Anda di halaman 1dari 13

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan

Laporan teknikal adalah merangkumi pelaporan terhadap tugas-tugas atau


kerja yang dipertanggungjawabkan atau dilaksanakan semasa menjalani latihan .
Setiap tugasan yang telah diberikan perlu mengikut proses dan cara yang telah
diarahkan dengan hanya menjalankan secara berperingkat. Ia memastikan segala
pengurusan organisasi dapat berjalan lancar tanpa menimbulkan masalah. Di dalam
bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan yang melibatkan
proses kerja yang telah dilakukan selama 23 minggu di syarikat tersebut. Segala
kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan supaya pelajar
dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja tersebut
dengan baik.

Bab ini menerangkan beberapa bahagian kerja yang dikendalikan sepanjang


berada di Ortustech Malaysia Sdn Bhd.
4.2 Latar Belakang Proses

Pelajar diberikan kerja iaitu kerja di stesyen sealing,S.case Alignment dan


Frame Assembly. Pelajar akan menjalankan kerja secara manual di stesyen sealing
dengan menggunakan tangan dan alatan kerja untuk menjayakan satu
produk.Pelajar ditugaskan untuk membuat sealing pada terminal lcd menggunakan
cecair kimia yang dinamakan Sebagai Tuffy.Fungsi kerja sealing adalah untuk
mengelakkan sebarang kotoran atau kerosakan yang boleh berlaku pada terminal
lcd Pelajar juga menjalankan kerja S.case, iaitu pelajar perlu menggunakan mesin
untuk memasang casing lcd yang sesuai mengikut model.Di dalam steyen S.case
terdapat pula pemasangan untuk Frame dan proses kerja adalah sama. Pelajar
perlu memastikan setiap lot yang pelajar jalankan mempunyai kuantiti yang betul
mengikut rekod yang telah tercatat di borang ‘Lot Traveler’. Pelajar perlu
mengasingkan setiap kerosakan iaitu ‘reject’ ke dalam ‘Lot Traveler’ untuk
memastikan tiada ‘reject’ yang terlepas ke proses yang lain.

4.3 Pernyataan Masalah

Antara masalah yang dihadapi dalam melaksanakan kerja ini adalah terdapat
banyak ‘reject’ yang pelajar hasilkan pada permulaan pekerjaan. Pelajar sukar untuk
membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. Adakalanya, tangan pelajar belum
terbiasa untuk melalukan corak sealing yang berbeza pada model lcd yang berbeza.
Seterusnya pelajar mempunyai masalah yang agak sukar untuk pelajar kawal
sebagai contoh, di bahagian bawah mesin S.case dan Frame Assembly iaitu lampu
untuk menunjukkan aligment pada monitor kurang ketat dan jika kaki pelajar
tersentuh akan menyebabkan paparan alignment akan lari.. ‘Reject’ yang pelajar
biasa hasilkan adalah alignment lari daripada bulatan nya yang dikenali sebagai
‘Alignment Out’. Namun begitu, pelajar dapat menganalisis setiap kesalahan pelajar
dan berjaya meningkatkan prestasi pelajar setiap minggu. Akhirnya, saya
memperolehi kemahiran untuk mengendalikan kerja dengan baik dan merekodkan
penghasilkan produk yang banyak bagi setiap model yang pelajar jalankan setiap
hari.
4.4 Skop Kerja

Dalam penghasilan model ini terdapat beberapa skop yang telah ditetapkan sebagai
panduan untuk menghasilkan satu model dengan baik. Antaranya ialah:

 1 Model and 1 Lot sahaja dibenarkan di meja kerja semua proses pembuatan.
(1 TABLE = 1 MODEL = 1 LOT)

 Periksa model di Lot Traveler sebelum mula proses.


(MODEL = LOT TRAVELER = BUNDLE TAG)

 Kira kuantiti produk sebelum & selepas proses.


(LOT COUNTING BEFORE & AFTER)

 Periksa bahan sebelum digunakan.


(CHECK PART & COMPONENT)

 Tagging segera Defect Tag setelah mengeluarkannya daripada proses.


(IMMEDIATE STICK DEFECT TAG)
4.1 Pakaian dan peralatan yang digunakan di dalam Production
Semasa berada di dalam production, setiap pekerja perlu memastikan segala
kelengkapan yang wajib ada dan wajib dipakai dengan betul sebelum dan semasa
memasuki ke dalam production. Di bawah menunjukkan antara kelengkapan yang
penting dan wajib di dalam production.

1. JUMPSUIT

Rajah 4.2.1: Jumpsuit


2. HOOD

Rajah 4.2.2: Hood

3. BOOTIES
Rajah 4.2.3: Booties

4. FACE MASK

Rajah 4.2.4: Facemask


5. SARUNG TANGAN

Rajah 4.2.5: Sarung Tangan

6. ANKLE STRAP
Rajah 4.2.6: Ankle Strap

4.5 Proses membuat sealing

Manual sealing adalah satu proses melekatkan cecair sealing pada terminal
Lcd mengikut corak yang ditentukan. Di proses ini, saya perlu menjalankan manual
sealing pada terminal bagi menjayakan sesuatu model.Pelajar perlu mengambil lot di
rak ‘before sealing’ dan kad rujukan model yang dipilih untuk mengetahui corak yang
perlu dilakukan pada terminal lcd. Seterusnya, pelajar perlu mengira kuantiti yang
ada pada lot mestilah sama dengan kuanti pada lot ‘traveller’.Setelah itu, pelajar
perlu mengisi maklumat kerja pada lot ‘traveller’ dan ‘checksheet’. Kemudian barulah
pelajar memulakan kerja sealing pada terminal lcd. Setelah siap kerja, pelajar
perlulah menyemak kerja sealing supaya tiada masalah seperti incomplete ataupun
overflow, jika ada pelajar perlulah membuat semula sealing pada kawasan yang
didapati incomplete dan mencuci sealing yang overflow.Akhir sekali, pelajar perlulah
mengangkat lot dan meletakkan pada rak curing sealing untuk pengeringan sealing
sepenunnya.
Rajah 4.5.1 : Kerja membuat sealing

Rajah 4.5.2 : Kerja mencuci sealing


Stesyen kerja dan alatan/bahan yang digunakan

1) Stesyen kerja manual sealing


 Ini adalah tempat kerja bagi semua kerja yang melibakan sealing pada
terminal LCD

Rajah 4.7.1 : Stesyen Kerja Sealing


1) Jarum

Digunakan mengikut warna tertentu dan disambungkan pada hujung disposable


syringe untuk membuat sealing pada model mengikut saiz lcd

Rajah 4.7.3 : Jarum

2) Chemical Tuffy
Ini adalah cecair kimia yang digunakan bagi kerja sealing

Rajah 4.7.4 : Chemical Tuffy

3) Disposable Syringe
 Digunakan untuk memuatkan cecair sealing dan membuat sealing pada
terminal Lcd

Rajah 4.7.2 : Disposable Syringe

4) Jig Sealing
 Ini adalah jig sealing ianya digunakan adalah untuk mengelakkan
FPC(flexible printed circuit) yang becantum pada terminal lcd terkena cecair
sealing dengan cara meletakkan FPC ke dalam jig

Rajah 4.7.4 : Jig Sealing

5) Ethanol
 Digunakan untuk mencuri kotoran pada sel supaya sentiasa bersih
 Bahan berbahaya yang boleh menghakis kulit
 Digunakan bagi mencuci sealing yang overflow menggunakan putik kapas

Rajah 4.7.5. : Ethanol


6) Tx Wipe
 Digunakan untuk mencuci jarum setiap kali jarum telah kotor akibat daripada
kerja sealing

Rajah 4.7.7 : Tx Wipe

7) Putik Kapas
 Digunakan untuk menyerap Ethanol dalam pencucian kotoran pada Lcd
dengan lebih mudah.

Rajah 4.7.5. : Putik Kapas


8) Bekas sealing
 Digunakan untuk menletakkan Tx-wipe,Cotton bide,Ehtanol dengan lebih
mudah ambil.

Rajah 4.7.5.

Finger Coat
 Digunakan untuk menggelakkan daripada calak dan goresan.

Rajah 4.8.7: Finger Cot

Anda mungkin juga menyukai