Anda di halaman 1dari 51

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap para
pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma. Setiap
pelajar perlu lulus latihan industri bagi melayakkan para pelajar untuk dianugerahkan
diploma. Latihan industri adalah merupakan salah satu corak pembelajaran di mana para
pelajar politeknik di semester empat dan semester enam akan menjalani latihan industri
selama 20 minggu. Latihan industri ini adalah wajib untuk dijalani oleh pelajar
politeknik semester enam untuk kursus Diploma Kejuruteraan Awam bagi Politeknik
Sultan Azlan Shah, Perak. Untuk menjalani latihan industri ini, pelajar-pelajar akan
ditempatkan ke syarikat-syarikat yang terlibat dalam bidang-bidang kejuruteraan awam
samada syarikat swasta mahupun kerajaan yang telah dipohon oleh pelajar-pelajar itu
sendiri ataupun yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan politeknik. Dasar utama
yang ada dalam program latihan industri ini adalah untuk memberikan pendedahan awal
kepada pelajar suapaya mereka dapat merasai sendiri bagaimana rasanya situasi alam
pekerjaan yang sebenar.

1
Di samping itu, para pelajar juga akan mengetahui bagaimana keadaan di tempat
kerja serta kerja-kerja yang akan dilakukan bagi mempraktikkan dan memahirkan lagi
apa yang telah dipelajari selama tempoh berada di politeknik. Pengalaman ini adalah
sangat penting bagi pelajar-pelajar apabila mereka sudah menamatkan pengajian di
polieknik kelak.

Pendedahan yang selalu ditekankan sewaktu latihan industri ini ialah untuk
meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar di dalam bidang-bidang kemahiran dan
juga teknikal yang berkaitan dengan bidang yang telah dipelajari sewaktu di politeknik.
Di samping itu, latihan industri juga dapat menanamkan semangat bekerjasama dan
menjalinkan hubungan yang baik sesama pekerja ataupun majikan. Latihan industri juga
dapat memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kecanggihan teknologi
yang ada pada masa kini. Secara keseluruhannya, latihan industri ini juga banyak
membantu pihak politeknik dalam sistem pembelajaran. Hal ini kerana pihak politeknik
sendiri tidak dapat menyediakan alatan yang lengkap bagi tujuan pembelajaran
sepenuhnya memandangkan kos pembiayaan yang tinggi dan perubahan-perubahan
teknologi sentiasa berkembang pesat dari masa ke semasa. Selain itu, para pelajar juga
dapat melihat sendiri perkaitan di antara teori yang telah dipelajari di dalam kelas
dengan praktikal yang dijalani sewaktu berada di makmal-makmal dan kelas. Ini juga
dapat memberikan pendedahan kepada pelajar supaya menceburi bidang-bidang yang
mencabar dan memerlukan ketabahan serta tanggungjawab yang tinggi bagi
menjayakan sesebuah organisasi itu sendiri.

Dari sudut kerohanian, para pelajar yang menjalani latihan industri ini dapat
melatih diri sebagai pekerja yang bertanggungjawab di dalam melaksanakan sesuatu
pekerjaan ataupun arahan. Sikap tersebut juga dapat membantu diri sendiri sebagai
seorang pekerja yang berjaya dan berkaliber. Jika dipandang dari sudut lain, latihan
industri ini merupakan satu objektif yang tepat bagi mencari penyelesaian bagi sesuatu
perkara khususnya yang berkaitan dengan pekerjaan.

2
Justeru itu, latihan industri juga memberi peluang kepada para pelajar untuk
menilai sendiri perbezaan antara teori dan latihan praktikal yang dijalankan sendiri oleh
pelajar ketika berada di firma. Segala cabaran yang diterima semasa latihan industri
akan mengukuhkan lagi keyakinan pelajar terhadap pekerjaan yang bakal dijawat
selepas tamat tempoh pengajian disamping memberi rangsangan serta minat kepada
pelajar untuk meneruskan pengajian kelak.

2.1 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri adalah salah satu latihan yang wajib dijalani oleh semua pelajar
atau mahasiswa di sesuatu organisasi atau institut pengajian tinggi dalam tempoh
tertentu supaya para pelajar dapat mempelajari ilmu baru dan mendapat banyak
pengalaman bekerja. Dengan cara ini, para pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran
yang dipelajari di institusi serta mempertingkatkan lagi kemahiran dan mempelajari
banyak perkara. Selain itu, ia juga dapat mendedahkan kepada para pelajar mengenai
suasana pekerjaan yang sebenar di sesuatu organisasi atau firma. Secara amnya, objektif
latihan industri adalah seperti berikut :

i. Memberi pendedahan kepada pelajar di alam pekerjaan.

Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan diberi pendedahan dengan perkara yang
baru bagi pelajar iaitu dengan suasana sebenar di tempat kerja yang sama sekali
berlainan jika dibandingkan dengan politeknik sebagai tempat mendalami ilmu
pengetahuan. Banyak kemahiran baru yang diperolehi dapat menambahkan kemahiran
pelajar semasa menjalani latihan industri.

3
ii. Membentuk disiplin pelajar melalui peraturan keselamatan.

Keselamatan dalam industri merupakan perkara yang paling penting dan dititikberatkan
kepada semua pekerja. Mematuhi keselamatan tidak harus dipandang ringan serta
mudah kerana kebanyakan peralatan yang digunakan di sektor industri adalah berbahaya
dan boleh mendatangkan kecederaan yang teruk kepada seseorang malahan juga boleh
menghilangkan nyawa pekerja tersebut. Dengan mematuhi peraturan keselamatan
semasa menjalani latihan industri ini, para pelajar juga dapat meyakinkan diri dalam
menghadapi cabaran yang akan ditempuhi semasa alam pekerjaan serta mengawal diri
dalam pelbagai situasi mencabar sewaktu melakukan kerja.

Antara objektif latihan industri yang lain adalah seperti berikut;

a) Mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar alam pekerjaan.

b) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-


aspek praktikal atau sebaliknya.

c) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama


pekerja industri.

d) Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

e) Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.

f) Sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam sistem latihan
Industri.

g) Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang


dipelajari di Politeknik untuk dipraktikkan semasa latihan industri.

4
h) Membina personaliti individu secara berpasukan, amanah, berkeyakinan dan
bertanggungjawab.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa latihan industri ini adalah amat penting
kepada para pelajar kerana ia memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk
dan mewujudkan pelajar-pelajar lulusan dari politeknik yang berpengetahuan luas,
berdisiplin tinggi, mahir dalam segala bidang serta mempunyai akhlak yang mulia dan
keyakinan diri yang tinggi. Dengan yang demikian, ia akan dapat menjamin serta
meningkatkan lagi mutu pendidikan yang diterapkan dikalangan pelajar politeknik di
seluruh Malaysia ini dan menjamin tenaga kerja yang mahir, berkualiti dan terbaik bagi
pembangunan ekonomi negara kita.

1.3 Objektif laporan latihan industri

Objektif laporan latihan industri ini adalah bertujuan supaya menjadi satu bukti
menunjukkan pelajar telah menjalani latihan industri mengikut prosedur, kesesuaian
dengan bidang yang dipelajari oleh pelajar di kampus dan komitmen pelajar terhadap
latihan industri. Laporan yang baik dan lengkap dapat dijadikan panduan semasa
melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar serta boleh digunakan dalam temuduga
kerjaya. Laporan ini akan mendokumentasikan aktiviti kerja pelajar-pelajar sepanjang
tempoh latihan yang dijalankan. Pensyarah dan juga penyelia syarikat dapat menilai
prestasi pelajar semasa mengikuti latihan ini melalui buku laporan harian dan juga
laporan rasmi.

Selain itu, laporan latihan industri bertujuan melatih pelajar menguasai


kemahiran dalam menghasilkan satu bentuk laporan yang berkaitan dengan kerja-kerja
praktikal yang dilakukan oleh pelajar dalam menepati format laporan seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak politeknik. Laporan ini juga dijadikan sebagai satu kaedah
penilaian ke atas pelajar sepanjang latihan industri dijalankan. Antara objektif lain
penyediaan laporan industri ialah :

5
i. Sebagai bukti bahawa pelajar telah menamatkan latihan industri dengan jayanya.

ii. Boleh dijadikan sumber rujukan di masa akan datang.

iii. Merupakan salah satu syarat wajib untuk lulus latihan industri.

iv. Untuk melatih pelajar dalam menghasilkan sebuah laporan yang lengkap
berlandaskan format yang sebenar kerja berkenaan dengan latihan yang
dijalankan.

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Secara amnya, terdapat pelbagai kepentingan yang dapat dipelajari oleh semua
pelajar sepanjang menjalani latihan industri yang dianjurkan oleh Politeknik selama
tempoh tertentu. Hal ini bergantung kepada kesungguhan pelajar itu sendiri untuk
memanfaatkan peluang yang telah sedia ada ini. Para pelajar juga turut dapat mendalami
dengan lebih mendalam tentang teori yang telah dipelajari semasa proses pembelajaran
dan seterusnya mempraktikkan segala teori yang ada dengan segala situasi samada
secara langsung ataupun tidak langsung semasa mengendalikan sesuatu proses atau
mengendalikan sesuatu kerja di firma yang memerlukan kemahiran yang tertentu untuk
melaksanakannya. Dengan pengalaman dan tunjuk ajar daripada pekerja yang mahir dan
berpengalaman, dapatlah memudahkan pelajar itu untuk menceburi diri dalam bidang
pekerjaan yang akan ditempuhi kelak.

Latihan industri juga adalah penting kepada para pelajar untuk mengikutinya
kerana ia akan memberi pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat
diperolehi semasa di Politeknik. Selain itu, ianya juga merupakan syarat wajib yang
ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk layak mendapat
penganugerahan diploma.

6
Latihan industri juga memberi sedikit sebanyak pengalaman selama satu
semester. Para pelajar akan dapat mempelajari erti kehidupan serta tanggungjawab
dalam pekerjaan dalam bidang masing-masing.

1.5 Falsafah Latihan Industri

Konsep mengadakan latihan industri telah diasaskan kepada tiga perkara yang
secara langsung merangkumi falsafah pendidikan politeknik. Kesimpulan falsafah ini
ialah :

i. Setiap pelajar mempunyai keupayaan semulajadi untuk belajar.

ii. Pendidikan dan latihan industri boleh memainkan peranan yang penting dalam
mengubah status sosio ekonomi.
iii. Sesuatu kejayaan hanya akan dapat dicapai ke tahap yang paling optimum
melalui penimbaan pengalaman yang secukupnya.

1.6 Matlamat Latihan Industri

Berdasarkan falsafah di atas, matlamat latihan industri telah diwujudkan untuk :

i. Mengeluarkan lulusan yang serba boleh dari segi mental, fizikal dan kerohanian
dalam teknologi,mekanikal dan pengurusan yang selaras dengan matlamat
wawasan 2020.

ii. Membentuk dan memupuk sifat yang amanah, dedikasi, toleransi dan kesetiaan
di kalangan pelajar melalui penamaan nilai-nilai kepimpinan dan disiplin supaya
mereka dapat menjadi pemimpin yang cekap, berdisiplin dan produktif sambil

7
menyedari hakikat perlunya mengimbangkan pembangunan dengan
meninggikan taraf hidup masyarakat.

iii. Menanam sikap keberanian dan keyakinan untuk menjadi lulusan yang boleh
berdikari.

1.7 Strategi Latihan Industri

Matlamat-matlamat di atas akan dilaksanakan melalui strategi-strategi berikut :

i. Mendedahkan para pelajar kepada pengalaman bekerja melalui latihan industri


untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang
sebenar dengan lebih cepat.

ii. Menggalakkan para pelajar untuk menimba sebanyak pengalaman melalui


lawatan ke tapak binaan dan menyertai mesyuarat tentang projek yang
dijalankan oleh organisasi latihan.

8
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan organisasi

LMP Geotechnic Sdn. Bhd. merupakan syarikat kontraktor yang mempunyai kepakaran
yang khusus terutamanya dalam bidang kejuruteraan geoteknik, struktur dan asas
cerucuk. Syarikat ini telah ditubuhkan pada bulan Mei tahun 2011. Syarikat ini juga
diketuai oleh kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepakaran sepenuhnya dalam
bidang geoteknik, struktur dan asas.

Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Lembaga


Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Syarikat ini juga sedang menjalankan
‘Projek Membina dan Menyiapkan Kerja-kerja Penyambungan LRT Laluan
Ampang’(LRT Ampang Line Extension Project) dari Sri Petaling ke Putra Heights.
Projek ini merupakan sebuah projek di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad.

9
2.2 Carta Organisasi

PROJECT DIRECTOR
KK YEOH

ASST. PROJECT DIRECTOR


KATHERINE CHOO

A
ADMIN PROJECT CONSTRUCTION STORE
TECHNICAL
MANAGER MANAGER MANAGER MANAGER
MANAGER
CATHERINE EDMOND ROBERT CHONG & LAW KAM
LEE TECK HOW KK CHEN FOO
ANAK GOH LOW

PLANNING &
QA/QC TRACKING SUPERINTENDENT SITE SAFETY
ENGINEER ENGINEER OFFICER SUPERVISOR
NUR HAFIZAH RAMAMURTHI MUHAMMAD ARSYAD
RUSLINA AZIZ
BAKAR

PROJECT PROJECT
ACCOUNT
ENGINEER ENGINEER
EXECUTIVE
WAN MOHD MUZLIAMIRUL
SHIMA
NAZERI RAMELI

SENIOR SITE SUPERVISOR


RAHIM MURI

10
2.3 Misi syarikat

i. Untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian yang berkaitan dengan


bidang kejuruteraan geoteknik yang inovatif serta efektif dari segi kos.

ii. Sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang dalam
bidang geoteknikal dan specialised structures.

iii. Untuk menubuhkan hubungan jangka panjang yang lebih progresif dengan
semua stakeholders.

2.4 Skop kerja syarikat

Jadual 2.1 : Senarai skop kerja yang dilakukan oleh syarikat

Geoteknikal dan Asas Struktur khas

Cerucuk terjara (bored pile) Basement construction


Contiguous bored pile Guideway pier construction
Micropiling Struktur keluli sementara
Soil nailing Wharf construction
Jet grouting Highrise building
Hand-dug caisson
Tube a-manchette grouting

2.5 Senarai projek

11
Jadual 2.2 : Senarai projek yang telah siap dan masih berjalan

Project Contract Value Date


No Description
Employer ( RM) Complete
1 Projek Pembinaan Bangunan 92 Kementerian 3,351,475,.69 Oct-2009
Anggota Tentera Cawangan Khas Pertahanan
(ATCK), Kem Genting , Klang, Malaysia
Kuala Lumpur – Bore Piling
Works.
2 Proposed Eastern Dispersal Link MRCB 53,166,200.00 Aug-2010
(EDL) Johor Bahru – Foundation Engineering
Works. Sdn. Bhd.
3 Pilot Scheme For Development Brunei 18,418,832.40 May’2010
Of 2000 Houses Within 24 Economic
Months For The National Development
Housing Scheme Of Brunei Board
Darussalam – Water Supply
Facilities.
5 Construction And Completion Of Sunsea 12,981,073.50 Aug’2010
Earthworks, Piling Works,
Development
Pilecaps, Basement Slab &
Basement Retaining Wall For The Sdn. Bhd.
Proposed Commercial
Development on T.L 01755187 at
Jalan Tun Fuad Stephens, Kota
Kinabalu, Sabah.
6 Proposed Development Of New Malaysia 5,000,000.00 Dec’2011
KLIA 2 & Associated Works at Airport
KLIA Sepang, Selangor Holding Bhd.
Temporary Shoring System.
7 Construction & Completion Of Raktyat Elite
The Proposed 13-Storey Plaza Sdn. Bhd.
Merdeka Commercial
Complex/Hotel, Kuching ,
48,364,361.71 Nov’2011
Package 3- Basement
Package 4- Superstructures 93,365,569.48 Jun’2012
8 Proposed Extension Of LRT Syarikat 140,236,112.11 Feb’2013
System From Kuala Lumpur Prasarana

12
Facilities Works (Package A) For Negara Sdn.
The Ampang Line Project – Bhd.
Foundation & Substructures
Works
9 Construction & Completion of Syarikat 170,739,752.16 IN
Facilities Works Including Prasarana PROGRESS
Fabrication & Delivery of Negara Sdn.
Segmental Box Girders (Package Bhd
B) for the Ampang Line Extension
Project – Foundation &
Substructures Works
10 Cadangan Pembangunan 1 Blok Bina Puri 193,000.00 June’2012
Kondominium 20 Tingkat Yg Construction
Terdiri Daripada138 Unit Sdn. Bhd.
Kondomium Degan Ruang
Kemudahan Termasuk 3 Tingkat
Tempat Letak Kereta, Kedai,
Pejabat Pengurus, Pencawang
Elektrik, Bilik M&E, Surau,
taman Permainan, Kolam Renang,
Pondok Pengawal & Pusat
Pembuangan Sampah Di Atas PT
79673, Batu 14, Puchong, Daerah
Petaling, Mukim Petaling,
Selangor DE (Puri Tower) –
Temporary Shoring System
11 Cadangan Pembinaan Kompleks Lembaga 208,734,445.17 IN
Perikanan LKIM Di Kg. Tanjung Kemajuan PROGRESS
Bako, Kuching, Sarawak, Secara Ikan
Rekabentuk Dan Bina Melalui Malaysia
Kaedah ‘Private Finance
Initiative’
12 Cadangan Pembangunan 2 Blok Medini 17,460,000.00 IN
Pejabat 23 Tingkat Di Atas Lot Development PROGRESS
PTD 187624 ( Plot B9) Mukim Sdn. Bhd.

13
Pulai, Daerah Johor Bahru, Johor
Darul Takzim ( Medini B9)-
Piling, CBP & Temporary Ground
Anchor
13 Station 01 Mix Development On Brilliant 19,785,905.12 Feb’2015
Lot 38568 Off Jalan 1/155B, Corridor Sdn.
Bukit Jalil, Kuala Lumpur – Bhd.
Construction And Completion Of
Infrastructure Works Inclusive Of
Main Access Road, Underpass,
Vehicular Box Culvert, CBP
Wall, Surface Carparks, etc.-
Contiguous Bored Pile &
Foundation Pile Works

2.5 Senarai jentera

Jadual 2.3 : Senarai jentera yang dimiliki oleh syarikat

No
Type Of Plant/Machineries Model Unit/Set
.
1 Bored Pile Boring Rig Bauer BG15 1
2 Bored Pile Boring Rig Bauer BG25 4
3 Bored Pile Boring Rig Sany SR 150 C 4
4 Bored Pile Boring Rig Ossaint FAR 160 D 1
5 Drilling Rig Klemm KR 804 1

14
6 Vibrohammer c/w Power Pack FAV 30 - 400 3
7 Desander & Bentonite Colloidal Mixer FAD 200 3
8 Water Silo 10
9 Vibohammer Mounted To Excavator 1
10 Crawler Crane Zoomlion ZCC550 4
11 Crawler Crane Zoomlion QUY55 2
12 Excavator Liu Gong 5
13 Tube-A-Manchette Grouting Equipment 2
14 1000T Hydraulic Jack 2
15 Hydraulic Pump for Hydraulic Jack 1
16 Concrete Pump Putzmeister 1
17 Dump Truck Sinotruck 2
18 Lorry Crane 1
19 Tank Truck 2

BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

15
3.1 Pengenalan

Latihan industri boleh dijalankan di jabatan kerajaan ataupun firma swasta supaya
pelajar dapat membezakan suasana kerja yang sebenar dengan suasana di politeknik.
Pelajar juga didedahkan dengan cabaran dan masalah yang akan dilalui setelah bekerja
kelak. Setiap pelajar yang menjalani latihan industri mestilah merekodkan setiap kerja
yang terlibat di tempat latihan di dalam buku laporan harian. Ringkasan mingguan
adalah ringkasan bagi kegiatan atau kerja yang dilakukan semasa menjalani latihan
industri.

Sepanjang menjalani latihan industry di LMP GEOTECHNIC SDN. BHD, saya


telah ditempatkan dibawah ‘Operation Department’. Tugas utama saya adalah untuk
memastikan kerja-kerja yang terlibat di tapak bina berjalan dengan lancar dan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan.

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan industri selama satu semester adalah
diringkaskan seperti berikut :

Waktu kerja biasa : 8.00 a.m – 5.00 p.m


Hari bekerja : Isnin – Sabtu

3.2.1 Ringkasan aktiviti mingguan

Jadual 3.1 : Ringkasan aktiviti mingguan

16
Bilangan MINGGU PERTAMA
i.
Lapor diri dengan penyelia di organisasi latihan.
ii. Mendengar taklimat ringkas mengenai projek yang sedang
berjalan iaitu projek LRT ‘Ampang Line Extension Project’.
iii. Memahami kandungan-kandungan yang terdapat pada pelan
lukisan.
iv. Diberi penerangan tentang kerja-kerja yang terlibat dalam
pembinaan ‘bored pile’, ‘pile cap’, ‘pier’ dan ‘portal frame’.
Mempelajari dan memahami setiap kandungan yang terdapat
v.
dalam ‘method of statement’ yang berkaitan dengan kerja-kerja
pembinaan asas cerucuk pengorekan (bored pile).

Bilanga MINGGU KEDUA


n
i. Melihat kerja-kerja pengorekan tanah untuk ‘strip footing’.

ii. Memantau kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan ‘ground


bearing slab’ termasuk kerja-kerja membuat lapisan keras dan
lapisan ‘lean concrete’.
iii. Mempelajari cara-cara pemasangan besi tetulang pada ‘strip
footing’ dan ‘ground bearing slab’.
iv. Melihat kerja-kerja konkrit pada ‘strip footing’ dan ‘ground
bearing slab’ .

Bilanga MINGGU KETIGA


n
i. Memantau kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan ‘ground
bearing slab’ termasuk kerja-kerja membuat lapisan ‘lean
concrete’, pemasangan besi tetulang dan kerja-kerja konkrit.

Bilangan MINGGU KEEMPAT


i. Memantau kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan asas
cerucuk pengorekan (bored pile).
Lokasi : BP 2, BP 1 dan BP 3 (Abutment A) dan BP 2 (Abutment
B).
ii. Mengenalpasti jentera-jentera dan peralatan yang digunakan
dalam pembinaan cerucuk pengorekan.

17
Bilangan MINGGU KELIMA
i. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan cerucuk
pengorekan (bored pile) pada BP 4 dan BP 5 (Abutment A).
ii. Melihat proses kerja yang terlibat semasa ujian PDA (High Strain
Dynamic Pile Test) dijalankan.
iii. Melihat dan mempelajari cara-cara ujian PIT (Low Strain Dynamic
Pile Test) dijalankan.

Bilangan MINGGU KEENAM


i. Melihat dan mempelajari proses kerja yang terlibat dalam
pembinaan tembok landas, ‘ballast wall’ dan ‘wing wall’.
ii. Melihat kerja-kerja pemasangan besi tetulang, pemasangan kotak
bentuk dan kerja-kerja konkrit pada tembok landas (abutment),
‘ballast wall’ dan ‘wing wall’.
iii. Mempelajari cara-cara membuat lapisan pengalas (bearing).

Bilangan MINGGU KETUJUH


i. Melihat kerja-kerja pelancaran rasuk (u-beam launching).
ii. Melihat cara-cara pemasangan besi tetulang pada diafragma
(diaphragm).
iii. Melihat kerja-kerja konkrit pada diafragma.
iv. Melihat kerja-kerja penyediaan lapisan asas dan ‘lean concrete’
pada papak tuju (approach slab).

Bilangan MINGGU KELAPAN


i. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan papak tuju
termasuk kerja pemasangan tetulang dan kerja konkrit.
ii. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan tembok tepi
(parapet wall) dan papak geladak (deck slab).

Bilangan MINGGU KESEMBILAN


i. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan ‘ground
bearing slab’dan memantau kerja-kerja seperti berikut :
 Penyediaan lapisan keras.
 Penyediaan lapisan ‘lean concrete’.

18
 Pemasangan besi tetulang.
 Kerja-kerja konkrit.

Bilangan MINGGU KESEPULUH


i. Membantu QA/QC Engineer mencari dan mengumpul surat-surat
yang berkaitan dengan permasalahan yang berlaku di tapak bina
yang menyebabkan kerja-kerja di tapak bina dihentikan atau
tertangguh (notice of delay).

Bilangan MINGGU KESEBELAS


a) Cuti Tahun Baru Cina (Chinese New Year Break)
- 6 February 2016 to 13 February 2016

Bilangan MINGGU KEDUA BELAS


a) Mencetak kesemua notice of delay untuk dimasukkan ke dalam
fail.
b) Mengemaskini site daily record.

Bilanga MINGGU KETIGA BELAS - MINGGU KEDUA PULUH


n
a) Mengimbas kesemua lukisan kerja bagi Package A.
b) Menamakan kesemua lukisan kerja yang telah diimbas.

19
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL – ASAS CERUCUK

4.1 Pengenalan

Asas merupakan suatu bahagian yang penting dalam sesuatu struktur kerana segala
beban yang dikenakan oleh struktur tersebut akan dipindahkan oleh asas ke atas tanah di
bawah struktur itu. Asas dapat dikategorikan kepada asas cetek dan asas dalam yang
lebih dikenali sebagai asas cerucuk. Asas cetek terdiri daripada asas tunggal, asas jalur
dan asas rakit manakala asas cerucuk dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
cerucuk anjakan besar, cerucuk anjakan kecil dan cerucuk tiada anjakan.

Penggunaan asas cerucuk adalah lebih ekonomi dan selamat sekiranya beban
yang besar perlu ditanggung oleh tapak tanah yang mempunyai tegasan galas izin yang
rendah ataupun apabila lapisan tanah yang keras dan padat berada lebih 3 meter di

20
bawah permukaan tanah. Maka, kekukuhan dan kekuatan sesuatu struktur banyak
bergantung kepada rekabentuk asas cerucuk ini.

Asas cerucuk memainkan peranan yang penting sebagai komponen yang utama
dalam memindahkan beban asas melalui strata tanah yang mempunyai keupayaan galas
yang rendah kepada strata tanah atau batu-batuan yang mempunyai keupayaan galas
yang tinggi. Dalam keadaan tanah yang normal, asas cerucuk digunakan untuk menahan
daya angkat naik seperti struktur pelantar luar pantai, asas di bawah paras air bumi atau
menara penghantaran asas.

Asas cerucuk juga digunakan di dalam tanah lembut untuk menahan beban ufuk
seperti daya angin dan daya gempa bumi secara lenturan. Tanah yang senang
mengembang dan mengecut iaitu tanah yang sensitif kepada perubahan peratus
kelembapan tanah juga memerlukan asas cerucuk. Selain itu, bagi kerja pembinaan di
atas air seperti jeti dan jambatan juga memerlukan asas cerucuk. Terdapat pelbagai
jenis, bentuk, saiz dan bahan yang digunakan untuk asas cerucuk dan pemilihan untuk
menggunakannya adalah bergantung kepada situasi yang spesifik.

4.2 Faktor-Faktor Penggunaan Asas Cerucuk

Penggunaan cerucuk sebagai salah satu elemen yang penting dalam pembinaan
sesebuah struktur telah lama bermula dalam sejarah kejuruteraan awam di dunia ini.
Cerucuk digunakan sebagai penyokong dan alat untuk memindahkan beban daripada
struktur ke tanah. Penggunaan asas cerucuk adalah disebabkan oleh :

i. Kewujudan lapisan galas yang sesuai tidak diperolehi. Tanah di bawah struktur
tidak berfungsi dengan baik atau tidak berupaya untuk menanggung beban yang
disebabkan oleh struktur tersebut apabila asas cetek digunakan.

21
ii. Kebolehmampatan tanah yang boleh menyebabkan enapan yang besar apabila
asas cetek digunakan.

iii. Taburan tanah di bawah permukaan tanah yang tidak seragam.

iv. Untuk tujuan menghalang tindakan daya tujah dari bawah permukaan seperti
tindakan hidrostatik.

v. Untuk mendapatkan suatu strata yang kuat dalam kerja-kerja pengorekan.

4.3 Jenis Jenis Cerucuk

Terdapat pelbagai jenis cerucuk yang digunakan mengikut keadaan tanah dan situasi
yang berbeza. Antara jenis cerucuk yang digunakan adalah seperti cerucuk anjakan
besar dan cerucuk tiada anjakan. Asas cerucuk boleh dibahagikan kepada beberapa
klasifikasi yang bergantung kepada beberapa keadaan. Klasifikasi asas cerucuk boleh
dibahagikan mengikut kaedah pemasangan, keupayaan galas, bahan yang digunakan,
fungsi dan juga bentuk.

4.3.1 Cerucuk Anjakan Besar

Cerucuk jenis ini adalah cerucuk yang padu. Penggunaannya boleh menyebabkan
anjakan pada tanah apabila cerucuk dimasukkan ke dalam tanah. Contoh cerucuk yang
berada di bawah klasifikasi ini adalah seperti :

i. Cerucuk terpacu dan tuang disitu

22
ii. Cerucuk pra-tuang / pra tegasan

iii. Cerucuk kayu

4.3.1.1 Cerucuk Terpacu Dan Tuang Disitu

Cerucuk jenis ini amat sesuai digunakan dan panjangnya boleh disesuaikan mengikut
permintaan dan kehendak pengguna dan kesesuaian penggunaannya. Ia juga boleh
dipacu dengan hujung tiub yang tertutup ke dalam tanah dan diisi dengan konkrit
mengikut set yang telah ditentukan dimana tiub tersebut boleh dibiarkan atau
dikeluarkan. Ia juga tidak dipengaruhi oleh kesan air.

Keburukan cerucuk jenis ini akan menghasilkan kenaikan lambung tanah dimana
ia akan memberi kesan serta gangguan kepada struktur bangunan yang bersebelahan
dengannya. Sekiranya ruang kepalanya terhad, maka ia tidak dapat dipacu.

4.3.1.2 Cerucuk Pra-Tuang/Pra-Tegasan

Cerucuk jenis ini amat sesuai pada keadaan tanah liat yang lembut, tanah kelodak dan
tanah gambut dan ianya boleh dipacu mengikut set yang ditentukan. Panjangnya boleh
menjangkau 27 meter dan boleh menahan beban sehingga 1000 Kn. Ia tidak dipengaruhi
oleh air dan penggunaan bahan untuk membina cerucuk ini boleh ditentukan dan
diperiksa.

Keburukan cerucuk jenis ini ialah ia mudah rosak dan patah akibat pacuan yang
kuat. Saiz cerucuk ini juga tidak mudah untuk diubah dan juga menimbulkan masalah-
masalah seperti penghasilan bunyi yang bising,getaran yang kuat dan anjakan serta
tidak sesuai untuk kerja-kerja pembinaan yang melibatkan diameter yang besar.

23
4.3.1.3 Cerucuk Kayu

Cerucuk jenis ini boleh disambungkan pada titik pacuan yang disediakan. Kebiasaannya
panjang cerucuk jenis ini ialah sepanjang 20 meter dan mampu menahan beban shingga
600 kN. Tanapile, Bakau dan General Lumber adalah jenis kayu yang boleh digunakan
sebagai cerucuk. Kelebihan cerucuk ini ialah kosnya yang murah disamping ringan dan
mempunyai kebolehkerjaan yang tinggi.

Keburukan cerucuk jenis ini ialah ia mudah mengalami pereputan akibat


serangan organisma perosak dan mestilah bebas daipada segala jenis penyakit yang
biasa terdapat pada semua kayu. Bagi cerucuk bakau, segala cabang-cabang kayu
mestilah dibuang tanpa merosakkan kulit kayu tersebut. Ia juga mestilah diawet supaya
tahan terhadap faktor persekitarannya dan sentiasa berada dalam keadaan lembap
apabila berada di tapak bina sebelum ianya ditanam.

4.3.2 Cerucuk Tiada Anjakan

Cerucuk jenis ini terhasil daripada penjaraan atau pengorekan tanah. Tanah akan
dikeluarkan terlebih dahulu semasa menggerudi lubang sebelum konkrit dituang
kedalamnya. Proses ini mengambil masa yang singkat untuk mengelakkan fenomena
perlembutan tanah di sekelilingnya. Cerucuk yang biasa digunakan dapat menampung
beban kerja sehingga 10000kN dan panjangnya lebih kurang 45 meter.

24
4.3.2.1 Cerucuk Terjara Tuang Di-Situ

Cerucuk terjara ini dibentuk daripada penjaraan dan tanah akan dikeluarkan sebelum
diisi dengan konkrit. Saiz cerucuk terjara yang biasa digunakan adalah berjulat di antara
400 – 1500 mm dalam ukuran diameter dengan keupayaan menampung beban sehingga
60 – 100 tan. Cerucuk terjara yang mempunyai diameter melebihi 600 mm dikenali
sebagai cerucuk terjara bergaris pusat besar.

Kelebihan cerucuk jenis ini adalah panjangnya boleh diubah dengan mudah atas
kehendak dan permintaan pelanggan dan kesesuaian penggunaannya. Keadaan dan jenis
tanah dapat diperiksa dengan laporan daripada penyiasatan tapak. Ia juga tidak
menghasilkan sebarang bunyi dan gegaran serta tidak mengganggu struktur bangunan
yang berhampiran. Kekurangan cerucuk jenis ini ialah operasi pembinaan akan terjejas
oleh faktor cuaca yang buruk dan aktiviti menjara mungkin boleh melonggarkan tanah-
tanah berpasir atau kelikir. Pengawasan dan penyelian yang ketat diperlukan semasa
aktiviti mengkonkrit. Aliran masuk air boleh merosakkan konkrit dan menimbulkan
gangguan terhadap tanah di sekelilingnya serta merendahkan keupayaan cerucuk
tersebut.

4.3.2.2 Cerucuk Mikro

Cerucuk mikro merupakan jenis cerucuk yang berbentuk bulat dan mempunyai diameter
kurang daripada 300 mm iaitu sekitar 100 – 250 mm. Panjang maksimum cerucuk ini
ialah sehingga 60 meter dan ia juga berkeupayaan untuk menanggung beban kerja
dalam julat 200 – 2000 kN. Selain itu, panjangnya juga berpandukan keadaan sub-

25
permukaan tanah, kekerasan batu dan kapasiti beban yang akan ditanggung oleh
cerucuk.

Kelebihan cerucuk ini ialah ia boleh direkabentuk untuk menanggung daya


mampatan atau tegangan sebagai asas bangunan. Di samping itu, cerucuk mikro juga
boleh digunakan untuk kerja-kerja tupang bawahan dan kecil memandangkan saiznya
yang kecil.

4.4 Cerucuk Terjara (Bored Pile)

Cerucuk terjara ini dibentuk daripada penjaraan dan tanah akan dikeluarkan sebelum
diisi dengan konkrit. Saiz cerucuk terjara yang biasa digunakan adalah berjulat di antara
400 – 1500 mm dalam ukuran diameter dengan keupayaan menampung beban sehinga
60 – 100 tan. Cerucuk terjara yang mempunyai diameter melebihi 600 mm dikenali
sebagai cerucuk terjara bergaris pusat besar. Terdapat dua jenis cerucuk terjara
berdasarkan kepada kaedah ataupun teknik pengorekan tanah dalam penempatan konkrit
bertetulang iaitu samada pengorekan lubang terjara dengan menggunakan tangan
ataupun alat mekanik.

Cerucuk terjara sesuai digunakan di kawasan yang bertanah keras apabila beban
yang tinggi dikenakan ke atasnya. Cerucuk jenis ini juga tidak menghasilkan sebarang
bunyi yang bising dan gegaran serta tidak mengganggu struktur bangunan yang
berhampiran. Walaupun cerucuk ini menjimatkan kos tetapi kos mobilization adalah
tinggi untuk penghantaran mesin-mesin dan jentera yang besar dan mahal.

Untuk tanah yang berpasir dan bersrata terlalu lembut, sokongan ‘bentonite’
boleh digunakan untuk menstabilkan lubang terjara. Bagi lubang kering, kadar
kandungan simen adalah sebanyak 300 kg /m3 manakala 400 kg /m3 untuk lubang yang
basah. Kebolehkerjaan yang tinggi diperlukan bagi memastikan konkrit boleh mengalir
26
melalui dinding lubang jara tanpa perlu dipadatkan dan mengelakkan pengasingan,
honeycombing, penjujuhan dan lain-lain. Konkrit juga tidak boleh dituang melebihi 2m
dan walaupun lubang terjara adalah dalam keadaan kering, paip tremie perlu digunakan
juga.
4.4.1 Kaedah Pembinaan Cerucuk Terjara (Bored Pile)

Kaedah pembinaan cerucuk adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut :

Jadual 4.1 : Kaedah pembinaan cerucuk terjara (bored pile)

Bil. Penerangan Gambarajah


i. Jurukur tanah mengenalpasti kedudukan
dan posisi cerucuk pada tapak
pembinaan. Untuk memudahkan
kedudukan tersebut dicari dan
dikenalpasti, satu bar besi akan ditusuk
ke dalam tanah.

ii. Kerja menjara dilakukan dengan


menggunakan mesin penggerek (boring
rig).

27
iii. Satu selongsong besi (steel casing)
ditanam kebawah apabila lubang cerucuk
mencapai kedalaman 4 – 5 meter.

iv. Selongsong besi (steel casing) digetarkan


sehingga berhenti pada lapisan bawah
tanah yang keras dan ia hendaklah
diperiksa ketegakannya.

v. Kerja menjara diteruskan dengan


menggunakan gerimit atau ‘boring
bucket’ bergantung kepada keadaan
tanah.

vi. Kedalaman lubang cerucuk akan sentiasa


diukur supaya kedalaman muktamad
diperolehi.

28
vii. Setelah mencapai kedalaman yang
dikehendaki, lubang cerucuk akan
dibersihkan dengan menggunakan
‘cleaning bucket’. Kemudian, tetulang
yang sudah siap diikat akan diturunkan
ke dalam lubang cerucuk dengan
menggunakan kren.

viii. Selepas penurunan besi tetulang (rebar


cage), konkrit akan dituang ke dalam
lubang cerucuk melalui paip tremie. Satu
corong tuang dipasang dengan jaring besi
pada atas paip tremie dengan tujuan
untuk menghalang ketulan batu baur
yang besar memasuki lubang cerucuk.
Untuk mengetahui samada cerucuk
mengalami pengleheran atau lengkokan,
kenaikan konkrit pada lubang cerucuk
hendaklah diukur dan dicatat setiap kali
lori konkrit habis menurunkan konkrit.

ix. Dengan menggunakan tukul getar,


selongsong besi (steel casing) akan
dicabut keluar dengan menggunakan
kren.

4.4.2 Ujian Analisis Dinamik Cerucuk

29
Ujian PDA ini adalah jenis ujian beban dinamik dimana teknologi komputer digunakan
untuk mengambil dan merekodkan data. Kaedah ujian ini adalah melibatkan
penghentaman penukul ke atas tukup cerucuk untuk mendapatkan data ukuran dinamik
atau tenaga yang terhasil. Dua pasang tolok tekanan dan accelerometer akan
dipasangkan di sisi bertentangan pada cerucuk yang yang hendak diuji. Kemudian, tolok
tersebut akan disambungkan pula kepada alat analisis pemacuan cerucuk (pile driving
analyzer) untuk merekodkan pergerakan dinamik cerucuk dan menilai kualiti data,
rintangan dan kelakukan cerucuk. Setelah itu, kerja-kerja penyedian drop hammer dan
perletakan guide frame dijalankan.

Rajah 4.1 : Strain transducer dan accelerometer yang dipasang


pada tukup cerucuk

30
Semasa ujikaji, segala maklumat cerucuk dan penukul akan direkodkan oleh
PDA. Semakan akan dibuat untuk memastikan sama ada strain transducer dan
accelerometer berfungsi dengan baik atau tidak. Pengukuran dinamik cerucuk akan
dimulakan dengan jatuhan penukul pada ketinggian tertentu.

Rajah 4.2 : Penukul yang sedia untuk dihentam


ke atas tukup cerucuk

Selepas tukup cerucuk dihentam dengan penukul, data hentaman akan


dipamerkan dalam alat PDA. Data yang telah direkodkan pula akan terus dianalisis
dengan menggunakan perisian CAPWAP. Kelebihan ujian ini adalah ia dapat dijalankan
dengan lebih cepat dan mudah. Manakala kelemahan ujian PDA ini adalah ia
melibatkan kos yang tinggi.

31
BAB 5

PEMBINAAN JAMBATAN

5.1 Pengenalan

Jambatan merupakan satu binaan yang dibuat dengan tujuan untuk menghubungkan dua
tempat yang dipisahkan oleh struktur atau halangan yang terdapat pada sekitar kawasan
tersebut seperti sungai, lebuhraya, landasan kereta api dan sebagainya tanpa
menyebabkan sebarang gangguan. Sesebuah jambatan yang dibina kebiasaannya
memiliki beberapa elemen atau komponen yang penting seperti tembok landas, tiang
sambut (pier), tembok sayap (wing wall), tembok tepi (parapet wall), rasuk, papak
geladak, papak tuju, diafragma dan sebagainya.

Jambatan yang dibina mempunyai konsep tegangan dan juga mampatan. Kedua-
dua ciri ini merupakan elemen terpenting bagi membolehkan jambatan itu memanjang.
Semasa menanggung beban, jambatan akan melentur dan terdapat juga struktur yang
akan menegang dan sebahagian lagi akan mengalami mampatan. Pemahaman dalam
ciri-ciri mampatan dan tegangan sesuatu bahan dan cara untuk mengawal daya yang
bertindak akan memudahkan para jurutera menentukan jenis jambatan dan panjang
jambatan yang dikehendaki.

32
Bagi projek LRT ini, jambatan yang dibina memerlukan asas cerucuk yang
berfungsi untuk menghantar segala bebanan struktur ke bawah lapisan tanah bahagian
bawah yang lebih kukuh dan stabil. Sistem pencerucukan yang digunakan dalam projek
pembinaan jambatan ini adalah cerucuk terjara tuang di-situ (bored pile). Sebelum
pembinaan struktur jambatan dimulakan, aktiviti setting out akan dijalankan terlebih
dahulu. Setting out dibuat berdasarkan kepada pelan tapak dan lukisan-lukisan berkaitan
untuk menentukan arah jambatan, kedudukan jambatan, dimensi jambatan dan juga aras
jambatan tersebut.

5.2 Kerja-kerja tanah

Setiap jambatan yang dibina mempunyai limit of contract yang tersendiri yang
merangkumi rentang keseluruhan jambatan dan juga kedua-dua approach embankment.
Bagi memastikan kuantiti kerja tanah yang tepat, catatan akan dibuat terhadap aras
profil tanah dan keratan melintang di bahagian approach embankment sebelum
dimulakan kerja mengorek atau menambun. Kedudukan dan dimensi untuk asas tembok
landas hendaklah ditentukan dengan tepat. Saiz kawasan yang dikorek adalah
berdasrkan kepada panjang dan lebar tembok landas. Kawasan asas yang dikorek juga
hendaklah bebas dari sumber air. Hal ini bertujuan untuk memastikan kestabilan cerun
dan juga daya tanggung tanah.

Bagi kerja menambun tanah dibelakang tembok landas dan tembok sayap, ia
hendaklah dibuat dengan berhati-hati supaya aktiviti tersebut tidak menjejaskan
kestabilan struktur. Kadangkala kerja menambun tanah tidak dibenarkan sehingga rasuk
jambatan telah ditempatkan ataupun setelah tembok landas disokong atau ditampan
terlebih dahulu.

33
5.3 Komponen-komponen jambatan

Sesebuah jambatan yang dibina kebiasaannya memiliki beberapa elemen atau


komponen yang penting seperti tembok landas, tiang sambut (pier), tembok sayap
(wing wall), tembok tepi (parapet wall), rasuk, papak geladak, papak tuju, diafragma
dan sebagainya.

5.3.1 Tembok landas

Tujuan utama pembinaan tembok landas adalah untuk menghantar segala tindak balas
bebanan dari superstruktur ke bahagian asas jambatan. Di samping itu, tembok landas
juga adalah bertujuan untuk menahan tanah yang ditambun dibelakangnya. Kepala
cerucuk akan dipotong pada paras pemotongan (cut off level) dengan meninggalkan
tetulang besi utama sepanjang 0.8 meter untuk ditambatkan ke dalam tembok landas.
Permukaan bawah tembok landas akan ditempatkan dengan lapisan konkrit jisim bagi
menyediakan permukaan yang bersih.

Rajah 5.1 : Besi tetulang pada tembok landas yang telah siap dipasang

34
5.3.2 Rasuk

Bahagian superstruktur jambatan yang terdiri dari rasuk rentang biasa (simply supported
beam) yang direka bentuk khas dari jenis konkrit prategasan. Pilihannya adalah
bergantung kepada keadaan dan kedudukan tapak binaan. Rasuk prategasan tegas
dahulu biasanya dibuat dikilang sebelum dihantar ke tapak. Panjang rasuk yang
digunakan pula adalah 17.7 meter bagi projek LRT ini.

Rajah 5.2 : Rasuk prategasan bentuk ‘U’ (U-beam)

Kerja-kerja pelancaran rasuk kebiasaannya dilakukan dengan menggunakan


kren. Ketika menjalankan kerja-kerja pelancaran rasuk, penyelia tapak akan
bertanggungjawab untuk mengambil perhatian ke atas perkara-perkara berikut :

i. Rasuk hendaklah diangkat melalui penggantungannya dengan cara perlahan-


lahan tanpa sebarang kejutan.

ii. Kerja-kerja pelancaran rasuk mestilah tidak mengganggu kedudukan alas


tanggung dan dowel bar. Kedudukan rasuk juga perlu dipastikan berada pada
tempat yang betul.

35
Rajah 5.3 : Kerja-kerja pelancaran rasuk

5.3.3 Pengalas (bearing)

Fungsi-fungsi pengalas bagi sesebuah jambatan adalah merangkumi perkara-perkara


yang berikut :

i. Untuk memindahkan bebanan dari superstruktur ke substruktur.

ii. Untuk memberikan kemudahan pergerakan kepada struktur.

iii. Untuk memberikan kemudahan lenturan kepada geladak ketika menerima


bebanan.

iv. Untuk mengurangkan gegaran ke atas struktur jambatan disebabkan oleh beban
mengejut yang dikenakan ke atasnya.

36
Pengalas yang biasa digunakan di Malaysia adalah dari jenis elastomeric yang
diperbuat daripada getah asli ataupun getah tiruan yang dipanggil neoprene sebagai
bahan utama. Pengalas elastomeric yang digunakan bagi pembinaan jambatan ini adalah
dari jenis laminated yang mempunyai beberapa lapisan elastomer yang dicantumkan
kepada plat keluli yang terdapat di dalamnya.

Rajah 5.4 : Pengalas elastomeric yang digunakan untuk menyerap gegaran

Pengalas elastomeric akan diletakkan di atas lapisan epoxy mortar untuk


menghindarkannya dari rosak disebabkan oleh permukaan konkrit yang kasar. Sebelum
menempatkan lapisan epoxy mortar, permukaaan konkrit di bawahnya hendaklah kering
dan bersih daripada segala kekotoran.

Rajah 5.5 : Lapisan epoxy mortar yang telah dibuat

37
5.3.4 Papak geladak

Setelah rasuk prategasan telah sempurna dilancarkan, kerja-kerja pemasangan


penampan dan acuan untuk pembinaan papak geladak pula dijalankan. Pembinaan
papak geladak dan diafragma adalah dilakukan serentak. Kebiasaannya keseluruhan
kerja acuan untuk rasuk prategasan ‘U’ adalah menggunakan kepingan papan lapis yang
berfungsi sebagai acuan tetap di bahagian bawah papak geladak. Penyambungan besi
tetulang biasanya dibuat secara berselang-selang (staggered).

Rajah 5.6 : Pemasangan besi tetulang pada papak geladak

Rajah 5.7 : Papak geladak yang telah siap dikonkrit

38
5.4 Kerja-kerja konkrit

Dalam kerja-kerja konkrit di tapak bina, beberapa aturcara perlaksanaan kerja konkrit
telah dipraktikkan bagi memperoleh kualiti pengkonkritan yang menepati spesifikasi
kerja bagi menjaga mutunya. Bagi projek pembinaan jambatan ini, bancuhan konkrit
yang digunakan adalah konkrit siap campur (ready mix). Memandangkan industri
konkrit siap campur sedang membangun, secara tidak langsung menjadikan ia sebagai
pilihan utama dalam kalangan kontraktor untuk menggunakan kaedah ini. Kebaikan
cara ini adalah bekalan konkrit akan dibekalkan berterusan mengikut masa yang
ditetapkan dan mutunya lebih terjamin. Gred konkrit yang digunakan dalam pembinaan
jambatan ini adalah Gred 40 yang juga merupakan campuran konkrit yang direka
bentuk. Secara umumnya, konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada
gabungan simen, batu baur halus, batu baur kasar, dan air mengikut nisbah tertentu.

5.4.1 Ujian keatas bancuhan konkrit

Tujuan utama ujian dijalankan keatas konkrit adalah untuk mengetahui kekuatan
sesuatu campuran konkrit tersebut. Melalui ujian yang dijalankan, ia akan dapat
menentukan sama ada bancuhan konkrit tersebut sesuai untuk kegunaan berkenaan dan
juga untuk mencapai kehendak kekuatan mampatan yang dikehendaki dalam kerja-kerja
pembinaan. Salah satu ujian yang dijalankan adalah ujian penurunan(slump test).
Tujuan utama ujian penurunan dijalankan adalah untuk menentukan tahap
kebolehkerjaan bancuhan konkrit tersebut sebelum kerja penuangan konkrit pada
struktur jambatan dijalankan. Terdapat tiga jenis penurunan yang mungkin terhasil
daripada ujian ini iaitu penurunan sebenar, penurunan ricih dan penurunan runtuh.

39
Peralatan dan bahan yang digunakan dalam ujian ini adalah seperti berikut :

i. Ferastrem yang berbentuk kon yang berketinggian 300mm

ii. Rod pemadat yang diperbuat daripada keluli

iii. Pita pengukur

iv. Plat tapak

Langkah-langkah menjalankan ujian penurunan adalah seperti berikut :

i. Plat tapak akan diletakkan di atas permukaan yang rata. Setelah itu, kon
ferastrem di atas plat tapak.

ii. Konkrit akan dimasukkan ke dalam kon secara berperingkat-peringkat sebanyak


tiga lapisan.

iii. Stiap lapisan konkrit akan dipadatkan dengan menggunakan rod keluli sebanyak
25 kali.

iv. Selepas lapisan ketiga dibuat, permukaan konkrit akan diratakan dan seterusnya
mengangkat kon dengan berhati-hati secara pugak.

v. Kejatuhan konkrit diukur dengan menggunakan pita pengukur.

vi. Jika tinggi konkrit yang runtuh tidak melebihi design slump, maka ujian tersebut
adalah lulus dan konkrit akan dibenarkan untuk dituang pada struktur jambatan.

40
Rajah 5.8 : Lapisan konkrit dipadatkan dengan menggunakan rod keluli

Rajah 5.9 : Kejatuhan konkrit diukur

41
5.4.2 Kerja-kerja penuangan konkrit

Terdapat beberapa kaedah untuk menuang konkrit seperti menggunakan langkau, pam
dan sebagainya. Bagi pembinaan jambatan ini, kaedah yang digunakan adalah dengan
menggunakan kren dan langkau. Kaedah ini merupakan kaedah yang biasa digunakan
dalam pembinaan bagi struktur yang tinggi ataupun lain-lain keadaan yang memerlukan
kaedah ini perlu digunakan. Langkau digunakan untuk mengangkut konkrit ke tempat
yang hendak dituang dengan konkrit. Kebiasaannya langkau akan diangkat dengan
menggunakan bantuan kren.

Rajah 5.10 : Penuangan konkrit pada diafragma

42
Penggunaan bahan tambah dalam bancuhan konkrit adalah penting supaya
kandungan air dapat dikurangkan. Campuran konkrit yang diadun dengan bahan tambah
dapat membentuk satu campuran yang mempunyai nilai turun yang tinggi dan juga
kebolehkerjaan yang baik. Konkrit yang telah siap dibancuh akan dituang secepat yang
boleh dengan tujuan untuk mengelakkan berlakunya pengasingan bahan-bahan. Cara-
cara pengendalian dan pengangkutan konkrit yang sesuai adalah mustahak untuk
mengelakkan berlakunya pengasingan dalam bancuhan dan bagi memudahkan kerja-
kerja penuangan konkrit berjalan lancar.

Ketika mengangkat konkrit, semua laluan mestilah bebas daripada sebarang


halangan yang boleh menyebabkan konkrit sampai lewat ke tapak bina. Persediaan yang
sesuai adalah penting untuk mengelakkan konkrit berlaku pengasingan dan kehilangan
bahan-bahan. Semasa menuang konkrit pula, konkrit yang telah siap dan tiba di tapak
bina mestilah dituang dalam tempoh 45 minit selepas dibancuh. Cara penuangan
mestilah betul untuk mengelakkan berlaku pengasingan bahan-bahan. Ketinggian jatuh
mestilah tidak melebihi 1.5 meter.

Selain itu, pemadatan konkrit adalah satu proses penyusunan semula dan
penghimpitan partikel-partikel daripada simen, batu baur halus dan batu baur kasar
dengan cara mengeluarkan udara yang terperangkap di dalamnya. Pemadatan dilakukan
dengan sempurna selepas konkrit dituang ke dalam acuan. Jika pemadatan tidak
dilakukan dengan betul, ia akan menyebabkan ruang berongga wujud dan ini akan
memudahkan air meresap masuk ke dalam tetulang yang boleh menyebabkan berlaku
pengaratan pada tetulang tersebut. Konkrit yang sedemikian bukan sahaja mempunyai
kekuatan mampat yang rendah malahan juga ketahanlasakan konkrit juga akan turut
terjejas. Konkrit kebiasaannya akan dipadatkan dengan menggunakan alat penggetar.
Pemilihan saiz penggetar adalah bergantung pada ukuran acuan dan susunan tetulang di
dalam acuan.

43
Sekiranya kedudukan tetulang terlalu rapat, maka penggetar yang lebih kecil
akan digunakan. Jika penggetar tidak dapat dimasukkan ke dalam acuan yang kecil,
maka pemadatan dari bahagian luar adalah dibenarkan. Ini dilakukan dengan menggetar
bahagian luar dinding acuan supaya konkrit dapat bergerak dan memenuhi ruang acuan.
Tujuan untuk mengeluarkan udara yang terperangkap di dalam acuan adalah untuk
mendapatkan ketumpatan konkrit yang maksimum.

Ketika penggetar dimasukkan, pastikan ia turun secepat mungkin kerana ia


membolehkan udara yang terperangkap pada bahagian acuan lapisan konkrit terkeluar
ke permukaan terlebih dahulu. Sewaktu pemadatan, elakkan dari terkena tetulang kerana
ini boleh menjejaskan ikatan tetulang dalam acuan.

Rajah 5.11 : Pemadatan konkrit pada diafragma

44
5.4.3 Pengawetan konkrit(curing)

Pengawetan adalah proses penyenggaraan terhadap konkrit yang baru dituang supaya ia
sentiasa dalam keadaan yang lembap untuk jangka masa tertentu. Air adalah sangat
diperlukan bagi konkrit yang baru dituang untuk memudahkan tindak balas kimia antara
komponen simen dan air dan seterusnya proses ini akan dilakukan shingga konkrit
benar-benar keras. Konkrit yang diawet dengan sempurna akan menjadi lebih kuat,
kukuh dan lebih tahan lama jika dibandingkan dengan konkrit yang tidak diawet.

Tujuan sebenar pengawetan adalah untuk mengelakkan air dipermukaan konkrit


yang kering terlalu cepat akibat proses penyejatan. Sekiranya perkara ini berlaku,
permukaan konkrit akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan retakan apabila berlaku
pengecutan.

45
BAB 6

KESIMPULAN

Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk penganugerahan Diploma
Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Semasa menjalani latihan industri,
pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing
malah pelajar juga didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan.
Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjol
dalam pasaran kerja dalam bidang yang berkaitan setelah tamat pengajian.

Selain itu, saya turut berpeluang mempraktikkan sebahagian perkara yang


dipelajari samada secara teori atau praktikal sewaktu pengajian di Politeknik sebelum
ini. Namun demikian, di kawasan kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan
kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam
seseorang pekerja. Kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanannya iaitu adalah ia
memenuhi fungsinya secara optimum. Aspek kecantikan kerja bukanlah menjadi
keutamaan.

46
Sepanjang tempoh 20 minggu saya menjalani latihan industri di LMP
Geotechnic Sdn. Bhd, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan pelbagai operasi
kerja yang berlainan sama ada secara berseorangan atau bersama-sama rakan setugas.
Sebagai seorang pelatih, saya dikehendaki memahami dan mengenali setiap bahagian
dan tugas-tugas utama setiap bahagian.

Walaupun saya merupakan seorang pelatih, mereka amat mudah menerima saya
di sana dan menganggap saya sebagai pekerja biasa. Perkara ini dapat memudahkan
saya untuk berinteraksi dengan semua golongan pekerja dan membolehkan saya
menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam suasana pekerjaan yang timbul. Keadaan
sedemikian telah banyak membantu kearah pembinaan satu personaliti yang positif
dalam diri saya.

Aspek disiplin dan keyakinan diri turut bertambah kerana saya percaya bahawa
saya berupaya melakukan kerja yang diarahkan sambal mematuhi segala peraturan yang
ditetapkan. Bagi ciri-ciri ini, saya dapat rasakan ianya amat perlu dalam diri setiap
pekerja dan tidak dapat dinafikan latihan industri ini amat membantu dalam
menyediakan diri saya bagi menempuhi alam pekerjaan setelah tamatnya pengajian
nanti. Saya telah belajar cara berkomunikasi dengan pelbagai lapisan di syarikat ini. Ini
adalah amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik dan berjalan lancar tanpa
menghadapi sebarang masalah.

Selain itu, sikap disiplin diri telah dibentuk iaitu mematuhi segala peraturan
yang telah ditetapkan oleh organisasi. Nilai-nilai murni tentang kerjasama, kerajinan,
kebijaksanaan dan hormat-menghormati telah ditanam menerusi latihan industri ini.

47
Walaupun latihan industri merupakan perkara yang diwajibkan untuk semua pelajar,
namun ia merupakan pulangan yang terbaik pada diri pelajar. Mereka dapat menimba
pengalaman dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan gerak kerja seharian. Dengan itu,
pelajar akan bergiat mempelajari sesuatu yang baru serta meningkatkan lagi kemahiran
pada perkara tersebut.

Akhir kata, saya inin melahirkan rasa bangga dan kesyukuran yang tidak
terhingga keran dapat menamatkan latihan industri di LMP Geotechnic Sdn. Bhd.
dengan jayanya dan sekaligus dapat menjaga nama baik pihak politeknik. Adalah
menjadi harapan saya agar pihak politeknik dapat meneruskan program latihan industri
ini supaya dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga pekerja professional
yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kerja.

48
BAB 7

KOMEN DAN CADANGAN

Sepanjang saya menjalani latihan industri, saya telah mempelajari pelbagai pengalaman
yang baru mengenai kejuruteraan awam di LMP Geotechnic Sdn. Bhd. Semasa berada
di syarikat tersebut, saya dapat mempraktikkan segala yang telah saya pelajari semasa di
politeknik iaitu dengan mengikuti kerja-kerja yang berkaitan di tapak bina dan di
pejabat. Selain itu, saya juga dapat melihat perkembangan semasa dalam hal-hal kerja
yang berkaitan dengan pembinaan.

Hasil dapatan saya melaui kerja yang dilakukan sepanjang 20 minggu saya
menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentang persekitaran bekerja di
alam pekerjaan yang sebenar. Saya juga dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah
dipelajri sepanjang saya belajar di politeknik. Apabila berada di industri, saya dapat
mengukuhkan lagi pemahaman tentang kerja-kerja yang berjalan di tapak bina
khususnya yang berkaitan dengan bidang geoteknikal.

49
Di samping itu, saya juga dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di organisasi
bersama dengan staf-staf dengan baik. Selain itu, saya juga diberi peluang untuk
menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan
sempurna dan jayanya. Oleh itu, adalah sangat baik latihan industri ini dijalankan
supaya pelajar dapat memahami segala aspek yang terkandung dalam bidang yang
diikuti iaitu kejuruteraan awam.

Saya selaku pelatih yang menjalani latihan industri ingin mencadangkan supaya
pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan agar sentiasa bersedia untuk menjalankan
tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab. Di
samping itu, pelajar juga harus didedahkan dengan kerja-kerja di tapak bina untuk
memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih memahami dengan lebih jelas
tujuan dan maksud kerja tersebut dilaksanakan.

Selain dari itu, pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan sebaik
mungkin oleh penyelia yang bertanggungjawab sepanjang tempoh latihan industri
berlangsung. Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan
tentang kerja-kerja yang berkaitan di tapak bina.

Saya juga ingin memberikan saranan iaitu ketua dan pekerja bawahan perlulah
mempunyai hubungan komunikasi yang baik seperti memberi penerangan yang
secukupnya tentang sesuatu projek supaya pekerja dapat melakukan kerja dengan sebaik
mungkin.

Akhir sekali, saya mengharapkan agar pelatih tidak mensia-siakan peluang yang
telah diberi semasa menjalani latihan industri supaya ilmu dan pengalaman yang
diperolehi sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh
alam pekerjaan serta ia akan menjadi aset yang berguna kepada diri sendiri.

50
SENARAI RUJUKAN

Yusnita binti Ramli (2005), Laporan Latihan Industri – Jabatan Kerja Raya Hulu
Selangor, 44000 Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan, Universiti Teknologi
Malaysia.

Juan Rodriguez, (2016, March 6), Bored pile – technique and procedure,
Retrieved April, 12, 2016 from Borhttps://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=http://construction.about.com/od/Industrial
Projects/a/Bored Pile
Advantages.htm&ved=0ahUKEwj816C9sJfMAhVh2qYKHb29AXcQFghPMA4&usg=
AFQjCNG1UUhhaej5uQnC35JzyxANiYN2Zwed piles

Civil Digital, (2016), The Five Major Parts Of Bridges – Concrete Span Bridge,
Retrieved April, 12, 2016 from
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://civildigital.com/the-
five-major-parts-of-bridges-concrete-span-
bridge/&ved=0ahUKEwjb2bmRs5fMAhVF6aYKHa16D2EQFghDMAo&usg=AFQjC
NEnC3KXGCtyTAnbx_Aq3VMAgEDPkQ

51

Anda mungkin juga menyukai