Anda di halaman 1dari 32

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 3
KOD DAN NAMA
PROGRAM / E-320-2:2012
PROGRAM’S CODE & SINGLE PHASE ELECTRCAL INSTALLATION AND MAINTENANCE
NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / E-320-2:2012/C02-SINGLE PHASE WIRING INSTALLATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING SPECIFICATIONS
AND PROCEDURES
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS,
EQUIPMENT AND MATERIALS
3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
4. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING SYSTEM
NO. DAN PERNYATAAN INSTALLATION
AKTIVITI KERJA / WORK 5. CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB)
ACTIVITIES NO. AND (METALLIC OR INSULATED) INSTALLATION
STATEMENT 6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES
INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE SINGLE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 24

TAJUK : MENJALANKAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang jenis-jenis sistem pepasangan
elektrik satu fasa yang terdiri daripada memasang pendawaian pemukaan satu fasa,
memasang saluran pendawaian satu fasa, memasang pendawaian trunking satu fasa,
memasang pendawaian satu fasa tersembunyi, memasang sistem pembumian satu
fasa, memasang papan pengagihan dan memeriksa pemasangan elektrik mengikut
Peraturan dan Standard Antarabangsa Electro Teknikal Malaysia Suruhanjaya (MS-
IEC).
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

3.1 PERALATAN TANGAN ELEKTRIK


Kerja-kerja pendawaian elektrik memerlukan beberapa alatan tangan khas disamping perkakas
kerja berkuasa elektrik/bateri.Dengan menggunakan perkakas yang betul dan sesuai akan
membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas.Di antara perkakas kerja yang
perlu ada pada setiap pendawai adalah seperti berikut:

 Pemutar skru
 Playar gabung
 Playar pemotong sisi
 Pisau kecil
 Meter pelbagai(Multimeter)
 Tukul pendawai(wiring hammer)
 Gergaji besi(Haksaw blade)
 Pita pengukur
 Beg galas
 Gerimit(Gimlet)
 Pena ujian(Test pen)
 Playar muncung tirus
 Penjerut Kabel(Wire Stripper

Kegunaan peralatan tangan mengikut kategori kumpulan dan teknik penggunaan


yang betul.

Perkakas Asas

Perkakas asas perlu dimiliki oleh seorang Juruelektrik untuk kerja pendawaian.Keyakinan
pengguna terhadap Juruelektrik ketika membuat kerja pendawaian juga bergantung kepada alat
kelengkapan perkakas kerja yang dimilikinya.Berikut adalah perkakas dan keterangan ringkas
mengenai penggunaanya.

 Juruelektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga


saiz pemulas skru yang berbeza seperti
kecil,sederhana dan besar.Selain daripada saiz dan
panjang yang berlainan,perlu juga memilih hujung
skru philip dan flat.

Pemutar Skru

 Playar Lazimnya digunakan untuk memegang alatan


dan membengkok wayar dan juga untuk memegang
nat kecil serta washer.Player tambahan daripada
jenis pemotong sisi dan muncung panjang juga
diperlukan.Pelbagai jenis playar mestilah
Playar gabung
mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

 Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung


wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu
tamatan.manakal pelucut penebat dari jenis yang
boleh dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan
melucut penebat dengan baik tanpa merosakkan
Playar Pemotong Sisi wayar pengalir.

 Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan


menggunakan pisau kecil.Segala kerja yang
dilakukan hendaklah dengan berhati-hati supaya
tidak merosakkan bahagian wayar pengalir.

Pisau

 Alat ini digunakan untuk mengukur Voltan,Arus dan


juga Rintangan dengan melaraskan julat.

Meter Pelbagai(Multimeter)

 Sebaik-baiknya seorang Juruelektrik mempunyai tiga


jenis tukul, jenis clawa yang digunakan untuk kerja
am,jenis pin untuk memasang klip kabel dan jenis
club untuk digunakan dengan pahat

Tukul pendawai(Wiring Hammer)


Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

 Pelbagai jenis gergaji digunakan untuk kerja


pendawaian yang berkaitan dengan kayu,logam dan
plastic.bagi melakukan pemotongan sesalur PVC
kecil dan kayu perlu menggunakan gergaji jenis
tenon.Gergaji ini sesuai digunakan untuk memotong
logam dan kabel besar.Untuk memotong skru dan bol
sesuai menggunakan gergaji logam yang kecil
dengan bilah boleh ganti semula.

Gergaji Besi(Hacksaw Blade)

 Pita digunakan untuk mengukur penempatan


aksesori dengan tepat.Terdapat pelbagai saiz pita
pengukur.Dalam kerja-kerja pendawaian lazimnya
menggunakan pita bersaiz 12 kaki atau 3 meter.Pita
ini juga digunakan untuk membuat anggaran panjang
kabel bagi sesuatu pendawaian.
Pita Pengukur

 Seseorang juruelektrik melakukan kerja pendawaian


di pelbagai tempat seperti di atas siling,tingkat satu
dan tingkat bawah.Perkakas kerja asas seperti
tukul,playar,pemulas skru lazimnya dalam keadaan
sentiasa digunakan dalam apa jua kerja yang
dilakukan.
 Selain itu bahan keperluan seperti paku,skru dan klip
kabel boleh ditempatkan pada ruang khas di beg
tersebut.Perkakas kerja yang tajam tidak sesuai
disimpan didalam saku baju atau seluar kerana boleh
mendatangkan bahaya.Oleh itu,perkakas kerja
Beg Galas
tersebut boleh disimpan pada beg galas pendawaian
seperti yang ditunjukkan pada rajah sebelah.beg ini
boleh digantung pada bahagian hadapan supaya
perkakas mudah diambil apabila diperlukan.Beg
galas kerja ini boleh didapati dari bahan kanvas,kain
tebal atau kulit asli.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

 Digunakan untuk membuat lubang permulaan bagi


Gerimit(Gimlet) skru papan (wood screw)mudah dipasang dan
diletak.

 Kegunaannya adalah untuk mengesan kebocoran


arus elektrik atau kabel hidup.Selain itu juga boleh
digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru
kecil.Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan
untuk mengesan voltan 50v-500v.

Pena Ujian (Test Pen)

Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang


kecil,memotong,membentuk dan mencapai sesuatu
di ruang yang sempit dan rumit.
Playar muncung tirus

Kegunaannya adalah untuk membuang penebat kabel.

Penjerut Kabel(Wire Stripper)


Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

3.2 SENARAI PERALATAN DAN BAHAN ELEKTRIK

Mesin Elektrik (Power Tools)

a) Senarai “Power Tools” mengikut kategori kumpulan seperti


menebuk,memotong,mencanai dll.

Untuk melaksanakan kerja-kerja pendawaian elektrik sekurang-kurangnya memerlukan


beberapa perkakas kerja berkuasa elektrik/bateri.Dengan menggunakan perkakas yang betul
dan sesuai akan membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas.Di antara
perkakas kerja berkuasa elektrik yang perlu ada pada setiap pendawai adalah seperti berikut:

 Gerudi tangan mudah alih


 Pemulas/gerudi mudah alih
 Gergaji jig(Jig Saw)
 Gerudi impak(Demolition Hammer)
 Mesin Pencanai (Grind
 Pemulas skru bateri(cordless drill)

Kegunaan “Power Tools” mengikut kategori kumpulan:

Hand Drill

Alat ini digunakan untuk kerja-kerja menebuk


dipermukaan kayu,simen dan logam.Operasi kendalian
menggunakan kuasa elektrik 240V dan juga boleh laras
samada untuk menebuk kayu,simen atau logam.
Peralatan ini amat penting dan luas penggunaannya
serta perlu ada bagi seorang setiap pendawai.

Batery Drill

Alat ini juga sama fungsinya dengan Hand Drill dan tidak
berapa sesuai untuk melakukan penebukan pada
permukaan yang agak keras. Alat gerudi tangan jenis
bateri memberi banyak kemudahan dalam melakukan
tugas-tugas penebukan yang kecil dan operasi kendalian
menggunakan kuasa bateri 12V atau 24V. Peralatan ini
amat penting dan luas penggunaannya serta perlu ada
bagi seorang setiap pendawai.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

Demolition Hammer

Alat ini kebiasaannya untuk menebuk lubang pada


dinding konkrit dan untuk kerja-kerja yang agak besar
permukaan konkrit yang perlu dipecahkan.Alat ini sesuai
untuk kerja-kerja yang melibatkan permukaan konkrit.

Jig Saw

Alat untuk memotong kayu,plywood dan lain-lain benda


yang agak lembut.Tidak sesuai untuk memotong benda-
benda logam.Alat ini banyak juga penggunaannya dalam
kerja-kerja pendawaian elektrik.

Grinder

Alat ini digunakan untuk kerja-kerja permotongan


trunking pvcdan meratakan permukaan logam atau lain-
lain benda yang agak keras fizikalnya.

3.3 SOP PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL

a) Prosedur Pendawaian

Konduit PVC adalah merupakan pilihan selain daripada konduit GI. Bentuk dan saiznya
sama kecuali bahan buatannya daripada PVC. Konduit PVC ini tidak mempunyai
bebenang skru di kedua-dua hujungnya. Ada dua jenis konduit PVC iaitu pvc tahan
lasak (high impact) dan pvc biasa. Kebanyakan konduit masa kini dibuat untuk tahan
lasak serta tahan kepada hentaman dan tidak mudah pecah serta kos yang rendah.Saiz
konduit boleh didapati seperti 20,25,32,40 dan 50 mm.Konduit tahan hentaman dibuat
daripada bahan polyvinyl chloride untuk mengikut keperluan piawaian BS EN 500862-1
1996,Saiz standard bagi konduit jenis ini adalah 20,25 dan 32 mm.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33
Proses Pendawaian Konduit PVC

 Sistem ini biasanya digunakan pada tempat yang terdedah pada bahaya
kerosakan mekanikal yang minimum
 Pada masa ini,ia banyak digunakan bagi menggantikan sistem pendawaian
selongsong.
 Selain daripada memberi perlindungan mekanikal pada kabel,sifatnya yang
tahan lasak,mudah dipasang,kalis air,tidak mudah berkarat dan tahan panas
menjadikan ia sebagai pilihan utama dalampendawaian domestik
 Satu kelebihan utama sistem ini ialah ia dapat menghalang aliran arus
elektrik ke bahagian-bahagian lain pemasangan jika berlaku kebocoran arus.
 Sistem ini mempunyai alat tambahnya sendiri bagi tujuan penyambungan,
pemeriksaan dan tamatan
 Bagi membentuk pembuluh PVC,pembengkok pegas akan dimasukan ke
dalamnya dan kemudian barulah pembuluh tersebut dibentuk mengikut
keadaan yang diperlukan
 Selekoh yang kecil/selisih (offset) dan selekoh L konduit PVC boleh dibuat
dengan menggunakan pegas pembengkok dengan membengkokkan
konduit mengikut keperluanya, caranya masukkan pegas pembengkok ke
dalam konduit, kemudian bengkokkan bahagian konduit tersebut mengikut
keperluan.

b) Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Pembuluh PVC

Amalan kerja yang baik semasa melakukan pendawaian adalah seperti berikut:

 Rancang laluan pendawaian Pembuluh PVC


 Rancang pembuluh dan aksesori mengikut laluan
 Pastikan semua pemasangan pembuluh dan alat tambah siap dipasang terlebih
dahulu sebelum kerja- kerja memasukkan kabel boleh dilakukan
 Masukkan kabel dengan cara menarik ke dalam pembuluh PVC
 Pastikan semua pemasangan dilakukan dengan kemas dan teguh
 Kotak pemeriksaan digunakan bagi memudahkan kerja penarikan kabel bagi
pendawaian yang panjang
 Muatan kabel dalam pembuluh mengikut peraturan I.E.E dan Suruhanjaya
Tenaga & Gas.

c) Kaedah Pemasangan Pendawaian Konduit


 Konduit hendaklah dipasang terlebih dahulu sepenuhnya, kemudian barulah
dimasukkan kabel ke dalamnya. Ini termasuk pemasangan segala keperluan
pemasangan (fittings) dan aksesori konduit seperti kotak tee box, sesiku L,
penganding, penyuai, pengecil, dan segala kotak pemasangan aksesori.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

 Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu konduit hendaklah mengikut


faktor ruang iaitu tidak melebihi 40%.

Rajah 2.Pendawaian Konduit PVC

d) Sistem Pendawaian Konduit PVC.

Segala penyambungan untuk konduit PVK ini menggunakan aksesori yang dibuat daripada
bahan pvk. Ikatan penyambungan tidak menggunakan skru sepertimana konduit GI, tetapi
menggunakan bahan perekat.

Rajah 3 Konduit Impak Tinggi


(High Impact Conduit)

Rajah 4 Konduit Berombak


(Flexibel Conduit)
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

Alatan yang digunakan bagi memotong konduit PVC

 PVC Conduit cutter / pemotong konduit


 Hack saw / Gergaji

Conduit/Pipe Cutter Gergaji

Rajah 5.pipe cutter dan gergaji

Alatan yang digunakan bagi membuat bengkokan pada konduit PVC.

Rajah 6.pegas pembengkok

 Dawai pemancing biasanya digunakan untuk menarik kabel kelaluannya di dalam


konduit. Dawai pemancing jenis nilon

 Digunakan kerana ia mudah lentur dan tahan lasak.


 -

Rajah 7. dawai pemancing nilon :


Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33
Cara-cara Membuat Ukuran dan Bengkokan

 Tandakan ukuran yang bertanda X pada ukuran 20 cm


 Kemudian masukkan spring bender ke dalam konduit tersebut pada bahagian
tengah yang berukuran 20 cm pada spring bender seperti gambarajah di atas dan
buat bengkokan 90 darjah

 Anda akan mendapat ukuran yang tepat iaitu 20 cm


 Kemudian potong konduit bengkokan yang satu lagi pada ukuran 12 cm
 Projek yang didapati seperti gambarajah di bawah.

20 cm X 12 cm

Alat Yang Digunakan Untuk Membuat Bengkokan Pada Konduit PVC

Rajah 8 kegunaan pegas pembengkok


Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

Rajah 9 Contoh Cara Membuat Bengkokan Pada Konduit PVC

Konduit PVC boleh dilentur/dibengkokan dengan menggunakan tangan dan


spring tanpa sebarang kesukaran, mengikut lenturan atau bengkokan yang
dikehendaki.

Rajah 10 Contoh- contoh bengkokan pada konduit


Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

Memasang Konduit

Perkara yang paling penting dalam kerja-kerja konduit ialah kaedah atau
cara memasangnya.Pemasangan konduit dalam konkrit tidak menjadi masalah
kerana konduit ditimbusi dengan plaster,tetapi bagi pemasangan pada
permukaan hendaklah kemas dan cantik dipandang.Ada terdapat berbagai-bagai
jenis klip yang digunakan untuk melekatkan konduit dan kegunaannya tertakluk
pada keadaan pemasangan.Contohnya untuk melekatkan konduit pada batu
bata,penahan jenis krampet (crampet) adalah yang paling sesuai akan tetapi
sebaliknya bagi dinding yang rata,saddle(pelana) atau kelip adalah lebih sesuai.

Pada keseluruhannya,jenis-jenis klip yang digunakan untuk kerja-kerja


pendawaian dalam konduit ialah bertujuan:

 Untuk menyokong dan memegang konduit terus ke dinding atau


struktur-struktur lain,terdapat berbagai jenis untuk menyesuaikan
keadaan-keadaan tempat pemasangan.
Contoh:

 Klip
 Crampet
 Saddle and black plate
 Multiple saddle

Jarak-jarak antara saddle-saddle untuk pemasangan yang diperakui ialah

 800 mm( 2 kaki 8 inci) ialah untuk saiz konduit 20mm(3/4 inci)
 1600mm hingga 2000 mm ialah untuk saiz konduit yang melebihi 20 mm

Kaedah Pemasangan Pendawaian Konduit

1. Konduit hendaklah dipasang terlebih dahulu sepenuhnya, kemudian barulah

2. dimasukkan kabel ke dalamnya. Ini termasuk pemasangan segala keperluan


pemasangan (fittings) dan aksesori konduit seperti kotak tee box, sesiku L,
penganding, penyuai, pengecil, dan segala kotak pemasangan aksesori.

3. Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu konduit hendaklah mengikut


faktor ruang iaitu tidak melebihi 40%.
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33
4. Pasangkan pelana mengikut jarak yang sesuai.

Rajah 11 Contoh pemasangan pelana(saddle) pada konduit

Kaedah Memasukkan Kabel Ke Dalam Konduit

Bagi sistem pendawaian ini,kerja-kerja memasukkan kabel ke dalam conduit memerlukan


pengalaman supaya kabel yang dimasukkan tidak rosak penebatnya. Dibawah ini diterangkan
bagaimana cara-cara /kaedah seperti berikut:

1.1 Menarik masuk kabel ke dalam conduit

Kabel-kabel hanya boleh ditarik masuk ke dalam konduit setelah sistem


pendawaian konduit itu:

 Siap dipasang
 Bersih dan kering
 Semua cantuman konduit itu longkap,teguh,ketat dan kuat
 Kerja pemasangan kabel tidak merosakkan pembinaan atau struktur yang lain

1.2 Sebelum menarik masuk kabel

 Tentukan titik permulaan pada sistem konduit agar kabel-kabel dapat


dikumpulkan dengan betul dan berjujukan,bagi larian konduit yang
bercabangan dimana panjang kabel yang perlu ditarik masuk dikurangkan.

 Masukkan pita tarik(fish wire) kedalam konduit antara titik-titik tarik masuk dan
kemudiannyapita tarik (fish wire) itu digunakan untuk menarik masuk satu dawai
tarik.ikatkan dawai tarik (fish wire) bersama-sama dengan kabel-kabel pemasangan
dan tarik dawai tarik itu dari hujung yang lain.
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

1.3 Semasa Menarik Masuk Kabel


 Elakkan kerosakan pada tebatan kabel
 Elakkan permintalan pada kabel
 Elakkan persilangan antara kabel
 Penolakkan dan penarikkan ke atas kabel haruslah serentak

1.4 Keupayaan Konduit


Bilangan kabel yang boleh dipasang dalam konduit perlu ditentukan untuk:-

 Kerosakan munkin ke atas kabel atau sistem konduit semasa menarik masuk
 Pemudahan manarik kabel masuk.
 Penggunaan ruang dalam konduit (faktor ruangan) 40% yang berpatutan agar
 keupayaan kabel-kabel membawa arus tidak dikurangkan

Rajah 13 Alatan Yang Digunakan Bagi Menarik Kabel Di Dalam Konduit

Dawai pemancing biasanya digunakan untuk menarik kabel kelaluannya di dalam


konduit. Dawai pemancing jenis nilon. Digunakan kerana ia mudah lentur dan tahan
lasak.

Rajah di bawah adalah bentuk dawai pemancing nilon :

Rajah 14 Dawai pemancing jenis nilon


Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

1.5 Kaedah Pemasangan Pendawaian Konduit

 Konduit hendaklah dipasang terlebih dahulu sepenuhnya, kemudian


barulah dimasukkan kabel ke dalamnya. Ini termasuk pemasangan
segala keperluan pemasangan (fittings) dan aksesori konduit seperti
kotak tee box, sesiku L,penganding, penyuai, pengecil, dan segala kotak
pemasangan aksesori.
 Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu konduit hendaklah
mengikut faktor ruang iaitu tidak melebihi 40%.Pasangkan pelana
mengikut jarak yang sesuai.lihat gambarajah di bawah:

Rajah 15 .contoh pemasangan kondiut bersama pelana

2 PVC TRUNKING (SESALUR BERMODUL )

PVC Trunking atau Sesalur bermodul biasanya diperbuat daripada bahan pvk
jenis tahan hentakkan. Ada juga sesalur bermodul diperbuat daripada GI (
galvani iron). Sesalur ini biasanya digunakan untuk pemasangan domestik dan
industri.

 Sesalur jenis PVK ini lebih ringan jika dibandingkan dengan sesalur jenis
Metal
 Kosnya lebih murah, tidak berkarat, tahan lama dan tidak mudah pecah.
 Diperbuat mengikut piawaian BS 4678.
 Pemilihan saiz sesalur yang sesuai mengikut bilangan kabel dan
pastikan faktor ruang yang mencukupi dan tidak melebihi 45%.
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

Rajah 16 Contoh gambarajah PVC Trunking

2.1 FAKTOR RUANG TRUNKING

 Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12 E (dihalaman


sebelah)
 Jumlah kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor
trunking daripada Jadual 12 F
 Saiz nominal trunking yang sesuai sekiranya faktor trunking sama atau lebih
daripada jumlah faktor kabel

Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz kabel trunking selain yang
diberi di Jadual 12 E dan 12 F,jumlah kabel yang perlu dipasang faktor
ruangannya haruslah tidak melebihi 45 % iaitu 45% berisi kabel dan 55% untuk
ruang udara

Faktor Ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel

Jumlah luas keratan rentas dalam trungking


Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33
JADUAL 12 E

FAKTOR KABEL BAGI TRUNKING

JENIS LUAS KERATAN RENTAS PENGALIR(MM


FAKTOR
PENGALIR ²)

1.5 7.4

2.5 10.2
PEJAL
1.5 8.1

2.5 11.4

4 15.2

LEMBAR 6 22.9

10 36.3

2.2 contoh-contoh sudut dalam pemasangan trunking

1. Sudut 90° 2. Sudut 135°

4 inci

4 inci

3. Sudut sambungan T 4. Sudut Double Offset

Rajah 17 kaedah cara cara pemasangan PVC Casing Buat garisan


Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

Garisan penanda

Garisan hendaklah dibuat


dahulu sebelum PVC Casing
dipasang supaya dapat hasil
kerja yang memuaskan.
Garisan boleh dibuat
menggunakan benang nylon
atau pensil penanda.

Lekapkan PVC Casing ke


dinding pendawaian
mengikut garisan penanda
yang dibuat.

Pastikan PVC Casing yang


hendak dipasang mengikut
garisan yang di buat.

PVC Casing

Paku pendawaian
Rajah 18. Pemasangan trunking pvc

2.3 Cara pemasangan trunking dan kondiut

Langkah 1

Ukur jarak PVC Trunking yang


hendak dipotong dengan
menggunakan pita pengukur dan
penanda
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

Langkah 2

Ambil sesiku L untuk membuat


garisan menegak untuk
mendapatkan hasil kerja yang
memuaskan

Rapatkan sesiku L pada PVC


Trunking apabila kerja penandaan
dilakukan.

Langkah 3

Setelah kerja penandaan


dilakukan, ambil PVC Trunking
dan letakkan di Mitre Saw untuk
kerja pemotongan

Pastikan langkah langkah


keselamatan dititik beratkan.

Langkah 4

Garisan hendaklah dibuat


dahulu sebelum PVC Trunking
dipasang supaya dapat hasil
kerja yang memuaskan.
Garisan boleh dibuat
menggunakan benang nylon
atau kapur.

PVC Trunking dilekapkan di


Langkah 5
dinding

Lekapkan PVC Trunking ke dinding


pendawaian mengikut garisan
penanda yang dibuat.

Pastikan PVC Trunking yang hendak


dipasang mengikut garisan yang di
buat. Kemudian lekapkan dengan
mengikatkannya dengan
menggunakan pemutar skru

Pemutar skru
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

langkah 6

Selepas PVC Trunking


dilekatkan didinding, tebuk di
bawah PVC Trunking dengan
menggunakan hole cutter
bersaiz 19mm untuk
pemasangan paip PVC
Kondiut

Langkah 7

Selepas PVC Trunking ditebuk,


masukkan PVC Bush dan PVC
Kondiut untuk kerja seterusnya
( lihat Gambar )

PVC Trunking

PVC Bush PVC Kondiut

Langkah 8
( male/female)

Ikatkan PVC Bush pada


trunking dan pasangkan U
saddle untuk kerja yang lebih
kemas

U saddle
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

3.4 TEKNIK MENANDA DAN MELARIKAN KABEL

A) Cara cara melarikan kabel dalam pemasangan PVC Trunking dan PVC Kondiut
mengikut kaedah kaedah dalam Peraturan

1. Langkah 1

Kabel hendaklah disusun sebelum


kerja memasukkan kedalam
kondiut dilakukan. Pastikan
sebahagian kabel dipanjangkan
sedikit sebagai pancing.

Sebahagian kabel
dipanjangkan sedikit

2. Langkah 2

Balut kabel yang hendak


dimasukkan kedalam kondiut
dengan menggunakan loytape.
Balut dengan agak kuat agar kabel
tidak terlerai ketika penarikan
dilakukan.

3. Langkah 3

Pastikan kabel dibalut


seluruhnya. Sekiranya kabel tidak
dibalut seluruhnya akan
menyebabkan kerja penarikan
kabel agak sukar.

loytape

4. Langkah 4

Masukkan kabel Puller kedalam


PVC Kondiut untuk penarikan
kabel. Masukkan kabel Puller
dari kotak base suis ke
sambungan PVC Trunking.

Kabel Puller
Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

5. Langkah 5

Pintalkan hujung kabel yang


hendak ditarik tadi dengan kabel
Puller. Untuk memastikan kabel
tidak terlepas dari Puller bolehlah
dibalut dengan menggunakan
loytape

Pintalkan

6. Langkah 6

Tarik dengan berhati hati dari


kotak base suis agar kabel tidak
terlepas dari puller. Jangan
sesekali merentap puller
dengan kuat kerana ini boleh
menyebabkan kabel terluka

Tarik puller kebawah

7. Langkah 7

Buka pintalan kabel pendawaian


dengan kabel puller tadi.
Kemudian keluarkan kabel lebih
kurang 10 inci dari kotak base
suis untuk kerja tamatan.

10 inci
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

3.5 JENIS, SAIZ KABEL DAN KEKUTUBAN


I. Kabel
Kabel merupakan alat yang sangat penting dalam pemasangan elektrik. Ia merupakan
perantaraan atau sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik.
Oleh kerana kadaran arus, kadaran voltan, keadaan alat dan tempat yang berbeza-beza,
kabel-kebel ini dibuat berbagai jenis dan saiz bagi menyesuaikan dengan keperluan
tersebut. Oleh itu pengguna haruslah bijak semasa membuat pilihan supaya pilihan yang
dibuat itu betul dan sesuai sebelum kerja-kerja pemasangan dilakukan. Kesimpulan pilihan
itu biarlah tidak merugikan, tidak membahayakan dan cekap dari segi kemampuan
membawa arus. Penebatan hendaklah terbaik sehingga boleh mengelakkan kebocoran
arus dalam arah-arah yang tidak dikehendaki, dan dengan itu mengurangkan risiko
kebakaran dan renjatan.

II. Istilah-istilah kabel

Terdapat berbagai-bagai istilah yang digunakan bagi maksud menjelaskan dengan lebih
lanjut dan tepat mengenai kabel, antaranya termasuklah :-

 Teras
 Sarung kabel
 Lembar
 Luas keratan rentas

i) Teras
Teras ialah pengalir yang dikelilingi oleh penebat ( pengalir bertebat )
tetapi bukan bermaksud untuk perlindungan mekanik atau sebarang
perlindungan lain. Bilangan pengalir itu boleh jadi satu, dua atau
beberapa lembar pengalir seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah
dibawah.

Kelas teras kabel terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu :-

 Teras tunggal
 Teras
 Teras
 Berbilang teras
Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

Rajah 15 : Jenis-jenis teras kabel

ii) Sarung Kabel


Merupakan lapisan kedua pembalut pengalir atau lapisan sesudah penebat
pada sesuatu pengalir.Sarung kabel boleh jadi dibuat daripada penebat atau
logam seperti plumbum, kuprum, aluminium dan sebagainya. Fungsi
utamanya sebagai pelindung mekanik dan pelindung kimia. Walaupun
perlindungan yang diberikannya tidak begitu kukuh tetapi sudah memadai
untuk melindungi kabel yang dipasang pada tempat yang tidak terlalu teruk
bahaya mekanik dan bahaya kimianya.

Rajah 16 : Gambarajah Sarung


Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

iii) Lembar
Merupakan bilangan pengalir pada sesuatu teras kabel. Kabel-kabel
dibuat berlembar supaya mudah dilentur dan mengurangkan kesan
kekulitan di samping dapat menambah daya kekuatan ( keteguhan )
kabel tersebut.

Mengikut Peraturan IEE 521-1, luas keratan rentas lembar pengalir yang
kurang daripada 10mm2 hendaklah dibuat daripada kuprum. Untuk kabel
boleh lentur,bilangan lembar yang biasa digunakan ialah seperti yang
berikut 1,3,7,19,161,127 dan 16, 56, 84 dan 2257.

Sebagai contoh, kabel 7/1.04 mm dengan 7 bermakna bilangan lembar


kabel sementara 1.04 mm bermakna garis pusat setiap lembar itu ialah
1.04 mm.

Rajah 17 : Gambarajah Lembar

iv) Luas Keratan Rentas Pengalir


Jumlah luas keratan rentas setiap lembar pengalir. Kabel-kabel yang
biasa digunakan sekarang ini lebih banyak diperkenalkan dalam ukuran
Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

Rajah 18 : Gambarajah luas keratan rentas pengalir

III. Binaan Kabel / Bahagian-Bahagian Kabel

Sesuatu kabel itu dianggap sempurna apabila mempunyai tiga bahagian atau
sekurang-kurangnya dua bahagian. Jika syarat minimum ini tidak dapat dipenuhi, ia
tidak boleh disebut sebagai kabel tetapi hanya sesuai disebut pengalir atau dawai
sahaja.

Bahagian-bahagian kabel :-

 Pengalir kabel
 Penebat kabel
 Perlindungan mekanik

i) Pengalir kabel
Pengalir kabel biasanya diperbuat daripada kuprum dan aluminium.
Tetapi peraturan IEE telah menyatakan bahawa luas keratan rentas
pengalir 10 mm² atau kurang mestilah daripada jenis kuprum. Pengalir
aluminium tidak dibenarkan bagi luas keratan rentas tersebut kerana ia
mudah patah semasa kerja pendawaian dilakukan.
Pengalir dilembarkan sebanyak 3, 7, 19, 24, 37, 91 atau 197 dan
sebagainya bertujuan mudah dilentur semasa kerja-kerja pendawaian.

Terdapat 2 cara untuk menyatakan ukuran sesuatu saiz kabel iaitu:


Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33
 Dengan secara bilangan lembar dan garispusat setiap lembar (cth;
7/1.04mm).
 Dengan menyatakan secara luas keratan rentas keseluruhan
pengalir kabel (cth ; 6 mm² )
 7/1.04mm – 7 menunjukkan mempunyai 7 lembar.
1.04mm menunjukkan garispusat setiap

lembar.

 6mm² – menunjukkan luas keratan rentas


keseluruhan pengalir.

 Bagi menentukan ukuran sesuatu kabel atau bagi menukar salah


satu bentuk ukuran kabel boleh digunakan formula berikut :
 Luas keratan rentas ( area ) = π J² x lembar.
 Nota : J² ditukarkan kepada ( garispusat /2 )² kerana garispusat
adalah separuh daripada jejari.
 Luas keratan rentas ( area ) = π ( gp /2 )² x lembar.
 Contoh pengiraan.
 Sekiranya saiz kabel diberi 7/1.04mm dan tukarkan saiz tersebut
dalam bentuk luas keratan rentas.
 Luas keratan rentas ( area ) = π ( gp /2 )²
= 3.142 x ( 1.04/2 )² x 7

= 3.142 x ( 1.08/4 ) x 7

= 3.142 x 0.27 x 7

= 5.94mm² @ 6mm²

 Bilangan lembaran pengalir; ( contoh : 7/1.04 mm )


 Luas keratan rentas keseluruhan pengalir ; ( contoh : 6.0 mm2 )
 Rintangan sesuatu pengalir bergantung kepada :-
 Luas muka keratan
 Panjang pengalir
 Jenis bahan pengalir
 Suhu
Muka Surat / Page : 29
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33
V. Faktor-faktor pemilihan kabel

Diantara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sewaktu memilih sesuatu jenis


kabel yang hendak digunakan adalah seperti berikut :-

 Kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik dengan cekap, ini
bermakna saiz kabel itu mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu
beban tanpa memanaskan kabel. Di samping itu susutan voltannya tidak melebihi
4% voltan bekalan sepertimana yang dinyatakan dalam peraturan IEE B23.
 Kabel itu mestilah selamat digunakan pada tempatnya. Maknanya, penebat kabel
yang dipilih itu bersesuaian dengan keadaan sekeliling tempat ia hendaklah
dipasang. Setiap penebat mempunyai suhu maksimum yang ia mampu bertahan,
misalnya p.v.k sesuai untuk suhu dari 0°C hingga 65°C. Suhu yang lebih atau
kurang daripada nilai ini akan menyebabkan p.v.k rosak. Jadi keselamatan kabel
yang dilindunginya akan tergugat dan seterusnya akan mendatangkan bahaya
kepada pengguna kabel tersebut.
 Kabel yang dipilih itu seboleh-bolehnya berharga murah. Terdapat beberapa jenis
kabel mempunyai keupayaan, kecekapan dan keselamatan yang hampir sama
tetapi harganya berbeza-beza. Untuk menjimatkan belanja eloklah diberi
keutamaan kepada kabel yang harganya murah.

 Kapasiti sesuatu kabel itu membawa arus bergantung kepada faktor-faktor yang
berikut :-
 Suhu ambien
 Jenis alat perlindungan
 Kedudukan
 Kumpulan
 Jenis pengalir atau penebat

VI. Pengenalan bagi kabel bukan boleh lentur

Warna campuran hijau dan kuning untuk pengalir perlindungan sahaja. Bagi kabel pvc,
getah, pvc berperisai dan penebat mineral teras tunggal, 2 teras atau berbilang teras cara
pengenalan adalah secara berikut :-
Muka Surat / Page : 30
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

Fungsi Kabel Pengenalan Warna

Pengalir perlindungan Hijau dan kuning

Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru

Fasa R bagi litar tiga fasa Merah

Fasa Y bagi litar tiga fasa Kuning


Biru
Fasa B bagi litar tiga fasa
Merah
Positif bagi litar 2, 3 dawai a.t.
Hitam
Negatif bagi litar 2, 3 dawai a.t.
Biru
Negatif bagi litar 3 dawai a.t.
Hitam
Dawai tengah bagi litar 3 dawai a.t.

Bagi kabel penebat kertas pengenalan kabel menggunakan kod teras seperti jadual dibawah.

Pengenalan
Fungsi Kabel
Kod
Fasa R bagi litar tiga fasa 1
2
Fasa Y bagi litar tiga fasa
3
Fasa B bagi litar tiga 0
fasa
Pengalir neutral

Pengenalan bagi kord dan kabel boleh lentur


Bagi kord dan kabel boleh lentur pengenalan adalah seperti berikut :-

Bilangan Teras Fungsi teras kabel Pengenalan warna

Pengalir fasa Coklat

1, 2 dan 3 Pengalir neutral Biru

Pengalir perlindungan Hijau kuning


Muka Surat / Page : 31
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33
Pengalir fasa Coklat atau hitam

4 atau 5 Pengalir neutral Biru

Pengalir perlindungan Hijau kuning

Peraturan MS IEC 60364 bagi kabel

Peraturan MS IEC60364 Kabel Umum


Bagi semua jenis kabel, jika luas keratan rentas pengalirnay 10mm2 atau
kurang, maka pengalirnya hendaklah daripada kuprum.Kadaran voltan bagi
setiapkabel mestilah tidak kurang daripada voltan nominal (bekalan) atau voltan
yang ditetapkan.Kapasiti membawa arus setiap kabel mestilah tidak kurang
daripada arus maksima yang mengalir dalam kabelSusutan voltan bagi setiap
kabel mestilah tidak melebihi 4% daripada voltan nominal atau bekalan ketika
arus beban penuh.Setiap pengalir kabel yang disambung secara selari dari satu
litar akhir mestilah sama dari segi jenisnya, luas keratan rentas, panjang dan
kedudukan pendawaian.

Peraturan IEE Kord dan Kabel Boleh Lentur (penggunaan)

Kord dan kabel boleh lentur boleh dipasang pada semua alat elektrik berkadaran kurang
daripada 3kW.Dawai perisai pada kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai
pengalir perlindungan litar, oleh itu satu pengalir perlindungan litar berasingan mesti di
adakan.Kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pendawaian tetap kecuali ia
sependek yang mungkin.Pada keadaan yang terdedah kord dan kabel boleh lentur hendaklah
seberapa penndik yang boleh dan mesti dilindungi dari kerosakan mekanikal.Kord boleh lentur
yang bersambung pada ros siling atau pemegang lampu mestilah mempunyai cengkaman yang
kuat atau sebarang cara pelepasan ketegangan.Berat maksima yang boleh ditanggung oleh
kord boleh lentur adalah seperti berikut :-

Lembaran dan Luas keratan Berat


garispusat rentas maksima

16/0.2 mm 0.5 mm2 2 kg

24/0.2mm 0.75 mm2 3 kg

32/0.2mm 1.0 mm2 5 kg


Muka Surat / Page : 32
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(3/10)
Drp / of : 33

SOALAN / QUESTION :

1. Apakah maksud pengalir?


.................................................................................................................................................
.........................................................................................................................

2. Nyatakan 2 jenis kabel yang digunakan dalam pendawaian domestik?


.................................................................................................................................................
.........................................................................................................................

RUJUKAN / REFERENCE :

1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan


Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.

2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations


Of Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.

3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan


Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.

4. Giesecke, F. E. Et Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall.

5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations,


Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers.

6. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif

7. TEKNOLOGI ELEKTRIK (Untuk Sekolah Menengah Vokasional) Oleh; Abd. Samad Bin
Haji Hanif Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa Editor : Amirudin Bin Abdullah Pustaka Sistem
Pelajaran Sdn. Bhd. ISBN 967-902-285-4

Anda mungkin juga menyukai