Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara Mengatasi Masalah Kemalangan Jalan

Raya
Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad
ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin
meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan
kemajuan social. Memandangkan hakikat ini, semua pihak
haruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini. Bak
kata pepatah berat sama dijinjing, ringan sama dipikul.
Terdapat pelbagai cara yang dapat diambil bagi mengatasi
msalah kemalangan jalan raya ini. Antaranya ialah dengan
mengadakan kempen keselamatan jalan raya. Contohnya, pihak
kerajaan boleh mengedarkan risalah atau pelekat kenderaan
terutamanya kepada penunggang motosikal yang masih setahun
jagung serta yang masih leka tentang pentingnya keselamatan
diri ketika berada diatas jalan raya. Hal ini kerana, nyawa kita
yang tidak ternilai harganya tidak dapat ditukar ganti. Janganlah
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
Selain itu, pihak kerajaan dan pihak berkuasa hendaklah
memasang kamera perngkap kelajuan di tempat-tempat yang
strategik di seluruh pelosok dunia bagi mengawasi had kelajuan
kenderaan yang dipandu mereka. Dengan adanya alat yang
serba canggih ini, para pemandu dan penunggang yang menaiki
kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan wajiblah membayar
saman mereka seberapa banyak yang ditetapkan setelah
menerima surat saman daripada pihak berkuasa.
Dalam pada itu, keadaan jalan raya di Malaysia
terutamanya di pedalaman hendaklah dinaiktaraf bagi
mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang dapat
meragut nyawa. Belakangan ini, pihak berkuasa telah menerima
banyak rungutan dan aduan daripada mereka yang sering ulang-
alik dari tempat kerja tidak kira siang atau malam yang perlu
melalui jalan itu. Lebih parah lagi, ada bahagian jalan yang sudah
berlopak dan sering dipenuhi dengan lumpur. Justeru, risiko
kemalangan yang membabitkan pejalan kaki akan terus
meningkat. Hal ini kerna, para pemandu kenderaan empat tayar
seperti kereta, lori, van dan seumpamanya mungkin tidak akan
sedar akan hadirnya pejalan kaki dihadapan mereka disebabkan
oleh lumpur yang telah memercik cermin hadapan dan sisi kereta.
Hal ini berkemungkinan besar akan merempuh pejalan kaki
tersebut. Maka, akan lenyaplah satu nyawa yang tidak berdosa.
Di samping itu, pengguna jalan raya juga harus dididik untuk
mempunyai kesedaran tentang keselamatan jalan raya agar
dapat mempunyai sahsiah diri yang tinggi sebagai seorang
pengguna jalan raya. Cara ini dapat diterapkan terutamanya dari
kalangan remaja yang masih muda kerana bak kata pepatah,
‘melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kaedah ini boleh
diperkenalkan melalui komunikasi awam seperti televisyen, radio,
internet dan sebagainya yang berkaitan dengan media massa.
Sekolah memandu juga sedikit sebanyak dapat membantu
pengguna lebih mahir dan cekap ketika berada di atas jalan raya
supaya semuanya menjadi lebih muah, rapi dan teratur.
Secara intihanya, semua pihak memainkan peranan dalam
mengatasi masalah kemalangan jalan raya ini. Kita hendaklah
bersatu padu. Hal ini kerana muafakat membawa berkat.
Sebelum ‘kudis menjadi pekung’ biarlah masalah ini beransur-
ansur pulih dengan kerjasama kita semua kerana ‘mencegah
lebih baik daripada merawat’.

Anda mungkin juga menyukai