Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Pada 19 Ogos 2023 , kumpulan saya telah menjalankan satu lawatan tapak di Teluk Intan, Perak.
Lokasi projek ni berada sebelum sampai ke pekan Teluk Intan, projek ini sudah dimulakan sejak dari 10 Januari
2022 dan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun.

Projek yang akan dijalankan ialah pembinaan taman perumahan yang baharu. Ia mempunyai 4 fasa.
Pada waktu kami melawat tapak tersebut, ‘Site Supervisor’ memberitahu bahawa 1 fasa telah hampir siap.1 fasa
mempunyai hampir 1400 buah rumah . Sebelum projek taman perumahan ini dimulakan, tapak tersebut
ialah .ladang kelapa sawit.

OBJEKTIF

 Memastikan kawasan tapak bersih


 Memastikan kawasan selamat
 Memastikan kawasan tapak bebas dari sebarang penyakit yang merbahayakan
 Memastikan sebarang peralatan atau jentera yang digunakan diuruskan dengan baik
 Memastikan pekerja mematuhi keselamatan di tapak bina

1
METODOLOGI

Kaedah pelaksanaan pemeriksaan dan pengenalpastian hazard di tapak bina adalah dengan memakai
pakaian keselamatan seperti topi keselamatan,kasut keselamatan dan lain-lain.Kemudian,meneliti cara pekerja
melakukan kerja di tapak bina sama ada ia boleh membahayakan nyawa mereka atau memberikan kecederaan
kepada mereka.Seterusnya,pihak yang berkaitan dengan keselamatan tapak melakukan pemeriksaan kepada
pekerja yang mengelola jentera sama ada mereka mempunyai lesen atau tidak.Akhir sekali,kawasan tapak bina
mempunyai pintu keluar masuk.

2
Carta Alir Pelaksaan Projek

Mula

Perancangan Projek

Membuat surat permohonan

Menghantar surat
Lulus Tidak lulus
permohonan

Pengnalpastian hazard di tapak


bina

Langkah kawalan keselamatan

Penulisan laporan

Tamat

3
HASIL DAPATAN

Berdasarkan senarai semak yang diberikan ada beberapa perkara yang tidak ada di tapak bina yang
kami lawati ini,hal ini boleh terjadi kerana keluasan tapak bina tidak terlampau besar dan oleh itu ada beberapa
aspek keselamatan yang tidak ada di kawasan tapak tersebut.Namun secara keseluruhannya tapak itu
mematuhi peraturan keselamatan dengan adanya pemeriksa yang datang memeriksa tapak setiap sebulan
sekali.

Namun tidak dinafikan kawasan tapak bina mempunyai kadar risiko kemalangan yang tinggi jadi pihak
yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan dalam menyediakan strategi bagi mengatasi risiko
kemalangan di peringkat pra pembinaan yang mungkin berlaku di tapak bina pada masa akan datang.

Antara strategi yang dilakukan untuk mengatasi risiko kemalangan di tapak bina ini adalah :

 Memastikan alatan,bahan atau jentera disusun dengan baik dan tidak berterabur hal ini kerana jika
perkara ini tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan kemalangan seperti contoh jika besi tetulang
dibiarkan terdedah tanpa ditutup dengan kanvas ia boleh mengakibatkan besi menjadi karat.
 Memastikan tapak tidak dibiarkan rumput panjang ditapak bina kerana ia boleh mengundang haiwan
yang berbahaya masuk ke tapak dan itu boleh membahayakan nyawa pekerja.
 Tidak membiarkan air bertakung hal ini kerana jika air dibiarkan dalam keadaan bertakung ia boleh
mengakibatkan penyakit denggi seperti yang kita tahu denggi mencatatkan nilai kematian yang tinggi
pada setiap tahun jadi jika perkara ini tidak dibendung ia boleh membahayakan nyawa bukan sahaja
pada yang terlibat dengan projek tersebut malah boleh membahayakan penduduk sekitar.

4
1) KESELAMATAN ORANG AWAM

1.1. Papan tanda amaran / keselamatan


 Papan tanda amaran dan keselamatan terdapat pada pintu masuk kawasan tapak bina.

1.2. Penghadang / hoarding board


 Digunakan untuk melindungi pemandangan , menjaga kebersihan dan kekemasan
persekitaran kawasan sekeliling tapak pembinaan.

1.3. Pengawal keselamatan


 Terdapat seorang pengawal keselamatan yang mengawasi kawasan tapak pembinaan.

1.4. Kawalan kemasukan kenderaan


 Kawalan keluar masuk kenderaan dijaga dengan selamat

2) LALUAN KESELAMATAN

2.1. Laluan keluar masuk yang selamat

 Laluan keluar masuk kenderaan dan pekerja – pekerja dalam keadaan yang terkawal.
2.2. Pelindung kepala

 Buruh - buruh yang memakai topi keselamatan apabila berada di dalam kawasan tapak
pembinaan.
2.3. Pencahayaan yang mencukupi

 Kawasan pembinaan tidak berada dalam keadaan yang gelap dan mendapat cahaya yang
cukup.
2.4. Tangga yang selamat

 Terdapat tiada tangga keselamatan semasa di kawasan tapak bina.

5
3) KESELAMATAN ELEKTRIK

3.1. Tanda – tanda amaran

 Papan tanda amaran diletakkan di setiap tempat yang mudah dilihat oleh orang yang berada di
kawasan tapak bina.

3.2. Cara pemasangan yang betul

 Pekerja memasang kerangka dengan betul dan selamat

3.3. Keselamatan orang awam

 Keselamatan orang awam dijaga kerana kawasan tapak pembinaan mempunyai hoarding
board yang menghalang daripada orang awam tercedera.
3.4. Pendawaian wayar elektrik

 Pendawaian wayar elektrik tersusun dan teratur

4) MESIN , LOJI DAN PERALATAN

4.1. Sijil perakuan / kelayakan yang masih sah

 Semua sijil yang terdapat di pejabat tapak masih sah dipakai


4.2. Pekerja yang kompeten

 Semua pekerja di tapak bina mahir melakukan kerja dan sentiasa bekerjasama serta
mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
4.3. Pemeriksaan jentera

 Semua jentera diperiksa sebelum, semasa dan selepas digunakan.


4.4. Penyeliaan kerja

 Semua jentera diperiksa dengan teliti apabila masuk ke kawasan pembinaan.

6
5) ALAT KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI (PPE)

5.1. PPE dibekalkan oleh majikan

 PPE yang dibekalkan oleh majikan cukup untuk semua pekerja atau pelawat yang terlibat di
kawasan tapak bina.

5.2. Papan tanda pemakaian PPE

 Papan tanda memakai PPE diletakkan di kawasan tapak bina untuk memberi peringatan
kepada pekerja supaya sentiasa mematuhi etika pemakaian di dalam kawasan tapak bina.

5.3. Pekerja memakai PPE ketika melaksanakan kerja

 Semua pekerja memakai PPE yg telah disediakan oleh majikan semasa bekerja seperti
memakai topi keselamatan, safety boot, glove dan abah- abah bagi mengelakkan sebarang
kecederaan.

6) PENCEGAHAN KEBAKARAN

6.1. Alat pemadam api

 Alat pemadam api sentiasa disimpan diletakkan di tempat yang selamat dan mudah diambil
jika berlaku kebakaran atau kecemasan.

6.2. Pekerja dilatih menggunakan alat pemadam api

 Semua pekerja telah menjalani latihan menggunakan alat pemadam api semasa latihan
kebakaran.

7
7) PENYIMPANAN BAHAN

7.1. Penyediaan tempat penyimpanan ( stor )

 Semua Peralatan tangan dan bahan kimia di simpan ke dalam stor. Terdapat dua stor yang
disediakan dan stor sentiasa dikunci.

7.2. Timbunan bahan disusun

 Semua bahan binaan seperti simen yg disusun diluar stor ditutup dengan canvas.

7.3. Tanda bahan bahaya

 Stor bahan kimia ditampal dengan tanda amaran yang bersesuian.

7.4. Kekemasan / kebersihan

 Kesemua bahan binaan yg berada didalam stor dan diluar stor disusun dengan kemas dan
kebersihan sentiasa terjaga.

8) KESIHATAN DAN KEBAJIKAN

8.1. Fisrt aid box

 Peti kecemasan sentiasa disediakan di dalam pejabat.

8.2. Kantin disediakan

 Kantin yg disediakan sangat terurus dengan baik dan mempunyai pekerja di kantin tersebut.

8.3. Tempat tinggal dan tandas disediakan

 Terdapat banyak tempat tinggal dan tandas pekerja yang disediakan bagi memudahkan semua
pekerja

8.4. Kediaman pekerja diasingkan dari kawasan bekerja


 Semua kediaman pekerja tidak berhampiran tempat bekerja bagi memastikan pekerja tidak
menceroboh masuk kawasan tapak bina semasa bukan waktu berkerja

8
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya,kerja untuk pengenalpastian hazard di tapak bina tersebut berjaya dan berjalan dengan
lancar.Ia juga selaras dengan objektif utama kumpulan saya untuk mengenalpasti hazard di tapak yang kami
lawati .Tapak tersebut menepati kesemua objektif yang diperlukan itu sebagai tanda bahawa kerja ini dapat
dijayakan dengan baiknya.
Namun mungkin juga terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk
menambahbaik lagi projek tersebut seperti contoh alat pemadam api boleh diletakkan di semua tempat yang
berisiko untuk berlaku kebakaran.

Namun terdapat juga kemajuan yang baik yang mana projek ini dijangka boleh siap dalam tempoh masa yang
ditetapkan dan buat ketika ini kerja-kerja masih mengikut jadual kerja yang ditetapkan di dalam dokumen
kontrak.

9
LAMPIRAN

Rajah 1 : taklimat cara penggunaan alat pemadam api rajah 2 :

Rajah 3 : kantin rajah 4 :

10
11
12
13
14

Anda mungkin juga menyukai