Anda di halaman 1dari 23

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

KEMENTERIAN VOKASIONAL
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 2
KOD DAN NAMA EE-320-3:2012
PROGRAM / PROGRAM’S THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-3:2012- C05 THREE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES
COMPETENCY UNIT NO. MAINTENANCE
AND TITLE

1. IDENTIFY ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE


NO. DAN PERNYATAAN REQUIREMENT, SPECIFICATION AND MANUALS.
AKTIVITI KERJA / WORK 2. PREPARE THREE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES
ACTIVITIES NO. AND MAINTENANCE TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS
STATEMENT 3. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES INSPECTION
4. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Drp / of : 23

TAJUK / TITLE : PENYEDIAAN KELENGKAPAN ELEKTRIK DAN ALAT


PENYELENGGARAAN

TUJUAN / PURPOSE :
Kertas penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai bahan-bahan , peralatan,
perkakasan dan alat penyelenggaraan elektrik.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 2 / 23

PENERANGAN / INFORMATION:

2.0 ALAT PENDAWAIAN TIGA FASA, PERALATAN DAN BAHAN

Berikut adalah kegunaan peralatan tangan mengikut kategori kumpulan dan teknik penggunaan
yang betul.

2.1 Perkakas Asas

Perkakas asas perlu dimiliki oleh seorang Juruelektrik untuk kerja pendawaian. Keyakinan
pengguna terhadap Juruelektrik ketika membuat kerja pendawaian juga bergantung kepada alat
kelengkapan perkakas kerja yang dimilikinya. Berikut adalah perkakas dan keterangan ringkas
mengenai penggunaanya.

Jadual 2.0 : Perkakas asas dan teknik penggunaan yang betul

Perkakasan Teknik Penggunaan

 Juruelektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga


saiz pemulas skru yang berbeza seperti kecil,
sederhana dan besar.
 Selain daripada saiz dan panjang yang berlainan,
perlu juga memilih hujung skru philip dan flat.
Pemutar Skru

 Playar Lazimnya digunakan untuk memegang alatan


dan membengkok wayar dan juga untuk memegang
nat kecil serta washer.
 Playar tambahan daripada jenis pemotong sisi dan
muncung panjang juga diperlukan.
Playar gabung
 Pelbagai jenis playar mestilah mempunyai penebat
pada bahagian pemegangnya.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 3 / 23

 Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung


wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu
tamatan.

Playar Pemotong Sisi  Manakala pelucut penebat dari jenis yang boleh
dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan melucut
penebat dengan baik tanpa merosakkan wayar
pengalir.

 Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan


menggunakan pisau kecil.
 Segala kerja yang dilakukan hendaklah dengan
berhati-hati supaya tidak merosakkan bahagian
wayar pengalir.
Pisau

 RCCB TESTER digunakan untuk mengesan


kepekaan ELCB, RCCB diuji sebelum sebelum
bekalan dimasukkan bagi memastikan litar selamat
untuk diberikan bekalan.

RCCB TESTER

 Alat uji ini digunakan untuk menguji peralatan


eletronik seperti diod dan kapasitor.

MULTIMETER DIGITAL
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 4 / 23

 Pita digunakan untuk mengukur penempatan aksesori


dengan tepat. Terdapat pelbagai saiz pita pengukur.
Dalam kerja-kerja pendawaian lazimnya
menggunakan pita bersaiz 12 kaki atau 3 meter.
 Pita ini juga digunakan untuk membuat anggaran
panjang kabel bagi sesuatu pendawaian.
Pita Pengukur

 Alat uji ini digunakan untuk menguji keterusan


sesebuah litar bagi memastikan litar selamat untuk
diberikan bekalan.

Multimeter Analog

 Alat ini digunakan untuk menguji arus dan voltan


sesuatu pepasangan samaada ia berkesan atau
tidak.

Clamp Meter

 Kegunaannya adalah untuk mengesan kebocoran


arus elektrik atau kabel hidup. Selain itu juga boleh
digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru
kecil. Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan
untuk mengesan voltan 50v-500v.

Pena Ujian (Test Pen)


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 5 / 23

 Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang


kecil, memotong, membentuk dan mencapai sesuatu
di ruang yang sempit dan rumit.

Playar muncung tirus

 Kegunaannya adalah untuk membuang penebat


kabel.

Penjerut Kabel
(Wire Stripper)

 Jangka Ligat digunakan untuk mengukur nilai


kelajuan putaran sesuatu mesin elektrik.

Jangka Ligat (Tachometer)

 Jangka Turutan fasa digunakan untuk


menentukan turutan fasa sesuatu bekalan
elektrik.

Jangka Turutan Fasa (Phase


Sequence meter)
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 6 / 23

 Penguji Pembumian Megger digunakan untuk


menentukan nilai galangan bumi.

Penguji Pembumian Megger


(Earth Megger Tester)

 Penguji Penebatan Megger digunakan untuk


menentukan nilai penebatan sesuatu
pengalir elektrik.

Penguji Penebatan Megger


(Insulation Megger Tester)

 Penguji RCD digunakan untuk menguji pemutus


litar arus baki (PLAB)

Penguji RCD (Residual Current


Device Tester)
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 7 / 23

2.2 Jenis Kabel

2.2.1 Berikut adalah beberapa jenis kabel yang selalu digunakan.

i) PVC / PVC

 Polivinal klorida ialah satu bahan gentian getah (getah tiruan).


 Mempunyai sifat getah asli iaitu tidak lut air tetapi akan menjadi lembut pada suhu
sederhana dan pecah pada suhu yang rendah (0°c )
 Dari segi praktis, pvc tidak mudah di tembusi oleh tindak balas kimia, namun begitu ia
retak jika terkena minyak.
 Boleh digunakan pada suhu yang tidak melebihi 65°c.
 Dibuat dalam satu julat 600/1000 V untuk kegunaan pemasangan pendawaian dan
1900/3300 V untuk kegunaan pendawaian bekalan tenaga elektrik.

Rajah 2.0 : Contoh kabel PVC / PVC

ii) PVC / SWA / PVC

 Digunakan untuk kabel bawah tanah.


 Terdapat 2 jenis kabel iaitu :-
a) Pvc/swa/pvc 2 teras
b) Pvc/swa/berbilang
 Dalam kabel ini ada Inner Sheath (lapisan dalam) digunakan untuk mengalas
diantara pvc kabel dan wayer perisai.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 8 / 23

 Outer Sheath (lapisan luar) untuk mengelakan wayer perisai dari terburai dan
mengelakan dari air yang yang akan mengaratkan kabel.

Rajah 2.1 : Contoh kabel PVC / SWA /

2.2.2 Kod Warna Standard Kabel mengikut MS IEC 60364

i) Pengenalan Warna Kabel Bukan Boleh Lentur

Jadual 2.1 : Pengenalan Warna Kabel Bukan Boleh Lentur

Fungsi Warna Kabel


Fasa bagi litar fasa tunggal Merah atau kuning atau biru
Fasa R bagi litar fasa tiga Merah
Fasa Y bagi litar fasa tiga Kuning
Fasa B bagi litar fasa tiga Biru
Neutral bagi litar Hitam
Konduktor Perlindung / pembumian Hijau atau hijau - kuning

ii) Pengenalan Warna Kabel Boleh Lentur

Jadual 2.2 : Pengenalan Warna Kabel Boleh Lentur

Bilangan teras Fungsi Warna Kabel


1, 2 atau 3 Pengalilr Fasa Coklat
Pengalir Neutral Biru
Pengalir Perlindung Hijau atau Hijau - Kuning
4 atau 5 Pengalilr Fasa Coklat atau Hitam
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 9 / 23

Pengalir Neutral Biru


Pengalir Perlindung Hijau atau Hijau - Kuning

2.3 Jenis Alat Kelengkapan Elektrik dan aksesori

Alat kelengkapan elektrik yang diluluskan di pepasangan mengikut standard adalah seperti
berikut :

Jadual 2.3 : Kelengkapan dan standard kelengkapan elektrik

KELENGKAPAN STANDARD
Palam MS 1578, 589, 1577, MS IEC 60998, 60320
Suis dan pemalap MS 616
Soket salur keluar 15A dan ke bawah MS 1700, 589, 1577, 1579, MS IEC 60065,
IEC 61558 dan IEC 60950
Pemegang lampu MS IEC 60400
Ros siling MS 770
Kap bayonet dan penyuai pelbagai hala MS 769
Kelengkapan lampu pendarflour MS IEC 60598 dan 60155
Kapasitor lampu pendarflour MS IEC 61048 dan 61049
Ballast lampu pendarflour MS 141, MS IEC 60928 dan 60929
Pemutus litar (MCB & RCCB) MS IEC 61008, 60898, 60947, 61009, 60269
dan MS 1586
Lampu krismas dan running light MS IEC 60598-1 dan 2-20
Alat kuasa domestik MS IEC 60745-1, 2-1 , 5, 28, 45, 3, 14, 17, 15,
4, 79 dan 29
Wayar / kabel / kord MS 136 dan 140
Tanpa pelindung dari 0.5 mm² - 35 mm²

 Kerja pendawaian elektrik memerlukan alat kelengkapan seperti pemegang lampu, ros
siling, soket salur keluar, fius, palam, pemutus litar, kotak agihan agihan pengguna,
pemutus litar ke bumi dan lain-lain.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 10 / 23

 Alat kelengkapan digunakan mengikut kesesuaian dan keperluannya yang di padankan


fungsi kegunaannya.
 Binaan dan kendalian setiap alat kelengkapan adalah tertakluk kepada standard MS IEC
60364 yang menekankan kepada ciri-ciri kadaran voltan dan arus bagi setiap alat
kelengkapan yang hendak dipasang.

2.4 Alat Pengukuran dan Pengujian Elektrik

Alat-alat pengukuran dan pengujian ini boleh diperolehi dalam dua jenis iaitu:-

2.4.1 Jenis analog


2.4.1 Jenis digital

Jangka jenis analog mempunyai jarum penunjuk yang bergerak diatas paparan berskala.
manakala jangka jenis digital mempunyai paparan berdigit.

Rajah 2.2 : Jangka Jenis Analog dan Jenis Digital

2.4.1 Jenis Alat Pengukuran dan Pengujian Elektrik

Diantara jenis-jenis alat pengukuran dan pengujian pepasangan elektrik yang selalu
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 11 / 23

digunakan dalam adalah:-

Bil Nama Alatan Pengukuran dan Pengujian Keterangan

Jangka Ohm digunakan untuk mengukur nilai


rintangan sesuatu bahan elektrik. Ia juga
digunakan untuk menguji keterusan
(continuity) sesuatu litar atau komponen
elektrik.
Jangka Ohm (Ohmeter)

Jangka Ampiar digunakan untuk mengukur


nilai arus yang mengalir didalam sesuatu litar
elektrik.

Jangka Ampiar (Ammeter)

Jangka Voltan digunakan untuk mengukur


nilai beza-upaya atau daya-gerak-elektrik
sesuatu litar elektrik.

Jangka Voltan (Voltmeter)

Jangka Watt digunakan untuk mengukur nilai


kuasa dalam litar elektrik

Jangka Watt (Wattmeter)


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 12 / 23

Bil Nama Alatan Pengukuran dan Pengujian Keterangan

Jangka Ligat digunakanuntuk mengukur nilai


kelajuan putaran sesuatu mesin elektrik.

Jangka Ligat (Tachometer)

Jangka Faktor Kuasa digunakan untuk


mengukur factor kuasa sesuatu litar elektrik.

Jangka Faktor Kuasa


(Power Factor Meter)
Jangka Galvano digunakan untuk
menentukan adanya pengaliran arus elektrik
didalam
sesuatu litar.

Jangka Galvano
(Galvanometer)
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 13 / 23

Bil Nama Alatan Pengukuran dan Pengujian Keterangan

Jangka Turutan fasa digunakan untuk


menentukan turutan fasa sesuatu bekalan
elektrik.

Jangka Turutan Fasa


(Phase Sequence meter)

Penguji Pembumian Megger digunakan


untuk menentukan nilai galangan bumi.

Penguji Pembumian Megger (Earth


Megger Tester)

Penguji Penebatan Megger digunakan untuk


menentukan nilai penebatan sesuatu
pengalir elektrik.

Penguji Penebatan Megger


(Insulation Megger Tester)

Jangka Pelbagai digunakan untuk mengukur


nilai arus, beza-upaya, daya gerak-elektrik.
rintangan dan keterusan litar elektrik.

Jangka Pelbagai (Multimeter / AVO meter)


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 14 / 23

Bil Nama Alatan Pengukuran dan Pengujian Keterangan

Jangka RCL digunakan untuk mengukur nilai


rintangan (R), kapasitar (C) dan inductor (L).

Jangka RCL (RCL meter)

Jangka ‘clip-on’ digunakan untuk mengukur


nilai arus sesuatu talian elektrik.

Jangka Clip On
(Clip-On Meter)

Penguji Cable Locator digunakan untuk


menentukan kedudukan kabel yang
tersembunyi atau mengesan kerosakan
kabel yang tersembunyi.

Penguji ‘Cable Locator ‘


(Cable Locator Tester)

Penguji RCD digunakan untuk menguji


pemutus litar arus baki (PLAB)

Penguji RCD (Residual Current Device


Tester)
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 15 / 23

2.5 Langkah-Langkah Keselamatan Penggunaan Jangka Elektrik

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan jangka adalah seperti
berikut:-

2.5.1 Baca dan fahami simbol-simbol jangka.

Sebelum menggunakan jangka elektrik, pastikan cara penggunaan jangka ini bersesuaian
dengan binaan dan cara penggunaannya. Ini boleh diketahui dengan membaca simbol-simbol
yang terdapat pada permukaan sesuatu jangka elektrik.

a. Simbol prinsip gerakerja jangka

Rajah 2.3 : Simbol prinsip gerakerja jangka

b. Simbol kedudukan penggunaan jangka

Simbol ini menentukan kedudukan jangka ketika penggunaannya.

Rajah 2.4 : Simbol Kedudukan penggunaan jangka


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 16 / 23

c. Simbol nilai maksima voltan ujian.

Simboll ini menunjukkan nilai maksima voltan ujian yang telah dilakukan pada sesuatu
jangka. Ini adalah untuk menentukan tahap ketahanan gelong dan komponen-
komponen binaan jangka.

Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian
maksima 500V maksima 1000V maksima 2000V maksima 3000V maksima
5000V

Rajah 2.5 : Simbol Nilai maksima voltan ujian

d. Simbol jenis bekalan.

Simbol ini menentukan jenis bekalan yang boleh digunakan pada jangka.

Rajah 2.6 : Simbol jenis bekalan

e. Simbol pengkelasan dan ketepatan simbol ini menentukan kelas dan pengaruh (dalam
peratus %) yang dibenarkan pada sesuatu jangka. Simbol ini ditunjukkan dalam nilaian
angka samada 0.1, 0.2, 0.5, 1.0, 1.5, 2.5 dan 5.0. Jangka yang mempunyai nilaian angka
yang rendah mempunyai ketepatan yang lebih baik berbanding dengan jangka yang
mempunyai angka yang lebih tinggi.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 17 / 23

Jadual 2.4 : Pengkelasan dan ketepatan jangka

Jenis Kelas ‘Error’ dan ‘Error’ dan pengaroh


pengaroh dibenarkan (%)
dibenarkan berpandukan kepada
(± %)
Alat jenis ketepatan tinggi 0.1 0.1 Nilai skala penoh
(precision type) 0.2 0.2

0.5 0.5 Jumlah bacaan


maksima
Alat industry 1.0 1.0 Panjang skala / lebar
1.5 1.5 rekod
2.5 2.5

5.0 5.0 Nilai sebenar

2.6 Kaedah sambungan jangka dalam litar

Setiap jangka perlu disambungkan dengan cara yang betul dan sesuai didalam sesuatu
litar elektrik samada secara sesiri, selari atau siri selari. Umpamanya Jangka Ampiar
perlulah disambungkan secara siri dengan bekalan atau beban; Jangka Voltan disambungkan
secara selari dengan bekalan atau beban dan jangka Watt disambungkan secara siri-selari
dengan bekalan.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 18 / 23

Rajah 2.7 : Kaedah sambungan jangka

2.6.1 Memahami penggunaan pirauan (shunt) dan pengganda (multiplier)

Bagi menyukat arus yang rendah, Jangka Ampiar boleh disambungkan terus kedalam litar
secara siri dengan bekalan atau beban. Tetapi bagi menyukat arus yang tinggi, satu pirauan
perlu disambungkan secara selari dengan jangka.

Rajah 2.8 : Penyambungan pirauan dalam litar jangka

Bagi menyukat voltan yang rendah, Jangka Voltan boleh disambungkan terus kedalam litar
secara selari dengan bekalan atau beban. Tetapi bagi menyukat voltan yang tinggi, satu
pengganda perlu disambungkan secara siri dengan jangka
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 19 / 23

Rajah 2.9 : Penyambungan pengganda dalam litar jangka

2.6.2 Pemilihan bidang jangka

Pemilihan bidang jangka yang sesuai adalah sangat penting kerana bacaan jangka yang tepat
bergantung kepada bidang bacaan ini. Pilihlah bidang jangka yang tinggi dahulu kemudian
dikurangkan kepada bidang yang lebih rendah supaya bersesuaian dengan kuantiti yang
hendak diukur. Ini dapat mengelakkan jangka daripada kerosakan akibat menerima arus yang
besar.

Jika memilih bidang bacaan jangka yang terlalu rendah berbanding dengan nilaian yang
hendak disukatnya tinggi, umpamanya 15 A disukat pada bidang 1 mA, kuantiti sebenar tidak
dapat disukat dengan tepat. Selalunya dalam keadaan begini, penunjuk jangka akan terpesong
jauh kehujung skala jangka dimana bahagian ini tidak mempunyai skala bacaan. Keadaan ini
boleh juga merosakkan komponen-komponen binaan jangka.

Jika memilih bidang bacaan jangka yang terlalu tinggi berbanding dengan nilaian yang
hendak disukatnya rendah, umpamanya 1 mA disukat pada bidang 15 A, penunjuk jangka tidak
akan terpesong daripada kedudukan zero. Dengan ini nilaian bacaan yang disukat tidak dapat
direkodkan.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 20 / 23

Arus besar dengan bidang jangka rendah Arus kecil dengan bidang jangka tinggi

Rajah 2. 10 : Kedudukan jarum penunjuk jangka pada pemilihan bidang pengukuran yang salah

Sebaik-baiknya setiap sukatan yang dibuat hendaklah ada pemesongan penunjuk jangka
sehingga kebahagian tengah skala jangka.

2.6.3 . Larasan penunjuk jangka kepada zero.

Setiap jangka mempunyai pelaras zero. Skru pelaras ini digunakan untuk melaraskan
penunjuk jangka kepada kedudukan ‘zero’ sebelum sesuatu kuantiti disukat. Pelarasan ini
mestilah dilakukan setiap kali sebelum sukatan bacaan dilakukan.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 21 / 23

Rajah 2. 11: Pelarasan penunjuk jangka kepada zero

2.6.4. Cara mengambil bacaan jangka

Bacaan jangka hendaklah diambil dari kedudukan tepat dihadapan skala jangka. Ini adalah
kerana senggatan skala dibuat sebegitu kecil supaya bacaan yang tepat dapat diperolehi.

Sekiranya bacaan jangka direkodkan dari bahagian tepi, nilaian yang salah mungkin
direkodkan. Kesilapan bacaan cara ini dinamakan ‘parallex error’.

Jika penunjuk jangka menunjukkan bacaan diantara dua bahagian senggatan, bacaan secara
agakkan (estimate) dengan mata hendaklah dibuat. Mendapatkan bacaan secara agakkan ini
dinamakan ‘interpolation’.

Rajah 2. 12 : Kedudukan penunjuk jangka untuk ‘interpolation’


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 22 / 23

2.7. Penjagaan Dan Penyenggaraan Jangka Elektrik

Setiap jangka elektrik mempunyai ketepatan yang tersendiri. Untuk menjaga ketepatannya. ia
mestilah dijauhkan daripada faktor-faktor yang boleh mempengaruhi ketepatannya. Diantara
langkah-langkah penjagaan dan penyenggaraan yang perlu dilakukan adalah:-

i. Jangan gunakan jangka pada keadaan yang melebihi daripada kadaran yang
dibenarkan. Umpamanya Jangka Voltan 240 V digunakan untuk pengukuran 500 V; atau
Jangka Ampiar 1.0 A digunakan untuk pengukuran arus 5.0 A. Ini boleh menyebabkan
kerosakan pada komponen binaannya.

ii. Jangan jatuhkan jangka kerana ia boleh menyebabkan gegaran.

iii. Jangka hendaklah disimpan ditempat yang bersih dan kering, atau didalam bekas
penyimpanannya.

iv. Jangka yang disimpan didalam bekas kulit atau plastik hendaklah disimpan berasingan
dengan jangka-jangka lain. Ini adalah untuk mengelakkan gangguan medan magnet
dan medan elektrik jangka-jangka yang lain.

v. Jangka hendaklah disimpan jauh daripada alatubah, pengaruh dan alat-alat yang
menghasilkan medan magnet yang kuat.

vi. Jangan gunakan sebarang bahan pelincir pada bahagian-bahagian yang bergerak atau
berputar. Ini adalah untuk mengelakkan daripada pengumpulan habuk-habuk dan
kotoran.
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO5/P(2/4) Muka Surat: 23 / 23

SOALAN / QUESTION :

1. Labelkan peralatan di bawah ini.

_______________ _______________ ________________

2. Berikan 2 jenis kabel yang biasa digunakan ?


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

3. Berikan 3 syarat-syarat kendalian dan pengaruh luaran bagi alat kelengkapan


elektrik ?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCE :
1. Pendawaian Elektrik Di Banggunan Kediaman oleh Md Nasir Bin Abd Manan.
2. Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik oleh Abd Samad Hanif.

Anda mungkin juga menyukai