Anda di halaman 1dari 24

INTRA INTERNATIONAL COLLEGE

NO. 21 & 23, JALAN IDRIS,


PEKAN KUALA SELANGOR,
45000 KUALA SELANGOR,

SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA PUSAT


L01031 INTRA INTERNATIONAL COLLEGE
BERTAULIAH
F432-007-3:2020 HEATING, VENTILATION, AIR-
KOD DAN NAMA
CONDITIONING (HVAC) SINGLE PHASE INSTALLATION
PROGRAM
AND MAINTENANCE
TAHAP 3
KOD DAN TAJUK UNIT F432-007-3:2020-C03 SINGLE PHASE AIR-
KOMPETENSI CONDITIONING EQUIPMENT INSTALLATION
1. PERFORM FITTING WORKS
2. INSTALL MOUNTING BRACKET/PLATE
3. DRILL PIPING HOLE
4. INSTALL PIPING SYSTEM
5. INSTALL INDOOR UNIT
NO. DAN PENYATAAN 6. INSTALL OUTDOOR UNIT
AKTIVITI KERJA 7. INSTALL WIRING SYSTEM
8. VACUUM PIPING SYSTEM
9. PERFORM LEAK TEST
10. CHARGE REFRIGERANT
11. RECORD AIR CONDITIONING MAINTENANCE
ACTIVITIES

NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 1/24

TAJUK:
REKOD KERJA PEMASANGAN PERALATAN PENYAMAN UDARA

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang keselamatan semasa hendak melakukan kerja, keselamatan yang
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 2/24
dikeluarkan oleh pihak pengeluar semasa melakukan kerja dan rekod kerja pemasangan
unit penyaman udara.

PENERANGAN:
Keselamatan semasa melakukan sesuatu kerja adalah sangat penting supaya pekerja tidak
mengalami kemalangan atau kecederaan.

1) KESELAMATAN AM

1.1) Peraturan semasa bekerja


a) Gunakan mesin yang berada dalam keadaan baik.
b) Amalkan budaya penggunaan peralatan keselamatan secara maksimum.
c) Pastikan tiada pembaziran dalam penggunaan bahan.
d) Pastikan ruang kerja lapang agar tidak menganggu / membahayakan.
e) Gunakan peralatan yang betul dan tepat.

1.2) Akta dan Undang-Undang


a) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 (Akta 514)
b) Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139) dan perturan di bawahnya
c) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)
d) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452)
e) Akta Pekerjaan 1955 (Akta 265)
f) Akta Petroleum (langkah-langkah) 1984 (Akta 302)
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 3/24

2) KESELAMATAN INDUSTRI

2.1) Pengenalan kepada keselamatan industri


a) Setiap manusia perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan sebelum,
semasa dan selepas melakukan sesuatu kerja. Keselamatan boleh ditakrifkan
sebagai:
i. Keselamatan ialah sikap dan kesedaran seseorang terhadap tindakannya
dan persekitarannya pada setiap saat setiap hari sepanjang usianya.
ii. Keselamatan ialah peka terhadap apa yang berlaku, apa yang boleh
mendatangkan kecederaan atau kemalangan, tahu apa yang boleh dibuat
untuk menghalangnya serta bertindak mengatasinya.

2.2) Pengertian Safety


b) S – Search all Hazard at Workplace.
c) A – Assess and anticipate their potential risks.
a) F – Find their solution or countermeasure.
b) E – Execute occording to their importance. (Risk Control)
c) T – Take part in safety activities
d) Y – Yearn for the commitments all the existing procedures

2.3) Takrifan Safety


a) HAZARD - Apa-apa yang boleh menyebabkan kecederaan
b) DANGER - Terdedah kepada HAZARD
c) RISK - Hanya wujud sekiranya ada HAZARD
d) RISK CONTROL - Pengawalan risiko yang boleh mendedahkan seseorang
kepada hazard.
e) ACCIDENT - Sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada manusia dan harta
atau peralatan/mesin.
f) INCIDENT - Sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada harta atau
peralatan/mesin.
g) NEAR MISS - Kemalangan yang nyaris terjadi.
h) OCCUPATIONAL DISEASE/POISONING - Penyakit yang disebabkan oleh
industri/keracunan yang disebabkan industri
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 4/24
2.4) Keselamatan Elektrikal
a) Keselamatan peralatan elektrikal perlu mengikut peraturan yang dikeluarkan
oleh Suruhanjaya Tenaga atau IEE.
b) Pastikan kabel yang digunakan mempunyai penebat.
c) Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar.
d) Menggunakan kasut yang berlapik dan bergetah.
e) Setiap peralatan mestilah dipasangkan dengan wayar bumi.
f) Pastikan jumlah arus elektrik yang digunakan oleh sesuatu beban tidak
melebihi dari kadar fius yang digunakan. Contoh: jika punca bekalan ialah
15amp, jangan digunakan beban 20 amp.

2.5) Keselamatan Bengkel


a) Patuhi tanda, poster, amaran dan arahan keselamatan yang ada.
b) Bersihkan laluan keselamatan gangway / catwalk / run away dari sebarang
halangan dan tompokan minyak.
c) Bersihkan kawasan dan meja kerja dari sebarang tumpahan minyak dan sisa
kerja.
d) Pastikan adanya 2 atau lebih pintu keluar yang bersambung dengan
gangway/catwalk/run away dan tiada sebarang tumpahan minyak dan
halangan di situ.
e) Tong-tong minyak dan silinder-silinder gas hendaklah ditempatkan di lokasi
yang teduh dan berasingan dari bahan yang mudah terbakar serta mempunyai
pengudaraan yang baik.
f) Pastikan bahan-bahan seperti logam dan bukan logam disimpan di rak
bertingkat atau tempat penyimpanan yang sesuai. Jarak 18 inci antara mesin
dengan mesin yang lain serta dinding dan antara laluan gangway dan meja
kerja hendaklah diwujudkan
g) Hendaklah dipastikan adanya pengudaraan yang baik dan keamatan cahaya
yang tinggi di dalam bengkel.
h) Lantai bengkel hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, bebas dari
tompokan minyak dan alatan. Mesin dan meja kerja serta peralatan hendaklah
disusun atur dengan kemas.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 5/24
2.6) Keselamatan Mesin Dan Peralatan
a) Mesin dan alat-alat hendaklah disusun pada tempat yang telah disediakan dan
hendaklah dipasang di tempat teguh.
b) Pastikan mesin mempunyai suis Start, Stop, Emergency serta Pedal Brek
(mesin tertentu).
c) Tutup suis mesin setelah digunakan.
d) Tutup isolator switch setelah butang suis stop mesin ditekan.
e) Patuhi penggunaan pagar keselamatan pada bahagian mesin yang berputar
dan penutup tali sawat.
f) Setiap mesin hendaklah ditampal dengan helaian S.O.P (prosedur operasi
yang selamat) dan S.O.P tersebut perlu dipatuhi.
g) Penyelenggaraan mesin hanya boleh dilakukan oleh mereka yang kompeten
sahaja.
h) Beritahu ketua / pegawai penjaga sekiranya terdapat mesin yang rosak.
i) Ketua/pegawai hendaklah memberi sesuatu tugasan kepada pekerja
hendaklah mengikut kesesuaian tahap kemahiran serta pengetahuan dan
faktor usia.
j) Peralatan hendaklah digunakan dengan cara dan teknik yang betul.
k) Alatan tangan hendaklah disusun dan disimpan di dalam tool box, beg canvas
atau kabinet apabila tidak digunakan.

2.7) Keselamatan Diri Di Bengkel & Site


a) Patuhi tanda, simbol, amaran dan arahan keselamatan semasa bekerja.
b) Persediaan sewaktu bekerja seperti pengetahuan tentang kerja, persekitaran
kerja, penumpuan kepada kerja dan kesihatan diri.
c) Pakai pakaian dan alatan keselamatan (PPE-Personal Protective Equipment)
yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.
d) Buat kerja mengikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan sama ada di
tempat terbuka atau confined space.
e) Kerja di tempat terbuka ialah seperti di dalam bengkel, tapak pembinaan,
kawasan industri confined space adalah seperti cold storage room, terowong
bawah tanah, laluan kabel dan sebagainya.
f) Dapatkan kebenaran dari site supervisor dan terlatih jika ingin bekerja di
confined space.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 6/24

3) KESELAMATAN SEMASA KERJA PEMASANGAN UNIT PENYAMAN UDARA

3.1) Langkah-Langkah Keselamatan (Amaran Elektrikal)


a) Pemasangan dan penyelenggaraan perlu dilakukan oleh individu yang layak
dan biasa dengan kod dan peraturan tempatan serta berpengalaman dengan
jenis perkakas ini.
b) Semua pendawaian medan mesti dipasang mengikut peraturan pendawaian
kebangsaan.
c) Pastikan voltan berkadar bagi unit sepadan dengan plat nama sebelum
memulakan kerja pendawaian mengikut gambar rajah pendawaian.
d) Unit mesti DIBUMIKAN untuk mengelakkan bahaya yang mungkin disebabkan
oleh kegagalan penebat.
e) Semua pendawaian elektrik tidak boleh bersentuh dengan paip air atau mana-
mana bahagian motor kipas bergerak.
f) Sahkan bahawa unit telah DIMATIKAN sebelum memasang atau
menyelenggara.
g) Putuskan sambungan bekalan kuasa utama sebelum memasang atau
menyelenggara unit.
h) JANGAN tarik kord kuasa apabila kuasa HIDUP. Hal ini mungkin
menyebabkan kejutan elektrik yang serius yang boleh mengakibatkan bahaya
kebakaran.
i) Pastikan unit dalam, unit luar, kabel kuasa dan pendawaian berada sekurang-
kurangnya 1m dari TV atau radio untuk mengelakkan gambar herot-berot dan
static (bergantung pada jenis dan sumber gelombang elektrik, static boleh
didengari walaupon berada lebih jauh daripada 1m).

3.2) Langkah-Langkah Keselamatan (Amaran Kebakaran)


a) Jangan gunakan cara mempercepatkan proses penyahfrosan atau untuk
membersih selain daripada apa yang disyorkan oleh pengilang. Perkakas
hendaklah disimpan di dalam bilik tanpa pengendalian sumber nyalaan secara
berterusan (contohnya: kebakaran terbuka, pengendalian perkakas gas atau
pengendalian pemanas elektrik). Jangan tebuk atau bakar apa-apa. Ambil
perhatian bahawa bahan penyejuk mungkin tidak berbau. Perkakas hendaklah
dipasang, dikendalikan dan disimpan di dalam bilik dengan kawasan lantai
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 7/24
yang lebih besar daripada Xm2 (nota: pengilang mungkin memberikan contoh
lain yang sesuai atau mungkin memberikan maklumat tambahan mengenai
bau bahan penyejuk.

3.3) Langkah-Langkah Keselamatan (Semasa Pemasangan Unit)


a) Jangan pasangkan unit di tempat yang boleh berlaku kebocoran gas mudah
terbakar.
b) Jka gas bocor dan terkumpul di sekeliling unit, ia boleh menyebabkan nyalaan
api.
c) Pastikan paip saliran disambung dengan betul.
d) Jika paip saliran tidak disambungkan dengan betul, ia mungkin menyebabkan
kebocoran air yang boleh merosakkan peralatan lain.
e) Jangan cas unit terlalu lama. Unit ini sudah dicas di kilang. Cas terlalu lama
akan menyebabkan arus berlebihan atau kerosakan pada pemampat.
f) Pastikan panel unit ditutup selepas penyelenggaraan atau pemasangan.
Panel yang tidak ditutup akan menyebabkan bunyi bising semasa unit
dikendalikan.
g) Bahagian tepi yang tajam pada permukaan gegelung berpotensi
menyebabkan bahaya kecederaan - elakkan daripada bersentuhan dengan
tempat-tempat tersebut.
h) Sebelum mematikan bekalan kuasa, tutupkan suis HIDUP/MATI (ON/OFF)
alat kawalan jauh kepada kedudukan “MATI” (OFF) untuk mengelakkan
gangguan yang terhasil daripada unit. Jika ini tidak dilakukan, kipas unit akan
mula berputar secara automatik apabila kuasa disambungkan semula dan
menimbulkan bahaya terhadap juruservis atau pengguna.
i) Jangan pasang unit pada atau berhampiran dengan muka pintu.
j) Jangan kendalikan apa-apa radas pemanas terlalu hampir dengan unit
penyaman udara atau menggunakannya di dalam bilik yang terdapat banyak
mineral, wap minyak atau stim minyak, ini boleh menyebabkan bahagian
plastik cair atau berubah bentuk akibat haba berlebihan atau tindak balas
kimia.
k) Apabila unit ini digunakan di dapur, jauhkan tepung agar tidak tersedut ke
dalam unit
l) Unit ini tidak sesuai digunakan dikilang kerana terdapat wap minyak
pemotongan atau serbuk besi atau voltan yang sentiasa berubah-ubah.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 8/24
m) Jangan pasang unit di kawasan mata air panas atau loji penapis minyak yang
terdapat gas sulfida.
n) Pastikan warna kabel unit luar dan penandaan terminal sama dengan
bahagian dalaman masing-masing.
o) Penting: jangan pasang atau guna unit penyaman udara di dalam bilik lobi.
p) Jangan gunakan kabel yang bersambung atau berbelit untuk bekalan kuasa
yang masuk.
q) Peralatan ini bukan untuk digunakan dalam persekitaran yang berpotensi
meledak.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 9/24

4) PROSES KERJA, PERALATAN DAN KELENGKAPAN KERJA PEMASANGAN


UNIT PENYAMAN UDARA

4.1) Proses Kerja Pemasangan Unit Penyaman Udara


Dalam proses pemasangan unit penyaman udara, kerja-kerja haruslah
dilakukan dengan tepat, teliti dan kemas. Bermula dari kerja-kerja menebuk
sehinggalah serahan kepada pengguna, seseorang juruteknik haruslah
berusaha untuk menghasilkan kerja pemasangan yang terbaik. Proses kerja
pemasangan unit penyaman udara adalah seperti dalam Rajah 1 berikut:

Mula

Anggaran Beban
Menentu saiz unit Penyejukan
penyaman udara yang
diperlukan berdasarkan Pemilihan Unit Penyaman
luas bilik berkenaan Udara
Menentu jenis dan
bentuk penyaman udara
Pemilihan Lokasi yang diperlukan
Menentu kedudukan
penyaman udara yang
harus dipasang dengan Pemasangan Pendakap
mengambil kira semua (bracket)
faktor
Menentu jenis bracket
Pemasangan Unit yang perlu digunakan
Penyaman Udara

Ujian pemasangan
Memahami konsep
pemasangan yang betul
mengikut jenis-jenis
penyaman udara Serahan kepada
pengguna
Memahami kaedah
pengujian keatas
Tamat pemasangan supaya
pemasangan itu
mempunyai jangka
hayat yang lama.

Rajah 1: Carta Alir Bagi Kerja-Kerja Pemasangan Unit Penyaman Udara


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 10/24
4.2) Senarai Peralatan Dan Kelengkapan Kerja Pemasangan Unit Penyaman Udara
Alat yang berkualiti tinggi sangat mustahak untuk memberikan kualiti kerja yang
baik. Dengan menggunakan alat yang betul dalam kerja pemasangan, ia boleh
mempengaruhi kualiti output kerja serta keselamatan kakitangan. Penggunaan
alat berkualiti ialah suatu keharusan bagi juruteknik yang berwibawa untuk
menjamin kualiti pekerjaan dan mengurangkan risiko pekerjaan. Antara
peralatan dan kelengkapan yang perlu dalam kerja-kerja pemasangan unit
penyaman udara adalah seperti dalam jadual berikut:

Jadual 1: Senarai Peralatan Untuk Kerja-Kerja Pemasanagan Unit


Penyaman Udara
No. Peralatan dan Kelengkapan
1) Hammer drill
2) Cordless drill
3) Water level
4) Screwdriver
5) Testpen
6) Multimeter
7) Wire cramping tools
8) Wire cutter
9) Combination spanner
10) Adjustable spanner
11) Measuring tape
12) Vacuum pump
13) Micron gauge
14) Manifold gauge (2 way / 4 way)
15) Tube bender
16) Safety valve adapter
17) Clamp on meter witk hertz
18) Thermometer
19) Flaring tools
20) Deburring tools
21) Tourque wrench
22) Allen keys set
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 11/24
23) Mega tester
24) Drainage pump

4.3) Senarai Bahan Kerja Pemasangan Unit Penyaman Udara


Antara bahan kerja yang perlu dalam pemasangan unit penyaman udara adalah
seperti dalam jadual berikut:

Jadual 2: Senarai Bahan Yang Digunakan Bagi Kerja-Kerja Pemasangan


Unit Penyaman Udara
No. Bahan
1) Wall plug
2) Wire 2.5mm
3) Cable lug
4) Drainage pipe
5) Nitrogen
6) Cooper tube
7) Refrigerant pipe insulation
8) Refrigerant (R410A, R32)
9) PVC tape
10) Spray leak detector
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 12/24

5) REKOD PEMASANGAN UNIT PENYAMAN UDARA

5.1) Pemeriksaan Sebelum Pengujian Operasi


a) Pemeriksaan dibuat mengikut item dalam check sheet dan rekod hasil
pemeriksaan disimpan.

i. Check sheet
Model
Siri nombor

Operasi yang betul Penilaian


1. Adakah sistem berfungsi semasa ditetapkan
dalam mod kipas?
2. Adakah kipas pemampat unit luar berfungsi
semasa dalam mod penyejukan / pemanasan
3. Adakah tekanan operasi ditetapkan ketahap
yang betul?(lihat catatan 3)
4. Kipas : mod tinggi
Adakah perbezaan antara penyejukan :
suhu udara singkiran dan 8 ~ 18⁰c
5. suhu udara sedutan adlah Pemanasan :
tepat? 14 ~ 30⁰c

6. Adakah nilai semasa ditetapkan dengan betul


mengikut spesifikasi?
7. Adakah terdapat kebocoran pada sambungan
pengembangan atau penyambungan

Catatan
● Untuk operasi ujian, ada yang dilakukan dalam mod tertentu berikutan
suhu di luar yang tinggi. Model unit haruslah diperiksa dengan data ujian
yang disediakan oleh pengeluar.
● Kendalikan unit dalam satu persatu untuk memastikan unit luar sesuai
untuk beroperasi dengan betul.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 13/24
● Panduan tekanan operasi

ii. Periksa sewaktu unit beroperasi

Item yang perlu diperiksa


No Keputusan Nama Periksa Nama
(paip penyejukan)

Adakah litar elektrik utama


dan voltan pendawaian
1.
tranmision ditetapkan
seperti yang dinyatakan?
Adakah putaran bilah
2. kipasa dalam keadaan
yang normal?
Outdoor Adakah kipas
unit 3. menyebabkan bunyxi
bising dan juga getaran?

Adakah pemampat
4.
berfungsi?

Adakah pemampat
5. beroperasi dengan bunyi
yang normal?
Adakah operasi dan
1. pengoperasian swing
Indoor normal?
unit
Adakah perbezaan antara
2.
suhu udara sedutan dan
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 14/24
suhu udara singkiran
berada dalam lingkungan 8
hingga 18⁰c?

Adakah terdapat bocoran


3.
air pada panel luaran?

Adakah lampu LED


memaparkan dan
4.
beroperasi mengikut
arahan kawalan?
Adakah sistem individu
beroperasi megikut arahan
5.
kawalan berpusat dan
kawalan lain?
Adakah mekanisma
6. pengaliran dalam keadaan
normal?
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 15/24
iii. Senarai semak pemasangan dan pengujian operasi yang dikeluarkan
oleh pihak pengeluar

Rajah 2: Perkara Yang Perlu Disemak Selepas Siap Kerja-Kerja Pemasangan


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 16/24
iv. Contoh senarai semak sebelum kerja-kerja penyerahan dan pengujian
pada sistem dilakukan
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 17/24
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 18/24

Rajah 3: Senarai Semak Sebelum Kerja-Kerja Pengujian Dilakukan


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 19/24
5.2) Penyerahan Kepada Pelanggan
a) Beri penjelasan yang mencukupi untuk item berikut dan dapatkan pemahaman
daripada pelanggan
i. Jelaskan prosedur operasi kepada pelanggan

b) Berikan penjelasan mengikut manual operasi yang diberikan bersama produk.


i. Berikan maklumat mengenai pengurusan penyelenggaraan kepada
pelanggan
ii. Arahan operasi unit

c) Melakukan pentauliahan bersama pelanggan


i. Ada pelanggan tidak berpuas hati dengan hanya pemasangan unit
penyaman udara, oleh itu adalah perlu untuk anda menjelaskan perkara-
perkara berikut berdasarkan manual operasi bagi setiap peralatan yang
digunakan.
● Operasi yang betul
● Kecekapan operasi
● Penyelenggaraan
● Perkhidmatan selepas jualan

5.3) Pengukuran Item


a) Pemeriksaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya bagi perkara berikut:
i. Voltan dan arus larian
ii. Tekanan
● Tekanan rendah
● Tekanan tinggi (optional)

iii. Suhu (Rujuk Rajah 4 dan 5)


● Suhu udara singkiran pada pemeluwap dan penyejat
● Suhu udara sedutan pada pemeluwap dan penyejat
● Suhu tekanan singkiran
● Suhu tekanan sedutan
● Suhu cecair sebelum epansion valve
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 20/24

Rajah 4: Tempat Pengukuran Sistem Penyaman Udara


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 21/24
Operation Data Measurement Sheet
Indoor-unit Outdoor-unit
Model name
Serial number

Voltage : When not operated : V


When operating : V
During the voltage drop : V No 1 No 2 No 3 No 4
Insulation resistance : MΩ

Current (Maximum) A
Compressor Frequency Hz
When Not
Saturated Mpa
Operating
Pressure p.s.i.g
When Operating
When Not
Saturated
Operating ̊C
Tempreture
When Operating
Discharge Pipe Tempreture ̊C
Inlet Of Expansion Valve
Outdoor ̊C
Tempreture
unit
Compressor Suction Pipe
̊C
Tempreture
Superheat ̊K
Outdoor Air Tempreture ̊C
Suction Air Tempreture ̊C
Discharge Air Tempreture ̊C
Suction Air Temp. – Outdoor Air
K
Temp.
Discharge Air Temp. – Suction
K
Air Temp.
Indoor Suction Air Tempreture ̊C
unit Discharge Air Tempreture ̊C
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 22/24
Suction Air Temp. - Discharge
K
Air Temp.
Rajah 5: Jadual Rekod Data Tahap Keupayaan Unit Selepas Pemasangan Unit
Penyaman Udara
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 23/24

SOALAN:
1. Berikan 2 akta yang berkaitan dalam kerja-kerja pemasangan.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2. Nyatakan dua (2) peraturan semasa melakukan kerja.


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

3. Nyatakan dua (2) langkah-langkah keselamatan elektrikal semasa membuat


pemasangan penyaman udara.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

4. Nyatakan dua (2) langkah-langkah keselamatan kebakaran semasa membuat


pemasangan penyaman udara.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

5. Nyatakan dua (2) langkah-langkah keselamatan semasa pemasangan penyaman


udara.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(11/11) Muka Surat: 24/24

RUJUKAN:
1. (1967) Akta Kilang Dan Jentera ( Akta 139).
2. 1994 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Perkerjaan (Akta 514)
3. 1967 Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Kilang Dan Jentera
( Akta 139).
4. 1994 Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan
Perkerjaan (Akta 514)
5. RA Installation and Service Training for Department of Malaysia Authorised
Training Center Daikin Industries Ltd.
6. Inverter Wall Mounted Split Type Air Conditioner Intallation Manual (Q Series)
Daikin Malaysia Sdn. Bhd.
7. Kertas penerangan C05 – pemasangan dan penyelenggaraan unit penyaman
udara jenis pisah 1 fasa
8. https://dxseng.com/wp-content/uploads/2018/07/VRV-Pre-Commissioning-
Checklist_DXS.pdf
9. https://www.manualslib.com/manual/626733/Daikin-
Ft18hev1k.html?page=25#manual

Anda mungkin juga menyukai