Anda di halaman 1dari 46

LAPORAN AKHIR OJT

DISEDIAKAN OLEH
MUHAMAD HARIZ BIN SYAFIZAN

DIPLOMA
KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

SESI OJT TAHUN 2022

i
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

MUHAMAD HARIZ BIN SYAFIZAN


(K171GETN013)

DI

ORTUSTECH MALAYSIA SDN BHD.


LOT 760, JALAN HAJI SIRAT,
42100, KLANG, SELANGOR

Laporan Latihan Industri ini dikemukakan kepada Jabatan

Kejuruteraan Elektronik bagi memenuhi sebagaian syarat penilaian

Latihan Industri dan penganuagerahan

Diploma Kejuruteraan Elektronik

KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

4 APRIL SEHINGGA 16 SEPTEMBER 2022

PERAKUAN PELAJAR

ii
“Dengan mengemukakan laporan ini, saya dengan ini mengisytiharkan

bahawa maklumat dalam laporan akhir ini adalah benar dan ia dilakukan

sendiri. Saya telah mengkreditkan semua sumber yang berkaitan. Laporan

akhir latihan industri yang dibuat adalah untuk memenuhi syarat bagi

mendapatkan diploma dalam Kejuruteraan Elektronik.

Tandatangan :

Nama Pelajar : MUHAMAD HARIZ BIN SYAFIZAN

No Pendaftaran : K171GETN013

Tarikh : 16 SEPTEMBER 2022

DISEDIAKAN OLEH

Tandatangan :

Nama Penyelia :

Organisasi : ORTUSTECH (MALAYSIA) SDN BHD

Tarikh : 16 SEPTEMBER 2022

Cap Organisasi :

iii
iv
KOLEJ VOKASINAL SERI MANJUNG

BIODATA PELAJAR

NAMA : MUHAMAD HARIZ BIN


SYAFIZAN

NO. PENDAFTARAN : K171GETN013

NO. KAD PENGENALAN : 020926-08-0197

KURSUS : DIPLOMA KEJURUTRERAAN


ELEKTRONIK

JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN


ELEKTRONIK

INSTITUSI : KOLEJ VOKASIONAL SERI


MANJUNG

FIRMA LATIHAN : ORTUSTECH(M) SDN BHD

NAMA PENYELIA : ENCIK MHD KHAIRIL AZUAN

TEMPOH LATIHAN : 4 APRIL-16 SEPTMBER 2022

v
PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya,saya


mampu menamatkan latihan industri di ORTUSTECH MALAYSIA SDN BHD
dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan serta dapat menyiapkan
laporan industri saya pada masa dan waktu yang dikehendaki. Pertama
sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang
membantu saya menjayakan latihan industri ini. Selain itu juga, saya
berterima kasih kepada Encik Khairil Azuan selaku peyelia Organisasi yang
membantu saya untuk menjalani Latihan Industri di OMSB ini.

Seterusnya, saya mengucapkan Terima Kasih kepada Tuan Haji


Mustafa dan Puan Hajah Zamrudah di Kolej Vokasional Seri Manjung dan
semua kakitangan di dalamnya yang selama ini telah memberi tunjuk ajar
dan dorongan kepada saya. Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa
saya yang sentiasa menyokong saya dan selalu mendoakan kejayaan saya.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-
sahabat seperjuangan saya dalam menamatkan latihan industri ini.
Kerjasama dan usaha yang dikongsi bersama tidak dapat saya lupakan dan
juga kepada semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung dalam
usaha menamatkan latihan industri ini.

Sepanjang menjalani Latihan Industri di sini, saya amat berpuas hati


dengan layanan yang diberikan oleh warga OMSB yang banyak membantu
saya untuk kekal berada di sini sehingga tamat Latihan Industri. Akhir kata,
hanya Allah Taala sahaja saya serahkan segala urusan, semoga kita semua
diberi taufiq dan hidayat untuk menuju ke jalan yang benar iaitu jalan yang
diredhai di dunia dan di akhirat.

Sekian, Terima Kasih.

vi
BAB 1

PENGENALAN LATHAN INDUSTRI

1.1 Pengenalan

Latihan Industri adalah salah satu syarat wajib dan satu mata pelajaran
yang perlu diikuti oleh setiap pelajar semester 4 di kolej vokasional untuk
membolehkan pelajar bergraduat. Para pelajar perlu menjalani Latihan
Industri atau dikenali sebagai ‘Praktikal’ selama satu semester seperti yang
telah ditetapkan oleh pihak fakulti. Antara objektif utama Latihan Industri
diwujudkan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada agensi
yang berkaitan dengan program yang diambil semasa di kolej vokasional
selain daripada membiasakan pelajar dengan suasana pekerjaan yang
sebenar. Bukan itu sahaja, ianya juga diadakan bagi menanam semangat
kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa bekerja. Selain itu, Latihan
Industri ini membolehkan pelajar melihat perkaitan antara teori yang
dipelajari di dalam kelas dengan kerja-kerja praktikal yang dijalankan semasa
di alam pekerjaan yang sebenar kelak.

Di samping itu juga, pelajar sendiri dapat mengukuhkan keyakinan diri


mereka ke alam pekerjaan melalui pengalaman yang ditimba, ianya boleh
dijadikan sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan di masa
akan datang. Dengan terbitnya buku laporan ini diharap dapat dijadikan
sumber rujukan kepada pelajar lain yang ingin mencari maklumat bagi
menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Justeru itu, objektif khusus Latihan
Industri ini diadakan adalah untuk menganalisis pengalaman pelajar dalam
bidang yang diceburi, mempamerkan kemahiran teknikal yang ada pada
setiap pelajar, menguji kemahiran berfikir secara kritis pelajar dalam
menyelesaikan masalah, memimpin, berinteraksi dan bekerjasama secara

vii
efektif dalam melaksanakan tugas dan projek, dan mempamerkan komitmen,
ciri profesionalisme, etika dan budaya kerja yang cemerlang semasa
menjalani Latihan Industri.

Pelajar juga akan dibimbing oleh pekerja-pekerja yang berkemahiran


dan mempunyai pengalaman yang luas. Disamping itu, pelajar juga diajar
dan diterapkan dengan etika kerja yang tinggi serta peraturan semasa
berada di tempat kerja.Pelajar juga dikehendaki untuk membuat Laporan
Harian didalam Buku Logl yang telah disediakan oleh pihak kolej dan perlu
diserahkan kepada penyelia yang bertanggungjawab untuk diperiksa dan
ditandatangani.Ini merupakan langkah yang bagus kerana pihak industri
boleh melihat prestasi pelajar dan dapat mengenalpasti kebolehan dan
kelemahan pelajar yang perlu diperbaiki.

Selain itu, Pensyarah daripada kolej juga akan datang melawat ke firma
dimana pelajar menjalani Latihan Industri untuk melihat perkembangan dan
berjumpa dengan pengurus dan pengawai yang berkenaan untuk
mengetahui prestasi dan keadaan pelajar semasa menjalani Latihan Industri
disyarikat milik mereka.

viii
1.2 Pendahuluan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat pelajar


menamatkan Latihan Industri ini dengan sempurna pada tempoh yang
ditetapkan serta menyediakan laporan industri pelajar pada masa dan waktu
yang dikehendaki oleh pihak politeknik.

Dalam tempoh 6 bulan iaitu bermula 4 April 2021 sehingga 16


September 2021, pelajar telah menjalankan Latihan industri di Ortustech
Malaysia Sdn Bhd. Dalam tempoh 2 bulan ini, pelajar dapat mempelajari
banyak perkara yang baharu terutamanya berkaitan dengan mesin. Disini,
pelajar lebih mahir untuk mengenalpasti masalah, mencuba untuk membaiki
mesin yang saya tahu dan mengetahui setiap fungsi bahagian mesin yang
pelajar jalankan. Selain itu, pelajar perolehi kemahiran untuk mengendali
mesin dan mengetahui cara cara untuk mendapatkan ‘output’ yang banyak.
Walaupun kerja yang pelajar laksanakan ini tidak mengikut apa yang pelajar
pelajari di kolej tetapi ianya dapat membuatkan pelajar faham dan lebih peka
untuk mengendali sesuatu kerja dengan baik.

Sudah terang lagi bersuluh, Latihan industri ini adalah lebih banyak
memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali alam pekerjaan yang
sebenar. Di samping itu, dengan wujudnya Latihan industri ini, pelajar akan
dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan yang luar biasa serta dapat
membuka minda untuk memikirkan penyelesaian bagi sesuatu masalah
dalam situasi sebenar

A
1.3 Objektif Latihan Industri

Objektif Latihan Industri:

i. Memberi personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah,


berkeyakinan dan bertanggungjawab.
ii. Memberi personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah,
berkeyakinan dan bertanggungjawab.
iii. Boleh berkomunikasi dengan berkesan serta mematangkan pemikiran pelajar.
iv. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
v. Memahami budaya kerja sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.
vi. Mengaitkan teori yang dipelajari semasa di koolej dengan apa yang
dipraktikan di tempat Latihan.
vii. Meluaskan pengetahuan dan kemahiran teknikal pelajar.
viii. Menilai kemampuan diri dalam menghadapi segala cabaran dan sikap
majikan.

1.4 Objektif Laporan

i. Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja yang


dilakukan oleh pelajar dan seterusnya peranan jabatan atau firma tersebut.
ii. Sebagai buku untuk mengumpulkan segala maklumat dan data yang
diperolehi semasa menjalani Latihan Industri.
iii. Menguji kemampuan pelajar dalam mendokumentasikan aktiviti kerja harian
sepanjang tempoh Latihan indakan dengan teratur dan lengkap.
iv. Membiasakan diri pelajar untuk menyediakan laporan supaya lebih bersedia
untuk menghadapi cabaran yang lebih tinggi.
v. Menambahkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar untuk
berkomunikasi dengan majikan dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan laporan Latihan industri.
vi. Meningkatkan tahap disiplin pelajar dalam mengurus masa dengan bijak.
vii. Sebagai bahan rujukan pada masa akan datang.

B
1.5 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik, telah diwajibkan


untuk menjalani Latihan Industri selama satu semester. Bagi pelajar yang
mengambil Diploma, mereka akan menjalani Latihan Industri pada semester
yang keenam. Latihan Industri diwajibkan kepada setiap pelajar sebelum
melayakkan mereka untuk di anugerahkan Diploma tersebut.

Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar ialah untuk


mendedahkan kepada pelajar suasana kerja yang sebenar, sebelum mereka
melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, pendedahan awal seperti
menjalani Latihan Industri dapat memantapkan jati diri pelajar selain dapat
memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka
sehingga tamat dan memperoleh sijil atau diploma mereka.

Selain itu, dengan adanya Latihan industri ianya dapat membuka


minda pelajar tentang kemajuan teknologi yang digunakan pada masa kini.
Pelajar juga dapat membiasakan diri dengan era kemajuan dan teknologi
canggih yang digunakan serta dapat membiasakan diri dengan rakan
sekerja.

Setelah menjalani Latihan Industri, pelajar akan lebih yakin dan


mengetahui persekitaran kerja yang sebenar, ini dapat membantu pelajar
untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah pada
kehidupan yang sebenar. Dengan cara ini akan dapat menambahkan
pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri.

C
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN

2.1 Pengenalan

Toppan mengembangkan dan mengeluarkan panel paparan kristal


cecair bersaiz kecil dan sederhana. “Panel LCD TFT” kecil bernilai tambah
jenama Ortus menawarkan kiraan piksel tinggi, definisi tinggi dan
penggunaan kuasa rendah sambil meningkatkan keterlihatan luar
menggunakan teknologi HAST (Hyper Amorphous Silicon TFT). Panel kami
digunakan untuk peralatan industri dan pelbagai peranti lain.

Toppan menawarkan produk TFT-LCD yang unik dan berharga untuk


pelbagai aplikasi yang memerlukan prestasi tinggi dan kebolehpercayaan
yang tinggi. Kami juga mempunyai barisan produk yang lebih luas untuk
dapat menyokong pelbagai keperluan untuk dipaparkan oleh pelanggan.

D
Rajah 2.1.1 : Servis Organisasi

2.2 Latar Belakang Organisasi

Rajah 2.2.1 : Logo Syarikat Ortustech (M) Sdn Bhd

NAMA ORGANISASI : ORTUSTECH MALAYSIA SDN BHD


ALAMAT : LOT 760, JALAN HAJI SIRAT, 42100,

KLANG, SELANGOR.

NO. TELEFON : 03-32910233


NO. FAKS : 03-32919610

E
Rajah 2.2.2 : Peta Ortustech (M) Sdn Bhd

2.3 Latar belakang Penubuhan Organisasi

Pada sekitar Tahun 1990 - 1999 , kesan yang berlaku setelah ekonomi
gelembung meletup adalah beban yang sangat besar terhadap ekonomi
Jepun. Sementara itu, revolusi IT membawa pelbagai perubahan pada
perniagaan dan kehidupan masyarakat. Industri percetakan diharapkan
dapat mengambil peran baru sebagai "andalan industri budaya dan
informasi," tetapi ada juga kekhawatiran industri kita akan menyusut.

Namun begitu, pada tahun 2000 – 2009 struktur ekonomi dunia


mengalami transformasi besar setelah krisis kewangan global dan kenaikan
BRIC dan pasaran baru muncul. Banyak negara maju termasuk Jepun,
berhadapan dengan masyarakat yang semakin tua ditambah dengan kadar
kelahiran yang rendah dan penyebaran media baru, menyaksikan
kepelbagaian pengguna dan perubahan harapan masyarakat terhadap
sektor swasta. Dalam keadaan seperti itu, Toppan melihat pasaran yang
berubah sebagai peluang besar dan terus berkembang dengan mewujudkan
perniagaan baru dan melabur pada generasi akan datang.

F
Pada sekitar Tahun 2010 – 2019, Dengan ekonomi Jepun yang belum
mengalami perubahan yang ketara, pengguna mula memberikan penekanan
yang lebih besar pada bentuk nilai tambah yang baru. Selain permintaan
untuk kualiti yang lebih tinggi, ini berarti fokus yang lebih kuat pada revolusi
digital dan pertimbangan terhadap alam sekitar.

Perniagaan perlu bertindak balas secara fleksibel terhadap perubahan


nilai dalam era yang ditentukan oleh kemajuan digitalisasi dan globalisasi.
Memasukkan Matlamat Pembangunan Lestari ke dalam perspektifnya,
Toppan terus memberi tumpuan untuk mencipta mesin pertumbuhan baru
dan menjana nilai baru bagi masyarakat dengan memanfaatkan teknologi
percetakan utamanya untuk mengubah model perniagaan.

Terdapat banyak katogeri yang ditawarkan di OMSB ini untuk pekerja


tempatan ceburi, antaranya ialah pekerjaan yang melibatkan pengurusan
pejabat, juruteknik, jurutera , ketua, operator biasa , pemeriksaan kuality dan
banyak lagi. Pembukaan cawangan di Klang ini merupakan satu tindakan
yang bernas dari pihak atasan OMSB kerana mereka sememangnya
memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk memenuhi kehendak pembeli
yang membuat pembelian secara pukal dalam satu masa.

Cawangan yang pertama di Malaysia malah di Asia Tenggara adalah di


Nilai, Negeri Sembilan. Antara negara yang kerap membuat tempahan
produk daripada pihak OMSB di Asia ialah dari negara India, Australia dan
New Zealand. Disebakan permintaan yang tinggi, pihak OMSB mengimport
beberapa pekerja mahir dari luar negara antaranya ialah dari Indonesia,
Myanmar dan banyak lagi.

G
Rajah 2.3.1 : Gambar bangunan Toppan Group Data Centre di Jepun.

Rajah 2.3.2 : Gambar hadapan Ortustech (M) Sdn.Bhd di Klang.

H
2.4 Aktiviti Organisasi

Aktiviti utama Ortustech Malaysia Sdn.Bhd (OMSB) adalah sebagai


pembekal barang elektronik iaitu ‘LCD Display’ untuk syarikat-syarikat yang
memerlukan perkhidmatan elektronik ini seperti alatan berkaitan kesihatan,
elektronik dan automatif. Terdapat juga pelbagai jenis ‘LCD Display’
anatranya yang nipis, tebal, sedarhana nipis dan sederhana tebal ianya
bergantung kepada permintaan syarikat- syarikat yang mahu membeli. Di
OMSB ni mereka melakukan proses sambungan dari proses awal yang
sudah di sediakan di Jepun.

2.5 Misi

Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan

2.6 Visi

Memberikan perkhidmatan kualiti yang cemerlang serta memenuhi kehendak


pelanggan secara menyeluruh sambil berusaha menjadi sebuah syarikat
yang dikenali.

I
2.7 Hala Tuju Organisasi

Kami membuat penyelesaian asli dan melaksanakannya sendiri untuk


menghasilkan nilai baru yang tiada tandingannya. Pemikiran kreatif sangat
digalakkan dan membentuk nadi budaya korporat kita. Setiap aspek operasi
kami disertakan dengan karakter yang unik, dari sistem pengurusan kami
hingga teknologi dan sistem produksi, latihan personel, jaringan kelompok,
dan tindakan lingkungan. Semangat progresif ini menimbulkan
pengembangan produk yang sangat baik dan barisan pengeluaran yang
khas. Kami mengamalkan budaya pejabat yang bertenaga . Prestasi yang
baik selalu dihargai sewajarnya. Kami memberi peluang untuk kemajuan
kerjaya di dalam syarikat.

2.8 Carta Organisasi

Rajah 2.8.1 : Carta Organisasi Syarikat


BAB 3

J
RINGKASI LATIHAN AKTIVITI INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Ortustech Malaysia Sdn Bhd adalah satu syarikat di bawah Toppan


Printing yang mana menyediakan perkhidmatan seperti pemasangan FPC,
pemotongan skrin dan membekalkan barangan elektronik. Ortustech
Malaysia juga telah mengambil pelajar-pelajar Latihan industri dari mana-
mana institusi dalam Malaysia kebiasaanya Giat mara,Politeknik dan Kolej
Vokasional. Setiap pelajar akan ditempatkan mengikut bahagian yang
sesuai. Ortustech Malaysia akan meletakkan setiap pelajar mengikut
kumpulan yang berbeza untuk membolehkan pelajar fokus terhadap ilmu
yang akan ditimba. Kebiasaannya, pada peringkat awal para pelajar akan
ditempatkan ke bahagian yang mudah dahulu untuk pelajar faham setiap
proses yang ada. Ortustech Malaysia bertujuan untuk mewujudkan teknologi
generasi baru yang baru dan pada masa yang sama melakukan penyelidikan
asas dan terpakai untuk membolehkan pertumbuhan perniagaan di pasaran
sasaran kami.

3.2 Jadual Waktu Latihan Kerja

K
MINGGU TARIKH JAM SYIF WAKTU
BEKERJA REHAT

1 6 APRIL-10 APRIL 7PM-7AM MALAM 10.15-11.00

3.45-4.30

2 14 APRIL-18 APRIL 7AM-7PM SIANG 10.15-11.00

3.45-4.30

3 21 APRIL-25 APRIL 7PM-7AM MALAM 10.15-11.00

3.45-4.30

4 29 APRIL-3 APRIL 7AM-7PM SIANG 10.15-11.00

3.45-4.30

5 6 MEI-10 MEI 7PM-7AM MALAM 10.15-11.00

3.45-4.30

6 14 MEI-18 MEI 7AM-7PM SIANG 10.15-11.00

3.45-4.30

7 21MEI-25 MEI 7PM-7AM MALAM 10.15-11.00

3.45-4.30

8 29 MEI-2 JUN 7AM-7PM SIANG 10.15-11.00

3.45-4.30

9 5 JUN-9 JUN 7PM-7AM MALAM 10.15-11.00

3.45-4.30

10 13 JUN-17 JUN 7AM-7PM SIANG 10.15-11.00

L
3.45-4.30

11 20 JUN-24 JUN 7PM-7AM MALAM 10.15-11.00

3.45-4.30

12 28 JUN-2 JULAI 7AM-7PM SIANG 10.15-11.00

3.45-4.30

13 5 JULAI-9 JULAI 7PM-7AM MALAM 10.15-11.00

3.45-4.30

14 13 JULAI-17 JULAI 7AM-7PM SIANG 10.15-11.00

3.45-4.30

15 20 JULAI-24 JULAI 7PM-7AM MALAM 10.15-11.00

3.45-4.30

16 28 JULAI-1 OGOS 7AM-7PM SIANG 10.15-11.00

3.45-4.30

17 4 OGOS-8 OGOS 7PM-7AM MALAM 10.15-11.00

3.45-4.30

18 12 OGOS-16 OGOS 7AM-7PM SIANG 10.15-11.00

3.45-4.30

19 19 OGOS-23 OGOS 7PM-7AM MALAM 10.15-11.00

3.45-4.30

M
20 27 OGOS-31 OGOS 7AM-7PM SIANG 10.15-11.00

3.45-4.30

21 3 SEPTEMBER-7 7PM-7AM MALAM 10.15-11.00


SEPTEMBER
3.45-4.30

22 11 SEPTEMBER-15 7AM-7PM SIANG 10.15-11.00


SEPTEMBER
3.45-4.30

Jadual 3.2.1 : Jadual Waktu Kerja

Rajah 3.2.1 diatas merujuk kepada jadual tetap yang perlu pelajar ikuti
sepanjang Latihan Industri ini. Terdapat juga jadual mengikut giliran yang
setiap pekerja perlu ikuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Setiap minggu, pekerja perlu mengambil saringan Covid-19 sebanyak 2 kali
seminggu.

N
3.3 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri Mingguan

Sepanjang tempoh latihan industri ini, pelajar telah melalui banyak


perkara tugas dan tanggungjawab dalam syarikat. Semua aktiviti yang telah
dilakukan oleh murid telah direkodkan secara ringkas dan telah disemak oleh
penyelia dalam syarikat. Berikut adalah aktiviti yang telah dilakukan oleh
pelajar sepanjang menjalani latihan industri ini tempoh.

Minggu Aktiviti

6 APRIL-10 APRIL  Melaporkan diri kedalam


Syarikat
 Temui jurulatih dan ketahui
tentang pekerjaan
 Belajar cara memakai jumpsuit
yang betul sebelum ini
memasuki production
 Melihat dan mempelajari
tentang SOP kerja
 Ketahui cara menggunakan
alatan di stesyen kerja sealing
 Mempelajari tentang jenis
defect yang boleh ditemui
pada LCD.

14 APRIL-18 APRIL  Lakukan banyak latihan


menggunakan sampel LCD
.

21 APRIL-25 APRIL

O
29 APRIL-3 APRIL

6 MEI-10 MEI

14 MEI-18 MEI

21MEI-25 MEI

29 MEI-2 JUN

5 JUN-9 JUN

13 JUN-17 JUN

20 JUN-24 JUN

28 JUN-2 JULAI

5 JULAI-9 JULAI

13 JULAI-17 JULAI

20 JULAI-24 JULAI

28 JULAI-1 OGOS

4 OGOS-8 OGOS

12 OGOS-16 OGOS

19 OGOS-23 OGOS

27 OGOS-31 OGOS

3 SEPTEMBER-7 SEPTEMBER

11 SEPTEMBER-15 SEPTEMBER

P
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan

Laporan teknikal adalah merangkumi pelaporan terhadap tugas-tugas


atau kerja yang dipertanggungjawabkan atau dilaksanakan semasa
menjalani latihan. Setiap tugasan yang telah diberikan perlu mengikut proses
dan cara yang telah diarahkan dengan hanya menjalankan secara
berperingkat. Ia memastikan segala pengurusan organisasi dapat berjalan
lancar tanpa menimbulkan masalah. Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk
melaporkan segala aktiviti dilakukan yang melibatkan proses kerja yang telah
dilakukan selama 22 minggu di syarikat tersebut. Segala kerja yang
melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat
mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja tersebut
dengan baik.

Bab ini menerangkan beberapa bahagian kerja yang dikendalikan


sepanjang berada di Ortustech Malaysia Sdn Bhd.

Q
4.2 Latar Belakang Proses

Pelajar diberikan kerja iaitu kerja di stesyen sealing,S.case Alignment


dan Frame Assembly. Pelajar akan menjalankan kerja secara manual di
stesyen sealing dengan menggunakan tangan dan alatan kerja untuk
menjayakan satu produk.Pelajar ditugaskan untuk membuat sealing pada
terminal lcd menggunakan cecair kimia yang dinamakan Sebagai
Tuffy.Fungsi kerja sealing adalah untuk mengelakkan sebarang kotoran atau
kerosakan yang boleh berlaku pada terminal lcd Pelajar juga menjalankan
kerja S.case, iaitu pelajar perlu menggunakan mesin untuk memasang
casing lcd yang sesuai mengikut model.Di dalam steyen S.case terdapat
pula pemasangan untuk Frame dan proses kerja adalah sama. Pelajar perlu
memastikan setiap lot yang pelajar jalankan mempunyai kuantiti yang betul
mengikut rekod yang telah tercatat di borang ‘Lot Traveler’. Pelajar perlu
mengasingkan setiap kerosakan iaitu ‘reject’ ke dalam ‘Lot Traveler’ untuk
memastikan tiada ‘reject’ yang terlepas ke proses yang lain.

4.3 Pernyataan Masalah

Antara masalah yang dihadapi dalam melaksanakan kerja ini adalah


terdapat banyak ‘reject’ yang pelajar hasilkan pada permulaan pekerjaan.
Pelajar sukar untuk membiasakan diri dengan keadaan sekeliling.
Adakalanya, tangan pelajar belum terbiasa untuk melalukan corak sealing
yang berbeza pada model lcd yang berbeza. Seterusnya pelajar mempunyai
masalah yang agak sukar untuk pelajar kawal sebagai contoh, di bahagian
bawah mesin S.case dan Frame Assembly iaitu lampu untuk menunjukkan
aligment pada monitor kurang ketat dan jika kaki pelajar tersentuh akan
menyebabkan paparan alignment akan lari.. ‘Reject’ yang pelajar biasa
hasilkan adalah alignment lari daripada bulatan nya yang dikenali sebagai
‘Alignment Out’. Namun begitu, pelajar dapat menganalisis setiap kesalahan
pelajar dan berjaya meningkatkan prestasi pelajar setiap minggu. Akhirnya,

R
saya memperolehi kemahiran untuk mengendalikan kerja dengan baik dan
merekodkan penghasilkan produk yang banyak bagi setiap model yang
pelajar jalankan setiap hari.

4.4 Skop Kerja

Dalam penghasilan model ini terdapat beberapa skop yang telah ditetapkan
sebagai panduan untuk menghasilkan satu model dengan baik. Antaranya
ialah:

 1 Model and 1 Lot sahaja dibenarkan di meja kerja semua proses


pembuatan.
(1 TABLE = 1 MODEL = 1 LOT)

 Periksa model di Lot Traveler sebelum mula proses.


(MODEL = LOT TRAVELER = BUNDLE TAG)

 Kira kuantiti produk sebelum & selepas proses.


(LOT COUNTING BEFORE & AFTER)

 Periksa bahan sebelum digunakan.


(CHECK PART & COMPONENT)

 Tagging segera Defect Tag setelah mengeluarkannya daripada


proses.
(IMMEDIATE STICK DEFECT TAG)

S
4.5 Proses membuat sealing

Manual sealing adalah satu proses melekatkan cecair sealing pada


terminal Lcd mengikut corak yang ditentukan. Di proses ini, saya perlu
menjalankan manual sealing pada terminal bagi menjayakan sesuatu
model.Pelajar perlu mengambil lot di rak ‘before sealing’ dan kad rujukan
model yang dipilih untuk mengetahui corak yang perlu dilakukan pada
terminal lcd. Seterusnya, pelajar perlu mengira kuantiti yang ada pada lot
mestilah sama dengan kuanti pada lot ‘traveller’.Setelah itu, pelajar perlu
mengisi maklumat kerja pada lot ‘traveller’ dan ‘checksheet’. Kemudian
barulah pelajar memulakan kerja sealing pada terminal lcd. Setelah siap
kerja, pelajar perlulah menyemak kerja sealing supaya tiada masalah seperti
incomplete ataupun overflow, jika ada pelajar perlulah membuat semula
sealing pada kawasan yang didapati incomplete dan mencuci sealing yang
overflow.Akhir sekali, pelajar perlulah mengangkat lot dan meletakkan pada
rak curing sealing untuk pengeringan sealing sepenunnya.

T
Rajah 4.5.1 : Kerja membuat sealing

Rajah 4.5.2 : Kerja mencuci sealing

U
4.6 Proses kerja S.case alignment/Frame Assembly

Kerja S.case alignment/Frame Assembly adalah salah satu proses


untuk melekatkan casing dan juga frame pada bahagian belakang lcd
mengikut model yang dibuat. Di proses ini saya perlu menjalankan mesin
bagi menjayakan sesuatu model. Mesin yang digunakan adalah dibuat
secara manual dengan berpandukan kepada monitor skrin. Pertama sekali
pelajar perlu mengambil lot daripada rak before s.case. dan mengira kuantiti
setiap lcd.Kemudian pelajar perlu mengisi lot traveller sebelum kerja mula
dilakukan.Pelajar perlu mengambil case atau frame dan membuka plasticnya
dan meletakkan ke atas jig.Kemudian, mengambil lcd dengan menggunakan
vaccum ball dan letakkan ke atas casing atau frame tadi dan mencari serta
membuat alignment pada lcd. Jika terdapat ‘reject’, perlu direkod di ‘reject’
tag kemudian asingkannya untuk di letakkan di bahagian tray ‘reject’.
Sebelum dan selepas, setiap operator perlu memastikan kuantiti model yang
dijalankan adalah cukup dan tidak mempunyai reject yang tercampur.

V
Rajah 4.6.1 : Kerja membuat alignment (S.case)

Rajah 4.6.2 : Kerja membuat alignment (Frame Assembly)

W
4.7 Jig Convert(Pertukaran)

Bagi Setiap model pada lcd ia mempunyai casing dan frame yang
berbeza, jadi ia memerlukan jig yang tertentu mengikut model lcd bagi
memasang case dan frame.Conversion dilakukan dengan cara membuka
jig yang sebelumnya menggunakan allen key dan gantikan dengan jig yang
sesuai.Kemudian larasan lampu di bawah meja supaya terpapar alignment
pada monitor.

Rajah 4.7.1 : Conversion Jig

X
4.7 Stesyen kerja dan alatan/bahan yang digunakan

1) Stesyen kerja manual sealing


 Ini adalah tempat kerja bagi semua kerja yang melibakan sealing
pada terminal Lcd

Rajah 4.7.1 : Stesyen Kerja Sealing

2) Disposable Syringe
 Digunakan untuk memuatkan cecair sealing dan membuat sealing
pada terminal Lcd

Rajah 4.7.2 : Disposable Syringe

Y
3) Jarum
 Digunakan mengikut warna tertentu dan disambungkan pada hujung
disposable syringe untuk membuat sealing pada model mengikut saiz
lcd

Rajah 4.7.3 : Jarum

4) Chemical Tuffy
 Ini adalah cecair kimia yang digunakan bagi kerja sealing

Rajah 4.7.4 : Chemical Tuffy

Z
5) Jig Sealing
 Ini adalah jig sealing ianya digunakan adalah untuk mengelakkan
FPC(flexible printed circuit) yang becantum pada terminal lcd terkena
cecair sealing dengan cara meletakkan FPC ke dalam jig

Rajah 4.7.4 : Jig Sealing

6) Ethanol
 Digunakan untuk mencuri kotoran pada sel supaya sentiasa bersih
 Bahan berbahaya yang boleh menghakis kulit
 Digunakan bagi mencuci sealing yang overflow menggunakan putik
kapas

Rajah 4.7.5. : Ethanol

AA
7) Putik Kapas
 Digunakan untuk menyerap Ethanol dalam pencucian kotoran pada
Lcd dengan lebih mudah.

Rajah 4.7.5. : Putik Kapas

8) Tx Wipe
 Digunakan untuk mencuci jarum setiap kali jarum telah kotor akibat
daripada kerja sealing

Rajah 4.7.7 : Tx Wipe

BB
9) Stesyen kerja S.Case/Frame Assembly
 Ini adalah tempat kerja bagi semua kerja yang melibakan S.Case dan
Frame Assembly pada Lcd

Rajah 4.7.7 : Stesyen Kerja S.case

Rajah 4.7.7 : Stesyen Kerja Frame Assembly

CC
10)Vaccum Ball
 Bola vakum digunakan untuk memegang skrin LCD. Ia menyedut dan
memegang LCD skrin daripada jatuh ia digunakan untuk membawa
dan meletakkan LCD pada mesin. Ia mempunyai saiz yang berbeza
seperti 10mm, 20mm, 30mm dan 40mm

Rajah 4.7.7 : Stesyen Kerja Frame Assembly

11)Jig S.case/Frame Assembly


 Digunakan untuk meletakkan S.case atau Frame dan Lcd untuk
mencari alignment dengan merujuk pada monitor

Rajah 4.7.7 : Stesyen Kerja Frame Assembly

DD
12)S.case/Frame
 Digunakan untuk dilekatkan pada bahagian belakang lcd
 Terdapat pelbagai jenis case yang digunakan seperti 3A24,3070 Dan
5029.Semua case ini digunakan untuk Lcd model 3 siri yang tertentu
sahaja.
 Frame yang digunakan adalah Frame 5036 bagi Lcd model 5 siri
manakala Frame 6009 bagi model 6 siri

Rajah 4.7.7 : S.Case

Rajah 4.7.7 : Frame

EE
13)Blower Box
 Ia hanya digunakan pada kerja yang menggunakan frame pada lcd
sahaja.
 Tujuan blower box adalah untuk mencuci atau menghilangkan kotoran
pada frame dan Skrin Lcd.
 Ia akan mengeluarkan angin daripada tiub dan mencuci kotoran
seperti habuk pada frame dan juga Lcd.

Rajah 4.7.7 : Blower Box

FF
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Pelajar sebagai pelajar Latihan Industri ingin memberikan sedikit


dapatan dan cadangan untuk syarikat Ortustech Malaysia Sdn Bhd untuk
memberitahu serba sedikit pandangan dari sisi pelajar tentang syarikat ini
dan dapat memudahkan proses menambah baik serba sedikit kekurangan
yang ada pada syarikat.

5.2 Dapatan

Sepanjang tempoh 20 minggu menjalani Latihan di Ortustech


Malaysia Sdn Bhd, saya banyak memperolehi pengetahuan dan pengalaman
baru yang amat berguna dan berharga sebagai seorang pelajar yang akan
melangkah masuk ke alam pekerjaan akan datang. Ini merupakan salah satu
kelebihan yang ada untuk pelajar politeknik berbanding pelajar dari institusi
pengajian tinggi yang lain. Saya amat berpuas hati dengan Kerjasama,
perhatian serta tunjuk ajar yang diberikan oleh kakitangan Ortustech tidak
kira pangkat dan kedudukan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh
dapat menambah kemahiran yang sedia ada dan dapat membuktikan
pelajaran di Politeknik Sultan Idris Shah sangat berkesan dalam membina
pelajar yang berkemahiran dan berhemah.

GG
Antara pendapat atau pandangan yang pelajar ingin berikan ialah:

 Kemudahan alatan yang disediakan amat memudahkan para pekerja


untuk melakukan tugas.
 Setiap pekerja harus bersikap positif dalam melakukan tugas dan
kerja yang diberikan.
 Para pekerja harus mengutamakan keselamatan ketika berada di
kawasan kerja dengan memakai Jumpsuit dan keperluan yang wajib
dipakai sebelum masuk ke dalam Production.
 Setiap pekerja perlu memastikan persekitaran sekeliling dalam
keadaan yang bersih dan selamat terutamanya dalam menghadapi
Norma hidup yang baharu dimana perlu mengikut setiap SOP ketika
fenomena Virus Covid 19 ini berlaku.
 Setiap pekerja harus menepati masa yang dijanjikan kepada
pelanggan mengikut masa yang telah ditetapkan.
 Setiap pekerja hendaklah fokus akan target yang telah ditentukan iaitu
perlu mencapai 2000 keluaran setiap model setiap hari.
 Setiap pekerja perlu berjanji akan mematuhi setiap skop kerja yang
telah ditetapkan oleh syarikat.
 Pekerja tidak dibenarkan untuk menyebarkan sebarang maklumat
berkaitan syarikat kepada orang luar.
 Pihak atasan syarikat sangat mengambil berat akan keselamatan,
kesihatan dan kemudahan setiap pekerja.
 Pihak atasan syarikat sangat mementingkan ketepatan dan
kesempurnaan.

HH
5.3 Cadangan

Penerimaan saya untuk menjalankan Latihan Industri di Ortustech


Malaysia Sdn Bhd amatlah dihargai. Oleh itu, saya ingin mengemukakan
beberapa cadangan dan idea yang mungkin boleh digunakan oleh pihak
pengurusan pada masa akan datang.

Pihak syarikat perlu fokus dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar
Latihan industri. Hal ini kerana, sesetengah perkara yang diajar tidak habis
dan membuat pelajar keliru dengan sesuatu kerja yang perlu dibuat.

Pihak ketua pelatih hendaklah sentiasa memberi maklumat terkini


kepada pelajar industri. Hal ini demikian kerana, pihak pelajar mahupun
pihak politeknik dapat mengetahui perkembangan berkaitan dengan keadaan
sekeliling syarikat. Oleh demikian ia dapat memupuk hubungan erat antara
pihak industri dengan kolej vokasional yang dapat menanam kepercayaan
dan kerjasama kepada pihak syarikat untuk mengambil pelajar praktikal
tersebut.

Selain itu, Pihak industri perlulah menyediakan tugas – tugas khas yang
berkaitan dengan teratur. Hal ini kerana terdapat kekeliruan dalam
mengagihkan pelajar untuk tugasan setiap minggu. Pihak industri perlu
membuat satu jadual khas untuk pelajar industri dan tetapkan kerja – kerja
dan memastikan setiap pekerja dapat jalankan mesin yang mempunyai
model tersendiri. Perkara sebegini penting kerana dapat mengetahui tahap
kemahiran dan prestasi pelajar tersebut.

Tambahan pula, Pihak Industri perlulah lebih memberikan perhatian


kepada pelajar industri sama ada memberikan satu tugasan yang perlu
dilaksanakan agar pelajar dapat merekodkan laporan pada bahagian aktiviti
harian. Pihak Industri seharusnya memberikan maklumat yang lebih lanjut
serba sedikit berkaitan syarikat bagi memudahkan pelajar untuk mencatatkan
maklumat tersebut di dalam laporan.

II
Justeru itu, keseluruhan mingguan yang dilaksanakan berjalan dengan
lancar walaupun terdapat masalah dan kekangan berkaitan dengan Virus
Covid yang melanda negara kita. Sepanjang Latihan industri ini, tiada
masalah yang menimpa dan dapat diselesaikan dengan baik bersama sama
operator lain. Oleh itu, syarikat Ortustech adalah antara syarikat yang
menawarkan pekerjaan yang menarik dan sangat terbaik.

Akhir kata, saya berharap para pelajar tidak mensia – siakan peluang
yang diberikan semasa Latihan industri dengan menggunakan pengetahuan
dan pengalaman yang diperolehi sebagai bekalan untuk memasuki
persekitaran kerja kelak. Benarlah orang kata peluang hanya sekali dan
ianya tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang tidak pernah putus.
Kekalkan bersemangat dan buktikan yang generasi Z mampu berjaya walau
dengan apa bidang sekalipun.

JJ
BAB 6

KESIMPULAN

Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman,


pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Latihan
Industri adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari. Ini jelas
dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa
mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa – apa kesan.
Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari
segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah – ubah.

Latihan industri ini banyak mengajar saya tentang sesuatu benda


yang luar dari kemampuan untuk melakukan sesuatu tugasan dengan sebaik
mungkin. Hal ini juga dapat memberikan saya pengalaman yang sangat
menarik dan menyeronokkan sepanjang tempoh Latihan praktikal. Saya juga
dapat memperoleh pelbagai idea – idea yang bernas dalam melakukan
sesuatu tugasan yang diarahkan. Malahan, saya juga dapat berfikiran positif
dan matang dalam menyelesaikan permasalahan dalam sesebuah tugasan.
Segunung harapan yang diinginkan iaitu agar dapat mewujudkan keyakinan
diri yang tinggi sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Latihan industri adalah untuk mendedahkan pelajar kepada suasana


persekitaran kerja yang sebenar. Ia adalah suasana yang berbeza di mana
pelajar perlu lebih berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, bersemangat,
berfikiran matang dan professional dalam setiap masalah kerja yang
dihadapi. Di samping itu, sikap kreatif dan pintar juga amat penting kerana

KK
dapat melahirkan individu yang professional di dalam sesebuah organisasi.
Pelajar dapat memahami apa erti menepati masa lebih lanjut dan
mempertekankan lagi kepentingan masa dalam rutin harian.

Akhir kata, banyak ilmu dan pengalaman yang sangat berharga telah
saya kumpulkan sepanjang berada di Ortustech Malaysia Sdn Bhd. Tetapi
masih belum cukup dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Dengan
adanya Latihan industri ini, ia dapat menyedarkan pelajar betapa pentingnya
pendedahan awal dan ketelitian aspek kerja sebenar untuk di dalami
sepenuhnya oleh pemikiran dan perbuatan. Walhal, Latihan ini juga
membolehkan saya menyesuaikan diri dengan pergaulan antara rakan
sekerja. Selain itu, saya dapat mengenali pelbagai bangsa dan agama sama
ada warganegara ataupun warga asing yang mana saya dapat belajar erti
kesabaran, kerjasama dan kesedaran dalam menghadapi alam pekerjaan. Ia
banyak mengajar saya untuk lebih menitik beratkan hal hubungan sosial
dengan lebih baik. Justeru itu, saya bersyukur kerana dapat melanjutkan lagi
untuk bekerja di syarikat ini.

LL

Anda mungkin juga menyukai