Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 5
SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK/ SVM

KOD/KURSUS ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING MAINTENANCE

KOMPETENSI 05. INSPECT ELECTRICAL WIRING FUNCTIONALITY

5.1 Various testing and measuring instruments.


5.2 Types and application and protection devices.
KOMPETENSI
5.3 Types of testing: Continuity, Polarity, Insulation and Earthing.
UNIT
5.4 Specification technical data.
5.5 Operation manual

KOMPETENSI Trainee must be able to:


PEMBELAJARAN  Inspect electrical wiring functionality

ETE 1033/K 05/NK 05-06


NO KOD
EDISI MEI 2017
MUKA : 01 DARIPADA 20
NO KOD JPK EE-320-2:2012-C03

MENGENAL PASTI PELBAGAI ALAT PENGUKURAN DAN PENGUJIAN


NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 2 drp : 16

TUJUAN :

Setelah selesai sesuatu pendawaian, beberapa pengujian terhadap pepasangan


pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahan kendalian litar pendawaian dan peralatan
dipasang selamat untuk digunakan. Sebelum pengujian dijalankan proses pemeriksaan
hendaklah dibuat.

PENERANGAN :

Kerja-kerja penyelengaraan pendawaian elektrik memerlukan beberapa alatan tangan khas.


Dengan menggunakan perkakas yang betul dan sesuai akan membolehkan kita membuat
kerja dengan sempurna dan pantas.Di antara perkakas kerja yang perlu ada pada setiap
penyelenggaraan adalah seperti berikut:

1) Pemutar skru

2) Playar gabung

3) Playar pemotong sisi

4) Pisau kecil

5) Meter pelbagai(Multimeter)

6) Pena ujian(Test pen)

7) Playar muncung tirus

8) Penjerut Kabel(Wire Stripper)

A. Kegunaan peralatan tangan dan teknik penggunaan yang betul.

 Juruelektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga


saiz pemulas skru yang berbeza seperti
kecil,sederhana dan besar.Selain daripada saiz dan
panjang yang berlainan,perlu juga memilih hujung
skru philip dan flat.

Pemutar Skru
NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 3 drp : 16

 Playar Lazimnya digunakan untuk memegang alatan


dan membengkok wayar dan juga untuk memegang
nat kecil serta washer.Player tambahan daripada
jenis pemotong sisi dan muncung panjang juga
diperlukan.Pelbagai jenis playar mestilah
Playar gabung mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.

 Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung


wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu
tamatan.manakal pelucut penebat dari jenis yang
boleh dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan
melucut penebat dengan baik tanpa merosakkan
Playar Pemotong Sisi wayar pengalir.

 Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan


menggunakan pisau kecil.Segala kerja yang
dilakukan hendaklah dengan berhati-hati supaya
tidak merosakkan bahagian wayar pengalir.

Pisau

 Alat ini digunakan untuk mengukur Voltan,Arus dan


juga Rintangan dengan melaraskan julat.

Meter Pelbagai(Multimeter)
NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 4 drp : 16

 Kegunaannya adalah untuk mengesan kebocoran


arus elektrik atau kabel hidup.Selain itu juga boleh
digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru
kecil.Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan
untuk mengesan voltan 50v-500v.

Pena Ujian (Test Pen)

 Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang


kecil,memotong,membentuk dan mencapai sesuatu
di ruang yang sempit dan rumit.

Playar muncung tirus

 Kegunaannya adalah untuk membuang penebat


kabel.

Penjerut Kabel(Wire Stripper)

Alat-alat pengukuran dan pengujian ini boleh diperolehi dalam dua jenis iaitu:-
NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 5 drp : 16

1.1. Jenis analog.

1.2. Jenis digital.

Jangka jenis analog mempunyai jarum penunjuk yang bergerak diatas paparan berskala.
manakala jangka jenis digital mempunyai paparan berdigit.

Rajah 1 : Jangka Jenis Analog dan Jenis Digital

2. Jenis Alat Pengukuran dan Pengujian Elektrik

Diantara jenis-jenis alat pengukuran dan pengujian pepasangan elektrik yang selalu

digunakan dalam adalah:-

2.1. Jangka Ohm (Ohmeter)

Jangka Ohm digunakan untuk mengukur nilai rintangan sesuatu bahan elektrik. Ia juga

digunakan untuk menguji keterusan (continuity) sesuatu litar atau komponen elektrik.

Rajah 2 : Jangka Ohm

2.2. Jangka Ampiar (Ammeter)


NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 6 drp : 16

Jangka Ampiar digunakan untuk mengukur nilai arus yang mengalir didalam sesuatu litar

elektrik.

Rajah 3 : Jangka Ampiar

2.3. Jangka Voltan (Voltmeter)

Jangka Voltan digunakan untuk mengukur nilai beza-upaya atau daya gerak elektrik sesuatu
litar elektrik.

Rajah 4 : Jangka Voltan

2.4. Jangka Watt (Wattmeter)

Jangka Watt digunakan untuk mengukur nilai kuasa dalam litar elektrik

Rajah 5 : Jangka Watt

2.5. Jangka Watt-jam (Watt-hour meter)

Jangka Watt-jam digunakan untuk mengukur nilai tenaga yang dihasilkan dalam litar
NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 7 drp : 16

elektrik.

Rajah 6: Jangka Watt-jam

2.6. Jangka Ligat (Tachometer)

Jangka Ligat digunakan untuk mengukur nilai kelajuan putaran sesuatu mesin elektrik.

Rajah 7 : Jangka Ligat

2.7. Jangka Lux (Lux meter)

Jangka Lux digunakan untuk mengukur nilai pencahayaan sesuatu sumber cahaya.

Rajah 8 : Jangka Lux

2.8. Jangka Frekuensi (Frequency Meter)

Jangka Frekuensi digunakan untuk mengukur frekuensi sesuatu bekalan elektrik.


NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 8 drp : 16

Rajah 9 : Jangka Frekuensi

2.9. Jangka Faktor Kuasa (Power Factor Meter)

Jangka Faktor Kuasa digunakan untuk mengukur faktor kuasa sesuatu litar elektrik.

Rajah 10 : Jangka Faktor Kuasa

2.10. Jangka Galvano (Galvanometer)

Jangka Galvano digunakan untuk menentukan adanya pengaliran arus elektrik didalam

sesuatu litar.

Rajah 11 : Jangka Galvano

2.11. Jangka Turutan Fasa (Phase Sequence meter)

Jangka Turutan fasa digunakan untuk menentukan turutan fasa sesuatu bekalan

elektrik.
NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 9 drp : 16

Rajah 12 : Jangka Turutan Fasa

2.12. Penguji Pembumian Megger (Earth Megger Tester)

Penguji Pembumian Megger digunakan untuk menentukan nilai galangan bumi.

Rajah 13 : Jangka Pembumian Megger

2.13. Penguji Penebatan Megger (Insulation Megger Tester)

Penguji Penebatan Megger digunakan untuk menentukan nilai penebatan sesuatu

pengalir elektrik.

Rajah 14 : Jangka Penebatan Megger

2.14. Jangka Pelbagai (Multimeter / AVO meter)

Jangka Pelbagai digunakan untuk mengukur nilai arus, beza-upaya, daya gerak-

Elektrik, rintangan dan keterusan litar elektrik.


NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 10 drp : 16

Rajah 15 : Jangka Pelbagai

2.15. Jangka RCL (RCL meter)

Jangka RCL digunakan untuk mengukur nilai rintangan (R), kapasitar (C) dan inductor

(L).

Rajah 16 : Jangka RCL

2.16. Jangka Clip On (Clip-On Meter)

Jangka ‘clip-on’ digunakan untuk mengukur nilai arus sesuatu talian elektrik.

Rajah 17 : Jangka Clip-on

2.17. Penguji ‘Cable Locator ‘ (Cable Locator Tester)

Penguji Cable Locator digunakan untuk menentukan kedudukan kabel yang

tersembunyi atau mengesan kerosakan kabel yang tersembunyi.


NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 11 drp : 16

Rajah 18 : Jangka ‘Cable Locator’

2.18. Penguji RCD (Residual Current Device Tester)

Penguji RCD digunakan untuk menguji pemutus litar arus baki (PLAB)

Rajah 19 : Jangka RCD

MENJALANKAN PENGUJIAN: UJIAN KETERUSAN, UJIAN KEKUTUBAN LITAR,


UJIAN RINTANGAN PENEBATAN DAN UJIAN PEMBUMIAN

PENERANGAN :
NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 12 drp : 16

Beberapa pengujian terhadap pepasangan pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahan


kendalian litar pendawaian dan peralatan dipasang selamat untuk digunakan.

Turutan ujian yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :

i. Pengujian keterusan pengalir pelindung dan dengan pengikatan tambahan dan


utama.
ii. Rintangan penebatan pepasangan elektrik.
iii. Perlindungan secara pengasingan litar.
iv. Rintangan lantai dan dinding.
v. Pemutusan automatic bekalan.
vi. Ujian kekutuban.
vii. Ujian kekuatan elektrik.
viii. Ujian kefungsian (peranti kawalan, peralatan suis, saling kunci dan pemacu)
ix. Susut voltan.

Ujian Keterusan Litar

Terdapat 3 Ujian Keterusan Litar Akhir yang utama:-

a) Ujian Keterusan Konduktor Pelindung;

b) Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang

c) Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral.

a) Ujian Keterusan Konduktor Pelindung

•Untuk memastikan semua konduktor pelindung disambung secara betul dan berkesan.

•Alat uji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.

•Kaedah Pengujian

- Pastikan Suis utama, RCD dan MCB di litar buka (Switch Off) dan semua beban
ditanggalkan

- Sambungkan test lead penguji seperti rajah; dan

- Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.


NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 13 drp : 16

Ujian Keterusan Konduktor Pelindung

b) Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang

• Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan disepanjang litar gelang.

• Alat uji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.

• Kaedah Pengujian

- Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dari MCB, konduktor neutral dari
terminal neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan

- Sambungkan lead penguji seperti gambarajah di bawah ( E-E);

- Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N); dan

- Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang

c) Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral

• Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik disepanjang


litar.

• Alatuji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.

• Kaedah pengujian

- Suis utama, RCD dan MCB di litar-buka (Switched Off);

- Semua beban hendaklah ditanggalkan;


NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 14 drp : 16

- Suis hendaklah di litar-tutup (Switched On);

- Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litar-tutup;

- Jalankan ujian sebagaimana rajah di bawah; dan

- Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral

Ujian Rintangan Penebatan

i. Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa, konduktor fasa
dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi.

ii. Menguji ketahanan penebatan kabel.

iii. Alat uji - Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester). Voltan
kendalian adalah arus terus dengan keupayaan voltan 250V A.T atau 500V
A.T.

iv. Kaedah Pengujian

• Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switched off);

• Semua beban hendaklah ditanggalkan;

• Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switched on);

• Jalankan ujian sebagaimana jadual di bawah; dan

• Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm.


NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 15 drp : 16

Nilai Minimum Bagi Rintangan Penebatan adalah seperti jadual di bawah.

Ujian Rintangan Penebatan

Ujian Kekutuban Litar

i. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti perlindungan
disambung pada konduktor fasa sahaja.

ii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pada konduktor fasa.

iii. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor fasa, neutral dan
bumi disambung pada terminal yang betul.

iv. Alatuji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.

v. Kaedah pengujian

• Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off);

• Semua beban hendaklah ditanggalkan;

• Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)


NO. KOD ETE 1033/K 05/NK 05-06 Muka : 16 drp : 16

Ujian Kekutuban Litar

Anda mungkin juga menyukai