Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

ETN3023 ELECTRONIC EQUIPMENT PREVENTIVE


KOD DAN NAMA
MAINTENANCE
PROGRAM / PROGRAM’S
EE-021-3 : 2012 ELECTRONIC EQUIPMENT
CODE & NAME
TROUBLESHOOTING, REPAIR & MAINTENANCE

TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
C03-PENYENGGARAAN PECNEGAHAN PERALATAN
COMPETENCY UNIT NO. ELEKTRONIK
AND TITLE

1. IDENTIFY THE ELECTRONIC EQUIPMENT TO BE SER-


VICE AND MAINTAINED (3JAM)
2. PREPARE THE PREVENTIVE TOOLS AND MAINTEN-
ANCE TOOL AND MATERIAL(3JAM)
3. IDENTIFY MAINTENANCE SCHEDULE RECORD(3JAM)
4. IDENTIFY LOCATION OF THE ELECTRONIC EQUIP-
MENT(4JAM)
NO. DAN PENYATAAN 5. CHECK SERVICE MANUAL AND CONTENTS(5JAM)
6. CHECK POWER SOURCE(10JAM)
AKTIVITI KERJA / WORK 7. DISMANTLE ELECTRONICS EQUIPMENT(8JAM)
ACTIVITIES NO. AND 8. PERFORM SERVICING ACTIVITIES(10JAM)
9. ASSEMBLE ELECTRONICS EQUIPMENT PART(8JAM)
STATEMENT 10. INSPECT THE EQUIPMENT ADJUSTMENT AS PER SPE-
CIFICATIONS(8JAM)
11. PERFORM FUNCTIONALITY TEST(5JAM)
12. COMPLETE THE TEST CHECK LIST AS PER SPECIFICA-
TION(2JAM)
13. COMPLETE SERVICE BOOK REPORTS(2JAM)

ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-3:2012/C03/P(2/8) Muka: 1 Drpd: 10
COMPETENCY UNIT ID
NO. KOD EE-021-3:2012/C03/P(2/8) Muka : 2 drp : 10

TAJUK/TITLE :
PENYEDIAAN TOOLS, PERALATAN DAN BAHAN UNTUK KERJA PENCEGAHAN
DAN PENYENGGARAAN
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih mengenai:
1. Jenis-jenis peralatan elektronik
2. Keadaan peralatan elektronik
3. Prosedur keselamatan dan penyelenggaraan pencegahan

PENERANGAN/INFORMATION :

1. JENIS TOOLS UNTUK KERJA PENYENGGARAAN PENCEGAHAN SEPERTI:


(TYPES OF PREVENTIVE MAINTENANCE TOOLS SUCH AS):

Dalam menjalankan aktiviti penyelenggaraan, faktor keselamatan hendaklah


diutamakan. Peralatan yang sesuai hendaklah digunakan dalam menjalankan
aktiviti penyelenggaraan. Penggunaan peralatan yang salah boleh
mengakibatkan kemalangan.
i. common tool
Peralatan biasa yang digunakan dalam proses selenggara perkakasan
elektronik adalah:
a. Plier / long nose
b. Standard Hex Key Set
c. Adjustable Wrench
d. Stainless Steel Ruler
e. Jewelers Screwdriver
f. Screw driver
g. Phillips Screwdriver
h. Long Nose Side Cutting Plier
i. Soldering Iron 25-Watt, 3-Wire
j. Nutdriver Blade
NO. KOD EE-021-3:2012/C03/P(2/8) Muka : 3 drp : 10

ii. Meter
 Multimeter
Multimeter adalah alat pengukur elektronik yang menggabungkan be-
berapa fungsi pengukuran dalam satu unit. Multimeter biasa akan ter-
masuk ciri-ciri asas seperti keupayaan untuk mengukur voltan, arus dan
rintangan.
Analog multimeter menggunakan jarum penunjuk yang bergerak ke atas
skala ditentukur untuk semua ukuran yang berbeza yang boleh dibuat.

Analogue Multimeter

Digital multimeter (DMM, DVOM) memaparkan nilai yang diukur dalam


angka, dan juga mungkin memaparkan bar panjang berkadar dengan
kuantiti yang diukur.

Digital Multimeter
iii. Soldering Iron
Soldering iron adalah alat yang digunakan dalam pematerian. Ia mem-
bekalkan haba untuk mencairkan pateri supaya ia boleh mengalir ke
dalam sendi antara dua bahan kerja.
NO. KOD EE-021-3:2012/C03/P(2/8) Muka : 4 drp : 10

Soldering iron terdiri daripada hujung logam dipanaskan dan pemegang


bukan pengalir haba.
Ia berfungsi menggunakan kuasa elektrik yang memanaskan hujung lo-
gam yang akan mencairkan timah bagi melekatkan komponen elektronik
ke atas papan litar.
Bagi kerja-kerja elektrik dan elektronik, besi berkuasa rendah (a low-
power iron), penarafan kuasa biasanya di antara 15 dan 35 watt.

2. JENIS-JENIS BAHAN / TYPES OF MATERIAL SUCH AS:


Jenis-jenis bahan yang biasa digunakan dalam aktiviti penyelenggaraan adalah
seperti berikut:

2.1 IPA
Adalah singkatan dari Isopropyl Alcohol Ia digunakan untuk mencuci per-
mukaan papan litar tercetak (PCB) atau komponen yang terdapat pada
papan kumprum. Ini kerana sifatnya yang anti karat, boleh menghakiskan
kotoran, habuk dan molukul halus. Ia juga tidak menyerap atau menyeb-
abkan litar pitas pada kaki komponen.

2.2 Clothes
Kain lap atau kain buruk biasa digunakan untuk mencuci habuk atau kotoran
dalam kerja pembaikan dan penyenggaraan. Jika terdapat kotoran tersebut
degil, kain lap perlu dibasahkan dengan sedikit cairan IPA. Dalam kerja
NO. KOD EE-021-3:2012/C03/P(2/8) Muka : 5 drp : 10

penyenggaraan kain lap perlu dipastikan bersih sebelum digunakan. Kain


lap yang berminyak tidak boleh digunakan untuk kerja penyenggaraan yang
melibatkan peralatan elektronik.

2.3 Cotton bud


Putik kapas digunakan dalam kerja pembaikan dan penyenggaraan
perkakasan elektronik apabila terdapat kotoran atau habuk pada ruang yang
kecil dan sempit. Cecair pencuci IPA juga perlu dicelup untuk mencuci ko-
toran yang degil.

2.4 Sucker
Sekiranya pematerian dilakukan, lebihan timah perlu disedut dengan sucker
bagi memastikan bahan yang dipateri bersih bagi mengelakkan sebarang
sambungan arus yang tidak sepatutnya. Namun bagi habuk yang kecil dan
ringan penyedut habuk perlu digunakan.

2.5 Vacuum
Penyedut habuk juga digunakan untuk menyedut habuk-habuk yang ter-
dapat pada litar elektronik sewaktu membuat penyenggaraan. Walaupun
pada bahagian litar yang bertutup tetapi kelembapan udara menyebabkan
habuk wujud dan berkumpul pada litar atau komponen elektronik. Biasanya
NO. KOD EE-021-3:2012/C03/P(2/8) Muka : 6 drp : 10

alat penyedut habuk ini saiznya kecil dan juga merupa sebagai vacuum
cleaner.

3.0 PROSEDUR KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN BAGI KERJA


PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

3.1 PENJAGAAN ALATAN TANGAN

Penjagaan sesuatu alatan tangan sebelum dan selepas digunakan adalah sangan
penting untuk mempastikan alatan tangan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.Diantara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah :-

1. Pastikan alatan tangan berkeadaan baik dan selamat sebelum digunakan .


2. Pastikan alatan tangan yang hendak digunakan adalah bersesuaian
dengan kerja-kerja yang akan dilakukan .

3. Jangan gunakan alatan tangan sekiranya anda tidak berpengetahuan


mengenai teknik-teknik pengunaannya.

4. Pastikan alatan tangan dikendalikan mengikut tatacara yang ditentukan


dan selamat.

5. Letakan alatan tangan ditempat yang sesuai dan selamat disepanjang


penggunaanya.

6. Bersihkan alatan tangan daripada sebarang kotoran serta habuk selepas


digunakan.
NO. KOD EE-021-3:2012/C03/P(2/8) Muka : 7 drp : 10

7. Simpan alatan tangan yang telah digunakan di tempat yang telah


disediakan dengan teratur dan kemas.

8. Sapukan minyak (lubricant oil/grease) di bahagian yang mudah berkarat


dan bergear pada alatan tangan sekiranya ianya disimpan untuk jangka
masa yang lama.

9. Lakukan kerja-kerja pemeriksaan (servicing), pengujian dan baik-pulih


mengikut had masa yang telah ditetapkan ataupun dari masa ke semasa.

3.2 MAINTENANCE TOOLS

Tidak kira apa jenis kerja penyenggaran yang dilakukan, perkara mustahak yang
diperlukan ialah memilih, dan menggunakan alat yang betul untuk melakukan kerja
dengan cepat, tepat dan selamat.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam memastikan keselamatan dalam
membuat penyelenggaraan adalah:
i. Menggunakan peralatan yang bersesuaian untuk tujuan yang tertentu sahaja.
Sebagai contoh screw driver hanya untuk memutar skrew, bukan untuk
mengetuk. (Screw driver not to be used as a hammer)
ii. Menyimpan perlatan di tempat yang betul, iaitu inventori peralatan perlu
dijaga.
iii. Alatan dalam keadaan yang baik, iaitu bukan peralatan yang rosak
digunakan.
iv. Sentiasa mengamalkan simpan peralatan dengan selamat, iaitu elakkan
meletakkan alat di atas mesin atau peralatan elektrik. Jangan sekali-kali
meninggalkan alat tanpa pengawasan sekiranya mesin sedang beroperasi.

3.3 BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN SEMASA PENYELENGGARAAN

Peralatan elektronik yang lain sememangnya perlu dibersihkan selalu bagi


mengekalkan kualiti peralatan tersebut, terutama pada skrinnya yang memaparkan
maklumat yang perlu dilihat. Pembersihan yang kurang cermat mungkin akan
mengakibatkan skrin bercalar seterusnya anda tidak lagi dapat melihat hasil paparan
yang baik. Terdapat juga beberapa peralatan yang lain bagi membersikkan papan
NO. KOD EE-021-3:2012/C03/P(2/8) Muka : 8 drp : 10

kekunci dari habuk dan debu yang boleh menyebabkan kerosakan sekiranya
dibiarkan berpanjangan. Bahan yang diperlukan adalah seperti:

a) Kain pengilap yang sesuai

Kain yang dipilih haruslah diperbuat daripada fabrik yang lembut dan anti-statik.Ia
bertujuan untuk menjaga peralatan daripada tercalar semasa proses pembersihan
manakala fungsi anti-statik adalah untuk menjaga peralatan elektronik daripada
kesan elektrostatik yang menyebabkan fungsi peralatan yang sensitif terjejas.

b) Putik kapas/ “Cotton bud”

Putik kapas diperlukan semasa proses pembersihan untuk mencuci bahagian-


bahagian peralatan yang sempit yang tidak dapat dibersihkan dengan menggunakan
kain lap.

c) Cecair Pencuci

Gunakan cecair khas untuk pembersihan peralatan elektronik. Ini kerana cecair ini akan
cepat kering selain selamat (tidak menghakis permukaan skrin).

d) Berus
Berus untuk pembersihan perlulah lembut dan bebas dari kotoran (berus tidak
menyimpan habuk). Berus yang kasar mungkin boleh merosakkan peralatan apabila
digunakan secara kasar.

e) Pam angin
Pam angin biasa digunakan untuk menghembus habuk dan debu yang melekat di
celah-celah papan kekunci serta celahan yang sukar dibersihkan. Pam angin ini amat
berguna terutama dalam membersihkan peralatan seperti printer/mesin photostat yang
menggunakan toner.

f) Vakum mini
Vakum mini sama seperti pam angin juga untuk membersihkan habuk. Pastikan kuasa
sedutan vakum bersesuaian bagi mengelakkan kerosakan pada peralatan. Berbanding
pam angin yang biasanya menggunakan tangan adalah lebih mudah untuk dikawal.
NO. KOD EE-021-3:2012/C03/P(2/8) Muka : 9 drp : 10

SOALAN/QUESTION :
Jawab semua soalan dibawah.
1. Apakah tujuan penggunaan meter ?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Senaraikan 3 jenis bahan dan nyatakan tujuan penggunaan dalam kerja


penyenggaraan pencegah peralatn elektronik?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Senaraikan 5 alat yang biasa digunakan dalam aktiviti penyelenggaraan


peralatan elektronik.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
___________________________________________________________________

4. Nyatakan 3 ciri keselamatan yang perlu dalam mengendalikan alat


penyelenggaraan.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
NO. KOD EE-021-3:2012/C03/P(2/8) Muka : 10 drp : 10

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Total Quality Management reference books
2. R.A. Bravery and A.P. (1974)Television and Electronic Servicing Gilbert Newnes
/ Butterworths,
3. Wayne Lemons, Transistor (1972). Radio Servicing Course. Howard W. Sams
and Company,
4. Joseph A. Risse, 1968. Understanding Electronic Test Equipment. H. W.
Sams, ,
5. Bernard Grob. (1997). Basic Electronics. McGraw-Hill
6. Joseph A. Risse. (1968). Understanding electronic test equipment. H. W. Sams

Anda mungkin juga menyukai