Anda di halaman 1dari 18

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
MP-060-2:2013 PERKHIDMATAN ESTETIK
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / C01MENGAMALKAN ASPEK KESELAMATAN,
COMPETENCY UNIT NO. KEBERSIHAN DAN MENYELENGGARA TEMPATKERJA
AND TITLE

1. MENGENAL PASTI ASPEK KESELAMATAN DAN


NO. DAN PENYATAAN
KEBERSIHAN SERTA PENYELENGGARAAN SALUN
AKTIVITI KERJA / WORK
2. MENYELENGGARA DAN MENYEDIAKAN TEMPAT
ACTIVITIES NO. AND
KERJA DI SALUN
STATEMENT
3. MENGAWAL SELIA ASPEK KESELAMATAN DAN
KEBERSIHAN DI SALUN
Muka / Page : 1
NO. KOD/CODE NUM. MP-060-2:2013–C01/P(1/3)
Drpd/of : 18

TAJUK/TITLE : PENGENALAN KEPADA ASPEK KESELAMATAN DAN


KEBERSIHAN SERTA PENYELENGGARAAN SALUN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas ini menerangkan tentang:

1. Standard Operation Prosedures(SOP) salun kecantikan.


2. Langkah keselamatan dan kebersihan di salun.
3. Senarai semak langkah keselamatan dan kebersihan di salun.
4. Penggunaan alatan mengikut manual penggunaan.
5. Jenis dan punca kebakaran.
6. Cara menggunakan alat pemadam api.
7. Kandungan kit pertolongan cemas.
8. Jenis kecederaan ringan dan kaedah merawat.
9. Cara mengatasi kecemasan.

1
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

PENERANGAN/INFORMATION:

1. STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

Definisi SOP
Arahan bertulis yang menerangkan langkah-langkah, peraturan atau
prosedur kerja yang harus dipatuhi dalam mengoperasikan sesuatu
tugasan, di tempat kerja tertentu

1.1 SOP Salun


Sesebuah salun dioperasi oleh pengusaha dan juruestetik. Untuk memastikan
pengoperasian salun berjalan dengan lancar, penggunaan SOP dapat menjamin
perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan lebih baik dan selamat. SOP yang
dirancang merupakan “tulang belakang” sesebuah salun yang mana mempunyai
prosedur kerja yang jelas dan harus dipatuhi oleh semua juruestetik.
.

1.2 SOP Aspek Keselamatan dan Kebersihan di Salun

i) Langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan semasa di dalam salun:

a) Peraturan salun mesti dipaparkan dengan jelas.


b) Mempunyai sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik.
c) Alatan kawalan keselamatan seperti alat pemadam api, kit pertolongan
cemas, pelan kecemasan dan tanda laluan kecemasan perlu diadakan.
d) Sediakan tong sampah yang bertutup.
e) Pamerkan logo keselamatan yang sesuai.
f) Nombor talian kecemasan seperti bomba, polis, ambulan, balai
keselamatan hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah dilihat.

ii) Pengendalian dan penggunaan ubat/bahan kimia:


a) Gunakan spatula yang bersih untuk mengambil bahan dari bekas.
b) Mengambil kuantiti bahan yang diperlukan sahaja. Elak memasukkan
semula bahan yang tidak habis guna ke dalam bekas semula.
c) Pastikan bekas ditutup dengan rapat.
d) Bekas bahan perlu dilabelkan dengan nama, tarikh dikilangkan dan tarikh
luputnya.

iii) Pengendalian dan penggunaan alatan elektrik:

a) Pastikan semua alatan elektrik dalam keadaan sempurna, berfungsi dan


bersih.
b) Menggunakan alatan elektrik berpandukan manual pengeluar.
c) Pastikan alatan elektrik dipasang dengan betul, telah diuji dan dilulus oleh
SIRIM.

2
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

d) Elakkan memasang terlalu banyak alatan elektrik pada satu soket.


e) Elakkan memegang alatan elektrik, plag, dan soket dengan tangan yang
basah.
f) Periksa semua alatan elektrik dari semasa ke semasa.
g) Setelah selesai menggunakan alatan elektrik, matikan suis, lilitkan wayar
dengan kemas dan simpan di tempat yang sesuai.

iv) Keselamatan diri juruestetik dan pelanggan:

a) Memakai pakaian keselamatan yang sesuai (beautician coat)


apabila melakukan kerja.
b) Elakkan memberi perkhidmatan semasa berpenyakit berjangkit.
c) Mencatat maklumat pelanggan bagi setiap kali kunjungan.
d) Sentiasa bersikap berhati-hati ketika melakukan tugas.
e) Tanggalkan semua aksesori dan barang kemas pelanggan
sebelum memulakan rawatan.
f) Bersihkan tangan sebelum melakukan perkhidmatan.
g) Gunakan sarung tangan pakai buang jika perlu.
h) Gunakan alat yang telah disteril pada pelanggan.
i) Sediakan ruang persalinan untuk pelanggan.
j) Memberitahu kesan rawatan yang berkemungkinan akan
berlaku kepada pelanggan sebelum rawatan dilakukan.
k) Memberi khidmat nasihat penjagaan di rumah kepada
pelanggan setelah menerima rawatan.

v) Pengurusan ruang kerja:

a) Elakkan bekerja di atas lantai yang basah.


b) Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang
kondusif dan ruang pergerakan yang mencukupi.
c) Bersihkan ruang kerja selepas selesai kerja.
d) Menyediakan alatan yang bersih untuk setiap
pelanggan.
e) Sediakan senarai semak untuk mencatat kuantiti
bahan danalatan yang digunakan.

3
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

Arahan: Anda perlu mengamalkan aspek keselamatan dan kebersihan semasa


menyelenggara salun. Lengkapkan borang senarai semak di bawah berpandukan SOP
di salun.

BORANG SENARAI SEMAK AMALAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN


DALAM
PENYELEGGARAAN SALUN

Bil Perkara Mematuhi (√) Catatan


1 Peraturan salun dipamer di tempat
yang sesuai.
2 Ruang kerja bersih.
3 Perabot, alatan dan bahan disusun
dengan kemas.
4 Mempunyai alat pemadam api yang
berfungsi.
5 Kit pertolongan cemas.
6 Pelan kecemasan, tanda laluan
kecemasan, dan talian kecemasan
dipamer di tempat yang sesuai.
7 Menyediakan spatula untuk
pengambilan bahan.
8 Ruang persalinan disediakan untuk
pelanggan.
9 Semua bekas bahan ditutup dengan
ketat.
10 Semua bekas bahan telah dilabel.
11 Alat-alat elektrik berfungsi dengan
baik.
12 Memakai pakaian keselamatan
semasa bekerja.
13 Aksesori dan barang kemas
ditanggalkan semasa bekerja.
14 Mensteril tangan dan alatan
sebelum melakukan perkhidmatan.

Catatan keseluruhan:
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

Tandatangan pemeriksa:
…………………………...
( )
Tarikh: …………………..

4
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

2. BUKU PANDUAN (MANUAL) PENGGUNAAN ALATAN

Rajah 1: Contoh Manual Penggunaan Pengewap Muka

Manual Penggunaan merupakan buku panduan yang dikeluarkan oleh pengilang


bertujuan membimbing dan memberi maklumat kepada pengguna dalam mengendali
produk yang dikeluarkan oleh mereka. Pengendalian alatan elektrik di salun perlu
mengambil kira langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan berlakunya
kemalangan seperti renjatan elektrik yang boleh menyebabkan kecederaan, kematian
dan kebakaran. Pengetahuan berkaitan keselamatan amat perlu bagi mengelakkan
sebarang kemungkinan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Setiap alatan elektrik juga perlu menjalani pemeriksaan berkala oleh pemilik salun
tersebut bagi memastikan alatan tersebut berada di dalam keadaan yang baik dan
berfungsi seperti yang dikehendaki. Oleh yang demikian, setiap juruestetik seharusnya
memastikan setiap peralatan di salun sentiasa diuruskan dengan baik dan mengambil
inisiatif bagi mewujudkan
suasana yang selamat dan kondusif di tempat kerja.

Rajah 2: Contoh Manual Penggunaan

5
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

3. JENIS DAN PUNCA KEBAKARAN

Kebakaran adalah satu kemalangan yang berpotensi berlaku di salun. Ia bukan sahaja
memusnahkan harta benda malah menyebabkan kehilangan nyawa dan
mengakibatkan kerugian yang besar. Kebakaran dapat dicegah dengan sikap
berhatihati, tidak cuai dan bertanggungjawab dalam mengendali pemadam api dan
punca-punca yang menyebabkan kebakaran.

Kebakaran berlaku Contoh: fenomena kertas


apabila mempunyai terbakar:
tiga elemen iaitu: Oksigen:
Udara
OKSIGEN
Haba:
Percikan api

Bahan api:
HABA BAHAN Kertas
API

KERTAS TERBAKAR

Kebocoran gas

Percikan api
terkena pada Bahan mudah
terbakar dalam
tumpahan cecair keadaan terlalu
bahan api/bahan kering dan panas
mudah terbakar
punca
kebakara
Sambungan
n Penggunaan
pendawaian alat elektrik
terdedah atau yang tidak
rosak berkualiti
Membuang
puntung rokok
di merata
tempat

Rajah 4: Punca-punca Kebakaran

6
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

3.1 Jenis Kebakaran

Kebakaran dikelaskan kepada empat berdasarkan punca kebakaran. Pengelasan ini


penting
supaya dapat memilih alat pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran.

Kelas api Punca Kebakaran


A Kebakaran melibatkan bahan api mudah terbakar jenis pepejal dan
mengandungi unsur-unsur karbon seperti kayu, kertas, sampah
dan lain-lain.
B Kebakaran melibatkan bahan cecair seperti petrol, diesel, tar,
varnis, cat dan lain-lain.
C Kebakaran melibatkan bahan api jenis gas seperti hidrogen,
acyethlane,
propanan, butane, dan lain-lain.
D Kebakaran melibatkan bahan api jenis logam seperti potasium
sodium, natrium, kalsium dan lain-lain.

3.2 Alat Pemadam Api

Alat pemadam api adalah salah satu media pemadam untuk memadam kebakaran.
Dalam menjalankan kerja pemadaman kebakaran, alat pemadam api berperanan
sebagai “alat bantu mula” iaitu digunakan untuk mengawal kebakaran pada peringkat
awal. Terdapat 2 jenis alat pemadam api yang biasa digunakan di tempat kerja.

Alat pemadam api


Alat pemadam karbon
api dioksida.
serbuk kering. Sesuai untuk api
Terdapat jenis kelas B
ABC, BC, D. & C dan api pada
Boleh peralatan elektrik.
digunakan Tidak akan
sekali sahaja. merosakkan
peralatan elektrik.
Tidak sesuai untuk
persekitaran

Rajah 5: Alat Pemadam Api


.

7
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

3.3 Langkah Menggunakan Alat Pemadam Api

i) Cabut (Pull) Cabutkan pin untuk melepaskan tuil.

P
ii) Hala (Aim) Halakan nozel ke pangkal api.

A
iii) Tekan (Squezze) Tekankan tuil.

S
iv) Layang (Sweep) Layangkan nozel ke kiri dan kanan

S
PERHATIAN!
Pastikan kedudukan anda dengan pangkal api lebih kurang 3 meter
dan tidak melawan arah angin.

ARAH ANGIN

8
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

4. KIT PERTOLONGAN CEMAS

Kit pertolongan cemas merupakan sebuah bekas yang lengkap mengandungi bekalan
perubatan dan peralatan yang diperlukan untuk melakukan bantuan segera atau
rawatan kecemasan. Setiap bengkel harus mempunyai kit pertolongan cemas supaya
rawatan awal dapat diberikan sekiranya berlaku kecederaan di bengkel. Kit pertolongan
cemas diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dilihat. Kandungan kit pertolongan
cemas ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa supaya dapat mengesan bahan
rawatan yang mungkin telah luput tarikh penggunaannya dan menggantikan bahan
yang telah habis guna.

Rajah 6: Kit Pertolongan Cemas

4.1 Alatan dan Bahan dalam Kit Pertolongan Cemas

Bil Ubat / Alatan Kegunaan Kegunaan


Kain Anduh
1  Menyokong bahagian patah.
Menahan pendarahan.

2  Membuat balutan/memberi
Kain Gauze tekanan pada perdarahan dan
menstabilkan kepatahan.

9
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18
3  Membersih luka.
Kapas Menyapu ubat pada luka.

4 Sarung tangan plastic/getah  Melindungi diri dari sebarang


cecair badan/sumber jangkitan.
 Menjaga kebersihan semasa
merawat pesakit.

5  Menggunting pita pembalut,


Gunting plaster dan sebagainya.

6  Melekatkan balutan.
Pita pelekat

7 Mencuci luka pada bahagian


Putik Kapas yang kecil.

Larutan antiseptik (contoh Mencuci luka dan membasmi


8 Dettol, iodin, spirit surgikal, kuman.
ubat kuning)

9 Minyak Urut Melegakan kesakitan otot.

10 Forcep Memegang kapas untuk


membersih luka atau mencelup ubat
untuk disapu ke bahagian luka.

10
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18
11 Krim antiseptik  Membasmi kuman pada luka

12 Plaster Membalut luka kecil.

13 Termometer Mengambil suhu bahan.

14  Panduan merawat kecederaan


Manual Pertolongan ringan.
Cemas

Pin  Menyemat pembalut


15

4.2 Menyelenggara Kit Pertolongan Cemas

i) Lokasi kit pertolongan cemas:

a) Senang dilihat.
b) Tidak mudah diambil oleh kanak-kanak.
c) Dapat dicapai oleh semua orang.
d) Tandakan lokasi kit pada peta laluan kecemasan.

ii) Ubat

a) Pastikan kotak dan botol bahan rawatan mempunyai label pelekat atau
logo kelulusanKementerian Kesihatan Malaysia.
b) Pilih ubat-ubatan berkualiti yang telah diluluskan oleh Kementerian
KesihatanMalaysia.
c) Penutup bekas ubat perlu ditutup rapat bagi mengelakkan tertumpah atau
rosakakibat terdedah.
11
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 12
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

d) Ubat untuk dimakan atau diminum seperti Panadol atau Aspirin tidak
dibenarkandisimpan dalam kit pertolongan cemas .
e) Gantikan ubat yang sudah tamat tarikh luput dengan yang baru.

iii) Pemeriksaan berkala

a) Periksa bekas atau bungkusan sama ada berlaku kerosakan. Contohnya


botol pecah,plastik terkoyak atau bocor.
b) Pastikan alatan adalah dalam keadaan baik. Contohnya, gunting adalah
tajam dantidak berkarat.
c) Bersihkan kain anduh setiap kali digunakan.
d) Gantikan stok bahan yang telah digunakan.

4.3 Kecederaan ringan

Kemalangan sering berlaku ketika menjalankan aktiviti di dalam bengkel. Oleh


itu, pengetahuan asas tentang jenis kecederaan, kaedah rawatan dan alatan
bantuan kecemasan sangat penting kerana dapat mengelakkan kecederaan
menjadi lebih serius.

Jenis kecederaan Punca Tanda


ringan
i) Luka Terhiris.  Berdarah pada luka.
Terkoyak.
ii) Melecur Terkena haba lembap.  menjadi merah dan
Bahagian yang melecur menggelembung.

iii) Melepuh Terkena haba kering atau bahan kimia. Bahagian yang melepuh
menjadi merah
iv) Pengsan Tekanan darah rendah. Muka pucat.
Cuaca terlalu panas. Denyutan nadi lemah.
Terlalu letih/lapar. Berasa
Kurang bekalan oksigen ke otak. pening/berpusing.
v) Renjatan Terkena kabel koyak. Tidak sedar diri.
elektrik Pemasangan alat elektrik yang tidak Terhenti denyutan
tidak berkualiti. betul. jantung.
Sistem pembumian tidak Bahagian terkena
sempurna. kelihatan
Penggunaan alat elektrik kesan terbakar yang
Sentuhan dengan tangan yang
lembap/basah.

12
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 13
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

4.4 Merawat Kecederaan Ringan

i) Luka

a) Bersihkan luka dengan antiseptik.


b) Bubuh krim dan tutup dengan plaster/kain gauze.

Rajah 7: Merawat Kecederaan Ringan - Luka

ii) Melecur/melepuh

a) Sejukkan bahagian yang melecur/melepuh dengan air mengalir atau


merendamdalam air sejuk.
b) Bubuh ubat melepuh.
c) Balut dengan kain pembalut yang bersih dan kering.

Rajah 8: Merawat Kecederaan Ringan-Melecur

iii) Pengsan

a) Baringkan pesakit di tempat teduh yang mempunyai pengudaraan yang


baik.
b) Tinggikan kaki pesakit.
c) Longgarkan pakaian pesakit di leher dan pinggang.
d) Selimutkan pesakit.
e) Sedarkan dengan ubat cium.

Rajah 9: Merawat Kecederaan - Pengsan

13
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 14
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

iv) Renjatan Elektrik

a) Matikan bekalan elektrik sebelum menyentuh pesakit.


b) Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengasingkan pesakit dan bahan
yang disentuhnya.

Rajah 10: Merawat Kecederaan – Renjatan Elektrik

Perhatian:
Jangan memberi ubat kepada pesakit tanpa arahan doktor.
Jangan menyapu bahagian yang cedera dengan minyak, ubat gigi, kicap, dan lain-lain
bahan yang tidak mempunyai kandungan basmi kuman.
Panggil ambulan atau hantar pesakit ke hospital jika keadaan pesakit tidak bertambah
baik.

5. PERSEDIAAN MENGHADAPI KES KECEMASAN

Selain daripada kebakaran, terdapat kes-kes lain yang berkemungkinan akan berlaku
di dalam salun. Juruestetik haruslah sentiasa berwaspada dan peka terhadap sebarang
yang mungkin berlaku dan mengambil tindakan yang wajar dengan segera untuk
mengelakkan kejadian menjadi lebih serius.

Kebakaran

Contoh kes
kecemasan

Kecederaan Kemalangan

Rajah 11: Contoh Kes Kecemasan

14
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 15
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18
5.1 Sediakan nombor talian kecemasan

i) Talian kecemasan umum (999) – nombor talian gabungan bagi Polis,


Bomba, Hospital (ambulan), Jabatan Pertahanan Awam, dan Maritim.
ii) Talian kecemasan agensi awam/swasta yang berhampiran – nombor
telefon ibupejabat polis daerah, nombor telefon balai polis berhampiran,
nombor telefon balaibomba berhampiran, nombor telefon hospital
berhampiran, nombor telefon rukuntetangga, dan lain-lain.
iii) Talian dalaman – nombor telefon sekolah, nombor telefon pentadbir
sekolah, nombor telefon guru, nombor telefon pembantu bengkel.

Rajah 12: Contoh senarai nombor kecemasan

5.2 Prosedur Menangani Kecemasan

i) Tindakan yang perlu dilakukan apabila mendengar loceng amaran kecemasan

a) Hentikan semua kerja serta-merta.


b) Pastikan keselamatan kawasan kerja sebelum meninggalkan tempat.
c) Contoh: Tutup suis perkakas elektrik, simpankan benda-benda tajam,
tutup bekalangas, tutup pintu, dan lain-lain.
d) Selamatkan diri dengan mengikut pelan kecemasan yang ditetapkan.
Elakkanmenggunakan lif.
e) Maklumkan kepada penghuni lain dan bantu mereka
yang cedera atau mempunyai masalah pergerakan
keluar dari bangunan.
f) Segera keluar ke tempat berkumpul dan tunggu di situ
hingga arahan selanjutnya.
g) Hubungi talian kecemasan.

Peringatan:
Jika anda tidak ada di tempat kerja
apabila loceng amaran berbunyi,
jangan sesekali kembali untuk
mengambil barang-barang anda. Ini
mungkin akan menggugat peluang
anda untuk menyelamatkan diri.

15
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 16
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

ii) Tip menyelamatkan diri

a) Jangan berlari, tolak-menolak dan panik.


b) Jangan menggunakan lif semasa berlaku kebakaran.
c) Tutup semua pintu laluan untuk melambatkan api dan asap merebak.
d) Jika terperangkap dalam asap, cuba rendahkan diri seberapa boleh,
sebaiknya merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-pendek
e) Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan tertutup.
Cari jalan lain untuk menyelamatkan diri.
f) Jangan cuba memadamkan kebakaran sekiranya tidak terlatih.
g) Jangan berpatah balik semula ke bangunan setelah meninggalkannya.

LOGO TEMPAT BERKUMPUL

Rajah 13: Contoh Pelan Kecemasan

16
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 17
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

Rajah 14: Contoh Pelan Kecemasan Bangunan

Contoh laman sesawang untuk mendapatkan maklumat berkaitan standard


pemeriksaankeselamatan dan kebersihan serta pemeliharaan alam sekitar.
1. http://www.fmm.org.my/images/articles/training/MengendaliBahanKim
iaDenganSelamat.pdf
2. http://signifikankkal.blogspot.com/

Tip:
Pastikan barang-barang yang
disimpan tidak menghalang laluan
kecemasan dan pintu kecemasan

17
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 18
MP-060-2:2013 – C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

SOALAN:

Arahan: Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat.

1. Standard Operating Prosedure (SOP) adalah ..................

I. Arahan bertulis yang menerangkan langkah-langkah yang harus diikuti dalam


melakukan
sesuatu kerja.
II. Arahan bertulis dalam menggunakan alat dalam kawasan kerja tertentu.
III. Arahan bertulis mengamalkan langkah keselamatan.
IV. Arahan bertulis mengamalkan langkah kebersihan.

A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

2. Alat pemadam api digunakan untuk.......................

A. membersihkan salun.
B. memadam kebakaran di peringkat awal.
C. mengawal kebakaran semasa kebakaran.
D. memadam kebakaran di peringkat akhir.

3. Termometer digunakan untuk ...............................

A. mencuci luka.
B. membasmi kuman.
C. mengambil suhu badan.
D. menahan pendarahan.

RUJUKAN:

1. Lamah binti Abd. Ghani, Zaitun Zakiah binti Mohd Noor, Norli binti Mohd Nor (2003).
Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 4, Edusystem Sdn.Bhd. Selayang,
ISBN967-906-721-1. Muka surat : 3 hingga 17
2. Wong Joon Lian, Chin Wee Kin, Nanawi bin Mohd. Jan (2008). Persolekan
Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, ISBN 978-983-62-
8665-9. Muka surat : 4 hingga 5
3. http://www.bomba.gov.my/, Portal Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
5 Ogos 2014, 15.35.
4. Jane Hiscock and Frances Lovett (2004). S/NVQ Level 2 Beauty Therapy,
HeinemannEducation Publishers, Jordan Hill, ISBN 0-435-45101-2. Muka surat : 70
hingga 76

18

Anda mungkin juga menyukai