Anda di halaman 1dari 1

Seorang budak lelaki buta duduk di tangga sebuah bangunan dengan sebuah topi terletak di tepi kakinya.

Beliau memegang sekeping penanda yang tertulis: "Saya buta, bantulah saya". Ketika itu, terdapat hanya beberapa keping syiling di dalam topi tersebut. Seorang lelaki telah berjalan menghampirinya . Beliau mengambil beberapa keping syiling dari poketnya dan memasukkannya ke dalam topi si buta. Dia kemudiannya mengambil penanda si buta tersebut, menterbalikkannya, lalu menulis beberapa perkataan pada bahagian kosong belakang penanda tersebut. Dia meletakkan penanda tersebut kembali sehingga setiap orang yang berjalan pasti akan melihat kata-kata baru yang ditulis oleh lelaki tersebut. Tidak lama selepas itu, masa terus berlalu dan lebih banyak orang yang menghulurkan bantuan kepada budak tersebut. Topi kini telah terisi hampir separuh penuh. Pada sebelah petangnya, lelaki yang telah menukar penanda tersebut datang untuk melihat bagaimana keadaan budak lelaki buta itu. Budak itu mengenali bunyi tapak yang menghampirinya. Ia bunyi tapak kaki lelaki tersebut. Lantas budak itu bertanya, " Adakah anda orang yang mengubah penanda saya pagi ini? Apakah yang anda tulis ?. Lelaki itu berkata , "Saya hanya menulis perkara yang sebenar. Saya juga menyatakan perkara sebagaimana kamu menyatakannya dengan tulisan pada penanda tersebut. Mungkin hanya dengan cara yang berbeza. Lelaki tersebut sebenarnya telah menulis: Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak mampu melihatnya. Adakah penanda pertama dan penanda kedua telah mengatakan perkara yang sama? Sudah tentu kedua-dua penanda tersebut menyatakan perkara yang sama, iaitu budak lelaki itu seorang buta. Namun penanda pertama hanya menyatakan kanak-kanak itu buta tetapi penanda kedua memberitahu orang ramai bahawa mereka begitu bernasib baik kerana dapat menikmati hidup dengan deria penglihatan yang sempurna. Tidaklah menjadi suatu yang mengejutkan andai kata penanda kedua memberi kesan yang lebih mendalam. Pengajarannya, bersyukurlah dengan apa yang anda miliki. Jadilah seorang yang kreatif dan inovatif. Berfikirlah secara berbeza dan positif. Ajaklah orang lain ke arah kebaikan dengan hikmah . Hiduplah tanpa alasan dan cintailah tanpa penyesalan . Apabila kehidupan memberikan anda 100 alasan untuk menangis, tunjukkanlah kepada kehidupan yang anda mempunyai 1000 alasan untuk tersenyum . Hadapilah masa lalu tanpa penyesalan. Lalui kehidupan kini dengan penuh keyakinan. Bersedia untuk masa depan tanpa gentar. Kuatkan iman dan keyakinan, buangkanlah rasa takut. Kehidupan telah menjadi satu proses pembaikan dan pembinaan semula berterusan, melenyapkan keburukan dan menyuburkan kebaikan. Dalam perjalanan hidup ini, jika ingin meneruskan perjalanan tanpa gusar dan gentar, anda harus mempunyai tahap kewarasan dan kesedaran yang tinggi. Melihat orang lain tersenyum adalah perkara yang indah. Lebih indah lagi apabila mengetahui bahawa anda adalah sebab mereka tersenyum.

Anda mungkin juga menyukai