Anda di halaman 1dari 9

UNDERWATER WELDING ENGINEERING CENTRE

NO 32A, JALAN PERINDUSTRIAN SUNTRACK,


OFF JALAN P1A, SEKSYEN 13,
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM


/ PROGRAM’S CODE & MC-024-3 WELDING TECHNOLOGY AND FABRICATION
NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / MC-024-3:2012-C01 SHIELDED METAL ARC WELDING
(SMAW) FOR FILEET WELD 1F, 2F, 3F, 4F BUTT WELD
COMPETENCY UNIT NO. 1G AND 2G
AND TITLE
1. CARRY OUT SAFETY ASSESSMENT AT WORK
AREA
2. COMPLY TO WORK INSTRUCTION AND RELEVANT
WELDING PROCEDURE SPECIFICATION (WPS)
3. VERIFY BASE METAL MATERIAL USED
4. VERIFY CONSUMABLE AS SPECIFIED
NO. DAN PENYATAAN
5. CHECK SMAW EQUIPMENT AND ACCESSORIES
AKTIVITI KERJA / WORK
FUNCTIONALITY
ACTIVITIES NO. AND
6. PERFORM SMAW PROCESS
STATEMENT
7. PERFORM VISUAL INSPECTION AND TESTING
(DESTRUCTIVE TEST)
8. CARRY OUT BACK GOUGING, GRINDING AND
BACK WELDING AS REQUIRED IN ACCORDANCE
WITH TEST SPECIMEN
9. COMPILE WORK COMPLETION CHECKLIST
Muka / Page : 1
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(5/42)
Drpd/of : 9

TAJUK/TITLE: PUNCA KEMALANGAN

TUJUAN/PURPOSE: Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan


punca-punca kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja atau
pun di bengkel.

PENERANGAN:

Pengenalan dan Maksud

Kemalangan akan berlaku dimana sahaja dan tidak memilih mangsa tertentu sahaja.
Sebagai seorang pekerja yang akan menghadapi bahaya kemalangan. Dari itu kita
harus menitik beratkan tentang keselamatan diri kita dan juga orang lain.
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 2
MC-024-3:2012-C01/P(5/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 9
Bahaya yang mungkin berlaku bolehlah dibahagi kepada beberapa faktor seperti :-

 Disebabkan kecuaian dari segi teknik.


 Dari segi fizikal.
 Dari segi biological.
 Dari segi piskososial dan egornomica.
 Dari segi bahan kimia.

Seseorang pekerja akan terdedah kepada bahaya kemalangan yang tidak


disedari bila berlakunya sewaktu bekerja. Oleh itu peraturan keselamatan di
tempat kerja dan peraturan am di tempat kerja “WAJIB” diketahui dan diikuti oleh
seseorang pekerja. Dengan ini sahaja kemalangan dapat dielakkan.

Kasut tak
tahan lasak

a. tapak kasut di b. kerosakkan kabel


tembusi benda tajam elektrik

c. rambut panjang
tersangkut d. cara mengangkat
salah
e. kesalahan f. kerosakkan alat
menggunakan mengangkat
alat tangan
h. nyalabalas boleh membunuh. Cegah
g. silinder gas boleh dengan alat penghalang balas
meletup.jangan
disalahgunakan

Punca-punca kemalangan
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 3
MC-024-3:2012-C01/P(5/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 9

BAHAYA ELEKTRIK

Kebanyakan dan hampir keseluruhan peralatan di bengkel menggunakan tenaga


elekrtrik. Bahaya elektrik boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian
yang amat besar pada diri sendiri. Di antara bahya elektrik yang sering berlaku
ialah :-

a) Renjatan elektrik

Puncanya :-

1. Kerosakan alat-alat elektrik seperti kabel yang pecah dan sebagainya


2. Kerosakan alat pelindung arus kebocoran bumi dan tidak disambung
ke bumi.
3. Kesilapan semasa mengubahsuai peralatan. Oleh itu sebarang kerja
penyambungan hendaklah dibuat oleh orang yang ditauliahkan.

b) Kebakaran elektrik

Puncanya :-

1. Penggunaan kabel yang tidak bersesuaian dengan arus yang


digunakan
2. Penggunaa fius yang tidak bersesuaian dengan kadar arus
3. Kilat
4. Pelindung arus tidak dapat memutuskan arus bila berlakunya litar
pintas

Langkah untuk menghindar dari bahaya elektrik

a) Mesin dan alat elektrik hendaklah dibumikan dengan wajarnya.


b) pastikan semua fius, pemintas, pemintas kilat, pemutus litar dan alat kecemasan
pada mesin itu di dalam keadaan baik dan selamat
c) Pastikan semua sambungan wayar elektrik diselaput dengan penebat dengan
betul.
d) Jangan menggunakan alat elektrik sambil berdiri di lantai yang lembab atau
tangan yang basah.
e) Jangan sekali-kali mengubah suai alat-alat elektrik tanpa kebenaran dan
pemerhatian oleh mereka yang ditauliahkan.

PERTOLONGAN KECEMASAN

Pertolongan kecemasan perlulah diberi pada mangsa kemalangan secepat


mungkin sementara perubatan yang sempurna diberi. Bentuk pertolongan
kecemasan mestilah sesuai dan betul dengan keadaan kemalangan yang
dialami oleh mangsa. Jika berlaku kemalangan jangan panik dan perlu
bertenang serta beri bantuan apa yang mampu sahaja.
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 4
MC-024-3:2012-C01/P(5/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 9
Langkah utama yang perlu sewaktu berlaku kemalangan ialah :-

a) Matikan suis mesin atau suis utama dengan serta merta


b) Pindahkan mangsa dari kawasan kemalangan jika difikirkan betul-betul perlu.
Mengalih mereka yang cedera pada bahagian leher atau tulang belakang
akan membuat keadaan kecederaan bertambah teruk.
c) Dapatkan pertolongan perubatan dengan segera.

Rajah 1. Basuh tempat yang terkena bahan kimia dengan air


ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 5
MC-024-3:2012-C01/P(5/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 9
Langkah kecemasan yang boleh dibuat sebelum pertolongan perubatan
sampai ialah ialah :-

i). Menghentikan pendarahan

Caranya :

Menekan terus bahagian luka dengan kain atau lampin yang bersih. Gunakan kain
tambahan jika pertama berlumuran darah.Angkat bahagian luka itu ke atas,iaitu
melebihi paras jantung.

Tinggikan bahagian
yang cedera atau luka

Tidurkan mangsa yang cedera

Hentikan pendarahan dengan


memberi tekanan pada bahagian yang
cedera atau luka

Letakan kapas atau kain lembut


dengan betul

Rajah 2. Cara memberhentikan darah

ii) Memulihkan mangsa renjatan elektrik

Diantara tanda orang kena kejutan elektrik ialah :-

a) Kulit kelihatan pucat dan kebiruan


b) Denyutan nadi lemah
c) Kulit terasa sejuk dan berpeluh
d) Pernafasan pantas, singkat dan tidak tetap
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 6
MC-024-3:2012-C01/P(5/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 9
e) Mangsa mengadu kehausan dan terasa hendak muntah
f) Mangsa hilang ingatan
g) Anak mata terbuka luas seperti ke bawah

Bantuan segera hendaklah di beri :-

a) Hentikan bekalan letrik,jika suiz tidak dapat ditutup alihkan mangsa


supaya tidak menyentuh
arus yang mengalir.
b) Gunakan bahan penebat untuk menyentuh mangsa .
c) Jauhkan dari bahan yang basah dan bahan pengalir dari kawasan terlibat .
d) Berikan rawatan sekadar yang termampu dan dapatkan rawatan doktor
seberapa segera.
Teknik memulikan pernafasan

a) Telentangkan mangsa tersebut dan buka mulutnya dan keluarkan


sebarang
makanan atau halangan.(Lihat gambarajah 1)
b) Gerakan kepala si mangsa ke belakang seberapa yang dapat dengan
merenggangkan lehernya supaya dagunya ke atas.Lihat gambarajah 2

Gambarajah 1

Gambarajah 2

Rajah 3. Teknik memulihkan pernafasan


a) Buka rahang nya ,picit hidung dan sedutlah nafas yang panjang.(Lihat Langkah 1)
b) Letakkan mulut anda ke atas mulutnya dan hembuskan udara de dalam paru – paru
sehingga dadanya terangat.( Langkah 2)
c) Angkat mulut anda dan perhatikan dadanya 10 hingga 12 nafas seminit.
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 7
MC-024-3:2012-C01/P(5/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 9

Langkah 1

Langkah 2

Rajah 4. Bantuan pernafasan

Untuk memulihkan mangsa kejutan itu ialah


a) Baringkan mangsa kemalangan dengan keadaan kakinya lebih tinggi dari
kepala
b) Selimutkan mangsa secukupnya supaya badan sentiasa panas
c) Jika mangsa kemalangan tidak sedarkan diri dan tidak teruk, iringkannya
supaya sebarang darah atau bendalir boleh keluar dari mulutnya

iii. Merawat kecedaraan mata

Jika terdapat serpihan atau percikan logam yang termasuk ke dalam mata,
jangan buat apa-apa dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

iv. Merawat luka melecur

Cuba sejukan bahagian yang melecur dengan membersihkannya dengan air


bersih. Kemudian balut dengan kain bersih. Jangan sapu sebarang minyak.
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 8
MC-024-3:2012-C01/P(5/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 9

Peti Pertolongan Kecemasan

Setiap bengkel mestilah dilengkapkan dengan peti pertolongan cemas dan peti
tersebut haruslah diletak
di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila diperlukan.

Senarai ubatan dan alatan serta cara menggunakannya.

UBATAN DAN ALATAN KEGUNAAN DAN RAWATAN


Solvan Untuk merawat luka dan kudis
Gentian biru(blue lotion) Untuk merawat luka dan kudis
Ubat cium (smelling salt) Untuk menyedarkan mangsa yang
pengsan
Larutan iodin Untuk merawat luka
Kapas Untuk menyapu luka, menyapu ubat
pada luka dan sebagai penutup luka
Dressing strip E plast Untuk menutup luka
Kain pembalut Untuk membalut luka dan anggota
terseliuh
Krim antilecur Untuk merawat kulit yang terbakar dan
melecur
Pil penahan sakit Untuk meredakan sakit dan pening
kepala
Cecair optrex Untuk mencuci mata
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 9
MC-024-3:2012-C01/P(5/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 9

SOALAN-SOALAN

1. Jelaskan faktor – faktor utama yang mungkin menyebabkan kemalangan?

…………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………

2. Nyatakan kategori-kategori kemalangan yang biasa terjadi di bengkel atau di


tapak kerja.

…………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………….

3. Jelaskan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seorang yang memberi pertolongan
cemas.?
…………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………….

RUJUKAN : - Larry Jeffus, Welding Principles and Applications (Third Edition).


- Pengurusan Keselamatan Kebakaran disediakan oleh Jabatan Bomba
Dan
Penyelamat Malaysia
- ukm

Anda mungkin juga menyukai