Anda di halaman 1dari 11

UNDERWATER WELDING ENGINEERING CENTRE

NO 32A, JALAN PERINDUSTRIAN SUNTRACK,


OFF JALAN P1A, SEKSYEN 13,
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM


/ PROGRAM’S CODE & MC-024-3 WELDING TECHNOLOGY AND FABRICATION
NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / MC-024-3:2012-C01 SHIELDED METAL ARC WELDING
(SMAW) FOR FILEET WELD 1F, 2F, 3F, 4F BUTT WELD
COMPETENCY UNIT NO. 1G AND 2G
AND TITLE
1. CARRY OUT SAFETY ASSESSMENT AT WORK
AREA
2. COMPLY TO WORK INSTRUCTION AND RELEVANT
WELDING PROCEDURE SPECIFICATION (WPS)
3. VERIFY BASE METAL MATERIAL USED
4. VERIFY CONSUMABLE AS SPECIFIED
NO. DAN PENYATAAN
5. CHECK SMAW EQUIPMENT AND ACCESSORIES
AKTIVITI KERJA / WORK
FUNCTIONALITY
ACTIVITIES NO. AND
6. PERFORM SMAW PROCESS
STATEMENT
7. PERFORM VISUAL INSPECTION AND TESTING
(DESTRUCTIVE TEST)
8. CARRY OUT BACK GOUGING, GRINDING AND
BACK WELDING AS REQUIRED IN ACCORDANCE
WITH TEST SPECIMEN
9. COMPILE WORK COMPLETION CHECKLIST
Muka / Page : 1
NO. KOD/CODE NUM. MC-024-3:2012-C01/P(3/42)
Drpd/of : 11

TAJUK/TITLE: PUNCA KEBAKARAN, ALAT PEMADAM API DAN KESAN


KEBAKARAN

TUJUAN/PURPOSE : Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan


mengenai punca - punca kebakaran yang biasa berlaku
di tempat kerja.
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 2
MC-024-3:2012-C01/P(3/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 11

PENERANGAN:

Pengenalan dan Maksud

1. Kebakaran terjadi akibat daripada rangkaian tindakbalas kimia iaitu tindakbalas


pengoksidan yang menglibatkan bahan api oksigen dan haba.
2. Bahan api yang telah terpadam hingga mencapai ke suhu nyalaan akan
mengeluarkan wap atau gas yang mudah terbakar sehingga berterusan.
3. Wap ini akan bercampur dengan oksigen pada kadar yang tertentu dan terbakar
dengan sendiri.
4. Kebakaran ini akan menyebabkan terjadinya Tenaga , Haba , Cahaya dan Asap.

Punca Kebakaran

Antara punca kebakaran adalah seperti berikut:-


i. Pemasangan pendawaian elektrik yang salah.
ii. Penggantian pendawaian fius yang salah.
iii. Lintar pintas elektrik.
iv. Penggunaan mesin terlalu lama hingga menyebabkan kepanasan melampau.
v. Percikan api elektrik.
vi. Punca api seperti mancis, pemetik api, puntung rokok, ubat nyamuk dan lilin.
vii. Pembakaran tidak terkawal seperti pembakaran sampah, api dapur dan bara api.
viii. Percikan api akibat geseran.
ix. Tindakbalas bahan kimia.
x. Petir.
xi. Pembakaran yang disengajakan bagi tuntutan insurans, dendam, khianat atau lain-
lain motif.

Langkah Mencegah Kebakaran

Langkah pencegahan kebakaran adalah seperti berikut:-

i. Membuat perancangan kerja.


ii. Mengurangkan penggunaan bahan yang mudah terbakar.
iii. Menyimpan bahan yang mudah terbakar di tempat selamat yang telah dikhaskan.
iv. Memastikan tiub bekalan gas sentiasa dalam keadaan baik.
v. Memastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan jika tidak digunakan.
vi. Mendapatkan kebenaran pihak universiti untuk membuat sambungan wayar
elektrik.
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 3
MC-024-3:2012-C01/P(3/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 11
vii. Jika berlaku kerosakan elektrik hendaklah segera diberitahu kepada pihak universiti.
viii. Tidak membuang puntung rokok yang masih menyala di dalam tong sampah.
ix. Tidak membiarkan api masakan tanpa kawalan atau jagaan.

1. Faktor – faktor yang menyebabkan api menjadi kuat atau besar :-

2. Permukaan bahan
Lebih luas sesuatu permukaan bahan, lebih banyak oksigen yang
bersentuhan dengan bahan tersebut dan kebakaran menjadi lebih
besar.

3. Kadar haba
Jumlah haba yang dapat dikeluarkan oleh sesuatu kebakaran dan kadar
kepantasan pemindahan haba oleh bahan itu sendiri kayu, kapas ,
minyak atau gas.

4. Tiupan angin
Angin akan membekalkan lebih banyak oksigen dan mempercepatkan
lagi proses rangkaian tindakbalas kimia dan memarakkan lagi
kebakaran.

5. Suhu Atmosfera dan Kelembapan udara.


Jika suhu udara di sekeliling agak tinggi dan udaranya kering seperti
dimusim kemarau ini akan membantu mempercepatkan kemerebakan
api dan pergerakan angin dengan cepat.

1. Cara – cara Api Merebak

Api merebak adalah disebabkan oleh pemindahan haba yang berlaku


melalui empat cara iaitu -

I. Olakan Haba ( Convention )

Ia berpunca dari bahan seperti cecair atau gas dimana apabila panas
ia akan mengembang dan menjadi ringan lalu bergerak ke atas. Dalam
kejadian kebakaran di dalam bangunan olahan haba boleh
memindahkan gas–gas yang panas ke tingkat atas melalui ruangan
tangga atau Lift dan membakar bahan–bahan di bahagian atas.
manakala udara sejuk pula akan terus masuk membawa oksigen bagi
menggantikan tempat udara panas dan mempercepatkan lagi
kebakaran tersebut.

Asap Gas panas

Udara sejuk

Rajah 1. Proses api merebak


ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 4
MC-024-3:2012-C01/P(3/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 11
II. Bahangan (Reduction)
Kebakaran Ini Berpindah Mengikut Bahang Kepanasan Dari Cahaya
Kebakaran . Bahangan Dari Cahaya Kebakaran Akan Di Serap Oleh Bakar
Yang Agak Jauh Dan Mengeringkan Di Samping Memanaskan Bahan
Tersebut. Apabila Mencapai Takat Sambaran Bahan Tersebut Dengan
Sendirinya Akan Terbakar. Kebakaran Cara Ini Biasanya Terjadi Pada Rumah
Setinggan.

III. Pengaliran ( Conduction )


Bahan – Bahan Binaan Seperti Tembaga , Aluminium Dan Besi Adalah
Pengalir Haba Yang Baik Di Mana Jika Terbakar Akan Memindahkan
Kepanasan Ke Sepanjang Batang Logam Tersebut . Jika Logam Tersebut
Tersentuh Dengan Bahan Bakar , Ia Terus Memanas Dan Terbakar Dengan
Spontan.

IV. Kebakaran Terus Menerus ( Direct Burning )


Ia Merupakan Bahan Yang Terbakar Apabila Tersentuh Terus Kepada Api
Yang Terdedah.
Api Tersebut
Kemudian Akan
Merebak
Perlahan –Lahan
Hingga
Keseluruhan
Bahan Tersebut
Hingga Habis
Seperti
Contohnya
Kertas , Kain ,
Getah Dan Kayu.

Rajah 2. Proses api merebak

2. Prinsip Asas Memadam Api Kebakaran.


Prinsip Memadam Api Yang Sebenarnya Ialah Memindah , Bahan Bakar Dan
Oksigen. Ia Boleh Dilakukan Melalui Beberapa Seperti :-

I. Melapangkan ( Starvation )

Ia Merupakan Proses Mengurangkan Atau Mengasingkan Bahan Dari Tempat


Kebakaran Seperti:-

a. Memindahkan Bahan-Bahan Yang Belum Terbakar Ke Tempat Yang Selamat


Seperti Tabung Gas, Minyak Atau Kain - Kain .
b. Memindahkan Bahan Yang Terbakar Ke Tempat Yang Lebih Jauh Dari Bahan -
Bahan Yang Belum Terbakar.
c. Memecah Dan Menghancurkan Bahan Kepada Bahan Yang Lebih Kecil Supaya
Mudah Dipadamkan.
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 5
MC-024-3:2012-C01/P(3/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 11
II. Melemaskan (Smotherinng)

Iaitu Proses Menghalang Dan Mengurangkan Kadar Kemasukan Gas Oksigen Ke


Dalam Kebakaran. Jika Ini Dapat Dilakukan Kebakaran Akan Padam Dengan
Sendirinya. Kaedah Ini Dapat Dibuat Dengan Menggunakan Alat Pemadam Api
Jenis Foam, Pasir, Debu Kering, Gas Atau Menggunakan Kain Basah.

III. Menyejukkan (Cooling)

Bahan Yang Mula Mengeluarkan Wap Atau Gas Terbakar Apabila Mencapai
Takat Sambaran , Oleh Itu Proses Penyejukan Ini Adalah Untuk Mempercepatkan
Penurunan Suhu Kebakaran Supaya Lebih Rendah Dari Takat Sambaran.
Ini Akan Menyebabkan Proses Pemeluwapan Dapat Diberhentikan Dan
Kebakaran Terpadam. Kaedah Ini Dapat Dilakukan Melalui Semburan Atau
Menggunakan Gas Karbon Dioksida Atau Contoh Yang Mudahnya Mengeluarkan
Tabung Gas Yang Terbakar Dan Menyimbah Air.

3. Jenis-Jenis Api Kebakaran

Jenis-Jenis Api Kebakaran Adalah Bergantung Kepada Jenis Bahan Yang


Menyebabkan Kebakaran Tersebut Berlaku Sama Ada Bentuk Pepejal, Cecair, Atau
Gas. Ia Juga Bergantung Kepada Alat Pemadam Api Yang Sesuai
Digunakan.Antaranya;

I. Api Jenis A

Kebakaran Yang Melibatkan Bahan Pepejal Yang Mana Akan Mengeluarkan


Wap/Gas Pada Takat Sambaran Seperti Kayu, Kertas, Kain, Sampah Sarap Dan
Sebagainya.

II. Api Jenis B

Kebakaran Yang Melibatkan Bahan- Bahan Cecair Hidrokarbon Seperti


Minyak \Petrol,Gasoline , Kerosin,Aptha, Fither,Disel Minyak Pelincir Dan Minyak
Masak.
Ia Juga Termasuk Bahan Penyuling Petroleum Seperti Cat,Varnish Dan
Turpentine,Turut
Juga Terlibat Ialah Bahan Pepejal Yang Bertukar Menjadi Cair Seperti Getah ,
Plastik Dan Nylon.

III. Api Jenis C

Kebakaran Yang Melibatkan Semua Jenis Gas Pembakar Di Mana Bila Bercampur
Dengan Oksigen Hanya Memerlukan Percikan Api Saja Untuk Menyala Dan Berlaku
Sangat Pantas Serta Boleh Mengakibatkan Letupan. Ia Termasuk
Gas Methane,Propane,Butane Haidrojan,Ammonia,Acetylene Dan Karbon Dioksida.
Kelas Ini Juga Melibatkan Kebakaran Yang Disebabkan Kebocoran Arus Elektrik
Atau Litar Pintas Di Mana Menghasilkan Percikan Bunga Api Dan Membakar
Bahan Yang Ada.

IV. Api Jenis D

Kebakaran Yang Melibatkan Bahan – Bahan Kimia Seperti Logam Yang Mudah
Terbakar , Potassium,Sodium Calcium Dan Magnesium.Logam Potassium Dan Sodium
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 6
MC-024-3:2012-C01/P(3/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 11
Akan Terbakar Dengan Sepontan Apabila Terdedah Pada Udara Dengan Pantas
Hingga Mengeluarkan Bunyi Letupan.

Logam kalsium dan magnesium memerlukan sedikit haba untuk memulakan


kebakaran. apabila terbakar ia berlaku dengan pantas dan mengeluarkan haba yang
panas

4. JENIS – JENIS ALAT PEMADAM API DAN CARA MENGGUNAKAN

a. Pemadam api jenis Air

Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :-


b. Jenis Kartus ( Cartridge )
c. Jenis Tekanan simpan ( store Pressure )

Kedua – dua tabung tersebut berwarna merah, mempunyai berat 10kg dengan jarak
semburan sejauh 4 meter .Bahagian dalam tabung di isi dengan air yang bercampur
dengan sodium Nitrat bagi mengelakkan pengaratan dan pembekuan.

Tabung jenis kartus ,mempunyai satu lagi tabung kaca khas yang mengandungi
tekanan gas mampat karbon dioksida. Apabila tabung kaca tersebut dipecahkan oleh
plunger, gas tersebut akan keluar dan menolak air untuk di sembur keluar .
Jenis tekanan simpan pula,air akan dimasukkan bersama tekanan udara mampat dan
dikawal oleh satu injap bagi menyembur udara keluar.

Cara menggunakannya ialah dengan menghentak bahagian atas plunger dan


menghalakan nozzel ke arah kebakaran hingga air habis . Jenis ini amat sesuai untuk
api kelas A sahaja.

Rajah 3. Jenis alat pemadam api air

Cara menggunakannya
1. Cabut pin penutup
2. Halakan muncung ke pangkal api
3. Hampiri kebakaran
4. Tekan tuil

Kelas A Jenis Air Kartus untuk kebakaran kayu, tilam, kain, kertas dan perabot.
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 7
MC-024-3:2012-C01/P(3/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 11
b. Pemadam Api Jenis Buih (Foam)

Silindernya berwarna kuning krim, dengan muatan berat 10kg. Jarak semburan
antara 4-5 meter. Mengandungi dua bahagian di mana tabur luar diisi dengan
campuran 8% Sodium Bikar-bonate dan Stabalizer. Stabalizer terdiri dari
Saponis (serbuk tulang) atau Turkey Oil dan darah (3%)
Manakala tabung dalam pula mengandungi 13% Alluminium sulfik . Cara
menggunakan ialah dengan menarik Plunger, lalu terbalikkan tabung dan
menghala ke arah kebakaran hingga habis.
Apabila aluminium sulfik dan larutan sodium karbonate bercampur akan
berlakunya tindakan kimia dan mengujudkan semburan buih. Api kebakaran
akan dipadamkan secara menyelimut. Ia amat sesuai untuk api

Rajah 4. Pemadam api jenis buih


Kelas B.
Cara menggunakannya
1. Goncangkan
2. Tarik tuil dan pusingkan ke kanan
3. Terbalikkan tabung
4. Halakan muncung ke pangkal api
5. Hampiri kebakaran

Kelas B Jenis buih untuk kebakaran cecair petrol, minyak, cat dan varnis.
c. Pemadam Api Jenis Carbon Dioxide (Co2)

Tabungnya berwarna hitam dengan berbagai-bagai saiz. Gas Carbon dioxide


dimampatkan pada suhu 744 psi. Mempunyai salur getah dan serombong
supaya semburan dapat dihalakan dengan tepat ke arah kebakaran. Cara
menggunakan ialah menanggalkan pin keselamatan, menekan tuas penekan
dan halakan pada api. Jika api telah padam semburan boleh dihentikan dan
digunakan pada masa yang lain. Kebakaran dipadamkan secara menyelimuti
dan menyejukkan. Amat sesuai untuk api kelas B dan C.
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 8
MC-024-3:2012-C01/P(3/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 11

Rajah 5. Pemadam api jenis Co2

Cara menggunakannya (A) Cara menggunakannya (B)


1.Cabut pin keselamatan 1.Cabut pin keselamatan
2. Halakan corong ke pangkal tepi 2.Halakan corong ke pangkal tepi
3.Hampari kebakaran 3.Hampiri kebakaran
4.tekan tuil 4.Halakan muncung ke pangkal api
5.Tekan tuil

Kelas C jenis Karbon Dioksida untuk kebakaran elektrik jentera, papan suis
transformer, jentera dan pendingin udara.

d. Pemadam Api Jenis Debu Kering ( Dry Chemical Power )

Jenis ini juga terbahagi kepada Dua jenis iaitu :-


1. Jenis Kartus ( Cartridge )
2. Jenis Tekanan simpan ( Store Pressure )

Silindernya berwarna Biru Muda, Terdapat berbagai-bagai saiz. Bagi saiz 10kg
ia mempunyai jarak pancutan 4 hingga 6 meter.

Di dalam tabung di masukkan debu kering dan tekanan udara mampat. Debu
kering pula adalah terdiri dari 97% sodium Bicarbonate 11/2 % Magnesium
Stearate 1% Magnesium Carbanate dan ½% Tricalcium Phosphate. Semasa
menggunakannya pastikan kedudukan menyembur berada di atas angin. Cara
menggunakannya ialah diatas angin menggunakannya ialah dengan menghala
ke arah kebakaran dan menekan plunger. Gas akan terbocor dan memaksa
debu kering melalui nozzle.

Alat ini memadam api secara menyelimut dan melemaskan dapat memadamkan
semua jenis kelas api .Untuk api kelas D ia menggunakan debu kering jenis
Tenery Eutectic Chloride ( T. E.C. ).
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 9
MC-024-3:2012-C01/P(3/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 11

Rajah 6. Pemadam api jenis debu kering

Rajah 8. Alat pemadam api


ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 10
MC-024-3:2012-C01/P(3/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 11

Rajah 9. Jadual alat pemadam api

6. KESAN – KESAN KEBAKARAN

Ini merupakan sesuatu perkara yang dialami oleh mangsa kebakaran atau
saudara mangsa akibat kebakaran. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa
perkara seperti :-

1. Kesan kepada individu

a) Nyawa
Boleh mengorbankan berpuluh-puluh nyawa manusia yang sangat menyeksa
dari semua peringkat, sama ada dari anggota keluarga atau sanak saudara atau
pun orang terpenting tempat bergantung hidup.

b) Anggota Tubuh
Mendatangkan kesakitan yang perit serta menyeksa dalam masa yang lama.
Anggota yang terbakar biasanya meninggalkan parut yang buruk atau terus
cacat.

c) Mental
Ini melibatkan perasaan jiwa seperti akibat kehilangan orang yang disayangi,
kesakitan yang dialami, dan kecacatan yang didapati. Semua perkara ini boleh
meninggalkan kesan gangguan fikiran kepada mereka yang terlibat.
Si mangsa akan terus terpencil atau dipencil oleh masyarakat dan sesetengah
dari mereka akan terus menjadi gila.

2. Kesan-kesan ke atas Harta benda

a. Kemusnahan tempat tinggal, pakaian, kenderaan, kelengkapan rumah,


barang-barang kemas, buku-buku, surat atau dokumen penting seperti sijil-
sijil, geran-geran tanah, surat-surat jual-beli dan lain-lain lagi.
ID5UNIT KOMPETENSI / Muka / Page: 11
MC-024-3:2012-C01/P(3/42)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 11
Kehilangan benda-benda ini amat sukar untuk mendapatkan kembali.
Sesetengah benda tersebut memerlukan jumlah wang yang besar atau akan
meninggalkan hutang yang belum berbayar.
b. berkemurahan binatang pemeliharaan, pukat dan sampan, sawah ladang
terutama yang sedang mengeluarkan hasil,kedai runcit dan kilang tempat
bekerja. Semua perkara – perkara ini adalah merupakan mata pencarian
bagi menyara kehidupan keluarga.

3. Kesan Kepada Masyarakat

a. Mangsa kebakaran terpaksa menumpang hidup kepada kawan – kawan atau


saudara mara. Ini akan membebankan mereka yang tak terlibat terutama jika
mereka juga turut susah.

b. Kehilangan mata pencarian memungkinkan si mangsa terpaksa berhutang yang


mana menambahkan lagi kesusahan yang telah ada serta dihina oleh
segulungan kumpulan dalam masyarakat yang boleh menyebabkan
pergaduhan.

c. Akibat pengangguran yang lama boleh mengujudkan berbagai kegiatan jenayah


seperti kecurian, penipuan, rompakan dan kegiatan pengedaran dadah bagi
mendapatkan pendapatan yang lumayan.

Semua perkara di atas akan menambah beban kerajaan dan menjadikan


masyarakat di dalam kucar kacir dan kehidupan tidak selamat. Ini akan
memakan masa dan belanja untuk memulihkannya kembali.

SOALAN-SOALAN

1. Sebutkan dua faktor terpenting yang mempengaruhi kemerebakan api?

2. Berikan satu contoh kebakaran yang dan tidak dapat dipadamkan melainkan
ianya akan padam dengan sendirinya?

3. Mengapakah pemadam api jenis Halon dikatakan paling sesuai digunakan pada
kebakaran akibat Elektrik?

RUJUKAN : - Larry Jeffus, Welding Principles and Applications (Third Edition).


- Pengurusan Keselamatan Kebakaran disediakan oleh Jabatan Bomba
Dan
Penyelamat Malaysia
- ukm

Anda mungkin juga menyukai