Anda di halaman 1dari 55

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DISEDIAKAN OLEH :

NUR ALYA SYAKIRAH BT SAMSUL AIDI

04DET19F1096

NAMA ORGANISASI :

TENAGA NASIONAL BERHAD

LOT 531, JALAN PASIR MAS TANAH MERAH

17500 TANAH MERAH KELANTAN

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK

DET

SESI 2 : 2021/2022
DISEDIAKAN OLEH :

NUR ALYA SYAKIRAH BT SAMSUL AIDI

04DET19F1096

NAMA ORGANISASI :

TENAGA NASIONAL BERHAD

LOT 531, JALAN PASIR MAS TANAH MERAH

17500 TANAH MERAH KELANTAN

Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan

Diploma Kejuruteraan Elektrik

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK

DET

SESI 2 : 2021/2022
PERAKUAN

Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian
yang dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan.

DISEDIAKAN OLEH:

…………………………………………………………….

(NUR ALYA SYAKIRAH BT SAMSUL AIDI)

TARIKH:

DISAHKAN OLEH:

…………………………………………………………

(MOHAMED JAILANI BIN IDRIS)

TARIKH:
DEDIKASI

Bismillahirrahmanirrahim, buku laporan ini ditujukan kepada Politeknik Kota Bharu

(PKB) sebagai memenuhi syarat kelayakan untuk mendapatkan Diploma Kejuruteraan

Elektrik. Buku laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri berdasarkan pengalaman dan

pengetahuan yang saya perolehi sepanjang menjalani latihan industri bermula pada 6 Mac

2022 sehingga 21 Julai 2022. Saya juga memperolehi maklumat lain daripada sumber yang

saya nyatakan pada halaman belakang.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada

kedua ibu bapa, ahli keluarga serta rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam memberi

idea dan sokongan sepanjang proses saya menyiapkan laporan akhir latihan industri.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia Latihan Industri di

Tenaga Nasional Berhad, Encik Mohamed Jailani bin Idris dan CO-worker saya sebagai

juruteknik Encik Samsul Aidi bin Mohamed yang banyak membimbing dan memberi tunjuk

ajar sepanjang Latihan Industri ini

Sepanjang menjalani latihan 5 bulan di organisasi ini saya banyak memperolehi

pengalaman dan pengetahuan baru yang dapat saya gunakan di masa yang akan datang. Saya

juga telah mendapat ilmu pengetahuan bukan sahaja berkaitan dengan elektrik malah

pengetahuan yang lain melalui seminar yang diberikan oleh pihak TNB. Saya juga dapat

merasai sendiri alam pekerjaan yang mempunyai bermacam-macam cabaran yang perlu

ditempuhi. Latihan ini memberi saya semangat untuk meneruskan pengajian ke peringkat

yang lebih tinggi. Pengalaman yang saya perolehi ini mematangkan saya untuk mengendali

situasi di alam pekerjaan sebenar kelak dan saya akan menggunakannya dengan sebaik

mungkin.
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi penghargaan dan

ribuan terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad Tanah Merah kerana telah

memberikan peluang kepada saya untuk menjalani Latihan industri di syarikat ini

selama 5 bulan. Saya juga berterima kasih kepada pihak yang berada di TNB Tanah

Merah kerana telah banyak membantu saya menjalani latihan industri dengan

jayanya. Latihan industri adalah salah satu mata pelajaran yang wajib lulus bagi

memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik Kota Bharu. Tempoh

Latihan industri ini bermula dari 06 Mac 2022 hingga 21 Julai 2022.

Segala tunjuk ajar daripada semua kakitangan pekerja dalam bidang ini telah

memberikan saya pengalaman yang baru. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa

melangkah ke alam pekerjaan pada masa akan datang.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak

Unit Latihan Industri dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu yang

banyak membantu saya dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani Latihan

industri serta penyediaan laporan latihan industri.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangan

yang banyak memberi dorongan dan sokongan yang padu kepada saya

sepanjang menjalani Latihan industri.


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

JUDUL

PENGESAHAN PELAJAR

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

BAB 1: PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENDAHULUAN 1

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI 2

1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 5

1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR 6

BAB 2: LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI 9

2.2 PENGENALAN ORGANISASI 9

2.3 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI 9

2.4 AHLI LEMBAGA PENGARAH 14

2.5 HALA TUJU ORGANISASI (VISI & MISI) 15

2.6 CARTA ORGANISASI & PETA LOKASI 15

BAB 3: RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN

3.1 PENGENALAN 16
3.2 RINGKASAN AKTIVITI 16

BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN 21

4.2 JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN 22

4.3 KAEDAH PENGENDALIAN PERALATAN 24

4.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN 26

BAB 5: LAPORAN TEKNIKAL

5.1 PENGENALAN 29

5.2 KERJA YANG DILAKUKAN DI BAHAGIAN SENGGARA

BAB 6: KOMEN DAN CADANGAN 42

6.1 PENDAHULUAN

6.2 DAPATAN

6.3 CADANGAN

BAB 7: KESIMPULAN 44
BAB 1: PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri adalah syarat wajib yang telah diperuntukan ke atas setiap pelajar di
seluruh Politeknik di Malaysia khususnya Politeknik Kota Bharu bagi penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Elektrik. Pelajar akan menjalani Latihan Industri sama ada di
sektor kerajaan atau swasta pada semester keenam selama 5 bulan. Tujuannya bagi
memberi peluang kepada pelajar - pelajar politeknik untuk mendapatkan pendedahan
awal dan membiasakan diri dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Sepanjang tempoh ini,
pelajar akan berada di bawah pengawasan penyelia firma tersebut. Dengan cara ini, para
pelajar telah mendapat gambaran yang sebenar tentang dunia pekerjaan.

Dengan adanya latihan industri ini, pelajar dapat membiasakan diri berada dalam
keadaan sebenar di tempat kerja setelah tamatnya latihan industri ini. Dengan pengalaman
yang telah diberikan, pelajar dapat mempelajari dengan lebih dekat secara praktikal dan
efektif selaras dengan pengetahuan mereka di sepanjang pembelajaran mereka di tempat
pengajian. Tambahan daripada itu, latihan dapat meningkatkan kebolehan dan peribadi
pelajar yang lebih baik seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk bekerja dengan
bersungguh – sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang
positif kepada majikan. Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa
rendah diri seseorang pelajar dimana apabila pelajar menjalani latihan industri
berkemungkinan pelajar akan bertemu dengan orang yang berpangkat tinggi atau lebih
berusia. Nilai hormat - menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri
pelajar sekiranya pelajar menjalankan latihan industri dengan sepenuh hati dan ikhlas.

Hasil daripada latihan industri ini, Politeknik Kota Bharu kelak dapat melahirkan para
graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau
terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk
menghasilkan graduan yang lebih bermutu dan berkualiti di samping melahirkan tenaga
kerja separuh mahir yang amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam
mahupun swasta.
1

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Dalam usaha politeknik untuk melahirkan graduan yang mampu berdaya saing, terdapat
beberapa objektif yang perlu ditekankan dalam usaha mencapai matlamat tersebut:

 Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar

Jika berada dalam situasi alam pekerjaan yang sebenar, ianya adalah jauh berbeza
dengan keadaan dunia pembelajaran kerana pelajar hanya terlibat bersama rakan sekelas
dan pensyarah – pensyarah sahaja tanpa melibatkan kerjasama dengan orang luar.

Dalam menghadapi perubahan situasi, para pelajar perlulah mempelajari bagaimana


untuk menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan, ketepatan masa untuk menghadirkan
diri di tempat kerja setiap hari, kebolehan komunikasi dengan baik di antara kakitangan,
cara mendisiplinkan diri dan juga cara menghadapi pelbagai masalah yang timbul di
tempat kerja seperti tidak melakukan kerja – kerja yang ada, datang lewat ke tempat kerja
tanpa memaklumkan yang hadir lewat ke tempat kerja kepada pekerja lain.

 Meningkatkan kemahiran pelajar terhadap kursus yang diambil di institusi


pengajian

Dengan kursus yang dipelajari di politeknik, dapat membantu sedikit sebanyak ke


firma. Dengan ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran yang sedia ada dengan
mempelajari ilmu yang tidak dapat di institusi pengajian di alam pekerjaan. Oleh itu,
Pelajar dapat tingkatkan kemahiran yang sebelum ini tiada dalam diri pelajar. Dengan
kemahiran baru yang diperoleh pelajar, berkemungkinan pelajar mudah mendapat
pekerjaan dimana - mana firma kerana pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi.
 Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik

Setiap tempat mempunyai peraturan tersendiri, seperti intitusi pengajian, pelajar perlu
mengikuti peraturan di dalam kelas, diluar kelas dan dikawasan politeknik. Semasa
latihan industri, pelajar perlu mengikuti peraturan yang sedia ada di firma tersebut.
Suasana ditempat latihan industri berbeza dengan politeknik, pelajar harus mengikuti
peraturan seperti kakitangan yang lain. Dengan etika yang baik ditempat kerja, pelajar
dapat menerapkan tanggungjawab pada diri pelajar dan rasa hormat menghormati sesama
kakitangan kerja. Etika yang baik memberi pelajar peluang untuk berjaya suatu hari nanti.

 Memahami budaya kerja (“corporate culture”) sebagai persediaan menghadapi

alam pekerjaan

Sebagai pelajar yang tidak pernah bekerja, mereka tidak tahu budaya kerja dan sistem
bekerja. Oleh itu, pelajar yang terlibat dalam latihan industri dapat memahami cara
bekerja dengan betul dan mengetahui aliran kerja dengan lebih teratur. Dengan adanya
latihan industri ini, pelajar dapat pendedahan awal situasi alam pekerjaan supaya pelajar
tidak merasa tidak selesa di tempat kerja dan dapat juga memberi persediaan untuk
menghadapi alam pekerjaan.

 Keyakinan berkomunikasi

Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di politeknik, para pelajar hanya akan


berkomunikasi dengan rakan - rakan, pensyarah – pensyarah dan kakitangan yang ada
hubungkait dengan politeknik sahaja tanpa melibatkan faktor persekitaran luaran. Namun
begitu, apabila menjalani latihan ini secara tidak langsung mereka terdedah dengan situasi
social yang berbeza iaitu kebolehan berkomunikasi amat dititikberatkan kerana
berkomunikasi adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan baik diantara
kakitangan organisasi. Selain itu, kebolehan berkomunikasi bukan sahaja perbualan
harian tetapi melibatkan keyakinan orang lain dalam melihat cara kita berkomunikasi
dengan baik contohnya pandangan mata apabila bertutur, pengetahuan tentang kerja yang
dilakukan dan juga mampu memberi keyakinan terhadap seseorang apabila
berkomunikasi.

 Amanah dan tanggungjawab

Apabila proses menjalani latihan industri bermula, maka secara tidak langsung pelajar
tersebut telah memikul tanggungjawab dan amanah yang berat dalam apa sahaja tugasan
yang diberikan kepada mereka. Segala amanah dan tanggungjawab tersebut perlulah
dilaksanakan dengan baik. Sekiranya tugas yang diberikan perlu diselesaikan pada masa
yang telah ditetapkan dan dikehendaki segera, pelajar perlu melaksanakannya dengan
penuh amanah dan menunjukkan komitmen yang bersungguh – sungguh dalam
menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Objektif latihan ini dari segi amanah dan
tanggungjawab memainkan peranan penting untuk melancarkan perjalanan sesebuah
organisasi tersebut kerana jika tiada rasa amanah boleh menyebabkan penyelewengan
berlaku samada dari segi wang syarikat atau maklumat sulit organisasi. Begitu juga
dengan tanggungjawab pelajar, jika tiada sikap tersebut boleh menyebabkan seseorang
mengambil kesempatan untuk melakukan tugasan sambil lewa dan mengambil sikap tidak
prihatin terhadap masalah yang berlaku.

 Membina (“personality”) individu

Latihan industri dapat membina keyakinan diri pelajar. Pelbagai situasi dan ragam
manusia perlu dihadapi oleh pelajar, malah skop tugasan adalah lebih luas berbanding
dengan sesi pembelajaraan di dalam kelas. Sedikit sebanyak, pola pemikiran pelajar dapat
digubal dan perasaan malu bertanya dengan masyarakat dapat di atasi oleh pelajar, secara
tidak langsung dapat membina personaliti individu yang berjaya.

 Menghasilkan laporan latihan industri


Penyediaan laporan latihan industri ini dapat melatih pelajar menulis laporan teknikal
yang lengkap dan teratur.

Kesimpulannya, latihan industri amat penting dalam membentuk diri pelajar


dari seluruh Politeknik agar menjadi seorang pelajar yang berpengalaman dan
berpengetahuan luas, berdisiplin serta bertanggungjawab dalam pelbagai bidang.
Oleh yang demikian, ia akan dapat menjamin serta meningkatkan lagi mutu
pendidikan yang diterapkan dikalangan pelajar politeknik diseluruh Malaysia ini
dan menjamin tenaga kerja yang mahir, berkualiti dan terbaik bagi pembangunan
ekonomi negara kita.

1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Sepanjang Latihan Industri dijalankan, pelajar perlu menyiapakan laporan


rasmi yang lengkap tentang kerja – kerja yang telah dilaksanakan sepanjang
Latihan Industri dijalankan ini untuk dikemukakan kepada pihak politeknik
untuk dibuat penilaian. Laporan dinilai untuk memenuhi syarat untuk
mendapatkan Sijil atau Diploma untuk sesuatu kursus.

Laporan ini bertujuan untuk pihak institusi menilai sejauh mana


keberkesanan kursus latihan industri ini dilakukan terhadap pelajar, institusi
pengajian dan organisasi yang berkenaan sepanjang tempoh latihan industri.
Objektif laporan ini adalah untuk merekod segala kerja yang pelajar pelajari dan laksanakan
semasa menjalani latihan industri selama 20 minggu. Laporan ini dijadikan sebagai bukti
kepada pembelajaran dan kerja yang telah dilakukan oleh pelajar. Laporan ini akan disemak
oleh pensyarah untuk dinilai dan diberi markah. Ia juga akan memberitahu bahawa pelajar
telah melakukan kerja semasa membuat latihan industri di sektor kerajaan, firma atau
syarikat swasta.

Selain itu, pelajar juga mestilah memahami objektif sebenar yang diwajibkan dalam
penyediaan laporan industri apabila mereka tamat menjalani latihan. Berikut adalah objektif
laporan latihan industri:
 Memudahkan pegawai organisasi menilai latihan pelajar yang akan
dinilai pada setiap minggu.

 Membantu pensyarah menilai pelajar semasa pemantauan dan


menyemak laporan pelajar.

 Dapat dijadikan rujukan kepada Politeknik untuk membuat penambah


baikan berkaitan kursus Latihan Industri pada masa akan datang.
 Dapat dijadikan bahan bukti hasil – hasil kerja dan tugasan yang
dilakukan oleh pelajar sepanjang tempoh latihan industri.
 Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani latihan industri
mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.

 Memudahkan pelajar membuat laporan latihan akhir industri


yang lengkap.
 Mencatatkan segala aktiviti semasa menjalani Latihan Industri.
 Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan
 Dapat meningkatkan daya pemikiran dan kreativiti pelajar dalam
menghasilkan laporan yang berkualiti.
 Sebagai rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma tersebut selepas
tamat menjalani pengajian di Politeknik Kota Bharu.

1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi


Malaysia telah diwajibkan utnuk menjalani latihan industri selama satu semester,bagi pelajar
yang mengambil diploma akan menjalani latihan industri pada semester akhir iaitu semester
keenam. Latihan industri diwajibkan kepada setiap pelajar sebelum melayakkan mereka
untuk dianugerahkan diploma.

Latihan industri bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk memahami


lebih baik tentang persekitaran kerja yang sebenar. Pelajar diberi peluang untuk
menerapkan pengetahuan yang mereka pelajari dalam politeknik ketika menjalani
latihan perindustrian mereka.

6
Teori dan amalan adalah dua perkara yang sama penting untuk
dipraktikkan.
Para pelajar akan mampu berfikir di luar kotak dimana teori tidak sama
apabila kita cuba mengamalkannya. Dalam perkataan lain apa yang kita pelajari
tidak sama apabila kita menghadapi persekitaran kerja.

Kepentingan latihan industri adalah seperti berikut :

 Pelajar boleh melakukan persekitaran kerja sebenar dan


mendapat lebih banyak pengalaman.
 Pelajar dilatih untuk mengikuti peraturan – peraturan
syarikat yang dilaksanakan oleh firma.
 Pelajar akan mengetahui tentang masalah yang perlu mereka
hadapi dan mereka akan mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
 Pelajar juga boleh mendapatkan lebih banyak pengalaman
tentang luar bidang yang diperoleh syarikat tersebut
untuk diri mereka.
 Pelajar boleh membuat diri mereka lebih selesa untuk
bersosial dengan orang apabila mereka cenderung bergaul
dengan pekerja syarikat.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan
rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita - cita dan impian ketika belajar. Segala
penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan
dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak
langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam
pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori
dan amali ketika pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan
pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini
tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan
individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman
bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan
tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.
8

BAB 2: LATAR BELAKANG SYARIKAT

Gambar Rajah 2.1: Logo Tenaga Nasional Berhad

2.1 PENGENALAN ORGANISASI

NAMA : TENAGA NASIONAL BERHAD TANAH MERAH

ORGANISASI

ALAMAT : TENAGA NASIONAL BERHAD LOT 531, JALAN PASIR


MAS TANAH MERAH, 17500 TANAH MERAH KELANTAN
ORGANISASI

NO TELEFON : 15454

WAKTU : AHAD – KHAMIS (8.00 AM – 5.00 PM)

OPERASI : JUMAAT & SABTU (CUTI)

2.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN SYARIKAT


- Syarikat utility elektrik terbesar di Malaysia dengan asset bernilai RM 60.0
bilion.

9
- Memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 6 juta pelanggan di seluruh
Malaysia.

- Diiktiraf sebagai contoh utama kejayaan dasar penswastaan kerajaan.

SEJARAH TENAGA NASIONAL

Sejarah awal

Elektrik mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada penghujung abad ke-20 dan rekod
terawal penjanaan kuasa boleh disusur kembali kepada sebuah pekan kecil perlombongan
di Rawang, Selangor. Di sini, dua individu yang berdaya usaha iaitu Loke Yew dan K.
Thamboosamy Pillay telah memasang satu set penjana elektrik pada tahun 1894 untuk
mengusahakan lombong mereka. Mereka berdua merupakan usahawan pertama yang
menggunakan pam elektrik untuk perlombongan di Tanah Melayu, dan menandakan
permulaan besar kisah elektrik di Malaysia. Pada tahun yang sama, bekalan persendirian
untuk tujuan lampu jalan diperluaskan pemasangannya di kawasan bandar Rawang, Selangor.
Pada tahun 1895, stesen-stesen keretapi di Kuala Lumpur mendapat bekalan elektrik pertama.
Pada tahun 1900, Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sempam, Raub, Pahang dibina oleh
Syarikat Raub Australian Gold Mining dan menjadi stesen janakuasa elektrik pertama
diwujudkan di Tanah Melayu (kini Malaysia).

Lembaga Letrik Pusat

Lembaga Letrik Pusat (LLP) telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1 September 1949.
Lembaga Pengarah melalui Jabatan Bekalan Elektrik mempertimbangkan untuk mewujudkan
lagi tiga projek utama pada April 1946 antaranya: Stesen Janakuasa Jambatan Connaught,
Projek Hidroelektrik Cameron Highlands dan Pembangunan Grid Kebangsaan.

LLP akhirnya menjadi pemilik 34 stesen janakuasa dengan kapasiti penjanaan 39.88 MW,
termasuk stesen kuasa wap di Bangsar dengan kapasiti 26.5 MW, stesen kuasa hidroelektrik
di Ulu Langat dengan kapasiti 2.28 MW serta pelbagai diesel berkuasa penjana dengan
kapasiti 11.1 MW. LLP juga menjadi pemilik kepada sistem penghantaran dan pengagihan di
atas dan di bawah tanah yang bernilai hampir RM 30 juta serta dengan kapasiti pengguna di
Tanah

10

Melayu pada ketika itu yang seramai 45,495 pengguna bersama kakitangan syarikatnya
seramai 2,466.

Lembaga Letrik Negara dan Grid Nasional

Pada 22 Jun 1965, Lembaga Letrik Pusat (LLP) telah dinamakan semula sebagai Lembaga
Letrik Negara (LLN). Grid Nasional ialah salah satu rancangan dalam gerakan penuh. Ia
merupakan rangkaian penghantaran elektrik utama yang menghubungkan penjanaan,
penghantaran, pengedaran dan penggunaan elektrik di Malaysia. Loji penjanaan elektrik
terletak di Paka di Terengganu, Temengor, Kenering, Bersia dan Batang Padang di Perak,
Jambatan Connaught, Kapar dan Serdang di Selangor, Cameron Highlands di Pahang, Prai
di Pulau Pinang, Port Dickson di Negeri Sembilan, Pergau di Kelantan, Pasir
Gudang di Johor dan di Melaka.

Pada tahun 1980-an, Lembaga Pengarah telah membekalkan seluruh semenanjung dengan
elektrik, iaitu satu strategik menggantikan syarikat Perak River Hydro Power Electric
(PRHEP) dan anak syarikatnya Kinta Electrical Distribution Co. Ltd (Ked) pada tahun 1982,
Perbandaran Pulau Pinang pada tahun 1976, dan kawasan-kawasan yang dibekalkan oleh
Huttenbach Ltd. pada tahun 1964, termasuk Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Lunas, Padang
Serai, Telok Anson, Langkap, Tampin dan Kuala Pilah.

Gelung ini akhirnya disiapkan dan mengatasi beberapa kawasan yang paling padat di
Semenanjung utara, dan Kota Bahru berjaya ditempatkan dalam grid. Grid Nasional juga
saling berhubungan dengan rangkaian penghantaran Pihak Berkuasa Penjanaan Elektrik
Thailand (EGAT) menerusi 117 MV, 132 kV Single Line Circuit, yang sejak itu telah
dinaikkan ke garisan HVCD. Grid disambungkan ke Singapore Power Limited (SP) melalui
kapasiti 250 MVA - 230 kV talian penghantaran dan kabel bawah kapal selam. Sambungan
penting ini memberikan bukti pertama grid ASEAN yang asas pada peta.
Tapak di dalam Grid membentuk satu blok kuasa yang dikawal oleh pakatan teknologi dan
pengaturan yang teliti untuk mengukuhkan kebaikan bersama untuk semua. Pusat Dispatch
Muatan menjadikan komunikasi aktif mungkin untuk mengenal pasti keperluan masyarakat.

11

Dasar Penswastaan Negara

Dasar baru penswastaan mempunyai empat objektif utama—iaitu bagi meringankan beban
pentadbiran dan kewangan kerajaan, meningkatkan keberkesanan dan kualiti perkhidmatan
awam, menggalakkan penyebaran keusahawanan swasta dalam sektor awam dan terakhir,
namun tidak berkurangan, menyumbang kepada pencapaian matlamat yang ditetapkan
untuk Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB ialah sebuah rancangan tindakan afirmatif
penyusunan semula ekonomi sosial yang bertujuan untuk memperkuat perpaduan dan
kestabilan politik melalui pengagihan kekayaan negara yang sama.

Pada 4 Mei 1988, Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan


keputusan kerajaan mengenai dasar penswastaan. Dua undang-undang telah diluluskan bagi
menggantikan Akta Elektrik yang sedia ada dan mengadakan peruntukan bagi penubuhan
sebuah perbadanan baru. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah ditubuhkan pada 1 Februari
1990 di bawah Akta Bekalan Elektrik Syarikat 1990, bagi menggantikan Lembaga Letrik
Negara (LLN).

Pada 1 September 1990, Perdana Menteri Mahathir secara rasminya mengisytiharkan TNB
sebagai pewaris dan pengganti kepada LLN. TNB menjadi sebuah syarikat swasta yang
dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan; Tan Sri Dato Haji (Dr) Ani Arope telah dilantik sebagai
Pengerusi.

Berkembang pesat

Pada tahun 2003, Tenaga Nasional merancang untuk memperkenalkan pembacaan meter
jarak jauh secara berperingkat untuk anggaran 50,000 pengguna kuasa besar (LPC) dan
beberapa pengguna biasa menjelang akhir 2004. Pembacaan jauh ini akan membolehkan
TNB menerima data pemeteran waktu sebenar dan corak penggunaan pelanggan, dan
memantau kecurian elektrik, semuanya tanpa perlu dilayari.

Pada tahun 2007, Tenaga Nasional melaksanakan sejumlah 51 projek penambahbaikan sistem
bernilai RM15.87 juta di Pahang. Ini termasuk 24 projek bernilai RM8.91 juta di Kuantan
sahaja, terdapat lima projek penambahbaikan sistem jangka panjang di daerah Kuantan yang
melibatkan bandar Kuantan, Gebeng (kawasan perindustrian) dan Bandar Indera Mahkota

12
dengan bekalan 33kV yang dijangka dilaksanakan secara berperingkat. Kos itu adalah RM50
juta dan projek itu akan siap sepenuhnya pada tahun 2012

Pada tahun 2009, syarikat ini merancang untuk memulakan loji tenaga nuklear pertama
menjelang 2025 apabila ia mendapat sambutan daripada kerajaan.

Pada Julai 2011, Tenaga Nasional mempertimbangkan idea bekalan elektrik


dari Sarawak untuk Semenanjung Malaysia pada masa akan datang terutamanya dengan
rancangan bagi mana-mana loji kuasa nuklear kerana sumber kuasa alternatif tetap tidak
menentu.

Syarikat ini bercadang untuk membeli gas untuk penjanaan tenaga pada harga pasaran
terbuka apabila terminal regasifikasi gas asli cecair (LNG) di Melaka yang disiapkan
menjelang Ogos 2012. TNB berunding dengan beberapa pembekal gas,
termasuk ExxonMobil dan Royal Dutch Shell, untuk memperoleh bekalan. Syarikat
menyasarkan untuk mengimbangi penjanaan gas dan arang batu dalam penjanaan tenaga
menjelang 2015.

Pada Februari 2012, Tenaga Nasional dan Petronas telah melaburkan wang sebanyak RM2
bilion di dalam loji gas 300 MW dan gas asli cecair (LNG) di Sabah. Dua projek itu
merupakan loji gas yang dimiliki oleh TNB bersama Petronas mengambil peranan untuk
menubuhkan terminal LNG disasarkan untuk disiapkan pada tahun 2015.

Pada Mei 2015, TNB telah mengambil mandat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)


untuk membina sebuah loji janakuasa arang batu bertebaran 2,000 MW yang telah
ditangguhkan. Jurutera dari Toshiba Corp, IHI Corp dan Hyundai Group - konsortium yang
memenangi kejuruteraan, perolehan dan kontrak pembinaan untuk projek itu - berada di ibu
pejabat TNB sebagai sebahagian daripada penilaian terakhir projek itu. TNB telah diberikan
kelulusan untuk mengambil alih projek itu kerana kerja yang diperlukan untuk turun dengan
pantas kerana kontrak EPC telah dianugerahkan dan ekuiti perlu bermula dari masa ke masa.

Pada Oktober 2015, Tenaga Nasional mengumumkan telah mengemukakan tawaran bersyarat
untuk memperoleh aset kuasa Edra Global Energy Bhd dari 1MDB.

13

Pada tahun 2018, TNB melengkapkan 75% kerja di loji janakuasa Jimah East Power di Port
Dickson, Negeri Sembilan, yang dianggarkan bernilai RM12 bilion, loji janakuasa itu terdiri
daripada dua unit arang batu yang mempunyai kapasiti generik 2,000MW dan dijangka
meningkatkan sumbangan TNB kepada grid kuasa Malaysia dari 51.8% kepada 53.2%.
TNB pada Disember 2018 mengumumkan rancangannya untuk memasuki pasaran
perkhidmatan jalur lebar menjelang Januari 2019 dengan menggunakan rangkaian gentian
optik sedia ada di seluruh negara dan mula sedang menjalankan projek perintis di Melaka.
Penglibatan TNB dalam perniagaan jalur lebar berkelajuan tinggi akan menjadi "pengubah
permainan" untuk industri telekomunikasi negara.

2.4 AHLI LEMBAGA PENGARAH


14

2.5 HALA TUJU ORGANISASI (VISI & MISI)

VISI

 Untuk menjadi di antara perbadanan pemimpin yang terkemuka dalam tenaga dan

berhubungan dengan perniagaan global

MISI

 Kami komited untuk mencapai kecermelangan dalam produk dan perkhidmatan kami

2.6 CARTA ORGANISASI & PETA LOKASI


15
BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN
3.1 Pengenalan

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan sepanjang
menjalani latihan industri. Setiap pelajar yang menjalani latihan industri mestilah
merekodkan setiap aktiviti atau tugasan yang terlibat di tempat latihan mereka dalam buku
Jurnal Refleksi setiap hari dan minggu. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di
dalam buku jurnal refleksi secara ringkas dan diterangkan dalam bab yang meliputi tugas
yang diberikan oleh penyelia. Segala aktiviti yang dilakukan setiap seminggu tidak
semestinya sama kerana terdapat cuti umum dan cuti yang diumumkan oleh syarikat serta
akan diterangkan dari minggu ke minggu bagi menyimpulkan kerja yang telah dilakukan
dalam seminggu serta memudahkan proses semakan.

Semasa menjalankan latihan industri selama 20 minggu disini pelajar telah banyak
mempelajari dan memperolehi kemahiran serta pengalaman. Selain mempratikkan apa yang
telah dipelajari di politeknik, saya juga telah mengetahui peraturan-peraturan dan etika
syarikat dan ianya perlu dipratikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya
menjalani latihan industry. Hal ini telah mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang
sebenar. Secara ringkasnya, saya dapat menerangkan tugas saya sepanjang tempoh latihan
industri ini secara mingguan sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Tenaga Nasional
Berhad.

MINGGU AKTIVITI
1  Melapor diri ke Tenaga Nasional Berhad pada jam 09.00 pagi dan berjumpa

dengan Encik Mohamed Jailani Bin Idris (Penyelia Latihan Industri).

 Dokumen-dokumen yang dibawa semasa melapor diri ialah, surat jawapan, buku

jurnal serta kad matrik sebagai pengenalan diri.

 Surat pengesahan lapor diri diserahkan kepada penyelia latihan industri untuk

dicop dan ditandatangani sebelum dihantar kepada pihak Upli PKB.

 Mendengar taklimat ringkas berkenaan keselamatan ditempat kerja daripada

Encik Mohamed Jailani Bin Idris .

 Sesi perkenalan bersama staf Tenaga Nasional Berhad.

 Melakukan kerja pembaikian akibat kerosakan talian.

2  Melakukan kerja pembaikian system disebabkan peralatan yang tidak

diselenggara.

 Menghadiri seminar kesihatan gejala buasir.

 Melakukan kerja-kerja penukaran black box 400 AMPS.

 Menghadiri seminar mengenai Philippine Power Market.

3  Melakukan kerja-kerja penyuisan.

 Melakukan kerja penukaran IPC kepada PIC.

 Menghadiri seminar kesihatan masalah hidung, telinga & mulut.

 Melakukan kerja-kerja penambahan black box 400 AMPS.

 Menghadiri seminar mengenai Smart Data Driven.


4  Melakukan kerja penukaran pengalir pada Cut Out 100 Amps.

 Menghadiri seminar kesihatan mengenai Hernia.

 Melakukan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik.

 Melakukan pemasangan jangka baru satu fasa.

 Melakukan semakan AMPS pada LVPT.

5  Melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tiang talian atas.

 Melakukan kerja penyelenggaraan wayar yang jatuh pada rumah kediaman.

 Menghadiri seminar kesihatan pemakanan sihat di bulan ramadhan.

 Melakukan kerja-kerja maintanance.

 Menghadiri seminar mengenai Knowledge Sharing.

6  Melakukan kerja-kerja bekalan baru bagi salur utama (memasang tiang baharu di

tempat yang baru).

 Melakukan kerja pembersihan pada circuit breaker.

 Menghadiri seminar kesihatan mengenai preventable blindness.

7  Melakukan kerja-kerja maintenance pada suis breaker.

 Melakukan kerja penggantian tiang.

 Menghadiri seminar kesihatan Acid Reflux.

 Melakukan kerja-kerja ujian penebatan pada kabel yang bermasalah.

 Melakukan kerja-kerja pengalihan tiang akibat aduan oleh pengguna.

8  Melakukan kerja-kerja pengalihan tiang atas aduan pengguna.

 Melakukan kerja penukaran IPC kepada PIC.

 Menghadiri seminar kesihatan mengenai Knee Pain.

 Menghadiri seminar mengenai “Theft Of Electricity”.


9  Pejabat Tenaga Nasional Berhad cuti sempena perayaan aidilfitri

 Menghadiri seminar kesihatan.

10  Melakukan kerja semakan aduan low voltage oleh pengguna.

 Melakukan kerja penukaran IPC kepada PIC.

 Melakukan kerja-kerja pembumian LV

 Melakukan kerja-kerja kabel.

11  Melakukan kerja-kerja pembaikian pengalir serbis jatuh di kawasan rumah

pengguna.

 Melakukan kerja pembetulan termination cabel.

 Menghadiri seminar kesihatan mengenai Common Tyroid Disoder.

 Melakukan kerja-kerja penukaran kabel LV kerumah pengguna.

 Melakukan kerja menukar kabel lama kepada kabel yang baru.

12  Menyambut sambutan hari raya aidilfitri.

 Melakukan kerja penukaran IPC kepada PIC.

 Menghadiri seminar kesihatan mengenai Free Your Pain with Radiofrequency

Ablation.

 Melakukan kerja-kerja penukaran black box 400 AMPS.

 Menghadiri seminar mengenai Safety & Risk : what the diffrence.

13  Melakukan kerja-kerja preventive maintenance pada kabel yang diarah.

 Melakukan kerja penukaran IPC kepada PIC.

 Menghadiri seminar kesihatan mengenai Hand, Foot & Mouth Disease.

 Menyiapkan laporan akhir Latihan Industri & Jurnal Refleksi.

 Menghadiri seminar mengenai Heart Attack.

14  Melakukan kerja-kerja menukar pengalir serbis ke rumah.

 Melakukan kerj-kerja menaikkan semula pengalir yang jatuh ditimpa pokok


akibat ribut.

 Menghadiri seminar kesihatan mengenai Diabetic Foot Ulcer and Woundcare.

 Melakukan kerja-kerja preventive maintenance (Rework IPC).

 Melakukan kerja pengalihan tiang atas aduan pengguna.

15  Melakukan kerja-kerja pembumian system LV pada peti agihan.

 Melakukan kerja preventive maintenance pada IPC.

 Melakukan semakan AMPS pada LVPT & mengambil bacaan supaya tiada

kebocoran arus pada LVPT ke bumi

16  Melakukan kerja-kerja preventive maintenance (Rework IPC).

 Melakukan kerja semakan arus pada tabung LVPT untuk mengambil bacaanya.

 Menghadiri seminar kesihatan mengenai cacar monyet.

 Melakukan kerja-kerja penambahan black box 400 AMPS.

17  Melakukan kerja-kerja mengangkat tiang dan serbis yang jatuh kerana ribut.

 Melakukan kerja penukaran IPC kepada PIC.

 Melakukan kerja-kerja menebang pokok yang menghalang pengalir.

 Melakukan kerja-kerja penambahan black box 400 AMPS.

 Melakukan kerja-kerja preventive maintenance.

18  Melakukan kerja-kerja maintenance pada lampu jalan kerana tidak menyala.

 Menyiapkan persiapan untuk menyambut kedatangan penssyarah memantau

keadaan pelajar di tempat Latihan Industri.

 Melakukan kerja penukaran IPC kepada PIC.

 Melakukan kerja-kerja menebang pokok yang menghalang pengalir.

 Melakukan kerja-kerja penambahan black box 400 AMPS.

 Melakukan kerja-kerja preventive maintenance.


19  Melakukan kerja penukaran IPC kepada PIC.

 Menghadiri taklimat kesihatan mengenai “Sakit Belakang”.

 Mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Adha di pejabat dengan.

20  Melakukan kerja-kerja membuat pengesanan laluan kabel bawah tanah.

 Melakukan kerja penukaran IPC kepada PIC.

 Melakukan kerja-kerja menanam tiang dan mengalih laluan tiang.

 Membuat persiapan boring dan laporan tamat Latihan Industri.

 Melakukan kerja-kerja preventive maintenance.

20

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN

Laporan teknikal merupakan kepada tugasan atau kerja yang telah di arah untuk
melaksanakan semasa latihan industri. Tugasan yang diberi perlu mengikut proses dan
prosedur yang telah ditetapkan ianya dijalankan secara berperingkat - peringkat. Setiap
tugasan yang diberikan adalah mengikut Standard Operation Procuder (SOP) yang telah
ditetapkan. Semua tugas yang dilakukan adalah secara berperingkat dan dibawah pengawasan
dan tunjuk ajar daripada juruteknik

Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan yang
melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama 20 minggu di syarikat tersebut. Segala
kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat
mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja tersebut dengan baik.

Semasa saya menjalani Latihan industri, saya didedahkan kepada bahagian


Pembinaan. Bahagian Pembinaan merupakan salah satu bahagian yang ada oleh pihak TNB
kepada pelajar. Bahagian ini adalah melibatkan sesuatu projek baru atau sesuatu sistem
bekalan yang perlu ditingkatkan yang mesti dilaksanakan oleh pihak TNBD. Bahagian ini
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pencawang,talian atas dan Kabel. Memandangkan
masa yang singkat, pelajar dapat didedahkan bahagian kabel. Ini kerana bahagian
pencawang lebih ditekankan pada bahagian senggaraan dan voltan tinggi.

Kabel

Kabel merupakan bahan atau komponen utama yang digunakan untuk


penyambungan dan pembekalan elektrik ke sesuatu kawasan ataupun bahagian
yang dikehendaki. Kabel digunakan bagi menyambungkan bahagian utama ke
sub-utama dan dari sub utama kepada litar akhir atau peralatan atau perkakasan
yang menggunakan elektrik. Terdapat pelbagai jenis, saiz, dan keupayaan kabel
yang diguna pakai hari ini, bergantung kepada keadaan atau faktor-faktor
tertentu dan juga keadaan semasa. Kabel ini terbahagi kepada dua bahagian
utama iaitu kabel voltan tinggi dan kabel voltan rendah. Kabel voltan tinggi ini
mampu
21
membawa beban atau voltan setinggi 11kV dan ke atas manakala kabel voltan
rendah hanya mampu mnembawa voltan setinggi 415V dan ke bawah. Kegunaan
kabel ini bergantung kepada voltan yang diperlukan dan menjadi perkara utama
untuk mengetahui beban yang dikehendaki bagi menentukan kabel yang hendak
dipakai.

4.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

4.2.1 Komponen utama Kabel

Kabel terdiri daripada dua komponen utama iaitu pengalir dan juga penebat.
i) Penyangkok

ii) Pencengkam gantungan


iii) Penetap tamatan
iv) Perangkai Fusable “Fusable Link”
v) Tiub pemati hujung
vi) Pengikat Nylon hitam
vii) Penyambung bertebat “Piercing”

Jenis- Jenis dan Saiz Kabel.

Terdapat pelbagai jenis dan saiz kabel yang digunakan oleh TNB dalam
penyambungan dan penghantaran bekalan elektrik kepada pengguna. Semua
kabel pada asasnya adalah sama iaitu mempunyai pengalir untuk membenarkan
arus mengalir dan penebat bagi membataskan pengaliran arus atau mengelak dari
arus mengalir serta melindungi pengalir bagi kabel tersebut. Kabel dibuat
mengikut kadaran arus dan voltan yang boleh dibawa olehnya semasa
penghantaran bekalan elektrik. Pada umumnya, kabel boleh dikelaskan kepada
dua iaitu kabel voltan tinggi dan kabel voltan rendah. Berikut ini merupakan
penerangan ringkas jenis dan saiz bagi kabel voltan tinggi dan kabel voltan
rendah. Penerangan ini berdasarkan jadual 1- 4.
22
1. Kabel Voltan Rendah.

a. PVC

b. ABC (Arial bundle Cable)

c. BARE AI (Bare Alminium)

Jenis kabel yang terkini dipakai oleh pihak TNB ialah kabel jenis ABC
dan kabel sedia ada adalah PVC dan BARE AI. Kedua-dua kabel ini akan
dimansuhkan secara berperingat-peringkat. Ini kerana pemilihan kabel ABC
dalam penggunaan penghantaran dan pendawaian voltan rendah adalah lebih
baik dan selamat berbanding kabel BARE AI dan PVC. Kabel ABC adalah lebih
selamat digunakan kerana sukar berlakunya kerosakan kerana kabel ini dibaluti
penebat pada luarnya. Ini menyebabkan kabel ini sukar rosak atau pun putus dan
juga kerosakan talian ke talian tak akan berlaku berbanding kabel BARE AI
yang mana pangalirnya terdedah kepada luar. Ini mengakibatkan kabel ini
mudah rosak, putus seterusnya memudahkan kejadian kerosakan antara dua
talian apabila bersentuhan dan kejadian rosak ke bumi.

ABC juga lebih baik berbanding kabel PVC. Ini kerana walupun bersalut,
kabel PVC tidak menetapkan yang mana kabel hidup, neutral dan juga yang
mana kabel bagi lampu jalan. Ini menyusahkan pekerja untuk memilih yang
mana kabel untuk dijadikan kabel hidup mahupun neutral. Ini mengakibatkan
apabila tersalah sambung dan tertukar fasa hidup dengan hidup atau tertukar fasa
dengan neutral pada kabel, akan berlakunya kerosakan dan mengakibatkan
kemusnahan pada kabel itu sendiri dan juga perkakasan elektrik yang terlibat.
Oleh kerana itulah kabel ABC telah dipilih memandangkan kabel ini telah
ditetapkan untuk penggunaannya iaitu berdasarkan saiznya dan label yang
diberikan oleh pengeluar dengan menetapkan sesuatu saiz untuk kabel fasa atau
hidup, kabel untuk neutral dan untuk lampu jalan.

23

2. Kabel Voltan Tinggi.

a. XLPE (cross Link Poly Etthlyn)

b. PILC (Paper Insulated lead cover)

Kabel voltan tinggi yang digunapakai oleh TNBD pada masa sekarang
adalah XLPE terutamanya melibatkan kerja-kerja pemasangan kabel yang baru.
Kabel PILC adalah kabel sedia ada yang masih digunapakai tetapi tidak
melibatkan pemasangan yang baru. Kabel PILC ini akan diganti dengan kabel
XLPE apabila terjadinya kerosakan atau ‘breakdown’. Penggunaan kabel XLPE
ini bagi menggantikan kabel PILC ini adalah memandangkan kabel ini
mempunyai banyak kelebihan. Berdasarkan jadual ‘cables rating’, jelas
menunjukkan bahawa pada saiz kabel yang sama, kabel XLPE mempunyai
kadaran arus yang lebih tinggi berbanding kabel PILC, oleh itu kabel ini
mempunyai keupayaan membawa beban yang lebih tinggi berbanding kabel
PILC. Selain itu, kerja pemasangan sambungan atau tamatan bagi kabel XLPE
adalah lebih mudah berbanding kabel PILC. Kabel XLPE juga mempunyai
keselamatan dan prestasi yang lebih baik berdasarkan bahan dan rekabentuk
pembinaannya. Ini dapat dilihat contoh rajah kabel XLPE dalam lampiran
bahagian pembinaan. Penggunaan kabel XLPE juga adalah lebih baik
berbanding kabel PILC kerana kabel ini lebih mudah dan selamat apabila
digunakan sebagai kabel talian atas ‘over head’ untuk penghantaran voltan
tinggi.

4.3 KAEDAH PENGENDALIAN PERALATAN

4.3.1 Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Memgendalikan Kabel.

Beberapa langkah perlu diambil semasa kerja-kerja mengendalikan kabel


seperti ketika mengangkat kabel, membuat pemasangan dan tamatan. Kabel yang
dikeluarkan dari kilang pengeluaran biasanya telah diuji terlebih dahulu sebelum
dikeluarkan. Ini bagi menjamin mutu dan prestasi kabel agar ia tidak
mendatagkan

24
sebarang masalah kepada penggunaannya kelak. Tetapi jika kabel ini tidak
menuruskannya dengan dan berhati-hati, ianya boleh mendatangkan masalah dan
mudah rosak serta tidak boleh digunakan.

Kabel hendahlah dibuka dengan berhati-hati ketika memulakan kerja


seperi membuka dari penggulungnya iaitu gelungan kayu. Kabel ini hendaahlah
dibuka dengan mengelakkan dari terkena benda-benda tajam dan keras agar
tidak terluka. Sekiranya sesuatu kabel dipotong dan sebelum dipasang kepada
sesuatu peranti atau peralatan elektrik, hujung kabel yang dipotong tersebut
hendaklah dibaluti dengan segera agar penebat dan pengalirnya tidak rosak dan
tidak dipengaruhi faktor luaran seperi dimasuki air.
Satu lagi perkara yang mesti dititikberatkan ialah ketika mahu
membengkokkan kabel sewaktu kerja mengendalikan kabel dijalankan.
Membengkokkan kabel tidak perlu dilakukan berhampiran dengan kotak
tamatan. Kabel akan mudah rosak jika garis pusat pembengkokkan itu adalah
kecil. Dalam kerja-kerja pemasangan kabel, bengkokkan kabel pada susdut-
sudut tertentu mestilah dibuat dengan garis pusat sebesar mungkin. Ini bagi
mengurangkan tekanan pada kabel tersebut dan mengekalkan kelegaan kabel
tersebut. Bengkokan kabel dengan garis pusat yang kecil akan menyebabkan
kerosakan pada penebat, pengalir dan perisai perlindungan kabel tersebut.

4.3.2 Membuat Tamatan dan Penyambungan Kabel.

Tamatan dan penyambungan kabel adalah proses yang amat penting bagi
memastikan keterusan, kesempurnaan penebatan atau pengalir dan keterusan
perisai perlindungan terus kekal prestasi dan keupayaannya. Ini penting kerana
agar kabel dapat membawa arus beban yang telah dikadarkan dan juga nilai arus
yang terhasil apabila berlaku kerosakan ataupun litar pintas. Kerja ini juga amat
penting bagi menggelakkan dari mudahnya berlaku kerosakan pada kabel
sekaligus ‘breakdown’ atau gangguan bekalan eletrik mudah terjadi. Contohnya
ialah semasa kerja tamatan dan penyambungan antara kabel bagi kabel bawah
25
tanah iaitu biasanya kabel voltan tinggi. Kerja ini penting bagi memastikan
penyambungan dan tamatan yang dibuat tahan dari masalah gegaran atau
perubahan struktur tanah yan menyebabkan kabel tersebut mudah terluka
ataupun rosak. Ianya juga amat penting agar kabel tidak mudah dimasuki air
sehingga kabel ‘shock’ ataupun sebagainya. Kerja ini juga amat penting agar
tahan dari faktor-faktor cuaca seperti hujan yang memudahkan kabel dimasuki
air seperti yang dinyatakan tadi. Selain hujan suhu yang amat tinggi atau
keadaan persekitaran yang panas juga boleh mengakibatkan kabel mudah pecah
ataupun terluka. Kesan ini semua adalah penting dan mesti dititikberatkan
semasa kerja tamatan dan penyambungan kabel dijalankan.

4.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN


4.4.1 Pengujian Kabel

Kabel yang dipasang ataupun yang digunakan oleh TNB dalam


penghantaran atau pengagihan bekalan elektrik mestilah diuji bagi memastikan
kabel tersebut betul- betul berada pada prestasi yang sempurna dan tidak berlaku
sebarang kerosakan mahupun berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.
Diantara ujian yang dimaksudkan ialah :

1. Insulation Test (ujian penebatan).

Ujian ini dijalankan menggunakan peralatan yang dipanggil ‘Megger’ .


Ujian ini adalah untuk mengukur tahap kekuatan penebat bagi sesuatu kabel
dengan melihat rintangan yang dihasilkan melalui alat tersebut (megger). Untuk
mengenalpasti kabel tersebut betul-betul baik, rintangan yang terhasil semasa
ujian ini dijalankan mestilah melebihi 100M. Megger ini mempunyai 2
terminal E dan L, 1 pemilih suis dan 2 sekil. Sekil yang dimaksudkan ialah sekil
untuk Megaohm dan ohm. Sebelum sebarang ujian pada kabel dijalakan,
pemilihan sekil mestilah betul agar bacaan sebenar boleh diperolehi dan suis
pemilih juga harus ditetapkan. Suis pemilih ini adalah jumlah voltan yang
hendak disuntik semasa ujian dijalankan. Semasa ujian dijalankan, terminal E
mestilah dibumikan dan

26

terminal L disambung pada pengalir kabel. Pemilihan voltan juga hendaklah


berkesesuaian dengan kabel yang hendak diuji. Prestasi penebatan kabel juga
boleh dilihat dengan mengambil bacaan arus bocor yang berlaku pada kabel
semasa ujian penebatan dijalankan. Sekiranya arus tinggi terhasil, ini bermakna
kabel itu gagal berada dalam prestasi yang dikehendaki.
2. Continuity Test (ujian keterusan.).

Ujian keterusan dijalankan bagi memastikan pengalir kabel berada dalam


keadaan yang baik. Ujian ini juga dijalankan dengan menggunakan ‘Megger’.
Untuk mengetahui kabel ini mempunyai pengalir yang baik, rintangan yang
terhasil mestilah kecil sehingga bacaan sifar atau 0. Apabila bacaan tanpa
rintangan, ianya menunjukkan bahawa pengalir pada kabel tersebut tidak
berintangan yang boleh mengganggu pengaliran arus. Apabila rintangan tinggi
terhasil kabel ini tidak berada pada prestasi yang baik kerana wujudnya masalah
pada pengalit tersebut. Semasa ujian ini dijalankan, kedua-dua hujung pada
sesuatu kabel disambung dengan kedua-dua terminal Megger tersebut

3. Phasing Test ( ujian fasa).

27

Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti sambungan fasa


yang betul bagi setiap penyambungan kabel, tidak kira semasa tamatan atau
sambungan. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan ‘Phasing Indicator’ atau
penunjuk fasa.
28
BAB 5 : LAPORAN TEKNIKAL

KENDALIAN DAN SENGGARAAN

5.1 : PENGENALAN

Senggaraan adalah bahagian penjanaan (Maintenance) atau melakukan


kerja baik pulih, pembinaan projek baru, pengawalan kawasan-kawasan talian
serta berbagaibagai kerja yang berkaitan di sekeliling kita.
Bahagian senggaraan sekarang ini boleh dikatakan senang dari dahulu.
Tidak susah atau seteruk dahulu jika hendak dibandingkan dengan sekarang. Ia
adalah disebabkan apabila LLN telah diswastakan maka sekarang dipanggilkan
TNB dimana telah banyak perubahan yang telah dilakukan oleh TNB. Ini adalah
untuk kemudahan dan keselesaan kepada kakitangan TNB.

Kontraktor-kontraktor Bumiputra telah ditawarkan kerja yang dahulunya


dilakukan oleh pihak TNB seperti merentang kabel 3 X 185 + 120 + 16 ABC dan
memasang meter-meter di kawasan perumahan dan banyak lagi. Kontraktor-
kontraktor ini adalah yang berdaftar dengan TNB sahaja. Dahulunya kerja-kerja
TNB ini adalah menanam tiang dan menyelenggarakan talian-talian yang
merentangi jalan raya dan rumah-rumah pengguna. Tetapi sekarang, ianya telah
dilakukan oleh kontraktor-kontraktor yang berdaftar ini dengan dibantu oleh
pihak TNB.

Tugas-tugas senggaraan ini semakin mudah apabila ianya, dilakukan


dengan semangat kumpulan yang dijadikan satu tradisi dari dahulu lagi.
Kumpulan yang melibatkan 7 hingga 10 orang pekerja bagi satu lori sudah cukup
meringankan bagi kerja-kerja dan dilakukan. Memang wajarlah pada dahulunya
LLN ini adalah satu badan kerajaan dan ditukarkan kepada badan berkanun iaitu
TNB sekarang ini.

29
Kumpulan-kumpulan ini sekarang hanya ditugaskan menjaga dan
melakukan kerja baik pulih serta membuat satu pembaharuan bagi kemudahan
penggunaan tenaga elektrik tidak kira samada pengguna kediaman mahupun
kilang-kilang.

Kerja-kerja yang dilakukan oleh bahagian senggaraan adalah kerja-kerja


yang berkaitan dengan overhead dan talian-talian atas yang disalurkan kepada
pengguna. Di sepanjang jalan kita, tiang-tiang dan talian-talian atas itu
kesemuanya adalah yang berkaitan dengan kerja-kerja senggaraan.
KERJA SENGGARAAN YANG SEDANG DILAKUKAN

5.2 KERJA-KERJA YANG DILAKUKAN DI BAHAGIAN SENGGARA

5.2.1 Menanam Tiang

i) Ditanam sekurang-kurangnya 4-6 sehari yang diuruskan oleh pihak

pekerja Crain Auger. Jarak antara satu tiang ke satu tiang yang lain lebih
kurang 100 hingga 110 kaki.

ii) Menanam penyokong tiang yang terdiri daripada plit dan sebatang rod
sepanjang 5 kaki. Di tanam sehingga sedalam 2 hingga 3 kaki dalamnya.

30
iii) Membina Stay Wire dengan menggunakan 2 player. Pengalir bersaiz
7/10mm2 (7 core). Dimulakan dengan 8 lilitan iaitu mengikut turutan
bermula 8, 7, 7, 7, 6, 6, 5.

Setelah ketiga-tiga kerja yang dilakukan seperti diatas, maka kerja-kerja


penanaman tiang boleh dikatakan lengkap dengan terpasangnya ‘stay’ atau
umbang.

Bagi kemudahan kerja ini, tali, tangga, spanar, wise dan safety beld (tali
pinggang keselamatan) digunakan untuk keselamatan pekerja. Masa yang
diambil bagi mengerjakan shutdown ini bergantung kepada tiang iaitu
kedudukan tiang itu sendiri. Kedudukan tiang adalah seperti berikut :

i) Tiang tengah
ii) Tiang tamatan
iii) Tiang mula
iv) Tiang sudut
v) Tiang pembahagi

Bagi tiang tamatan adalah yang paling mudah dan mengambil masa yang
singkat untuk menyiapkannya. Bagi tiang pembahagi pula, adalah kerja yang
paling sukar dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Bahagian
ini adalah lebih bahaya dan perlu berhati-hati. Ini adalah kerana bimbang
tertukar Phase dan Neutral. Untuk memudahkan kerja, tiang pembahagi
memerlukan 2 atau 3 orang bagi satu-satu kerja. Tiang-tiang yang lain hanya
seorang sahaja melakukannya dan tidak begitu sukar daripada tiang pembahagi
dan tidak semudah pula tiang tamatan.

Sebelum menanam tiang, bekalan hendaklah diputuskan dahulu untuk


keselamatan kerja. Bekalan dipotong dari substation-substation yang
berhampiran atau yang mengawal kawasan kerja tersebut. Terdapat 3 jenis
pencawang-pencawang iaitu:

31
 Indoor
 oledoor
 Outdoor

5.3 : Indicator

Ia boleh digunakan untuk menguji


 Voltan arus terus
 Voltan arus ulang alik.
5.3.1 Cara mengenali bekalan yang diuji samada AC atau DC

i) Kedua-dua filamen pada lampu neon menyala, ianya menunjukkan belakan itu
adalah AC. ii) Jika salah satu daripada dua filamen pada lampu neon menyala ini
adalah bekalan DC.

5.3.2 Cara menguji penunjuk voltan (Voltage Indicator)

1) Penguji penebat 500 volt untuk menguji keterusan prod. Bekalan elektrik
yang boleh dikenalpasti untuk menentukan ianya dalam keadaan yang
baik.
2) Menguji bekalan di puncak bekalan:

i. Fasa Merah dengan Neutral


ii. Fasa Kuning dengan Neutral
iii. Fasa Biru dengan Neutral

3) Mengukur voltan diantara Fasa dengan Fasa:


i. Fasa Merah dengan Kuning
ii. Fasa Kuning dengan Biru
iii. Fasa Biru dengan Merah
32

Voltage Indicator
5.4 : Phase Rotation / sequence tester

Alat ini digunakan untuk mengetahui samada kedudukan Red, Yellow dan Blue
disambungkan dengan betul.

5.4.1 Cara menggunakannya

i) Mula-mula letakkan pengapit pada alat yang hendak diuji.

ii) Tekan punat “ON”.

iii) Lihat dalam bulatan dimana arah lawannya, jika mengikut arah pusingan
ia dalam keadaan yang baik dan jika berlawanan, ia menunjukkan wayar
serbis bertukar.

5.4.2 Kesan-kesan jika bertukar wayar servis

ii) Meter akan berputar berlawanan.

iii) Bagi motor, ia memberi kesan seperti pusingan yang berlawanan jika
rumah atau bangunan itu pendawaian 3 fasa.
iv) Bagi 1 fasa, ia tidak memberi apa-apa kesan.

33
Phase Rotation / sequence tester

5.5 : Gangguan Bekalan

Selalunya gangguan bekalan ini berlaku akibat perkara-perkara yang


tidak disengajakan dan kerja-kerja perancangan. Kerja-kerja baik pulih yang
selalu dilakukan apabila berlaku kejadian seperti ini adalah yang melibatkan
talian-talian akibat daripada:-
a. Angin kencang

b. Ribut petir

c. Talian ditimpa dahan atau pokok kayu.

d. Penyambung ditengah talian (Piercing Connector atau Iine Tap)


longgar.

Pengalir akan ditukarkan kepada yang baru atau yang lebih baik apabila
penyambung (linetape) diragukan akan keselamatannya. Bagi keselamatan kerja,
fius di tiang harus dicabut dahulu sebelum kerja-kerja baikpulih dilakukan. Fius
ini akan dipasang semula selepas kerja-kerja baikpulih selesai. Fius ini
berkadaran hanya 50Ampere dan 100 Ampere.

34
5.6 : Fius Black Board ( LV ABC Switch Cross Section )

Black Board digunakan di talian-talian ABC. Kebanyakkan pada talian-


talian TNB, ia menggunakan fius lama jenis ‘Yorkshire’. Akan tetapi pada masa
kini, pihak TNB telah menggunakan Black Board kerana keupayaannya
membawa arus sebanyak 400 Amp.
5.6.1 Kerja-Kerja Am Senggaraan

Tugas-tugas am senggaraan adalah mengalih laluan mengalirnya arus


bekalan (jumper) dengan membuat serta mengubah dan menukar jumper yang
sedia ada di talian atas tiang pembahagian.
Sebab-sebab perlu dialihkan ialah :

i) ‘Fedeer’ (F1) tidak cukup untuk menampung satu kawasan yang


menggunakan beban-beban yang bertambah banyak, maka ia
memerlukan bantuan daripada F2 pula untuk menampung beban-beban
ini dan seterusnya membantu F1.

5.7 : Feeder

Feeder adalah fius yang mengawal sesuatu kawasan. Satu feeder


mengandungi 3 fius yang sama tiap-tiap satu fius berkadaran 125Amp. Ia hanya
mengawal beban yang terhad.

35
Rajah Pemasangan Kabel Bertebat Di udara Voltan Rendah

5.8 : Sistem Kabel Bertebat Diudara

Sistem kabel bertebat diudara yang dilaksanakan terdiri daripada satu


hingga empat mengalir aluminium yang bersalut da pengalir-pengalir tersebut
membelit disekeliling dawai pengalir penggantung yang juga dikhususkan
sebagai dawai Neutral.
Dengan menggunakan sistem kabel diudara keterusan bekalan kepada
pelanggan dapat dijamin dengan lebih berkesan disebabkan kurangnya berlaku
kerosakkan (kemungkinan berlakunya litar pintas tidak mudah terjadi) disamping
kos-kos pembinaan dan senggaraan lebih mudah).
Didalam proses pembinaan talian dapat dilakukan dengan lebih cepat dan
masalah untuk mencatas dan menebang pokok-pokok kayu dapat dikurangkan.
Oleh kerana keeseluruhan sistem pemasangan kabel ini bertebat
sepenuhnya, pemasangan sistem ini lebih selamat dan tidak memberi satu
keadaan yang merbahaya kepada pekerja dan orang awam untuk menyentuh
kabel tersebut.
Keterangan ringkas berikut adalah diantara beberapa perkara-perkara yang perlu
dilaksanakan didalam pembinaan talian kabel bertebat diudara:-
36
i. Terdapat 2 saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan
penggunaannya sebagai sesalur talian utama:-
a) 3 x 185 mm2 + 16 mm2 + 120 mm2

b) 3 x 95 mm2 + 16 mm2 + 70 mm2

Pengalir 16 mm2 terdapat pada kedua-dua kabel tersebut untuk kegunaan


pengalir lampu awam.
ii. Terdapat 2 saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan
penggunaanya sebagai sesalur servis:-
a) 3 x 16 mm2 + 25 mm2 untuk bekalan 3 fasa

b) 3 x 16 mm2 + 25 mm2 untuk bekalan 1 fasa

iii. Walaupun sambungan pada pengalir kabel bertebat diudara perlu


menggunakan penyambung bersalut Piercing.
iv. Penggunaan Perangkai Fusable (mekanikal) diperkenalakan bagi
melindungi kabel dan pelbagai pepasangan lain daripada mengalami
kerosakan sekiranya dahan atau pokok-pokok kayu yang berat menimpa
talian.
v. Dawai bersalut PVC perlu digunakan sebagai dawai bumi bagi
memastikan keseluruhan pepasangan sistem ini bertebat sepenuhnya.
vi. Tegangan kabel dibuat sehingga kelegaan kabel ke paras tanah
sepertimana yang diperlukan didalam kehendak peraturan diperolehi
dengan cara membuat pengukuran ditapak kerja dan tidak perlu
menggunakan Dynamometer dan papan kenduran.

Walaupun didalam pemasangan kabel bertebat diudara, kadaran fius-fius


yang dipasang perlulah pada kadar yang betul bagi mengelak berlakunya
kerosakan pada bahan penebat. Semua sambungan sesalur serbis bagi tujuan
pengimbangan beban pada setiap fasa perlu dibuat dengan berhati-hati.

37
5.8.1 Kabel Bertebat Di Udara Voltan Rendah

i. Binaan Dan Rekabentuk

Kabel ini mempunyai satu hingga empat pengalir aluminium


bertebat dengan Polyethylene. Pengalir-pengalir ini membelit
disekeliling dawai penggantung bersalut aluminium Alloy. Dawai
penggantung ini juga dikhususkan sebagai dawai Neutral.
ii. Pengalir Fasa

Bahan pengalir yang digunakan adalah Aluminium Tarik Kuat (Hard

Drawn Aluminium) dikeluarkan mengikut keadaan H68 mengikut


panduan BG 2627 Wrought Aluminium For Electrical Purpose. Pengalir-
pengalir ini di bentukkan di dalam keadaan bulat, berlembar dan
dipadatkan bersesuaian seperti kehendak IEC 228 Conductor of
Insulated Cables.

iii. Dawai Penggantung Atau Neutral

Dawai penggantung atau neutral diperbuat daripada bahan


aluminium alloy di dalam bentuk dawai yang ditarik daripada rod yang
sentiasa melalui proses pengolahan dan penangungan. Sambungan tidak
boleh dibuat sama sekali pada dawai penggatung. Dawai penggantung
perlu mempunyai ciri-ciri fizikal berikut:-

Beban putus (sebelum dilembarkan) 30 h Bar (min)


Kerintangan pada suhu 20oC 0.0328. Ohm mm2/2
Ketumpatan pada suhu 20oC 2.70 kg / dm3

Jadual Ciri-ciri fizikal pada dawai penggantung


38
5.9 : Penebat

Semua pengalir termasuk dawai penggantung atau neutral perlu disalut


dengan lapisan Polyethylene hitam penentang cuaca padatan tinggi.

5.10 : Arah Pusingan Membelit Pengalir

Pengalir-pengalir membelit disekeling dawai penggantung atau neutral


mengikut arah tangan kanan susunan cara (Z). Semua teras-teras pengalir perlu
kemas dan rapat di antara satu sama lain.

5.11 Fius Di Tiang Dan Kadar Fius

Penebat Polythylene akan mengalami kerosakan yang berkekalan


sekiranya pengalir kabel dibenarkan membawa arus yang tinggi melebihi
dariapda kadar maksima arus kabel. Dalam kes-kes yang tertentu kehangatan
haba yang terjadi di sepanjang kabel tersebut boleh mengakibatkan berlakunya
kebakaran. Bagi memastikan penebat tidak akan mengalami kerosakan oleh
penghasilan haba yang keterlaluan disebabkan lebihan beban, fius-fius yang
dipilih akan terputus sebelum arus melebihi kadar keterusan maksima sesuatu
kabel.

Untuk melindungi kabel-kabel ini, fius-fius HRC yang mempunyai ciri-


ciri kelakuran fius pengeluar berpandukan spesifikasi B.S. 88 part 5 perlu
digunakan. Kadar fius maksima untuk pelbagai saiz kabel adalah seperti berikut:-

Kadar Fius Maksima Arus Fius Sebenar


Saiz Pengalir Fasa
(AMP) (Faktor Fius 1.5 Kali
)
185 mm2 200 300
95 mm2 125 188
16 mm2 50 75 J
adual Kadar fius yang digunakan dalam pelbagai saiz kabel.
39

Untuk melindungkan talian kabel bertebat terhadap beban lampau serta


untuk mendapatkan kemudahan pengasingan bahagian talian utama kabel
bertebat diudara. L.V. Outdoor Fuse Switch 400 amp dengan kadar fius maksima
200 amp dan 125 amp perlu di gunakan berpandukan kepada penggunaan saiz
kabel.

Cara pemasangan fius ditiang sepertimana yang diamalkan sekarang pada


talian atas voltan rendah dan sesalur serbis perlu diikuti.

Pepasangan peti fius

Kebaikan Dan Keburukan Kabel Bertebat Diudara

Kebaikan

1) Penyesuaian penggunaan sistem ini dapat digunakan dalam jangka masa


yang lama. 2) Kos-kos binaan talian dan senggaraan lebih murah jika
dibandingkan dengan talian tak bersalut.
3) Masalah untuk menebang pokok-pokok dapat dikurangkan (hanya pokok
yang condong ke talian sahaja). Oleh itu langkah ini tidak
mengendalakan perlaksanaan sesuatu projek itu.

40
4) Oleh kerana neutral pada talian ini tidak mempunyai nombor,
pengenalannya mudah diketahui tanpa menghadapi sebarang masalah
ketika kerja-kerja pemasangan atau pembaikan dijalankan.
5) Kabel-kabel pada talian ini bertebat, pengenalannya mudah di tahui dan
tidak merbahaya kepada orang-orang yang menyentuh talian tanpa
berlapik samada kepada orang awam atau pekerja-perkerja.
6) Kejadian-kejadian litar pintas pada pengalir bertebat diudara dapat
dikurangkan.

Keburukan

1) Mengalami kesukaran sedikit apabila memisahkan pengalir-pengalir


bersalut ketika membuat sambungan disebabkan dawai-dawai tersebut
melilit disekeliling dawai neutral yang tegang.
2) Sambungan sesuatu bekalan bagi tujuan pengimbangan beban setiap fasa
mestilah dilakukan dengan berhati-hati.
3) Fius-fius pada talian ini mestilah dipasang dengan kadar yang betul untuk
mengelakkan dariapda bahan penebat terbakar.
PENGGUNAAN KABEL ABC PADA TIANG OVERHEAD
41
BAB 6 : DAPATAN DAN CADANGAN

6.1 PENDAHULUAN

Latihan industri adalah proses yang memakan masa untuk pelajar. Ia berguna dan
boleh digunakan pada masa hadapan. Tambahan pula, pelajar akan merasai sendiri
pengalaman bekerja di mana-mana institusi sebenar, serta keupayaan untuk belajar walaupun
dalam tempoh latihan, dapat mengatasi kesukaran dan menimba ilmu dan pengalaman Kerana
industri tidak terlalu lama, pelajar tidak akan kehilangan minat untuk terus berlatih. Apa yang
ditemui. Tujuan utama ulasan ini bukanlah untuk mendedahkan keburukan dan kelemahan
syarikat. Hanya syarikat yang menambah baik keputusan keseluruhan. Kelemahan dan
kekurangan yang wujud semasa saya menjalani latihan industri agar latihan tersebut berjaya
dijalankan-untuk mencapai kepuasan bersama di kalangan pelajar dan syarikat.

6.2 DAPATAN

Hasil dapatan saya sepanjang saya melalui latihan industri di Tenaga Nasional
Berhad. Saya amat berpuas hati dan berterima kasih dengan layanan yang
mesra yang diberi daripada semua Pegawai dan Kakitangan di sana. Saya
disambut dengan baik dan mesra pada hari pertama saya menjalani latihan
industri ini sehingga hari terakhir.
Sepanjang saya menjalani latihan industri disini saya dapat merasakan
suasana sebenar didunia perkerjaan dan mengajar saya banyak perkara positif
untuk digunakan pada alam perkerjaan kelak. Walaupun banyak kenangan
suka dan duka yang saya tempuhi disini tetapi saya tetap berpuas hati dan
bangga dapat diberi peluang untuk menjalani latihan industri disini.
Di sini saya kemukakan beberapa dapatan yang saya peroleh sepanjang
menjalani Latihan Industri :
i) Banyak mempelajari tentang persekitaran bekerja di alam pekerja

yang sebenar.

ii) Dapat mengaplikasikan ilmu yang saya belajar sepanjang di

Politeknik Kota Bharu.

42

iii) Dapat meningkatkan daya keyakinan diri apabila berdepan dengan

orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul

iv) Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan pejabat Bersama dengan

staff-staff dengan baik.

v) Dapat menyelesaikan tugas yang diberikan oleh pihak atasan dengan

baik dan jayanya.

6.3 CADANGAN

Seperti mana yang saya ujarkan pada kenyataan diatas, terdapat juga beberapa cadangan
yang dapat saya kongsikan untuk kemajuan yang akan datang sepanjang saya menjalani
Latihan Industri.

Cadangan saya sepanjang saya menjalani latihan :


i) Pihak syarikat di minta mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan dengan yang

kerja-kerja dibuat supaya para pelajar mendapat lebih manfaat dari program

latihan industri.

ii) Pensyarah Politeknik Kota Bharu harus memberi pemantauan dan sokongan yang

lebih kerap kerana mungkin terdapat masalah yang di hadapi pelajar

memandangkan pelajar masih belum bersedia di alam pekerjaan.

iii) Pelajar harus lebih cekap dan menepati masa dalam melakukan tugas agar pihak

syarikat memberikan kepercayaan untuk melakukan sesuatu tugas.

43

BAB 7 : KESIMPULAN

Setelah menjalani Latihan Industri yang bermula dari 06 Mac 2022 sehingga

21 July 2022 di Tenaga Nasional Berhad Tanah Merah Kelantan, banyak

pengalaman dan pengetahuan baru telah saya perolehi sepanjang saya menjalani

latihan tersebut. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Pegawai dan Kakitangan

Organisasi dapat saya manfaatkan apabila memasuki alam pekerjaan di masa

akan datang.

Melalui Latihan Industri ini juga, saya turut didedahkan kepada suasana alam

pekerjaan yang sebenar berbanding sebelum ini yang hanya mengetahui dari sudut

belajar seperti pelajar dan pengajar. Apabila menempuh dan melalui sendiri
suasana alam pekerjaan ini, saya dapat merasai pengalaman dan sekaligus

mempelajari suatu yang baru serta dapat mempraktikkan apa yang telah

dipelajari di sepanjang tempoh latihan.

Sepanjang tempoh latihan ini juga, saya dapat meningkatkan cara berkomunikasi
dengan orang ramai terutamanya pegawai dan kakitangan organisasi disini.
Secara tidak langsung juga, saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya
bukan sahaja dari segi teknikal, malahan dari segi berkomunikasi juga.
Sebagai kesimpulan bagi sepanjang tempoh Latihan Industri ini, saya
berpendapat bahawa latihan industri banyak memberi manfaat kepada saya.
Antaranya :

 Meningkatkan kemahiran asas dalam melakukan kerja yang

berkaitan dengan ilmu teori yang saya pelajari di institusi.

44

 Membina tahap keyakinan pelajar.

 Pendedahan latihan industri memberi pelajar persekitaran

kerja yang sebenar.

 Dapat mempelajari kemahiran berinteraksi dengan pegawai

atasan dan kakitangan di sini.

 Menilai kebolehan pelajar dalam setiap tugas sebagai persediaan

pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan selepas tamat

pengajian di Politeknik Kota Bharu.


Kesimpulannya, pengalaman dan pengetahuan semasa menjalani latihan industri di

Tenaga Nasional Berhad adalah hebat dan sukar diperoleh semasa di Politeknik. Semasa

menjalani latihan industri saya, kerja yang diberikan kepada saya dalam sektor jurusan

elektrik membantu saya meneroka matlamat kerjaya peribadi saya. Pada ketika ini, tajuk atau

jawatan khusus yang ingin saya capai masih samar-samar. Walau bagaimanapun, latihan

industri memberi ruang kepada saya untuk merenung tentang apa yang sebenarnya saya

mahukan kerjaya saya merangkumi pada masa hadapan, khususnya berkaitan kejuruteraan

elektrik. Walaupun saya menghadapi beberapa kesukaran semasa tempoh latihan industri,

saya tetap gembira kerana saya telah berjaya mempelajari banyak ilmu dan menimba lebih

banyak pengalaman. Segala puji bagi Allah atas segala yang telah dilakukannya sehingga

saya dapat menyempurnakan sesi latihan industri ini. Saya mengesyorkan pelajar yang di

bawah jurusan kejuruteraan elektrik, amat digalakkan untuk mengikuti latihan industri di

Tenaga Nasional

45

Berhad. Ini kerana operasi organisasi ini melibatkan skop yang telah dipelajari oleh

pelajar semasa di Politeknik. Ia akan membuka mata anda tentang pengetahuan elektrik yang

sedia ada dan yang baharu. Melalui latihan industri ini, jelaslah bahawa objektif latihan telah

tercapai sepanjang dua puluh minggu. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pendedahan yang

telah diberikan kepada pelajar sepanjang latihan industri ini sangat berguna dan perlu

dimanfaatkan dengan betul pada masa hadapan.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang

terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung yang telah memberi ilmu dan tunjuk

ajar yang berguna. Jasa dan bantuan mereka tidak dapat saya lupakan.
46

Anda mungkin juga menyukai