Anda di halaman 1dari 20

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6 BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA MC-024-3:2012 PROSES KIMPALAN ARKA KEPINGAN
PROGRAM / LOGAM
PROGRAM’S CODE &
NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3


C01-SHIELDED METAL ARC WELDING (SMAW) FOR
FILLET WELD 1F, 2F, 3F, 4F, BUTT WELD 1G AND 2G
CU CODE/DUTY

1. CARRY OUT SAFETY ASSESSMENT AT WORK


AREA
2. COMPLY TO WORK INSTRUCTION AND RELEVANT
WELDING PROCEDURE SPECIFICATION (WPS)
3. VERIFY BASE METAL MATERIAL USED
4. VERIFY CONSUMABLE AS SPECIFIED
5. CHECK SMAW EQUIPMENT AND ACCESSORIES
NO. DAN TAJUK UNIT FUNCTIONALITY
KOMPETENSI / 6. PERFORM SMAW PROCESS
COMPETENCY UNIT NO. 7. PERFORM VISUAL INSPECTION AND
AND TITLE
TESTING(DESTRUCTIVE TEST)
8. CARRY OUT BACK GOUGING, GRINDING AND
BACK WELDING AS REQUIRED IN ACCORDANCE
WITH TEST SPECIMEN
9. COMPILE WORK COMPLETION CHECKLIST

Muka / Page : 1
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 21
Muka / Page : 2
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20

AMALAN DAN PROSEDUR KESELAMATAN (SAFETY PRACTICES


AND PROCEDURESE) K01 - MEMATUHI PERATURAN
PENGGUNAAN PERALATAN DAN KESELAMATAN DI BENGKEL

1.0 PENDAHULUAN

“Utamakan Keselamatan“ merupakan satu slogan peringatan kepada semua pekerja


dan pelawat apabila berada di tapak binaan, bengkel dan kilang. Selain slogan ini terdapat
juga tanda amaran, poster dan pelbagai simbol keselamatan di pamerkan sebagai ingatan
dan amaran betapa pentingnya keselamatan yang perlu diamalkan sentiasa. Akta
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 juga diwujudkan adalah bertujuan untuk
melindungi dan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja yang sedang bekerja
terjamin. Untuk memastikan risiko kemalangan industri dapat dikurangkan, semua pihak
perlu mengambil tanggungjawab dengan mematuhi peraturan keselamatan di tempat kerja.
Kemalangan yang berlaku bukan sahaja boleh mengakibatkan kecederaan, malah juga
menyebabkan kematian, kerugian harta benda dan kehilangan sumber tenaga yang terlatih.

1.1 Punca Kemalangan Di Tempat Kerja

Setiap kemalangan yang berlaku di tempat kerja semestinya terdapat penyebab atau
punca kemalangan tersebut. Punca kemalangan di tempat kerja terbahagi kepada tiga aspek
utama iaitu:

1.1.1 Kecuaian Manusia

i. Tiada pengetahuan yang mencukupi apabila mengendalikan peralatan atau mesin.

ii. Tidak mematuhi peraturan bengkel dan tanda amaran yang ditetapkan.

iii. Tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja yang sedang dilakukan. iv.

Tidak merancang dengan teliti sebelum melaksanakan projek. v. Gagal mematuhi

prosedur penggunaan peralatan atau mesin. vi. Menyalahgunakan peralatan dengan

tidak mengikut kegunaan sebenarnya.

1.1.2 Persekitaran Tempat Berkerja

i. Persekitaran kerja yang tidak mempunyai pengalihudaraan dan


pencahayaan yang baik.
ii. Kawasan kerja yang terlalu bising.
iii. Keadaan lantai yang licin keadaan lantai yang kotor kawasan kerja yang
terhad, tiada ruang bergerak dengan selesa
1.1.3 Peralatan Dan Mesin
Muka / Page : 3
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
i. Menggunakan mesin yang tidak memenuhi piawaian keselamatan yang
ditetapkan

ii. Kedudukan dan susunan peralatan dan mesin tidak teratur.

iii. Kerosakan pada peralatan yang digunakan.

iv. Kebocoran litar elektrik pada mesin.

v. Bahagian mesin yang bergerak tidak dilindungi penghadang keselamatan

Mesin tidak diselenggarakan dengan baik.

1.2 Ciri-Ciri Pakaian Keselamatan Di Tempat Kerja

Cara berpakaian dan tatacara kerja yang tidak betul juga merupakan penyebab
berlakunya kemalangan diri. Pematuhan terhadap pakaian keselamatan diri dan rakan
sekerja merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setiap individu yang bekerja di
tempat kerja.

i. Pakaian hendaklah sesuai dengan kerja yang dilakukan

ii. Pakaian yang tidak terlalu ketat atau longgar

iii. Memakai sarung tangan yang sesuai dengan kerja yang hendak

dilakukan

iv. Memakai kasut keselamatan

v. Memakai topi keselamatan (jika perlu)


vi. Memakai tali pinggan keselamatan (Jika Perlu) vii. Selain itu penampilan
diri hendaklah sentiasa kemas, berambut pendek dan menjaga
kebersihan diri.
Muka / Page : 4
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20

Rajah 1.1 : Pakaian Untuk Pengimpal

1.3 Pembudayaan Amalan Kerja Yang Baik

i. Mematuhi arahan dan prosedur penggunaan peralatan dan mesin yang telah
ditetapkan.
ii. Teliti dan bertanggung jawab terhadap kerja-kerja yang dijalankan iii.
Menggunakan peralatan mengikut kesesuaian kerja yang dilakukan iv. Memastikan
tempat kerja sentiasa bersih dan kemas semasa dan selepas kerja dijalankan.
v. Menggunakan pelindung mata semasa menggerudi dan mencanai.
vi. Tidak memakai sarung tangan ketika menggunakan mesin yang berputar seperti
mesin gerudi dan mesin pencanai.
vii. Memakai peralatan keselamatan tambahan atau khas apabila perlu seperti fon
telinga dan topeng penapis pernafasan apabila melakukan kerja yang terdedah
pada bunyi bising yang melampau atau udara yang kotor.

1.4 Amalan Pemakaian Bagi Seorang Pengimpal

Secara umumnya, kerja-kerja kimpalan merupakan kerja yang melibatkan


penggunaan arus elektrik dan sumber haba. Oleh yang demikian, penggunaan peralatan dan
mesin yang digunakan adalah sedikit berbeza dengan bengkel-bengkel yang lain. Antara
amalan pemakaian yang sering digunakan oleh seorang pengimpal adalah seperti berikut:

1.4.1 Pelindung Mata Keselamatan

Pelindungan bagi mata adalah perkara yang paling utama semasa bekerja. Pelindung
mata keselamatan kebiasaanya digunakan semasa bekerja di kawasan berdebu , bertatal
Muka / Page : 5
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
atau serpihan halus logam dari proses mencanai, menggerudi dan sebagainya yang
membahayakan serta juga cahaya yang boleh menyebabkan radiasi dan kecederaan pada
penglihatan seseorang. Kanta cerminnya hendaklah dapat menahan hentakan dan lebih kuat
daripada kanta cermin biasa.

Rajah 1.2 : Pelindung Mata

1.4.2 Pelindung Muka

Terdapat dua jenis pelindung muka iaitu cermin plastik lut sinar dan cermin kaca
gelap dan kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza. Pelindung muka cermin lut sinar
merupakan alat pelindung mata dan muka yang amat penting kerana ia dapat melindungi
bahagian muka daripada terkena percikan bunga api dan serpihan logam semasa proses
mencanai dijalankan dan bagi pelindung muka cermin kaca gelap adalah untuk kerja-kerja
mengimpal bagi melindungi mata dari kesan pancaran ultra ungu dan pancaran infra merah
ketika kerja-kerja mengimpal dijalankan.

Rajah 1.3 : Pelindung Muka

1.4.3 Kasut Keselamatan

Perlindungan bagi kaki amatlah penting kerana ianya boleh memudahkan pergerakan
semasa berkerja di dalam bengkel. Kasut keselamatan merupakan kasut yang direka untuk
melindungi kaki dari bahaya seperti objek bergolek dan terjatuh. Kebiasaannya keseluruhan
hujung kasut dan dalamnya diperkuatkan dengan keluli sebagai penahan bagi mengelakkan
kecederaan pada jari-jari kaki dan tapaknya direka bagi mengelakkan dari lantai yang licin,
bahan kimia dan bahaya elektrik. Kasut keselamatan pula memberikan perlindungan dari
percikan api semasa proses kimpalan yang sedang dijalankan. Terdapat pelbagai jenis kasut
keselamatan badi kegunaan tertentu seperti bekerja di kawasan mudah terbakar, but jenis
nitril atau neoprene digunakan bagi melindungi kaki. Kasut keselamatan jenis foundry atau
gaiter menggunakan zip bertujuan untuk memudahkan kita untuk memakai atau
menanggalkan atau membuang bahan-bahan yang masuk ke dalam kasut keselamatan
Muka / Page : 6
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
tersebut. Sekiranya kita bekerja di kawasan elektrik, kasut keselamtan tapak berpenebat
elektrik khas perlu digunakan untuk mengelakan renjatan elektrik.

Rajah 1.4 : Kasut Keselamatan

1.4.4 Sarung Tangan Keselamatan (Kulit)

Mempunyai berbagai bentuk, saiz dan jenis bahan yang berbeza-beza mengikut
penggunaan. Sarung tangan keselamatan bagi kimpalan arka diperbuat daripada kulit keras
dan bersaiz panjang dan besar. Sarung tangan kulit ini juga dapat menahan percikan api dari
masuk ke dalam pergelangan tangan. Sarung tangan yang tidak sesuai boleh terbakar
dengan mudah ketika aktiviti kimpalan gas atau memegang bahan kerja panas.

Rajah 1.5 : Sarung Tangan Kulit

1.4.5 Pakaian Keselamatan

Kebanyakan pakaian keselamatan ini dibuat untuk menghalang berlakunya


kemalangan yang melibatkan anggota badan Pakaian keselamatan dapat melindungi kita
daripada bahaya percikan api dan sinaran infra merah serta ultra ungu yang boleh
membahayakan pengimpal semasa
sedang menjalankan kerja-kerja
mengimpal. Pemilihan yang betul
kepada pakaian keselamtan adalah
sangat penting kerana ianya dapat
menjamin keselamatan dan
keselesaan kepada pengimpal.
Muka / Page : 7
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20

Rajah 1.6 : Pakaian Keselamatan

1.5 Keselamatan Dalam Kerja Kimpalan

Alat perlindungan keselamatan yang sesuai dalam kerja-kerja kimpalan meliputi


keseluruhan perlindungan kepada tubuh badan seseorang pengimpal seperti perlindungan muka,
pelindung mata, sarung tangan dan kasut keselamatan serta lain-lain alat perlindungan dipakai di
sepanjang masa proses kerja-kerja mengimpal dijalankan. Kerja-kerja kimpalan mesti dilakukan
di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang bersistematik bagi mengurangkan
pendedahan cahaya berbahaya dan terhidu asap kimpalan serta mencegah kewujudan kadar
oksigen yang tinggi serta wap beracun. Tempat kerja mesti beralaskan lantai yang kalis api
seperti lantai konkrit dan ianya mesti jauh daripada sumber-sumber yang mudah terbakar.
1.5.1 Langkah Keselamatan Dalam Kerja Kimpalan Gas

Rajah 1.7 : Kelengkapan Oksi-


Asetilena

i. Minyak atau gris akan menjadi terlalu mudah terbakar atau meletup dengan
kehadiran oksigen
ii. Sentiasa pastikan alatur bebas dari minyak atau gris. Jangan gunakan minyak
atau gris pada alatur, silinder dan sambungan semua hos.
iii. Gas bertekanan tinggi tidak boleh digunakan terus daripada silinder tanpa alatur
iv. Jangan berdiri di hadapan atau di belakang alat pelaras semasa membuka
Muka / Page : 8
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
injap selinder dan sebaiknya berdiri di dalam keadaan injap silinder berada di
antara
anda dan alat pelaras
v. Pastikan silinder sentiasa berada di dalam keadaan tegak dan terkawal vi.
Sentiasa pastikan penutup keselamatan untuk injap berada pada kedudukannya
semasa silinder dipindahkan atau distorkan
vii. Sentiasa adakan ujian kebocoran pada sambungan hos sebelum muncung
sumpitan dinyalakan
viii. Semasa menyalakan api, arahkan nyalaan jauh dari orang lain, perkakasan dan
sebarang bahan yang mudah terbakar

1.5.2 Langkah Keselamatan Dalam Kerja Kimpalan Arka

Rajah 1.8: Kelengkapan Kimpalan Arka

i. Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan sempurna dan berada di dalam


keadaan yang baik
ii. Elakkan daripada mengimpal di tempat yang basah atau lembap. Jika ianya tidak
dapat dielakkan, pakai kasut getah dan berdiri di atas platform yang kering.
iii. Mesin kimpalan perlu dibumikan terus kepada bahan yang dikimpal dan seberapa
dekat yang boleh dengan tempat kimpalan dilakukan
iv. Jangan cuba untuk membaiki bahagian elektrik di dalam mesin kimpalan atau di
dalam panel kawalan.
v. Pastikan semua sambungan elektrik adalah kemas, bersih, kering dan berpenebat

vi. Pastikan kabel bekalan kuasa dan kabel kimpalan mempunyai salut penebat vii.
Jangan gunakan kabel yang penebatnya telah haus, merekah, terkoyak dan bocor

viii. Pastikan kabel mesin kimpalan tidak menghalang laluan pekerja lain dan
gulungkan kabel tersebut selepas digunakan
Muka / Page : 9
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
ix. Lindungi mata anda daripada pancaran arka. Pakai pelindung muka yang
mempunyai penapis gelap yang sesuai.
x. Awas, pancaran arka boleh merosakkan mata dan membakar kulit xi. Lindungi
orang lain daripada pancaran arka dengan menggunakan skrin pelindung atau
penghadang
xii. Awas, wap dan gas yang wujud semasa proses kimpalan boleh membahayakan
kesihatan anda. xiii. Jauhkan kepala anda dari terhidu asap kimpalan. Jangan
berada terlalu dekat dengan arka. xiv. Penyedut asap yang mencukupi untuk
mengalihkan asap dan gas dari zon pernafasan anda
xv. Awas, arka kimpalan boleh mewujudkan kawasan bersuhu tinggi dan nyalaan
terbuka yang boleh mengakibatkan kebakaran.
xvi. Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan cecair atau gas yang mudah
terbakar, mudah meruap atau mudah meletup
xvii. Pastikan alat pemadam api yang bersesuaian berdekatan dengan sumber api,
bersedia untuk tindakan dan perlu tahu menggunakannya.
xviii. Alihkan semua barangan yang mempunyai kemungkinan bahaya terbakar
daripada kawasan kimpalan
xix. Jangan lakukan kimpalan pada bekas, tong atau tangki yang mengandungi
bahan mudah terbakar atau bahan yang merbahaya

1.6 Simbol-Simbol Keselamatan Di Dalam Bengkel Kimpalan

Kepentingan untuk memahami simbol-simbol keselamatan yang terdapat di dalam


bengkel kimpalan adalah perlu bagi seseorang pekerja dalam industri kimpalan, ini adalah
bertujuan untuk memastikan pekerja dalam keadaan selamat.

1.6.1 Bentuk dan warna untuk simbol keselamatan


Bentuk
Geometri

Warna

MERAH LARANGAN

KUNING AMARAN

MAKLUMAT /
HIJAU PERTOLONGAN
PERTAMA
MANDATORI /
BIRU
WAJIB PATUH

1.6.2 Penggunaan Simbol Keselamatan Dan Penjelasan

Bentuk Geometri
Contoh Penggunaan Simbol Keselamatan
Muka / Page : 10
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
Dan Warna

MERAH (LARANGAN)

BIRU
(WAJIB PATUH)

HIJAU
(MAKLUMAT)

KUNING
(AMARAN)

1.6.3 Simbol Keselamatan Di Dalam Bengkel Kimpalan

A. Bahan Mudah Terbakar

i. Terdiri daripada silinder gas yang berisikan gas asetilena dan oksigen yang
digunakan dalam kerja kimpalan dan cecair bahan api seperti petrol,diesel,
kerosin dan sebagainya
ii. Bahan ini mesti disimpan dalam bekas tertutup dan tidak mudah terdedah pada
udara
iii. Simpan di tempat yang jauh dari punca api
iv. Tempat simpanannya hendaklah dilabelkan dengan tanda amaran seperti
Muka / Page : 11
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
Awas Bahan Mudah Terbakar
v. Bahan mudah terbakar perlu disimpan di tempat yang mempunyai
pengudaraan yang baik

B. Bahan Berat Dan Panjang

i. Terdiri daripada bahan berbentik pepejal pelbagai saiz seperti logam dan
komponen mesin
ii. Bahan berat dan panjang mestilah diletakkan diatas rak yang kukuh dan kuat iii.

Rak yang dibina hendaklah tidak terlalu tinggi sehingga sukar dicapai

iv. Apabila bahan berat hendak dialih lakukan dengan berhati-hati dengan
bantuan rakan atau dengan bantuan jek atau troli
v. Bagi bahan panjang dapatkan bantuan rakan untuk memudahkan kerja
pengalihan

1.6.4 Bahan Bertoksik

i. Terdiri daripada bahan kimia seperti boric asid yang


digunakan semasa mengimpal Loyang.
ii. Hendaklah diasingkan dari bahan mudah terbakar
dan bahan lain iii. Bekas bahan toksik mestilah
dilabelkan untuk memudahkan pengecaman
terhadap bahan tersebut
iv. Apabila bahan hendak dialihkan gunakan troli dan bekas tertutup bagi
mengelakkan tumpahan.

1.7 Keselamatan Peralatan Dan Mesin

1.7.1 Peralatan Tangan

Peralatan tangan yang memerlukan penggunaan tenaga manusia secara manual


untuk menggerak, mengubah bentuk atau menyelaraskan bahan. Alatan tangan
Muka / Page : 12
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
kebiasaannya digunakan dalam proses pembuatan dan penghasilan sesuatu projek. Setiap
peralatan tangan hendaklah bersesuaian dengan bahan dan tujuan alatan yang digunakan.
Kriteria pemilihan alatan tangan adalah:

i. Faktor keselamatan semasa menggunakan alatan tangan

ii. Kemahiran mengendalikan alatan tangan yang digunakan

iii. Kesesuaian alatan tangan dengan bahan

iv. Kemudahan mendapatkan alatan dari tempat penyimpanan.

Rajah 1.9 : Panel Peralatan

1.7.2 Mesin Mudah Alih

Kelebihan apabila mesin mudah alih ini digunakan dalam bengkel adalah ianya mudah
dibawa serta mudah dikendalikan oleh pengguna. Di dalam bengkel kimpalan mesin berkuasa
mudah alih ini digunakan untuk mempercepatkan proses kerja-kerja memotong, mencanai dan
sebagainya dan mesin ini juga menggunakan kuasa elektrik dan juga bateri. Mesin-mesin ini juga
mudah dibawa ke mana sahaja untuk membuat kerja-kerja yang mana bahan tidak dapat
digerakkan. Mesin berkuasa mudah alih ini boleh dikategorikan mengikut sumber kuasa seperti:

i. Elektrik

ii. Numatik (Pneumatic)

iii. Hidraulik

iv. Minyak

v. Stim
Muka / Page : 13
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
Rajah 1.10 : Mesin Berkuasa Mudah Alih

1.7.3 Bahaya Penggunaan Peralatan Dan Mesin

i. Renjatan elektrik (Peralatan Berkuasa Mudah Alih)

ii. Terpotong (Peralatan Berkuasa Mudah Alih)

iii. Tersangkut dan Tertarik (Peralatan Berkuasa Mudah Alih)

iv. Bahan / peralatan terpelanting (serpihan, kepala peralatan)

v. Tersepit di antara peralatan dan mesin

vi. Terketuk oleh peralatan tangan dan mesin

vii. Pendedahan kepada bunyi bising

viii. Getaran kepada mesin-mesin yang berputar

ix. Habuk atau asap daripada aktiviti memotong, mencanai dan menggerudi

yang dijalankan

1.7.4 Faktor Penyebab Kemalangan Penggunaan Peralatan Dan Mesin

i. Menggunakan peralatan dan mesin yang telah rosak


ii. Menggunakan peralatan dan mesin yang tidak sesuai dengan kerja yang
dijalankan

iii. Menggunakan kaedah yang salah semasa mengendalikan peralatan dan

mesin iv. Tidak menyimpan peralatan dan mesin dengan sempurna

v. Tidak menyelenggara secara berkala kepada peralatan dan mesin

1.7.5 Langkah Keselamatan Penggunaan Peralatan Dan Mesin

i. Pilih peralatan dan mesin yang sesuai dengan kerja yang hendak disempurnakan

ii. Beri latihan keselamatan bagi pengguna yang mengendalikan peralatan dan mesin

iii. Sediakan prosedur kerja selamat untuk penggunaan peralatan dan mesin

iv. Periksa peralatan dan mesin sebelum digunakan

v. Ikut arahan pembuat bagi kendalian peralatan dan mesin

vi. Pilih dan guna kelengkapan pelindung diri yang sesuai semasa menggunakan

peralatan dan mesin


Muka / Page : 14
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
vii. Menyediakan jadual penyelenggaraan bagi peralatan dan mesin

1.8 Keselamatan Elektrik

Bekalan elektrik amat diperlukan apabila pengguna ingin menggunakan mesin-mesin


yang bersumberkan elektrik. Kelengkapan-kelengkapan mesin yang berada di bengkel
kimpalan kebiasaanya beroperasi dengan menggunakan kuasa elektrik. Oleh itu jika sesuatu
kelengkapan yang hendak digunakan perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak yang bertauliah.

1.8.1 Hazard Elektrik

i. Elektrik statik
Kesan yang dihasilkan oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat. Cas
ini boleh diagihkan samada di dalam atau di luar objek yang di tebat atau ia boleh
bertumpu di atas konduktor yang ditebat oleh bumi.

ii. Voltan tinggi, Arus rendah


Kesan kejutan elektrik dan sumber pencucuhan dalam persekitaran yang mudah
terbakar, jika dicas tinggi.

1.8.2 Bahaya Elektrik

Arus elektrik yang terhasil tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan hanya boleh
dikesan dengan menggunakan alatan pengesan elektrik. Bahaya elektrik boleh
menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian yang amat besar pada diri dan produktiviti.
Kebanyakan peralatan mesin di bengkel kimpalan menggunakan tenaga elekrtrik. Di antara
bahaya elektrik yang sering berlaku adalah:

A. Renjatan Elektrik

Punca kemalangan bagi renjatan elektrik boleh berlaku adalah disebabkan oleh:

i. Kerosakan alat-alat elektrik seperti kabel yang pecah atau bocor dan sebagainya.
ii. Kesilapan semasa mengubah suai peralatan. Oleh itu sebarang kerja
penyambungan perlulah dibuat oleh personel yang ditauliahkan.
iii. Kerosakan alat pelindung pada mesin.
iv. Kabel bumi tidak disambungkan ke bumi.

B. Kebakaran Elektrik

Punca kemalangan berlakunya kebakaran elektrik adalah disebabkan oleh:

i. Penggunaan saiz kabel yang tidak bersesuaian dengan arus yang digunakan.

ii. Penggunaan fius yang tidak bersesuaian dengan kadar arus yang mengalir
dalam litar.
iii. Kilat
Muka / Page : 15
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
iv. Pemutus arus atau litar tidak berfungsi dengan memutuskan litar atau aliran
arus elektrik apabila berlakunya litar pintas.

C. Kesan Sentuhan Elektrik Kepada Tubuh Manusia

Apabila arus mengalir dalam tubuh seseorang, kesannya bergantung kepada nilai
arus (mAmps) yang terdedah kepada tubuh adalah seperti berikut:

Arus (mAmps) Kesan kepada manusia

3 miliamps Kejutan lembut

7 miliamps Kejutan elektrik yang menyakitkan

20 miliamps Kesukaran bernafas

70 miliamps Risiko kematian

700 miliamps Tisu badan melecur

3000 miliamps Jantung berhenti

D. Rintangan Tubuh Manusia Kepada Aliran Arus Elektri

Kesan aliran arus elektrik terhadap rintangan pada tubuh manusia adalah seperti
berikut:

Rintangan Tubuh Manusia Nilai Ohms

Kulit manusia kering 100,000 – 600,000 ohms

Kulit manusia basah Anggaran 1000 ohms

Dalaman tubuh manusia-tangan


dan kaki 400 – 800 ohms

Telinga ke telinga Anggaran 100 ohms

E. Anggaran Ambang Voltan Kejutan Pada 50hz

Kesan kepada tubuh manusia apabila berlakunya voltan kejutan pada 50hz
adalah seperti berikut:

Kesan rangsangan Voltan Kejutan

Minimum rangsangan rasa 10 – 12 Volt

Minimum rangsangan kesakitan 15 Volt

Minimum rangsangan amat sakit 20 Volt


Muka / Page : 16
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
Minimum genggaman voltan 20 – 25 Volt

Getaran 50 – 60 - 2000 Volt

1.8.3 Langkah-Langkah Keselamatan Kepada Bahaya Elektrik

i. Pastikan semua fius pemintas, pemintas kilat, pemutus litar dan alat kecemasan
pada mesin itu di dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
ii. Pastikan semua sambungan wayar elektrik dibaluti dengan penebat.
iii. Jangan menggunakan alat elektrik sambil berdiri di lantai yang basah dan tangan
yang basah.
iv. Jangan mengubahsuai alat-alat elektrik tanpa kebenaran dan pemerhatian oleh
personel yang ditauliahkan.
v. Mesin dan alat elektrik hendaklah dibumikan dengan baik.
vi. Pastikan semua dawai elektrik yang digunakan berpenebat dan berada dalam
keadaan yang baik.
vii. Punca-punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan rapi dan mengikut
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang bertauliah.
viii. Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar elektrik, seperti penguji atau meter
pelbagai.
ix. Pastikan kasut yang digunakan tidak membenarkan pengaliran elektrik .
Gunakan kasut getah yang kering dan tidak berminyak.
x. Pastikan tangan atau pakaian sentiasa kering sewaktu mengendalikan peralatan
elektrik.
xi. Elakkan jari atau anggota kita daripada menyentuh dawai- dawai elektrik yang
tidak berpenebat.
xii. Pastikan pelajar mengetahui kedudukan suis kecemasan yang dapat
memutuskan bekalan pada keseluruhan tempat bekerja jika berlakunya
kebakaran atau kemalangan elektrik.
xiii. Pastikan beban sesuatu punca bekalan tidak digunakan melebihi hadnya contohnya
jika punca bekalan ialah 15 ampere, jangan gunakan beban 20 ampere.

1.9 Tergelincir, Tersandung, dan Perlindungan Pada Lantai

Tergelincir, tersandung dan terjatuh merupakan kemalangan yang paling kerap terjadi di
dalam industri. Kemalangan ini menyebabkan kecederaaan yang boleh
menyebabkan kecacatan dan 15 peratus dari kemalangan ini menyebabkan
kematian. Kemalangan ini boleh dicegah dengan pendedahan kepada pengetahuan
faktor risiko dan memastikan persekitaran sentiasa bersih dan selamat.
Muka / Page : 17
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20

Rajah 1.11 Hazard tergelincir, tersandung dan terjatuh

1.9.1 Faktor risiko yang boleh menyebabkan tergelincir, tersandung dan terjatuh
1. Pintu.
2. Tanjakan.
3. Laluan perjalan kaki yang rosak.
4. Permukaan yang tidak rata.
5. Kawasan yang terdedah kepada basah atau tumpahan.
6. Pencahayaan yang tidak baik.
7. Kabel yang tidak dilindungi dengan baik di laluan pejalan kaki.
8. Ketinggian yang tidak dilindungi.
9. Permukaan kerja yang tidak stabil.
10. Asap, stim atau habuk yang menghalang pemandangan.
11. Tangga.

1.9.2 Cara mengelakkan tergelincir, tersandung dan terjatuh


1. Bersihkan sebarang tumpahan dengan segera.
2. Elakkan berjalan di tempat yang baru di mop.
3. Lindungi kabel pada laluan pejalan kaki.
4. Gunakan pelapik yang anti-licin pada laluan yang licin.
5. Pastikan laluan air tidak terhalang.
6. Gunakan kasut yang anti-licin untuk tugas-tugas tertentu.
7. Pastikan pencahayaan yang cukup untuk laluan pejalan kaki.
8. Buang sebarang hazard tersandung dari tangga dan laluan pejalan kaki.
9. Letakkan barang yang kerap digunakan ditepat yang mudah di capai.
10. Alihkan sebarang perkara yang menghalang tangga atau laluan pejalan kaki.
11. Elakkan menggunakan telefon bimbit ketika berjalan.
Muka / Page : 18
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20
12. Bila menggunakan tangga, pastikan ada tiga tempat yang bersentuhan dengan
tangga.
13. Elakkan berdiri diatas kerusi, meja atau permukaan yang mempunyai roda.
14. Tutup laci apabila tidak digunakan.

1.10 Ergonomik dalam Kimpalan

1.10.1 Faktor risiko yang berkaitan dengan kimpalan adalah:


1. Mengangkat beban berat (silinder, kabel, dan lain-lain).
2. Postur tubuh yang janggal (lengan terluar, posisi janggut leher dan kepala, berlutut /
berjongkok)
3. Kedudukan badan statik (tempoh tugas yang panjang, ketepatan manual).
4. Kekuatan berterusan (kekuatan pegangan).

1.10.2 Terdapat bebera tip untuk postur kerja yang baik semasa mengimpal:

1. Belajar mengenali gejala gangguan muskuloskeletal yang berkaitan dengan


pekerjaan (WMSDs, juga dikenali sebagai kecederaan terikan berulang atau RSI).
Postur dan tugas yang tidak selesa yang berulang boleh menyebabkan kecederaan.
2. Elakkan kedudukan badan yang janggal yang menyebabkan keletihan,
mengurangkan kepekatan dan menyebabkan kimpalan miskin yang mungkin perlu
diulang
3. Sentiasa gunakan tangan anda untuk mengurangkan topi keledar anda. Jangan
gunakan gerakan "jerking" leher dan kepala anda
4. Posisi diri anda dalam postur yang stabil dan selesa
5. Posisi item kimpalan sebagai rata mungkin, pada permukaan mendatar, antara
tinggi pinggang dan siku.

6. Naikkan kedudukan atau perancah pada ketinggian yang selesa untuk


membolehkan bekerja dalam kedudukan duduk.
7. Elakkan bekerja dalam satu kedudukan untuk jangka masa yang panjang.
8. Bekerja dengan meletakkan bahan di bawah tahap siku apabila bekerja dalam
kedudukan duduk.
9. Bekerja dengan meletakkan bahan di antara pinggang dan ketinggian siku untuk
keselesaan dan ketepatan ketika bekerja dalam kedudukan berdiri.
10. Gunakan peralatan bantuan berdiri jika berdiri untuk tempoh yang panjang.
11. Sentiasa simpan bahan dan alat dalam jangkauan normal.
12. Gunakan alat bantu kedudukan untuk menampung postur kerja.
Muka / Page : 19
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20

Rajah 7.6 Posisi ergonomik mengimpal ketika berdiri

Rajah 7.7 Posisi ergonomik mengimpal ketika duduk


Muka / Page : 20
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(1/9)
Drpd/of : 20

RUJUKAN

1 Sacks & Bohnart,2007,Welding Principles & Practices,3rd edition, 1221, Avenue of


the
Americas, New York, NY 10020 USA, Mc Graw Hill, ISBN: 978-0077238773
2 James F. Lincoln, Arc Welding Foundation, 2002, The Procedure Handbook of Arc
Welding, 14th Edition, 22801 St. Clair Avenue, Cleveland, Ohio, 44117 USA, Lincoln
Electric Company, ISBN: 978- 9993897302
3 Robert L. O'Brien, 1997, Jefferson's Welding Encyclopaedia, 18th Edition, 550 N.W.
Lejeune Road, Miami, Florida, 33126 USA, American Welding Society, ISBN:
9780871715067
4 Joseph W. Giachino, William, Weeks, 1985, Welding Skills & Practices, 6th edition,
Western Michigan University, Kalmazoo, Michigan, Chicago, 60637, USA, American
Technical Society, ISBN:978-0826930019
5 Griffin, Roden, Briggs, 1985, Pipe Welding Techniques, 4th edition, Albany, New
York,
12205 USA, Delmar Publishers, ISBN: 978-0827322486
6 Ivan H. Griffin, Edward M. Roden and Charles W. Briggs, 1984, Basic Arc Welding
4th edition, Albany, New York, 12205 USA, Delmar Publishers, ISBN:
9780827321311
7 ASM International, 1983, Metal Reference Book, 2nd edition, Material Park, Ohio,
44073 USA, American Society For Metals, ISBN:978-0871701565
8 Gower A. Kennedy, 1982, Welding Technology - Student's Manual, 2nd edition,
Indianapolis, USA, A Howard W. Sams Book, Bobbs- Merill Educational Publishing,
ISBN:978-0672971099
9 Gower A. Kennedy, 1982, Welding Technology, 2nd edition, Lethbridge Community
College, Alberta, New York, USA, Howard W. Sams & Son Inc., ISBN:
9780672979903
10 Frank R. Schell, 1977, Welding Procedures: Electric Arc, 1st edition, Albany, New
York, 12205 USA, Delmar Publishers, ISBN: 978-0827316034
11 Giachino, Weeks, Johnson, 1974, Welding Technology, 2nd edition, Chicago, 60637
USA, American Technical Society, ISBN: 978-0826930637

Anda mungkin juga menyukai