Anda di halaman 1dari 15

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN

MALAYSIA
Centre for Diploma Studies
DEPARTMENT OF MECHANICAL ENGINEERING
LAPORAN BENGKEL / WORKSHOP REPORT

Nama Mata Pelajaran /


MECHANICAL ENGINEERING WORKSHOP
Subject Name
Nama Bengkel / MENGEGAS
Workshop Name FITTING
Kod Kursus / Seksyen / Section
DAM 13701
Course Code 9
3 No. K. P / I. C No.
Kumpulan / Group
030703-16-0033
Nama Ketua Kumpulan / MUHAMMAD IMRAN HAZIQ BIN No. Matrik
Group Leader NAZRUDDIN AA211370
Lecturer / Instructor / 1. PUAN HAFSA BINTI MOHAMMAD NOOR

Tutor’s Name 2.

Nama Ahli Kumpulan / No.


Penilaian / Assessment
Group Members Matrik
NUR ASMA SYAHIRA AA212581
1. BINTI CHE ADENAN Objektif /Objective 5%
PEARLYN CHENG ZING EN AA212724
2.
Soalan/ 70 %
Question
3.
Pemerhatian/
4. 10%
Observation
Tarikh Amali / 10.11.2021, Kesimpulan /
17.11.2021 Conclusion 10 %
Date of Practical
Tarikh Hantar / 23.11.2021 Rujukan /
5%
Date of Submission References

ULASAN PEMERIKSA / COMMENTS JUMLAH / TOTAL 100 %

COP DITERIMA / APPROVED


STAMP
Objektif

Antara objektif projek kerja menggegas ini dijalankan adalah untuk:

● Mengenali jenis-jenis alatan dan kegunaan mereka


● Mempelajari cara yang betul untuk menggunakan alatan dan mesin
● Membiasakan diri menggunakan alatan dan mesin
● Melatih disiplin dan mematuhi segala peraturan yang ada
● Memupuk kerjasama antara pelajar dalam kumpulan
● Mengetahui langkah keselamatan sebelum bermula
Soalan

1. Kerja menggegas bermaksud menghasilkan komponen atau hasil gabungan


komponen dengan hanya menggunakan alatan tangan atau mesin pada meja kerja (Chapter
1-FITTING SHOP, n.d.). Selain itu, istilah menggegas juga merujuk kepada kerja-kerja
mengukur, membentuk dan memotong beberapa komponen mengikut ukuran dan bentuk
yang diperlukan supaya pemasangan atau penyambungan komponen tersebut adalah tepat
(WHAT IS FITTING SHOP? n.d.).

Kerja menggegas merupakan salah satu asas yang penting di dalam kerja-kerja
pertukangan moden. Hal ini kerana menggegas merupakan antara pendedahan terawal
seseorang terhadap kegiatan pemesinan dan pembentukan di dalam industri-industri
perkilangan. Walaupun mesin-mesin berteknologi tinggi telah banyak menggantikan ruang
pekerja pertukangan, namun idea atau konsep disebalik penggunaan mesin-mesin tersebut
masih sama seperti kerja-kerja manual lain termasuklah kerja menggegas. Contohnya, kerja-
kerja menanda, memotong, membentuk dan memasang merupakan antara proses
menggegas yang juga dilakukan oleh kebanyakan jentera moden dalam menghasilkan
sesuatu produk atau prototaip. Oleh itu, kecekapan seseorang melakukan kerja menggegas
akan sedikit sebanyak membantu individu tersebut menghasilkan sebuah hasil kerja yang
berkualiti tinggi melalui penggunaan jentera terkini mahupun alatan tangan tradisional.

Selain itu, kerja menggegas dianggap penting kerana merupakan antara cara
seseorang ahli pertukangan dapat memisahkan bahagian yang rosak atau tidak dikehendaki
dengan tujuan hendak membaiki produk tersebut (Fitting Shop, 2013). Hal ini berlaku kerana
kerja-kerja memotong bahagian yang tidak perlu lalu menyambungkan produk asal dengan
bahagian baharu adalah lebih menjimatkan kos berbanding membuang produk yang telah
rosak dan membina semula produk yang sama daripada mula. Tambahan pula, proses
membaiki produk sedia memakan masa yang lebih singkat berbanding mencipta hasil yang
sama daripada mula. Seterusnya, kerja menggegas juga amatlah penting kerana terdapat
proses meratakan atau menggilap produk dengan menggunakan alatan seperti kikir rata,
kikir separa bulat dan kikir segi tiga. Proses melicinkan hasil kerja adalah penting bagi
mengelakkan kecederaan pengguna produk akibat memakai produk yang mempunyai
serpihan atau permukaan yang kasar.
2. Senaraikan sepuluh (10) alat-alat yang biasanya digunakan dalam proses menggegas.
Nyatakan sekali gambaran dan fungsi utama alatan tangan tersebut.

1. Mesin gerudi. Berfungsi untuk menebuk lubang pada benda kerja (work piece).

2. Ragum meja. Berfungsi untuk memegang benda kerja dengan kuat semasa membuat
kerja seperti memotong logam dan mengikir logam.

3. Kikir. Berfungsi untuk memotong, menipis dan melicinkan permukaan benda kerja.
4. Gergaji besi. Berfungsi untuk memotong benda kerja mengikut saiz yang
dikehendaki.

5. Tukul besi/ getah. Tukul besi berfungsi sebagai kerja menggegas dan menanda
manakala tukul getah berfungsi untuk menukul benda kerja yang telah siap supaya
permukaan benda kerja itu tidak rosak.

Tukul besi

Tukul getah

6. Pahat logam. Berfungsi untuk memotong dan memahat benda kerja.

7. Penebuk pusat. Berfungsi untuk menanda pusat bulatan sebelum kerja menggerudi.
8. Penggarit. Berfungsi untuk membuat garisan atau tanda pada permukaan logam.

9. Pembaris keluli. Berfungsi untuk mengukur jarak, menguji kerataan permukaan benda
kerja dan membuat garisan lurus.

10. Sesiku L. Berfungsi untuk membuat garis tegak dari tepi permukaan benda kerja,
menguji sudut 90 serta menguji kerataan permukaan benda kerja.

11. Apit-G. Berfungsi untuk mengapit bahagian kerja muka ke muka, mengikat benda
kerja sementara serta menjadi pemegang atau mencengkam sesuatu dengan kuat.
12. Tolok tinggi vernier. Menanda garisan selari pada benda kerja.

3. Salah satu langkah keselamatan adalah untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada
penerangan peraturan di bengkel dan cara penggunaan alatan serta mesin. Kedua, pelajar
haruslah memakai pakaian bengkel atau apa-apa pakaian yang sesuai. Ketiga, pelajar
haruslah sentiasa berwaspada dan sedar akan sekelilingnya. Keempat, pelajar dilarang
masuk ke dalam bengkel tanpa hadirnya pensyarah. Kelima, pelajar dikehendaki untuk
sentiasa menumpukan perhatian kepada kerja yang sedang dibuat dengan alatan atau
mesin. Keenam, pelajar perlu memakai pelindung mata dan tangan apabila menjalankan
kerja yang memerlukannya. Ketujuh, pelajar dilarang bergurau di dalam bengkel untuk
mengelakkan kecederaan. Kelapan, pelajar dilarang untuk berlari di dalam bengkel.
Kesembilan, pelajar dikehendaki sebarang kemalangan atau kerosakan yang diperhatikan
pada alatan atau mesin kepada pensyarah. Akhirnya,pelajar haruslah menyimpan semula
semua alatan yang digunakan dalam kerja-kerja menggegas di tempat asalnya serta
membersihkan meja kerja.

4. Berdasarkan Rajah 1: a. Cadangkan langkah kerja dan alatan yang sesuai untuk
menghasilkan plat seperti Rajah 1 jika benda kerja (work piece) yang diberi ialah plat
berdimensi 50mm x 50mm dan tebal 4mm. (20 markah)

1. Ukur Panjang dan ketebalan setiap sisi “work piece” dengan pembaris keluli untuk
memastikan “work piece” dalam ukuran yang sepatutnya iaitu Panjang 50mm x 50mm
dan ketebalan 4mm. Untuk lebih memastikan ukuran lebih tepat, tolok tinggi vernier
digunakan bagi mengukur ukuran “work piece”.

2. Mengukur dan menanda “work piece” mengikuti ukuran yang telah ditetapkan dengan
menggunakan pembaris keluli dan penggarit.

3. Memotong “work piece” kepada dua bahagian dengan menggunakan gergaji besi
untuk memudahkan kerja seterusnya dilakukan.
4. Setelah kerja memotong “work piece” kepada dua bahagian selesai. Salah satu
bahagian ditanda dengan A dan salah satu bahagian lagi ditanda dengan B.

5. Membuat sedikit lubang pada “work piece” yang berlabel A sebelum kerja
menggerudi dilakukan menggunakan tukul getah dan penebuk tanda.

6. Menebuk lubang pada “work piece” A seluas 3mm dengan menggunakan mesin
gerudi. Sentiasa memakai goggle keselamatan dan sarung tangan keselamatan
untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.
7. Apit kan “work piece” yang berlabel B pada ragum meja dan kerja pengikiran “work
piece” dilakukan mengikut ukuran yang telah ditanda menggunakan kikir.

8. Kerja membuang kepingan logam yang tidak digunakan pada “work piece” A
menggunakan pahat logam dan tukul besi.

9. Kerja mengikir dilakukan terhadap “work piece” A untuk membuang lebihan yang
tidak diperlukan.
10. Kerja-kerja selesai dilakukan. Hasil “work piece” yang telah siap.

Pemerhatian

Lukisan Skematik Tugasan (Rajah 1)


Hasil Kerja Kumpulan
Lukisan Skematik Hasil Kerja Kumpulan
Berdasarkan lukisan skematik tugasan (Rajah 1), terdapat beberapa ralat yang berlaku pada
hasil kerja kumpulan kami. Antaranya ialah:

1. Tiada pengalaman mengendalikan alatan. Hal ini kerana kesemua ahli kumpulan
kami tidak mempunyai kemahiran sedia ada untuk mengendalikan alatan. Sebagai
contoh, kumpulan kami mengambil masa yang lama untuk mengukur dimensi dan
ukuran yang dikehendaki lukisan skematik tugasan kerana kami tidak pernah
menggunakan angkup vernier secara langsung sebelum ini. Akibatnya, terdapat
kemungkinan bahawa ukuran yang kami ukur adalah salah dan kurang tepat. Selain
itu, terdapat banyak masa yang terbuang disebabkan ketandusan pengalaman kami
mengukur ukuran bahan kerja kami.

2. Kecuaian dalam mengendalikan alatan. Hal ini berlaku kerana kami ingin cepat
menyiapkan projek ini kerana menyedari bahawa kumpulan kami mengambil masa
terlalu lama pada sesetengah bahagian kerja menggegas seperti mengambil ukuran
yang tepat pada bahan kerja kami. Lantaran itu, kami telah melakukan kesilapan
dengan menggergaji salah satu bahagian bahan kerja kami dengan sudut yang salah,
menyebabkan kami perlu mengikir bahagian tersebut sehingga bentuknya menjadi
sama dengan yang dikehendaki lukisan skematik tugasan.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kaedah menanda, memotong, membentuk dan memasang merupakan
sebahagian daripada proses menggegas. Oleh itu, terdapat beberapa ilmu dan kemahiran
baru yang kami perolehi daripada projek berkumpulan ini. Antaranya ialah kerja menggegas
telah melatih kami untuk lebih mengenali mesin-mesin dan alatan-alatan tangan yang perlu
digunakan mengikut kesesuaian kerja. Sebagai contoh, kerja menggerudi dan memahat lebih
sesuai dilakukan berbanding kerja menggergaji bagi bahagian bahan kerja yang mempunyai
ruang yang terhad seperti memotong sebahagian daripada bahan kerja ke bahagian dalam.
Selain itu, kerjasama dan kesefahaman setiap ahli kumpulan amat signifikan bagi
melancarkan kerja menggegas. Akhir sekali, melalui proses menggegas dapat kami
mengetahui bahawa kemajuan teknologi dalam kejuruteraan bukanlah sesuatu yang
menjamin kemansuhan kerja-kerja pertukangan secara manual kerana kerja pertukangan
tradisional seperti ini dapat memupuk nilai kesabaran dan memupuk sikap teliti dalam
melakukan sesuatu pekerjaan dalam kehidupan.
Rujukan

1. Uttar Pradesh Textile Technology Institute. (n.d.). Chapter - 1 FITTING SHOP. Retrieved
from http://www.uptti.ac.in/classroom-content/data/workshop%20Fitting%20shop.pdf
2. SIMPLE MECHANISM. (n.d.). INTRODUCTION OF FITTING SHOP. WHAT IS FITTING
SHOP? Retrieved from https://www.simplemechanism.in/2017/08/what-is-fitting-shop.html
3. Fitting Shop. Bansal Wiki. (2013, February 14). Retrieved from
https://bansalwiki.blogspot.com/2013/02/fitting-
shop.html#:~:text=Fitting%20work%20is%20a%20very,mating%2C%20repair%20and%20ma
nufacturing%20purposes.&text=A%20fitter%20should%20have%20the,tools%20used%20in
%20the%20shop
4. Industrial Engineering Department, UET Taxila. (n.d.). FITTING WORKSHOP.
WORKSHOP PRACTICE (Fitting Shop). Retrieved from
https://web.uettaxila.edu.pk/CMS/AUT2013/ieWPbs/notes/Workshop%20Practice%20(Fitting
%20Shop).pdf
5. Muhd Ilyas. (n.d.). report gegas. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/50451685/report-gegas
6. MUHAMAD FAIZ BIN YAZID, KEYONG LIAU. (n.d.). AMALI KERJA LOGAM: PROJEK
MENGGEGAS. slideshare. Retrieved from https://www.slideshare.net/sppj1415/laporan-
gegas
7. http://www.wikipedia.com
8. Buku modul teknologi workshop- MENANDA- ALAT-ALAT MENANDA DAN MENGUKUR
dan ALAT- ALAT TANGAN

Anda mungkin juga menyukai