Anda di halaman 1dari 17

BAHAGIAN PENDIDIKAN LATIHAN DAN TEKNIKAL

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA
NOTA KULIAH 4
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK
KOD/KURSUS DEB4043_SYSTEM INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING
KOMPETENSI K4 - PERFORM ON-SITE SAFETY TESTING

4.1 Identify integrity and reliability of safety sensors systems


4.2 Identify integrity and reliability of control system
4.3 Identify integrity of safety structures
KOMPETENSI UNIT
4.4 Perform display safety operating procedures
4.5 Identify equipment authorize to confirm safety regulations
4.6 Identify file and safety documentation

Trainee must be able to:


1. Demonstrate the installation and troubleshooting of system based on
specific requirement or problem. (C3,PLO3)
KOMPETENSI 2. Conduct the installation and troubleshooting of system according to
PEMBELAJARAN
standard operating procedures. (P4,PLO2)
3. Prepare pre-installation check requirement according to standard
operating procedures. (A4,PLO8)

NO KOD DEB4043/K04/NK04-08 MUKA : 01 DARIPADA 17


NAMA PELAJAR

1
4.1 Identify integrity and reliability of safety sensors systems.

Keselamatan di tapak bina

 Faktor keselamatan adalah sesuatu perkara yang sentiasa diambil berat. Ini adalah
untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan samada kepada pekerja ditapak
binaan atau orang yang terlibat.Dengan adanya penjagaan ini, perkara yang tidak
diingini dapat dielakkan.
 Keselamatan ditapak boleh didefinasikan sebagai penjagaan ditapak bina dari segi
perkara bahaya. Ini bermaksud dengan mengadakan keadaan persekitaran tapak
bina yang selamat dan selesa kepada mereka yang terlibat. Oleh itu langkah yang
perlu diambil adalah memakai kasut keselamatan semasa bekerja disamping
memastikan tapak bina sentiasa bersih.

4.1.1 Tugas pegawai keselamatan

1. Memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak bina


2. Membetulkan mana-mana amalan tidak selamat
3. Memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan pematuhan Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jenteta 1967
4. Berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor berkenaan keselamatan
bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor
5. Langkah-Langkah Keselamatan Di Tapak Bina.

i. Memakai topi keselamatan untuk mengelakkan objek yang terjatuh terkena kepala.
ii. Para kontraktor hendaklah memberi peringatan mengenai keselamatan di tapak
mengenai langkah keselamatan kepadapekerja.
iii. Penyelia tapak perlu memastikan keadaan sekitar tapak bina dan pekerja adalah
selamat tanpa berlaku sebarang kemalangan.
iv. Memakai tali pinggang keselamatan semasa bekerja di tempat yang lebih tinggi.
v. Memakai jaring keselamatan bagi tapak bina yang berada di tepi jalan raya untuk
mengelakkan sebarang objek jatuh dimana YANG boleh mencederakan para pekerja
dan orang ramai.
vi. Mengelakkan dari berlakunya kemalangan kepada orang awam.

FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

1.Membantu dalam menyediakan sistem / prosedur kerja selamat


- SOP setiap proses/aktiviti
- Pemilihan PPE
- Permit kerja untuk sub kontraktor

2. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian


merbahaya dan keracunan / penyakitpekerjaan dari segi :
- Masa kemalangan
- Punca / sebab kemalangan
- Jumlah kemalangan

2
SENSOR AND CONTROL / PENGESAN DAN KAWALAN

Di dalam setiap bengkel mestilah mempunyai alat kawalan dan pengesan untuk
keselamatan bilik tersebut.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab haruslah peka dengan keselamatan


bangunan yang baru ditubuhkan.

Ini untuk memastikan kecekapan dan keselamatannya berada dalam tahap yang
telah ditetapkan.

Berikut adalah beberapa proses yang perlu dilakukan sebelum kerja-kerja


pemasangan dilakukan.

5.1.2 Utilize appropriate check list according to safety specification manual.

1. Safety specification / Spesifikasi Keselamatan

Bagi melihat sistem keselamatan berfungsi dengan baik, ia harus diperiksa setiap 6
bulan sekali.
Barang-barang ini mestilah berada dalam spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak
berkuasa.
Semua barang ini mesti selamat dan tidak terdapat sebarang perbezaan dari
spesifikasi yang diterima.
Ini untuk meyakinkan pihak pelanggan untuk menggunakannya.
Pengujian terhadap keselamatan perlulah dipraktikkan kepada semua yang terbabit
menerima risiko.

2. Verification / Pengesahan

Barang-barang yang digunakan hendaklah mendapat pengesahan dari badan


berkuasa seperti Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan yang berkaitan
dengannya.

Selain itu, barang-barang ini perlu mendapat pengesahan dari SIRIM.

Ini untuk menjamin kualiti barangan tersebut berada dalam keadaan yang ditetapkan
sebelum kerja-kerja pemasangan dilakukan.

Pegawai-pegawai yang terlibat haruslah membuat pemeriksaan dari hari ke hari


untuk menjamin barang-barang tersebut berada dalam keadaan baik.

3. Realibility / Kebolehpercayaan

Setelah ujian keselamatan dan ujian pengesahan selesai dilakukan seterusnya ujian
ketahanan perlu dibuat terhadap barang-barang tersebut.

Ujian ketahanan ini dibuat untuk menguji sejauh mana keberkesanan dan
kebolehpercayaan fungsinya.

3
4.2.1 Explain location and purpose of controls according to control schematic
diagram.

SAFETY STRUCTURE / STRUKTUR KESELAMATAN

1. Location /Lokasi
Perletakkan alat-alat keselamatan mestilah strategik dan mudah untuk digunakan
semasa kecemasan.

Alat-alat keselamatan yang diletakkan mestilah sesuai dengan keadaan tempat.

2. Purpose / Tujuan
Pihak yang menghadapi risiko dengan keselamatan haruslah didedahkan
kepenggunaannya.

Ini untuk mengelakkan dari terperangkap di dalam mana-mana bengkel ataupun


makmal semasa berlakunya kecemasan.

Pendedahan yang harus diberikan adalah dengan mengadakan demonstrasi apabila


berlakunya kecemasan.

Pertubuhan persatuan seperti Bulan Sabit Merah adalah baik untuk mereka yang
terdedah kepada bahaya.

3. Complaince to Safety /Pematuhan terhadap Keselamatan

Setiap bengkel dan makmal haruslah disediakan peti pertolongan cemas, pemadam
api, mempunyai tingkap yang banyak, sistem udara yang baik dan alat bantuan
kecemasan yang lain.

4. Safety operating procedures / prosedur operasi keselamatan

Merupakan angkah-langkah keselamatan, apabila berlaku perkara yang tidak diingini


berlaku.

4
4.2.2 senarai semak sesuai dengan manual spesifikasi keselamatan.

5
4.2.3 Pemasangan dan langkah-langkah keselamatan semasa membuat
penyambungan di tapak/lokasi.

 Mengenalpasti lokasi yang perlu dipasang.


 Membuat lakaran penyambungan bersesuaian dengan keperluan lokasi dan sistem
audio conference.
 Memastikan semua peralatan memasang dibawa bersama seperti meter
pelbagai,signal tracer/injecter,pena uji,pemutar skru philips,buku panduan
pemasangan dan peralatan sistem audio conference.
 Memeriksa semua peralatan sistem audio conference berada dalam keadaan yang
baik
 Semasa membuat sambungan pastikan langkah keselamatan dipatuhi agar tidak
berlaku kerosakan kepada peralatan.
 Semasa membuat penyambungan pastikan penyambungan tersebut kukuh.
 Penyambungan yang longgar akan memyebabkan kualiti suara terganggu.
 Masalah yang sering berlaku adalah disebabkan oleh penyambungan longgar pada
delegate unit dan kehilangan span pada mikrofon.
 Span pada mikrofon j perlu diberi perhatian kerana ia mempengaruhi kualiti suara

6
 Pengguna juga tidak digalakkan memusing stand delegate unit ke kanan dan ke kiri.
 SOP bagi penggunaan sistem audio conference perlu di tampal bagi kemudahan
pelanggan bagi menjamin keselamatan peralatan dan kualiti suara
 Setelah siap penyambungan,uji kefungsian dengan berpanduan senarai semak

4.3 DOCUMENTATION / DOKUMENTASI


1. Safety test result / Keputusan Ujian Keselamatan

Setelah selesai semua ujian yang dijalankan, pihak-pihak yang bertanggungjawab


hendaklah menilai keputusan yang diambil.

Keputusan pemeriksaan keselamatan ini dinilai oleh pihak yang terlibat di dalam
proses-proses pemasangan peralatan yang dibeli oleh pihak pengguna.

Ia merangkumi dari pemilihan peralatan tersebut sehinggalah proses melakukan ujian
yang terakhir terhadap sistem tersebut.

2. Filing Procedures / Prosedur Pemfailan

Setelah selesai proses pemasangan, pihak pembekal haruslah pandai dan


mengetahui cara untuk menulis laporan menyatakan bahawa peralatan tersebut sudah
siap digunakan.

Maka pihak pembeli mestilah membuat pemeriksaan bagi menyatakan bahawa pihak
pembekal telah melakukan kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

3. Report to relevant parties / Laporan kepada pihak yang berkenaan

Laporan kerja yang akan dibuat haruslah dilaporkan kepada bahan-bahan yang
bertanggungjawab terhadap kerja-kerja yang dijalankan.

4.4 Melaksanakan prosedur operasi keselamatan paparan

OBJEKTIF

 Objektif utama bagi Bahagian Operasi adalah bahagian ini menyelaras dan memberi
bantuan kepada mana-mana Pasukan Keselamatan, Agensi-agensi atau mana-mana
Pihak Berkuasa Tempatan Lain yang memerlukan bantuan anggota RELA bagi
melaksanakan Operasi-operasi yang dilaksanakan.

FUNGSI

I. Cawangan Operasi dan Bantuan Khas

• Menyelaras Operasi agensi penguatkuasaan


• Memproses permohonan dan kelulusan penugasan operasi dan bantuan khas
anggota RELA seluruh Malaysia
• Membantu melaksanakn tugasan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara
No.20 (MKN 20)

7
• Membantu penyediaan Standard Operating Prosedur (SOP) bagi setiap operasi
bantuan khas, operasi bersama jabatan dan agensi luar
• Membantu memantau segala operasi dan pematuhan tatacara pengoperasian

II. Cawangan Keselamatan

• Menyelaras penugasan kawalan premis


• Memproses permohonan dan kelulusan penugasan kawalan keselamatan anggota
RELA seluruh Malaysia
• Memantau penugasan kawalan keselamatan anggota RELA di premis kerajaan
seluruh Malaysia
• Memantau penugasan kawalan keselamatan anggota RELA di agensi-agensi
bukan kerajaan di seluruh Malaysia
• Membantu agensi bagi mengawal dan memantau kawasan sasaran penting Negara

III. Cawangan Statistik


• Menyediakan laporan statistik bagi penugasan kawalan keselamatan anggota
RELA seluruh Malaysia
• Menyediakan maklumat operasi,bantuan khas dan keselamatan di bilik gerakan
• Menyediakan pengawai bertugas di bilik gerakan dan perjalanan penugasan bilik
gerakan dalam keadaan baik dan lancar
• Mengumpul data maklumat berkaitan operasi,penugasan kawalan keselamatan dan
bantuan khas
• Menganalisa dan mengeluarkan laporan harian,bulanan dan tahunan statistik
bahagian.

4.4.1 Mengenal pasti prosedur operasi keselamatan mengikut peraturan OSHA

Dalam Akta OSHA 1994 dibahagikan kepada 15 Bahagian yang mengandungi 67


Seksyen dan 3 jadual semuanya

OSHA 1994 :
15 Bahagian
67 Seksyen
3 Jadual

Senarai lengkap kandungan Akta OSHA 1994 copy, paste, & go link bawah ni
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/akta/563-02-akta-keselamatan-dan-
kesihatan-pekerjaan-1994-akta-514/file

Bagi saya, dalam OSHA 1994 ni Seksyen yang paling diutamakan (maksudnya kena
ingat la haha) adalah :

Seksyen : 04 - Tujuan Akta.

Seksyen : 15 - Kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri kepada pekerja
mereka

8
Seksyen : 16 - Kewajipan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan.

Seksyen : 17 - Kewajipan am majikan orang yang bekerja sendiri kepada orang-orang


selain daripada pekerja mereka.

Seksyen : 20 - Kewajipan am pengilang, dsb. berkenaan dengan loji bagi kegunaan


semasa bekerja.

Seksyen : 21 - Kewajipan am pengilang, dsb. berkenaan dengan bahan bagi kegunaan


semasa bekerja.

Seksyen : 24 - Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja.

Seksyen : 29 - Pegawai keselamatan dan kesihatan.

Seksyen : 30 - Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Seksyen : 31 - Fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.

Seksyen : 32 - Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan


pekerjaan dan penyakit pekerjaan, dan siasatan.

Seksyen : 51 - Penalti am.

Seksyen : 4
Tujuan Akta.

4 (a) Untuk memastikan SHW pekerja terhadap risiko S&H hasil aktiviti kerja yang
terlibat.

4 (b) Melindungi orang luar (bukan pekerja) di tempat kerja yang terdedah pada risiko
S&H akibat aktiviti kerja yang dijalankan pekerja.

4 (c) Menggalakkan persekitaran kerja yang sesuai dengan fisiologi & psikologi

4 (d) Mengadakan perundangan (peraturan) S&H untuk kekal atau membaiki standart
S&H.

* SHW = Safety, Health, & Welfare.


** S&H = Safety & Health

9
Seksyen : 15
Kewajipan Am Majikan dan Orang yang Bekerja Sendiri Kepada Pekerja Mereka

PELANGGARAN :
Denda : tidak lebih RM 50, 000
Penjara : tidak lebih 5 Tahun
Atau keduanya sekali.

15 (1) : Majikan memastikan SHW pekerja setakat yang praktik.

** Majikan setakat yang praktik, demi menjamin keselamatan & takde risiko kesihatan
:

15 (2) (a) : Menyelenggara loji, sistem kerja

15 (2) (b) : Membuat perkiraan S&H berkaitan penggunaan, pengendalian, penyimpanan,


pengangkutan untuk Loji & Bahan.

15 (2) (c) : Adakan maklumat, arahan, latihan, & penyeliaan.

15 (2) (d) : Adakan & menyelenggara akses keluar masuk ke tempat kerja.

15 (2) (e) : Menyelenggara persekitaran tempat kerja.


Seksyen : 16
Kewajipan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan.
PELANGGARAN :
Denda : tidak lebih RM 50, 000
Penjara : tidak lebih 5 Tahun
Atau keduanya sekali.

- Majikan wajib menyediakan Pernyataan Dasar Bertulis tentang S&H.


- Pernyataan dasar tersebut perlu dikaji semula sekerap mungkin dari segi perkiraan
langkah yang dibuat untuk menjalankan kehendak dasar yang telah dibuat.

* Dasar = Polisi
** Kira polisi OSH ni kita kena review dan semak sekerap mungkin tentang
cara/kaedah/program yang telah dibuat untuk menjamin SHW.

Seksyen : 17
Kewajipan am majikan orang yang bekerja sendiri kepada orang-orang selain daripada
pekerja mereka.

PELANGGARAN :
Denda : tidak lebih RM 50, 000
Penjara : tidak lebih 5 Tahun
Atau keduanya sekali.

10
17 (1) : Majikan wajib memastikan orang luar (bukan pekerjanya) tidak terdedah kepada
risiko S&H akibat dari aktiviti kerja/perusahaan yang dijalankannya.

17 (2) : Majikan wajib menyediakan/memberitahu orang luar maklumat-maklumat tentang


aspek S&H perusahannya.

Sekyen 20/21

PELANGGARAN :
Denda : tidak lebih RM 20, 000
Penjara : tidak lebih 2 Tahun
Atau keduanya sekali.

* Dua seksyen ni melibatkan PEREKABENTUK, PENGILANG, DAN PEMBEKAL


** Seksyen 20 untuk Loji
*** Seksyen 21 untuk Bahan

20 (1)(a) : Memastikan loji yang direkabentuk adalah selamat dan takde risiko kesihatan
bila diguna.
20 (1)(b) : Buat pape ujian/ pemeriksaan untuk penuhi kehendak 20(a)(1) ☝
20 (1)(c) : Adakan maklumat bagi menjamin loji tu selamat digunakan tanpa risiko pada
kesihatan.

20 (2) : Menjalankan penyelidikan untuk kenalpasti cara hapus atau kurangkan risiko
S&H yang mungkin ada pada rekabentuk atau loji tu.

20 (3) : Memastikan loji yang dibina dan dipasang tidak merbahaya atau mendatangkang
risiko S&H bila digunakan.

**** Isi dua seksyen ni lebih kurang sama cuma tukar penggunaan perkataan "loji" &
"bahan"
***** Long-short, Pembekal Loji/Bahan kena pastikan produk yang dorang hasilkan
adalah selamat untuk digunakan

Seksyen : 24
Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja.

PELANGGARAN :
Denda : tidak lebih RM 1, 000
Penjara : tidak lebih 3 Bulan
Atau keduanya sekali.

24 (1)(a) : Pekerja beri perhatian tentang S&H diri sendiri & orang lain yang mungkin
terkesan akibat kerja yang dilakukannya

11
24 (1)(b) : Pekerja bekerjasama dengan majikan dalam pematuhan peraturan & akta
S&H.
24 (1)(c) : Pekerja memakai PPE yang disediakan oleh majikan dalam usaha mencegah
risiko S&H.

24 (1)(d) : Pekerja mematuhi arahan tentang S&H yang dinyatakan oleh majikan atau
orang lain.

Seksyen : 29
Pegawai keselamatan dan kesihatan.

PELANGGARAN :
Denda : tidak lebih RM 5, 000
Penjara : tidak lebih 6 Bulan
Atau keduanya sekali.

Seksyen berkaitan dengan SHO

29 (1) : Terpakai bagi kelas industri yang telah ditentukan.


29 (2) : SHO adalah orang yang kompeten.
29 (3) : SHO diambil kerja semata-mata untuk menjamin pematuhan Akta &
peraturan S&H yang dibuat.
29 (4) : SHO ada kelayakkan atau latihan yang telah ditetapkan.

Seksyen ni diterangkan dengan lebih detail dalam PERATURAN.


Peraturan untuk SHO adalah : PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN) 1997.

** Seksyen ni juga diikuti dengan PERINTAH.

Seksyen : 30
Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

PELANGGARAN :
Denda : tidak lebih RM 5, 000
Penjara : tidak lebih 6 Bulan
Atau keduanya sekali.

* Ni Seksyen berkaitan dengan SHC (Safety Health Committee)

30 (1) : Ditubuhkan bila :


30 (1)(a) : Bilangan pekerja > 40 orang
30 (1)(b) : Atas arahan Ketua Pengarah DOSH

30 (2) : Pemilihan & perlantikan ahli SHC adalah seperti yang ditetapkan.

30 (3) : Majikan & SHC bekerjasama menyelenggara, membuat perkiraan tentang

12
S&H, dan ukur keberkesanan langkah-langkah yang diambil untuk S&H.

** Seksyen ni diterangkan dengan lebih detail dalam PERATURAN.


*** Peraturan untuk SHC adalah : PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN (JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN) 1996

Seksyen : 31
Fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.

31 (a) : Mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk menjamin S&H di tempat
kerja.

31 (b) : Menyiasat perkara :


31 (b)(i) Tidak selamat dan berisiko pada kesihatan
31 (b)(ii) keadaan ☝ telah mendapat perhatian majikan

31 (c) Cuba selesaikan masalah (31)(b)☝. Kalau tak mampu selesaikan, mintak Ketua
Pengarah

DOSH jalankan pemeriksaan tempat kerja.


31 (d) Mempunyai fungsi lain yang ditetapkan.

** Seksyen ni diterangkan dengan lebih detail dalam PERATURAN.


*** Peraturan untuk SHC adalah : PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN (JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN) 1996

Seksyen : 32
Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan
dan penyakit pekerjaan, dan siasatan.

32 (1) : Majikan hendaklah bagitau DOSH terdekat mengenai apa-apa kemalangan,


kejadian bahaya keracunan, & penyakit pekerjaan yag terjadi atau yang mungkin terjadi
di tempat kerja.

32 (2) : Jika OSHD atau pegawai perubatan yang merawat pekerja dapati pekerja hidap
penyakit seperti dalam Jadual 3 Akta OSHA 1994 atau mana-mana peraturan/perintah
yang dibuat Menteri, OSHD atau pegawai perubatan tersebut hendaklah lapor pada
Ketua Pengarah DOSH.

** Seksyen ni diterangkan dengan lebih detail dalam PERATURAN.


*** Peraturan nya adalah :

Notification of Accident, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and


Occupational Disease Regulations 2004 (NADOOPOD 2004).
Seksyen : 51
Penalti am.

13
- Pelanggaran mana-mana peruntukan Akta atau mana-mana peraturan yang mana
penalti akibat pelanggarannya tidak dinyatakan secara jelas, boleh didenda :
Tidak lebih RM10,000
Tidak lebih 1 tahun penjara
Atau kedua-duanya sekali.

4.4.2 Menubuhkan paparan keselamatan yang sesuai mengikut peraturan


OSHA

Ujian Keselamatan Mesin Di Lokasi Tapak

14
15
16
17

Anda mungkin juga menyukai