Anda di halaman 1dari 6

JMTi

JAPAN - MALAYSIA TECHNICAL INSTITUTE


MANPOWER DEPARTMENT
MINISTRY OF HUMAN RESOUR
INFORMATION SHEET

DEPARTMENT :
SECTION :
COURSE :
BLOCK :
UNIT :
SEGMENT :
DUTY :

Page 1 of 6
MECHATRONIC ENGINEERING TECHNOLOGY
Ref. No.
MANUFACTURING ENGINEERING TECHNOLOGY
MECHATRONIC ENGINEERING
Course Code No.
TKP 1110
BASIC THEORY
BASIC MECHANICAL ENGINEERING
TKM Sem.1
SAFETY
TASK
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

TAJUK : KESELAMATAN AM
Pengguna peralatan bengkel (alat tangan dan mesin) sentiasa terdedah kepada berbagai bahaya sekiranya peralatan
tersebut disalahgunakan atau cuai semasa mengendalikan kerja-kerja dibengkel. Peraturan dan undang-undang
keselamatan bengkel wajib diketahui, dipelajari dan dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab setiap
pelajar.
pelajar.

PUNCA KEMALANGAN
Pada umumnya kemalangan didalam bengkel terbahagi kepada 2 jenis bergantung pada punca berlakunya kemalangan
tersebut :
Kemalangan yang berpunca dari kelalaian manusia.
Kemalangan yang berpunca dari keadaan peralatan, mesin dan keadaan kerja.

Kemalangan Yang Berpunca Dari Kelalaian Manusia.


Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan didalam bengkel boleh menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut.
1. Sikap tidak bertanggungjawab.
2. Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda. Contohnya, menyemburkan udara termampat
kearah kawan boleh menyebabkan kecederaan jika terkena mata.
3. Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok di tempat-tempat yang mudah terbakar
dan sebagainya.
4. Tidak dapat melakukan kerja dengan betul kerana dipengaruhi oleh kesan dadah dan alkohol.
5. Tidak mengikuti prosedur kerja yang betul dan selamat.

Kemalangan yang berpunca dari keadaan peralatan, mesin dan keadaan kerja.
Selain kecuaian diri sendiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan, mesin serta keadaan kerja
yang dilakukan. Antaranya :
1. Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka.
2. Sepihan logam atau tatal yang tajam dan panas daripada operai melarik, mengimpal, relau dan menempa boleh
menyebabkan anggota badan terbakar.
3. Bahagian yang bergerak seperti gear, tali sawat ,takal, boleh menyebabkan tangan dan pakaian terperangkap.
4. Logam dan peralatan lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila perlatan tersebut terjatuh dan
menimpa bahagian badan. Teknik mengangkat barang yang berat juga mesti dipatuhi.

Page 2 of 6
Code No.
1.
2.
3.

Information Sheet No.

Kerosakan peralatan elektrik atau litar elektrik boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Lantai yang licin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan terjatuh ataupun terlanggar bendabenda yang keras. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan.
Asid juga boleh menjadi punca kemalangan kerana ia boleh menyebabkan melecur apabila terkena pada kulit.

Langkah Keselamatan
Untuk menjauhi sebarang kemalangan yang dinyatakan di atas, para pelajar mestilah mempunyai semangat dan tabiat
bekerja yang baik di dalam bengkel iaitu dengan:1. Mengutamakan kebersihan pada setiap waktu.
2. Mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
3. Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas.
4. Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja.
5. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali.

KESELAMATAN BENGKEL.
Keselamatan bengkel boleh dikelaskan kepada tiga (3) kategori:Keselamatan diri sendiri.
Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin.
Kekemasan tempat bekerja atau bengkel.

Keselamatan diri sendiri.


Kebanyakan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat untuk melindungi pancaindera semasa
bekerja, memakai pakaian yang tidak sesuai dan bergurau senda. Untuk menjaga keselamatan diri perkara-perkara yang
berikut hendaklah dipatuhi:1. Pakai pakaian bengkel yang sesuai seperti yang ditunjukkan dalam gambar 1.1. Elakkan memakai pakaian yang
longgar kerana pakaian yang longgar mudah tersangkut pada bahagian-bahagian mesin yang berputar atau bergerak.
2. Pakai kasut yang mempunyai perlindung keselamatan (lihat rajah 1.1). Ini boleh mengelakkan serpihan logam
ataupun tatal yang tajam terkena kaki.
3. Gunakan perlindung mata seperti cermin mata, goggle atau alat pelindung. Ini dapat menghindarkan tatal atau
serpihan logam masuk ke dalam mata.
4. Elakkan memakai barang-barang perhiasan atau barang-barang kemas seperti jam tangan, cincin dan rantai, kerana
barang barang tersebut boleh memyebabkan kemalangan akibat terantuk ataupun tersangkut pada mesin atau alatalat lain.
5. Jangan bergurau senda dan mempermainkan kawan kawan lain semada melibatkan peralatan bengkel ataupun
tidak.
6. ambut mestilah pendek dan kemas. Rambut yang panjang boleh tersangkut pada mesin yang sedang berputar.
7. Pakai sarung tangan jenis kulit jika membuat kerja-kerja kimpalan, proses tindakan haba, proses menempa dan
proses tuangan.

Page 3 of 6
Code No.

Information Sheet No.

Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin.


Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan diterangkan dalam bab-bab seterusnya yang khusus
membincangkan mesin-mesin tertentu. Walaubagaimanapun dalam bab ini akan diterangkan langkah keselamatan secara
umum yang mesti dipatuhi.
1.

Pastikan mana-mana bahagian mesin yang berbahaya dipasang alat pelindung (Gambar 1.2) Ini dapat mengelakkan
bahagian bahagian mesin tersebut menarik anggota badan atau pakaian. Antara bahagian-bahagian mesin yang
dimaksudkan ialah:a) Takal dan tali sawat.
b) Mata alat seperti mata alat pengisar, gerudi dan mata gergaji.
c) Gear.
d) Roda pencanai.

2.

Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci. Contohnya, suis yang terdapat pada
penutup gear. Apabila penutup ini terbuka mesin akan terhenti atau suis akan tertutup.

3.

Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelakkan sebarang bahaya elektrik. Rajah
1.2 menunjukkan pembumian yang betul bagi plug tiga (3) pin.

4.

Keadaan fius mestilah betul bagi mencegah beban lampau (overload) yang boleh mengakibatkan kebakaran.

5.

Elakkan memegang dan menyentuh alat-alat tajam seperti mata pengisar, hujung mata alat penggarit dan
sebagainya.

6.

Buangkan tepi yang tajam pada benda kerja.

7.

Matikan suis kuasa apabila tidak digunakan atau semasa mesin sedang dibersihkan.

Page 4 of 6
Code No.

Information Sheet No.

Rajah 1.2 Bahagian-bahagian mesin yang merbahaya hendaklah dipasang alat pelindung.

Rajah 1.2 Plug tiga pin

Page 5 of 6
Code No.

Information Sheet No.

Kekemasan Tempat Bekerja atau Bengkel


Kekemasan dan kebersihan tempat bekerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan
kecekapan bekerja.Dengan itu perkara-perkara yang berikut hendaklah diambil kira :
1.
2.
3.
4.

Jangan biarkan alatan dan bahan bersepah diatas lantai atau sekeliling mesin. Ini dapat mengelakkan alatan dan bahan
tersebut daripada terlanggar, tersepak, terantuk atau terpijak.
Elakkan minyak atau gris tertumpah dilantai kerana minyak ini sangat licin dan menyebabkan mudah tergelincir.
Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas lantai dan disekeliling mesin. Sebaik sahaja selesai bekerja, mesin
dan tempat kerja hendaklah dibersihkan.
Bengkel mestilah mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang terang, mempunyai peredaran udara yang baik,
mempunyai laluan untuk berjalan (gangway dan hendaklah dilengkapkan degan rak tempat menyimpan alatan dan bahan
supaya alat tangan dapat disusun dengan kemas dan teratur. Rajah 1.4 menunjukkan susunan bengkel dan bahagian yang
bertanda anak panah menunjukkan tempat laluan untuk berjalan. Gambar foto 1.3 pula menunjukkan kotak tempat
menyimpan alat-alat tangan.

Rajah 1.3 Kotak tempat menyimpan alat-alat tangan

Page 6 of 6
Code No.

Information Sheet No.

Struktur Organisasi dan Tugas


Sesebuah bengkel kejuruteraan perlu mempunyai susunatur yang kemas dan sempurna untuk menjamin keselesaan semasa
bekerja. Rajah menunjukkan plan dan susunatur sebuah bengkel kecil. Bengkel kecil ini dibahagikan kepada empat seksyen.
Setiap seksyen dipertanggungjawabkan kepada seorang foreman dan penyelia untuk menyelenggarakannya. Dalam bengkel ini
terdapat 2 stor. Satu daripadanya digunakan untuk menyimpan alat-alat yang diperlukan oleh pekerja. Satu lagi stor merupakan
tempat menyimpan bahan-bahan yang digunakan dalam pengeluaran kilang tersebut.
Kedudukan kedua-dua stor ini penting bagi memudahkan pekerja meminjam alat-alat yang diperlukan dan mengambil bahanbahan yang berdekatan dengan pejabatnya.

Anda mungkin juga menyukai