diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi bagi setiap penuntut
yang memfokuskan tahap mampu kerja para graduan. On – The Job Training (OJT)
juga memberi peluang kepada pelajar merasai dan mengalami pembelajaran di alam
pekerjaan sebenar agar dapat mencapai kebolehpasaran yang tinggi selaras dengan
kehendak semasa.

Latihan Industri adalah salah satu cara untuk memperkaya pengalaman


pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. Mereka akan mengambil aliran yang
berkaitan dengan kursus semasa menjalani On-The Job Training (OJT) untuk
memastikan segala ilmu yang dipelajari sepanjang mereka menjalani OJT dapat
digunakan dengan efisyen dan lebih berkesan di alam pekerjaan nanti kerana
mereka telah mempunyai kerja. Sepanjang tempoh latihan yang diberikan oleh pihak
kolej, pelajar dapat mempelajari perkara yang baru yang tidak dapat diajarkan di
kolej dan mempraktikan perkara baru yang berkaitan dengan kursus yang diambil di
Kolej Voaksional.

Para pelajar juga akan dibimbing dan ditunjuk ajar oleh pekerja – pekerja
yang ada di tempat latihan industri masing – masing yang berkemahiran dan
berpengalaman luas di dalam jurusan mereka yang mana dapat membimbing pelatih
untuk menjadi pekerja yang lebih produktif dan berkeyakinan apabila di masa
hadapan nanti.

Latihan ini juga memberi pendedahan awal kepada pelajar dari segi
perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan,

1
polisi, prosedur,peraturan-peraturan serta perspektif dan etika professional
organisasi. Selain itu, latihan industri ini dapat membina semangat dan sikap proaktif
di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih
yang cemerlang dan dapat bekerja dengan lebih efisyen.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

On- The Job Training (OJT) merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas
setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau
Diploma. Setiap pelajar harus kompeten semasa menjalani On- The Job Training
(OJT) dan pelajar yang tidak kompetan perlu megulangi semula latihan industri.

Antara objektif latihan industri (OJT) diadakan ialah:


a) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja
b) Berkomunikasi secara berkesan dan menambahbaik kemahiran berinteraksi
c) Mengamalkan kerja berpasukan
d) Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam mematuhi dasar –
dasar, prosedur dan kaedah – kaedah di dalam organisasi
e) Menerangkan tugas – tugas yang diberikan dalam tempoh OJT megikut
format yang ditetapkan

2
1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Menjalani On- The Job Training (OJT) merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar
Kolej Vokasional. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus
Diploma. Ketika menjalankan On-The Job Training (OJT) selama 5 bulan, pelajar
bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikan
segala teori dan amali yang dipelajari di Kolej Vokasiobal. Semasa di Kolej
Vokasional, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani OJT
ini juga pelajar dapat mendedahkan para pelajat tentang suasana alam pekerjaan
yang sebenar.

On- The Job Training (OJT) juga mendewasakan para pelajar yang bakal
bergelar sebagai pekerja. OJT sebagai pendedahan awal kepada para pelajar untuk
bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mandalam dalam memupuk semangat
Kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam
pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih
senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.

Selama 5 bulan menjalani OJT, banyak pengalaman, pengetahuan dan


pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahn yang diperolehi
telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi
kehidupan yang kian mencabar sekarang. Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu
atau teori yang dipelajari. Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang
dipelajari tanpa mengamalkanya akan hilang dan tidak akan memberi apa-apa
kesan. Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah hdari
segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah-ubah.

Kesimpulan yang saya dapat melalui On- The Job Training (OJT) ini ialah
saya menerima banyak pendedahan dalam dunia industry hospitaliti seni kulinari ini.
Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Vokasional yang memberi
peluang kepada pelajar – pelajarnnya mencari pengalaman sendiri dengan
mengadakan program on – The Job Training.

3
1.4 OBJEKTIF LAPORAN OJT

Laporan OJT bertujuan untuk menjadi eviden para pelajar semasa menjalani latihan
industry. Dengan itu pihak kolej akan mengetahui segala aktiviti semasa menjalani
latihan industri di syarikat yang dipilih oleh pelajar. Bukan itu sahaja, laporan akhir
juga merupakan salah satu syarat untuk pelajar kompoten dalam menjalani latihan
industri. Terdapat objektif – objektif lain “Laporan Latihan Industri” adalah seperti
berikut:

a) Menguji kemampuan pelajar dalam pembahagian masa dengan lebih konduksif dan
teratur
b) Membantu para pelajar dengan memberanikan diri untuk berkomunikasi dan
berinteraksi dengan majikan, kakitangan syarikat, dan pelanggan untuk
mendapatkan maklumat – maklumat yang berkaitan dengan laporan industri.
c) Melatih para pelajar untuk mematuhi peraturan dan garis panduan dalam membuat
laporan

4
1.5 KEPENTINGAN LAPORAN OJT

Apabila tamat latihan industri yang dijalankan, setiap pelajar diharuskan membuat
atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan
oleh pihak Kolej Vokaisonal. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah
keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh
tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana
untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai
garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak

Selain itu, pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang


menjalani On-The Job Training (OJT) dengan lebih efisien dengan
mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan
dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat. Melalui penulisan
laporan, pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan
untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Di samping itu, laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti


kepada latihan yang telah dijalankan dengan sempurna mengikut jangka masa lebih
kurang 5 bulan bermula pada 2 Mei 2023 hingga 15 September 2023 seperti yang
ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional. Laporan ini juga sebagai bahan penilaian
untuk latihan yang telah dijalankan oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan
diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh pensyarah. Untuk memupuk
semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawab dalam melaksanakan setiap
tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan Kolej Vokasional. Di mana
pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik.
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-
pensyarah yang berkenaan. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi
makna jika ia tidak dicatit atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan
bahan rujukan kelak.

Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari


pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan dan
segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh
pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihakpihak lain untuk penilaian
serta rujukan terhadap laporan tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan
sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan
maklumat bidang kejuruteran mekanikal dan pembuatan khususnya. Saya berharap

5
buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau
tidak langsung.

6
1.6 SKOP KERJA OJT

Skop kerja menerangkan tentang keseluruhan aspek kerja yang dilakukan oleh pelajar
sepanjang menjalani On-The Job Training (OJT) di industri, Jadual 1.6.1 dan jadual 1.6.2 di
bawah adalah skop kerja yang perlu dilaksanakan oleh pelajar:

1 PENYEDIAAN DAN PRODUKSI DI DAPUR

Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas


1.1 Observe safety procedures and first aid knowledge

Melaksanakan persediaan awal


1.2 Perform Mise —En-Place

Menyedia, memasak dan menghidang masakan barat


1.3
Perform Western Cookery
Menyedia, memasak dan menghidang masakan timur
1.4 Perform Eastern Cookery

Menyedia, memasak dan menghidang masakan antarabangsa


1.5
Perform international cuisine

Menyedia, memasak dan menghidang appetizer dan dressings


1.6
Perform Garde Manger
Menyedia, memasak dan menghidang desert
1 .7 Perform Desserts

1.8 Menyedia, memasak dan menghidang produk bakeri dan pastry


Perform Bakery & Pastries
Menyedia, memasak dan menghidang sarapan pagi
1.9
Perform Breakfast Production

Melaksanakan persiapan Ala Carte


1.10
Perform A la Carte Preparation

Membantu menyedia susun atur hidangan buffet


1.11
Assist in Buffet Display Arrangement

Membantu pelaksanaan majlis bankuet


1.12
Assist in Banquet Event
Membantu menyedia hidangan bagi pesanan makanan room service
1.13 Assist in Room Service

Melaksanakan perkhidmatan barista


1.14
Perform Barista Service (In Front of The House)

1.15 Mempelajari butchery


Observe and Learn Butchery

Mempelajari dan melaksana seni menghias makanan


1.16 Observe and Perform Food Arts and Garnishing

Jaduah 1.6.1 skop penyediaan dan produksi di dapur

7
2. PENGURUSAN
Membantu dari segi pembelian makanan
2.1
Assist in Food Purchasing
Mempelajari dari segi pengurusan penerimaan pesanan
2.2 Observe and Learn Receiving Management
Mempelajari dari segi pengawalan kos dalam F & B
2.3 Observe and Learn Food and Beverage Cost Control
Membantu dari segi pengendalian kawalan stok
2.4 Assist in Handing Stock Control
Mempelajari dari segi pengurusan sisa
2.5 Observe and Learn Waste Management
Mempelajari untuk menangani aduan pelanggan
2.6 Observe and Learn Handling Customer Complain
Mempelajari perancangan dan pembangunan menu Observe and
2 .7 Learn Menu Planning and Development

Jaduah 1.6.2 skop pengurusan

Anda mungkin juga menyukai