Anda di halaman 1dari 2

Sejak akhir-akhir ini,berita kemalngan jalan raya telah terpampang di dada akhbar.

Namun begitu, kebanyakan pengguna jalan raya tidak memandang serius tentang pekara ini.Lebih menyedihkan lagi ada kemalangan yang melibatkan bayi yang tidak berdosa.Banyak langkah langkah yang boleh diambil untuk menangani hal ini. Antara langkah yang boleh dilaksanakan ialah mengetatkan peraturan jalan raya.Dengan ini para pengguna jalan raya lebih takut untuk melanggar peraturan.Polis trafik juga boleh mengadakan sekatan jalan bagi memastikan orang yang melanggar peraturan dapat diberi pengajaran dengan member saman atau denda.Dengan cara ini kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Selain itu,pihak berkuasa juga perlulah memastikan alatan yang dipasang sepanjang jalanraya berfungsi dengan baik.Contohnya,jika ada lampu trafik yang rosak akan menyebabkan pengguna jalan raya keliru dan akan mendorong kepada kemalangan jalan raya.Selain,itu pihak berkuasa haruslah memastikan keadaan jalan.Jalan yang berlubang mungkin akan menyebabkan kemalangan jiwa. Seterusnya,pihak kerajaan haruslah memastikan pemandu baru mendapat latihan secukupnya.Hal ini demikian kerana ,pemandu baru selalu tidak cekiap mengawal kenderaan ketika dalam kecemasan.Pemandu yang baru takut dan mula panik apabila berada di jalan sempit atau lebuhraya.Jadi,kerajaan haruslah mengambil perhatian serius tentang perkara ini. Akhir sekali, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam pekara ini. Pihak kerajaan bolehlah mengadakan kempen keselamatan jalan raya.Walaupun kempen yang diadakan tapi perkara itu bertujuan untuk kesedaran .Walupun kempen hanya dapat menyedarkan hanya segelintir pengguna jalan raya tetapi bak kata pepatah sikit-sikit lamalama jadi bukit. Kesimpulanya ,kita haruslah berhati hati di jalan raya kerana ia juga boleh mengakibatkan nyawa orang lain.Oleh itu,kita harus sedar dari awal janganlah sampainasi sudah menjadi bubur.

Anda mungkin juga menyukai